MINIT MESYUARAT
PANITIA MATEMATIK
BIL. 1 / 2021
SK TUMPAT
16200 Tumpat, Kelantan
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL. 1/2021
Tarikh : 26 Januari 2021
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kediaman Masing-masing Melalui Medium Google Meet
KEHADIRAN : PK Pentadbiran
1. En. Ahmad b. Lome Ketua Panitia
2. Pn Masliza bt. Mohamed
3. Pn Siti Radziah bt. Muhammad Setiausaha
4. Pn Maziati bt. Muhammad
5. Pn Hamidah bt. Hamid
6. Pn Tuan Khusarmila bt. Tuan Abdul Manaf
7. En. Mokhtar b. Mat Daud
8. En. Hadi b. Abdullah
9. En. Bohari b. Rajab
10. En. Zainal Abidin b. Sulaiman
11. Pn Iszam Rohaida bt. Yahya
1
AGENDA 1
Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)
− Ucapan salam dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat norma
baharu iaitu secara maya.
− Mengingatkan tugas utama AJK dalam pembangunan kemahiran dan prestasi murid dalam mata
pelajaran Matematik walaupun banyak kekangan yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
− Berharap perbincangan dan sebarang keputusan yang dibuat dalam mesyuarat dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi anak-anak murid yang disayangi.
Makluman
AGENDA 2
Ucapan Penasihat (PK Pentadbiran)
− Ucapan salam dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat secara
maya.
− Mengingatkan tugas utama AJK dalam memberikan yang terbaik kepada murid-murid dan tidak
berputus asa walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi.
− Berharap Panitia Matematik menjadi contoh kepada panitia lain dari segi pengurusan,
perancangan dan pelaksanaan PdPR.
Makluman
AGENDA 3
Pengesahan Minit Mesyuarat
− En. Bohari b. Rajab mencadangkan agar Minit Mesyuarat Kali Ke-3, 2020 di terima dan disahkan.
Disokong oleh En. Mokhtar b. Mat Daud.
AGENDA 4
Perkara-perkara Berbangkit
− Tiada.
2
AGENDA 5
Pelantikan AJK Panitia Matematik 2021
− JawatanKuasa Panitia Matematik 2021 adalah seperti berikut;
Pengerusi : En. N Mahdy b. Mahmood Guru Besar
Naib Pengerusi : En. Ahmad b. Lome PK Pentadbiran
Ketua Panitia : Pn Masliza bt. Mohamed Guru Matematik 4P, 5E, 6G
Setiausaha : Pn Iszam Rohaida bt. Yahya Guru Matematik 4G, 5P, 6E
Ahli Jawatankuasa :
Guru Matematik 1G, 1E
1. Pn Siti Radziah bt. Muhamad Guru Matematik 1P
2. Pn Maziati bt. Muhammad Guru Matematik 2G
3. Pn Hamidah bt. Hamid Guru Matematik 2E, 3G
4. Pn Tn Khusarmila bt. Tn Abd Manaf Guru Matematik 2P
5. En. Mokhtar b. Mat Daud Guru Matematik 3E
6. En. Hadi b. Abdullah Guru Matematik 3P
7. En. Bohari b. Rajab Guru Matematik 4E, 5G, 6P
8. En. Zainal Abidin b. Sulaiman
− En. Zainal Abidin b. Sulaiman mencadangkan Pelantikan AJK Panitia Matematik diterima dan
disahkan. Disokong oleh Pn Maziati bt. Muhammad.
Makluman
AGENDA 6
Perancangan Tahunan
− Fokus utama dalam merancang aktiviti bagi tahun 2021 adalah memastikan peratusan paling
minimum murid yang ketinggalan dalam subjek Matematik ekoran PdPR yang kurang efektif atas
sebab kekangan yang dihadapi murid.
− Guru-guru digalakkan untuk sentiasa berbincang serta berkongsi kaedah PdPR supaya
penyampaian kepada murid adalah paling maksimum.
− Perancangan Tahunan Panitia Matematik bagi tahun 2021 adalah seperti Lampiran 1, namum
begitu ia tertakluk kepada sesi pembelajaran secara bersemuka untuk pelaksanaan sepenuhnya.
Tindakan dan makluman : Semua AJK
3
AGENDA 7
Sasaran Pencapaian
− Sasaran pencapaian murid bagi tahun 2021 akan ditetapkan setelah satu kaedah pentaksiran
dapat dilakukan memandangkan murid tidak sempat untuk menduduki Aktiviti Latihan Kemahiran
(ALK) pada tahun lepas.
− Semua AJK juga bersetuju fokus utama dalam sasaran pencapaian murid pada tahun ini adalah
dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang tercicir pada tahun lepas, sekurang-kurangnya dapat
menguasai Kandungan Asas dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0.
Tindakan dan makluman : Semua AJK
AGENDA 8
Anggaran Perbelanjaan Panitia
− PCG bagi tahun 2021 belum lagi terima. Mesyuarat menganggarkan PCG yang bakal diterima
Panitia Matematik adalah lebih kurang RM750 berdasarkan amaun yang diterima pada tahun
lepas.
− Rujuk Lampiran 2 untuk anggaran perbelanjaan Panitia Matematik untuk tahun 2021.
Tindakan dan makluman : Semua AJK
AGENDA 9
Penyediaan DSKP, DPK 2.0, RPT dan RPH
− Penyediaan DSKP, DKT 2.0 dan RPT dibahagikan kepada guru yang mengajar subjek Matematik
setiap aliran seperti dalam Lampiran 3.
− Penyelarasan format penulisan RPH bagi mata pelajaran Matematik adalah seperti dalam
Lampiran 4, manakala RPH untuk PdPR adalah melalui Google Form yang disediakan oleh pihak
pentadbir.
Tindakan dan makluman : Semua AJK
4
AGENDA 10
Penyelarasan Tugasan Murid
− Penyelarasan tugasan murid sepanjang tempoh PdPR adalah bergantung kepada AJK
memandangkan hanya guru Matematik kelas berkenaan sahaja yang mengetahui status
penglibatan serta kerja buat murid kelas masing-masing.
− Penyelarasan tugasan murid semasa sesi PdPc bersemuka pula adalah melalui penetapan
bilangan buku latihan dan kuantiti soalan latihan per minggu.
− Semakan tugasan / buku latihan murid dirancangkan dicerap sebanyak dua kali (bergantung pada
sesi PdPc bersemuka)
− Rujuk Lampiran 5 untuk penyelarasan tugasan murid dan jadual semakan buku latihan.
Tindakan dan makluman : Semua AJK
AGENDA 11
Hal-hal Lain
− Tiada.
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang, diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
....................................................... ................................................
(ISZAM ROHAIDA BINTI YAHYA) (MASLIZA BINTI MOHAMED)
Setiausaha Panitia Matematik. Ketua Panitia Matematik.
5
Lampiran 1
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
AKTIVITI BULAN PELAKSANAAN
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Og Sep Okt Nov
1. PENGURUSAN & PENTADBIRAN
1. Mesyuarat Panitia ☺☺☺ ☺
2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa ☺
3. Perancangan Aktiviti Tahunan ☺☺
2. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN ☺☺
1. Professional Learning Comunity / LaDaP ☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
2. Pencerapan
3. Bengkel Kecemerlangan untuk Murid ☺☺
4. Keceriaan Bilik Matematik ☺
5. Info Matematik
6. Minggu Matematik ☺☺☺
7. Program Bijak Sifir ☺
8. Program Cair Rumus / Formula
9. Klinik Matematik ☺
10. Kuiz Matematik & Pertandingan Hafal ☺
Sifir ☺☺
11. Program Motivasi ☺
☺☺
3. PENILAIAN
1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ☺☺ ☺
2. Latihan Kemahiran ☺☺☺ ☺☺
** Perancangan hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya tertakluk kepada sesi persekolahan
bersemuka sahaja.
Lampiran 2
ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
SUMBER KEWANGAN: JUMLAH
RM 750.00
BIL PERKARA RM 0.00
1. Peruntukan PCG Kepada Panitia RM 750.00
2. Sumber Lain
PERUNTUKAN YANG BOLEH DIBELANJAKAN
ANGGARAN PERBELANJAAN:
PERKARA
BIL PEMBELIAN BARANGAN / AKTIVITI PANITIA
BAHAN BANTU MENGAJAR
BBM JUMLAH PROGRAM / AKTIVITI JUMLAH
1. Kertas A4 – Putih RM 200.00
2. Kertas A4 – Warna RM 50.00 Hadiah Minggu Matematik
3. Kad Manila RM 100.00 ➢ Individu
4. Plastik Laminasi RM 100.00 ➢ Berkumpulan
5. Fotostat
RM 100.00
RM 200.00
JUMLAH KESELURUHAN (A) RM 550.00 JUMLAH KESELURUHAN (B) RM 200.00
PERUNTUKAN RM 750.00
JUMLAH PERBELANJAAN (A+B) RM 750.00
BAKI -
Lampiran 3
PENYEDIAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM &
PENTAKSIRAN (DSKP)
BIL. TAHUN Nama AJK CATATAN
1. TAHUN 1 Pn Siti Radziah
2. TAHUN 2 Pn Hamidah
3. TAHUN 3 En. Hadi
4. TAHUN 4 En. Zainal
5. TAHUN 5 Pn Iszam Rohaida
6. TAHUN 6 Pn Masliza
PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
BIL. TAHUN Nama AJK CATATAN
1. TAHUN 1 Pn Siti Radziah
2. TAHUN 2 Pn Hamidah
3. TAHUN 3 En. Hadi
4. TAHUN 4 En. Zainal
5. TAHUN 5 Pn Iszam Rohaida
6. TAHUN 6 Pn Masliza
PENYELARASAN FORMAT PENULISAN Lampiran 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
ISNIN
1 Mata Pelajaran/Subjek: MATEMATIK
Tarikh / Date 15.05.2021
Masa / Time 8.45am – 9.45am
Darjah / Kelas 5 Elit
Tajuk / Topik / Tema Pecahan / Penolakan pecahan
Standard Pembelajaran 7.2(i)
Objektif Pembelajaran Pada akhir pdp murid dapat:
1. Menolak sebarang dua nombor melibatkan nombor
bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur yang
penyebutnya tidak sama hingga 10
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BIL AKTIVITI
1. Penerangan tentang kemahiran menggunakan rajah dan pengiraan.
2. Murid melaksanakan pengiraan secara hands-on bersama guru di papan putih.
3. Latihan secara berpasangan.
4. Latihan individu.
5.
6.
7.
8.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Kemahiran membuat perkaitan
2. Berkomunikasi
3. Berhati-hati
BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Kertas majong
2. Lembaran kerja
3.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penilaian melalui pemerhatian, respon murid dan latihan dalam kelas.
REFLEKSI
1. 12 murid masih belum menguasai kemahiran terutama sekali apabila melibatkan pengumpulan
semula.
Lampiran 5
PENYELARASAN TUGASAN / KERJA MURID
BILANGAN BUKU LATIHAN MURID
BIL. TAHUN BILANGAN BUKU CATATAN
LATIHAN
1. TAHUN 1 Buku latihan petak besar
2. TAHUN 2 2 buah buku latihan &
3. TAHUN 3 1 buah buku aktiviti Buku latihan petak
4. TAHUN 4 sederhana
5. TAHUN 5
6. TAHUN 6 3 buah buku latihan Buku latihan petak kecil
BILANGAN SOALAN LATIHAN / TUGASAN / KERJA MURID
BIL. TAHUN BILANGAN LATIHAN / CATATAN
MINGGU
1. TAHUN 1 30
2. TAHUN 2 40
3. TAHUN 3 50
4. TAHUN 4 60
5. TAHUN 5 70
6. TAHUN 6 120
PENCERAPAN / SEMAKAN BUKU LATIHAN / TUGASAN MURID
BIL. TAHUN BULAN CATATAN
1. TAHUN 1 Mei, Ogos Pn Iszam
2. TAHUN 2 Jun, September (Setiausaha)
3. TAHUN 3
April, Julai
4. TAHUN 4 Mei, Ogos Pn Masliza
5. TAHUN 5 Jun, September (Ketua Panitia)
6. TAHUN 6 Julai, Oktober