The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by charlene05-562, 2021-03-28 11:17:45

CHARLENE HUANG PSV3 KK2 PSVK 3033

CHARLENE HUANG PSV3 KK2 PSVK 3033

PORFOLIO PELAN LANTAI BILIK SENI
PSVK 3033 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Nama Pelajar :CHARLENE HUANG KAI LING
Angka Giliran : 2020302340245
Nombor Kad Pengenalan : 010114-13-0938
Kumpulan/ Unit
Kod dan Nama Kursus : 2 PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Nama Pensyarah : PSVK 3033 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
Tarikh Hantar
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
: DR KANNAGI A/P SUBRAMANIAM
: 28 MAC 2021

Pengenalan

Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak, persekitaran yang sihat
dan kondusif membantu murid-murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-murid
melalui dalam berkarya. Bilik seni atau studio seni merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah kerana bilik ini penting
dalam pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan apresiasi hasil karya seni yang
berkaitan dengan seni. Oleh itu, bilik seni perlu sentiasa diberikan perhatian untuk menciptakan suatu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif (Noriati, 2009).

Konsep
Pengurusan

Menurut Lemlech (1979) pengurusan bilik merupakan koordinasi dalam bilik yang mana guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber penyusun persekitaran kelas
yang efisyen, penyelia pretasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Pengurusan bilik yang terancang dan berisistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam
penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
·Susun atur bilik PSV

Pengurusan bilik seni adalah suatu aspek penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Seni merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan penggalak
interaksi antara guru dnan murid. Guru perlu mengurus rutin harian bilik seni, mengurus murid bagi melakukan aktiviti dalam bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralata,
mengurus pergerakan pelajar dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajardalam kelas supaya
proses pdp dapat menjalan dengan lancar, selamat dan kondusif.

·Susunan Perabot

Susun atur perabot yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah. Susunan yang tepat dan teratur boelh menjimatkan ruang dan
menambahkan keluasan dalam bilik seni dari segi penglihatan(persepsi). Bukan itu sahaja, susunana perabot yang baik boleh membantu dalam perancangan bilik

·Tempat Pameran Hasil Kerja

Sununan dalam bilik seni membentuk suatu suasana yang menarik pemerhati dan menjadi sumber ilham kepada murid, guru dan seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Guru boleh
mempamerkan hasil kerja murid, contoh-contoh hasilan kraf tangan atau benda-benda lain yang sesuai dipamerkan di bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut
jenis contohnya hasil karya 2 dimensi, dan 3 dimensi, karya 2 d sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung atas dinding manakala karya 3 d haruslah disusun di para atau rak bertingkat untuk
menjimatkan ruang.

CARA MEWUJUDKAN KEADAAN SUASANA YANG MENARIK DALAM BILIK SENI

·Suasana Fizikal

Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Dengan itu, Guru seni berusaha menentukan bilik
seni adalah bilik yang amat disenangi oleh pelajar dan mereka dapat menjalankan segala aktiviti dengan selesa dan selamat.

·Suasana Emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murod terhadap guru mereka. Hal ini demikian kerana suasana emosi menimbulkan pelbagai tingkah laku murid yang
ditentukan oleh sifat guru dan gaya guru mengajar. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif ditimbulkan oleh guru-guru mempunyai sifat-sifat
penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok
Soon Sang, 2008) . Faktor emosi juga digantung pada kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah, gaya
kepimpinan autokratik (mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudakan suasana ynag tertekan dan tidak menarik serta kurang kondusif) dan
gaya kepimpinan demokratik,(berkongsi tanggunjawab dengan murid dengan memberi galakan dengan desakan bagi menghasikan aktiviti pdp yang menarik dan
menyeronok)

CIRI-CIRI HIASAN
BILIK SENI

MEMPUNYAI PERATURAN BILIK SENI MEMPUNYAI SUDUT INFO

MEMPUNYAI CARTA ORGANISASI MEMPUNYAI KARYA PELAJAR

BENDA DALAM
BILIK SENI

SUSUN ATUR PERABOT

Susunan perabot di tempat yang sesuai
menimbulkan kesan kondusif dan teratur
serta kemas dalam bilik ,pengurusan dan
penggunaan ruang dalam bilik juga
dirancang dengan baik.

PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

Pengudaraan dan pencahayaan amat diperlukan dalam bilik
seni kerana ia membantu membekalkan sumber cahaya yang
cukup semasa mereka ingin mengkarya, pengudaraan
membolehkan peredaran udara (air circulation) berfungsi
dengan baik dan orang dalam bilik berasa selesa.

KEMUDAHAN ASAS & PERALATAN & BAHAN
SENI

Kemudahan atau peralatan asas
mesti dalam sesebuah bilik (kerusi,
meja, lampu) dan peralatan dan
bahan seni ( seperti pensel warna,
pewarna, cat air/poster, kertas
warna, kunting, palet,berus dan
lain-lain) perlu disediakan dengan
penuh agar murid-murid tidak
mengalami masalah kekurang
media untuk mengkaryakan karya
mereka.

KEMUDAHAN SINKI / RUANG DAPUR

Kemudahan sinki atau sumber air amat diperlukan semasa
menggunakan teknik basah seperti catan air untuk
menghasilkan karyanya. Bukan itu sahaja, kemudahan sinki
menyenangkan proses pembersihan peralatan seni.

Koleksi Gambar &
Pelan Lantai Bilik
Seni







Lakaran Pelan Lantai
Bilik Seni

LAKARAN 2

LAKARAN 1

LAKARAN 3

PILIHAN LAKARAN 4

Penerangan Langkah Lakaran
Pelan Lantai Bilik PSV
dengan menggunakan
Multimedia

APLIKASI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN PORTFOLIO

WPS OFFICE : WORDS PINTEREST
(Digunakan untuk menghasilkan (Digunakan untuk mendapatkan
seluruh portfolio) sumber & gambar

SKTECH UP ANYFLIP
(Digunakan untuk menghasilkan
pelan lantai bilik PSV) (Digunakan untuk menghasilkan
folio secara maya (gerak)

LANGKAH 1

Langkah 1 : Saya telah menggunakan tool
“lines”,”rectangle”, dan “circle” untuk melukiskan bentuk
dan kedudukan yang satik seperti pintu, tingkap, sinki , stor,
selain itu, saya rekakan perabot dan rak besar.

Langkah 2 : Saya mereka dan menggambarkan meja murid
dan kerusi, dan di bahagian tengah , saya meletakkan satu
tempat sebagai tempat persembahan dan demostrasi.

LANGKAH 2

Langkah 3 : Saya meletakan senarai nama bagi setiap
bahagian.

Langkah 3

Langkah 4 : Saya meletakkan warna yang berbeza bagi
setiap bahagian.

Langkah 4

HASIL AKHIR PELAN
LANTAI BILIK SENI



HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI VISUAL

·Kedudukan benda statik (pintu / sinki/tempat hasil kerja / tingkap/ stor)

Saya telah meletakkan pintu dalam satu arah yang sama kerana biasanya sekolah hanya mempunyai satu koridor sahaja, dengan
itu harus diletakkan dalam satu arah yang sama. Selain itu, sinki diletakkan dengan arah dan tempat yang sama, supaya
pencahayaan dari tingkap boleh mengeringkan air di sekeliling sinki semasanya basah semasa membekalkan pencahayaan dan
pengudaraan yang cukup dalam kelas. Stor diletakkan di bahagian atas tepi kiri agar ia tidak mengganggukan pembukaan pintu
dan senangkan guru untuk mengambil barang daripadanya .

·Kedudukan Perabot dan tempat pameran
Saya meletakkan perabot di dua bahagian iaitu bahagian depan di belakang meja guru, dan bahagian bawah, di belakang meja
murid. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan ruang dan lebih senang untuk mengambil barang, manakala rak di
depan meletakkan bahan dan barang yang selalu digunakan seperti buku latihan, alat dan bahan seni dan lain lagi, tempat
pameran mempunyai dua jenis iaitu menggunakan bahagian dinding (tempat pameran 2 dimensi) dan meja atau rak (tempat
pameran 3 dimensi) .

·Kedudukan Meja dan kerusi murid dan guru serta tempat persembahan/ demostrasi
Saya telah meletakkan meja guru di depan dan susunkan empat meja murid di depan dan belakang sebagai mendatar dan di
dua meja bahagian tengah dengan susunan menegak, dan di tengah-tengah bilik seni meletakan tempat persembahan dan
demostrasi supaya semua murid dapat melihat penerangan persembah dengan jelas.

RUMUSAN

Kesimpualannya, pengurusan bilik seni yang berkesan adalah sangat mustahak untuk menjayakan pengajaran sesorang guru. Masa dan tenaga
dapat dijimatkan disamping dapat menolong meningkatkan peluang untuk pembelajaran. Satu pengurusan biilik seni yang baik akan membawa
kepada suasana dan keadaan bekerja yang menggalakan dan juga menurut peraturan yang cekap untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dalam
kelas. Oleh itu, pembangunan sebuah bilik seni yang dijalankan seharusnya dapat memperkembangkan kualiti kreativiti pelajar-pelajar. Dengan
itu, kita dapat mengetahui satu pelan lantai yang sesuai dan kondusif, membolehkan kita membina memantapkan aspek emosi seseorang
pelajar. Oleh itu, guru seni yang bijak harius menitikberatkan pengajarannya dan harus mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan bilik
seni.

RUJUKAN

 Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
 Halimaton Sad'iah. Topik 4 Pengurusan Aktiviti Dalam PdP dan Pengurusan Bilik psv dan Hasil Kerja Murid. Diperoleh pada

21 Ogos 2012 daripada
https://www.slideshare.net/halimatonsadiah1/topik-4-pengurusan-akt-dalam-pp-dan-pengurusan-bilik-psv-dan-hasil-kerja-m
urid?from_m_app=android
 Ibrahim Mamat(1999). “Kempimpinan Sekolah: Pengurusan Bilik Khas”. Kuala Lumpur.
 Jemaah Nazir Sekolah.(2013). Pengurusan Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah dan Rendah. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Koster, J.B (2016). Bringing Art into The Elementary Classroom. Wadsworth Thomson Learning : United Kingdom.
 Lansing.K.M (2010). Art, Artisits and Art Education. New York: McGraw Hill

Sekian Teima
Kasih


Click to View FlipBook Version