The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssmuzafarshah1, 2022-09-15 14:25:24

BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1 2022

Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2022

PERKHEMAHAN
PERDANA

UNIT BERUNIFORM

14,15 & 16 SEPTEMBER 2022

PUSAT KEGIATAN
KOKURIKULUM, LAMBOR KANAN

Perasmian Penutup Oleh:

YB ENCIK KHAIRUL SHAHRIL BIN MOHAMED
ADUN Bota Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Komunikasi Dan Multimedia

PENGENALAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform tahun 2022 anjuran

unit Kokurikulum SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan
merupakan salah satu agenda tahunan sekolah yang paling
utama. Program ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif
pihak sekolah untuk menyahut seruan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan
kepada anjakan PPPM ketiga - melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai, pihak sekolah perlu memperkembang
murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan murid dalam badan beruniform.

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini menyediakan
platform bagi 5 unit beruniform di SMK Sultan Muzafar Shah 1
untuk menimba pengalaman melalui pembelajaran di luar bilik
darjah. Peserta-peserta perkhemahan akan dapat berkongsi
pengetahuan dan kemahiran, bertukar-tukar idea dan
pengalaman, membina keyakinan diri, serta menjalinkan
hubungan kerjasama yang erat melalui aktiviti-aktiviti
mencabar yang akan dijalankan dalam perkhemahan ini.

Perkhemahan ini juga turut menerapkan elemen-elemen
yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA iaitu
selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan,
harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan
artikulasi.

Harapan pihak sekolah agar perkhemahan ini dapat
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek (JERI), seiring dengan pernyataan
Falsafah Pendidikan Negara, serta misi sekolah yang berbunyi
“Memberi Pendidikan Berkualiti Secara Bersepadu bagi
Melahirkan Modal Insan Cemerlang Berlandaskan Misi
Nasional”.

RASIONAL

2.1 Memupuk unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan
secara terus kepada para peserta apabila mereka
mengalami sendiri situasi yang memerlukan amalan
terpuji seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-
menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.

2.2 Mendedahkan para peserta kepada cabaran dalam aspek
fizikal, mental dan kerohanian yang secara langsung akan
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri
masingmasing.

2.3 Memberi kesempatan kepada para peserta untuk
menggembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

MATLAMAT

3.1 Melahirkan generasi pelajar yang seimbang dalam aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan
agama.

3.2 Memberikan para peserta pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran melalui pelbagai aktiviti yang berkonsepkan
kemahiran kongnitif, afektif dan psikomotor yang menarik
dan mencabar.

OBJEKTIF

4.1 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang
untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum.

4.2 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli
tentang aspek perkhemahan.

4.3 Memupuk semangat bekerjasama dan berdikari serta
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

4.4 Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.

TEMA

JATI DIRI MEMBENTUK PERIBADI

KONSEP PELAKSANAAN

Perkhemahan ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep
“pembelajaran melalui aktiviti”. Para peserta boleh
mempraktikkan konsep ini melalui beberapa aktiviti yang telah
dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:

a. Pemupukan semangat kerjasama sepasukan
b. Penerapan nilai-nilai murni kemanusiaan
c. Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
d. Pemantapan kemampuan fizikal dan toleransi fisiologi
e. Pengukuhan disiplin kendiri dan disiplin sepasukan
f. Pembinaan daya saing dan daya juang
g. Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara

intergratif dan harmonis.

PERASMIAN PENUTUPAN

Tarikh : 16 September 2022
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi
Perasmi : Y.B Khairul Shahril bin Mohamed

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi
dan Multimedia Negeri Perak

JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Tuan Haji Azman bin Amran - Pengetua

Pengerusi : Encik Saiful Nizam bin Ainuddin

( PK Kokurikulum)

Timb. Pengerusi : Puan Hajah Norizan binti Bakar

( PK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 1 : Encik Khairul Azhar bin Yahya

(PK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras Program : Puan Martini binti Md Saad

Penyelaras Unit Beruniform

Penolong Penyelaras : Encik Khairul Idham bin Mat Wahid

Penyelaras PPKI

Setiausaha : Puan Wan Hawa Damia

Setiausaha Kokurikulum

Bendahari : Puan Anum Mardhiah

Ketua Panitia Matematik

BIL. NAMA PEGAWAI SKOP TUGAS
1
Penyelaras Program Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan
Puan Martini Binti Md Saad tema untuk perkhemahan.
Penolong Penyelaras
Program Menyediakan tentatif perkhemahan dan majlis
Encik Khairul Idham Bin penutupan
Mat Wahid
Memastikan aktiviti berjalan seperti dirancang.
Berhubung dengan semua AJK berkenaan
sebarang perubahan, teguran, pengumuman
dan sebagainya.
Menyelaras Majlis Penutupan Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform.

2 Setiausaha Menyediakan kertas kerja perkhemahan.

Puan Wan Hawa Damia Mengurus segala surat-menyurat yang

Binti Wan Rasni berkaitan dengan perkhemahan.

- Surat Jemputan Perasmi

- Surat Memohon Rondaan Polis Bota

- Surat Jemputan Penceramah

- Surat Makluman Ibu Bapa

Mengendalikan sekurang-kurangnya satu kali

mesyuarat jawatankuasa.

Menyediakan jadual bertugas guru.

Menyediakan buku kehadiran bertugas.

Menyediakan borang penyertaan

perkhemahan dan edarkan kepada murid

selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh

perkhemahan

3 Bendahari Menyediakan anggaran belanjawan perkhemahan.
Puan Anum Mardhiah Binti Menetapkan yuran penyertaan.
Amir Abd Rahman Mengutip yuran penyertaan daripada guru-guru
penasihat
Melakukan pembayaran wang kepada pihak yang
berkenaan.
Menyediakan laporan bendahari

4 Kem Komanden

Encik Mohamad Arif Bin Melantik Penghulu dan Penghuluwati dari kalangan
Nasaruddin peserta.
Puan Hanis Dalila Binti Faizal
Encik Khairul Idham Bin Mat Menetapkan dan menyediakan peraturan
Wahid perkhemahan
Puan Zaidatul Zulaikha Binti
Zorudi Menyampaikan taklimat keselamatan dan peraturan
sebelum perkhemahan bermula

Mengurus dan memastikan semua aktiviti sepanjang

perkhemahan berjalan dengan lancar

Mengenakan tindakan yang sesuai ke atas peserta

yang melanggar peraturan.

5 Pendaftaran Mengurus pendaftaran peserta
Puan Zanariah Binti Nordin Menyediakan borang pendaftaran (nama penuh, no ic,
Puan Rohaimi Binti Yub unit, kelas & ruang tandatangan)
Nordin Menyediakan label meja pendaftaran bagi semua unit
Menyerahkan salinan senarai peserta berdaftar kepada
AJK Sijil
Menyediakan tempat berkumpul bagi peserta dan
pegawai semasa aktiviti dilaksanakan

6 Disiplin & Keselamatan Menyampaikan taklimat keselamatan sebelum
Encik Irwan Bin Hassim perkhemahan bermula.
Encik Mohamad Arif Bin
Nasaruddin Menyediakan jadual rondaan dan jaga malam (untuk
AJK urusetia dan peserta)

Memastikan keselamatan dan disiplin peserta dalam
keadaan baik sepanjang perkhemahan

Mengawal & menyelia disiplin dan keselamatan
peserta, pegawai dan petugas sepanjang aktiviti
(meronda kawasan waktu malam)

7 Pamplet / Buku Aturcara

Puan Norhidayah Binti Zainal Menyediakan 10 buku aturcara / pamplet Majlis
Bakri Perasmian Penutupan Perkhemahan untuk VIP.
Puan Nur Fazlina Binti
Khairuddin Menyediakan e-buku aturcara

8 Publisiti Menempah banner dan menggantung banner
Puan Martini Binti Md Saad

9 Kecemasan & Bantu Mula

Puan Kamsiah Binti Arbain Menyediakan peti pertolongan cemas di tapak

perkhemahan.

Memberi bantuan kecemasan yang asas kepada
peserta yang sakit atau cedera.

Mengambil tindakan yang perlu jika berlaku
kecemasan.

10 Penginapan

Tuan Haji Daud Bin Abdul Membiuat pemeriksaan awal kawasan
Hamid penginapan di Pusat Kegiatan Kokurikulum.
Encik Mior Rosli Bin Abdul
Hamid Membuat tempahan
Memastikan fasiliti yang kondusif dan

selamat untuk semua peserta.

11 Makanan dan Minuman

Puan Nur Syuhada Binti Merancang menu makanan untuk 3 hari 2
Jamil malam:
Puan Nur Zakiah Binti

Hashim

Puan Maszeni Binti Mukhtar - Makan tengah hari X 1 kali (RM6/sekepala)

Puan Noor Azilawati Binti - Makan malam X 2 kali (RM6/sekepala)
Ismail - Sarapan pagi X 2 kali (RM3/sekepala)

- Minum petang X 2 kali (RM2/sekepala)

- Tengah malan X 2 kali (RM1/sekepala)

Menyediakan menu hidangan VIP sebelum

majlis penutup.

12 Kraf Perkhemahan Menyediakan pelan tapak perkhemahan
Norhanim Binti Nordin (layout)

Menyenaraikan bahan dan peralatan untuk
pembinaan gajet untuk makluman guru
penasihat.

Berhubung pihak jemputan untuk
mengendalikan aktiviti.

Menyediakan cenderahati kepada pihak
jemputan.

13 Ice Breaking Merancang aktiviti
Puan Azimah Binti Dahari Membuat pembahagian kumpulan
LDK ringkas

14 Senaman Pagi / Riadah Merancang aktiviti senaman pagi yang
petang sesuai, contoh: jogging, senamrobik.
Puan Hanis Dalila Binti
Faizal Menyediakan muzik (jika perlu)
Mengendalikan permainan bagi riadah
petang

15 Pertandingan Kawad Berhubung dengan pihak jemputan untuk
Encik Mohd Rafzan Bin mengendalikan aktiviti.
Misran
Menyediakan cenderahati kepada pihak
jemputan.

Menentukan / menjemput hakim
pertandingan.

16 Pertandingan Masakan Menyediakan bahan mentah asas untuk
Rimba masakan rimba.
Puan Salasiah Binti Abd
Halim Peralatan dan bahan perasa tambahan perlu
Puan Fitriyah Binti Omar disediakan oleh setiap unit.

Menyediakan manual / langkah-langkah
pelaksanaan.

17 Bantu Mula

Puan Rosmaini Binti Ismail Berhubung dengan pihak jemputan untuk

mengendalikan aktiviti.

Menyediakan cenderahati kepada pihak

jemputan.

Memberitahu pelajar tentang peralatan yang

perlu dibawa untuk aktiviti bantu mula.

18 Malam Kebudayaan Memberitahu peserta tentang konsep malam
Norsuhaida Binti Nain kebudayaan

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA
14 OGOS 2022

MASA PROGRAM / AKTIVITI JAWATAN KUASA

2:15 pm Pendaftaran Puan Zanariah & Puan
Rohaimi

2:40 pm Taklimat Kem Cikgu Arif & Cikgu Hanis
Komanden Dalila

3:15 pm Kraf Perkhemahan Cikgu Hanim
(pertandingan gajet)

5:30 pm Minum petang / Solat / JK makanan
rehat

7:00 pm Makan malam JK makanan

7:30 pm Solat & kuliah maghrib Ustaz Duyamin
Solat Isyak

9:00 pm Ice Breaking Cikgu Azimah

11:00 pm Minum malam

11:15 pm Tidur

HARI KEDUA
15 OGOS 2022

MASA PROGRAM / AKTIVITI JAWATAN KUASA
5:00 am Bersihkan diri
6:00 am Solat & kuliah subuh Ustaz Duyamin
7:00 am Senaman pagi Cikgu Hanis Dalila
8:00 am Sarapan pagi JK makanan
8:30 am Asas Kawad Kaki Cikgu Rafzan

(pertandingan) Cikgu Rosmaini
10:30 am Aktiviti Bantu Mula JK makanan
12:30 pm Makan tengahari Imam muda
1:30 pm Solat zohor berjemaah Cikgu Salasiah & Cikgu
2:30 pm Aktiviti Masakan Rimba Fitriyah
JK makanan
5:00 pm Minum petang Imam muda
Cikgu Hanis Dalila
5:15 pm Solat asar berjemaah JK makanan
Ustaz Duyamin
5:45 pm Riadah petang
Cikgu Suhaida @ Uda
7:00 pm Makan malam JK BBQ & guru/AKP
yang lain
7:30 pm Solat maghrib / Bacaan
Yasin / Solat Isyak

9:00 pm Malam Kebudayaan
(pertandingan)
BBQ

11:00 pm Minum malam & makan
BBQ

11:30 pm Tidur

HARI KETIGA
16 OGOS 2022

MASA PROGRAM / AKTIVITI JAWATAN KUASA

5:00 am Bersihkan diri

6:00 am Solat subuh Imam muda

7:00 am Aktiviti gotong-royong Cikgu Firdaus

8:00 am Sarapan pagi JK makanan

8:30 am Aktiviti Jelajah Kampung Cikgu Nor Azam &
Cikgu Irwan

10:00 am Taklimat Kem Cikgu Idham & Cikgu
Komanden Zaidatul

10:00 am Jamuan VIP JK makanan

10:30 am Majlis Perasmian MC - Cikgu Nazahiah
Penutup Siaraya - Encik Jamal
JK sijil & hadiah

11:45 am Bersurai

Sekalung Penghargaan &
Terima Kasih

Kepada para penyumbang yang menjayakan
Perkhemahan Perdana Tahunan Unit

Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Muzafar Shah 1

Pengetua,
Barisan Penolong Kanan,
Persatuan Ibu Bapa & Guru,
Guru dan Staf SMKSMS1

Serta semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjalankan
program ini.


Click to View FlipBook Version