A F I F A H Z A F I R A H N U R A I N A A A L I A H I R Y A N A SEMUT YANG BAIK HATI
Di sebuah hutan yang luas, tinggal sekumpulan semut yang terkenal dengan sifat mereka yang rajin dan gigih. Mereka sentiasa bergerak secara berkumpulan dan bekerjasama dalam mencari bekalan makanan untuk persediaan menghadapi musim tengkujuh.
Dia lebih gemar menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Manakala di pinggir hutan, kelihatan Si Belalang yang sedang bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan. Si Belalang terkenal dengan sikapnya yang pemalas dan sombong.
. “Baik sungguh mereka itu, bukan macam Si Belalang yang mementingkan diri sendiri”, kata Si Arnab. Pada suatu hari, ketika Si Belalang sedang bersiar-siar di hutan, dia terdengar Si Kancil dan Si Arnab berbual tentang kehebatan dan kebaikan semut. “Semalam aku ternampak sekumpulan semut yang keluar mencari makanan dan memberikan sedikit makanan simpanan mereka kepada Si Kumbang”, kata Si Kancil kepada Si Arnab.
Setelah mendengar perbualan antara Si Kancil dan Si Arnab, Si Belalang pulang dengan perasaan yang marah. “Cis, berani sungguh mereka berkata sebegitu di belakang ku!”, kata Si Belalang. Si Belalang tidak mampu menerima kenyataan lalu dia merancang sesuatu untuk membalas dendam terhadap sekumpulan semut.
Si Belalang pun berasa puas hati kerana telah berjaya membalas dendam kepada semut. Pada keesokan malamnya, Si Belalang menyelinap masuk ke kawasan semut lalu dia mencuri kesemua makanan yang telah disimpan oleh semut.
Mereka berasa sangat sedih namun, mereka tiada pilihan lain selain daripada mencari makanan dengan secepat yang mungkin kerana musim tengkujuh hampir tiba. Pada keesokan paginya, semut berasa terkejut apabila melihat bekalan makanan mereka hilang tanpa jejak.
. Beberapa hari kemudian, Si Belalang keluar mencari makanan kerana makanan yang dicurinya telah habis dimakan. “Aduh, lapar sungguh perutku ini!”, keluh Si Belalang. Dalam perjalanan dia mencari makanan di pinggir sungai, tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat lalu menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai yang sangat deras.
Akhirnya, Si Belalang dapat diselamatkan dengan bantuan semut. Si Belalang berasa sangat panik lalu menjerit meminta tolong. “Tolong! Tolong!”, jerit Si Belalang dengan sangat kuat. Semut yang terdengar jeritan Si Belalang mengajak rakan-rakannya untuk menolong Si Belalang. Semut-semut bekerjasama menolong Si Belalang supaya dia dapat naik ke darat. Si Belalang yang sedang dibawa air mencuba dengan sedaya upaya untuk menyelamatkan diri dengan berpaut pada ranting yang dihulurkan oleh semut.
Si Belalang berasa bersalah kerana dia telah berbuat jahat terhadap semut lalu dia meminta maaf kepada semut atas kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Semut yang baik hati memaafkan kesalahan Si Belalang. Sejak daripada itu, Si Belalang mula mengubah perangainya dan disukai oleh semua haiwan di hutan tersebut. Akhirnya, mereka bersahabat baik dan hidup dengan gembira serta tiada lagi pertelingkahan yang berlaku antara mereka.
Musim tengkujuh = Musim hujan selalu turun Pinggir = Tepi sungai Kenyataan = Sudah nyata Menyelinap masuk = Bergerak dengan pantas Hilang tanpa jejak = Tidak meninggalkan sebarang bukti Deras = Aliran air yang laju Panik = Cemas Berpaut = Memegang sesuatu dengan kuat Mengubah = Menjadi lain Pertelingkahan = Pergaduhan glosari
TAMAT !