The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NNOC Newsflash, 2022-03-24 16:24:20

NNOC Newsletter : Lawatan Eksklusif ke Stesen Kabel Dasar Laut WP Labuan (Labuan Teleport)

Newsflash BIL:NNOC/05/MAC/2022

NNOC

c o n n e c t i n g t h e d o t s



LAWATAN



EKSKLUSIF



KE STESEN KABEL
DASAR LAUT, LABUAN

18 ~ 19 MAC 2022







PENGERUSI SKMM
DATO DR FADHLULLAH

SUHAIMI ABDUL MALEK

















Lawatan eksklusif ke SKDL WP Labuan
oleh Pengerusi SKMM, Dato’ Dr
Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan
Ketua Operasi TM Ir. Ts. Azizi Hadi. Klik
untuk baca lebih lanjut …

KETUA OPERASI TM
IR. TS. AZIZI A HADI

NEWSLETTER

NNOC

c o n n e c t i n g t h e d o t s

Lawatan Eksklusif ke Stesen Kabel Dasar Laut
Labuan



Lawatan Ketua Pegawai Operasi Telekom Malaysia Ke SKDL Wilayah
Persekutuan Labuan



Mac 19, 2022

Ketua Pegawai Operasi Telekom
Malaysia, Ir. Ts. Azizi A Hadi
telah mengadakan lawatan kerja
ke Stesen Kabel Dasar Laut,
Wilayah Persekutuan Labuan pada
18hb Mac 2022 yang lalu.
Beliau disambut oleh delegasi TM
yang diketuai oleh Dato Hj. Mohd.
Sainal Mohd Amin (Pengurus
Besar Negeri TM Sabah), En.
Anis Ahmad (Pengurus Besar
Rangkaian TM Sabah), Ir.
Jayaprakash al Jayaraman (VP
NNOC), En. Hayazi Othman
(Penolong Pengrus Besar INO)
dan juga Pn. Hjh. Mastura Hj
Awang (Pengurus SKDL WP
Labuan).


Ir. Azizi telah diberi penerangan berkaitan
operasi yang dijalankan di stesen dan dibawa
melawat ke keseluruhan kawasan SKDL oleh
Pengurus Stesen Pn. Hjh. Mastura. Beliau
juga berkesempatan bertemu dan beramah
mesra dengan kakitangan stesen.
Pada lawatan ini juga, sebuah buku berkaitan
tentang Kabel Dasar Laut di Malaysia bertajuk
“From below the sea to beyond the cloud”
telah diserahkan kepada Ir. Ts. Azizi yang di
Serahan buku berjudul “From below the sea to beyond the cloud” sebagai sampaikan sendiri oleh Pn. Hjh. Mastura
cenderahati kepada Ir. Ts. Azizi oleh Pn. Hjh. Mastura sebagai tanda kenangan.

Sejarah Stesen Kabel Dasar Laut Wilayah Persekutuan Labuan




1994

Stesen Kabel Dasar Laut Wilayah Persekutuan
Labuan yang juga di kenali sebagai Labuan
Teleport telah di mulakan pembinaannya pada
tahun 1994 untuk tiga perkhidmatan komunikasi
iaitu Satelit, Rangkaian Antarabangsa dan Kabel
Dasar Laut.
1996
Perkhidmatan Satelit, Rangkaian Antarabangsa
dan Kabel Dasar Laut ini telah mula beroperasi
pada tahun 1996 bagi menyokong komunikasi bagi
bank-bank “International Offshore Financial Centre”
(IOFC) yang berpusat di Labuan.
1997
Bangunan Labuan Teleport telah siap sepenuhnya
dengan kos sebanyak 260 juta dan dirasmikan
pada bulan Januari 1997 oleh Timbalan Perdana
Menteri pada waktu itu. Labuan telah dihubungkan
ke Kota Kinabalu, Miri dan Kuching melalui sistem
Kabel Dasar Laut Domestik Telekom Malaysia
(MDSCS). Kini Labuan Teleport hanya beroperasi
untuk stesen Kabel Dasar Laut. Ia juga adalah di
bawah pemantauan Sasaran Penting Negara
sepenuhnya.









Perancangan Masa Depan Komunikasi Di Wilayah Persekutuan

Labuan

Perancangan Pembangunan baru
 Smart City Labuan
 Smart Tourism Labuan

Lawatan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) ke SDKL WP Labuan

























Seterusnya pada Sabtu 19hb Mac 2022, satu lagi delegasi
daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, di
ketuai oleh Dato Dr. Fadhlullah Suhaimi bin Abdul Malek
telah mengadakan satu lawatan eksklusif ke Stesen Kabel
Dasar Laut, WP Labuan. Beliau telah diiringi oleh Ketua
Pengarah Operasi SKMM, Dato Ali Hanafiah Mohd. Yunos
dan Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan, En. Alyas Roy Hj
Amir serta beberapa pegawai-pegawai kanan pengurusan
SKMM.

Delegasi SKMM telah diberi penerangan berkaitan pelan
tindakan komunikasi di Labuan oleh Ketua Operasi Rangkaian
TM, En. Anis Ahmad dan penerangan berkaitan dengan
operasi Stesen Kabel Dasar Laut oleh Pengurus Stesen Pn.
Hjh. Mastura Hj Awang.

Inisiatif NNOC bagi menyokong
“Autonomous NOC”


Pengerusi SKMM juga telah dibawa melihat demonstrasi
aplikasi robotik yang telah dibangunkan oleh INO dalam
menyokong “Autonomous NOC” bagi memudahkan kerja-
kerja teknikal di samping membantu kebolehcapaian
menyelesaikan masalah di stesen yang kekurangan
kakitangan dengan kadar segera.
















EYES

NOC




























Mastura Hj Awang


Click to View FlipBook Version