The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairul muniirah, 2024-03-11 13:10:56

TUGASAN INDIVIDU MISS AIN

TUGASAN INDIVIDU MISS AIN

MODUL AKTIVITI KANAK-KANAK 0-4 TAHUN BERPANDUKAN KURIKULUM PERMATA NEGARA


DIPLOMA: DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK KURSUS: PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KOD KURSUS: AAK2183 TAJUK: PENDEKATAN YANG SESUAI DILAKSANAKAN BAGI MERANCANG AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK DAN IBU BAPA DISEDIAKAN OLEH: NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK KHAIRUL MUNIIRAH BINTI MOHD IDROS PID21391 NAMA PENSYARAH: CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 1 SESI 2023/2024


PENULIS MODUL KHAIRUL MUNIIRAH BINTI MOHD IDROS PID21391 DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK SEMESTER 5 UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (UNIPSAS)


PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya siapkan modul pendekatan aktiviti bersama kanak-kanak dan ibu bapa ini dengan penuh jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Nurul Ain Binti Mohd Yusoff yang memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan modul ini. Tunjuk ajar dan bimbingan yang baik sedikit sebanyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ilmu berguna yang dicurahkan menjadi panduan kepada saya untuk menghasilkan modul aktiviti yang interaktif dan menarik. Selain itu, saya juga mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan modul ini. Mereka sememangnya telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga untuk saya berjaya menghabiskan modul ini. Seterusnya, saya turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan saya khususnya rakan semester saya kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa sepanjang tugasan ini disiapkan. Mereka juga telah membantu dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir kata, diharapkan dengan terbinanya modul ini dapat membantu memberikan manfaat kepada masyarakat di luar sana dalam melahirkan generasi yang berilmu, cantik sahsiah serta emosi.


01 03 02 04 ISI KANDUNGAN 05 PENGENALAN KONSEP PENDEKATAN PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI DAN RPA BERSERTA GAMBAR KELEBIHAN PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK RUMUSAN


01 PENGENALAN


PENGENALAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran bagi sesuatu isi pelajaran. Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Oleh kerana itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran. Ibu bapa merupakan individu yang paling penting di dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di sekolah. Keterlibatan ibu bapa di dalam setiap aktiviti kanakkanak membantu mereka dari segi perkembangan kanak-kanak itu sendiri sama ada dari segi perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sahsiah kanak-kanak itu sendiri. Namun begitu, masih terdapat lagi ibu bapa yang mengambil mudah akan perkara ini dan tidak menyedari bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dan harus diberi perhatian. Masyarakat juga harus sedar akan hal ini dan tidak menganggap kanak-kanak adalah individu kecil yang tidak tahu apa-apa. Tetapi harus ditekankan di sini bahawa proses pembelajaran bagi kanak-kanak telah berlaku sewaktu mereka kecil lagi.


02 KOSEP PENDEKATAN


Kanak-kanak belajar dalam suasana bebas, selamat, menggembirakan dan bermakna Penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan semulajadi Penekanan dalam pendidikan prasekolah Tahap maksimum untuk perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak


Aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan Dipilih secara bebas mengikut kehendak kanakkanak dan tidak dipaksa Aktiviti fizikal, psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai secara aktif oleh kanak-kanak Membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan


Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak Kanak-kanak menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal serta penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa Satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal Permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting dalam menjadi asas model pendidikan awal kanak-kanak


03 PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI DAN RPA BERSERTA GAMBAR


01 AKTIVITI 1 NAMA AKTIVITI: BOLA TERSESAT UMUR: 4 TAHUN


BAHAN-BAHAN KOTAK BOLA PINGPONG GAM TEMBAK GUNTING PEN MARKER


LANGKAH-LANGKAH 1. Ambil bola dan letakkan bola ke dalam kotak pada garisan “mula” 2. Gerakkan bola ke arah kiri dan kanan secara perlahan-lahan mengikut laluan yang telah di sediakan 3. Pastikan bola tidak terkeluar atau jatuh dari kotak 4. Jika bola terkeluar, kanak-kanak mestilah memulainya dari awal semula 5. Bola hendaklah sampai ke garisan “akhir”


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Please keep this slide for attribution LINK VID: • https://youtu.be/RUA0E19PkA?si=Hs0voN9mlDfTnfys


RPA (AKTIVITI 1) HARI / TARIKH : Isnin / 19.2.2024 UMUR : 4 Tahun MASA : 10:30 a.m – 10:45 a.m BIL.KANAK-KANAK : 1 Orang TEMA : Taska Saya SUB TEMA : Permainan Saya BIDANG PEMBELAJARAN : Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor Tajuk Aktiviti : Bola Tersesat Objektif Pembelajaran : • Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata dan tangan Cara Pelaksanaan Bahan / Perbendaharaan Kata Pendidik : Set Induksi • Guru memberikan kotak dan bola kepada kanak-kanak • Guru menunjukkan kepada kanak-kanak cara untuk bermain “Bola Tersesat” Aktiviti 1 : • Guru meminta kanak-kanak melakukan apa yang telah diajar • Guru mengawasi kanak-kanak ketika bermain Penutup : • Guru memberi tepuk tangan serta mengucapkan syabas kepada kanak-kanak kerana telah berjaya menyelesaikan aktiviti • Guru bertanyakan kepada kanak–kanak tentang emosi pada hari ini • Guru membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari Kanak-kanak : • Kanak-kanak menggerakkan tangan • Kanak-kanak melihat bola dengan tekun mengunakkan mata Bahan : • Kotak • Bola ping pong • Gam tembak • Gunting • Pen marker Refleksi pendidik : Kekuatan : • Objektif pembelajaran tercapai • Pendidik dapat merangsang kemahiran berfikir, pergerakan tangan dan mata kanakkanak Kelemahan : • Permaianan yang disediakan tidak kukuh serta mudah tercabut Penambahbaikan : • Pendidik perlu membuat permaianan yang lebih kukuh dan kuat Refleksi kanak-kanak : Kekuatan : • Kanak-kanak dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik • Kanak-kanak berasa seronok dan teruja ketika bermain Kelemahan : • Kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi apabila bola acap kali tidak masuk ke garisan penamat Penambahbaikan : • Pendidik perlu melatih kanak-kanak untuk lebih pandai dalam mengurus emosi


02 AKTIVITI 2 NAMA AKTIVITI: PAPAN PADANAN UMUR: 4 TAHUN


< BAHAN-BAHAN KOTAK KERTAS WARNA WARNI KERTAS A4 PUTIH PEN MARKER


BAHAN-BAHAN GUNTING GAM WARNA AIR


LANGKAH-LANGKAH 1. Gunting bahagian pertama pada roda bulatan yang mempunyai pelbagai bentuk 2. Letakkan gam di bahagian belakang kepingan pertama 3. Kira bilangan bentuk yang ada pada kepingan yang di potong 4. Lekatkan kepingan tersebut pada kertas A4 mengikut nombor yang betul 5. Ulang semua langkah sehingga selesai


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Please keep this slide for attribution LINK VID: • https://youtu.be/DiKJ3GnSDjE?si =lZVW0Xlv8WC6DTrB


RPA (AKTIVITI 2) HARI / TARIKH : Selasa / 20.2.2024 UMUR : 4 Tahun MASA : 10:30 a.m – 10:45 a.m BIL.KANAK-KANAK : 1 Orang TEMA : Taska Saya SUB TEMA : Sudut Permaianan BIDANG PEMBELAJARAN : Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik Tajuk Aktiviti : Papan Padanan Objektif Pembelajaran : • Kanak-kanakdapat memadankan bilangan objek dengan simbol nombor Cara Pelaksanaan Bahan / Perbendaharaan Kata Pendidik : Set Induksi : • Guru menyediakan satu sudut permaianan bernama “Papan Padanan” • Guru menunjukkan cara bermain kepada kanak-kanak Aktiviti 1: • Guru memberikan gunting kepada kanak-kanak untuk mengunting bahagian pertama sebelum di padankan pada bahagian “Papan Padanan” • Guru meletakkan gam pada kertas yang telah di gunting • Guru meminta kanak-kanak memadankan bahagian pertama pada “Papan Padanan” • Guru mengawasi kanak-kanak ketika bermain Penutup: • Guru memberi tepuk tangan serta mengucapkan syabas kepada kanak-kanak kerana telah berjaya menyelesaikan aktiviti • Guru bertanyakan kepada kanak–kanak tentang emosi pada hari ini • Guru membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari Kanak-kanak : • Kanak-kanak memadankan bentuk mengikut nombor • Kanak-kanak membezakan bentuk • Kanak-kanak mengira nombor Bahan : • Kotak • Kertas warna warni • Kertas A4 putih • Pen marker • Gunting • Gam • Warna air Refleksi pendidik : Kekuatan : • Objektif pembelajaran tercapai • Pendidik dapat merangsang kemahiran berfikir, kognitif dan motor halus Kelemahan : • Permaianan yang disediakan tidak kukuh serta mudah tercabut Penambahbaikan : • Pendidik perlu membuat permaianan yang lebih kukuh dan kuat Refleksi kanak-kanak : Kekuatan : • Kanak-kanak dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik • Kanak-kanak dapat mengir nombor • Kanak-kanak dapat membezakan bentuk megikut nombor • Kanak-kanak berasa seronok dan teruja ketika bermain Kelemahan : • Kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi apabila kertas yang di tampal kerap tercabut Penambahbaikan : • Pendidik perlu melatih kanak-kanak untuk lebih pandai dalam mengurus emosi


03 AKTIVITI 3 NAMA AKTIVITI: TEROWONG TALI SIPUT UMUR: 4 TAHUN


BAHAN-BAHAN KOTAK PEN MARKER TALI STRAW


BAHAN-BAHAN GAM TEMBAK WARNA AIR GUNTING


LANGKAH-LANGKAH 1. Ambil satu tali 2. Masukkan tali ke dalam straw secara perlahan-lahan mengikut laluan yang betul 3. Pastikan tali melalui setiap terowong straw


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Please keep this slide for attribution LINK VID: • https://youtu.be/f2zzJvu5pxc?si=y mbQAIklyIpEsbVe


RPA (AKTIVITI 3) HARI / TARIKH : Rabu / 21.2.2024 UMUR : 4 Tahun MASA : 10:30 a.m – 10:45 a.m BIL.KANAK-KANAK : 1 Orang TEMA : Haiwan SUB TEMA : Haiwan Kesayangan BIDANG PEMBELAJARAN : Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor Tajuk Aktiviti : Terowong Tali Siput Objektif Pembelajaran : • Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata dan tangan Cara Pelaksanaan Bahan / Perbendaharaan Kata Pendidik : Set Induksi: • Guru memberi sebuah kad bergambar “siput bercengkerang lubang timbul” kepada kanakkanak • Guru menunjukkan cara bermain kepada kanak-kanak Aktiviti 1 : • Guru memberikan satu tali kepada kanak-kanak • Guru meminta kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang yang ada mengikut turutan yang betul • Guru mengawasi kanak-kanak ketika bermain Penutup: • Guru memberi tepuk tangan serta mengucapkan syabas kepada kanak-kanak kerana telah berjaya menyelesaikan aktiviti • Guru bertanyakan kepada kanak–kanak tentang emosi pada hari ini • Guru membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari Kanak-kanak : • Kanak-kanak mengenal jenis haiwan • Kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang Bahan : • Kotak • Pen marker • Gunting • Gam tembak • Warna air • Tali • Straw Refleksi pendidik : Kekuatan : • Objektif pembelajaran tercapai • Pendidik dapat merangsang kemahiran berfikir, kognitif dan motor halus Kelemahan : • Permaianan yang disediakan tidak kukuh serta mudah tercabut Penambahbaikan : • Pendidik perlu membuat permaianan yang lebih kukuh dan kuat Refleksi kanak-kanak : Kekuatan : • Kanak-kanak dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik • Kanak-kanak dapat memasukkan tali ke dalam lubang dengan baik • Kanak-kanak berasa seronok dan teruja ketika bermain Kelemahan : • Kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi apabila lubang straw kerap tercabut Penambahbaikan : • Pendidik perlu melatih kanak-kanak untuk lebih pandai dalam mengurus emosi


04 AKTIVITI 4 NAMA AKTIVITI: JARI BOLA POM POM UMUR: 4 TAHUN


PEN MARKER SARUNG TANGAN PLASTIK BOLA POM POM


LANGKAH-LANGKAH 1. Masukkan bola pom pom ke dalam sarung tangan plastik 2. Letakkan di atas meja 3. Asingkan bola pom pom dengan cara menolaknya ke dalam ruangan jari secara perlahan-lahan mengikut warna dan nombor yang betul


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Please keep this slide for attribution LINK VID: • https://youtu.be/C4Xr7opxYE?si=qI36TllUjGG5uBNa


RPA (AKTIVITI 4) HARI / TARIKH : Khamis / 22.2.2024 UMUR : 4 Tahun MASA : 10:30 a.m – 10:45 a.m BIL.KANAK-KANAK : 1 Orang TEMA : Diri Saya SUB TEMA : Anggota Badan Saya BIDANG PEMBELAJARAN : Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik Tajuk Aktiviti : Jari Bola Pom Pom Objektif Pembelajaran : • Kanak-kanak dapat memadankan bilangan objek dengan simbol nombor Cara Pelaksanaan Bahan/ Perbendaharaan Kata Pendidik : Set Induksi: • Guru memberikan sarung tangan plastik dan bola pom pom kepada kanak-kanak • Guru menunjukkan cara bermain kepada kanak-kanak Aktiviti 1 : • Guru meminta kanak-kanak menolak bola pom pom ke dalam jari mengikut nombor dan bilangan bola yang sesuai • Guru mengawasi kanak-kanak ketika bermain Penutup: • Guru memberi tepuk tangan serta mengucapkan syabas kepada kanak-kanak kerana telah berjaya menyelesaikan aktiviti • Guru bertanyakan kepada kanak–kanak tentang emosi pada hari ini • Guru membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari Kanak-kanak : • Kanak-kanak mengenal anggota badan • Kanak-kanak mengira nombor Bahan : • Pen marker • Sarung tangan plastik • Bola pom pom Refleksi pendidik : Kekuatan : • Objektif pembelajaran tercapai • Pendidik dapat merangsang kemahiran berfikir, kognitif dan motor halus Kelemahan : • Permaianan yang disediakan tidak kukuh serta mudah terkoyak Penambahbaikan : • Pendidik perlu membuat permaianan yang lebih kukuh dan kuat Refleksi kanak-kanak : Kekuatan : • Kanak-kanak dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik • Kanak-kanak dapat mengasingkan bola pom pom mengikut nombor dan bilangan yang sesuai • Kanak-kanak berasa seronok dan teruja ketika bermain Kelemahan : • Kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi apabila bola pom pom susah masuk ke dalam jari Penambahbaikan : • Pendidik perlu melatih kanak-kanak untuk lebih pandai dalam mengurus emosi


04 KELEBIHAN PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


KELEBIHAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekeliliang Membina kemahiran fizikal, kognitif dan psikomotor kanak-kanak Kanak-kanak dapat belajar bagaimana untuk mengawal emosi dengan baik Meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Menggalakkan imajinasi serta pemikiran kanak-kanak


KELEBIHAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba perkara yang baharu Menerapkan nilai bekerjasama dalam diri kanak-kanak Membantu membina keyakinan diri kanak-kanak Membantu merangsang kemahiran komunikasi kanak-kanak


RUMUSAN


RUMUSAN Pendidikan awal kanak-kanak bertujuan membantu ibu bapa untuk membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik melalui pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi merangsang otak kanak-kanak. Bermain sememangnya penting bagi kanak-kanak untuk memastikan mereka dapat berkembang dari segi emosi, fizikal dan sosial. Oleh itu, kanak-kanak seharusnya diberikan peluang dan hak untuk bermain bagi memenuhi keperluan mereka. Penglibatan ibu bapa penting bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak disamping memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa merupakan sokongan yang secara langsung memberikan kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa juga penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak kerana membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan menyumbang tenaga dan berkongsi kebolehan masing-masing dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Ibu bapa boleh menjadi pendidik di rumah melalui penglibatan diri mereka terhadap aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, penglibatan ibu bapa amatlah penting dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di tadika atau taska.


RUJUKAN ● KURIKULUM PERMATA NEGARA ● https://duniakupakk.blogspot.com/2014/06/pendekatanpengajaran-dalam-pendidikan.html ● https://www.slideshare.net/norulhudaahmad/pendekatan -pengajaran-dan-pembelajaran-prasekolah ● https://rahimahahmad91.wordpress.com/2018/07/30/pe ndekatan-pembelajaran-awal-kanak-kanak-2/ ● https://www.academia.edu/44404828/KEPENTINGAN _PENGLIBATAN_IBU_BAPA_DALAM_AKTIVITI _PEMBELAJARAN_KANAK_KANAK_DI_PRASE KOLAH ● https://missyeppo.blogspot.com/2018/08/pendekatanbelajar-sambil-bermain.html ● https://www.academia.edu/31498004/Belajar_sambil_b ermain ● https://strategipdp18.wordpress.com/belajar-melaluibermain/ ● https://mamahakim.wordpress.com/2010/06/29/kebaika n-belajar-sambil-bermain-kepada-kanak-kanak/ ● https://nazurahlausin.blogspot.com/2016/03/kepentinga n-bermain-dalam-kalangan.htmlSSAAA


SEKIAN DARI SAYA , SAYANG SEMUA TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version