Pada zaman pascakemerdekaan ini, Malaysia telah berkembang menjadi pemacu ekonomi terutamanya dalam rantau Asia Tenggara. Dasar keterbukaan kerajaan kepada pelabur asing telah membantumeningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara sekali gus membukapeluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Menurut KamusDewan dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaanyang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Jika ditelusuri realiti masa kini, manusia boleh memilih kerjaya pilihan mereka atau menciptasendiri kerjaya mereka. Kelahiran ciptaan teknologi dan kemampuansains hari ini telah mendorong manusia untuk berubah dan mengadaptasi corak kehidupan baharu yang bergantung kepada sains dan teknologi yang membawa kemajuan kepada tamadun manusia. Kesannya, terdapat kerjaya yang kekal relevan seperti bidang perubatan dan pendidikan. Tetapi terdapat bidang yang perlu diadaptasi dengan perkembanganteknologi hari ini seperti bidang komunikasi dan pembuatan yanglebihcenderung ke arah asas bebas tenaga manusia. Persoalannya, golonganremaja hari ini perlu mengetahui apakah faktor-faktor pemilihan kerjayayang baik dan menjamin masa hadapan yang cerah untuk diri mereka. Sesungguhnya, suasana pekerjaan sangat mempengaruhi kita dalampemilihan sebuah kerjaya. Hal ini demikian kerana persekitarankerjayang positif dapat meningkatkan produktiviti diri kita dan sekali gusmeningkatkan kesihatan mental. Sebagai contoh, hubungan yangbaikantara rakan sekerja memainkan peranan penting dalammenentukansama ada kerjaya yang dipilih sejajar dengan kerja yang dipilih. Kesannya, suasana pekerjaan yang lebih baik boleh meningkatkanmoral pekerja sekali gus menarik minat orang ramai untuk bekerja dalamsesebuah pekerjaan yang lebih positif. Tuntasnya, suasana pekerjaanyangpositif memberikan pengaruh yang besar dalam pemilihan sesebuahkerjaya. Selain itu, pengaruh dan sokongan daripada ibu bapa dan ahli keluargajuga menjadi faktor dalam pemilihan kerjaya remaja. Ironinya, keredaanibu bapa adalah penentu kehidupan setiap individu kerana denganhalangan atau dorongan akan memberikan impak kepada keputusanyangdiambil oleh mereka. Pada pandangan saya, ibu dan bapa seharusnyamemberikan sokongan terhadap minat anak-anak mereka kerana jikakitamemaksa mereka melakukan kerjaya tersebut. Sebaliknya, ibu danbapaboleh membantu anak-anak mencapai cita-cita mereka denganmemberikan kata-kata semangat atau menghantar mereka ke kelas yangberkaitan dengan minat mereka. Misalnya, atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang tidak akan berjaya menjadi atlet yang bertandingdi peringkat dunia sekiranya ayah beliau tidak menghadiahkan sebuah
basikal sebagai ganjaran kecemerlangan beliau di sekolah. Bermuladaripada dorongan itu, beliau meneruskan cita-cita dalammenjadi atlet berbasikal negara dan berjaya merangkul pingat emas di kejohananperingkat dunia. Siapa sangka, anak kelahiran Dungun, Terengganubersaiz fizikal yang kecil berbanding atlet di Eropah dan Amerika mampubersaing dan menjadi juara dunia dalam acara yang dikuasainya. Natijahnya, sokongan ibu dan bapa adalah faktor yang mustahakdalampemilihan kerjaya para remaja. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, minat dan cita-cita turut mempengaruhi pilihan kerjaya seseorang individu. Hal ini disebabkancita-cita dan minat yang mendalam akan mendorong individuuntukberusaha dengan lebih keras persis kata peribahasa, hendak seributakhendak seribu dalih untuk mencapai matlamat hidup yang mereka telahtetapkan sejak sekian lama. Tamsilnya, Ahmad yang telah berjayamencapai cita-citanya untuk menjadi doktor walaupun mengetahui pahit kehidupan yang akan sering dihadapi sepanjang karier sebagai pengamal perubatan. Kesannya, dia akan bertahan kerana minat yang mendalamseterusnya menguntungkan ramai pihak terutamanya pesakit yang dirawat. Konklusinya, penetapan matlamat pada usia yang awal akan menjadikanmanusia seorang yang cekap dalam pekerjaan yang telah dipilih. Kesimpulannya, Malaysia telah berkembang dengan pesat sehinggamewujudkan rantaian pelaburan yang bersama pihak-pihak terkemukayang bertandang dari negara-negara maju di seluruh pelusuk bumi. Hal ini demikian kerana wujudnya pekerja-pekerja yang melaksanakantugasmereka dengan sepenuh hati sehingga dapat membangun negara yangberpotensi untuk menjadi negara yang maju dan diiktiraf sebagai salahsebuah negara contoh bagi negara-negara yang kurang berkemampuan. Sehubungan itu, kerajaan harus melabur dalam membangun bidangyangmenjadi tumpuan anak muda dalam negara kita agar dapat menjadi peneraju dominan. Diharapkan negara kita dapat membasmi kekuranganyang mengahalang tanah air ini diiktiraf maju berdasarkan SDG2030.