The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aida Alia, 2024-05-07 11:46:01

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH

KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 - PERATURAN AM DAN SYARAT PERTANDINGAN –


LAMPIRAN 3 PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 1. PENYERTAAN 1.1 Penyertaan ini terbuka kepada murid-murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan jemputan khas daripada agensi yang terpilih sahaja. 1.2 Setiap pasukan adalah mewakili Kontigen JPN mereka masing-masing dan mesti menggunakan NAMA JPN sebagai nama pasukan. 1.3 Setiap kontogen JPN adalah terdiri daripada : 1.3.1 Dua puluh (20) orang pemain dan 1.3.2 Dua belas orang (12) guru pengiring termasuk jurulatih serta 1.3.3 Enam orang (6) pegawai JPN/PPD. 1.4 Penyertaan adalah terhad kepada 20 pasukan sahaja bagi setiap kategori. 1.5 Peserta mestilah terdiri daripada murid prasekolah KPM/Swasta berdaftar dalam SMPK yang berumur 5 atau 6 tahun sahaja. . 1.6 Peserta yang tiada dalam SMPK tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini. 1.7 Aktiviti yang dipertandingkan adalah berbentuk berpasukan: 1.7.1 Pertandingan Futsal (murid lelaki) 1.7.1 Pertandingan Bola Jaring (murid perempuan) 1.8 Sukan futsal dianggotai oleh 10 orang murid lelaki manakala sukan bola jaring dianggotai oleh 10 orang murid perempuan. 1.9 Penentuan kumpulan liga berdasarkan undian pada sesi yang akan dimaklumkan kelak. 1.10 Hanya pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak urus setia berkaitan urusan pertandingan. 1.11 Pengurus pasukan perlu menyerahkan borang penyertaan yang lengkap


serta disahkan oleh Ketua Jabatan beserta satu salinan sijil lahir yang disahkan oleh pentadbir sekolah masing-masing kepada urus setia pada hari pendaftaran. 2. PERTANDINGAN 2.1 Semua peserta wajib bermain pada sesi pertandingan dalam kumpulan liga (round robin). Jurulatih boleh membuat pertukaran pemain pada manamana perlawanan dalam kumpulan liga atau pada sesi pertukaran pemain semasa pertandingan. 2.2 Semua pertandingan akan dijalankan dalam pusingan kumpulan liga (round robin), pusingan suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir. 2.3 Pasukan yang hadir lewat 5 minit ke gelangang pertandingan sebelum perlawanan dimulakan tanpa alasan yang munasabah tidak dibenarkan untuk bertanding. Kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan : 2.3.1 Futsal 3 – 0 2.3.2 Bola Jaring 5 – 0 2.4 Sebarang provokasi yang berlebihan sehingga mengganggu peserta yang bertanding tidak dibenarkan. Pengadil atau urus setia berhak mengarahkan individu tersebut meninggalkan tempat pertandingan. 2.5 Hanya pemain (termasuk pemain simpanan) dan seorang jurulatih serta seorang guru/pegawai sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan gelanggang semasa pertandingan berlangsung. Walaubagaimanapun ianya tertakluk pada kesesuaian pada hari pertandingan. 2.6 Masa yang diperuntukan bagi setiap pertandingan adalah tertakluk kepada aktiviti yang dipertandingkan. 2.7 Setiap pasukan dibenarkan melakukan penggantian tanpa had maksimum bagi setiap kali perlawanan. Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula. 2.8 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan, jam tangan dan mesti berkuku pendek. 2.9 Setiap pemain diwajibkan memakai stokin dan kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. 2.10 Sebarang kecederaan atau kemalangan adalah di bawah tanggungjawab setiap pasukan masing-masing.


2.11 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit masing-masing. 2.12 Pihak urus setia/jawatankuasa tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta. 2.13 Hadiah akan diberikan kepada Johan hingga tempat keempat. Semua peserta bertanding akan mendapat sijil penyertaan. 2.14 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan gelanggang basah dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. Penangguhan ditentukan seperti berikut : i. Sekiranya perlawanan pada hari yang sama, maka perlawanan disambung mengikut baki masa yang tinggal; ii. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 2.15 Jika terdapat mana-mana pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja dalam pusingan liga tanpa sebab munasabah akan dikira kalah dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan. Penyertaan pasukan berkenaan dibatalkan. 2.16 Jawatankuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual perlawanan mengikut keperluan semasa. 2.17 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai pertandingan ini. 2.18 Sebarang bantahan TIDAK DIBENARKAN. Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.


3. HADIAH PERTANDINGAN JOHAN : Piala Pusingan Piala Iringan Medal Sijil Pemenang NAIB JOHAN Medal Sijil Pemenang KETIGA : Medal Sijil Pemenang KEEMPAT : Medal Sijil Pemenang 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Secara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 4.1.1 Pusingan Pertama a) Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b) Kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan-kumpulan tersebut akan ditentukan secara undian. 4.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan (A, B, C & D) akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : i. Johan Kumpulan A – Naib Johan Kumpulan C ii. Johan Kumpulan B – Naib Johan Kumpulan D iii. Johan Kumpulan C – Naib Johan Kumpulan A iv. Johan Kumpulan D – Naib Johan Kumpulan B . c) Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.


SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR 1. JOHAN A 2. NAIB JOHAN C 3. JOHAN D 4. NAIB JOHAN B 5. JOHAN C 6. NAIB JOHAN A 7. JOHAN B 8. NAIB JOHAN D 5. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 5.1 Cara Liga 5.1.1 Cara memberi mata : Menang : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut : a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. JOHAN NAIB JOHAN KE-3 KE-4


5.2 Cara Kalah Mati Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut : a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama dua (2) minit. b) Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit akan dimainkan. c) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan tanpa had masa sehingga salah satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 6. PENANGGUHAN PERLAWANAN 6.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil perlawanan kerana tidak dapat dijalankan atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan. 7. PAKAIAN 7.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai jersi atau bib. 7.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 1 set bib. 7.3 Ketinggian huruf pada bib ialah lima (5) atau enam (6) inci. 7.5 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat secara lambungan duit. Pasukan yang menang lambungan, tidak perlu menukar bibnya. 8. MASA BERMAIN 8.1 Masa bermain bagi PUSINGAN AWAL hingga AKHIR adalah selama tujuh (7) minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama tiga (3) minit. 8.2 Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan.


9. KELEWATAN Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja. 10. MENARIK DIRI 10.1 Jika sesuatu pasukan menarik dari daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini. 10.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa pelawanan diberhentikan kerana sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan ini. 10.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 10.1 dan 10.2 dianggap tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperolehi dibatalkan. 11. PENGADILAN 11.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil di sepanjang kejohanan ini. 11.2 Keputusan pengadil setiap perlawanan adalah muktamad. 12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. 13. PEMILIHAN PEMAIN MEWAKILI NEGERI SELANGOR 13.1 Pemilihan pemain mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan adalah melalui pemilihan panel Pertandingan dan sebarang keputusan adalah muktamad.


1. SYARAT PERTANDINGAN FUTSAL a. Hanya murid prasekolah LELAKI sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. b. Setiap pasukan perlu mempunyai lima (5) pemain dalam gelanggang dan lima (5) pemain simpanan. c. Masa untuk setiap permainan adalah 5 : 2 : 5 (12 minit). d. Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan akan diambilkira. e. Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan kedua (suku akhir, separuh akhir dan akhir) f. Pusingan kedua akan dijalankan secara kalah mati. g. Sekiranya keputusan seri dalam pusingan kedua, sepakan penalti sebanyak 3 kali akan dijalankan bagi menentukan pemenang. Sekiranya masih seri maka sepakan penalti akan diambil sehingga ada pemenang. 2. UKURAN PADANG DAN ALATAN a. Saiz padang : Gelanggang Futsal Standard. b. Tiang Gol : Tiang Gol Futsal Standard. c. Saiz Bola : saiz 4 d. Jenis Bola : Bola Futsal 3. PAKAIAN PEMAIN a. Setiap pasukan mestilah memakai jersi yang seragam dan bernombor. b. Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berbeza dengan kedua-dua pasukan. c. Setiap pasukan hendaklah membawa dua set jersi yang berlainan warna. d. Sekiranya terdapat persamaan jersi, maka pasukan tuan rumah (yang disebut dahulu) hendaklah menukarkannya. e. Penjaga gol wajib memakai sarung tangan (glove).


4. MEMULAKAN PERMAINAN a. Semua pemulaan permainan termasuk selepas jaringan gol dan selepas separuh masa dimulakan di bahagian tengah padang. b. Jaringan gol secara terus boleh dibuat dari sepak mula. c. Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan. 5. SEPAKAN KE DALAM a. Sepakan ke dalam dilaksanakan mengikut undang-undang biasa. b. Jaringan gol secara terus tidak dikira jika tiada sentuhan dari mana-mana pemain.


1. SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING a. Hanya murid prasekolah PEREMPUAN sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. b. Setiap pasukan perlu mempunyai tujuh (7) pemain dalam gelanggang dan tiga (3) pemain simpanan. c. Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga kumpulan. d. Masa untuk setiap permainan 5 : 2 : 5 (12 minit) e. Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan akan diambilkira. f. Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan kedua (suku akhir, separuh akhir dan akhir). g. Pusingan kedua akan dijalankan secara kalah mati. h. Sekiranya keputusan seri dalam pusingan kedua, pasukan akan diberikan masa rehat 1 minit dan tambahan masa pertandingan 4 minit (2 – 2). i. Sekiranya berlaku seri pada masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan akan mendapat kelebihan gol. j. Setiap pasukan terdiri 7 pemain di dalam gelanggang dengan posisi : C, WD, WA, GA, GD, GK dan GS 2. UKURAN PADANG DAN ALATAN a. Saiz padang : 15m x 25m b. Tiang Gol : Tinggi tiang gol 2.13 meter atau 7 kaki. c. Saiz Bola : 4 d. Jenis Bola : Bola Jaring (Molten) 3. PAKAIAN PEMAIN a. Setiap pasukan mestilah memakai ‘bib’ seragam ketika pertandingan. b. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set ‘bib’ yang berbeza warna.


4. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN (Ada kelonggaran mengikut kesesuaian di peringkat murid prasekolah) a. Semua pemain bebas berada di mana-mana kawasan kecuali kawasan tengah sewaktu memulakan permainan. Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan. Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol. b. Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir. c. Pemain TIDAK dibenarkan berlari dengan bola. Dibenarkan mengerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan atau bulatan gol. d. Pemain dibenarkan ‘pivot’ (berpusing dengan 2 kaki) untuk menghantar bola. e. Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan ‘menggantung’ salah satu kaki. f. Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam bulatan gol. g. Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol. h. Seorang pemain tidak dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum membuat hantaran. i. Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan. j. Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan. k. Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol. Urus setia Karnival Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan tahun 2024


Click to View FlipBook Version