The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 329-3-saffa, 2021-12-05 22:20:00

BUKU PROGRAM BOLA BALING

BOLA BALING

BUKU
PROGRAM

BOLA
BALING P

2022

TARIKH: 12 - 13 MEI 2022
MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : SK KOTA KUALA
MUDA

PENGELOLA: PERSATUAN
BOLA BALING SK KOTA
KUALA MUDA

OBJEKTIF PERTANDINGAN

1. Mencungkil bakat terpendam pelajar untuk menyertai aktiviti
permainan yang diminati.

2. Membentuk peribadi pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

3. Memupuk semangat kerjasama dan semangat kesukanan dalam
kalangan pelajar.

4. Menimba ilmu pengetahuan daripada pertandingan yang
dianjurkan.





MATLAMAT

1. Menyokong perlaksanaan Dasar Sukan Negara
2. Melahirkan pemain bola baling yang berpotensi dalam

permainan bola baling
3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mendapatkan

markah yang terbaik dalam penilaian PAJSK.
4. Mencungkil bakat terpendam murid dalam permainan bola

baling

AHLI JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA PERTANDINGAN BOLA BALING TAHUN

2022 SK KOTA KUALA MUDA, KEDAH.




PENGERUSI : Encik Ikram bin Ilias

NAIB PENGERUSI : Puan Hani Hazwani binti Jolis

SETIAUSAHA : Nurina Tihani binti Halim

BENDAHARI : Encik Syahir bin Sulaiman

PENYELARAS : Encik Mohd Danial bin Zaidi

NAIB PENYELARAS: Puan Norshazliany binti Bolhi







AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA BALING TAHUN 2022

SK KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

PENGERUSI : Encik Ikram bin Ilias

NAIB PENGERUSI : Puan Hani Hazwani binti Jolis







AHLI JAWATANKUASA




Teknik dan Urusetia

1.En Rosli Moktar
Pencatat
2.En. Azim Fahim

1.Pn. Syamim Syahir
2.Pn. Shasha Shukri

3.Pn. Jamilah Kamal 3.Cik Hazirah Jolis

Pn. Rozita Jamal Cik Abyana Aidil

Hadiah Fotografi/Jurugambar Pengadil Perlawanan
1. Pn. Siti Nureen Adi 1.En. Rafizi Ali 1. En. Zuladha Hamid
2. Pn. Juweeta Siddiq En. Dean Lau
3. Pn. Haslina Harith 2. En. Musa Zali
Juruacara 3. Pn. Aziatul Shahrul
Peralatan 1.Pn. Kisya Adriani
1.En. Rosdi Taib Pn. Haziqah Amani 4. Pn. Malissa Rosli
2.En. Aizal Abu
3.En. Kevin Kong Persiapan Tempat
1.En Ali Alias
4. En. Izs Ng
2.En. Abu Bakar
3.En. Sahferi
En. Danial Lo

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA
BALING P SK KOTA KUALA MUDA.

TAHUN 2022

1.UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling
Antarabangsa - I.H.S dan Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Kedah.

2. JENIS PERTANDINGAN
1.0 Pertandingan berpasukan antara pelajar perempuan tahap 2 SK Kota Kuala
Muda, Kedah.
2.0 Peringkat umur pelajar perempuan adalah daripada 10 tahun hingga 12
tahun dalam satu pasukan.


3. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan hanya 9 pemain sahaja yang terdiri
daripada 7 orang pemain gelanggang dan 2 orang pemain gantian

4. SISTEM PERTANDINGAN

Undian hendaklah dilakukan bagi menentukan kedudukan pasukan yang
bertanding. Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati seperti
berikut:

4.1. Pusingan Pertama

4.1.1. Terdapat 8 pasukan yang akan mengambil bahagian.
4.1.2. Cabutan undi mengikut undang-undang permainan bola baling.
4.1.3. Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati iaitu pasukan yang menang
akan terus layak ke pusingan separuh hari.

4.2. Pusingan Separuh Akhir dan Akhir

4.2.1. Pemenang bagi pusingan pertama akan bermain dalam peringkat
Separuh Akhir secara kalah mati.
4.2.2. Pemenang bagi setiap perlawanan Separuh Akhir di dalam kedua-dua
perlawanan akan bermain dalam Peringkat Akhir dan pasukan yang kalah

5. Cara Memutuskan Keputusan

5.1. Secara Kalah Mati
5.1.1. Bagi perlawanan secara kalahh mati, jika kedudukannya seri selepas sepenuh
masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:

sistem balingan penaliti (balingan 7 meter) akan dijalankan.
Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan cuaca, penglihatan kurang jelas atau
keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan, maka undian hendaklah
dijalankan.

5.1.2. Sistem Balingan 7 Meter
Setiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan dari garisan balingan 7 meter
dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain setiap pasukan.
jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan sama ada oleh
pemain yang sama atau pemain berlainan secara berselang-seli dengan sistem
"sudden death"
Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter akan dijalankan
Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang undian akan
membuat pilihan sama ada balingan dahulu atau sebaliknya.
Hanya pemain yang didaftarkan dalam perlawanan akhir dibenarkan membuat
balingan 7 meter. Pemain yang dibatalkan atau disingkirkan atau masa
penggantungannya masih belum tamat tidak dibenarkan mengambil balingan 7
meter.
Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol
pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang
Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter
dijalankan.

5.2. Batal (Kad Merah) dan Singkir
5.2.1. Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu KAD MERAH atau
dibatalkan dalam satu-satu perlawanan, dia akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
5.2.2. Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu KAD MERAH atau
dibatal untuk kali kedua, di mana pasukannya bermain sehingga Lembaga Tatatertib
membuat keputusan.
5.2.3. Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman
SINGKIR, dia tidak akan dibenarkan atau berada di gelanggang di mana
pasukannya bermain atau dalam mana-mana perlawanan sepanjang
kejohanan tersebut.

6. PAKAIAN

6.1. Semua pemain hendaklah berpakaian serupa atau seragam. Penjaga gol
hendaklah memakai baju yang berlainan warna daripada pemain-pemain
gelanggangnya dan pemain pasukan lawan. Ukuran tinggi nombor baju
hendaklah sekurang-kurangnya 20 cm (8 inci) dan warna nombor tersebut
berlainan dengan warna baju.
6.2. Ketua Pasukan digalakkan memakai tanda lengan.
6.3. Pemakaian (leotard) atau seluar pelumba pelumba basikal adalah tidak
dibenarkan.
6.4. Pemain-pemain diwajibkan memakai kasut biasa atau "boot" yang bilangan
tungkungnya mestilah melebihi 6 dan tingginya tidak melebihi 12 mm.
6.5. Memakai segala alat yang dianggap tidak membahayakan pemain-pemain
lain adalah dibenarkan.
6.6. Jika terdapat dua pasukan yang memakai warna jersi yang sama, maka
pasukan yang namanya disebut dahulu dikehendaki menukar jersinya.

7. GELANGGANG / ALATAN

7.1. Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF)
7.2. Saiz Bola

7.2.1. Berat - 290 gram
7.2.2. Lilit - 50 cm
7.3. Sebiji bola hendaklah disediakan oleh pasukan yang bertanding dan akan
dikembalikan kepada pasukan berkenaan selepas tamat pertandingan.

8. MASA PERMAINAN

8.1. Semua peringkat pertandingan dijalankan dengan masa permainan:
- 10 minit diberikan untuk setiap separuh masa permainan dengan 2 minit

rehat di antaranya. (10 : 2 : 10)
8.2. Masa Rehat Pasukan. (Team Time Out)
8.2.1. Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat, sekali bagi
setiap separuh masa. Tiada masa rehat (team time out) pada permainan masa
tambahan.

8.2.2. Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan
melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa.
8.2.3. Situasi yang membolehkan untuk meminta masa rehat ialah apabila
pasukannya sedang mengawal bola.

9. KELEWATAN

Hanya 10 minit diberi kepada pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberi kemenangannya percuma.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, maka semua keputusan yang terdahulu akan
dibatalkan dan pasukan itu tidak akan diberikan menyertai pertandingan
seterusnya.

11. PENGADIL

Setiap pasukan wajib menyenaraikan seorang (1) pengadil yang akan bertugas
mengikut jadual yang diatur oleh pengelola / ketua pengadil.

12. BANTAHAN

Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu
hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Am MSS
Kedah akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah
muktamad.

TENTATIF PERTANDINGAN

12 MEI 2022

8.00 - 8.15 pagi : Kehadiran peserta dan para guru ke dewan sekolah
8.15 - 8.30 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 - 8.45 pagi : Ucapan pengerusi majlis
8.45 - 9.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah
9.00 - 10.00 pagi : Pertandingan Bola Baling (P) Tahap 2

10.00 - 5.00 petang : REHAT

5.00 - 6.00 pagi : Pertandingan Bola Baling (P) Tahap 2

13 MEI 2022

8.00 - 8.15 pagi : Kehadiran peserta dan para guru ke dewan sekolah
8.15 - 8.30 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 - 9.00 pagi : Aktivti panaskan badan
9.00 - 10.00 pagi : Pertandingan Bola Baling (P) Tahap 2 Separuh Akhir

10.00 - 4.00 petang : REHAT

4.00 - 5.00 petang : Pertandingan Bola Baling (P) Tahap 2 Akhir
5.00 - 6.00 petang : Keputusan diumumkan dan penyampaian hadiah

6.00 petang : BERSURAI

PENGHARGAAN

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kami ucapkan kepada :



Pengerusi Kelab Bola Baling SK Kota Kuala Muda
Semua pegawai yang bertugas
Pengadil-pengadil yang bertugas

Semua pengurus sukan dan para pemain
Dan juga kepada semua pihak yang telah sudi

menjayakan
Pertandingan Bola Baling (P) Tahap Dua SK Kota

Kuala Muda
Bagi tahun 2022
Segala bantuan yang telah dihulurkan amat kami

hargai



Terima Kasih!!!


Click to View FlipBook Version