KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Tajuk Kajian Kes
Agama dan Kepercayaan
(Mata Pelajaran Sejarah)
Disediakan oleh
Zulzahini Zaim Bin Zulhafizan
6 Saidatina Aishah
Guru Sejarah – Encik Ibrahim Bin Sebehi
SK MADRASAH DATUK HJ. ABDUL KADIR HASAN
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Isi Kandungan
1 Pendahuluan
2 Objektif Kajian
3 Dapatan Kajian
4 Kaedah Kajian / Pengumpulan Data
5 Kesimpulan
6 Rujukan
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Pendahuluan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya Zulzahini Zaim Bin Zulhafizan daripada kelas 6 Saidatina Aishah, SK(A)DHAKH dengan ini
membentangkan Kertas Kajian Kes Sejaran yang bertajuk :
Agama Dan Kepercayaan
Saya berharap dengan hasil kajian yang dibuat ini akan menjadi satu bahan rujukan asas yang
mungkin boleh membantu rakan-rakan lain atau kepada sesesiapa yang mungkin akan membaca
hasil kajian ini pada masa hadapan. Semoga ianya memberi manfaat dan ilmu pengetahuan
kepada semua.
Terima kasih.
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk : 2
1 Menyatakan kepelbagaian
agama dan kepercayaan akan
Menyatakan kepentingan mewujudkan perpaduan kaum.
amalan agama dan kepercayaan
dalam kehidupan majmuk di
negara Malaysia secara
umumnya.
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Kaedah Kajian / Pengumpulan Data
Sumber rujukan yang digunakan adalah seperti berikut :
• Buku Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
• Laman sesawang melalui carian Google
• Bahan terbitan penulisan secara umum di Internet
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Hasil Kajian
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Maksud Beragama
Agama merupakan suatu sistem yang
berkaitan dengan suatu aturan, keimanan
dan penyembahan terhadap Tuhan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,
beragama bermaksud, mempunyai
agama,menganut sesuatu agama,
mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pada
agama dan beribadat.
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Maksud Kepercayaan
Menurut Kamus Pelajar Edisi Ke-2,
kepercayaan merujuk kepada anggapan
atau akuan bahawa sesuatu itu ada
dengan yakin.
Kepercayaan juga merupakan suatu
pegangan yang diyakini dapat menjadi
panduan dalam kehidupan.
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dapatan Kajian
Kepelbagaian agama dan kepercayaan serta ciri-ciri beragama bagi setiap
agama di Malaysia
1 Agama Islam 1
• Dianuti oleh orang-orang Melayu dan majoriti
Bumiputera
• Mengamalkan kepercayaan kepada Allah s.w.t
dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul
• Merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari
Raya Aidiladha (Qurban), Maulidur Rasul dan
tempat beribadat dinamakan sebagai Masjid atau
Surau
• Berpuasa di bulan Ramadhan serta wajib
bersembahyang 5 waktu sehari
• Tidak memakan makanan HARAM seperti khinzir
dan anjing
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dapatan Kajian
Kepelbagaian agama dan kepercayaan serta ciri-ciri beragama bagi setiap
agama di Malaysia
2 Agama Buddha
• Dianuti oleh majoriti kaum Cina
• Mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha
yang bermula di negara India
• Merayakan perayaan Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa
Chai), Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan
• Mempercayai kehidupan semula selepas
kematian
• Mempercayai nasib dan tuah yang disebut
sebagai “Ong” dan “Feng Shui”
• Tempat beribadat dinamakan sebagai Kuil
Buddha atau Biara Buddha
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dapatan Kajian
Kepelbagaian agama dan kepercayaan serta ciri-ciri beragama bagi setiap
agama di Malaysia
3 Agama Hindu
• Dianuti oleh majoriti kaum India
• Mengamalkan kepercayaan kepada dewa dan
dewi
• Merayakan perayaan Hari Deepavali, Hari
Thaipusam dan Pesta Ponggal
• Mempercayai balasan baik dan buruk selepas
kematian dan hukum karma
• Sungai Ganga di India dipercayai sebagai tempat
paling suci dan tempat untuk membersihkan
dosa
• Tempat beribadat dinamakan sebagai Kuil
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dapatan Kajian
Kepelbagaian agama dan kepercayaan serta ciri-ciri beragama bagi setiap
agama di Malaysia
4 Agama Kristian
• Dianuti oleh orang-orang Cina, orang India dan
Bumiputera Bukan Islam
• Mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa
sebagai anak tuhan yang diberi gelaran sebagai
Yesus/Jesus Kristus
• Merayakan perayaan Hari Krismas, Hari Ester dan
Tahun Baru
• Mengamalkan upacara pembaptisan anak yang
baru lahir
• Tempat beribadat dinamakan sebagai Gereja dan
pada hari Ahad, para penganut akan
1 bersembahyang bersama-sama
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dapatan Kajian
Kepelbagaian agama dan kepercayaan serta ciri-ciri beragama bagi setiap
agama di Malaysia
5 Fahaman Konfusianisme 6 Agama Tao
• Bukan agama dan ianya lebih kepada fahaman • Dianuti oleh orang-orang Cina secara minoriti
• Mengajar prinsip-prinsip hidup yang baik dan • Mementingkan keharmonian hidup dengan alam
menekankan sifat berperikemanusiaan semesta
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dapatan Kajian
Kepelbagaian agama dan kepercayaan serta ciri-ciri beragama bagi setiap
agama di Malaysia
8 Agama Sikhisme (SIKH) 1
• Agama monoteistik yang diasaskan mengikut
ajaran Guru Nanak dan sembilan (9) orang guru
lain di Punjab, India (Abad ke-15)
• Agama ke-5 terbesar di dunia
• Menggalakkan meditasi yang berdisiplin,
menolak sifat sombong dan menekankan
kekayaan nilai moral & pelajaran
• Agama yang menggambarkan Tuhan melalui
konsep yang tidak mengandungi antropomofisme
(pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa)
• Mengamalkan pemberian hadiah semasa
menyambut kelahiran bayi dan upacara penting
pemberian nama dikenali sebagai Naamkaran
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan
Kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan adalah seperti berikut :
Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa
berbanding agama-agama lain di negara ini.
Undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama
lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya.
Hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di
samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan.
Walaupun Perlembagaan itu adalah undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya, namun
harus diingat bahawa Islam yang meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-
undang yang diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang Islam itu
adalah sebahagian dari kandungan Perlembagaan itu sendiri.
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menun1jukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan
dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini.
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Kedudukan Agama Lain Dalam Perlembagaan
Perkara 11 menerangkan kebebasan beragama dalam peruntukan perlembagaan Malaysia.
Seluruh rakyat berhak memilih agama yang dianuti tetapi untuk kaum Melayu, mereka wajib menganuti agama
Islam.
Terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan yang menerangkan konsep sebenar kebebasan beragama yang
dibenarkan di negara ini.
Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), iaitu
mengembangkan agamanya.
Undang-Undang Negeri dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-
Undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat p1engembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama
antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Rumah- Rumah Ibadat Di Malaysia
Masjid Agama Islam
Agama Tao Tokong Kuil Buddha / Agama Buddha
Fahaman Konfusius Tokong Wat
(Konfusianisme) Kuil Agama Hindu
Gereja Agama Kristian
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Kesimpulan
Kita perlulah sentiasa menghayati nilai-nilai murni dalam agama yang kita anuti dan sentiasa mengamalkannya
dalam apa juak aktiviti seharian dalam kehidupan kita.
Dalam memastikan perpaduan serta keamanan negara kekal terjamin dan dapat diteruskan sehingga bila-bila,
kita perlu menghormati di antara satu sama lain walaupun hidup dikalangan penganut agama yang berlainan.
Kita perlu saling memahami dan menunjukkan tanda dan rasa hormat kepada kepercayaan agama-agama lain
walaupun agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia.
Kita pertahankan kemakmuran dan keamanan negara kita yang berbilang bangsa dan berbagai agama dan kita
harus bersama-sama menghayati sejarah yang telah berlalu untuk dijadikan panduan dalam menghadapi
cabaran yang mendatang.
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Rujukan
1 Buku Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
2 Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas
3 Orang Sumber – Ayah dan Ibu saya sendiri
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Terima Kasih
Disediakan oleh
Zulzahini Zaim Bin Zulhafizan
6 Saidatina Aishah
Guru Sejarah – Encik Ibrahim Bin Sebehi
SK MADRASAH DATUK1 HJ. ABDUL KADIR HASAN
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak