The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulzarif99, 2021-03-23 11:57:37

RINTISAINS 2020

MAJALAH SMADJ 2020

Keywords: rintisains,RINTISAINS 2020,SMADJ,SMadJ

SEKOLAH MENENGAH
SAINS SULTAN

MOHAMAD JIWA

BORN TO LEAD
ESTABLISHED 1973

0202 RINTISAINS

2 PERMULAAN SENASKHAH

MAJALAH

33 ETOS

42 KEJAYAAN

55 DIARI

84 ANTARA EMPAT KUASA

105 UNIT UNIFORM

113 KELAB PERSATUAN

121 KARYA

133 ALBUM KELAS

PermulMaaanjaSlaenhaskhah

SidangSRMedaadkJsi Guru

SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA

Pn Fatimah bt Ab Rahim Pn Jalilah bt Jamil

EDITOR 1 EDITOR 1

Pn Zuraini bt Johari Pn Nurazlina bt Awang

EDITOR 2 EDITOR 2

Pn Nur Anisah bt Ahmad Besri Pn Dayang Zahora bt Awang
Dillah
AJK MAKLUMAT
AJK MAKLUMAT
Pn Noor Adilasyila bt Baharin
Pn Nur Zahirah bt Abdul Razak

AJK MAKLUMAT AJK MAKLUMAT

En Cheng Siak Thiam Pn Rozaita bt Shuib

AJK ICT AJK ICT

En Wazaruddin b Wahab En Mohamad Fishal b Jamaludin

5

6

7

8

9

10

KATA ALU-ALUAN
MENTERI PENDIDIKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Prihatin Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana
memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
majalah sekolah bagi tahun 2020.

Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya sidang
redaksi majalah sekolah RINTISAINS yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah bagi tahun
2020. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala komitmen dan sumbangan warga
sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini amat
dihargai dan disanjung tinggi.

Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat
drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif
dan holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing.

Malangnya, tahun 2020 Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19
sehingga menyebabkan seluruh warga pendidik dan murid terperangkap dalam kancah berisiko
ini. Refleksi daripada pandemik ini menyebabkan warga pendidik dan murid terpaksa menjalani
pengajaran dan pembelajaran secara talian. Pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran
berasaskan komputer dan maya perlu dilalui, Hikmahnya seluruh warga pendidik dan murid
semakin mahir dalam penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.

Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring
dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan memberi sapaan dan laluan
serta menitikberatkan aspek kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap
anak didik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi
fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu,
berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-
murid untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan
berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak kegemilangan.

"MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

DR. MOHD RADZI MD JIDIN
Menteri Pendidikan Malaysia

11

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terim:a kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya

untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas
kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah
sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap
sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 — 2025 akan sentiasa menjadi fokus utama
untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada
kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran
murid di sekolah akan lebih berkesan apabila dipacu dengan pengajaran yang berkualiti
oleh guru dan disokong oleh kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Justeru, akauntabiliti
perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan.
Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen
kita ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah agar terus
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.
BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!
DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

12

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah atas
kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2020. Saya percaya tanpa kesungguhan
dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, penghasilan majalah ini tidak dapat
direalisasikan.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mempunyai legasi yang cukup gemilang dalam sejarah
pendidikan negara. Tradisi kecemerlangan SBP telah melahirkan ramai negarawan dan
intelektual yang mampu menjadi pemain yang hebat dalam pelbagai bidang. Sudah tentulah
kecemerlangan ini harus diteruskan oleh generasi pelapis di SBP pada hari ini.

Saya percaya bahawa dalam melestarikan kecemerlangan yang ada, penguasaan ilmu
harus dipertingkat. Tidak dapat dinafikan bahawa ledakan teknologi digital pada hari ini
telah banyak merubah landskap pembelajaran yang tidak lagi terhad di bilik darjah. Terdapat
banyak platform pembelajaran dalam talian yang tersedia dan boleh dimanfaatkan oleh
setiap individu. Selaras dengan hasrat untuk kekal cemerlang dan mendepani
kecemerlangan, saya menyeru semua warga SBP supaya dapat membudayakan penggunaan
teknologi sebagai nilai tambah dalam menghasilkan pendidikan berkualiti.

Harapan saya agar generasi SBP pada hari ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik,
bahkan kecemerlangan ini harus diterjemahkan dengan tingkah laku dan sahsiah yang baik.
Elakkan budaya negatif yang boleh mengundang masalah kepada ramai pihak. Dalam hal ini,
peranan pentadbir dan guru amat penting dalam membudayakan konsep Sekolah Penyayang
yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pentadbir dan guru-guru yang telah
bertungkus lumus mendidik generasi pewaris negara pada masa akan datang.

Akhir kata, saya mendoakan agar warga SBP akan terus menyerlahkan kecemerlangan
walau di mana-mana jua berada. Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam
menerbitkan majalah ini. Terhasilnya majalah ini diharapkan dapat memahat memori zaman
persekolahan untuk dikenang pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

AIDIE BIN JANTAN
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

13

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan
peluang untuk merakamkan kata alu-aluan dalam sidang redaksi majalah pada tahun ini. Tahniah
dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah
sekolah bagi tahun 2020. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, segala usaha dan
sumbangan dalam penerbitan ini amatlah dihargai dan disanjungi tinggi.

Penerbitan majalah bukanlah suatu yang mudah malah mengambil masa yang panjang
melalui kesungguhan yang mendalam serta memerlukan pelbagai aspek kemahiran. Murid-murid
dengan bantuan dan bimbingan guru mestilah bekerjasama bagi mencari idea baharu dengan
menggabungkan aspek kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan sebuah majalah yang bermutu.
Penghasilan majalah ini merupakan sesuatu yang amat penting bagi murid mengasah bakat
di samping memuatkan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Dalam hal ini saya
menyeru agar barisan pendidik dan semua murid sentiasa berusaha memacu sekolah demi
menjana kecemerlangan sepanjang masa.

Transformasi sentiasa dan terus berlaku dalam bidang pendidikan di negara kita. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan suatu manifestasi proses
transformasi dalam dunia pendidikan yang tidak dapat dielakkan. Proses ini menterjemahkan
peri pentingnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran manusia agar sentiasa berkembang
dan dinamik hasil daripada penyelidikan dan pembangunan ilmu yang berterusan. Sekolah
sebagai institusi pendidikan yang menjelmakan pembangunan potensi modal insan telah
menyediakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu proses pembangunan tersebut.
Menerusi proses pembangunan potensi yang dirancang dan dilaksanakan secara komprehensif,
sekolah mampu menghasilkan insan yang mampu mencapai kemajuan dan kesejahteraan yang
dinikmati dalam era kehidupan mereka pada masa ini dan masa akan datang.

Saya amat yakin bahawa murid-murid di sekolah ini khususnya, berpeluang menggunakan
sumber yang disediakan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi mereka ke tahap yang
paling optimum menerusi bimbingan dan didikan para guru. Hal ini sedemikian sejajar dengan
fungsi sekolah yang sentiasa menggilap, memupuk dan mengembangkan potensi murid sejajar
dengan pendidikan abad ke-21. Inilah intipati di sebalik realiti pembelajaran abad ke-21 yang
menekankan elemen-elemen komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kreativiti serta nilai.

Akhir kata, saya mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada jawatankuasa sidang redaksi
majalah sekolah. Harapan dan doa saya, semoga tahun 2020 menjadi tahun kecemerlangan yang
lebih bermakna dan berupaya memahat kejayaan yang lebih cemerlang kepada sekolah ini.

AZIZ BIN SELAIMAN
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

14

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
DAERAH KUALA MUDA YAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi
ruang dan kesempatan kepada saya untuk mencoret sedikit bingkisan bagi mewakili warga
pendidikan daerah Kuala Muda/Yan (PPDKMY). PPDKMY ingin merakamkan ucapan tahniah
kepada sidang redaksi majalah RINITISAINS atas kejayaan menerbitkan majalah tahunan
sekolah yang merupakan wadah perjuangan kerjasama erat antara para guru dan murid.

Sesungguhnya, kejayaan ini melambangkan semangat permuafakatan, usaha dan komitmen
warga sekolah dalam merakamkan momen-momen penting untuk dikongsi bersama semua warga
pendidikan, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat umum. Perkongsian ilmu ini menjadi satu
landasan usaha yang berterusan dalam memperkembang bakat dan kemahiran yang dipupuk
dalam kalangan murid.

PPDKMY menaruh harapan yang tinggi dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada
semua warga sekolah dalam melaksanakan program-program pembangunan seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Hasrat
untuk melihat kualiti kemenjadian murid dan kualiti sekolah menjadi objektif utama dalam
merentasi dunia pendidikan hari ini.

Harapan saya, semoga semua warga pendidikan tidak kira di peringkat mana sekalipun
sentiasa cakna dalam membangunkan tiga perkara utama iaitu sikap (attitude), kemahiran
(skills), dan pengetahuan (knowledge). Semoga perkongsian maklumat yang diacarakan sebegini
rupa mampu untuk memberi rangsangan kepada semua warga pendidikan dan masyarakat dalam
memartabatkan pendidikan di negara ini. Hayati slogan kita, moga kita sampai ke destinasinya.

Sekian. Wassalam.

“KMY BERINSPIRASI TINGGI, MEMACU KE PERSADA IMPIAN”
“KAMI MAJU DENGAN YAKIN”

MUKHTAR BIN MANSOR B. C. K. P. K
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda /Yan

15

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, berkat keizinan-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan penerbitan majalah
RINTISAINS 2020. Syabas dan tahniah diucapkan kepada sidang redaksi sekolah dan semua pihak yang
terlibat kerana telah berupaya berkolaborasi secara kolektif dalam merealisasikan penerbitan majalah
sekolah pada kali ini. Atas komitmen padu dan kesepaduan tenaga yang digemblengkan, segala dokumen
penting yang menyimpan pelbagai kenangan dan lakaran sejarah warga sekolah berjaya direkodkan
bukan sahaja sebagai satu memori indah untuk dikenang tetapi juga sebagai satu medium rujukan rasmi
warga SMadJ bagi tahun yang dianggap cukup bersejarah, iaitu ketika dunia berhadapan dengan pahit
getir cabaran ekoran pandemik COVID-19.

Naskhah bersejarah yang dinanti-nantikan ini menggambarkan wajah sebenar SMadJ bagi tahun
2020. Pelbagai pencapaian dan kegiatan sekolah dalam tadbir urus norma baharu termasuk prosedur
operasi standard (SOP) dan pengadaptasian transformasi yang berorientasikan pendidikan digital telah
diterjemahkan. Alhamdulillah, trend pendidikan digital mula mengambil tempat seiring dengan tuntutan
era Revolusi Industri 4.0 dan agenda transformasi negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013 – 2025) yang kini melangkah memasuki Gelombang 3 (2021 – 2025). Pelbagai
strategi telah dirangka bagi memastikan sekolah ini berada pada landasan yang betul dan mampu
bersaing dengan sekolah-sekolah ternama yang lain. Tahap kompetensi, keupayaan, kemahiran,
perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam pengadaptasian norma baharu ekoran pandemik COVID-19 ini
sentiasa dipertingkat dan diperkemas dari semasa ke semasa. Pihak sekolah akan berusaha melakukan
anjakan paradigma bukan sahaja dalam pembinaan softskills murid malah menjadikan warga SMadJ
generasi digital yang celik dan hebat serta cakna akan tuntutan perkembangan teknologi semasa. Usaha
murni ini pasti mengambil sedikit masa namun alah bisa tegal biasa kerana di mana ada kemahuan di situ
ada jalannya.

Besar harapan saya agar seluruh warga SMadJ mampu merealisasikan tuntutan PPPM ke arah
meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan negara. Semoga kita lebih cakna dengan perubahan
dan perkembangan semasa serta bersedia mendepani cabaran tadbir urus norma baharu yang jauh lebih
mencabar dan memerlukan pendekatan luar daripada kebiasaan. Bagi menjadikan hasrat tersebut satu
realiti yang pasti dan bukan lagi mainan mimpi semata-mata, aset negara yang ada pada hari ini perlu
sederap memperkemas langkah agar tertib dan rapi aturannya kerana kemajuan dan transformasi
kehidupan yang kita hasratkan ini tidak mungkin hadir hanya melalui angan-angan atau satu ilusi persis
peribahasa Melayu, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Demi
mendepani cabaran dunia pendidikan dan cabaran pandemik COVID-19 yang tidak pasti penghujungnya,
ayuh bersama-sama kita menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh keikhlasan demi
memacu pendidikan ke persada kecemerlangan yang dihajati. Mudah-mudahan usaha murni kita ini
diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita tuai suatu ketika nanti. Insya-Allah.

“KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

NADZIROH BINTI MOHD NADZIM
Pengetua SM Sains Sultan Mohamad Jiwa

16

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA & GURU

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah kerana dengan keizinan-Nya, naskhah kebanggaan warga SMadJ ini telah berjaya
diterbitkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak sidang redaksi kerana telah memberi kesempatan kepada
saya untuk mencoret sepatah dua kata dalam naskhah yang cukup bermakna ini.

Syabas dan sekalung penghargaan buat seluruh tenaga kerja sidang redaksi dan semua yang terlibat
kerana telah berjaya mendokumentasikan pelbagai maklumat tentang aktiviti dan kejayaan SMadJ. Walaupun
terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran norma baharu pandemik COVID-19, peristiwa suka,
duka, pahit dan manis yang mewarnai rutin kehidupan warga SMadJ sepanjang tahun 2020 masih berjaya
dihimpun dan dirakamkan sebagai memori yang cukup indah untuk dikenang. Saya yakin bahawa kemunculan
RINTISAINS bagi tahun yang dianggap cukup mencabar ini memberi pengertian yang amat besar buat seluruh
warga sekolah.
. Pepatah ada mengungkapkan sekali air bah, sekali pantai berubah, begitulah hakikatnya perubahan
sistem pendidikan negara kita pada hari ini. Sistem pendidikan konvensional yang diamalkan sebelum ini telah
bertukar wajah kepada sistem pembelajaran moden berasaskan elektronik. Keadaan ini ditambah lagi dengan
kemelut pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan kita dipaksa dan
terpaksa keluar daripada zon selesa. Jika sebelum ini, rutin hidup dilalui dengan cara normal, kini banyak
aktiviti yang terpaksa ditukar mod, kaedah dan caranya, seterusnya menjadi norma baharu. Paling ketara,
peralatan media dan komunikasi menjadi sangat penting dan bukan lagi sebagai kehendak malah sebagai
keperluan demi memenuhi tuntutan pendidikan semasa.

Dalam mendepani norma baharu kehidupan hari ini, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
bukan lagi suatu kaedah yang asing dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini, saya juga percaya bahawa
guru-guru berada dalam keadaan dilema kerana tidak semua anak murid mereka mempunyai ekosistem
pembelajaran dalam talian yang kondusif. Di sinilah peri pentingnya kerjasama ibu bapa dalam membantu
pihak sekolah khususnya anak-anak mereka sendiri. Anak-anak amat memerlukan bantuan, sokongan,
perhatian, dorongan dan motivasi daripada ibu bapa ketika PdPR dan PKP agar mereka tidak ketinggalan dan
dapat menerima ilmu sewajarnya.

Sesungguhnya, kecemerlangan sesebuah sekolah tidak hanya bersandar kepada hebatnya guru yang
mengajar atau pakarnya pihak pentadbiran sekolah dalam mentadbir urus tetapi turut mendambakan
komitmen dan kerjasama padu daripada pihak ibu bapa. Rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam
menggalas amanah dan mandat yang cukup besar ini serta saling kebergantungan, ibarat aur dengan tebing
antara pihak guru dan ibu bapa pastinya mampu membuahkan hasil yang optimum demi masa depan putera
dan puteri SMadJ suatu hari nanti, insya-Allah.

Besar harapan saya agar gandingan yang baik ini akan dapat terus dipupuk dan dibajai demi
mewujudkan pendidikan berkualiti dalam kalangan anak-anak SMadJ. Saya amat yakin dan percaya bahawa
budaya kerja cemerlang yang terbina antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat mampu melahirkan
generasi pewaris bangsa yang cemerlang dan berketerampilan bertepatan dengan aspirasi dan hasrat murni
negara, insya-Allah. Sekian. Wassalam.

MOHD SYUKRI BIN SHUAIB
Yang Dipertua PIBG SMadJ

17

KATA ALU-ALUAN KETUA MURID

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, the most gracious and merciful.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and good day everyone.
First and foremost, I would like to express my earnest gratitude for the golden opportunity

that has been bestowed on me to carve my words in this masterpiece. To the editorial board of
RINTISAINS 2020, thank you for your considerable effort and utmost commitment in putting all
the memories of 2020 into this SMadJ annual magazine.

Dear all members of SMadJ,
I reckon that 2020 is the most challenging year so far. The pandemic of COVID-19 has

changed the ways we live our lives. As we already know, adapting ourselves in this new,
unexpected norms is not an easy task. However, I am amazed by the commitments and
dedications shown by our teachers in making the teaching and learning sessions on the right
track throughout the year. Hence, I representing all the students, would love to thank all the
teachers for their unrequited deeds in polishing and nurturing our abilities and capabilities to
become a well-rounded individuals in the future.

Moreover, I am pinning my highest hope in seeing all the students of SMadJ succeed in
your lives and become both national and global leaders in the future. With that being said we
need to prepare and empower ourselves for the future challenges as we are already in a fast
developing era, where only the best can achieve the triumph and shine through. I undoubtedly
believe in the hidden potential that is contained inside each of you.

Furthermore, I would like to remind all of the Form 5 students to maintain and improve
your momentum in your study. I certainly have no doubts in believing that we can ace our Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 with flying colours. Let us bring and uphold our school's pride so
that we will stand proudly in the eyes of the nation and the world.

Last but not least, I would like to express my appreciation to the Student Leadership
Council including prefects, BADAR and librarians in ensuring the smoothness of any school
programmes and monitoring the students’ discipline. Before I end this writing, these are a few
simple but endearing words that should be worn on every students’ sleeve -

"BERILMU DAN BERBUDI"
"TOGETHER TOWARDS EXCELLENCE"

MUHAMAD ASSHMAR HAIQAL BIN ZAMRI
Head Boy of SMadJ

18

KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR

Bismillahhirahmanirrahim,
In the name of Allah, the most gracious and merciful.

At first, I was absolutely daunted when I was given this task of producing this 2020
RINTISAINS. Producing a school magazine is not an easy task since it involves a lot of hardwork.
RINTISAINS is a chronological record of events in SMadJ and its achievement in various fields. In
order to present a written record of these happening, a lot of time, money and effort are involved.
As the Chief Editor, I too, was not exempted from various difficulties that came with the job during
my one year as an office-bearer.

Credits should be given to the Principal of our school, Madam Nadziroh binti Mohd
Nadzim, for allowing us to produce this edition of RINTISAINS, to Pn Fatimah binti Ab Rahim and
other teacher advisors for their advice and supervision. I would also like to extend my
appreciation to the committee members and Form 4 members of Editorial Board who have given
their endless support to me on the production of this 2020 RINTISAINS. This school magazine of
year 2020 is the fruit of all your efforts.

Finally, to all sponsors and contributors, thank you for having confidence in our team. The
financial support given has helped a great deal in the production of an attractive magazine. This
year, it's difficult for us to face challenges like the uprising COVID-19 cases, but we did our best to
make the magazine a reality.

Besides being a written record of our years in SMadJ, this magazine is also a token of
appreciation to our beloved teachers and mentors. It is a written celebration of our lives as
students of SMadJ. In years to come, as we browse through this magazine, may this compilation of
sweet memories in Sultan Mohamad Jiwa Science Secondary School serves as an inspiration for
success in our adult life.

Thank you,

MUHAMMAD DANISH WAFIQ BIN MOHD NADZIM
Chief Editor

19

NadSi MPeandgJgerak

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

Etos

34

10 MAC 2020

UNTERNEHMEN DEUTSCH

Kejayaan : Tempat Pertama
Peserta yang terlibat :

1.Muhammad Rafiq Mohd Raziff
2.Muhammad Aliff Daniel Mansor
3.Nur Iffah Zulaikha Mohd Arip
4.Izzatul Najwa Che Zaki
5.Nur Hani Yusli

Kejayaan : Tempat Kedua
Peserta yang terlibat :

1.Muhammad Azri Khir Mohd Zokeri
2.Ammar Rifqi Farhan
3.Nor Farah Izzati Abd Hafif Sham
4.Nur Emilia Sofea Muhammad Faiq

Mamesah
5.Chanafonthisa a/p Soom Nek

Kejayaan : Penyertaan
Peserta yang terlibat :

1.Muhammad Hazwan Mohd Hafifi
2.Iqbal Zharfan Masrul Hasdi
3.Zulhaidhar Danial Zakaria
4.Nurardila Iwani Azrul Effendy
5.Nurul Aleesya Syahiera Bidin

13 MAC 2020

INTERNATIONAL LAUREATE
PROGRAM SCHOLARSHIP (PAD)

Nurul Aleesya Syahiera binti
Bidin telah mewakili sekolah
dalam International Laureate
Program Scholarship (PAD)
(Application Interview) di
German Embassy, Kuala
Lumpur.

27 MAC 2020

INTERNATIONAL DEUTSCH
OLYMPIAD

Chanafonthisa a/p Soom
Nek telah mewakili sekolah
dalam International Deutsch
Olympic 2020 dan mendapat
Tempat Ketiga.

35

11 - 24 OKTOBER 2020

INDES 2020

Kejayaan :
Pingat Emas & Anugerah Kumpulan
Terbaik dalam Tema Sains,
Kejuruteraan dan Teknologi
Peserta yang terlibat :

1.Muhammad Hazwan Mohd Hafifi
2. Muhammad Khairil Iman

Khairunnizam
3.Nadthawuth Ketnukkun a/l Su

Piang
4.Chanafonthisa a/p Soom Nek
5.Nur Emilia Sofea Muhammad Faiq

Mamesah

36

11 - 24 OKTOBER 2020

INDES 2020

Kejayaan :
Pingat Emas
Peserta yang terlibat :

1.Muhammad Azri Khir Mohd
Zokeri

2.Iqbal Zharfan Masrul Hasdi
3.Muhammad Aliff Daniel Mansor
4.Mohamad Dzulhisyam Dzulkifli
5.Muhammad Danial Azeem

Muhammad Dzahir

37

38

1 OKTOBER - 6 NOVEMBER 2O2O

THE 4TH BELT AND ROAD
TEENAGER MAKER CAMP &

TEACHER WORKSHOP

Pasukan SMadJ yang terdiri daripada
murid Tingkatan 4 telah menyertai
pertandingan ini di bawah bimbingan
Pn Noorsalawati bt Ahmad. Kumpulan
ini berjaya mendapat anugerah
Best Teamwork .

39

18 NOVEMBER 2020

PERTANDINGAN VIDEO
PENDEK BAHASA ARAB

KALI KE-4

Pada tanggal 17-18 September, beberapa kumpulan murid
Bahasa Arab telah menyertai pertandingan Video Arab
SHABAS 2020. Bakat dan kelebihan yang ada dalam diri
mereka berjaya dicungkil menerusi pertandingan ini
khususnya dari segi kreativiti dan pengetahuan dalam
bidang sains dan reka cipta sekali gus memperkasakan
kemahiran komunikasi dalam Bahasa Arab.

28 DISEMBER 2020

PERTANDINGAN DOODLE JAWI ANJURAN
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYIA (PNM)
SEMPENA PROGRAM KARNIVAL SEMARAK JAWI

Irdin Syamimi Mohd Muhammad Anas Danial
Nizam Azizmi
Tempat Pertama Tempat Ketiga

Nurul Qistina Abdul Nur Athirah Zulkifli
Talib Tempat Ketujuh
Tempat Kelima

40

19 NOVEMBER 2020

VIDE 2020

Virtual Expo of Innovation Product and
System Design 2020 peringkat kebangsaan.

Wakil SMadJ yang terdiri daripada 5
orang murid lelaki Tingkatan 4 telah
berjaya memperoleh anugerah Emas
dan anugerah Merit. Produk yang telah
dihasilkan oleh mereka ialah ChaCO-
Ban iaitu satu evolusi daripada arang-
eko untuk rawatan COVID-19. Produk
ini dapat digunakan untuk
membekalkan oksigen dan karbon untuk
rawatan COVID-19.

41

Kejayaan

31 JANUARI-1 FEBRUARI PENCAPAIAN:
2020
Tempat Kedua Keseluruhan
KEJOHANAN Bawah 18 Tahun (P)
CATUR MSSD KMY
Tempat Kedua Individu Bawah
18 Tahun (P) - Nur Aqilah Husna

Tempat Ketujuh Individu
Bawah 18 Tahun (P) - Siti Nur
Aisyah
Tempat Keenam Individu
Bawah 15 Tahun (P) - Siti Sarah

Tempat Kelima Belas Individu
Bawah 15 Tahun (L) -Muhammad
Azrin Syazwan

43

3 FEBRUARI 2020 Sekolah Menengah Sains
Sultan Mohamad Jiwa telah
KEJOHANAN menjadi tuan rumah bagi
SOFBOL Kejohanan Sofbol Peringkat
Daerah yang berlangsung
PERINGKAT KMY pada 3-5 Februari 2020.
Pasukan lelaki sekolah kita
telah berjaya menyandang
gelaran Johan manakala
pasukan perempuan berjaya
meraih Naib Johan.

44

5 FEBRUARI 2020 Kejohanan Bola Jaring
Peringkat MSSK (D) pada
KEJOHANAN kali ini telah diadakan di
BOLA JARING Amanjaya Sports Arena,
PERINGKAT KMY Sungai Petani. Sekolah-
sekolah dari seluruh
daerah KMY telah
menyertai kejohanan ini.
Pasukan SMadJ telah
berjaya muncul sebagai
Naib Johan.

45

Pertandingan ini telah dijalankan

di Taman Melor, Sungai Layar

dengan diiringi oleh Pn Norliza bt

Abd Manaf dan jurulatih silat, En

Yusof bin Ahmad. Ketiga-tiga

peserta yang bertanding berjaya

memperoleh pingat dalam kategori

22 FEBRUARI 2020 masing-masing.

KEJOHANAN Antara pencapaian mereka ialah;
Nur Nisa Anuar - Pingat Perak

SILAT OLAHRAGA Rose Annessa Sofea Rohaizi -
Pingat Perak

Nurfasya Atika Rosli - Pingat

Gangsa

46

28 FEBRUARI & 29 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
FEBRUARI 2020 telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Hoki
Inter SBP Zon PKP pada tahun ini. Oleh itu,
KEJOHANAN HOKI INTER SBP kebanyakan Sekolah Berasrama Penuh telah
ZON PERLIS-KEDAH- membuat keputusan untuk menetap di SMadJ
bagi memudahkan dan melancarkan pergerakan
P.PINANG (PKP) 2020 ke tempat pertandingan. Perlawanan hoki ini
telah berlangsung di Turf MPSPK dengan diiringi
oleh beberapa orang guru pengiring iaitu Pn Nur
Anisah, En Teoh, Pn Norhayati, Pn Fatimah dan
Cik Noorzamira. Hasil bimbingan jurulatih
pasukan hoki, iaitu En Amiruddin, pasukan lelaki
telah berjaya mara ke separuh akhir dan
memenangi Tempat Ketiga dengan skor 3 - 0
kepada SM Sultan Abdul Halim manakala
pasukan perempuan telah berjaya mempamerkan
persembahan yang terbaik.

47

26 FEBRUARI-1 MAC 2020 Kejuaraan Silat Remaja Negeri Kedah
Tahun 2020 telah dijalankan di SMK
KEJUARAAN SILAT Dato Lela Pahlawan dengan diiringi
REMAJA NEGERI oleh Pn Norliza bt Abd Manaf dan
KEDAH TAHUN jurulatih silat, Encik Yusof bin
2020 Ahmad.
Kejayaan yang telah diraih ialah :-
1.Acara Tanding :-

1 Pingat Emas
2 Pingat Gangsa
2.Acara Seni :-
3 Pingat Perak
3 Pingat Gangsa

48

1-3 MAC 2020 Pasukan Bahas sekolah
PERTANDINGAN BAHAS kategori Bahasa Inggeris
telah berjaya menduduki
BAHASA INGGERIS Tempat Ketiga dari 18
PIALA PERDANA penyertaan dan Ketua
Pasukan iaitu, Nur Syaqilla
MENTERI KALI KE- 47 binti Rashadan berjaya
PERINGKAT SBP ZON meraih Anugerah Pendebat
Terbaik Kategori Bahasa
UTARA Inggeris

49


Click to View FlipBook Version