TEMA : NEGARAKU MERDEKA
TAJUK :SAYANGI MALAYSIAKU
SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2
71450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
Nama : Muhammad Luqmanul Hakim B. Muhammad Khir
Emel : [email protected]
ISI KANDUNGAN
• Pendahuluan
• Sejarah Kemerdekaan Malaysia
• Biodata Tokoh Kemerdekaan
• Pendidikan Tokoh
• Kerjaya Dan Sumbangan Tokoh
• Penutup / Kesimpulan
• Sumber Rujukan
PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat illahi saya diberi
peluang untuk menyertai pertandingan
menyediakan buku skrap sempena
sambutan Hari Malaysia.
Melalui penyediaan ini saya telah memperolehi
maklumat dan fakta penting tentang tokoh
negarawan dan beberapa peristiwa penting
sebelum dan semasa kemerdekaan Malaysia
dengan mengumpul beberapa maklumat penting.Ia
dapat menanam seterusnya memupuk rasa
kecintaan kepada negara.
Dengan ini saya amatlah berbangga menjadi
rakyat Malaysia.
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah
mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan
pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos
1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan
raya tersebut
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai
oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh
31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di
Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk
mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan
komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama
Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah
Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka,
SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
• Pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ; Secara
rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
• Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman
disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali.
• Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan
iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya .
• Laungan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara
yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
• Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di
London pada
• Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha
Negara Jajahan.
• Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka
untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London.
INFO
FAKTA
TOKOH KEMERDEKAAN
“KENALI TOKOH
KEMERDEKAAN KITA”
BIODATA Tunku Abdul Rahman Putra
TOKOH Al-Haj
• Perdana Menteri Malaysia yang pertama
dan merupakan bapa kemerdekaan
Malaysia.
• Dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana
Tia Tangga, Alor Setar yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin.
• Merupakan putera kepada Sultan Abdul
Hamid Halimshah iaitu Sultan Kedah yang
ke-24 dan bonda beliau bernama Nearng
atau lebih dikenali sebagai Makche
Menjalara iaitu seorang wanita cantik
berketurunan Thailand.
• Baginda adalah putera ke -20
PERINGKAT Pendidikan awal di Sekolah Melayu di Alor Star
PENDIDIKAN dan Sekolah Inggeris seterusnya ke Sekolah
Debsurin, Bangkok .Kemudian menyambung
pelajaran di sekolah Melayu sebelum memasuki
Penang Free School.
Akhirnya beliau dihantar untuk
melanjutkan pelajaran ke St. Catherine’s College,
Universiti Cambridge, England. Tunku Abdul
Rahman merupakan anak melayu pertama yang
memasuki universiti inggeris dan mendapat
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sejarah
dari Universiti Cambridge.
KELUARGA 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis
kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor
Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak
perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku
Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku
Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin
dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang
Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh
Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan
Tunku dengan Violet kurang direstui. Tunku berbaik
semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet
Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita
perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah
Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di
England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini
tidak mendapat seorang anak pun.
KERJAYA 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai
Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala
Nerang.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai
Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani
dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau
dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di
Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu
Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan.
SUMBANGAN Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
TOKOH yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi
kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama
diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu
yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku
mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20
Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka,
yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
SUMBANGAN 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football
TOKOH Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam
(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf
dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast
Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan
Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila
Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo
Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian
Nations.
SUMBANGAN
TOKOH
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya
yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk
Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia
Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember pada jam 10:25
malam kerana sakit tenat. dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar di Alor Star.
PENUTUP
Akhir kata dapatlah jua saya menyiapkan sebuah buku skrap
sempena Hari Malaysia. Alhamdulilah saya memperolehi suatu
pengalaman yang amat bermakna dalam mengenali tokoh
kemerdekaan negara yang telah banyak berjasa dalam
memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai
tokoh yang dapat dijadikan contoh atau idola kepada generasi kini
dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat
lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan
panduan. Namun semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa
pengorbanan pejuang-pejuang Negara terdahulu.
Akhir kata, Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana
tanah air yang makmur dan aman serta mempunyai pelbagai latar
belakang agama, bangsa dan budaya.
SUMBER SUMBER BUKU:
RUJUKAN 1. Biografi politik Tunku Abdul Rahman Putra, Ramlah Adam, DBP
( 2004)
SUMBER INTERNET :
2. https://ilabur.com/biodata-tunku-abdul-rahman/
3. https://www.slideshare.net/shafiq014840/cerita-tentang-tunku-abdul-
rahman-65491271
4. https://lobakmerah.com/kisah-disebalik-35-foto-rare-bapa-
kemerdekaan-tunku-abdul-rahman-ini-akan-buat-korang-sebak/
KERATAN AKHBAR
5. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/615685/keprihatinan-
bapa-kemerdekaan-disanjung