SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD
JALAN USJ 6/3, 47610 SUBANG JAYA
MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER
BILANGAN 2 TAHUN 2021
Tarikh : 24.5.2021
Masa : 4.00 petang
Tempat : Google Meet (Kediaman masing-masing)
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Tn Hj Ismail Bin Supandi Guru Besar
2. Pn Hjh Saudah bt Osman PK Kurikulum
3. En Mohd Bahgwi bin Mohamed Zin PK HEM
4. Pn Rahimah bt Shahran PK Koku
5. Pn Noor Azlinah Bt Abu
6. Pn Muniroh Bt Md Said
7. Cik Geetha A/P Narayanan Nair
8. Pn Wan Rosmuhaizan Bt Wan Abdul Rahman
9. En Muhammad Shahrulnizam B Ramli
10. Pn Nor Azimah Bt Mohd Nor
11. Pn Norazizah Bt Mohd Rais
12. Pn Aidawati Bt Adzmal
13. Pn Nur Asheena bt Amir Hamzah
14. Pn Siti Aidah Bt Alias
15. Pn Suhaili Bt Osman
16. Pn Hjh Nor Khafizah Bt Soib
17. Pn Nurul Waheedah Binti Yaacob
18. Pn Ranjit Kaur A/P Sarjan Singh
19. Pn Hjh Nor Azizah Bt Mohamat Salim
20. En Mohd Fadhil B Hasan
21. Pn Maizan Bt Ahmad
22. Pn Hjh Norizan Bt Muhamad
23. Pn Wan Rahana Bt Wan Hamat
24. Pn Norhaida Bt Mohd Nor
25. Pn Lim Geok Chew
26. En Tuan Mohd Hazmeer B Tuan Mohd Isa
27. Pn Nor Afidah Bt Othman
28. Pn Arizah Bt Mohd Zawawi
29. Pn Aishah Bt Sulong
30. En Khairul Zaini Bin Che Din
31. Pn Kavita A/P Naranasamy
32. Pn Tamilselvi A/P Saladorai
33. Pn Siti Nur Hani Binti Suhaimy
34. Pn Siti Zaliha Binti Abu Bakar
35. En Tan Eik Ter
36. Cik Nur Amira Binti Shaukat Ali
37. Pn Suryati Binti Suman
38. Pn Syazwani Binti Omar
39. Pn Zamzura Binti Wagiron
40. En Mohd Riduan Bin Abd Aziz
41. Pn Yusliha Bt Yaakob
42. Pn Malathi A/P Ramachandaram
43. Pn Nur Nadhirah bt Abd Hamid Setiausaha
44. Pn Nur Syakira binti Azhari
45. Pn Hanisah bt Misbahkhul Munir
46. En Muhammad ’Ifwat bin Sharipuddin
Turut Hadir
-
Tidak Hadir (Bersebab)
-
Urus Setia Mesyuarat :
Pn Hjh Nor Khafizah Bt Soib
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat PSS kali
kedua sesi 2021.
1.2. Penyelaras mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa PSS
dan semua guru atas komitmen yang telah diberikan untuk semua program
yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021 mengikut norma baharu.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Minit mesyuarat dibentangkan dan disahkan.
Cadangan : Pn Muniroh Bt Mohd Said
Sokongan : Pn Noor Azlinah Bt Abu
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Mesyuarat yang lalu, memaklumkan seramai 15 orang murid belum membuat
kad atomasi disebabkan tiada gambar. Perkara ini akan diselesaikan apabila
sekolah dibuka selepas tamat tempoh PKP. Telah diambil tindakan. Diambil
gambar semua murid terlibat dan diserahkan kepada Mr. Micheal.(Pembekal)
Makluman
3.2 Pelancaran Program NILAM akan dilancarkan pada 04/03/2021 mengikut
norma baharu.Pengerusi berharap agar Program NILAM berjalan dengan
lancar dan semua murid merekodkan bacaan mereka di dalam IQ NILAM
(secara online). Objektif Program NILAM ditambahbaik adalah untuk
melestarikan budaya pembacaan berkualiti, pemikiran beraras tinggi dan
penglibatan semua warga sekolah serta menggalakkan penglibatan
masyarakat / komuniti setempat /pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.
Telah diambil tindakan. Program akan dijalankan mengikut perancangan dan
telah bentuk jawatankuasa program.
Makluman
4 AGENDA BARU
4.1 Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi PSS
4.1.1 Penyelaras PSS bersama jawatankuasa telah menyediakan pelan
strategik, taktikal dan operasi. Masih belum siap sepenuhnya dan akan
dimurnikan lagi. Dua perkara yang diberi keutamaan :
Meningkatkan Rekod Bacaan NILAM
Meningkatkan Rekod Pinjaman Murid dan Guru.
Tindakan: Penyelaras PSS
4.2 Kewangan dan PCG PSS
4.2.1 Mesyuarat memaklumkan PCG PSS tahun 2020 masih berbaki. PCG
2021 dan baki 2020 perlu dibuat perancangan sebelum dibelanjakn
hasil kelulusan Hj Ismail atau pentadbir. PCG keseluruhan akan
digunakan sebaik mungkin untuk pembelian bahan dan alatan seperti
buku-buku dan BBM yang bersesuaian. Penyelaras PSS telah
membuat pesanan untuk alatan dan buku-buku melalui Pn Zalina.
Makluman
4.3 Pengawas Pusat Sumber 2021
4.3.1 Mesyuarat memaklumkan pengawas PSS tidak dapat menjalankan
tugas di PSS sperti tahun-tahun sebelum ini disebabkan pematuhan
SOP. Hanya dipanggil mengikut keperluan sekiranya ada perkara yang
perlu dilaksanakan.
Makluman
4.3.2 Semua Pengawas PSS telah menerima Watikah Pelantikan Pengawas
dan Kursus Kepimpinan Pengawas.
Makluman
4.3.3 Seorang Pengawas PSS telah berpindah iaitu Muhd Taqiuddin 3N
berpindah ke Terengganu. Jumlah Pengawas PSS terkini ialah seramai
49 orang.
Makluman
4.4 Kad Automasi 2021 dan Baki 2020
4.4.1 Mesyuarat memaklumkan kad Automasi murid tahun1 2021 belum
dapat dilaksanakan disebabkan kekangan dan pematuhan SOP.
Apabila bersemuka semula dan naik sekolah akan dijalankan sesi
fotografi untuk semua murid tahun 1. Baki murid yang belum ambil
gambar 2020 telah diambil gambar. Akan dibuat kad kad Automasi
sekali dengan murid tahun 2 2021.
Tindakan: Penyelaras PSS
4.4.2 Murid yang kehilangan kad atau rosak juga akan dibuat serentak
dengan murid tahun ini.
Makluman
4.5 Pelaksanaan IQ NILAM (Nilam Nafas Baru)-Rak Buku Maya
4.5.1 Penggunaan IQ Nilam untuk mengisi perekodan bacaan Nilam murid-
murid diteruskan seperti biasa. Walaupun sistem masih tidak stabil
dan hanya murid sahaja yang boleh isi dan lihat jumlah bacaan. Untuk
Pentadbir, Penyelaras PSS masih belum dapat lihat sepenuhnya.
Makluman
4.5.2 Guru-guru perlu sentiasa mengingatkan murid supaya membuat
bacaan dan mengisi data secara IQ Nilam. Murid masih boleh
menggunakan Buku Rekod Nilam dan mengisinya secara manual.
Makluman
4.6 Program-program dan aktiviti PSS /NILAM
4.6.1 Aktiviti Pusat Sumber tahun 2021 adalah seperti berikut
Pelancaran Program NILAM / HANIS - selesai
Pelancaran Minggu PSS -selesai
Mesyuarat PSS Kali Pertama - selesai
Watikah Pelantikan Pengawas - selesai
Kursus Kepimpinan Pengawas - selesai
Jom Baca Bersama 10 Minit - selesai
World Quran Hour (Kolaborasi Panitia Pendidikan Islam)-
selesai
Mesyuarat PSS Kali ke-2 - selesai
Mesyuarat PSS Kali ke-3
Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS
Mesyuarat PSS Kali ke-4
Makluman
4.7 Bilik-bilik khas / Papan kenyataan PSS dan NILAM
4.7.1 Mesyuarat memaklumkan penyelaras bilik khas (bilik APD, Pusat
Akses dan Bilik BBM) perlu memastikan bilik berada dalam keadaan
baik walaupun kita berada dalam kekangan sekarang. Memastikan
semuanya berfungsi dengan baik , carta organiasasi yang terkini dan
ditampal rekod inventori peralatan dalam setiap bilik di pintu depan
masuk.
Makluman
4.7.2 Mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua
penyelaras yang menjaga bilik-bilik dengan baik dan guru yang
menggunakan PSS dan bilik khas dengan teratur dan tersusun
selepas menggunakannya.
Makluman
4.8 TV PSS / Bilik Hijau (layar /Screen)
4.8.1 Telah diberikan taklimat melalui webinar GPM yang diadakan secara
online. Memerlukan kerjasama semua guru sekiranya sekolah kita
ingin melaksanakan TV PSS / TV SKS. Selain itu, ia memerlukan satu
ruang / tempat / bilik yang akan dicat atau dipasang layar / screen
hijau. Perlaksanaan di sekolah rendah masih kurang.
Makluman
4.8.2 TV PSS / Bilik Hijau bertujuan untuk menyerlakan lagi bakat murid-
murid, bermula mencari bahan/ berita, fotografi , suntingan,
pengarahan dan wartawan. Kena wujudkan satu team dan perlukan
sokongan yang kuat daripada semua guru dan pentadbir.
Makluman
4.8.3 Tn. Hj Ismail telah berbincang dengan Tn Hj Hazlan, Pegawai PPD
dalam masa terdekat selepas PKP dan akan diadakan lawatan
penandarasan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG Puchong)
Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat memaklumkan guru-guru boleh menyebarkan link pautan rak buku
maya kepada murid-murid. Link tersebut ialah
https://fliphtml5.com/bookcase/tvgmr .
Makluman
6 PENUTUP
6.1. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang
hadir dalam Mesyuarat PSS bilangan dua tahun 2021. Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 4.30 petang..
Urus Setia
Jawatankuasa PSS SK Seafield
Tarikh : 24 Mei 2021