The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk Rujukan Semua Guru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smkkualaperlis perlis, 2018-12-30 10:42:30

Dasar Kurikulum

Untuk Rujukan Semua Guru

Keywords: dasar,kurikulum 2019,dasarkurikulum

Ketetapan Kurikulum

DASAR KURIKULUM

1

Ketetapan Kurikulum

PIAGAM PELANGGAN

Kami warg SMK Kuala Perlis dengan penuh tekad dan iltizam berikrar
dan berjanji akan:

• Melaksanakan sistem pendidikan berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara

• Memberi pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
bangsa, agama dan sosioekonomi

• Mewujudkan pengurusan yang berkualiti
• Menyediakan iklim sekolah yang kondusif
• Sentiasa peka dan prihatin kehendak pelanggan(ibu bapa, pelajar

& masyarakat)
• Menanamkan nilai-nilai agama dan nilai murni dalam kalangan

pelajar

KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah 'Core Bussiness" bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan
ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah
sekolah harian di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Ketetapan yang dibuat akan menjadi
garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini.
2.0 OBJEKTIF
1. Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Perlis dan Jemaah Nazir Malaysia.

2

Ketetapan Kurikulum

3.0 KURIKULUM

3.1 Pengenalan

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini untuk menyampaikan pengetahuan.

3.2 Penyataan Ketetapan

1. Ketetapan Kurikulum Sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.

2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum dari masa ke
semasa.

4. Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan . Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .

4.0 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
4.1 Penyataan Ketetapan
a. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun

bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah .
b. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008
c. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti

yang digariskan di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Jabatan Pendidikan Perlis ataupun
berdasarkan SKPM.
d. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum
balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .
e. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan
kurikulum di dalam semua mata-mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran berserta Ketua Panitia
dipertanggungjawabkan sepenuhnya .
f. Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key Result Area (NKRA)
atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah . Sehubungan itu
setiap guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu perlu merangka aktiviti/projek,
KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Pelaporan akan dibentang dan disemak dua kali setahun (bulan
Jun dan November) untuk melihat ’outcome’ pencapaian akademik.

3

Ketetapan Kurikulum

4.2 Jawatankuasa Kurikulum melibatkan personel berikut:

Pengerusi : Pengetua

Naib Pengerusi I : PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : PK HEM

Naib Pengerusi III : PK Kokurikulum

Setiausaha : SU Kurikulum
AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran

Semua Ketua Panitia
Guru Perpustakaan dan Media
SU Peperiksaan
SU SPM
SU PBS
SU PT3
Penyelaras Jadual Waktu
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras i-Think
Penyelaras KBAT
Penyelaras VLE FROG / ICT
Penyelaras Tingkatan

4.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum
4.3.1 Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkara-perkara
yang berikut berdasarkan format mesyuarat yang dikeluarkan oleh Unit Penjaminan Kualiti
JPNP
a. Perutusan Pengerusi
b. Pengesahan minit mesyuarat
c. Perkara berbangkit
d. Perkara-perkara baharu:
i. Pembelajaran dan pengajaran:
• Kaedah PdP

• SP, HSP, RPT dan PPPM (PBS)
• Pencerapan

• Semakan buku latihan
ii. Penilaian , Peperiksaan dan Pentaksiran
• Analisis Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman

• Post Mortem Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman
iii. Headcount
iv. Belanjawan
v. Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum
vi. Dapatan dan Laporan Dialog prestasi
vii. Dasar-dasar KPM cth: PPPM, NILAM, MBMMBI - wajib dijalankan

4

Ketetapan Kurikulum

4.3.2 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum
hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

5.1 Penyataan Ketetapan

a. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986.
b. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti

SPK ISO MS 9001/2008.
c. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah

berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan
kekesanan pengajaran.
d. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia
e. Semua Panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap
pembelajaran.
f. Pengurusan panitia secara on line atau web based/1bestarinet VLE Frog mestilah menjadi keutamaan
dan oleh itu laman web panitia mestilah dibangunkan dan sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid
boleh sentiasa merujuk .
g. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan
mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah
disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum.
h. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.
i. Ketua Panitia bertanggung jawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.
j. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus
dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti
pembelajaran pelajar supaya tidak berlaku audit berteguran.
k. Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi
ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-masing seperti yang ditetapkan
oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu
diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.

6.0 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN
TAHUNAN, PPPM (PBS) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

6.1 Penyataan Ketetapan

a. SP , HSP, RPT, PPPM (untuk PBS) dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pengajaran.

5

Ketetapan Kurikulum

b. Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran
yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi
mata pelajaran yang diajar.

c. Salinan keempat-empat/ kelima-lima dokumen akan disemak oleh pengetua.
d. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di dalam RPH.
e. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke kelas . Oleh itu Rekod

Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdP mengikut SPK MS ISO 9001:2008
PK06.

f. Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang berikut:
Tingkatan 1 dan 2 - Oktober

Tingkatan 3 - Julai
Tingkatan 4 - Oktober

Tingkatan 5 - Ogos

6.2 Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian

Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi semua warga sekolah
dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing. Rujuk Lampiran 1 ( m/s:-13 25-)
untuk format penulisan RPH.

7. SISTEM FAIL

7.1 Penyataan Ketetapan

a. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
b. Semua fail panitia diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah seliaan Guru Kanan

Mata Pelajaran dan Setiausaha Kurikulum.
c. Rujuk Lampiran 2( m/s : 26-27) untuk senarai fail panitia.

8. PAKEJ MATA PELAJARAN

8.1 Penyataan Ketetapan
a. Menengah rendah:

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Sains Matematik Geografi

RBT Pendidikan Pendidikan Pendidikan Sivik Pend Jasmani Pendidikan

Islam Moral Kewargenegaraan Kesihatan Seni

ASK Bahasa Cina PAV

(T3)

b. Menengah Atas Tingkatan 4

6

Ketetapan Kurikulum

Aliran Sains Tulen: Sejarah Matematik Pendidikan Islam Pendidikan
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Biologi Moral
Matematik Pendidikan Sivik
Fizik Kimia Tambahan Kewargenegaraan Pend Jasmani
Kesihatan

Bahasa Cina Sains Komputer

Aliran Teknik & Vokasional:

Bahasa Bahasa Sejarah Matematik Pendidikan Islam Pendidikan
Matematik Moral
Melayu Inggeris Tambahan
Pend Jasmani
Sains Sains PVMA Prinsip Pendidikan Sivik Kesihatan
Komputer Akaun Kewargenegaraan
Bahasa Cina
Ekonomi Perniagaan Sains Rumah Sains Sukan
Tangga

Aliran Kemanusiaan

Bahasa Bahasa Sejarah Matematik Pendidikan Pendidikan
Melayu Inggeris Geografi Islam Moral
Pendidikan Sivik
Sains Pendidikan Kewargenegaraan Pend Jasmani Kesusasteraan
Seni Visual Kesihatan Melayu

9 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyataan Ketetapan
9.1 Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan

Bahasa Melayu menjelang Tahun 2021 ( Dasar MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI ) . Oleh
itu dalam tempoh sepuluh tahun pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan
menjadi mantap semula . Walaubagaimanapun guru dibenarkan mengajar dalam Bahasa Inggeris
sepenuhnya, dwibahasa atau bahasa Melayu sepenuhnya semasa di dalam tempoh peralihan ini .
9.2 Menyediakan kemudahan Pembelajaran dan pengajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)
9.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam
ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong Pembelajaran
dan pengajaran di dalam bilik darjah .
9.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan
pembelajaran berasaskan laman sesawang ( MOODLE-modular object – oriented dynamic learning
environment) digalakkan dan akan diperluaskan
9.5 Pelbagai kaedah Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk menarik minat dan seterusnya
meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran.

7

Ketetapan Kurikulum

9.6 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar
dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif (i-Think) supaya tidak membebankan
dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .

9.7 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis
dan kreatif serta KBAT semasa proses Pembelajaran dan pengajaran ( Amalan kepada Slogan Q -
Quality Teaching Quality Learning )

9.8 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik ( spt pendekatan masteri,
pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran contextual) di dalam
proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan
awam . Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang
berkualiti .

9.9 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’
mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan
guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada
pelajar.

9.10 Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal pasti proses
keberkesanannya berdasarkan 12 elemen dalam standard4 (SKPMg2).

9.11 Proses Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill ,
language skill, ICT skill & pedagogy skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan

9.12 Guru mata pelajaran , ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa memantau
prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah
dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan
’Headcount Mata pelajaran’, GROW dan Graf Prestasi mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi
setiap orang guru.

9.13 PdP di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian.
9.14 Proses PdP di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar,

penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu .
9.15 Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT.
9.16 Ketua Panitia mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras dengan program 3K

supaya dapat digunakan secara optimum.
9.17 Murid boleh menilai PdP guru untuk membantu sekolah meningkatkan kualiti PdP sebagaimana

yang disarankan oleh SPSK MS ISO 9001:2008 PK/13 (Pengurusan Maklum balas Pelanggan).
10. BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN

Penyataan Ketetapan

10.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep
dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan
kepada pelajar.

10.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan
mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993.( PEKELILING TAHUN 2000 UNTUK
SEKOLAH RENDAH)

10.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdP sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31
Mei 1989 .

10.4 Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah
untuk tujuan pengukuhan PdP. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat
pembetulan.

8

Ketetapan Kurikulum

10.5 Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan hendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh dibincangkan di peringkat panitia
.

11. LATIHAN MINIMUM
Penyataan Ketetapan
11.1 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam

topik-topik yang diajar.
11.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima di

dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan di dalam sukatan pelajaran mata pelajaran
masing-masing.
11.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan tinggi.

12. PENTAKSIRAN
Penyataan Ketetapan
12.1 Semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip kesamarataan ekuiti murid dalam

pendidikan
12.2 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta

penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif.
12.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan

mekanisme yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 3(m/s: 28-32).
12.4 Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang

berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi
peperiksaan awam.
12.5 Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam Sistem Analisis
Peperiksaan sekolah (SAPS), Sistem offline PPPM dan Sistem headcount dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dimasukkan dalam Buku Rekod Mengajar.
12.6 Pentaksiran PT3 dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan seperti
dalam Lampiran 4(m/s: 33-45)
13. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
Penyataan Ketetapan
13.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 .
13.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum
13.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru (pemeriksa
kertas peperiksaan awam, Penggubal seoalan peperiksaan awam dan Guru Cemerlang)
13.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah dilakukan secara adil. (dimansuhkan 2019)
13.5 Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI Bil 9 2016 (KSSM)

9

Ketetapan Kurikulum

13.6 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat /menjalankan
tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti . Guru yang bercuti mestilah
menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti
tersebut .

13.7 Tugasan dalam Modul Kelas Ganti hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran dan pencapaian
dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan.

13.8 Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa
Jadual Waktu Sekolah .

13.9 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras bilik khas .
Satu salinan jadual yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pentadbir sekolah .

13.10 Pusat Sumber Sekolah hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong proses PdP.
13.10 Yang berikut adalah jadual waktu pembelajaran bagi sesi pagi dan petang .
13.11 Jadual waktu di bulan puasa akan dipendekkan 5 minit bagi setiap masa pembelajaran (tertakluk

kepada surat siaran KPM/JPN).

14. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Penyataan Ketetapan
14.1 Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh JKKP hendaklah berdasarkan

kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM.
14.2 Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dengan isu dan

permasalahan murid yang telah dikenal pasti (Menggunakan Headcount, GROW, SpeeD-uP)
14.3 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan

membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .
14.4 Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi

penyelarasan program kecemerlangan akademik.

15 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Penyataan Ketetapan
15.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun menggunakan instrumen Standard 4

SKPM G2 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan.
15.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan melibatkan

barisan pentadbir, ketua panitia, GC dan rakan sejawat.
15.3 Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara individu

untuk penambahbaikkan.
15.4 Pengurusan panitia dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir dari semasa

ke semasa.
15.5 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku latihan dan hasil kerja murid

ditetapkan oleh Jawatankuasa dan rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan.
15.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada pertengahan

dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia
untuk tindakan penambahbaikan .

16 . PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

Penyataan Ketetapan

10

Ketetapan Kurikulum

16.1 Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan meningkatkan
16.2 profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlu
16.3 menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah
16.4 mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.
GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen
diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.
Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dalam setahun.

Lampiran 1

SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN SPSK PK 01/1

PANITIA: ………………………………………………………………………………..

*Bil. Jenis Fail Perkara Kandungan Fail

1. Fail Putih/ Fail Fail Transaksi (Ditulis i) Surat-surat perhubungan luar/
nama Panitia Mata dalaman
Terbuka
(AM 435-Pin.1/80) Pelajaran) ii) Surat-surat lampiran

iii) Surat Panggilan Mesyuarat

Contoh: No Fail: 600-
4/1/2

Panitia Bahasa Melayu
<taip nama sekolah>

2. Fail Kulit Keras/ 2.1 Mesyuarat Panitia i) Minit Mesyuarat Panitia
Doket ii) Kedatangan Mesyuarat

Catatan: 2.2 Sukatan Pelajaran i) Sukatan Pelajaran
ii) Huraian Sukatan Pelajaran
Kandungan fail 2.3 Program iii) Rancangan Pelajaran Tahunan
mengandungi Kecemerlangan iv) Senarai Bahan Bantu Pengajar dan
dokumen-dokumen
sokongan yang 2.4 Peperiksaan Kedudukannya
boleh disimpan v) Senarai buku teks dan rujukan
dalam fail keras
yang sama dengan i) Perancangan Strategik (Pelan strategik,
mengguna Pelan Taktikal & Pelan Operasi)
pembahagi
(separator) ii) Laporan-laporan program
iii) Program Perkembangan Staf
iv) Kajian Tindakan

i) Jadual Peperiksaan

ii) Jadual Penyedia Soalan

iii) Analisis Peperiksaan Sekolah dan
Peperiksaan Awam

iv) Analisis Headcount (TOV, OTR, ETR)

v) Post-mortem/ Audit akademik

2.5 Penyeliaan/ i) Jadual Penyeliaan
Pencerapan ii) Borang Penyeliaan

2.6 Penyemakan buku i) Jadual semakan
latihan murid ii) Borang penyemakan

11

Ketetapan Kurikulum

2.7 Koleksi Soalan Ujian/ i) Soalan-soalan peperiksaan sekolah

Peperiksaan ii) Soalan-soalan setara daerah/ negeri

iii) Soalan-soalan peperiksaan awam

2.8 Maklumat Guru i) Jadual waktu persendirian

ii) Maklumat asas, akademik dan ikhtisas
guru

*Catatan: Bilangan folder bergantung kepada keperluan sekolah

Folder Tambahan:

*Bil. Jenis Fail Perkara Kandungan Fail

3. Pentaksiran 3.1. Pekeliling PBS i. Pekeliling
ii. Surat Edaran
Berasaskan Sekolah
i. PPPM
3.2 Pentaksiran sekolah ii. Pelaporan Off Line PPPM
iii Evidens
3.3 PT3 i. Senarai nama calon
ii. Instrumen pentaksiran
iii. Instrumen penskoran
iv. Pelaporan PT3

Lampiran 2

ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU
A. JENIS PENTAKSIRAN
1. Bagi kelas tingkatan satu, dua dan empat, jenis pentaksiran yang diadakan adalah:

• Ujian 1
• Peperiksaan Pertengahan Tahun
• Peperiksaan Akhir Tahun
2. Bagi kelas tingkatan 3 dan 5, jenis peperiksaan yang akan diadakan adalah:
• Ujian 1
• Peperiksaan Pertengahan Tahun
• Peperiksaan Percubaan SPM / PT3



B. PERANAN KETUA PANITIA
1. Menyenaraikan penyedia soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan untuk sepanjang tahun. Satu Salinan

hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
2. Sebarang perubahan penyedia soalan hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
3. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru yang tidak menyiapkan soalan

mengikut tarikh yang ditetapkan.

12

Ketetapan Kurikulum

4. Menyerahkan bungkusan jawapan kepada guru yang cuti bersalin/sakit berpanjangan untuk disemak
(atas budi bicara pentadbir sekolah).

5. Mengagihkan jadual spesifikasi ujian (JSU) kepada penyedia soalan.
6. Memastikan guru penyedia soalan menghantar JSU bersama-sama soalan untuk disemak dan

menyimpan JSU tersebut di dalam fail panitia. Satu Salinan hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Peperiksaan.
7. Menyemak kertas soalan dari aspek ejaan, format soalan, kandungan soalan menepati HSP dan tempoh
masa yang betul.
8. Menyerahkan kertas soalan kepada GKMP untuk pengesahan.
9. Menghantar kertas soalan yang telah disemak dan disahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

C. PENYEDIA SOALAN

1. Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran seperti yang telah ditetapkan.
Sebaik-baiknya, soalan disediakan lebih awal dari tarikh akhir yang telah ditetapkan.

2. Soalan mesti ditaip dengan teliti dan kemas menggunakan jenis tulisan Arial bersaiz 11 bagi ujian 1
dan 2; Times New Roman bersaiz 12 bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan

percubaan SPM; dan Arial bersaiz 12 bagi pentaksiran PT3.
3. Format muka depan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 adalah seperti yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan.
4. Format muka depan bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan adalah

mengikut format peperiksaan sebenar PT3 / SPM.
5. Soalan objektif hendaklah ditaip dalam bentuk 2 column.

6. Bagi mata pelajaran yang mempunyai kertas 1 dan kertas 2, kertas ujian mestilah mengandungi
soalan berbentuk objektif dan esei atau struktur.

7. Semasa ujian 1 dan 2, kertas jawapan OMR (objektif) boleh digunakan jika jumlah soalan melebihi 30.
8. Tidak dibenarkan menyediakan soalan dengan menampal kecuali gambar rajah. Sebaik-baiknya,

penyedia soalan mengimbas (scan) gambar rajah yang ingin disertakan dalam soalan.
9. Soalan hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran yang mengajar di tingkatan yang sama. Semak

soalan yang disediakan dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa peperiksaan.
10. Soalan yang telah disemak hendaklah disahkan oleh pihak GKMP/PK.

11. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang tepat. Soalan yang disediakan mestilah mengikut
standard PT3 dan SPM.

12. Soalan yang dibuat mestilah berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Soalan yang disediakan mestilah
pada kadar yang berikut:
50% tahap mudah: 30% tahap sederhana 20% tahap tinggi

*Tertakluk kepada pindaan semasa.
13. Mengisi JSU sebelum menyediakan soalan dan menghantar JSU berserta skema jawapan kepada Ketua

Panitia/guru mata pelajaran bersama-sama kertas soalan untuk disemak.
14. Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru yang lain dan menyerahkan

kepada guru pemeriksa sebaik sahaja peperiksaan tamat.
15. Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan berserta soalan kepada PK

Pentadbiran untuk semakan dan cetakan.
16. uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan yang dibungkus adalah betul dan

bilangan soalan mencukupi.
17. Mengisi Lampiran Peperiksaan seperti di bawah dan menyerahkan bungkusan soalan kepada

Setiausaha Peperiksaan untuk disimpan sehingga hari peperiksaan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.

18. Menyerahkan 2 salinan soalan beserta jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk Bank
Soalan, dan 1 salinan kepada Ketua Panitia.

13

Ketetapan Kurikulum

19. Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit peperiksaan berjalan untuk
memastikan kertas soalan mencukupi.

D. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN

1. Guru pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu PdP masing-masing, bukan
mengikut waktu peperiksaan dimulakan. Guru pengawas hendaklah berada di kelas walaupun waktu
peperiksaan masih lambat untuk dimulakan. Mulakan peperiksaan tepat pada waktunya dan
memastikan kelas bersih sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Bacakan Peraturan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan dimulakan dan ingatkan murid
supaya menggunakan pensel 2B untuk menanda jawapan objektif.

3. Kutip semua kertas soalan sekiranya terdapat murid yang tidak hadir kerana mewakili
sekolah dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, koakademik dan sebagainya.

4. Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku atau nota ke dalam bilik
peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.

5. Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa tempoh peperiksaan, sila maklumkan kepada
Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang atau guru yang membuat relief secepat mungkin.

6. Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit atau membuat kerja-kerja
bertulis semasa mengawasi peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tiada
penyelewengan.

7. Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada Setiausaha Peperiksaan dan guru
mata pelajaran terlibat.

8. Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada Lampiran
Peperiksaan.

9. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan kelas menjadi
bising dan mengganggu murid-murid yang lain.

10. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan yang bertugas di Bilik
Peperiksaan. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan kepada guru
pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.

E. GURU MATA PELAJARAN
1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan memberi markah akan

memberi masalah kepada guru tingkatan menyediakan Rekod Kemajuan Murid.
2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.

F. GURU KELAS
1. Menyediakan pelan kedudukan murid sehari sebelum peperiksaan bermula dan menyerahkannya

kepada Ketua Tingkatan.
2. Memantau guru mata pelajaran dalam mengisi markah.
3. Mengisi ruangan kehadiran dan ulasan guru.
4. Mencetak 1 salinan Lembaran Markah dan meminta semua murid menyemak markah.
5. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta guru mata

pelajaran membuat pembetulan secepat mungkin. Kemudian mencetak 2 salinan Lembaran
Markah (1 salinan untuk dilekatkan dalam Buku Rekod Mengajar dan 1 salinan diserahkan
kepada Setiausaha Peperiksaan setelah ditandatangani oleh pentadbir).
6. Mencetak Slip Pelaporan Murid dan memasukkannya ke dalam Fail Prestasi. Slip Keputusan Murid
untuk semua tingkatan perlu dibuat 1 salinan dan disimpan dalam Fail Peribadi Murid.
7. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh yang ditetapkan
untuk ditandatangan oleh Pengetua.

14

Ketetapan Kurikulum

8. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid-murid mengikut tarikh yang
ditetapkan.

9. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru mata pelajaran yang masih belum
mengisi markah selepas tarikh tutup yang ditetapkan.

10. Pada akhir tahun, serahkan semua Fail Prestasi/ Slip Pelaporan Murid kepada kaunselor.
G. MURID
1. Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Murid yang tidak hadir sewaktu

peperiksaan dijalankan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas yang berkenaan kecuali
ketidakhadiran kerana menghadiri aktiviti sekolah.
2. Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu peperiksaan akan menyebabkan markah
kosong (0) diberi bagi kertas yang diseleweng. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang
terlibat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3. Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir untuk mata pelajaran tersebutt
4. Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan yang dirancangkan semasa
Mesyuarat Pengurusan Sekolah

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:
1. Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dimaklumkan kepada calon.
2. Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu,
masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
3. Membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
4. Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Ujian
Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun ...........................
5. Mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
6. Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan
arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan
yang betul.
7. Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti
calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
8. Memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang
Penyerahan dan penerimaan Skrip Jawapan.

15

Ketetapan Kurikulum

9. Menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang
peraturan peperiksaan di Bahagian C:7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN,AMARAN,LARANGAN DAN PERINGATAN
1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar.
Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis akan dianggap
TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

1.2 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam
Jadual Waktu Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 2014.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit
sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan
sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan
alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
3.1 Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka
hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang
betul.
3.2 Memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan dengan segera jika menerima kertas
peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika
ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
4.1 Menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran
dengan jelas dan betul di muka hadapan soalan peperiksaan.
4.2 Menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel
atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis
gambar rajah dan peta.

16

Ketetapan Kurikulum

4.3 Menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang
membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

4.4 Berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan dikumpul
semula oleh Pengawas.

5. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
5.1 Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan
dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan
kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
5.2 Tidak dibenarkan membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan.
5.3 Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik
peperiksaan semasa peperiksaan.
5.4 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
5.5 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
Calon dilarang:
6.1 Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota,
dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Ujian serta
telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke
dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa
peperiksaan.
6.2 Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik
peperiksaan.
6.3 Mendedahkan kertas ujian atau/dan jawapan ujian sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
6.4 Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di
dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh
disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
6.5 Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6.6 Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada ketua pengawas
peperiksaan.
6.7 Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
6.8 Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

17

Ketetapan Kurikulum

6.9 Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

7. PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik
Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah
laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang
disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan ;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan

terbatal

PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

UJIAN BERTULIS
1.0 PENGETUA

1.1 Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3
dari JPN dan mengedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

1.2 Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan PT3 ditadbir mengikut tempoh dan
prosedur yang ditetapkan oleh LP.

2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas untuk mentadbir Ujian Bertulis.
2.2 Menyerahkan instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis kepada
Ketua Pengawas.

3.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
3.1 Menyediakan dewan/bilik peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP dalam
Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
3.2 Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadual bertugas Ketua Pengawas dan
Pengawas ujian bertulis PT3.
3.3 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 yang ditetapkan oleh
LP.
3.4 Menerima skrip jawapan calon daripada Ketua Pengawas.

18

Ketetapan Kurikulum

3.5 Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Panitia.
4.0 GURU TINGKATAN

4.1 Memaklumkan Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3, Jadual Kerja Ujian Bertulis
PT3 dan Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan kepada calon PT3.

5.0 KETUA PANITIA
5.1 Menerima skrip jawapan calon daripada Setiausaha Peperiksaan.

6.0 KETUA PENGAWAS
6.1 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.
6.2 Mengambil kedatangan calon PT3.
6.3 Mengambil instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis daripada
Penolong Kanan Pentadbiran.
6.4 Mengedarkan instrumen pentaksiran kepada Pengawas.
6.5 Memastikan calon masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan mengikut masa yang
ditetapkan (15 minit awal).
6.6 Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian
bermula.
6.7 Menerima skrip jawapan calon daripada Pengawas.
6.8 Mengira jumlah skrip jawapan calon mengikut pusat masing-masing.
6.9 Membungkus kembali skrip jawapan calon.
6.10 Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Setiausaha Peperiksaan.

7.0 PENGAWAS
7.1 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.
7.2 Berkumpul di Bilik Peperiksaan 1 sebelum ujian dimulakan.
7.3 Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian
bermula.
7.4 Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis.
7.5 Memulakan Ujian Bertulis mengikut masa yang telah ditetapkan.
7.6 Mengutip skrip jawapan calon apabila ujian bertulis tamat.

PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
1.0 PENGETUA

19

Ketetapan Kurikulum

1.1 Melantik Setiausaha Peperiksaan untuk memuat turun panduan penskoran ujian bertulis
dari Aplikasi PT3.

1.2 Membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.
1.3 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha

Peperiksaan telah diverifikasi.
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

2.1 Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari
Aplikasi PT3 dan menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.

2.2 Membantu Pengetua membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.
2.3 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha

Peperiksaan telah diverifikasi.
3.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

3.1 Memuat turun panduan penskoran dari Aplikasi PT3 satu (1) hari selepas tamat ujian
bertulis bagi setiap mata pelajaran.

3.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.
4.0 KETUA PANITIA

4.1 Menerima Panduan Penskoran daripada Setiausaha Peperiksaan satu (1) hari selepas tamat
ujian bertulis bagi setiap mata pelajaran.

4.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada guru mata pelajaran yang akan menjalankan
pemeriksaan.

4.3 Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama guru yang akan menjalankan
pemeriksaan skrip jawapan calon.

4.4 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bagi memastikan guru mata pelajaran
memeriksa skrip jawapan berpandukan panduan penskoran dan bagi memastikan
keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.

4.5 Membuat verifikasi skor calon bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah
berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

4.6 Menyerahkan skor murid kepada Pengetua untuk diverifikasi.

5.0 GURU MATA PELAJARAN
5.1 Menerima Panduan Penskoran daripada Ketua Panitia.
5.2 Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama Ketua Panitia bagi mendapatkan
kefahaman yang selaras.
5.3 Menjalankan pemeriksaan berpandukan panduan penskoran.

20

Ketetapan Kurikulum
5.4 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir

Kawasan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.
5.5 Membuat verifikasi skor calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir Kawasan bagi

memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan
menepati keupayaan sebenar calon.
5.6 Merekodkan skor calon dalam Aplikasi PT3.
5.7 Mencetak Borang Skor Calon dari Aplikasi PT3 dan membuat perbandingan skor pada skrip
jawapan calon dengan skor pada Borang Skor Calon.

21

Ketetapan Kurikulum
22

REKOD PENGAMBILAN KERTAS SOALAN

(Borang ini hendaklah disimpan

Nama Peperiksaan: PT3
Tahun :

Hari :

Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua Pengawas T/ta
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Melayu
3 Mathematics
4 Mathematics

Hari :

Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua Pengawas T/ta
1 Bahasa Inggeris
2 Bahasa Inggeris
3 Science
4 Science

2

Ketetapan Kurikulum

SPSK PK 05/4

N OLEH PENGAWAS PEPERIKSAAN
n oleh Setiausaha Peperiksaan)

angan No. Pusat Bil Kertas PK Pentadbiran T/tangan
Soalan

angan No. Pusat Bil Kertas PK Pentadbiran T/tangan
Soalan

23

REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN O
(Borang ini hendaklah disimpan

Nama Peperiksaan: PT3
Tahun :

Hari :

Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua Pengawas T/ta
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Melayu
3 Mathematics
4 Mathematics

Hari :

Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua Pengawas T/ta
1 Bahasa Inggeris
2 Bahasa Inggeris
3 Science
4 Science

2

Ketetapan Kurikulum

OLEH KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
n oleh Setiausaha Peperiksaan)

angan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Peperiksaan

angan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Peperiksaan

24

REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN KE
(Borang ini hendaklah disimpan

Nama Peperiksaan: PT3
Tahun :

Hari :

Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua Panitia T/ta
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Melayu
3 Mathematics
4 Mathematics

Hari : Nama Ketua Panitia T/ta

Bil Nama Kertas Ujian
1 Bahasa Inggeris
2 Bahasa Inggeris
3 Science
4 Science

2

Ketetapan Kurikulum

EPADA KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
n oleh Setiausaha Peperiksaan)

angan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Peperiksaan

angan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Peperiksaan

25


Click to View FlipBook Version