The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzanaparman81, 2021-04-22 21:59:04

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad

Permulaan Legasi Politik Johor

BIODATA

ISI KANDUNGAN

01 PENDAHULUAN 05 SUMBANGAN
02 BIODATA TOKOH 06 NILAI

03 PENDIDIKAN KEPIMPINAN
04 KERJAYA
07 PENUTUP
08 SUMBER

RUJUKAN

01. pENDAHULUAN

Buku skrap ini dibuat bertujuan
untuk mengenali tokoh pemimpin Johor yang
dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Tokoh
yang dipilih ialah Datuk Jaafar bin Haji
Muhammad. Ini kerana beliau merupakan Menteri
Besar Johor yang pertama dan banyak
sumbangan serta jasanya kepada negeri Johor.

Sepanjang menyiapkan buku skrap
ini, saya banyak dibantu oleh guru bimbingan dan
kaunseling dan ahli keluarga. Bermula dari
memahami kehendak buku skrap sehinggalah
siap menjadikannya buku digital, dorongan dan
bimbingan daripada semua pihak amat saya
hargai

02. BIODATA TOKOH

03. PENDIDIKAN

● Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu

Telok Belanga

● Dato Jaafar mementingkan pelajaran terutama pendidikan

barat, agama Islam dan kebudayaan Melayu.

04. KERJAYA

 Mula berkhidmat dengan kerajaan Johor ketika berumur 16 tahun sebagai pelatih kerani.
 Pada tahun 1858, beliau telah dilantik sebagai kerani besar.
 Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Sultan Abu Bakar.
 Pelantikan tersebut merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor kerana inilah julung - julung

kalinya seorang menteri besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor moden.

04. KERJAYA

Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1876.
Beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri ketika baginda keluar

negeri.

Pada tahun 1904, beliau telah dilantik oleh sultan sebagai Pemangku Raja.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri.
Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasan.

05. SUMBANGAN

 Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang
berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.

 Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera
negeri Johor.

 Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam bahasa Melayu.
 Mengiringi Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866.

 Memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri dengan berani dan bersemangat waja.

05. SUMBANGAN

 Pada 1904, Datuk Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku Raja dan meraikan Putera Arthur
(of Connaught) ke Tanah Melayu.

 Pada 1889, Duke Sutherland mengadap Sultan Johor dan perbualan itu dirakamkan oleh Florence Caddy.

 Beliau telah banyak melakukan perubahan dalam pentadbiran negeri Johor. Antaranya pada 1868, Majlis
Mesyuarat Negeri Johor ditubuhkan.

 Kemudian pada tahun 1873, pelbagai jabatan diwujudkan, antaranya Jabatan Perbendaharaan &
Pesuruhjaya Polis.

06. NILAI KEPIMPINAN

 Seorang pemimpin yang tegas sehingggakan
pegawai British di negeri selat yang
berpejabat di Singapura menggelar beliau
sebagai straight forward man.

 Datuk Jaafar bersama Datuk Sri Amar
Diraja juga tegas dalam menentang cita-cita
British yang ingin menakluk negeri Johor
sehingga terjadi sedikit keretakan hubungan
dengan sultan.

06. NILAI KEPIMPINAN

MEMENTINGKAN
PELAJARAN

 Beliau seorang pemimpin yang mementingkan
pelajaran terutama pendidikan barat, agama
Islam dan kebudayaan Melayu. Oleh kerana itu
beliau dapat mentadbir Johor dengan sangat
baik sehinggakan gabenor Negeri-Negeri Selat
tidak menemui sebarang bukti pemerintahan
buruk, tidak terdapat konflik atau
persengketaan untuk mewajarkan campur
tangan British

07. PENUTUP

Jasa dan sumbangan Datuk Jaafar bin Haji
Muhammad tidak akan dilupakan sepanjang zaman. Beliau
adalah permulaan kepada legasi potik Johor dan Malaysia
kerana selepas beliau, anak dan cucunya turut terlibat dalam
politk dan ada yang menyandang jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia.

Ciri-ciri kepimpinannya yang tegas, berani
dan bersemangat waja wajar dijadikan ikutan oleh semua.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa menghargai
pengorbanan, jasa dan sumbangan pemimpin kita yang
terdahulu kerana tanpa mereka kita tidak akan dapat hidup
aman dan makmur seperti sekarang.

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Jaafar_bin_Haji_Muhammad
 http://infojohor.blogspot.com/2007/09/datuk-jaafar-bin-haji-muhammad.html
 http://iskandarzulkarnain04.blogspot.com/2017/09/dato-jaafar-bin-haji-muhammad.html
 http://datojaafar.blogspot.com/2017/08/dato-jaafar-bin-haji-muhammad.html

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version