MODUL PENTADBIRAN PEPERIKSAAN UNTUK CALON BERKEPERLUAN KHAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN IPG KAMPUS ILMU KHAS DISEMBER 2022
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 2 PENDAHULUAN Anjakan Pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah menekankan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan yang berkualiti. Bagi mencapai hasrat ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas menitik beratkan aspek penyediaan kesamarataan akses pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Salah satu komponen penting dalam penyediaan pendidikan yang berkualiti ini adalah aspek penilaian dan pentaksiran. Oleh yang demikian, bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pentaksiran, kemudahan bagi Calon Berkeperluan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tidak pernah ketinggalan. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas berpandangan bahawa keberkesanan penilaian dan pentaksiran adalah sangat penting untuk diteliti bagi mengenal pasti dan memahami sebarang kekurangan dalam penyediaan keperluan bagi memenuhi standard pentaksiran yang berkualiti, sejajar dengan keperluan semua calon. Justeru, Manual Calon Berkeperluan Khas untuk Calon Berkeperluan Khas ini diterbitkan bagi menentukan kelayakan dan persediaan perkhidmatan serta keperluan yang munasabah bagi Calon Berkeperluan Khas. Manual Calon Berkeperluan Khas ini digarap untuk memastikan persediaan dan pengurusan peperiksaan yang melibatkan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas dapat dijalankan dengan sempurna. Kandungan manual ini menerangkan tentang definisi calon berkeperluan khas, pengurusan calon, pengurusan pentaksiran, bahan bantu yang digunakan sehinggalah pemeriksaan kertas jawapan setelah selesai pentaksiran. Adalah diharapkan agar manual ini dapat diamati, difahami dengan jelas oleh semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Semoga dengan penerbitan Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas ini dapat menjadi rujukan bagi membantu pengurusan penilaian dan pentaksiran yang lebih sempurna demi membantu semua calon untuk mendapat hak yang sesuai dan munasabah demi merealisasikan aspirasi pendidikan negara. Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KUALA LUMPUR
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 3 SINGKATAN CBK Calon Berkeperluan Khas CCTV Closed-circuit Television KPP Ketua Pengawas KUPP Ketua Unit Peperiksaan & Penilaian NEQMAP Network on Education Quality Monitoring in the Asia-Pacific OKU Orang Kurang Upaya PP Pengawas Peperiksaan SJP Skrip Jawapan Calon UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 4 ISI KANDUNGAN HALAMAN Contents PENDAHULUAN ............................................................................................................. 2 SINGKATAN ................................................................................................................... 3 ISI KANDUNGAN............................................................................................................ 4 1.0 Pengenalan ........................................................................................................... 6 2.0 Calon Berkeperluan Khas (CBK)........................................................................... 7 2.1 Kaedah Pengendalian CBK dalam Peperiksaan Bertulis...................................... 8 2.1.1 Ketidakupayaan Penglihatan .............................................................................. 8 2.1.1.2. Pelantikan KPP/PP ..................................................................................... 8 2.1.1.2 Penyediaan Peralatan.................................................................................. 9 2.1.1.3 Prosedur Pengendalian.............................................................................. 10 2.1.2 Penggunaan Kertas Peperiksaan Cetakan Bersaiz Besar............................... 10 2.1.2.1Pelantikan KPP / PP ................................................................................... 10 2.1.2.2 Penyediaan peralatan ................................................................................ 10 2.1.2.3 Prosedur Pengendalian.............................................................................. 11 2.1.3Penggunaan Komputer Bagi Calon CBK........................................................... 11 2.1.3.1Pelantikan KPP / PP ................................................................................... 11 2.1.3.2 Penyediaan Peralatan................................................................................ 12 2.1.3.3 Prosedur Pengendalian.......................................................................... 12 2.1.4 Perkhidmatan Pembaca Soalan ................................................................... 13 2.1.4.1 Pelantikan KPP / PP .................................................................................. 13 2.1.4.2 Penyediaan Peralatan............................................................................... 14 2.1.4.3Prosedur Pengendalian............................................................................... 14 2.2.1 Ketidakupayaan Pendengaran.......................................................................... 15 2.2.1.1 Pelantikan KPP / PP .................................................................................. 15 2.2.1.2 Penyediaan Peralatan................................................................................ 15 2.2.1.3 Prosedur Pengendalian.............................................................................. 15 2.3.1 Ketidakupayaan Fizikal (Lumpuh / Cacat Anggota Badan)............................... 16 2.3.1.1 Pelantikan KPP / PP .................................................................................. 16 2.3.1.2 Penyediaan Peralatan................................................................................ 16 2.3.1.3 Prosedur Pengendalian.............................................................................. 17
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 5 2.4.1 Ketidakupayaan Sementara (Semasa peperiksaan dijalankan calon sakit /kemalangan atau kes-kes kecemasan) .................................................................... 17 2.4.1.1 Pelantikan KPP/PP .................................................................................... 18 2.7.1.2 Penyediaan Peralatan................................................................................ 18 2.4.1.3Prosedur Pengendalian............................................................................... 18 2.5.1 Calon CBK bagi Kes-kes Kecemasan .............................................................. 19 2.5.2 Calon yang menghidap Penyakit Berjangkit Contoh: penyakit berjangkit termasuk demam campak, cacar dan sakit mata................................................... 20 3.0 Pemeriksaan Skrip Calon Berkeperluan Khas.................................................... 21 LAMPIRAN 1................................................................................................................. 22 Rujukan:........................................................................................................................ 24
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 6 1.0 Pengenalan Calon Berkeperluan Khas (CBK) adalah calon yang mempunyai ketidakupayaan yang boleh dikategorikan kepada pembelajaran fizikal, visual, pendengaran, lisan, kurang upaya kusus (Spesific Learning Disability) dan lain-lain, contohnya Autistic Spectrum Disorder (ASD), Attention-Deficit/Gangguan Hiperaktif (AD/HD) dan sebagainya. Bergantung kepada jenis dan tahap ketidakupayaan mereka, calon diberi keperluan khas ketika menduduki peperiksaan (Bellacicco & Demo, 2019; Kyttälä et al., 2022; Providing Services to Candidates with Special Needs, 2019) Berdasarkan The Network on Education Quality Monitoring in the Asia-Pacific (NEQMAP), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) berpendapat bahawa tempat ujian ditetapkan untuk calon berkeperluan khas adalah seperti berikut: Bilik ujian yang berasingan dan boleh diakses terletak di tingkat bawah berhampiran tandas yang bersih dan boleh diakses. Mereka mesti dikumpulkan mengikut kekurangan upaya mereka; Gandakan masa untuk mengambil ujian. Ini adalah untuk memberi mereka masa yang mencukupi untuk membaca dan menjawab ujian; Peraturan fleksibel seperti membenarkan peserta ujian berdiri sekali-sekala atau keluar dari bilik bagi mereka yang mengalami kesukaran menumpukan perhatian; Pembantu peribadi mesti dibenarkan membantu mereka yang mengalami kesukaran berjalan/bergerak/memanjat langkah; Jurubahasa isyarat bertauliah hendaklah memastikan semua arahan yang dituturkan semasa ujian ditafsirkan secukupnya kepada mereka yang mengalami kurang upaya pendengaran; Format ujian alternatif seperti Braille, cetakan besar, audio, elektronik, closedcircuit television (CCTV), kanta pembesar (handheld magnifier) juga boleh digunakan
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 7 Bagi calon yang mengalami kesukaran melihat, format respons alternatif boleh digunakan, seperti lisan di mana pemeriksa membaca item ujian kepada calon dan jurutulis menulis jawapan didalam kertas jawapan. Format alternatif ini juga boleh digunakan oleh pelajar lain mengikut keperluan; Perabot yang sesuai seperti meja atau kerusi yang telah diubahsuai. Selain daripada itu, calon-calon yang mempunyai kesukaran seperti ditimpa kemalangan, dimasukkan ke hospital dan sebagainya boleh dipertimbangkan dengan permohonan yang dikemukakan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian. 2.0 Calon Berkeperluan Khas (CBK) Pertimbangan khas boleh diberikan kepada calon-calon berkeperluan khas bagi memastikan bahawa mereka berpeluang menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar dalam peperiksaan. CBK yang dimaksudkan ialah: i. Ketidakupayaan Penglihatan ii. Ketidakupayaan Pendengaran iii. Ketidakupayaan Pertuturan iv. Ketidakupayaan Fizikal (Lumpuh /Cacat Anggota Badan) v. Ketidakupayaan Sementara (Semasa peperiksaan dijalankan calon sakit atau terlibat dengan kemalangan) Calon-calon yang mempunyai keistimewaan boleh dibekalkan kemudahan perkhidmatan hendaklah mempunyai dokumen sokongan iaitu laporan perubatan yang dibuat oleh hospital kerajaan/hospital swasta, kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian bersama-sama slip pendaftaran pelajar. CBK juga merupakan calon yang berkemungkinan memerlukan perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam peperiksaan. Segala keperluan calon berkenaan disediakan oleh pihak IPG berdasarkan permohonan calon dengan persetujuan Pengarah dan Unit
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 8 Peperiksaan dan Penilaian IPGKIK. Bagi tujuan ini, calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian terlebih dahulu. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai calon biasa. 2.1 Kaedah Pengendalian CBK dalam Peperiksaan Bertulis Calon-calon Berkeperluan Khas yang terdiri daripada calon-calon yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal (lumpuh / cacat anggota badan) atau ketidakupayaan sementara (semasa peperiksaan dijalankan calon sakit atau kemalangan) hendaklah diuruskan dengan mematuhi salah satu atau kombinasi prosedur berikut: 2.1.1 Ketidakupayaan Penglihatan Penggunaan Kertas soalan Braille, kertas peperiksaan tulisan Braille hendaklah dibekalkan khusus untuk calon buta dan calon rabun teruk yang menggunakan mesin Braille. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan kertas peperiksaan tulisan Braille ialah Pelantikan Ketua Pengawas Peperiksaan (KPP)/ Pengawas Peperiksaan (PP) yang diuruskan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP): 2.1.1.2. Pelantikan KPP/PP Pelantikan KPP/PP boleh dijalankan berdasarkan ketetapan berikut: a) KUPP bertanggungjawab menyediakan keperluan KPP / PP mengikut nisbah seperti berikut: 01 hingga 08 calon - dua orang 09 hingga 15 calon - tiga orang 16 hingga 30 calon - empat orang 31 hingga 45 calon - lima orang
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 9 b) Sekurang-kurangnya seorang KPP / PP yang dilantik berkemahiran membaca tulisan Braille. c) Sekurang-kurangnya seorang daripada KPP / PP tersebut adalah pensyarah beragama Islam atau yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk membantu calon membaca ayat-ayat Al-Quran dan Hadis bagi kertas peperiksaan Pendidikan Islam. d) Lantikan hendaklah dalam kalangan pensyarah terlatih dan bertugas di IPG kampus yang mengendalikan peperiksaan. 2.1.1.2 Penyediaan Peralatan Peralatan-peralatan yang sesuai boleh disediakan bagi calon ketidakupayaan penglihatan seperti berikut; a) Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon. b) Mesin Braille. c) Glob Dunia Taktil (mengikut keperluan) d) Talking scientific calculator (with earphone). e) Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon) f) Abakus (mengikut keperluan calon) g) Graph and Mathematics demonstration board (mengikut keperluan) h) Set Pembaris Taktil (mengikut keperluan) i) Tactic pad drawing Board (mengikut kepeluan) j) Buku Sifir empat angka Braille (mengikut keperluan) k) Jangka sudut Taktil (mengikut keperluan) l) Alat Lukis garis timbul (Spur Wheel Set) m) Filem acetate (mengikut keperluan) n) Closed-circuit telivision (CCTV) o) Video p) Handheld magnifier (Kanta Pembesar)
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 10 2.1.1.3 Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi CBK ketidakupayan penglihatan adalah seperti berikut; a) Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai. b) KPP / PP hendaklah memeriksa keadaan mesin Braille dan peralatan khas untuk pusat peperiksaan itu pada setiap hari sebelum peperiksan dimulakan. c) Tambahan masa perlu diberi mengikut jadual yang telah ditetapkan sila rujuk Lampiran 1: Jadual Masa Tambahan. 2.1.2 Penggunaan Kertas Peperiksaan Cetakan Bersaiz Besar Bagi calon yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan atau rabun teruk, perkaraperkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar: 2.1.2.1Pelantikan KPP / PP Pelantikan KPP / PP untuk mengendalikan calon yang menggunakan kertas soalan cetakan besar adalah sama seperti bilangan PP yang telah ditetapkan oleh UPP IPGK. 2.1.2.2 Penyediaan peralatan Peralatan-peralatan yang sesuai boleh disediakan bagi CBK ketidakupayaan penglihatan atau rabun teruk adalah seperti berikut; a) Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon. b) Handheld magnifier (mengikut kesesuaian calon). c) Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon). d) CCTV (mengikut keperluan)
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 11 2.1.2.3 Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi CBK ketidakupayaan penglihatan atau rabun teruk adalah seperti berikut; a) Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai. b) Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual. c) Masa Tambahan yang ditetapkan. (Lampiran 1: Jadual Masa Tambahan). d) KPP / PP hendaklah memastikan setiap helaian Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas. e) KPP / PP hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. f) KPP / PP hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada KUPP selepas tamat peperiksaan 2.1.3Penggunaan Komputer Bagi Calon CBK Penggunaan komputer dibenarkan bagi kes yang sangat memerlukan sahaja. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan peperiksaan menggunakan komputer: 2.1.3.1Pelantikan KPP / PP a) Sekurang-kurangnya dua orang PP dilantik bagi setiap calon. b) Salah seorang PP mestilah mahir dalam pengoperasian komputer.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 12 2.1.3.2 Penyediaan Peralatan IPG kampus yang mengendalikan peperiksaan hendaklah menyediakan kemudahan / alatan berikut di bilik khas yang kondusif dan dilengkapi dengan bekalan elektrik serta alatan berikut: a) Komputer b) Pencetak c) Kertas cetakan putih saiz A4 d) Perisian Microsoft Word 2.1.3.3 Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi CBK yeng memerlukan penggunaan komputer adalah seperti berikut; a) KUPP hendaklah menyediakan komputer yang telah diformat / dalam keadaan baik. b) Komputer yang akan digunakan hendaklah dibuat instalasi perisian yang akan digunakan oleh calon. c) Sebelum peperiksaan dimulakan, KPP / PP hendaklah memastikan calon menggunakan perisian Microsft Word, jenis muka taip Times New Roman, saiz muka taip 11, dengan line spacing 1.5. d) KPP / PP hendaklah memastikan fungsi auto (auto correct, auto check) tidak diaktifkan. e) KPP / PP hendaklah mengesahkan kertas cetakan putih yang akan digunakan oleh calon. f) KPP / PP hendaklah memastikan jawapan calon dicetak dan angka giliran tercatat di sudut kiri serta nombor muka surat tercatat di sudut kanan sebelah atas setiap helai SJP. g) Setelah tamat peperiksaan komputer hendaklah disimpan di dalam almari berkunci di bilik KUPP untuk kegunaan pada hari berikutnya. Kunci almari hendaklah disimpan oleh KUPP.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 13 3.8 PP hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. 3.9 KPP hendaklah menghantar sampul SJP calon kepada KUPP IPGK selepas tamat peperiksaan. 2.1.4 Perkhidmatan Pembaca Soalan Calon ketidak upayaan penglihatan boleh menggunakan Khidmat Pembaca Soalan dan /atau Jurutulis. Khidmat Pembaca Soalan dan / atau Jurutulis dibenarkan bagi kes yang sangat memerlukan sahaja. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis digunakan dalam mengendalikan peperiksaan. 2.1.4.1 Pelantikan KPP / PP KPP / PP berikut hendaklah dilantik bagi setiap calon: a. seorang juru rakam audio (wajib) b. seorang pembaca soalan dan / atau c. seorang jurutulis Pembaca Soalan hendaklah dilantik dalam kalangan KPP/ PP yang boleh membaca dengan intonasi dan sebutan yang jelas mengikut medium bahasa kertas peperiksaan.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 14 2.1.4.2 Penyediaan Peralatan Penyediaan Peralatan IPGK hendaklah menyediakan peralatan berikut: a) alat perakam audio yang bersesuaian b) pita rakaman c) bateri / punca kuasa elektrik yang berterusan 2.1.4.3Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi calon yang berkeperluan khas adalah seperti berikut; a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan khidmat pembaca soalan dan / atau jurutulis wajib menggunakan rakaman audio sepanjang tempoh peperiksaan. b. IPGK hendaklah menyediakan sebuah bilik yang sesuai dan kondusif untuk menjalankan peperiksaan. c. Pembaca soalan boleh membaca soalan berulangkali atas permintaan calon. d. KPP / PP hendaklah memastikan pita rakaman ditulis dengan Angka Giliran, Nama Kertas dan Kod Kertas. e. KPP / PP hendaklah memasukkan pita rakaman dan / atau SJP calon mengikut kertas ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. f. KPP / PP hendaklah menyerahkan sampul khas kepada KUPP IPGK selepas tamat peperiksaan.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 15 2.2.1 Ketidakupayaan Pendengaran Kertas Peperiksaan Moderasi boleh dibekalkan khusus untuk calon bermasalah pendengaran sekiranya diperlukan. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan Kertas Peperiksaan Calon Masalah Pendengaran mengikut kesesuaian: 2.2.1.1 Pelantikan KPP / PP Pelantikan KPP/PP boleh dijalankan berdasarkan ketetapan berikut: a) Pelantikan KPP / PP untuk mengendalikan calon yang menggunakan Kertas Peperiksaan Moderasi adalah sama seperti bilangan PP yang telah ditetapkan oleh UPP IPGK. b) Sekurang-kurangnya seorang KPP / PP yang dilantik mestilah berkemahiran dalam Bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) atau Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) supaya dapat memberi arahan yang jelas kepada calon. 2.2.1.2 Penyediaan Peralatan a) Tiada peralatan khas digunakan. 2.2.1.3 Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi CBK ketidakupayaan pendengaran adalah seperti berikut; a) Calon hendaklah ditempatkan di dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai. b) Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan.Sila rujuk Lampiran 2
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 16 c) KPP / PP hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas. d) KPP / PP hendaklah memasukkan SJP calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. e) KPP / PP hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada KUPP selepas tamat peperiksaan. 2.3.1 Ketidakupayaan Fizikal (Lumpuh / Cacat Anggota Badan) Calon ketidak upayaan fizikal boleh menggunakan Khidmat Pembaca Soalan dan /atau Jurutulis. Khidmat Pembaca Soalan dan / atau Jurutulis dibenarkan bagi kes yang sangat memerlukan sahaja. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis digunakan dalam mengendalikan peperiksaan. 2.3.1.1 Pelantikan KPP / PP KPP / PP berikut hendaklah dilantik bagi setiap calon: d. seorang juru rakam audio (wajib) e. seorang pembaca soalan dan / atau f. seorang jurutulis (sekiranya diperlukan) Pembaca Soalan hendaklah dilantik dalam kalangan KPP/ PP yang boleh membaca dengan intonasi dan sebutan yang jelas mengikut medium bahasa kertas peperiksaan. 2.3.1.2 Penyediaan Peralatan IPG kampus yang mengendalikan peperiksaan hendaklah menyediakan peralatan berikut:
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 17 a. alat perakam audio yang bersesuaian b. pita rakaman c. bateri / punca kuasa elektrik yang berterusan 2.3.1.3 Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi CBK yang mengalami lumpuh/ ketidak upayaan fizikal adalah seperti berikut; d. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan khidmat pembaca soalan dan / atau jurutulis wajib menggunakan rakaman audio sepanjang tempoh peperiksaan. e. IPGK hendaklah menyediakan sebuah bilik yang sesuai dan kondusif serta mudah diakses (bagi calon yang menggunakan kerusi beroda) untuk menjalankan peperiksaan. f. Pembaca soalan boleh membaca soalan berulangkali atas permintaan calon. g. KPP / PP hendaklah memastikan pita rakaman ditulis dengan Angka Giliran, Nama Kertas dan Kod Kertas. h. KPP / PP hendaklah memasukkan pita rakaman dan / atau SJP calon mengikut kertas ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. i. KPP / PP hendaklah menyerahkan sampul khas kepada KUPP IPGK selepas tamat peperiksaan. 2.4.1 Ketidakupayaan Sementara (Semasa peperiksaan dijalankan calon sakit /kemalangan atau kes-kes kecemasan) Calon yang mempunyai ketidakupayaan sementara / sakit/ kemalangan atau kes-kes kecemasan yang mempunyai gabungan salah satu dan/atau lebih dari satu ketidakupayaan akan menggunakan prosedur pengendalian peperiksaan mengikut
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 18 ketidakupayaan yang utama. Sekiranya terdapat keperluan mana-mana gabungan prosedur pengendalian peperiksaan maka, gabungan tersebut akan dijalankan mengikut kesesuaian. Penggunaan kertas peperiksaan moderasi, pengunaan komputer, khidmat Pembaca Soalan, Juru tulis, dan lain-lain/peralatan/khidmat bantu ketidakupayaan perlu mendapat kelulusan daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian berasarkan ketidakupayaan yang dikenalpasti. 2.4.1.1 Pelantikan KPP/PP Pelantikan KPP/PP boleh dijalankan berdasarkan ketetapan berikut: a) Pelantikan KPP/PP untuk calon ketidak upayaan sementara adalah mengikut kesesuaian. 2.7.1.2 Penyediaan Peralatan IPG kampus yang mengendalikan peperiksaan hendaklah menyediakan peralatan berikut: a) Peralatan yang digunakan adalah mengikut kesesuaian berdasarkan ketidakupayaan yang diputuskan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian. 2.4.1.3Prosedur Pengendalian Prosedur pengendalian peperiksaan bagi CBK adalah seperti berikut; a) Prosedur pengendalian Peperiksaan bagi ketidak upayaan sementara adalah berdasarkan ketidak upayaan yang utama dengan gabungan prosedur pengendalian peperiksaan yang berkenaan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 19 2.5.1 Calon CBK bagi Kes-kes Kecemasan Calon yang jatuh sakit secara tiba-tiba merujuk kepada calon yang menduduki peperiksaan dalam waktu yang ditetapkan pada Jadual Waktu Peperiksaan tetapi jatuh sakit secara tiba-tiba. Pengurusan bagi calon CBK kes-kes kecemasan ini adalah seperti berikut : a) Calon yang tidak sedarkan diri di hospital sebelum kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu peperiksaan tamat boleh dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan dan diberi masa gantian iaitu jumlah masa yang belum digunakan pada hari yang sama. b) Bagi calon di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri sebelum kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu peperiksaan tamat, calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan. KPP/PP boleh memberikan masa gantian pada hari yang sama kepada calon, bagi menggantikan masa yang belum digunakan. c) Bagi calon di hospital atau di pusat peperiksaan yang tidak sedarkan diri selepas kertas peperiksaan telah bermula atau ketika sedang menduduki peperiksaan, tetapi sedar sebelum masa peperiksaan tamat, calon boleh diberi masa gantian pada hari yang sama mengikut masa yang masih belum digunakan. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan. d) Calon yang tidak sedarkan diri di pusat peperiksaan hendaklah diasingkan di bilik khas dengan diawasi oleh KPP/PP. Sekiranya serius pihak IPG boleh menghubungi pusat kesihatan yang berdekatan untuk rawatan atau dibawa ke hospital. e) Bagi calon yang dibawa ke hospital, PP hendaklah memastikan calon diiring dan diawasi pada setiap masa. KPP/ PP menghubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian untuk melantik KP/PP untuk bertugas di hospital.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 20 f) Unit Peperiksaan dan Penilaian hendaklah memastikan kertas peperiksaan dan SJP calon dibawa ke hospital mengikut prosedur keselamatan. Kertas peperiksaan dan SJP dimasukkan ke dalam plastik pembungkus skrip jawapan dan dilakri. Pembungkus Skrip Jawapan hendaklah dimasukkan di dalam beg tertutup. Kertas peperiksaan dan SJP hendaklah dibawa ke hospital oleh dua orang petugas peperiksaan. g) Bagi calon yang kekal di pusat peperiksaan, KP/PP boleh membenarkan calon meneruskan peperiksaan sekiranya calon mampu dan mahu meneruskan peperiksaan. h) Calon yang dibawa ke hospital dan dibawa balik semula ke pusat peperiksaan (selepas mendapat kebenaran doktor), KPP hendaklah memastikan PP mengiringi dan mengawasi calon pada setiap masa. Calon dibenarkan meneruskan peperiksaan sekiranya calon mampu dan mahu meneruskan peperiksaan. KPP/PP boleh memberikan masa gantian pada hari yang sama kepada calon bagi masa yang belum digunakan i) Bagi calon di hospital atau di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri sebelum kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar selepas waktu peperiksaan tamat, calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Calon boleh dibenarkan menduduki peperiksaan ulangan/ulangan khas atau tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Unit Peperiksaan dan Penilaian. 2.5.2 Calon yang menghidap Penyakit Berjangkit Contoh: penyakit berjangkit termasuk demam campak, cacar dan sakit mata. Calon yang menghidap penyakit berjangkit tetapi boleh menduduki peperiksaan dengan kebenaran pegawai perubatan atau mampu berbuat demikian hendaklah mengikut prosedur berikut; a) Bagi calon Calon hendaklah diasingkan di bilik khas dan diawasi oleh KPP/PP. b) Masa tambahan boleh diberikan kepada calon atas pertimbangan Unit Peperiksan dan Penilaian.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 21 3.0 Pemeriksaan Skrip Calon Berkeperluan Khas Pemeriksaan Skrip Jawapan Peperiksaan Calon Berkeperluan Khas adalah berdasarkan ketetapan berikut; Bagi calon kurang upaya yang menjawab secara Braille, KUPP hendaklah melakukan perkara-perkara berikut: a) Penterjemah hendaklah menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972. b) Melantik seorang penterjemah yang mahir menukarkan tulisan Braille kepada bahasa atau tulisan jawapan. c) Menyerahkan SJP calon kepada penterjemah. d) Menetapkan jangka waktu untuk kerja-kerja terjemahan. e) Menerima skrip asal dan juga transkrip daripada penterjemah semula. f) Menyerahkan transkrip kepada pemeriksa untuk diperiksa. g) Menyimpan skrip asal dan transkrip calon selama sekurang-kurangnya enam bulan. h) Menghantar borang tuntutan yang berkaitan dengan kerja-kerja penterjemah kepada IPGM (jika perlu). i) Bagi IPGK yang tidak mempunyai kemudahan peralatan bagi CBK, permohonan untuk mendapatkan kemudahan daripada pihak luar perlu memperoleh kebenaran / kelulusan daripada Rektor IPGM.
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 22 Lampiran 1 JADUAL MASA TAMBAHAN Jadual masa tambahan bagi Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecatatan dan Kemalangan adalah berdasarkan ketetapan berikut: a) Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. b) Calon yang terlibat dalam kemalangan yang layak mendapat masa tambahan adalah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa dugunakan untuk menulis. Lain-lain kecederaan boleh diberi pertimbangan atas nasihat IPGK. Jadual 1. Jadual Masa Tambahan Bagi Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecatatan atau Kemalangan BIL MASA YANG DIPERUNTUKKAN DALAM JADUAL WAKTU MASA TAMBAHAN YANG DIBERI 1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit 2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam 3 Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 23 Lampiran 2 JADUAL MASA TAMBAHAN BAGI CALON BERMASALAH PENDENGARAN Jadual Masa Tambahan Bagi Calon Bermasalah Pendengaran adalah berdasarkan ketetepan berikut; masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukan bagi setiap kertas peperiksaan. Jadual 2. Jadual Masa Tambahan Bagi Calon Bermasalah Pendengaran BIL MASA YANG DIPERUNTUKKAN DALAM JADUAL WAKTU 25% MASA TAMBAHAN YANG DIBERI 1 1 jam 15 minit 2 1 jam 15 minit 20 minit 3 1 jam 30 minit 25 minit 4 1 jam 45 minit 30 minit 5 2 jam 30 minit 6 2 jam 15 minit 35 minit 7 2 jam 30 minit 40 minit 8 3 jam 45 minit
Manual Pengurusan Calon Berkeperluan Khas - Muka Surat 24 Rujukan: Access and Disability Resources ,(2020), Rutgers, The State University of New Jersey, an equal access / equal opportunity, affirmative action institution https://radr.rutgers.edu/resource/cctv-portable-magnifiers Bellacicco, R., & Demo, H. (2019). Becoming a teacher with a disability: a systematic review. Form@ re-Open Journal per la formazione in rete, 19(3), 186-206. Inclusion of learners with special needs in the national assessment of the Philippines, UNESCO NEQMAP, (26 Dec, 2018) https://bangkok.unesco.org/content/inclusion -learners-special-needs-national-assessment-philippines Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2018) Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif) Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Kyttälä, M., Björn, P. M., Rantamäki, M., Lehesvuori, S., Närhi, V., Aro, M., & Lerkkanen, M. K. (2022). Assessment conceptions of Finnish pre-service teachers. European Journal of Teacher Education, 1-19.\ Lembaga Peperiksaan (2016) Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan (2021) Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Kementerian Pendidikan Malaysia. Providing Services to Candidates with Special Needs (August, 2019) School Examinations and Assessment Division Hong Kong Examinations and Assessment Authority https://neqmap.bangkok.unesco.org/wpcontent/uploads/2019/12/HKEAA-leaflet_SN_eng_Aug2019.pdf