The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10822 DAYANGKU ALEEYAH FADHILAH BINTI AG KU ISHAK, 2023-07-04 11:02:13

Majlis Adat Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor

Majlis Adat Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor


Pengenalan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berusaha serta berkorban dan pernah berbakti kepada negeri Selangor.


Objektif Majlis Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor diadakan untuk memberi penghargaan kepada pemimpin dan rakyat yang telah berbakti dan berusaha dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri Selangor.


Senarai Jemputan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin binti Abdul Rahman


Senarai Jemputan Yang Amat Berhomat, Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Bin Shahri Yang Berhormat Tuan Lee Hoy Sian Yang Berhormat Tuan Ganabatirau A/L Veraman Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Dato' Seri Yaw Chee Ming Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah Dato' Dr. Haji Anhar Opir Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah Norazam Khamis Dato' Ahmad Fadzil Abdul Majid Ramli Mohd Tahir Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor Kolonel Khairul Anwar Soib Kapten Jamsari Tahir Ahmad Jefferi Abdullah Nanthakumar Rajasingam


Senarai Jemputan Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi Nor Aziah Jaafar Zalinah Said Ahli Mahkota Selangor Sofizah Mousin Nor Farhatul Fairuzah Panut Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor R. Sharmendran C. Shahmalarani Marcus Lim Pang Chuen


Tentatif 9 A.M. - Ketibaan penghulu adat istiadat Sri Amar Diraja Selangor masuk membawa bersama alat-alat kebesaran sultan bersama kumpulan nobat diraja. 9.10 A.M. - Ketibaan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor dan Duli Yang Maha ulia, Tengku Permaisuri Selangor 9.10 A.M. - Lagu Negaraku 9.15 A.M. - Ucapan taat setia oleh Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Bin Shahri 9.25 A.M. - Datu Lela Bakti mengadap Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor untuk menzahirkan majlis. 9.20 A.M. - Penerimaan Darjah Kebesaran Mahkota Selangor 10.00 A.M. - Penerimaan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah


Tentatif 10.50 A.M. - Penerimaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Serta Pingat Sukan Sultan Sharafuddin Idris Shah 11.00 A.M - Penerimaan Bintang Negeri Selangor Darul Ehsan 11.05 A.M. - Penerimaan Pingat Keberanian 11.10 A.M. - Penerimaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan 11.15 A.M - Penerimaan Watikah Pelantikan Jaksa Pengaman 11.30 A.M. - Bacaan doa 11.35 A.M. - Majlis bersurai


Tatacara Majlis Darjah Kebesaran Negeri Selangor Majlis Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor bermula pada bulan Jun setiap tahun apabila Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan organisasi lain diminta menyerahkan senarai calon kepada Kerajaan Negeri pada pertengahan bulan Ogos. Pencalonan disalur melalui proses penapisan oleh Kerajaan Negeri dan seterusnya Dato' Menteri Besar menghadap Baginda Sultan pada akhir bulan Oktober untuk menyembahkan calon-calon yang tersenarai. Pada awal bulan November, senarai nama pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran yang telah ditentukan bagi setiap kategori bersama dengan biodata dan sokongan yang terperinci setiap calon dibentangkan terlebih dahulu di mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dewan di-Raja. Di sini dipastikan bahawa calon mempunyai kelayakan mengikut Garis Panduan dan kriteria yang telah ditetapkan serta pandangan dan pendapat ahli Jawatankuasa mengenai setiap calon yang dikemukakan. Ahli Majlis Jawatankuasa Teknikal amat teliti dalam pemprosesan maklumat mengenai setiap calon. Sebarang maklumat yang tidak menepati atau pengecualian akan dibangkitkan kepada Majlis, walaupun hal tersebut mungkin kecil. Sidang Majlis Dewan di-Raja yang dipengerusikan oleh Baginda Sultan, akan bersidang pada hari yang berikutnya untuk meneliti setiap pencalonan. Di dalam kes-kes yang mendapat perhatian wajar oleh Majlis Jawatankuasa Teknikal, Baginda Sultan akan merujuk kepada ahli Dewan untuk pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat keputusan muktamad untuk diperkenankan.


Tatacara Majlis Darjah Kebesaran Negeri Selangor Setiap nama calon yang terpilih kemudiannya diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi bagi tujuan penyiasatan dan kelulusan. Dalam masa yang sama, borang setujuterima dihantar kepada calon-calon bersama dengan Surat Akuan Bersumpah bahawa mereka bukan muflis dan bebas dari apa-apa kesalahan Polis dan Badan Pencegah Rasuah (S.P.R.M.) Laporan siasatan dari pihak berkuasa dan borang setujuterima dan Surat Akuan Bersumpah daripada calon-calon diterima sebelum akhir bulan November. Jika terdapat laporan yang negatif mengenai seseorang calon, tindakan semakan semula akan dijalankan sebelum calon tersebut digugurkan. Setelah mendapat pengesahan dari pihak berkuasa, penerima Darjah dan Bintang Kebesaran dikehendaki hadir untuk raptai upacara Istiadat Pengurniaan di Istana pada minggu pertama bulan Disember. Senarai penerima yang dikenakan sekatan siaran diberi kepada media massa, beberapa hari sebelum 11 Disember.


Pakaian


Pakaian


Click to View FlipBook Version