The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RBT2-0622 TING YIN YING, 2023-04-11 05:37:28

E-portfolio

E-portfolio

ASAS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Ting Yin Ying 2 PISMP RBT2 E-PORTFOLIO


CORAK Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang atau tidak terancang.


CORAK TERANCANG Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak


Contoh corak terancang Mozek Capan Kolaj


CORAK TIDAK TERANCANG Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. "Tie & dye " menghasilkan corak yang tidak terancang. Ikatkan kain tersebut mengikut kreativiti sendiri bagi mendapatkan corak yang menarik. Corak tidak terancang juga boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, menitis dan sebagainya.


CONTOH CORAK TIDAK TERANCANG Teknik tiupan Teknik titisan Teknik renjisan


PENGENALAN "TIE & DYE" Menurut kamus Oxford Language, "tie dye " ialah proses membentuk beberapa pola pada kain atau pakaian dengan cara membentuk dan mengikatnya, lalu diberikan warna. "Tie dye " adalah teknik mengikat baju sebelum dicelupkan atau disemburkan dengan pewarna untuk menghasilkan corak yang unik serta menarik. Nama "tie dye " berasal dari bahasa Inggris, "tie " yang ertinya mengikat dan "dye " yang ertinya pewarna.


BAHAN / ALAT Kemeja-T material kapas (cotton) Gelang getah


BAHAN / ALAT Sarung tangan Pewarna fabrik


LANGKAHLANGKAH MEMBUAT " TIE & DYE "


1) Sediakan semua bahan dan alatan yang diperlukan dan tentukan jenis motif 'tie dye' yang ingin melakukan. Teknik yang saya pilih ialah teknik Rainbow Spiral.


2) Gunakan tangan dengan posisi mencubit bahagian tepi baju. Lakukan gerakan memutar sehingga seluruh bahagian baju mengikuti arus putaran dan akhirnya sampai bentuknya menyerupai spiral. Gerakan memutar dilakukan secara perlahan-lahan. Hal ini kerana lipatan yang tepat akan memberikan hasil yang lebih baik.


3) Apabila selesai, ikat baju dengan gelang getah untuk memastikan baju tidak terbuka serta membahagikan bahagian yang tertentu supaya dapat membezakan ‘kawasan’ yang ingin diwarnakan. Pastikan terdapat satu titik pusat ikatan-ikatan gelang getah tersebut.


4) Membasahkan baju dengan air. Apabila kain dalam keadaan basah atau setengah basah, kain memiliki kemampuan untuk menyerap warna dengan lebih baik.


5) Goncangkan pewarna fabrik sebelum mengguna. Warnakan kedua-dua bahagian depan dan belakang baju dengan menggunakan warna yang diingini. Pastikan warna masuk sehingga ke dalam.


6) Simpankan baju yang selesai diwarnai ke dalam beg plastik dan ditutup rapat agar warnanya tidak menyebar ke benda lain di sekitarnya. Biarkan warna menyerap sekurangkurangnya dua jam.


7) Keluarkan baju yang masih terikat selepas dua jam. dan membuka ikatan baju.


8) Menggantung baju tersebut sehingga kering.


8 ) A k h i r n y a, b aj u ' t i e d y e ' t e l a h s i a p


Corak Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti Istana Seri Menanti ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku dan dibina pada tahun 1902.


Ukiran Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Ukiran pada istana ini boleh didapati pada bahagian tiang, pintu, dinding dan lambai-lambai.


Corak dan motif yang terdapat pada ukiran ini kebanyakannya merupakan corak pengukiran tempatan dan sebahagiannya dikenali sebagai awan berarak, bunga teratai dan sebagainya.


Ukiran kayu warna keemasan menunjukkan kemegahan, seni ukir kayu yang halus.


Status seseorang ditunjukkan melalui cara penerapan seni ukiran kayu Melayu kedalam seni bina Melayu seperti istana, rumah dan masjid di samping peralatan dan perhiasan. Kenyataan ini telah diperkuat oleh Norazit (2001) yang menyatakan bertambah banyak seni ukiran kayu sesebuah rumah semakin tinggi status tuannya


Proses Membuat lakaran Melukis garisan-garisan yang terdapat pada corak


Menghitamkan bahagian gelap corak Menghitam lagi garisan-garisan corak


Hasil karya akhir


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version