• Nama: Anis Irdina Humaira
• No Maktab: PB211016
• Sekolah: MRSM Balik Pulau
• Kelas: 1 Farabi
• Cikgu: Mohd Izzuwan bin Ahmad
Sukri
PELARI MUDA
Kandungan -Sinopsis novel
- Sinopsis setiap bab (15 bab)
-Jadual komsas
-Binaan plot dan contoh peristiwa
-Teknik plot dan contoh peristiwa
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi
kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan kerja ini.
Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan saya menyiapkan
kerja ini pada masa yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya,
Cikgu Izzuan. Beliau telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah
semasa saya menjalankan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya yang telah memberi dorongan
dan sokongan kepada saya. Rakan-rakan saya juga telah menolong saya dalam usaha menyiapkan
tugasan ini serta mencarikan bahan. Saya tidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan.
Tema
Novel ini bertemakan seorang atlet muda yang
sombong dan angkuh akan kecemerlangannya dalam sukan olahraga.
Contohnya, Kamarul telah berubah, dia tidak lagi seperti sikapnya yang dahulu.
Dia kerap tidak datang menjalani latihan kerana merasakan dirinya sudah handal dan
tidak perlu lagi menjalani latihan di bawah kelolaan jurulatihnya.
Selepas kemalangan jalan raya, dia mula sedar akan kesilapannya dan menunjukkan
perubahan sikap yang baik.
Sinopsis Novel
Kamarul seorang atlet yang terkenal di seluruh negara kerana kecemerlangannya dalam sukan olahraga. Dia dilatih oleh
Encik Kadir. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok tak lama lagi. Dia mulai berasa
besar kepala dan angkuh atas kejayaannya setelah berjaya mewakili negara ke sukan SEA di Brunei. Setelah dia terkenal, dia
berubah daripada seorang yang ramah mesra menjadi keras kepala. Dan dia juga mula melupai jasa - jasa Encik Kadir yang
membantu menaikan namanya. sebagai orang yang rapat dengan Kamarul, Saridah telah mengambil keputusan untuk
menegurnya. Dengan teguran yang Saridah beri itu, lalu dia menjauhkan diri daripada Saridah. Pada suatu hari, Kamarul
terlibat dalam kemalangan jalan raya . Mujur dia hanya mengalami luka dan bengkak otot sahaja. Encik kadir dan Saridah
tetap datang ke hospital untuk menjenguknya.
Disebabkan kemalangan itu Kamarul mula sedar akan sikapnya yang sombong dan bongkah setelah menjadi popular.
kamarul telah berazam untuk berubah sikap setelah pulang, kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik
Kadir. Hubungan antara Kamarul dan Encik Kadir bertamah baik. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk
menyertai kejohanan sukan SEA ke -14 di Bangkok. Semasa berada di sana, selepas berlatih Kamarul berkesempatan
bertemu dengan De Wega iaitu atlet sukan dari Filipina yang menjadi idolanya . Kamarul berjaya meraih pingat emas.
Kejayaanya mendapat pujian daripada Encik Kadir dan rakan - rakannya. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan
yang diberikan oleh Encik Kadir. Kamarul berasa sangat terkejut apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara pada
tahun itu, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang membawa kejayaan. Di lapangan terbang Kamarul disambut
meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan - rakannya .
Sinopsis Bab 1 Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza
daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah
mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan
Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah
faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan
diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi
terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa.
Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan
mencari Saridah untuk memohon maaf...
Sinopsis Bab 2 Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir
pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul
telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula
risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti
biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan.
Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai dilaman
rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures
pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan
Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang
dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
Sinopsis Bab 3 Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan
Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul.
Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap
dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan
rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah. Setelah diberitahu
Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul,
sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki
persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah
walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia
berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan
Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada
Kamarul. Juriah yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah
belum pulang ke rumah. KesempatanJuriah datang ke situ, Saridah
meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu
kepada Kamarul
Sinopsis Bab 4 Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar
berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila
Kamarul mula hendak pergi, Mak Jah pun memberikan surat yang diterima
kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu
tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul
membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu
datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah
menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat
suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi
dan penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan
namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung
sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium
dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.
Sinopsis Bab 5 Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang
dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak
datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar
dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu
Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan
itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan
Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah hingga ke
rumah. Saridah teringat kemesraan itu.
Sinopsis Bab 6 Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan
prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir
sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya
mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik
Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi
Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya
menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul
memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan
daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.
Sinopsis Bab 7 Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca
kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada
ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah.
Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di
Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu dengan
Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan
perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi
bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami
Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan
pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
Sinopsis Bab 8 Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku
sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila
Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul
menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi,
Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu
bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara.
Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul
supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan
sukan yang diceburinya.
Sinopsis Bab 9 Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan
rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang,
manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik
Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati
Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak
menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin
pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah
dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu
menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik
Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan
pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang
juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan
sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah
menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Sinopsis Bab 10 Dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia hanya luka dan bengkak
urat sahaja. Encik Kadir, Saridah, dan rakan-rakannya telah melawat
Kamarul di hospital. Doktor Munirah membenarkan Kamarul pulang ke
rumah. Kamarul berasa gembira, namun apabila terbayang wajah Encik
Kadir, Sures, Saridah, Cikgu Zainal, dan ibunya, perasaan riangnya lenyap.
Kamarul tersentuh oleh tindakan mereka itu lalu dia sedar akan kesalahan
yang telah dilakukannya kepada mereka. Kamarul berasa dirinya sangat
bersalah. Encik Kadir muncul di hadapan katilnya untuk membawanya
pulang. Kamarul mengucapkan terima kasih lalu meminta maaf. Encik Kadir
memintanya melupakan perkara yang lalu. Encik Kadir memintanya
berlatih dengan tekun bagi mengembalikan kecergasannya.
Sinopsis Bab 11 Kamarul teringat akan tajuk rencana akhbar yang dibacanya. Dia agak
cemas kerana harapan yang terlalu tinggi terpaksa digalasnya. Kamarul
diuji berlumba dengan Sures dan Rajip. Dalam ujian itu, dia memperoleh
tempat tercorot. Dia tidak percaya akan keputusan tersebut. Encik Kadir
menasihatinya supaya tidak berputus asa. Menurut Encik Kadir lagi, dia
akan membantu Kamarul.Kamarul melihat buku yang mencatatkan catatan
yang pernah dibuatnya di Sukan MSSM, SUKMA, dan Sukan SEA. Dia sedar
bahawa dia sudah jauh ketinggalan. Daripada situ, beliau berazam untuk
membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
Sinopsis Bab 12 Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke
Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat,
Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan
Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama
kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah
dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga
Kamarul berjaya
Sinopsis Bab 13 Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik.
Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul
masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang
belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh
Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul
dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan
Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan
dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan
berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan,
disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh
Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan
semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan
semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
Sinopsis Bab 14 Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok.
Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman.
Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-
14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia.
Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah
memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan
penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul
dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat
emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul
menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul
berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina,
De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu
lagi pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian
dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai,
termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya
Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul
terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya untuk bersara
selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila
diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi
menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
Sinopsis Bab 15 Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki
tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega
mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan
kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan
cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De
Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang
pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul.
Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang
Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan
beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas
kejayaan Kamarul.
NILAI MURNI PERWATAKAN WATAK LATAR MASYARAKAT PERSOALAN PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA
Nilai kegigihan Seorang yang gigih Kamarul Masyarakat yang gigih Persoalan tentang Kita hendaklah gigih Sebagai contoh, , kamarul
berusaha. Encik kadir berusaha untuk mencapai kegigihan seorang berusaha dalam hidup gigih menjalani latihan
Nilai atlet ketika menjalani untuk mengahadapi
tanggungjawab Seorang yang kejayaan. agar/supaya kita pertandingan
bertanggungjawab latihan untuk mencapai kejayaan.
Masyarakat yang menghadapi Sebagai contoh, Encik kadir
bertanggungjawab ketika pertandingan. Kita mestilah melatih kamarul dan
bertanggungjawab dalam
melakukan sesuatu Persoalan tentang rakan-rakannya dengan
tugasan dalam tanggungjawab melakukan setiap bersungguh-sungguh
pekerjaannya. seorang jurulatih pekerjaan supaya kita
memperoleh hasil kerja
ketika melatih atlet-
atlet di bawah yang berkualiti.
bimbingannya.
Nilai keprihatinan Seorang yang Mak jah Masyarakat yang prihatin Persoalan tentang Kita mestilah prihatin Sebagai contoh, mak jah
prihatin prihatin seorang ibu terhadap seseorang menanyakan kamarul
apabila melihat tentang keadaan dirinya
anaknya muram sebelum keluar berjoging
Nilai hormat Seorang yang Kamarul Masyarakat yang Persoalan tentang Kita mestilah Sebagai contoh, kamarul
menghormati menghormati menghormati ibunya hormat seorang anak menghormati orang di menghormati ibunya
dengan menjawab
terhadap ibunya sekeliling kita
pertanyaan ibunya dengan
lemah lembut sebelum
keluar berjogging.
Nilai Seorang yang kamarul Masyarakat yang Persoalan tentang Kita mestilah Sebagai contoh, kamarul berani
keberanian berani Kamarul berani keberanian seorang berani menghadapi cabaran walaupun pada
atlet menghadapi peringkat awal dia tidak yakin dapat
Nilai Seorang yang menghadapi menghadapi menggondol pingat emas dalam acara
keinsafan insaf pertandingan pertandingan cabaran
100 meter dan 400 meter kerana
Masyatakat yang Persoalan tentang Kita mestilah menyedari tahap kecergasannya yang
insaf atas keinsafan seorang insaf atas
pelajar terhadap belum pulih
kesilapannya kesalahan yang
gurunya kita lakukan Sebagai contoh , kamarul sedar yang
selama ini dirinya sombong dan
bongkak setelah menjadi terkenal. Dia
bertekad untuk berubah dan kembali
berlatih di padang.
Nilai Seorang yang kamarul Masyarakat yang Persoalan tentang Kita mestilah Sebagai contoh, kamarul menganggap
patriotism patriotism patriotism patriotism seorang
bersikap kemenangannya itu bukan sahaja
atlet
patriotism untuk dirinya tetapi juga untuk negara .
Nilai baik hati Seorang yang kamarul Masyarakat yang Persoalan tentang Kita haruslah Sebagai contoh, kamarul memberi
baik hati baik hati baik hati berbaik hati cenderamata kepada atlet filipina, De
Wega seorang yang banyak memberi
nasihat dan dorongqn sehari sebelum
pertandingan dijalankan sehinggakan
dia meraih pingat emas dalam acara
100 meter dan 400 meter.
Binaan Plot
• Permulaan – Kisah bermula dengan perubahan sikap Kamarul yang menjadi perhatian ibu dan rakan-rakannya. Saridah juga
telah menegur Kamarul tentang perubahan sikapnya itu.
• Perkembangan – Kamarul telah ponteng latihan dan banyak berlatih bersendirian. Tindakan Kamarul telah menimbulkan
kerunsingan Encik Kadir selaku jurulatih olahraga pasukan kebangsaan.
• Konflik/Perumitan – Kamarul mula berani melawan jurulatihnya dengan mengatakan bahawa dengan latihan sendiri itu tidak
mengganggu kecergasannya. Kamarul juga telah berani mencabar Encik Kadir agar melatih Sures yang sedang meningkat maju
dalam olahraga.
• Klimaks/kemuncak – Kamarul sanggup membaling pingat yang diberikan oleh Encik Kadir sambil berlalu pergi. Ketika melintas
jalan dengan perasaan marah dan fikirannya berkecamuk, dia telah dilanggar kereta hingga menyebabkannya terlantar hospital.
• Peleraian/pengakhiran – Kamarul mula sedar akan kesilapannya dan kembali berlatih serta berdisiplin. Akhirnya, dia berjaya
meningkatkan kecergasannya semula dan menjadi johan dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA ke-14 di Bangkok.
Teknik plot
• Pemerian- Penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. Sebagai
contoh, pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang membaca surat khabar tentang perkembangan sukan tanah air dan luar negara
selepas sarapan.
• Dialog – Pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita. Sebagai contoh, dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya
keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun Kamarul menyatakan bahawa dia] mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal.
• Monolog (dalaman) – kata hati atau pengucapan batin (dalaman) seseorang watak sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau
kepada orang lain. Sebagai contoh, ketika berada di perpustakaan sambil menunggu kedatangan Kamarul, Saridah berfikir bahawa
Kamarul perajuk dan pendendam orangnya apabila Kamarul tidak datang menemuinya di situ
• Imbas kembali – ingatan seseorang watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Sebagai
contoh, Saridah mengingati peristiwa pertemuan pertamanya dengan Kamarul ketika menyertai Kejohanan MSSM di Stadium Merdeka.
• Imbas muka – Teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Sebagai
contoh, selepas kemalangan, Kamarul bertekad untuk kembali berlatih dan membuktikan kepada Encik Kadir bahawa dia akan menjadi
seorang ahli sukan yang berdisiplin
• Saspens – Keterangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu
dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Sebagai contoh, pembaca tertanya-tanya apakah yang akan
terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar kereta.