Aku Budak Mat Salleh Syaakirin ⋅ Najiha ⋅ Ainaa
Kisah ini bermula tentang seorang remaja lelaki yang diberi nama Adam Isaac bin Mikhael Iman atau digelar sebagai Adam. Adam merupakan seorang anak tunggal yang berumur 16 tahun yang telah menetap selama 10 tahun di London, United Kingdom. Kedua-dua ibu bapa Adam akan menghantar Adam pulang ke kampung di Malaysia atas urusan kerja. Jika diputarkan kembali ingatannya, sudah hampir 10 tahun dia tidak menjejakkan kaki di Malaysia. 01
Mereka sekeluarga jarang pulang ke kampung dan hanya berkomunikasi melalui panggilan video menggunakan aplikasi Whatsapp. Terdetik di hati Adam untuk melontarkan soalan kepada ibunya. 02 Mom, I feel like Grandpa doesn't like me if you send me to his house. No Adam, for sure Atok adores you as much as we do, stop thinking like that.
Setibanya di lapangan terbang Malaysia, “Adam, let’s take a selfie, I want to update to Amir’ father that we’ve arrived”. “Wait, seriously father? Will Amir’s family be there too? Kerut dahi Adam mendengarkan kata ayahnya itu. “Yes, sons” jawab Mikhael dengan penuh senyuman, beliau tahu dengan adanya Amir di sana, Adam akan lebih bersemangat untuk pulang ke kampung. 03 Adam, let’s take a selfie, I want to update to Amir’ father that we’ve arrived. Wait, seriously father? Will Amir’s family be there too? Yes, sons.
Adam berasa gembira apabila mengetahui kehadiran Amir yang turut berada di kampung. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa bosan seorang diri di kampung itu. Dengan perasaan teruja Adam mengirimkan pesanan ringkas kepada saudaranya itu. Selesai Adam menghantar pesanan kepada Amir, dia berfikir sejenak mengenai penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Amir sebentar tadi. Perjalanan pulang ke kampung ditempuhi oleh Adam dengan rasa gusar. 04
05 Setibanya di halaman kampungnya itu, kelihatan dua sosok yang sedang riang menanti ketibaan cucunya. Selepas Mikhael selesai memakirkan kereta di perkarangan rumah, Adam dengan teruja menyapa atuk dan neneknya itu. Riak wajah Tok Wan berubah apabila terdengar bahasa asing itu keluar daripada mulut cucunya itu. Hi Tok Wan and Nek Jah. I miss you both and hope you can take care of me.
06 Mikhael dan Jasmine meminta izin untuk bergegas ingin ke Kuala Lumpur atas urusan kerja maka mereka terpaksa meninggalkan Adam sejurus mereka sampai. Hmph, I’m gonna miss mom and dad a lot Kamu ni memang tak pandai cakap Melayu ke? Eh abang ni, apa cakap macam tu. Budak tu baru je sampai. Meh, Adam kita masuk rumah dulu, nenek ada masak sedap untuk Adam.
07 Setibanya mereka di ruang tamu, Nek Jah yang teruja dengan kedatangan cucunya bertanya. Adam mula keliru dan tidak memahami setiap perkataan yang diperkatakan. Tiba - tiba kedengaran seseorang muncul dan duduk di sebelah Adam. Tindakan Adam dikatakan kurang beradab kerana meninggalkan neneknya begitu sahaja tanpa menghiraukan persoalan neneknya. Bagaimana keadaan Adam di sana? Belajar di sana seronok? Nek Jah asked you how you were in London, eh Adam lets follow me around the village, as it seems like you haven't been here for quite some time.
08 What are they talking about, I couldn’t even get what they saying. Are they really using bahasa like real bahasa? Eh it’s not appropriate to say that, they’are old people so they using some dialek while they are talking. I dont get it why are bahasa Melayu sound so old school. Dari tadi Adam terpesona dengan keindahan kampung, terutamanya pemandangan yang berada depan matanya sekarang. Tiba-tiba telinga Adam mendengar perbualan sekumpulan Mak Cik lingkungan 50-an. Berdasarkan situasi di atas, penggunaan dialek dalam komuniti masyarakat setempat merupakan satu isu dalam berbahasa yang menjadi kebiasaan masyarakat dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang standard dalam komunikasi harian. Eh, hang dari mana ni? Kami baru ja balik daripada pasar sayoq. No is not something like that, I think you need to remove that kind of mindset that you have, plus just now you don’t even know how to communicate with Nek Jah so I think you should be shamed of yourself. I think you need to learn some basics words in Malay.
09 Wah, bagus ya Adam. Nek Jah boleh lihat penambahbaikan kamu dalam berbahasa. Dah lahir pun kat Malaysia mestilah kena pandai cakap Melayu, apa yang susahnya entah. Abang ni, sekurangkurangnya budak tu cuba kan, apa salahnya kalau kita bagi sokongan. Hari berganti hari, Adam sudah mula menguasai asas bahasa Melayu, dia telah mencampurkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu ketika berkomunikasi. Semasa berbual dengan Nek Jah, Adam sudah mula memahami sedikit demi sedikit topik yang dibualkan. Tindakan Nek Jah yang menyebelahi Adam ini menjadi satu halangan untuk dia berkomunikasi dengan bahasa yang sempurna.
Its okay Tok Wan, Adam penat nak follow Nek Jah, Next time la. 10 Sewaktu matahari baru sahaja muncul, Nek Jah sudah keluar ke pasar untuk mencari bahan basah. Tok Wan pada ketika itu yang melihat cucunya Adam sedang duduk bermain gajet bertanyakan kepadanya. Panggg ! satu tamparan singgah di pipi Adam. Tok Wan yang terkejut dengan kata-kata Adam lalu menampar cucunya itu. Adam yang terasa dengan sikap kasar atuknya itu terus berlari keluar rumah. Dalam situasi ini juga, sikap Adam mencampurkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi merupakan isu penggunaan bahasa rojak yang perlu ditegah bagi menjamin keindahan penggunaan bahasa Melayu. Eh Adam tak ikut Nek Jah ke Pasar? eh kamu ni Adam tak pandai cakap bahasa Melayu betul ke? Sakit telinga aku bahasa Melayu dicampurkan dengan bahasa asing kamu tu. Eh Tok Wan dah kenapa? Don’t pressure me. Bahasa Melayu are lame and not relevant to be use anymore, why my parents sent me here, i want go home!
Adam terus lari keluar dari rumah tanpa mengetahui hala tuju, apa yang difikirkan hanyalah perasaaan marah terhadap Tok Wan. Dengan rasa marah itu, tiba-tiba Adam berasa letih lalu berhenti seketika di bawah pohon untuk berehat tetapi dia malah tertidur di bawah pohon itu. 11 Sewaktu Adam tertidur, dia mendapat satu mimpi yang mungkin merupakan satu petunjuk untuknya. Perkara ini menjadi satu halangan kepada Adam kerana dia ditegur secara kasar oleh atuknya dan membawa dia kepada rasa ingin lari rumah atas gangguan emosi yang telah dihadapinya.
Di dalam mimpi nya itu, Adam berada di dalam sebuah bilik yang kelihatan tradisional dan usang. Adam tersedar dan melihat ada beberapa orang tua mengelilinginya. 12 Kegusaran Adam bertambah apabila bahasa yang digunakan oleh mereka sukar difahami oleh Adam dan menyebabkan Adam tidak boleh menanyakan jalan pulang kepada sesiapa disitu. Adam berlari ketakutan tetapi masih tidak jumpa jalan keluar untuk pulang semula ke rumah Tok Wan dan Nek Jah.
13 Apabila Adam tersedar daripada mimpi ngerinya itu, Adam berasa takut dan menangis. Adam menyedari bahawa Amir berada di sisinya dengan riak wajah yang risau melihat keadaan diri Adam. Amir yang melihat keadaan Adam yang tidak stabil terus bertanya kepada Adam. Tanpa mengendahkan soalan Amir, Adam terus berlari ke rumah atuknya sambil mengesat air mata yang tersisa. Are you okay Adam?
Ketika senja mula menjengah, Tok Wan dan Nek Jah menanti kepulangan cucunya di muka pintu. 14 Setibanya Adam dirumah, dia teresak-esak dan terus memohon maaf kepada Tok Wan kerana telah bersikap kurang ajar. Tidak mengapa Adam, yang penting kamu selamat. Risau Nek Jah kerana kamu lewat pulang setelah mengetahui kamu bertikam lidah dengan Tok Wan. Adam, Tok Wan maafkan kamu tetapi kamu harus janji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Baik Tok Wan. Adam janji.
15 Beberapa hari kemudian, Amir menanyakan keadaan Adam kerana Adam banyak menolak ajakan Amir untuk keluar bersiar-siar. Amir berasa bangga akan perubahan sikap Adam terutamanya dalam mengutamakan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Disini jelas terlihat bahawa singkatan perkataan merupakan satu isu yang membelenggu remaja kini seperti tindakan Amir di atas.
Hari yang dulu menjadi penantian buat Adam makin tiba, 16 Kringggg kringgg ! telefon rumah itu berbunyi. Nek Jah yang berada di ruang tamu mengangkat gagang telefon. Setelah berbual kurang dari 5 minit, Nek Jah memanggil Adam ke ruang tamu. Ruangan rumah itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka. Adam, ibu dan ayah kamu ingin menjemput kamu pulang. Katanya, urusan kerja disini telah selesai. Adam yang mendengar berita itu terus melompat kegembiraan. Dalam masa yang sama, Tok Wan dan Nek Jah sempat menyelitkan beberapa nasihat untuk Adam. Adam kamu harus ingat bahawa bahasa Melayu itu penting untuk dipelihara agar tidak lapuk dek zaman dan demi mengekalkan keunikan serta warisan negara bangsa. Baik Tok Wan, Adam akan sentiasa ingat pesanan Tok Wan.
Genap sebulan Adam berada di kampung, ibu ayahnya telah datang ke kampung untuk membawa pulang satu-satunya anak teruna mereka itu. Jasmine dan Mikhael terus menyambut tangan Tok Wan dan Nek Jah yang menanti kehadiran mereka. 17 Adam yang baru lepas selesai zuhur, terus mendapatkan ibu dan ayahnya yang baru saja melangkahkan kaki ke ruang tamu. “Ibu ayah”. jerit Adam sambil meluru dan memeluk ibu bapanya Mikhael dan Jasmine hanya mampu tersenyum dengan penuh bangga Hey darlings, I miss you so much. How are you sons? Adam pun rindu dengan ibu dan ayah, alhamdulillah Adam baik-baik sahaja disini ayah.
18 Mikhael dan Jasmine hanya mampu tersenyum dengan penuh bangga. Tok Wan kata Adam kena martabatkan bahasa Melayu sebab kalau bukan Adam siapa lagi? Lagi satu kita kan dekat Malaysia, jadi tak salah kalau kita berbahasa Melayu kan ibu? ayah? Mikhael dan Jasmine saling berpandangan. Mereka hairan akan perubahan Adam.
Selepas minum petang, ibu dan ayahnya mengajak Adam ke lapangan terbang memandangkan tiket penerbangan mereka pada 9 malam. 19 “Terima kasih Tok Wan dan Nek Jah kerana telah ajar Adam banyak perkara. Adam tidak akan lupa jasa kalian” kata Adam sambil bersalaman dengan Tok Wan dan Nek Jah. “Sama-sama Adam, jaga diri ya. Ingat pesanan kami” Tok Wan hanya mampu melemparkan senyuman kepada cucunya. Terima kasih Tok Wan dan Nek Jah kerana telah ajar Adam banyak perkara. Adam tidak akan lupa jasa kalian. Sama-sama Adam, jaga diri ya. Ingat pesanan kami.
Tok Wan dan Nek Jah melambai Adam sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan mata kasar mereka. 20 ~ Tamat ~
SILA IMBAS KOD QR INI BAGI MENDAPATKAN BUKU CERITA VERSI BERSUARA