The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umihuzaida99, 2023-01-15 09:28:20

E MAJALAH (2)

E MAJALAH (2)

KEUNIKAN LABU SAYONG YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


ISI KANDUNGAN Isi Kandungan.....................................................1 Biodata Ahli Kumpulan..................................2 Pengenalan..........................................................3 Latar belakang....................................................4 Jenis-jenis labu sayong............................…5-7 Teknik pembuatan labu sayong..........….8-11 Peralatan yang digunakan...........................12 Kegunaan labu sayong.................................13 Tokoh pembuatan labu sayong...............14 Kesimpulan......................................................15 1


UMI HUZAIDA BINTI CHE ISMI@ABU BAKAR (295720) SITI NUR IZZATI BINTI MOHD RANI (293646) SITI NABILA BINTI HAMIZI (294072) SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM (295036) MUHAMMAD AIDIL BIN MUHAMMAD (296101) 2


Rekaan corak permukaan labu sayong dihiasi berdasarkan motif alam sekitar contohnya motif pokok bunga, padi, dan calaran geometrik yang cantik dan harmoni menyebabkan dikagumi dan diminati oleh orang ramai terutama golongan para wanita. Hal ini kerana labu sayong bukan sekadar diminati kerana penggunaannya tetapi kerana mempunyai nilai keindahan pada labu sayong tersebut. Perusahaan seni tembikar ini terkenal sejak zaman dahulu sehingga sekarang dan masih wujud di beberapa tempat atau kawasan di Semenanjung Malaysia. Seni tembikar ini merupakan salah satu kraftangan yang penghasilannya dilakukan daripada sumber tanah liat yang kemudiannya diuli, direka dengan pelbagai bentuk, diasap dan dibakar di dalam tanur . Tembikar atau nama lainnya ialah Labu Sayong terdapat banyak di Sayong iaitu di daerah Kuala kangsar, Perak. Labu Sayong mempunyai sifat semulajadinya iaitu penghasilannya daripada sumber tanah liat serta dilakukan menggunakan tangan dan beberapa jenis peralatan yang lain. Kebanyakkan labu sayong yang terdapat di daerah Kuala Kangsar ialah labu sayong yang berwarna hitam. Hal ini kerana tercetus idea masyarakat daripada buah labu yang asli berwarna hitam yang tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk penyimpanan air bersih untuk kegunaan harian atau masa yang akan datang. PENGENALAN 3


Labu sayong pada asalnya di bawa oleh Tuk Kaluk. Tuk Kalut merupakan orang yang pertama memperkenalkan seni pembuatan tembikar yang dihasilkan daripada tanah liat di sekitar tahun 1980 iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain di negeri Perak. Tuk kalut merupakan orang yang sangat dihargai dan dihormati oleh orang-orang istana kerana memiliki kemahiran seni dalam membuat tembikar dan senjata. Beliau telah dihadiahkan sebidang tanah oleh sultan sebagai pengiktirafan jasa beliau. Selepas itu, orang di sana menjadi mahir dalam membuat labu sayong kerana mendapat ilmu daripada Tuk Kaluk dan dapat mewarisi kemahiran itu kepada generasi yang seterusnya. Walaupun wujud sedikit perselisihan faham mengenai asal usul kesenian tersebut, semua orang telah bersetuju bahawa ia adalah produk orang Melayu tempatan dan hanya wujud di beberapa tempat tertentu sahaja di Perak. Lama-kelamaan penduduk Sayong terus menghasilkan labu Sayong yang digunakan oleh rakyat marhaen dan orang istana yang berkunjung ke pulau itu. Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mengelilingi sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa pasu labu sayong untuk dijadikan bekas air minuman dan menyiram tanaman. Seni kraftangan labu sayong ini terus popular dalam kalangan masyarakat kerana terdapat pelbagai kemudahan dan penggunaan teknik pembuatan moden. Pada masa kini, usahawan boleh menghasilkan lebih banyak produk tembikar untuk memenuhi permintaan pasaran dan mereka mendapat keuntungan dengan mengurangkan kos seperti mengurangkan tenaga kerja . LATAR BELAKANG 4


Labu Panai berbentuk garis lurus atau menyerong pada bahagian badannya. Garis-garis ini dipanggil panai. Penghasilannya di lakukan dengan menempalkan tanah pada bahagian badan labu atau mengukir badannya dengan alat pengukir. Selain itu, terdapat juga penghasilan panai melalui teknik gurisan tetapi tidak meninggalkan kesan timbul pada bahagian badan labu. LABU PANAI LABU TELA Labu Tela kebiasaannya bersaiz lebih besar. Ianya mempunyai bahagian leher yang sedikit pendek. Labu Tela ini menyerupai bentuk kepala buah betik. Di bahagian tapak labu mempunyai kaki yang berfungsi untuk menyeimbangi dan mengukuhkan kedudukan badan labu yang besar itu agar tidak mudah jatuh atau terbalik. JENIS-JENIS LABU SAYONG LABU TANAH Labu Tanah dihasilkan dengan menggunakan bahan asas dalam proses pembinaan. Di bahagian badan labu dihasilkan menggunakan tanah. Labu Tanah ini dari segi rekaannya mempunyai persamaan dengan buah labu yang asli. Rekaan pada bahagian badannya yang bulat dan lehernya menyerupai tangkai labu. Labu Tanah ini tidak mempunyai kaki dan rata di bahagian punggung. 5


Labu Pucong ini dihasilkan kerana tercetusnya idea daripada bentuk burung pucung. Pada bahagian leher labu pucong ini agak panjang dan badannya sedikit leper manakala di bahagian tapak labu ini mempunyai kaki ianya berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan labu tersebut. LABU LEPAP LABU PUCONG Labu Lepap ini dinamakan kerana di bahagian punggungnya agak leper. Labu ini tidak mempunyai kaki manakala di bahagian badan labu berbentuk bulat dan hiasan permukaan luarnya tidak berpanai dan timbul. 6


LABU AIR Labu air dihasilkan daripada buah labu asli yang telah tua. Buah labu yang asli itu akan dikeluarkan isinya lalu dikeringkan dan buah labu itu akan dibiarkan kecut bagi membolehkan air diisi di dalamnya. Air yang diisi akan dibiarkan selama dua atau tiga minggu sebelum dibuang manakala isi labu tadi yang kecut akan terkeluar bersama-sama air yang dibuang itu tadi. Proses ini dilakukan secara berulang kali sehingga semua isi buah labu dikeluarkan. LABU GELUGUR Labu Gelugur dihasilkan kerana tercetusnya idea daripada bentuk buah gelugur. Di bahagian badan labu ini terdapatnya bentuk bulat dan lekukan. Lekukkan ini dihasilkan dengan menggunakan jari ataupun menggunakan alatan yang diperbuat daripada kayu. Seluruh bahagian badan labu ini akan ditekankan sehingga menimbulkan kesan lurah bagi memperoleh bentuk seperti buah gelugur yang asli. LABU BELALAI GAJAH labu Belalai Gajah dinamakan kerana bentuknya seperti belalai gajah. Labu ini mempunyai bahagian mulut yang agak kecil dan leher yang panjang tetapi sedikit bengkok. Di bahagian hujung mulut labu biasanya akan ditebuk lubang kecil ianya bertujuan untuk pengaliran udara dari lubang tersebut. Hal ini akan dapat membantu mengeluarkan air dari dalam labu apabila dituang. 7


TEKNIK PEMBUATAN LABU SAYONG TEKNIK PICIT 1 2 3 Jemur tanah liat Tumbuk tanah yang dijemur sehingga halus menggunakan lesung kaki Uli tanah dengan air dan perap semalaman 4 Tanah boleh mula dibentuk. Tanah akan diletakkan di atas pinggan dan dipicit bagi membentuk sambil memusingkan pinggan Siap dibentuk, labu sayong perlu dilicinkan sebelum diukir. Batu sungai boleh digunakan dalam proses pelicinan 5 Labu boleh diukir atau ditekap dengan menggunakan kulit kerang ataupun kayu yang telah diukir 6 8


Membakar labu sayong. Ia bertujuan bagi menguatkan lagi tanah liat yang telah dibentuk dan mengambil masa antara 7 hingga 8 jam 7 TEKNIK LINGKARAN Proses membuat labu menggunakan teknik lingkaran tidak banyak beza dengan teknik picit teknik picit guna pinggan manakala teknik lingkaran guna roda pemutar bagi membentuk labu 01 02 9


TEKNIK ACUAN Tanah liat, air dan sodium dicampurkan ke dalam mesin penghancur Tapis campuran tadi bagi membuang bendasing Selepas bahagian tepi labu kering, tebuk lubang di bahagian atas untuk mengeluarkan cairan yang berada di tengah dan keluarkan labu daripada acuan campuran tadi dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan selama 2 hingga 3 jam 01 02 03 04 10


labu sayong tersebut hendaklah dibiarkan selama sehari kerana tanah masih lembut dan tidak mampu untuk diukir dan juga dilicinkan Selepas sehari, barulah labu boleh dilicin, diukir dan juga diwarnakan Setelah siap dihias, labu tersebut akan dibakar. 05 06 07 11


PERALATAN YANG DIGUNAKAN PENEPEK Sebatang kayu yang akan digunakan untuk memampatkan tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang tertentu SUDIP Sebatang buluh yang runcing dan nipis untuk memotong lebihan tanah PENGUKIR Sebatang kayu yang terdapat ukiran motif pada kedua bahagian hujung dan pangkalnya. Digunakan sebagai penerap hiasan pada labu sayong BATU LURU / LICIN Alat melicinkan permukaan labu PINGGAN AYAN / PIRING CAPAH Lebih dikenali sebagai roda pemutar 12


KEGUNAAN LABU SAYONG Tempat menyimpan air Masyarakat melayu pada zaman dahulu dan kini menggunakan labu sayong sebagai bekas untuk menyimpan air. Air yang telah disimpan di dalam labu tersebut akan sejuk secara semula jadi walaupun berada dalam keadaan cuaca yang panas dan air itu sedap untuk diminum. Alat upacara keagamaan Bekas seramik ini kebanyakkan digunakan dalam ucapara keagamaan iaitu pada zaman Neolitik iaitu sebagai bekas pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Seramik ini juga berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Cenderamata Pengusaha seni yang terdiri daripada generasi ketiga kreatif kini telah menghasilkan seramik pelbagai fungsi dengan penggunaan bahan dan teknik baru. Kebanyakkan bentuk labu sayong dihasilkan dengan menerapkan motif alam sekitar seperti bunga padi, bunga cengkih, pucuk rebung dan geometri. Jadi, labu bukan sekadar hiasan di dapur dan tanaman sahaja,namun bentuk dan kegunaan labu sayong juga mengalami anjakan baru menerusi rekaan khas. Ia mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan bekas telur sebagai cenderamata pada majlis perkahwinan. Penawar bagi beberapa penyakit Labu sayong dipercayai mempunyai kandungan mineral yang unik di dalam tanah liat menyebabkan air yang disimpan di dalam labu tersebut mempunyai khasiat untuk melegakan badan yang panas contohnya ketika demam panas dan dapat melegakan gejala batuk, 13


TOKOH PEMBUATAN LABU SAYONG Pada tahun 1974, beliau mendapat tawaran untuk menjadi seorang tenaga pengajar dalam bidang kemahiran seni seramik di Lembaga Kraftangan Malaysia Selain mengajar, beliau juga diberi tanggunjawab untuk memperkenalkan seni kraf tembikar di koperasi industri kampung yang terdapat di seluruh negara termasuklah koperasi industri kampung di Kelantan, Pahang dan Perak. Labu sayong yang telah dihasilkan oleh zamri Pandak Ahmad Zamri Pandak Ahmad atau nama sebenarnya Zamri bin Pandak Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 November 1942. Beliau tinggal di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak Darul Redzuan. Beliau meninggal dunia pada 26 Mei 2009. Beliau merupakan seorang tokoh pembuatan labu sayong .Beliau memiliki kemahiran seni dalam pembuatan labu sayong ketika usianya masih remaja lagi. Pada ketika itu kegiatan membuat tembikar ini telah dimonopoli oleh kaum wanita sahaja, namun disebabkan minatnya yang sangat kuat dan menebal dalam dirinya terhadap seni tembikar ini beliau tidak pernah berasa kekok dan malu untuk menjadikan dirinya satu-satunya lelaki yang berjaya mengusahakan seni tembikar di Kampungnya itu. BIODATA TOKOH: Zamri seorang yang tidak pernah berputus asa dan tidak menganggap dirinya hebat, beliau sentiasa mengasah bakat dan kreativitinya dengan menghasilkan reka bentuk dan corak mengikut kehendak dan keperluan semasa. Walaupun terdapat peralatan untuk menghasilkan labu sayong namun beliau masih menghasilkan labu sayong menggunakan tangan. Kemahiran seni yang ada pada diri beliau menyebabkan beliau mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara antaranya anugerah "Seal of Excellence" oleh UNESCO AHPADA 2002. 14


Labu sayong sememangnya mempunyai banyak keunikan dan keistimewaan dari segi pembuatan, reka bentuk mahupun kegunaan. Labu Sayong mempunyai pelbagai reka bentuk yang menarik serta tanah sayongnya juga tidak memerlukan sebarang campuran mineral yang lain untuk tahan lebih lama. Ia juga digunakan bukan sahaja untuk menyejukkan air tetapi juga dapat menurunkan suhu bilik supaya lebih nyaman. Penemuan ini sememangnya sangat memberi makna kepada kami sebagai pelajar yang mengkaji keistimewaan labu sayong ini. Di harapkan kajian ini mampu memberi kesedaran kepada pelbagai pihak untuk lebih prihatin serta menitikberatkan elemenelemen warisan Melayu dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya terdapat begitu banyak lagi rahsia-rahsia warisan Melayu yang perlu di cungkil serta di inovasikan agar ianya tidak hilang ditelan zaman. Semoga kajian ini juga dapat menyuntik rasa kecintaan terhadap warisan Melayu dalam diri generasi muda pada masa kini KESIMPULAN 15


Click to View FlipBook Version