The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FLIP BOOK REBANA KERCING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Diani, 2023-01-14 23:26:44

REBANA KERCING

FLIP BOOK REBANA KERCING

SENI R E B A N A K E R C I N G Januari 2023 S EMINAR I SU S EMASA DALAM WARI SAN Tugasan 2 Fitrah Binti Jamaludin C19A0127 Nur Diani Binti Halim C19A0504 Nurul Syakirah Binti Norhisham C19A0689 Siti Farahanim Binti Mohamad Nor C19B0747


Lagu Negeri Kelantan Selamat Sultan Kelantan Darul Naim Lanjutkan usia Sultan kami Sultan Kelantan Raja ikrami Aman sentosa Tuhan sirami Berkekalan masa memerintah kami Kasih dan taat disembahkan Sepenuh keriangan patik ucapkan Segala kebesaran Allah cucurkan Darjah kemuliaan Allah tambahkan Sumber: Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan


Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Seminar Isu Semasa dalam Warisan (CWT 4202) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Sahrudin bin Mohamed Som, selaku pensyarah kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Encik Sahrudin bin Mohamed Som atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih KATA ALU-ALUAN SENI REBANA KERCING KATA ALU-ALUAN 01


Penulis ingin menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan taufik dan hidayatnya sehingga terhasilnya buku digital ini. Penulis juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Encik Sahrudin bin Mohamed Som, selaku pensyarah saya bagi subjek Seminar Isu Semasa dalam Warisan (CWT 4202). Atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Harapan penulis bahawa buku digital ini akan memberi sumbangan penting dalam masyarakat. Dengan buku digital ini juga diharap dapat digunakan untuk kebaikan pelajar dan juga pengajar di masa akan datang. Akhir kalam, penulis ingin menyatakan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan dan penerbitan buku digital ini. PENGHARGAAN SENI REBANA KERCING ABOUT US 02


Isi Kandungan 01 KATA ALU-ALUAN 09 19 20 03 ISI KANDUNGAN TUGASAN 2 02 05-08 PENGHARGAAN 12-14 15-18 LATAR BELAKANG REBANA KERCING SUMBANGAN PAK SU HARUN RUMUSAN BIODATA PAK SU HARUN KAMPUNG LAUT LAMPIRAN


M a sj i d K a m p u n g L a u t d i a n g g a p s e b a g a i m a sj i d t e r t u a d i M a l ay s i a, d i b i n a p a d a t a h u n 1 6 7 6. M a sj i d i n i a s a l ny a t e r l e t a k d i K a m p u n g L a u t, d i T u m p a t. 04 T U G A S A N 2


SENI REBANA KERCING LATAR BELAKANG TEMPAT 05 LATAR BELAKANG Kemasukan pedagangpedagang ini telah menyebabkan terdapat banyak perkongsian budaya yang dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat tempatan. Kelantan adalah antara negeri yang kaya dengan seni warisan kerana ia mempunyai Rebana Kercing, iaitu persembahan yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa. Kanak-kanak memikul tanggungjawab sebagai penari manakala orang dewasa pula bertanggungjawab sebagai pemalu rebana. Rebana Kercing giat dimainkan di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. alaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan seni warisan budayanya yang pelbagai. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya ialah faktor kedatangan pedagang ke Tanah Melayu untuk menjalankan aktiviti perdagangan. M Kajian ini bertujuan untuk menyelidik tokoh rebana kercing ini, asal-usul serta keistimewaan Rebana Kercing. Selain itu, ia juga untuk mengetahui samada Rebana Kercing masih dihargai oleh masyarakat tempatan. Bagi memenuhi objektif kajian, kami bertemu bual secara langsung tokoh Rebana Kercing ini yang merupakan seorang yang pakar dalam bidang Rebana Kercing ini.


Kampung laut terkenal sebagai kampung warisan dengan berimejkan Masjid Kampung Laut sebagai salah satu khazanah warisan yang beratus tahun usianya dan mempunyai nilai sejarah yang cukup penting di rantau ini. Kampung laut sebuah kampung yang terletak di Tumpat, Kelantan. Kampung Laut dahulunya merupakan sebuah kawasan yang terletak di tepi laut. Apabila berlakunya proses penimbunan dan pembesaran delta Sg Kelantan, maka kampung ini menjadi semakin besar dan semakin jauh dari laut. Oleh hal demikian, terciptalah kampung ini sebagai Kampung Laut. Menurut Paksu Harun, Kampung Laut merupakam kampung yang mempunyai strategi iaitu sebagai tempat persinggahan pedagang – pedagang yang melalui jalan laut. Pedagang – pedagang tersebut antaranya daripada Arab Parsi yang menuju ke Pulau Melayu atau ke Thailand. Mereka menjadikan Kampung Laut ini sebagai tempat persinggahan sekali gus melakukan pertukaran barangan perdagangan di Kampung Laut. Apa yang menarik? 06 KG LAUT Tugasan 2 Kampung Laut ini merupakan kampung yang paling terawal tradisi di Kelantan dan tamadun terawal di Kelantan. Kampung ini dianggap sebagai kampung tertua di negeri Kelantan, dan dibuka bersama – Kg Banggol, Kg Penambang serta Kg Jeram. .


SENI REBANA KERCING KG LAUT 07 Menurut hikayat turun – temurun di Kampung Laut, pada suatu masa dahulu terdapat sekumpulan pendakwah Islam yang sedang belajar telah terdampar di perairan Kuala Kelantan setelah kapal mereka bocor dilanda badai. Para pelajar tersebut dikatakan telah bernazar bahawa sekiranya terselamat, mereka akan membina sebuah masjid di tapak mereka berlabuh. Dengan kuasa Allah SWT, sekawan ikan alu – alu telah menutupi bahagian yang bocor sehingga menghalang air laut daripada memenuhi kapal. Kumpulan pelajar itu akhirnya selamat berlabuh di tebing sungai Kampung Laut. .


08 KG LAUT TUGASAN 2 Kemunculan nama Kampung Laut ini mula disebut dalam sejarah Kelantan pada penghujung abad ke - 18 iaitu semasa Long Yunus menjadi Yang Dipertuan Kelantan. Semasa pemerintahan baginda, anaknya iaitu Tg Long Ismail telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Kampung Laut. Nama Kampung Laut juga disebut oleh Munsyi Abdullah semasa membuat lawatan ke Kelantan pada 1836. Sejarah pembukaan Kampung Laut ini dikaitkan dengan satu bangunan tertua iaitu ‘Masjid Kampung Laut’. Ahli – ahli sejarah berpendapat masjid tersebut telah didirikan tidak kurang 300 tahun dahulu. Kampung Laut merupakan tempat asalnya Masjid Kampung Laut sebelum dipindahkan ke Nilam Puri buat sementara waktu disebabkan oleh banjir terburuk melanda Kampung Laut yang telah menyebabkan Masjid Kampung laut tenggelam. KKejadian banjir berlaku pada 1966 – 1967. Bentuk sungai telah berubah secara semulajadi dari semasa ke semasa. Pada tahun 1966 – 1967, banjir besar telah melanda negeri Kelantan sehingga menyebabkan tebih Sungai Kelantan terhakis dan hampir memusnahkan Masjid Lama Kampung Laut. Pada ketika itu, aras sungai Kelantan berada pada paras yang sangat tinggi sehingga hampir mencecah ke bumbung Masjid Lama Kampung laut. Keadaan Masjid Kampung Laut yang terbiar setelah kejadian banjir telah mendapat perhatian Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) untuk memulihara Masjid Kampung Laut bersama sejarah dan seni binanya yang amat signifikan.


Masjid Kampung Laut kemudiannya dipindahkan kembali ke Kampung Laut setelah sungai Kampung Laut dipasang benteng sepanjang kampung tersebut setinggi 10 kaki untuk mengelakkan tanah terhakis serta air sungai mendadak. Jadi dari sejarah itulah munculnya Rebana Kercing. Dalam kesempatan pedagang – pedagang asing singgah di Kampung Laut, mereka telah mempersembahkan satu tarian yang beasal dari Arab Parsi iaitu dengan melakukan berdakwah melalui tarian Rebana Kercing. Tarian Rebana Kercing ini dimainkan oleh kanak – kanak sahaja yang berumur lingkungan 9 – 12 tahun. Hal ini adalah untuk menarik minat kanak – kanak kepada agama. SENI REBANA KERCING KG LAUT 09 KG LAUT, TUMPAT


Para pengkaji memulakan sesi kajian ini dengan mendapat maklumat ini melalui sesi pertemuan temubual bersama aktivis dan penggiat seni permain alat muzik rebana kercing. Nama sebenar penggiat seni rebana kerincing ini ialah Harun bin Hassan. Beliau lebih mesra disapa sebagai Pak Su Harun atau panggilan Pak Su. 10 TOKOH TUGASAN 2 BIODATA TOKOH Pak Su Harun tinggal di daerah negeri Kelantan yang dikenali sebagai Tumpat. Kawasan tempat tinggal beliau amat terkenal sebagai Laman Seni Warisan kerana di kampung tersebut pelbagai warisan budaya dan seni tradisional yang terdapat di daerah itu. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai makanan tradisional, bagunan bersejarah, alat permainan tradisional dan makanan tradisional. Pada tahun ini, umur Pak Su Harun mencecah 77 tahun. Beliau juga lahir sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan iaitu pada tahun 1946. Di samping itu, seawal umur 10 tahun beliau mula bergiat dan berminat dengan alat muzit tradisional rebana kercing. Selain itu, Pak Su Harun berkata dalam temubual bahawa beliau mula mempelajari teknik bermain rebana sambil menari dan menyanyi ketika arwah bapa saudaranya masih hidup yang dikenali sebagi Che Mohd Amin Taib. Bapa saudaranya meninggal kirakira 50 tahun dahulu. Dalam temubual tersebut, beliau turut menceritakan kepada para pengkaji bahawa permainan alat muzik rebana kercing amat terkenal pada usia beliau masih muda kerana rebana kercing amat popular dimainkan dalam pelbagai majlis keraian seperti majlis perkahwinan.


SENI REBANA KERCING TOKOH 11 Beliau menyatakan bahawa : Rebana Kercing bukan sahaja tarian rakyat untuk tujuan hiburan tetapi juga 'aktiviti masyarakat' yang mewakili kepentingan budaya bersama di kalangan Arab dan Melayu yang menjalinkan muzik, lagu dan elemen gerakan


12 TOKOH TUGASAN 2 Kini, Pak Su Harun telah dikurniakan 8 orang anak iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Kini, beliau hanya tinggal bersama isterinya dan anak bongsu lelakinya kerana anak-anaknya yang lain sudah berkahwin dan berhijrah ke negeri lain. Pak Su Harun berkata lagi, beliau berasa amat bersyukur kerana kesemua anak-anaknya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Tambahan pula, beliau bekerja sendiri dan aktiviti pembuatan rebana kercing juga dibuat olehnya dan ahli kumpulan rebana kercing. Sementara itu, beliau juga berpeluang bekerja dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Kelantan selama 20 tahun dan pelbagai kenangan pahit dan manis pernah beliau lalui semasa berkecimpung dalam dunia seni alat muzik tradisional rebana kercing. Sehingga kini, Pak Su Harun sering membuat persembahan dalam pelbagai majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis sambutan kelahiran raja-raja Melayu, persembahan bersama pelajar universiti dan sebagainya. Bagi mengelakkan alat muzik tradisional ini pupus ditelan arus zaman kemodenan, beliau secara sukarela mengajar generasi baharu yang berminat untuk bergiat dalam permainan alat muzik rebana kercing secara percuma. Ketika waktu lapang, Pak Su Harun akan ke Dewan latihan Rebana Kercing terletak di tingkat dua Bangunan Belia 4B Kg. Laut, Tumpat, Kelantan. Melalui projek pemuliharaan Rebana Kercing, dewan tersebut telah dicat semula dan dibaik pulih, supaya lebih selesa dan terus berfungsi sebagai stesen latihan kepada penghibur seni Rebana Kercing.


SUMBANGAN SENI REBANA KERCING SUMBANGAN 13 TAntara sumbangan yang telah diberikan oleh Harun bin Hassan atau lebih dikenali dengan Paksu Harun di dalam seni persembahan Rebana Kercing pada penghujung tahun 90-an beliau telah mengangkat kembali persembahan yang semakin tenggelam oleh arus kemodenan yang bukan hanya dipertontonkan oleh golongan kenamaan namun ia telah dipersembahkan secara umum dan mula menerima pelbagai jemputan daripada masyarakat kampung.Atas usaha beliau Rebana Kercing telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat kampung dan pada awal tahun 2000 kumpulan tersebut telah didaftarkan sebagai salah satu keseniaan dibawah seliaan Belia 4B Kampung Laut , Tumpat , Kelantan.Perkembangan yang berlaku telah mengangkat seni persembahan ini menjadi salah satu persembahan yang paling aktif di Tumpat.Di atas usaha yang telah dilakukan seni persembahan ini telah berjaya menarik minat anak desa terutamanya kanak-kanak dan golongan remaja untuk mempelajari seni persembahan Rebana Kercing secara khusus selain daripada menyertai persembahan yang diadakan.Paksu Harun juga menerima jemputan daripada luar negeri Kelantan termasuk Sabah dan Sarawak untuk mempersembahkan kesenian warisan seni persembahan Rebana Kercing. Perkembangan seni persembahan Rebana Kercing telah membuka mata Paksu Harun untuk terus mengembangkan seni persembahan ini bukan hanya sekadar di dalam Malaysia tetapi sehingga ke persada dunia supaya nama seni persembahan Rebana Kercing dikenali seluruh dunia.Inisiatif ini diambil kerana beliau ingin seni persembahan diteruskan dan tidak lenyap dimamah usia.Paksu Harun mula membawa Rebana Kercing ke seluruh negeri di dalam Malaysia dengan dibantu oleh Encik Wan Azmi bin Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mie selaku setiausaha dan penasihat di dalam kumpulan Rebana Kercing Kampung Laut. Cikgu Mie telah diberikan amanah oleh Paksu Harun untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli kumpulan dan sesiapa yang ingin menyertai bengkel Rebana Kercing.


14 SUMBANGAN TUGASAN 2 SUMBANGAN Selain itu , Paksu Harun telah mengetengahkan bakat anak- anak muda dengan membuka kelab Rebana Kercing kepada pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai seni persembahan itu.Menerapkan seni warisan di dalam matapelajaran kokurikulum kepada pelajar sekolah sebagai salah satu cara untuk mengembangkan lagi seni persembahan Rebana Kercing.Bukan itu sahaja beliau turut mengambil pelajar daripada sekolah lain jika terdapat permintaan untuk menyertai seni persembahan warisan itu. Seni kata dan lirik lagu Rebana Kercing bukanlah diambil dari mana-mana rujukan tetapi ia ditulis berdasarkan lirik yang dinyayikan.Kemudian buku tersebut telah hilang dan lagu Rebana Kercing di sampaikan hanya melalui mulut ke mulut.Hal ini jelas dapat dilihat apabila sebahagian daripada 50 buah lagu dikatakan telah lenyap dan hanya tinggal 25 buah sahaja yang menjadi lagu utama setiap kali persembahan diadakan.Paksu Harun berjaya mengumpukan 25 buah lagu yang ada dengan menulis lirik-liriknya.


Pihak JKKN telah mempelawa kumpulan Rebana Kercing Kampung Laut untuk membuat rakaman lagu iaitu sebanyak 25 buah lagu agar tidak lenyap seperti lagu sebelumnya.Pihak JKKN telah menjemput kumpulan Rebana Kercing Kampung Laut untuk mengadakan persembahan di perkarangan kompleks JKKN pada setiap hujung minggu.Perkara ini telah menjadi salah satu cara untuk mengembangkan seni persembahan ini.Melalui usaha ini JKKN telah membuat satu buku mengenai tokoh dan lirik lagu yang bertajuk ‘Notasi 25 Lagu Rebana Kercing’. 15 SUMBANGAN TUGASAN 2 Di atas usaha Paksu Harun dengan dibantu oleh Cikgu Mie terdapat pihak yang sudi untuk berusaha memperjuangkan seni persembahan Rebana Kercing seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


SENI REBANA KERCING SUMBANGAN 16 Didalam usaha mengembangkan seni persembahan Rebana Kercing , faktor kewangan juga adalah penting.Paksu Harun berjaya mendapatkan bantuan dan tajaan daripada pelbagai pihak.Dengan bantuan yang diberikan telah digunakan dengan sebaiknya oleh kumpulan Rebana Kercing untuk menguruskan pasukan , membuat pakaian dan peralatan Rebana .Penglibatan seni persembahan Rebana Kercing secara aktif telah menjadikan ia semakin dikenali dan kerap menerima jemputan seperti majlis perkahwinan dan berkhatan.Selain itu , seni persembahan ini telah menarik minat masyarakat di negeri lain sehingga permintaan untuk melakukan persembahan semakin bertambah. Disamping itu , persembahan ini turut dipersembahkan di dalam programprogram besar yang melibatkan negara luar dan bermulalah seni persembahan ini semakin dikenali dan lebih bergiat aktif yang mana pada ketika ini terdapat jemputan untuk melakukan persembahan di negara luar seperti Thailand dan Singapura.


Secara rumusannya, para pengkaji berjaya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Kajian mungkin tidak akan berjaya tanpa kerjasama ahli kumpulan. Dalam kajian ini juga, para pengkaji berjaya mencapai tujuan kajian untuk mengetahui maklumat lebih lagi mengenai alat muzik tradisional bersama tokoh rebana kercing iaitu Pak Su Harun. Pelbagai maklumat telah diperolehi semasa sesi temubual dijalankan dari segi biodata, latar belakang, sumbangan dan sebagainya. Tambahan pula kajian banyak memberi kebaikan buat para pengkaji, saling memperoleh maklumat mengenai rebana kercing, pengkaji juga dapat melihat keindahan Laman Warisan Seni di Kampung Laut yang terletak di daerah Tumpat, Kelantan. Akhir sekali pengkaji berharap kajian ini membuka mata masyarakat terutamanya generasi baharu untuk menceburi bidang permainan alat muzik rebana kercing bagi meneruskan legasi ini tidak pupus ditelan arus zaman kemodenan. Pengkaji juga berharap semua masyarakakat bekerjasama dalam mengekalkan seni budaya warisan nenek moyang. 17 RUMUSAN TUGASAN 2 RUMUSAN


Click to View FlipBook Version