The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkongsian penulisan jurnal ilmiah program Bina Insan Guru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 115-21-norhafizah, 2021-11-18 04:11:11

MPU2082 - PENULISAN JURNAL

Perkongsian penulisan jurnal ilmiah program Bina Insan Guru

Keywords: BIG,PDPP1020,BinaInsanGuru

NORHAFIZAH BINTI ARSHAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SARAWAK
NO MATRIK : D02203049 JALAN BAKAM

98009 MIRI SARAWAK.

___________________________________________
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH
PENDIDIKAN (PDPP)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MPU2082 : BINA INSAN GURU - PENULISAN ILMIAH

08 November 1989 NAMA GURU PELATIH : NORHAFIZAH BINTI ARSHAD
Kuching, Sarawak ANGKA GILIRAN : 2020022400072
018-9809369 KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
AMBILAN : OKTOBER 2020
[email protected] NO TEL BIMBIT : 018 9809369
ALAMAT EMEL :[email protected]
NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAINUDIN BIN DENAN
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH : SK SG LADONG, SIMUNJAN

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

SOALAN KUIZ
Anda telah melalui perkhemahan 5 hari 4 malam yang mencabar. Berdasarkan pengalaman
tersebut buat satu penulisan untuk jurnal ilmiah. Gunakan semua dapatan dari rumusan yang
anda buat secara individu dan kumpulan sebagai panduan penulisan. Gunakan semua bahan
rujukan yang berkaitan seperti jurnal, surat khabar, buku dan lain-lain bahan bagi menyokong
penulisan anda.
Isu : Meneroka perspektif Kursus Bina Insan Guru dalam mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman kendiri dalam pembangunan guru kompeten dan berjiwa pendidik.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

PROGRAM BINA INSAN GURU, KEGAGALAN PEMANGKIN KEJAYAAN YANG
TERTUNDA

Norhafizah binti Arshad
Pelajar PDPPOkt20,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri

ABSTRAK

Penulisan ini adalah bertujuan untuk perkongsian dapatan dan penerokaan perspektif Program
Bina Insan Guru dengan pengaplikasian pengetahuan dan pengalaman kendiri dalam
pembangunan guru kompeten serta berjiwa pendidik. Sejauhmana keberkesanan yang dicapai
oleh para peserta setelah mengharungi Program Bina Insan Guru (BIG) yang penuh cabaran
dan menilai inspirasi yang dapat membina sahsiah guru melalui pengalaman serta aktiviti yang
dijalankan. Program yang dilaksanakan secara atas talian ini melibatkan seramai 100 orang
guru interim, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan, KDC ambilan Oktober 2020 di
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS), Miri, Sarawak. Kaedah pemerhatian
digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi pemerhatian sepanjang Program Bina
Insan Guru (BIG). Dapatan umum kajian menunjukkan aktiviti-aktiviti sepanjang program Bina
Insan Guru seperti aktiviti perkhemahan, aktiviti di air, aktiviti kembara, aktiviti keyakinan diri di
air dan udara serta penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti dalam kumpulan dapat
mencetuskan inspirasi kepada guru pelatih dalam mendepani cabaran profesion keguruan.
Secara keseluruhan, hasil penyertaan guru pelatih terhadap program ini ditaksirkan berupaya
mengembangkan nilai sahsiah dalam diri mereka untuk kejayaan serta pembangunan guru
kompeten dan berjiwa pendidik.

Kata kunci: kejayaan, inspirasi, sahsiah, Program Bina Insan Guru, guru kompeten, guru
berjiwa pendidik.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Program Diploma
Pendidikan Pascasiswazah (PDPP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan
Kursus Dalam Perkhidmatan (KDPM) untuk memenuhi syarat mendapat Latihan Perguruan
dalam pendidikan.

Kursus BIG dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
mempunyai tahap fizikal dan mental serta cemerlang dari semua aspek, sesuai dengan
cabaran profession perguruan masa kini. Perlaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) adalah
berdasarkan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan yang
bergelar guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model atau contoh yang
baik kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan
dan mampu menangani cabaran era globalisasi dan digital kini. Melalui aktiviti yangdirancang,
pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan danpengalaman yang
diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan

Selain itu, program ini juga bermatlamat menerapkan nilai-nilai hidup yang bermoral
dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Oleh itu, segala
pengisian program yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan guru yang
berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa. Melalui aktiviti yang
dijalankan guru pelatih dapat mengenal potensi diri serta menyiapkan diri ke arah
kemenjadian guru yang bersahsiah tinggi sekaligus berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjalin perkembangan individu,
memelihara masyarakat yang demokratik dan berdisplin.

Kehadiran pandemik dan krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukanlah
satu alasan untuk guru pelatih untuk tidak berusaha keluar dari kesulitan dan mengikuti
program ini secara atas talian. Sebagaimana yang diketahui, pandemik ini bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan
menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian. Sesungguhnya, guru pelatih harus
memanfaafkan kesulitan ini sebagai satu dorongan dan mengambil hikmah yang ada dengan
memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian serta menguasai teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT).

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

Secara keseluruhannya, program Bina Insan Guru di bawah kelolaan Unit Ko-Kurikulum
ini telah berjalan dan disempurnakan dengan jayanya. Perlaksanaan aktiviti sepanjang lima
hari empat malam, bermula pada 8 sehingga 12 November 2021 ini telah memberi
pengalaman berharga kepada semua guru pelatih. Program Bina Insan Guru sememangnya
perlu diteruskan mengikut kesesuaian semasa kerana begitu banyak yang dapat dipelajari oleh
guru pelatih semasa perlaksanaan program BIG ini. Melalui penghayatan yang mendalam
terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan, guru pelatih dapat mengukuhkan keperibadian dan
sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri selaras dengan hasrat negara. Apabila
lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang
bertamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

METODOLOGI
Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Sepanjang
menjadi peserta, pengkaji melakukan pemerhatian dan penilaian melalui refleksi peserta pada
setiap akhir aktiviti serta melalui pengalaman pengkaji sendiri sepanjang BIG. Pemerhatian ini
dilakukan sepanjang program. Pemerhatian merupakan pendekatan yang digunakan dengan
meluas dalam kajian penulisan jurnal bagi mengumpul maklumat dan data. Untuk itu, pengkaji
melakukan pemerhatian sebelum, semasa, dan selepas program berlangsung, kemudian
maklumat yang diperolehi akan diproses mengikut kaedah yang telah dirancang.

Antara kelebihan metodologi pemerhatian ialah, pengkaji dapat melihat, merasakan
dan menjadi sebahagian figura peristiwa yang berlaku serta meyaksikan pelbagai gelagat
sosial di dalamnya sebagaimana subjek pengkajian melaluinya. Moleong (1989) menyifatkan,
teknik pemerhatian dapat memungkinkan pembentukkan pengetahuan secara bersama-sama
antara pengkaji dan subjek pengkajiannya.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

DAPATAN : KEGAGALAN PEMANGKIN KEJAYAAN YANG TERTUNDA

Hasil dapatan pemerhatian sepanjang perlaksanaan Program Bina Insan Guru, banyak
kemahiran baharu serta nilai yang diperolehi. Tidak dinafikan program ini banyak memberi
manfaat serta memberi pengalaman baharu untuk guru pelatih menambah persediaan diri bagi
menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Setiap kehidupan dan perkara yang
dilakukan tidak semuanya akan terus ke arah kejayaan, akan ada terjadinya kegagalan kerana
kehidupan itu tiada yang sempurna. Begitu juga sama sepertinya pembaharuan dalam sistem
pendidikan setiap pembaharuan akan pasti ada kegagalan, tidak banyak mungkin akan ada
sedikit sebanyak yang akan terjadi. Tetapi bagaimana cara kita berdepan dengan kegagalan
tersebut. Adakah akan terus membiarkan kegagalan tersebut berlalu? Atau adakah ada usaha
yang akan dilakukan untuk penambahbaikkan dari kegagalan yang dihadapi?

Sepanjang berlangsungnya program BIG dalam musim pandemik banyak cabaran
yang perlu peserta hadapi baik di luar bandar ataupun di bandar. Cabaran tersebut tidak
mematahkan semangat semua peserta untuk melaksanakan program dengan jayanya. Malah
pelbagai inisiatif yang dapat difikirkan demi keberlangsungan program tersebut. Inisiatif yang
ditunjukkan juga sangat menggambarkan bahawa semua peserta tidak mudah berputus asa
atau mengalah dan guru pelatih sangat yakin bahawa semangat juang yang ada semasa
program ini juga akan diaplikasikan di dalam mendepani cabaran dunia pendidikan abad21 ini.
Sepanjang pemerhatian, sebilangan besar peserta yang berada di kawasan pedalaman dan
luar bandar yang mana agar sukar mendapat capaian internet. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa keluar ke kawasan yang mempunyai akses internet berulang kali untuk menghantar
tugasan ataupun untuk menyertai perbincangan antara ahli kumpulan. Hal ini bersesuaian
dengan kenyataan Shiung (2007) yang menyatakan persekitaran pembelajaran yang tidak
sesuai akan menjadi penghalang infrastruktur untuk pelajar di dalam proses pembelajaran
dalam talian. Namun begitu, sekiranya dapat diakses dengan baik, penggunaan internet dilihat
dapat memberi maafaat yang luas kerana mampu memberi maklumat yang pantas dan
mempunyai jaringan info yang pelbagai. Dengan itu, pelajar akan menjadi lebih inovatif dan
berpandangan jauh (S.Bali 2018).

Untuk guru pelatih sendiri, oleh kerana pergerakan rentas daerah dan negeri telah
dibenarkan, guru pelatih bersama beberapa orang rakan sekumpulan telah mengambil inisiatif
dan bersetuju untuk melakukan serta melaksanakan aktiviti bersama selama lima hari empat
malam di Sumiran Eco Camp. Pemilihan tempat telah dibincangkan bersama oleh kerana
kesemua aktivii BIG yang dijadualkan dapat dilakukan di tempat yang dipilih. Alhamdulillah
semua program dapat dilaksanakan walaupun terdapat beberapa kepincangan dan kegagalan
guru pelatih sendiri yang terjadi sepanjang program tersebut. Antara kegagalan yang sangat

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

terkesan dalam diri guru pelatih adalah ketika penghasilan replika rakit dengan menggunakan
buluh disamping capaian internet yang lemah dan kurang memuaskan.

Berani Akui Kegagalan

Kegagalan bukan berertinya kalah dan kegagalan bukanlah satu perkara yang buruk atau
memalukan. Kegagalan adalah guru dan ianya bukanlah pengakhiran kerana seseorang
individu tidak akan pernah memahami keberhasilan atau kejayaan jika tidak pernah
mengalami kegagalan. Tidak kira setinggi apa pun darjat atau pangkat individu, lebih lebih lagi
individu bergelar guru beranilah akui kegagalan dan azamkan dalam diri supaya tidak lari dari
tiap kegagalan. Suka untuk guru pelatih ingatkan bahawa kegagalan juga adalah cara Allah
mengingatkan makhluknya supaya bersabar kerana akan ada sesuatu yang lebih baik
daripada tiap kegagalan yang berlaku. “Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal ianya
memiliki kebaikan yang banyak” - Annisa : 19. jadi jangan takut untuk akui kesilapan atau
kegagalan

Semasa perlaksanaan program BIG, guru pelatih sendiri mengalami kegagalan untuk
mengapungkan replika rakit untuk masa yang lama. Pada asalnya guru pelatih yakin bahawa
rakit yang dibuat daripada buluh tersebut akan berjaya untuk pengapungan yang stabil namun
kejadian tidak seperti yang guru pelatih gambarkan. Setelah diteliti kesilapan berlaku
disebabkan keadaan buluh yang digunakan tidak menyokong kadar apungan di dalam air.

Perkaitan yang guru pelatih sedari dan dapati dalam pengalaman peristiwa tersebut
adalah dalam dunia pendidikan yang kian mencabar kini, kegagalan yang berlaku samaada
dalam sistem atau diri pelajar tersebut seseorang guru perlu berani untuk mengakui. Berani
mengakui kesalahan serta tidak menuding jari ke arah lain atas kesilapan atau kegagalan
tersebut. Sebagai insan yang berjiwa besar dan menepati kompeten sebagai guru abad21 ini,
guru pelatih perlu bersedia untuk mencari punca kegagalan yang berlaku dan tidak hanya
membiarkan kegagalan tersebut tidak diselesaikan. Ketika kegagalan berlaku, tidak dinafikan
akan wujud dan timbul rasa marah, kecewa dan apabila dicampurkan ianya menjadikan rasa
putus asa itu hadir. Namun , sebagai guru yang dipanggil contoh , role model , teladan dan
inspirasi kita harus bijak untuk bangkit dan kembali bersemangat. Guru adalah salah satu
pencorak kehidupan pelajarnya, bak kata pepatah seperti mana acuan, seperti itulah kuihnya.
Lebih lebih lagi di era globalisai ini dan demi kejayaan program TS25, guru pelatih tidak harus
patah semangat. Individu yang berani mengakui kegagalan adalah pejuang yang sebenar dan
ianya terletak berat atas bahu pemimpin.

Bukan hanya berani akui kegagalan, bahkan berani untuk berubah. Sepertimana yang
diketahui, TS25 merupakan perancangan pihak sekolah dalam membangunkan modal insan

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

dan kemenjadian murid yang mampu bersaing di peringkat global. Perkaitannya dengan
aktiviti flying fox yang telah dilakukan adalah untuk terbang tinggi kita perlukan ketahanan dan
perubahan mental disamping peralatan dan perancangan yang sempurna. Yang paling penting
untuk kejayaan dan untuk perubahan perlukan keberanian. Berani hadapi apa jua cabaran
yang mendatang demi kemenjadian murid abad21.

Gagal Satu Jalan, Beribu Jalan Masih Terbuka

Guru kompeten tidak akan mudah mengalah walau pelbagai cabaran ketika era golbalisasi
dan kadangkala alami banyak kegagalan. Hal ini kerana apabila gagal dalam satu jalan, masih
terdapat beribu lagi jalan yang terbuka luas. Masih banyak peluang dan ruang untuk diteroka
serta dijalani. Perbaiki kegagalan demi sebuah kejayaan yang manis.

Berdasarkan pemerhatian semasa program, para peserta didedahkan dengan
kepelbagaian aktiviti yang mana menggalakkan percambahan ilmu baharu. Melalui aktiviti
amali seperti mendirikan khemah, masakan rimba, membina replika rakit dan lain-lain, peserta
didedahkan dengan suasana belajar menggunakan situasi yang ada. Kebolehan yang terbatas,
kelengkapan yang terhad dan suasana yang tidak sesuai mendesak peserta agar memikirkan
sesuatu di luar kotak bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan- tugasan ini
tampak mudah sekiranya dilaksanakan secara berkumpulan. Namun begitu, pelaksanaan
yang bersifat individu di tempat ataupun kediaman masing-masing menjadi kekangan yang
menyebabkan para peserta berada dalam pasukan menyempurnakan amali berkenaan.

Pengalaman guru pelatih sendiri tentang kegagalan rakit sebelum ini membuka ruang
pada guru pelatih untuk mengaitkan dengan keadaan yang berlaku semasa pdp berjalan di
dalam kelas. Rakit seperti murid yang guru perlu bentuk dan bimbing supaya kekal utuh dan
bermanfaat pada sekeliling. Sekiranya gagal dalam langkah atau kaedah yang pertama, guru
perlu pelbagaikan kaedah penyampaian ilmu. Hal ini berkait rapat juga dengan perbezaan
tahap kebolehan murid itu sendiri. Sebagai guru kompeten dan berjiwa pendidik perlu peka
kerana terdapat pelbagai lagi langkah penambah baikkan yang boleh dilakukan daripada
kegagalan yang telah berlaku. Ini juga memerlukan pembelajaran sepanjang hayat guru itu
sendiri,

Bersatu, Penyatuan Membentuk Kecemerlangan

Dapatan pemerhatian juga dilakukan pada aktiviti yang melibatkan perbincangan
kumpulan serta pembentangan. Berdasarkan aktiviti ini, para peserta dituntut agar memberi
komitmen dan dari sini mereka dapat mengasah kemahiran interpersonal dan belajar

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

berkomunikasi dengan sebaiknya antara rakan peserta. Peserta juga dapat menilai tentang
bagaimana tahap perkembangan sahsiah diri mereka. Pengibatan yang memerlukan
penglibatan ramai memerlukan penyatuan untuk mencapai kesepakatan dan kecemerlangan.
Hal ini kerana, kepimpinan yang sebenar tidak melahirkan perpecahan. Kepimpinan sebenar
adalah yang berjaya membawa kumpulan bersama sama dalam satu tujuan yang sama
dengan pelbagai pemikiran yang disatukan yang akhirya akan membentuk kecemelangan dan
kejayaan yang indah.

Tanpa penyatuan dan kesepakatan, nescaya program BIG ini tidak akan berjalan
dengan lancar seperti perancangan malahan akan lebih huru hara semasa pandemik covid19
ini. Penyatuan dan kesepakatan yang ditunjukkan sangat berguna untuk membina kekuatan
untuk perlaksanaan Program TS25 di sekolah.

Pemerhatian selepas program Bina Insan Guru pula adalah peserta atau guru interim
mengaplikasikan dan mengintegrasikan segala teknik, kemahiran teknologi dan nilai yang
diperolehi menunjukkan keberkesanan dari Program Bina Insan Guru (BIG). Selepas
menjalani program, peserta sedar bahawa untuk menjadi seorang guru bukan sahaja perlu
menpunyai pengetahuan yang luas berkaitan pedagogi tetapi mestilah mempunyai semangat,
jati diri, kekuatan fizikal dan mental, kepelbagaian kemahiran serta keyakinan yang tinggi.
Oleh itu, dengan menyertai BIG diharap dapat menyemai harapan membina insan guru yang
mempunyai tahap fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek sesuai dengan
cabaran profession perguruan masa kini

Secara kesimpulannya, kursus BIG ini penting bagi siswa guru di IPG yang bakal
mendidik anak bangsa di Malaysia. Ini kerana, bakal guru bukan sahaja perlu mempunyai
penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang
dipelajari guru melalui praktikalnya. Setiap guru pelatih hendaklah mempunyai penghayatan
yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan kerana melalui aktiviti–aktiviti ini,
ianya dapat mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam
diri selaras dengan hasrat negara. Melalui penghayatan BIG lima hari empat malam ini, guru
pelatih mengakui bahawa kegagalan pemangkin bagi kejayaan yang tertunda.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

PERBINCANGAN

Program BIG adalah persediaan untuk melahirkan seorang guru yang mempunyai kekuatan
dan kemantapan dalam segala aspek, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Aspek
ini amat diperlukan untuk menjadi guru yang cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang,
maka lahirlah murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai etika
dan moral yang tinggi. Sebagai mana yang diketahui, guru atau dikenali sebagai pengajar,
pendidik dan mudarris merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah
atau pada peringkat pengajian tinggi. Profesion keguruan merupakan profesion paling utama
di dalam proses penyerapan ilmu kepada individu dan masyarakat. Ini kerana, seseorang yang
bergelar guru merupakan seorang yang pakar dalan sesuatu bidang dan menjadi rujukan
masyarakat. dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar.

Dengan pendedahan dalam program ini, guru pelatih dapat membina keyakinan diri
semasa berkhidmat di sekolah nanti. Semasa pihak sekolah mengadakan mesyuarat dengan
guru, guru pelatih akan dapat menyumbang idea atau menyumbang tenaga dalam
menjayakan program yang akan dilaksanakan. Sebagai contoh sekiranya pihak sekolah
mengadakan program perkhemahan, guru pelatih dapat berkongsi pengalaman sebagai idea
untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan perkhemahan. Pengalaman dan
pengetahuan yang diperolehi dalam program BIG dapat guru pelatih aplikasikan nanti.

Disamping keyakinan diri, guru pelatih juga akan lebih berani untuk hadapi apa jua
cabaran serta akan menyelesaikan setiap permasalahan secara profesional. Guru pelatih akan
lebih yakin diri untuk hadapi tiap kegagalan sekiranya berlaku semasa perkhidmatan di
sekolah nanti. Sikap mendisipilinkan diri juga akan sebati terbentuk dalam jati diri guru pelatih
sebagai guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.

Pembentukkan guru yang cemerlang hanya boleh tercapai dari pembudayaan yang
cemerlang, Sesungguhnya, budaya yang cemerlang dapat membina, membentuk dan
melahirkan siswa guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya, iaitu ilmu, kepimpinan, kerja
profesional, akhlak dan moral, penyayang, hidup sihat dan estetika. Sebagai bakal pendidik,
guru pelatih perlu mempamerkan kualiti diri yang tinggi dan terpuji bukan sahaja dari segi
penguasaan ilmu dan kecekapan mengajar tetapi juga penampilan diri dan sahsiah yang
cemerlang untuk menjadi model kepada murid-murid di sekolah nanti. Sehubungan itu,
pembudayaan cemerlang merupakan suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru
yang mengamalkan tujuh dimensi budaya seperti berikut :

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

Budaya Ilmu
Merangkumi pembelajaran sepanjang hayat, berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini
(syumul), menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu. Selain itu menjana,
mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu serta mengamalkan penyelidikan.

Budaya Kepimpinan
Kepimpinan memerlukan kebolehan membuat keputusan berpemikiran reflektif serta
menghayati Visi dan Misi pendidikan serta aspirasi Negara. Selain itu kepimpinan memerlukan
individu guru yang mempunyai idea-idea yang bernas dan bermotivasi tinggi untuk
menggerakkan perubahan serta berupaya menyelesaikan setiap permasalahan atau cabaran
yang mendatang. Kepimpinan menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan dengan
menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi dalam mengorientasikan kurikulum
dengan piawai pencapaian. Selain itu juga, perlu mewujudkan komuniti belajar sepanjang
hayat dengan menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran.
Penyediaan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran serta budaya
kesetiaan kepada organisasi

Budaya Kerja Profesional
Pembudayaan kerja profesional memerlukan guru pelatih untuk mendokong Visi dan Misi
organisasi dengan meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah. Sentiasa bersikap proaktif,
kritis, kreatif, dan inovatif. Optimis dan komited dalam pekerjaan dengan mementingkan kualiti
dan menepati piawaian yang ditentukan. Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi
prosedur serta menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi.

Budaya Akhlak dan Moral
Pembudayaan akhlak dan moral ini juga perlu diterapkan dengan melatakkan diri sentiasa
bersyukur, merendah diri (tawadhuk), redha dengan Qada dan Qadar, bertaqwa selain
berikhtiar dengan doa dan mematuhi etika perguruan demi menjamin kualiti guru yang
cemerlang dan terbilang.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

Budaya Penyayang
Keprihatinan terhadap makhluk dengan mengutamakan sayang akan diri, keluarga, dan
masyarakat, profesion, alam sekitar dan negara.
Budaya Hidup Sihat
Kesihatan dan kecergasan fizikal penting bagi menjamin kualiti kehidupan dan profesion.
Ianya juga penting untuk kematangan emosi, ketenangan rohani dan bertaqwa. Sikap
keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional akan mewujudkan persekitaran yang mesra.
Budaya Estetika
Pembudayaan yang terakhir adalah budaya estetika yang mernagkumi kehalusan budi,
keunggulan peribadi dalam kesempurnaan kerja.

Kesimpulannya, sebagai bakal pendidik, guru pelatih perlu mempamerkan kualiti diri
yang tinggi dan terpuji bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu dan kecekapan mengajar
tetapi juga penampilan diri dan sahsiah yang cemerlang untuk menjadi model kepada murid-
murid di sekolah nanti.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Setiap individu boleh dinilai sahsiahnya berdasarkan aspek-aspek penampilan fizikal, sikap,
tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani. Adalah menjadi keutamaan bagi seorang
guru mempunyai sahsiah yang baik. Penerapan sahsiah dapat dilaksanakan melalui program
yang dapat membangunkan nilai tersebut dalam diri guru. Program BIG antaranya dapat
memberi impak yang positif kepada bakal guru yang mana memberi pengalaman berharga
sebelum melangkah menjadi seorang insan yang benar-benar bergelar guru. Pemupukan
pelbagai kemahiran insaniah dapat memperkuatkan lagi keperibadian seorang bakal guru
apabila berkhidmat kelak.

Pelaksanaan BIG secara maya ini sedikit sebanyak memberi pengalaman yang
berbeza kepada peserta. Sudah pastinya, setiap aktiviti yang berjalan mempunyai kelebihan
dan kelemahan yang tersendiri. Antara beberapa cadangan untuk pelaksanaan program ini
pada masa akan datang ialah pemakluman awal berkaitan aktiviti program dengan memberi
taklimat berkaitan pelaksanaannya kepada peserta. Hal ini dapatlah memberi masa kepada
para peserta membuat persediaan samaada dari segi kelengkapan, infrastruktur dan
sebagainya.Seterusnya, pihak penganjur juga perlu melantik pensyarah atau jurulatih mahir
dalam mengendalikan teknologi terutama semasa perbentangan slot. Sepanjang pelaksanaan
aktiviti secara atas talian, keseluruhan pembentangan dan adalah menggunakan platform
googlemeet. Oleh yang demikian, ianya penting bagi memberi maklmat yang tepat kepada
peserta.

Cadangan Memantapkan Nilai Keguruan

Cadangan bagi memantapkan nilai keguruan pula antaranya seperti tahap
profesionalisme guru perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa . Profesionalisme paling
utama adalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang bersikap profesional
akan melengkapi segala aspek kualiti yang diperlukan bagi melayakkan dirinya untuk diiktiraf
sebagai dinamik dan berkaliber.

Guru perlu sentiasa peka dan memahami setiap perubahan dasar yang berlaku dalam
sistem pendidikan disamping memahami matlamat yang ingin dicapai. Ini adalah kerana
supaya fokus dan matlamat tidak tersasar dan sentiasa seiring perubahan zaman.

Guru sentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi-inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan perubahan zaman. Dalam kemajuan teknologi maklumat
contohnya, penggunaan ICT dalam mata pelajaran boleh dilaksanakan dengan jayanya .

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

Contohnya menghasilkan bahan bantu mengajar dalam bentuk interaktif agar PdP yang
dijalankan menjadi lebih menarik dan berkesan sesuai dengan kecenderungan pelajar di abad
ini. Kemahiran dalam bidang ICT pula perlu diteroka melalui kursus-kursus multimedia dan
komunikasi. Kemahiran ini sedikit sebanyak sangat melalui banyak peningkatan dalam setiap
diri guru akibat pandemik yang berlaku.

Guru juga perlu ditawarkan dengan program kursus dan bengkel yang bertujuan untuk
memantapkan kemahiran. Contohnya Kursus Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran
Berkesan, Kursus Penataran Instrumen Mata Pelajaran dan Kursus Aplikasi Teknologi
Maklumat dalam pdp. Sebagai guru yang komited, penyertaan dalam setiap kursus atau
bengkel yang ditawarkan adalah digalakkan sebagai medium yang mengukuhkan lagi
kemahiran dalam proses pdp. Sekembalinya dari kursus, sesi ‘in-house-training’ perlu
dilaksanakan dengan melibatkan guru panitia lain supaya segala input yang diperolehi dapat
dikongsi dan dikembangkan secara menyeluruh.

Membudayakan perkongsian ilmu, Guru perlu melaksanakan integrasi ilmu dan
mendapatkan khidmat pementoran daripada guru-guru cemerlang dari sekolah lain.
Perkongsian dalam bentuk kepakaran juga dapat dilaksanakan lalu diaplikasikan di sekolah
sendiri seterusnya menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.

PENUTUP

Program Bina Insan Guru sememangnya perlu diteruskan mengikut kesesuaian
semasa kerana begitu banyak yang dapat dipelajari oleh guru pelatih semasa perlaksanaan
program BIG ini. Melalui penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang
dijalankan, guru pelatih dapat mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika
keguruan dalam diri selaras dengan hasrat negara. Apabila lahirnya guru yang cemerlang,
maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai
etika dan moral yang tinggi.

Pemupukan pelbagai kemahiran insaniah melalui kursus BIG di IPG menjadi medium
untuk melahirkan seorang bakal guru yang benar-benar komited, cemerlang dan serba boleh
apabila berkhidmat sebagai guru kelak. Perkara ini bertepatan dengan pendapat Brackett, M.
A. et al. (2001), iaitu siswa guru perlu melengkapkan diri sebagai insan guru di samping
mampu menyempurnakan kursus latihan perguruan yang professional. Melalui penghayatan
BIG, jelas diakui bahawa kegagalan pemangkin bagi kejayaan yang tertunda. Hal ini kerana
tiada kejayaan tanpa kegagalan. Dapat disimpulkan juga bahawa kegagalan dalam kemuliaan
adalah lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

RUJUKAN

Abdul Jalil Borham (1998). Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Dan
Pelaksanaannya Di IPT Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan

Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Syafiq Mat Razali. (2017). Keberkesanan Program Bina Insan Guru Dalam
Pembentukan Insan Kamil.

Brackett, M. A. et al. (2001). Emotion-Regulation Ability, Burnout, And Job Satisfaction
Among British Secondary-School Teachers. Psychology In The Schools, 47(4), 406-417.

Moleong LJ. (1989). Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung; Remaja Rosdakarya

Najmi , S. M. (2020) Pembelajaran alam maya: Ini solusi ketika berdepan Covid-

19.Astro Awani 23 Mac 2020.

Norhiza Mohd Salleh, Faridah Nazir & Farah Mukhtar (2014), Pemupukan Kemahiran
Insaniah Melalui Kursus Bina Insan Guru dalam Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru,

Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni UKM.

Nik Hasnah (2014) Guru Ejen Pengubah Masyarakat.. Berita Harian Online .

Rahil Mahyudin, Abd majid Mohd Isa dan Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie (1995),“Asas
Pendidikan II (Psikologi Dalam Bilik Darjah)”. Longman (M) Sdn Bhd. Kula Lumpur.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

LAMPIRAN

Gambar 1 : Proses membina replika rakit Gambar 2 : Replika rakit yang dah siap pada percubaan
pertama

Gambar 3 :Percubaan apungan pertama yang gagal Gambar 4 : Proses penambahbaikkan rakit. Asalnya hanya
daripada buluh yang telah dibelah , telah ditambah baik
dengan meletakkan botol mineral.

Gambar 5 & 6 : Kejayaan yang menggembirakan. Apungan berjaya setelah penambahbaikan dibuat pada rakit .
Kegagalan pemangkin kejayaan yang tertunda

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

LAMPIRAN

Gambar 7 : Proses mendirikan khemah Gambar 8 : Khemah yang siap didirikan

Gambar 10 : Proses memasak masakan rimba

Gambar 9 : Penyediaan gajet sebagai meja penyediaan
masakan rimba

Gambar 11 : Proses memasak masakan rimba. Gambar 12 : Hidangan masakan rimba yang berjaya
Penghasilan unggun api mengambil masa dan dihsailkan

memerlukan kesabarab yang tinggi

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

LAMPIRAN

Gambar 13 : Keyakinan di air . Apungan diri. Gambar 14 : Persediaan untuk pembentangan refleksi
kumpulan

Gambar 16 : Rekod kembara rimba Gambar 17 : Pengenalan simpulan asas
menggunakan aplikasi strava tali

Gambar 15 : Kembara rimba , 3.48 km

Gambar 18, 19 & 20 : Persediaan lengkap untuk melakukan flying fox . Aktiviti keyakinan diri.

MPU2082/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1


Click to View FlipBook Version