SK KUBANG TELAGA
16390 BACHOK
KELANTAN
JOM BACA 1 HARI 1 BUKU
TARIKH : 5 September – 25 Oktober 2021
TEMPOH : 50 hari
TEMPAT : Di rumah masing-masing
APA ITU NILAM
NILAM singkatan kepada: NADI ILMU AMALAN MEMBACA
Ia adalah program galakan membaca yang telah dilaksanakan
sejak tahun 1999.
Semua program galakan membaca di sekolah tercakup di dalam
program NILAM.
OBJEKTIF NILAM
Untuk memupuk minat membaca dikalangan murid sekolah.
Melestarikan amalan membaca dalam kalangan murid-murid di
Malaysia.
Memastikan penglibatan murid dalam pelaksanaan kempen
galakan membaca (NILAM) secara berterusan.
Menjadi panduan kepada sekolah untuk melaksanakan
pelbagai aktiviti galakan membaca samada di dalam atau di
luar kelas.
ZAISHA WANI @ SMKSENTOSA
Fokus PROGRAM NILAM
Kepada
Kualiti Aktiviti membaca
Pembacaan ( Kuantiti Dan Kualiti Bahan)
Pelbagai Bahan Dibaca
Aktiviti-Aktiviti Pengayaan Selepas
Pembacaan (Peningkatan
Pengetahuan Dan Kemahiran
Selepas Pembacaan)
OBJEKTIF PROGRAM GALAKAN
MEMBACA (NILAM) @ RUMAH
TAHUN 2021
Menarik minat murid untuk mencintai dan mendalami ilmu
pengetahuan.
Menggalakkan murid untuk tetap meneruskan aktiviti membaca
buku walaupun negara kita masih berada dalam Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dengan menggunakan rak buku digital PSS SKKT.
Menggalakkan murid untuk membaca pelbagai bahan bacaan
sekurang kurangnya 1 Hari 1 Buku.
Mendapatkan penglibatan ibu bapa supaya aktiviti membaca
juga berlaku di rumah.
Melatih anak-anak untuk merekod setiap bacaan yang mereka
lakukan.
ZAISHA WANI @ SMKSENTOSA
AKTIVITI PROGRAM
1. RAK BUKU DIGITAL PSS SKKT
Sebagai platform digital yang paling mudah dan berkesan dalam pencarian
bahan bacaan secara atas talian semasa norma baharu.
2. JOM BACA 1 HARI 1 BUKU
Semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 wajib mengikuti aktiviti ini.
Aktiviti ini dijalankan selama 50 hari bermula 5 September – 25 Oktober 2021.
Murid boleh membaca buku yang ada di rumah ataupun membaca melalui Rak
Buku Digital PSS SKKT.
Terpulang kepada murid untuk membaca berapa buah buku dalam tempoh
tersebut. Walau bagaimanapun disarankan kepada murid membaca 1 Hari 1 Buku.
Murid perlu mengisi Google Form selepas membaca setiap buku bagi rujukan guru
untuk rekod NILAM murid dan pemilihan pemenang.
Seramai 20 orang Pembaca Terbanyak akan dipilih dalam kalangan yang paling
banyak membaca buku sepanjang 50 hari tersebut.
AKTIVITI PROGRAM
3. PERTANDINGAN PEMBACA TERBANYAK (SEPT-OKT)
Terbuka kepada semua murid Tahun 1 – Tahun 6.
Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2
Pemenang dinilai berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan diisi dalam Google
Form.
4. PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU CERITA (TAHAP 1)
Terbuka kepada murid Tahun 1, tahun 2 dan Tahun 3.
Murid perlu mewarna gambar kulit buku cerita yang telah disediakan oleh guru.
Murid boleh memilih salah satu gambar kulit buku tersebut untuk diwarna.
Selepas siap diwarnakan, hantar ke Telegram “Program GALAKAN MEMBACA
(NILAM) @ Rumah 2021”
Tarikh akhir penyertaan : 15 Oktober 2021
AKTIVITI PROGRAM
5. PERTANDINGAN MELUKIS KULIT BUKU CERITA (TAHAP 2)
Terbuka kepada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
Murid perlu memilih sebuah buku cerita dan kemudian melukis dan mewarnakan gambar
kulit buku cerita tersebut.
Selepas siap dilukis dan diwarnakan, hantar ke Telegram “ Program Galakan Membaca
(NILAM) @ Rumah 2021”. Murid perlu meyertakan sekali gambar asal kulit buku cerita
tersebut.
Tarikh akhir penyertaan : 15 Oktober 2021.
6. PETANDINGAN VIDEO RESENSI BUKU
Terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan tahap 2.
Resensi Buku adalah penyampaian perincian mengenai buku yang dibaca mengandungi
judul/tajuk buku, pengarang, penerbit, tahun penerbitan, jumlah muka surat dan sinopsis
buku.
Murid perlu merakam video ketika membuat Resensi Buku tersebut dan hantar video
tersebut ke Telegram Program Galakan Membaca (NILAM) @ Rumah 2021.
Tarikh akhir penyertaan : 15 Oktober 2021
AKTIVITI PROGRAM
7. PETANDINGAN VIDEO MENDEKLAMASIKAN SAJAK MERDEKA
Terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan tahap 2.
Murid boleh memilih salah satu sajak yang telah disediakan oleh guru.
Murid perlu merakam video ketika mendeklamasikan sajak tersebut dan hantar video
tersebut ke Telegram Program Galakan Membaca (NILAM) @ Rumah 2021.
Tarikh akhir penyertaan : 15 Oktober 2021
8. PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI / SUDUT BELAJAR DI RUMAH
Mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Sediakan satu ruangan untuk membaca/belajar walaupun hanya satu ruangan yang
kecil.
Tidak perlu rak yang besar dan mahal. Cukup sekadar meletakkan buku-buku
setempat samada di dalam bakul atau kotak.
Hantar gambar penyertaan tersebut ke Telegram Program Galakan Membaca (NILAM)
@ Rumah 2021
Tarikh akhir penyertaan : 15 Oktober 2021
BAHAN BACAAN NILAM
BAHAN
BACAAN
BUKU BAHAN
BUKAN
BUKU
BUKU E-BOOK BBUAKHUAN BAHAN
BERBENTUK BERCETAK BUKAN
BERCETAK
FIZIKAL
CARA PELAKSANAAN
JOM BACA 1 HARI 1 BUKU
Baca Buku / Bahan Bukan
Buku
Selepas baca
Rekod di dalam Google Form
https://forms.gle/DBH67PJek6TZu5Rv6
BAHANBBAUHKANU B- UBKUUKU
- BFUIKKSUYFEINKSYEN -
Merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada
rekaan atau khayalan seseorang pengarang.
Cerita Cerita Cerita Cerita Cerita Cerita
Misteri Sejarah Lagenda Binatang Rakyat Sains
Cerita Cerita Cerita Cerita Cerita Cerita
Sukan Seram Khayalan Dongeng Teladan Penyiasatan
BAHAN BUKU
- BUKU BUKAN FIKSYEN -
Buku-buku berbentuk pengetahuan serta mengandungi
fakta, peristiwa, berita dan sebagainya
Buku berkaitan Bahasa, Agama, Sains Kemasyarakatan,
Sains Tulen, Falsafah, Teknologi, Kesenian, Sejarah dan
Geografi.
Buku Rujukan
1) Rujukan Am – Memberi maklumat umum dan
berguna tetapi tidak mendalam.
2) Rujukan Khas – Memberi maklumat semasa secara
terperinci, mendalam dan khusus.
BAHAN BUKAN BUKU
- BAHAN BERCETAK -
Komik Poster Majalah
Risalah / Buletin
Brosur
BAHAN BUKAN BUKU
- BAHAN BERCETAK -
Laporan Rencana Jurnal
Artikel Cerpen
BAHAN BUKAN BUKU
- BAHAN BERCETAK -
Peta Carta
Katalog Buku Skrap
Manual pengguna
BAHAN BUKAN BUKU
- BAHAN BUKAN BERCETAK -
Video Klip Kit
Berinformasi Pembelajaran
CD Perisian E-Bahan
Pendidikan Pembelajaran
Peranan
PIBG
Bekerjasama Membantu
dengan menggerakkan
pihak sekolah Program
NILAM
Peranan IbuBapa / Komuniti
Galakan
Murid Membaca/ Mencari
Maklumat
Melakukan Aktiviti Pengayaan
Disahkan
Oleh
Ibubapa, Penjaga, Komuniti,NGO,Badan
Kerajaan ……….
PERANAN IBUBAPA
Wewujudkan perpustakaan keluarga atau „mini
library‟ di rumah.
Sediakan satu ruangan untuk membaca walaupun
hanya satu ruangan yang kecil.
Wujudkan suasana pembaca di rumah. Tentu anak-
anak akan teruja dan sedikit sebanyak akan
menambah minat mereka untuk membaca.
Tidak perlu rak yang besar dan mahal. Cukup
sekadar meletakkan buku-buku setempat samada di
dalam bakul atau kotak.
Ibu dan bapa adalah contoh dan tauladan terbaik
untuk anak-anak.
MASA YANG SESUAI DI LUAR
WAKTU PERSEKOLAHAN
CONTOH PERPUSTAKAAN MINI /
SUDUT BACAAN DI RUMAH
DISEDIAKAN OLEH:
ZALEHA BINTI MAHMOOD
PENYELARAS
PUSAT SUMBER SK KUBANG TELAGA