The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by karafi5645, 2021-05-02 22:45:46

Buletin HTHN 01

Buletin HTHN 01

1

Kandungan 31

03 Bicara Seni

Dari Meja Pengarah 32

04 Aktiviti Program

COVID-19: Kenali dan Langkah 36

06 IKM vs Covid

Jan-Mac 2020

16

Apr-Jun 2020

21

Jul-Sept 2020

25

Okt-Dis 2020

26

Bicara Teknikal

28

Bicara Jasmani

30

Bicara Rohani

Diterbitkan oleh:
Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad,
Kawasan Perindustrian Peramu Jaya,
26000 Pekan Pahang.

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan
ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat pun kecuali setelah mendapat
kebenaran daripada penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Institut Kemahiran MARA TSYA, 2020
BULETIN HOK TU, HOK NI!
e-ISSN 2756-8717

Terima kasih kepada semua penyumbang artikel dan
bahan yang menjayakan penerbitan Buletin Hok Tu, Hok
Ni! ini.

Disunting oleh : Pn. Fatanah Khatun Bt Ahmad@Amzah

SIDANG REDAKSI

MOHD KARAFI BIN MD SALLEH 2

Dari Meja Pengarah

Assalamualaikum wbt.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya,
buletin rasmi IKM TSYA, telah berjaya diterbitkan buat
julung-julung kalinya. Jutaan terima kasih saya ucapkan
dan syabas kepada barisan sidang redaksi WARTA TSYA
yang bertungkus lumus dalam merealisasikan pen-
erbitan e-buletin ini.
Kemunculan buletin ini amat dinanti-nantikan dan merupa-
kan suatu tanda yang menggambarkan wajah IKM TSYA
sepanjang tahun 2020 yang sememangnya penuh dengan
cabaran. Satu kenyataan yang jelas boleh saya utarakan adalah
semangat kerjasama dan komitmen lwarga kerja IKM TSYA
bukan sahaja dalam menzahirkan penerbitan buletin ini,
malah dalam suasana kerja dan norma baharu yang perlu diterap-
kan sepanjang tahun ini.

Akhir kata, saya berharap penerbitan buletin ini akan dapat
diteruskan dan menjadi gambaran kepada kegemilangan dan
pencapaian IKM TSYA pada masa akan datang. Sekian.

Tn. Hj. Zakaria Bin Hasan
Pengarah, IKM TSYA

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan syabas
kepada sidang redaksi buletin yang telah berjaya menghasilkan buletin ini.

Dengan terzahirnya buletin ini diharapkan ia menjadi satu platfom bagi
warga IKM TSYA untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan lebih
berdedikasi. Segala maklumat dan perkongsian di dalam buletin ini
menunjukkan kesungguhan dan komitmen warganya dalam memas-
tikan IKM TSYA terus mampan dan bertambah maju. Semoga
buletin ini akan terus dapat diterbitkan pada masa hadapan.

En. Zainal Abidin Bin Alimi
Timb. Pengarah HEA IKM TSYA

Assalamualaikum wbt. Segala puji dan syukur bagi Allah
SWT di atas keizinanNya, e-buletin IKM TSYA ini dapat
diterbitkan. Tahniah dan syabas buat ketua sidang redaksi dan
ahli jawatankuasa yang terlibat.

Penerbitan e-buletin ini secara tidak langsung merupakan satu
penghargaan yang diberikan kepada mereka yang telah banyak
menyumbangkan idea, tenaga ,usaha dan komitmen yang jitu di
dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program.

Pelbagai informasi menarik dan berguna yang terkandung di dalam
e-buletin ini dapat dimanfaatkan. Dengan penerbitan berterusan
e-buletin ini, adalah diharapkan agar seluruh warga IKM TSYA akan
terus bersemangat dan berinspirasi dalam usaha mewarnai dan
mencorakkan kehidupan yang memanfatkan diri sendiri, anak-anak didik
yang diamanahkan dan organisasi.

Pn. Hjh. Siti Noorrizkiah Bt Ahmad
Ketua Jab. P. Am3, menjalankan tugas Timb. Pengarah KPHEP IKM TSYA

4

5

PENDAFTARAN PELAJAR Edisi 1/2020
BAHARU DAN PELAJAR
KANAN JAN-JUN 2020 JAN-MAC

Sesi pendaftaran pelajar baharu bagi sesi Jan-Jun 2020 telah
dilaksanakan dalam 5 fasa dengan menyaksikan seramai
169 orang pelajar melaporkan diri ke IKM TSYA. Peratus
pelajar yang melapor diri adalah sebanyak 97% dari jumlah
pelajar yang setuju terima tawaran kemasukan ke IKM
TSYA. Pendaftaran pelajar baharu telah dilaksanakan di
Dewan Teknologi Abd Aziz, IKM TSYA.

PILIHANRAYA MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR SESI

JAN-JUN 2020

Sesi pemilihan, kempen dan pilihanraya bagi Majlis Perwakilan Pelajar IKM TSYA bagi tahun
2020 telah berlangsung dari 27-30 Januari 2020. Sesi pembuangan undi yang telah diadakan
pada 30 Januari 2020 mencalonkan 37 orang calon dari pelbagai wakil program. Seramai 22
pelajar telah terpilih sebagai Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar bagi tahun 2020 untuk
memenuhi 8 portfolio yang diwartakan.

6

PROGRAM CERAMAH ETIKA DAN Satu program ceramah berkaitan dengan etika dan kesedaran
keselamatan di tempat kerja telah diadakan pada 28 Januari 2020
KESEDARAN KESELAMATAN DI bertempat di Dewan Abdul Aziz, IKM TSYA. Ceramah yang

TEMPAT KERJA disampaikan oleh En. Romzie Bin Mohd Aziz, Pengurus SHE “Human

Resource & Administration’ Isuzu HICOM Sdn

Bhd ini memfokuskan untuk meningkatkan

kesedaran para pelajar terhadap etika dan

keselamatan di tempat kerja.

Satu kempen derma darah anjuran IKM TSYA dengan Kerjasama Hospital PROGRAM KEMPEN
Pekan Pahang telah diadakan pada 30 Januari 2020 bertempat di DERMA DARAH
Dewan Teknologi Abdul Aziz IKM TSYA. Program yang berlangsung
dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah mendapat sambu-
tan yang menggalakkan dengan kehadiran para pelajar dan kakitangan
IKM TSYA dengan mencapai sasaran 80% jumlah penderma.

7

PROGRAM KESENIAN:
SENI LIPATAN TANJAK
PAHANG

Pada 11 Februari 2020, satu program
anjuran Unit Pengajian Malaysia telah
diadakan yang berlangsung pada jam
8.50 malam hingga 11.00 malam di
Dewan Teknologi Abdul Aziz, IKM TSYA.
Program Kesenian Teknik Lipatan
Tanjak Pahang yang dilaksanakan atas
kesedaran untuk memartabatkan
kesenian budaya Melayu di kalangan
para pelajar IKM TSYA. Penceramah
jemputan yang telah diundang adalah
dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan
Negeri Pahang , En Muhamad Safarin
Bin Idris. Selain dihadiri para pelajar,
warga kerja IKM TSYA juga turut hadir
bagi memeriahkan program.

8

Lawatan Audit Pensijilan MQS ISO 9001 telah

LAWATAN AUDIT ISO 9001:2015 yang telah dihadiri dikembangkan untuk
PENSIJILAN MQS menjadi standard sistem
ISO 9001:2015 oleh juruaudit dari SIRIM, Pn Maznah pengurusan 'generik',

Bt Mat Isa telah berlangsung pada 19 yang dapat digunakan

Februari 2020. Sesi lawatan audit yang untuk organisasi tanpa
mengira ukuran atau
dimulai dengan mesyuarat pembukaan yang jenisnya. Oleh itu, ia

dipengerusikan oleh Timb. Pengarah KPHEP, diterima secara meluas
dan diterima pakai oleh
En Syahidin Bin Mohd Arifin. Juruaudit SIRIM organisasi pembuatan dan

kemudiannya dibawa melawat ke bengkel- perkhidmatan, organisasi

bengkel program, Unit Peperiksaan dan bukan untung, dan bahkan
jabatan kerajaan di
Persijilan dan beberapa tempat lain bagi seluruh dunia. ISO 9001

melihat kemudahan serta membuat semakan menyediakan kerangka
kerja yang berkesan untuk
rekod dokumentasi. Lawatan audit diakhiri mana-mana organisasi

dengan mesyuarat penutup dengan yang ingin secara
konsisten menyediakan
mendengar maklumbalas serta penam- produk dan perkhidmatan

bahbaikan dari juruaudit yang memenuhi kehendak

pelanggan mereka; dan
terus meningkatkan
produk, proses dan sistem
mereka untuk
meningkatkan kepuasan.

PROGRAM CERAMAH
SAFETY FIRST -

BERTINDAK SEBELUM PARAH

Bagi menambahkan pengetahuan berkaitan dengan
rawatan kecemasan terutama di tempat kerja, satu
ceramah bertajuk Safety First-Bertindak Sebelum
Parah telah dianjurkan oleh Unit Pengajian Malaysia
pada 25 Februari 2020 bertempat di Masjid Darul
Ulum, IKM TSYA. Ceramah yang bermula pada jam
8.50 malam sehingga 11.00 malam ini telah melibat-
kan semua pelajar IKM TSYA dengan ceramah yang
disampaikan oleh En. Mohd Nasir Bin Mohd Yunus,
Pensyarah daripada Program Diploma Kompetensi
Elektrik (PW4).

9

Bagi mamastikan kelestarian peluang pekerjaan yang PROGRAM LAWATAN KE
mampan di industri terutamanya bagi pelajar IKM HICOM TECK SEE, SHAH ALAM
TSYA, IKM TSYA melalui inisiatif yang diambil menga- SELANGOR
dakan satu lawatan kerja ke HICOM TECK SEE pada 12
Februari 2020 yang bertujuan untuk membincangkan
program Latihan industri berstruktur bagi pelajar
Program Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaaan
dan Sijil Teknologi Kimpalan. Lawatan kerja ke
HICOM TECK SEE ini disertai oleh Pegawai
Perhubungan Industri, Ketua Program Sijil Teknologi
Baikpulih Badan Kenderaaan dan Ketua Program Sijil
Teknologi Kimpalan
IKM TSYA.

HICOM TECK SEE adalah sebuah syarikat dibawah

nama DRB-HICOM. HICOM TECK SEE menghasilkan

produk berasaskan automotif dan bukan automotif.

Dengan pengalaman luas bertahun dalam industri,

HICOM TECK SEE telah melahirkan kepakaran

dalam proses pengeluaran sekunder yang merangku-

mi pembentukan valum, gabus poliuretana, kimpalan

plastik ultrasonik, pemasangan komponen, lukisan

dan penyaduran krom. HOCIM TECK SEE telah

menerima plebagai anugerah berprestij dari

awal penubuhannya, dan pada tahun 2018 telah

menerima pengiktirafan IATF16949 yang

menggantikan ISO/TS16949 untuk Quality Manage-

ment System bagi industri automotif.

LAWATAN KOLABORASI IKM TSYA telah menerima lawatan dari pihak Pantai Baharu
PANTAI BHARU PROFESIONAL Profesional Centre, Klang Selangor pada 27 Februari 2020. Lawatan
CENTRE, KLANG KE IKM TSYA yang bertujuan untuk membincangkan potensi pengambilan pelajar
latihan industri untuk terus bekerja di syarikat tersebut serta

perbincangan Program IBC dan Latihan Industri
Berstruktur bagi pelajar Program Diploma Teknologi
Automotif Komersial IKM TSYA.

10

PROGRAM KOLABORASI BERSAMA Atas kesedaran akan kepentingan
KESIHATAN PERGIGIAN & BADAN AGAMA kesihatan gigi, melalui kolaborasi antara
ISLAM PERINGKAT DAERAH PEKAN IKM TSYA dengan Pejabat Kesihatan Pergigian
dan Badan Agama Islam Peringkat Daerah

Pekan telah mengadakan satu program kesedaran

kesihatan pergigian yang diadakan di perkarangan

Masjid Darul Ulum, IKM TSYA pada 14 Februari 2020

dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Program telah

diisi dengan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan

pergigian disamping kempen kesihatan gigi.

HARI MARA

11

Bersempena dengan Hari MARA ke 54, satu program bacaan Surah Yaasin SAMBUTAN HARI MARA KE
dan Doa Selamat telah diadakan pada 4.30 petang, 2 Mac 2020 54: Program Bacaan Yaasin
bertempat di Masjid Darul Ulum IKM TSYA. Majlis yang dihadiri oleh

para pelajar dan kakitangan IKM TSYA bertujuan bagi bersama- dan Doa Selamat

sama mendoakan kesejahteraan dan keberkatan MARA sebagai

sebuah entiti yang memperjuangkan nasib dan harapan Bumiputera dalam

menghadapi apa jua cabaran demi kesejahteraan keharmonian negara,

bangsa dan agama.

SAMBUTAN HARI MARA KE Pada 3 Mac 2020, bersempena dengan Sambutan Hari MARA ke 54 telah
54: Cintai MARA..Apa berlangsung satu Program Ceramah: CIntai MARA..Apa Peranan Kita?.
Peranan Kita? Program yang berlangsung dari jam 9.00-11.00 malam ini telah diadakan di
Dewan Teknologi Abd. Aziz, IKM TSYA. Program diisi dengan tayangan video amanat

dari Pengerusi MARA dan ceramah kenegaraan dari pensyarah kursus Pengajian

Malaysia IKM TSYA, Tuan Syed Zaidi Bin Syed Omar.

12

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tinda- PERLAKSANAAN PERINTAH

kan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap KAWALAN PERGERAKAN
kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu (PKP)
"kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara. Perintan Kawa-

lan Pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020 di sel-

ruh negara dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. IKM TSYA yang

sedang melaksanakan minggu aktiviti melalui kuasa dan arahan pengarah telah mengumumkan kebenaran para pelajar untuk

pulang ke rumah masing-masing.

13

Secara umumnya Perintah Kawalan Pergerakan
yang dipekenalkan oleh Kerajaan Malaysia me-
lalui Majlis Keselamatan Negara berkuatkuasa
dari 18 Mac sehingga 31 Disember 2020. PKP
telah terlaksana dalam beberapa fasa yang meli-
batkan tempoh masa selama 14 hari setiap
satunya di seluruh Malaysia. Kemudian kerajaan
memperkenalkan PKPD, PKPDB dan PKPB di ka-
wasan tertentu mengikut jumlah jangkitan se-
masa. Seterusnya pada 10 Jun 2020, Perdanan
Menteri telah mengumumkan pelaksanaan fasa
PKPP di seluruh negara. Sungguhpun begitu,
terdapat juga beberapa kawasan yang kembali
melaksanakan PKPB, PKPD dan PKPDB berikutan
jumlah jangkitan yang kembali serius dan
membimbangkan.

14

15

Edisi 1/2020

Berikutan dengan melandanya pandemik Covid-19 ke seluruh APR– JUN
Malaysia, IKM TSYA dengan rasminya telah

mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara

dan pekeliling MARA untuk menutup

pengoperasiannya sepanjang tempoh PKP

seperti mana yang diarahkan. Penutupan

rasmi IKM TSYA juga atas arahan kesiapsiagaan IKM TSYA untuk dijadikan IKM TYSA MENDEPANI
sebagai pusat kuarantin bagi daerah Pekan sekiranya diperlukan. Selain COVID-19
para pelajar yang telah diarahkan pulang sehari sebelum PKP

dilaksanakan, para kakitangan IKM TSYA juga diarahkan untuk

bekerja dari rumah. Atas inisiatif bersama, semua pelajar-pelajar

yang terkandas di kampus termasuk di IKM TSYA telah diusahakan untuk dihantar pulang ke kediaman masing-masing pada 6

Mei 2020 dengan bas dan pengangkutan yang disediakan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

IKM TSYA: Sungguhpun kerajaan menetapkan bahawa institusi TVET ditutup sepe-
WORK FROM HOME nuhnya berikutan melandanya pandemik Covid-19, namun perjalanan kerja
dan pembelajaran masih berlangsung. Sesi pembelajaran dan kerja yang dil-
aksanakan dari rumah dibuat melalui dalam talian. Warga kerja pentadbiran
dan para pensyarah telah melaksanakan kelas-kelas dan mesyuarat secara
dalam talian. Beberapa platform dipilih seperti Google Classroom, Microsoft
Team, Whatsapp Video Confrence dan pelbagai lagi dipilih bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran dan pengajaran ini.

16

Setelah lapan minggu Malaysia keseluruhannya menjalani Perintah Kawalan IKM TSYA:
Pergerakan PKP dalam empat fasa, pada 10 Mei 2020, Perdana Menteri FASA PKPB
melalui satu pengumuman rasminya telah mengumumkan

perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB yang

bermula dari 13 Mei - 9 Jun 2020. Oleh itu, semua sektor yang

dibenarkan kembali beroperasi termasuk IKM TSYA telah diarahkan untuk memulakan operasi tetapi dengan SOP yang

ditetapkan. IKM TSYA telah melaksanakan jadual kerja anjal yang melibatkan warga kerja untuk hadir bekerja ke pejabat pada

hari-hari tertentu dan hari-hari lainnya masih melaksanakan Work From Home secara penggiliran. Walaubagaimanapun, para

pelajar masih tidak dibenarkan hadir ke IKM TSYA sebaliknya masih meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian.

CERAMAH PENGAMALAN
NORMA BAHARU PASCA
COVID 19

Bertempat di Dewan Teknologi Abdul Aziz,
IKM TSYA, satu ceramah khusus tentang Covid
-19 dan juga pengamalan norma baharu telah
diadakan pada 22 Jun 2020. Penceramah yang
dijemput khas adalah dari Pejabat Kesihatan
Daerah Pekan. Ceramah berfokus tentang
sejarah penularan pandemik, cara jangkitan,
langkah membendung penularan dan norma
baharu dalam budaya kerja seharian. Sesi soal jawab juga diadakan bagi
memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada warga kerja IKM TSYA
bagi persediaan kemasukan para pelajar pasca PKPB.

17

PENYERAHAN SUMBANGAN Pada 14 Mei 2020, bertempat di IPD Pekan Pahang Balai BOMBA Pek-
IFTAR DAN PPE IKM TSYA an Pahang, Pengarah IKM TSYA bersama-sama Timbalan dan wakil IKM
KEPADA FRONLINERS TSYA telah berbesar hari untuk menghantar sumbangan PPE dan makanan
PDRM DAN BOMBA PEKAN
kepada pihak PDRM dan BOMBA terutama para petugas
barisan hadapan yang bertugas.Sumbangan yang disampaikan
pada jam 12.00 tengahari dan 2.00 petang itu diterima dan
disambut oleh Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan
Mohd Zaidi Mat Zin dan Ketua Balai BOMBA Pekan.

PENYERAHAN SUMBANGAN Atas dasar keprihatinan yang tinggi IKM TSYA terhadap para

IFTAR RAMADHAN PMN PAHANG petugas barisan hadapan terutamanya Polis DiRaja Malaysia yang

BERSAMA IKM TSYA KEPADA bertugas tanpa menghirau hujan dan panas dalam memastikan

FRONTILNERS pengawalan pergerakan rakyat dipatuhi, Pejabat MARA Negeri Pahang
bersama IKM TSYA telah bergabung untuk memberikan sumbangan Iftar

Ramadhan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas di Tol LPT

Kuantan Pahang pada 15 Mei 2020. Sumbangan disampaikan sendiri oleh

Pengarah MARA Negeri Pahang dengan disaksikan Pengarah IKM TSYA.

18

KOLABORASI PROGRAM
HINO TECHNICAL
INTERNSHIP (HTIP)
BERSAMA IKM TSYA

Bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian pelajar IKM TSYA diterima di
industri, satu program kolaborasi antara IKM TSYA dan syarikat terkemuka HINO
telah dibangunkan. Melalui satu sidang perbincangan online bersama dengan
wakil syariakt HINO pada 17 Jun 2020 yang disertai oleh Pengarah, Timbalan
Pengarah dan Pegawai Unit Latihan Industri IKM TSYA bersama pihak HINO telah
dilaksanakan bagi membincangkan peluang pelajar Program TAK untuk diterima
bekerja sejurus taman Latihan industri di syarikat edaran HINO.

LAWATAN PANEL PENTAULIAHAN Pada 29 Jun 2020, IKM TSYA telah menerima kehadiran panel
penilai pentauliahan Program Kemahiran bagi permohonan

PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) pembaharuan pentauliahan program melalui pentauliahan induk BKT

KE IKM TSYA MARA. Program yang terlibat bagi pembaharuan pentauliahan ini adalah

Program Diploma Teknologi Automotif (Servis), Diploma Pengeluaran

Perabot, Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera A4) dan Sijil

Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).

VIDEO

19

TAKLIMAT PENYELARASAN Edisi 1/2020
PELAKSANAAN PDP
SECARA E-LEARNING JUL-SEPT

Berikutan dengan penularan pandemik Covid 19, IKM TSYA tidak terkecuali menerima kesannya. Sungguhpun begitu, pelaksa-
naan PdP masih diteruskan. Pelaksanaan PdP secara dalam talian atau e-Learning yang disarankan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi ini juga digunapakai di IKM TSYA. Pada 1 Julai 2020 bertempat di Dewan Al-Bukhari IKM TSYA, satu taklimat berkaitan
pelaksanaan PdP secara E-Learning telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik IKM TSYA, En Zainal Abidin
Bin Alimi kepada semua pensyarah teknikal dan pengajian AM IKM TSYA.

CERAMAH PENGURUSAN
KEWANGAN DAN
KEBERKATAN REZEKI

Pada 2 Julai 2020 bertempat di Dewan

Teknologi Abdul Aziz, IKM TSYA, satu

ceramah pengurusan kewangan dan

keberkatan rezeki telah diadakan.

Ceramah yang disampaikan oleh Tn Hj

Asri Bin Hassan, Ketua Penolong

Pengarah , Bah. Sumber Manusia

MARA ini memfokuskan kepada aspek

pengurusan hutang dan juga

pengurusan kewangan dari sudut Islam

dalam menyeimbangi kehidupan

seharian dan keberkatan rezeki

yang diperolehi.

20

LAWATAN JALINAN KERJASAMA TT Electronics adalah sebuah syarikat antarabangsa
IKM TSYA DENGAN SYARIKAT yang berada di rantau Asia, UK, Eropah, Amerika Utara
TT ELECTRONICS KUANTAN dan Africa. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhid-
matan keupayaan elektronik; dari rekabentuk, keju-
Dalam memastikan kelestarian dan hubungan baik antara IKM ruteraan dan pembuatan komponen dan sistem, hingga
TSYA dan industry, IKM TSYA yang diketuai oleh Timbalan antara fasad mesin manusia dan sambungan Internet of
Pengarah HEA, En Zainal Abidin Bin Alimi, Ketua Program Sijik Things.
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Pegawai Perhub-
ungan Industri IKM TSYA telah mengadakan satu lawatan ke
Syarikat TT Elekctronics di Kuantan pada 13 Julai 2020 jam 11
pagi. Rombongan yang disambut oleh para wakil syarikat ini
mertujuan untuk membincangkan cadangan Kerjasama yang
boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak yang semestinya
mampu memberi manfaat kepada para pelajar IKM TSYA ke-
lak.

21

Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, IR. Hj. Mahzan Bin Teh SESI LIBAT URUS
telah hadir ke IKM TSYA bagi satu sesi libat urus bersama dengan warga BERSAMA PENGARAH
kerja IKM TSYA pada 21 Julai 2020, bertempat di Dewan Al-Bukhari, BKT, MARA
IKM TSYA. Antara beberapa isu yang dibahaskan dalam sesi libat

urus ini adalah isu pengesahan perjawatan warga kerja IKM TSYA

disamping isu seperti hala tuju MARA pasca Covid-19, penarafan pihak kedua dan ketiga

dari badan-badan bertauliah bagi program-program yang ditawarkan di IPMA, penaiktara-

fan beberapa program di IKM-IKM seluruh Malaysia serta beberapa isu lain.

NATIONAL INNOVATION AND Pada jam 3.00 petang, 21 Julai 2020, telah berlangsung satu majlis

INVENTION COMPETITION pengumuman pemenang National Innovation and Invention Competi-

THROUGH EXHIBITION 2020 tion through Exhibition 2020 ( I- CompEx 2020 ). Majlis yang berlangsung

I-CompEx 2020 melalui paparan dalam talian Facebook Live telah dirasmikan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. I-CompEx 2020 yang turut

disertai oleh peserta dari IKM TSYA dengan projek dalam kategori H: Pengajaran

dan Pembelajaran ini iaitu Muhammad Haziq Bin Abdullah dan Muhammad Afiq

Aiman Bin Maszuwan dari Program Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan

bersama Pn Fatanah Khatun Bt Ahmad dan EN. Mohd Edishahril Bin Muda sebagai

penyelia. Projek Home Plumbing Simulator ini telah memenangi pingat emas bagi

kategori yang disertai.

22

SESI LIBAT URUS Pada 21 Ogos 2020, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA,
BERSAMA TIMBALAN YBhg. Dato’ Mohamed Roseli Bin Dol telah datang ke IKM TSYA bagi
KETUA PENGARAH satu sesi libat urus bersama dengan warga kerja IKM TSYA. Sesi libat urus
(PENDIDIKAN) MARA yang bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas di Dewan Al-Bukhari,
IKM TSYA bersama dengan seluruh warga kerja IKM TSYA sebelum sesi
lawatan ke pejabat pentadbiran dan bengkel-bengkel program.

Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63, Maal Hijrah 1442 MAJLIS SAMBUTAN MAAL
dan perpisahan Timbalan Pengarah KPHEP IKM TSYA, En Syahidin Bin HIJRAH, BULAN KEBANGSAAN
Mohd Arifin, satu majlis sambutan 3 dalam 1 yang juga dilangsungkan DAN PERPISAHAN STAF
dari tiga tempat sekali gus berikutan penularan Covid 19 telah diada-

kan pada 28 Ogos 2020. Majlis yang berlangsung dari Dewan Al-

Bukhari, Dewan Teknologi Abdul Aziz dan Masjid Darul Ulum IKM TSYA ini telah disertai oleh kesemua para pelajar dan warga

kerja IKM TSYA. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Yassin Perdana dan berakhir dengan majlis perpisahan Timbalan

Pengarah IKM TSYA ini disiarkan secara langsung supaya penonton di Dewan Teknologi Abdul Aziz dan Masjid Darul Ulum IKM

TSYA dapat bersama-sama menyaksikan majlis dengan pengamalan penjarakan sosial yang telah disarankan.

23

MAJLIS PENYAMPAIAN Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 peringkat IKM TSYA berakhir dengan Majlis
HADIAH SAMBUTAN Penyampaian Hadiah bagi beberapa pertandingan yang dianjurkan bagi
BULAN KEBANGSAAN 2020 memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020. Majlis yang berlansung
di Dewan Al-Bukhari, IKM TSYA pada 15 September 2020 dihadiri oleh
wakil pelajar dari program-program, Ketua Jabatan, Ketua Program
dan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah HEA, En. Zainal
Abidin Bin Alimi. Pertandingan yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 Peringkat IKM
TSYA adalah Pertandingan Video Kreatif Merdeka yang dimenangi
oleh kumpulan dari Program Sijil Teknologi Baikpulih Badan
Kenderaan dan Pertandingan Keceriaan Bengkel Sempena Hari
Merdeka 2020 yang digondol oleh Program Sijil Kejuruteraan
Mekatronik.

24

MAJLIS BACAAN YASSIN Edisi 1/2020
DAN PERPISAHAN STAF
OKT-DIS
Satu majlis bacaan Yassin dan perpisahan staf IKM
TSYA telah diadakan pada 9 Oktober 2020 bertempat di PENDAFTARAN SECARA
Dewan Al-Bukhari, IKM TSYA. Majlis yang berlangsung ONLINE PELAJAR BAHARU/
pada jam 8.15 pagi ini dimulai dengan bacaan Yassin KANAN SESI NOV2020
yang dipimpin oleh Al-Fadzil Ustaz Che Amran Bin Arifin.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari
Pengerusi KSKK IKM TSYA, ucapan dari mereka yang
diraikan dan seterusnya ucapan dan amanat dari
Pengarah IKM TSYA. Majlis diakhiri dengan sesi penyam-
paian hadiah kepada staf yang dirai yang disempurnakan
oleh pengarah.

Berikutan dengan penularan Covid 19, semua institusi Pendidikan
terutamanya IPMA telah diarahkan untuk melaksanakan
pendaftaran secara dalam talian bagi membendung penularan
wabak tersebut. Semua pelajar diberi tempoh masa bagi
melengkapkan proses pendaftaran mengikut ketetapan yang
telah digariskan.

25

Edisi 1/2020

1. Untuk mengetahui usianya, sila periksa BICARA TEKNIKAL

bahagian tepi tayar yang terdapat kod nom-

bor minggu dan tahun. Contohnya kod AUTOMOTIF:
2210 bermaksud tayar berkenaan

dihasilkan di kilang pada minggu ke-22 pada KENALI TAYAR ANDA
tahun 2010. Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayat bagi

sesebuah tayar ialah selama 3 hingga 4 tahun dan jika lebih, bermakna ia sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak

digunakan pada kenderaan.

2.Pengguna perlu memahami nombor kod yang terdapat di bahagian sisi tayar. Sebagai contoh : No. Kod - 185/65R13 91H.

Nombor 185 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak yang diukur dari sisi ke sisi.
Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini, lebih lebar tayar itu.

Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar. Berbanding lebarnya, maksud ketinggian tayar ada-
lah 70 peratus dari kelebarannya. Kebiasaannya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar yang ber-
profil rendah. Tayar berprofil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan
mungkin sedikit terjejas.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial. Perlu diketahui bahawa kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial
sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub/tubeless dan memberi prestasi pemanduan yang lebih bagus.

Nombor 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada
tayar berdiameter lebih besar, anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 91 melambangkan in-
deks 'keupayaan mengangkut
berat' tayar itu. Untuk menge-
tahui berat maksimum berlam-
bangkan nombor '91', anda perlu
merujuk kepada carta "Indeks
Keupayaan Mengangkut Berat
Tayar" yang telah ditetapkan di
peringkat antarabangsa. Sebagai
contoh, nombor '91' bermakna
tayar mampu memikul berat
maksimum 475kg. Berat maksi-
mum merujuk kepada setiap
tayar, kita perlu mendarabkan
empat kali untuk memperolehi
kapasit memikul berat kenderaan
dengan empat tayar. (Contoh :
475 x 4 = 1,900kg).

Huruf "H" terakhir menyatakan
kelajuan maksimum sesebuah
tayar yang direka. Tahap kelajuan
"H" dalam contoh bermakna ba-
hawa tayar itu boleh mencapai
dan mengekalkan kelajuan selaju
210 km/j.

26

SENIBINA: Rumah tradisional negeri Pahang dikenali sebagai Ru-
mah Serambi Pahang atau Rumah Bumbung Panjang Pa-
RUMAH TRADISIONAL hang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang.
PAHANG Keunikan Rumah Serambi Pahang dapat dilihat menerusi
teknik pembinaan kediaman yang berdasarkan tradisi
seni bina Melayu iaitu dibina dengan kayu tanpa
menggunakan sebarang paku pada dinding dan lantai.
Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk
seni bina Melayu ‘Palladian,’ berbumbung tradisional Me-
layu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan
motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922. Kediaman itu
dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu
hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosak-
kan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Selain mempunyai tiga ruang utama iaitu serambi hada-
pan, rumah ibu atau induk serta serambi dapur, keunikan rumah itu juga terletak pada bahagian ‘geta’
atau lantai yang ditinggikan untuk tujuan tertentu termasuk sebagai tempat berehat dan tidur.

Kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan
strukturnya yang kuat membolehkan penghuni men-
diaminya dengan selamat. Jadi, boleh dikatakan ru-
mah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
bertujuan mengelakkan serangan musuh dari bahagi-
an bawah.

Rumah Serambi Pahang juga mempunyai
penghadang dikenali bendul bagi rumah tradisional
lain setinggi kira-kira 0.4 meter yang berfungsi se-
bagai pintu masuk dari rumah ibu ke serambi.

Kewujudan tingkap labuh sedia ada di bahagian dind-
ing turut memudahkan kerja-kerja pertukangan ketika
proses penambahan keluasan kediaman dilakukan
kerana jurubina tidak perlu lagi bersusah payah mem-
bina laluan baharu ke ruang tambahan.

27

Satu kejohanan sukan Petanque telah ber- Edisi 1/2020
langsung pada yang terbahagi kepada dua
kejohanan; Staf dan Pelajar. Pertandingan BICARA JASMANI
akhir yang berlangsung pada 13 Mac 2020
itu telah menyaksikan Pasukan 1 dari Kum- PETANQUE:
pulan H menjadi juara. Manakala naib juara adalah Pasukan 1 dari
Kumpulan D dan Pasukan 2 dari Kumpulan B mendapat tempat ke 3. KEJOHANAN STAF & PELAJAR

BOLA SEPAK: Satu kejohanan bola sepak bagi komuniti Pekan telah berlangsung
pada 11 Mac 2020 di Padang B, IKM TSYA. Kejohanan yang disertai
KEJOHANAN KOMUNITI PEKAN oleh bukan sahaja IKM TSYA malah pelbagai pasukan dari komuniti Pekan

ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

28

Pada 21 dan 28 Februari 2020, satu kejohanan bola jaring tertutup peringkat BOLA JARING:
IKM TSYA yang disertai oleh staf dan pelajar wanita telah diadakan di
Padang Bola Jaring IKM TSYA. Dalam kejohanan tersebut, pasukan KEJOHANAN TERTUTUP
pengajar Pengajian Am telah mengungguli dengan menjadi juara. IKM TSYA
Manakala pasukan pelajar 3 naib johan dan pasukan kakitangan pentadbiran
IKM TSYA mendapat tempat ketiga. Majlis penutup dan penyampaian hadiah
telah diadakan pada 24 Julai 2020.

Pasukan bola jaring IKM TSYA yang terdiri dari gabungan staf dan pelajar wanita
juga telah menyertai beberapa perlawanan persahabatan yang berlangsung di
dalam dan luar IKM TSYA. Antara perlawanan persahabatan yang telah
berlangsung adalah antara IKM TSYA dengan MSSP pada di Sekolah Men. Keb.
Ahmad Pekan.

PING PONG:

KEJOHANAN TERTUTUP
IKM TSYA

Kejohanan Ping Pong Tertutup Staf dan Pelajar IKM TSYA 2020 yang
berlangsung daripada 4-9 Mac 2020 ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu
perseorangan lelaki, beregu lelaki dan perseorangan wanita. Kejohanan yang
diadakan di dewan makan lama IKM TSYA dilaksanakan pada dua waktu iaitu
5.30 petang hingga 7.30 malam dan dari 9.00 hingga 11.30 malam. Juara bagi
kategori perseorangan telah diungguli oleh Mohd Riffin Bin Abd Rashid.
Manakala juara bagi kategori beregu lelaki disandang oleh pasangan Akiff
Hakimey Bin Mohd Zurita dan Md. Rofli Bin Dollah. Bagi kategori perseorangan
wanita pula, juara adalah Pn. Wan Noor Hayati Bt Wan Ismail.

29

Edisi 1/2020

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih BICARA ROHANI
dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Di-

nar’ merupakan amalan yang masyhur da-

lam hal berkai- AYAT SERIBU DINAR:
tan rezeki dan perlindungan diri. Ramai
yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT KELEBIHAN DAN MANFAAT

mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian

masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya akan diberikannya ke-
lapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang
tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepa-
da Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan
untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menen-
tukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap

sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan un-
tuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mim-
pi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan.
Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang
itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut
iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu
hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya
yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf
akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan mem-
baca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka).
Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan

memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal
bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air

sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.

4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang

ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesu-
karan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari

sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
 Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
 Baca ketika hendak tidur tiga kali,
 Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

30

Edisi 1/2020

Pemakaian tanjak atau tengkolok atau destar dikaitkan dengan ista- BICARA SENI
na, kepahlawanan dan dipakai dalam pel-

bagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.

Pemakaian busana ini pada kebiasaanya SENI TANJAK:
akan dipadankan dengan bengkung, samping
dan baju Melayu beserta keris selit. TANJAK COGAN
DAUN KOPI
Tanjak dengan gaya lipatan yang diberi nama Tanjak Cogan Daun Kopi

adalah tanjak rasmi atau kebesaran yang dipakai oleh K.D.Y.M.M Sultan Pahang.

Warna rasminya adalah kuning muda, namun begitu baginda selalu memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk tan-

jak Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagi-

an kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak di sebelah depan tanjak tersebut.

Bentuk tanjak Pahang mudah dikenali daripada ben-
tuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di
atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain
terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu
terletak di sebelah depan tanjak tersebut.

Tanjak rasmi ini mempunyai variasi yang berbeza
mengikut pangkat pemakai dan kegunaannya.
Sungguhpun rupa yang hampir sama, tetapi terdapat
perbezaan. Variasi lain adalah Tanjak Raja Naik Ber-
siram, Tanjak Sekelongsing Bunga, Tanjak Sunda
Menggamit dan Tanjak Helang Menyongsong Angin.
Penggunaan warna tanjak juga memberikan makna
yang tersendiri selain warna tertentu dikhususkan
untuk K.D.Y.M.M Sultan Pahang sahaja.

31

CSR PANTAI ANGKAT : PANTAI AIR LELEH Edisi 1/2020
31 Januari 2020
SELIAAN: En. Affandi Bin Othman AKTIVITI PROGRAM

SIJIL TEK. BEKALAN AIR
& PEMBENTUNGAN

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul
Salam Al-Mukhtar, Pekan Pahang
18-19 Januari 2020
SELIAAN: En. Razali Bin Ismail

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
SK Langgar, Pekan Pahang
3-4 Februari 2020
SELIAAN: Pn. Napisah Bt Sidik

32

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
Surau An-Nur Taman Jambu, Pekan Pahang
16 Februari 2020
SELIAAN: Tn. Hj. Japari Bin Jblok

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
Perumahan 500, Pekan Pahang
15 Mac 2020
SELIAAN: En. Addy Faizal Bin Jaafar

33

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT SIJIL TEK. KEJ.
Surau dan asrama Sek. Men. Keb. Seri Pekan, Pekan Pahang. ELEKTRIK (KUASA) A1
Februari 2020
Seliaan : En Saiful Azli Bin Mat Arshad

PERSEDIAAN PEMATUHAN SOP PASCA COVID KERJA SUSUNATUR ASRAMA IKM
Bengkel SEP Asrama IKM
6 Julai 2020
Seliaan : En. Hazerin Bin Abd Hamid 24 September 2020
Seliaan : En. Hazerin Bin Abd Hamid

PROGRAM SANTAI BERSMA PELAJAR PROGRAM BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT, DAN TAZKIRAH
Kediaman Pensyarah BERSEMPENA PELAJAR SEM AKHIR MENDUDUKI PEPERIKSAAN ST
2 Oktober 2020
Seliaan : Pn. Jawariah Binti Md Salim Masjid Darul Ulum, IKM TSYA
25 September 2020

Seliaan : Tn. Hj. Yusman Bin Yusof

34

PROGRAM CERAMAH BERSAMA JKR PAHANG SIJIL SENIBINA
Dewan Al-Bukhari, IKM TSYA
15 Januari 2020
Selian: Pn. Maznom Bt Mohd Said

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
Kawasan Tanah Perkuburan Taman Jambu
24 Januari 2020
Selian: En. Azmi Bin Masod

KERJA KHIDMAT MASYARAKAT SIJIL TEK. KIMPALAN &
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titian Murni, Pulau Serai, Pekan SIJIL TEK. KEJ.
24 September 2020 BANGUNAN
Selian: KP STK, KP SBN dan PPI IKM TSYA

35

WARGA IKM dan Edisi 1/2020
COVID-19
IKM VS COVID

VIDEO

WARGA IKM dan
PEMATUHAN SOP

VIDEO

36

Edisi 1/2020

Sekian.
Jumpa lagi di edisi

akan datang.

37

38


Click to View FlipBook Version