Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah Memerintah watan Ditaati rakyat Kiri dan kanan Iman yang soleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan. LAGU RASMI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN LAGU SEKOLAH (LUX ET VERITAS) Lux Et Veritas Sinar Obor Falsafahku Suluh Buana Cipta Kecemerlangan Nyata Onak Ranjau Tidak Ku hirau Itu Semua Cabaran Menuju Ke Medan Jaya Mara Dalam Semua Arena Mendahului Era Semasa Walau Kita Aneka Bangsa Itu Ramuan Bitara Mengukuhkan Kedaulatan Negara Kasih Sayang Dipelihara Demi Wewarta Insan Cemerlang Gemilang Terbilang Sejarah awal sekolah ini bermula sejak 1925 apabila sebuah banglo milik pasangam suami isteri, Encil Emanuel dan Puan Ester yang terletak di tengah padang sekolah sekarang ini dijadikan tempat belajar. Setelah Encik Emanuel meninggal dunia, Puan Ester menyerahkan sekolah ini kepada pihak mubaligh Methodist. Sekolah ini telah diwartakan pada tahun 1931 oleh kerajaan negeri Perak. Pada tahun yang sama Rev. S.S. Paekianathan telah berusaha menggabungkan sekolah ini dengan Anglo Chinese School (ACS). Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan sekolah ini telah dibom oleh tentera Jepun. Pada tahun 1945 pihak Gereja Methodist telah membuka semula ACS di bangunan Persatuan Khek Cina. Di samping itu, Pejabat Jurutera Daerah Keretapi juga telah digunakan sebagai bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah. Di samping itu, usaha memungut derma telah dimulakan. Hasilnya tujuh buah bilik darjah, sebuah makmal sains, pejabat, kantian dan bangunan tandas telah dibina dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Tuan Haji Abdul Wahab bin Raja Muda Abdul Aziz. Pada bulan Mei 1949, kerajaan telah meluluskan sekolah ini sebagai Sekolah Bantuan Grant Kerajaan. Pada tahun 1952, Rev. Abel Eklund, telah berjaya menggabungkan sekolah ini dengan Victory English School. Sejak itu sekolah ini mula dikenali sebagai Methodist English School dengan jumlah muridnya seramai 240 orang. Sebuah lagi bangunan tambahan dengan 6 buah bilik darjah telah dibina pada tahun yang sama. Pada tahun 1963 sekolah ini telah menerima murid aliran Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan supaya Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) ditubuhkan dan Encik C.S. Arumugam telah dilantik sebagai pengerusi pertama. Pada tahun 1986 sebuah blok dua tingkat telah dibina yang dilengkapi dengan sebuah bilik Ekonomi Rumah Tangga, perpustakaan dan dua buah makmal sains dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Yb Lee Seck Fun. Bangunan sekolah ini pernah terbakar sebanyak dua kali dan kebakaran pada tahun 1987 telah memusnahkan blok pejabat sekolah. Sejak itu, sekolah ini mula berkembang sedikit demi sedikit dari segi kemudahan, bilangan murid, kakitangan dan guru sehingga ke hari ini. Pelbagai pihak telah menghulurkan bantuan kewangan khususnya daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, para ibu bapa, bekas murid dan juga daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2014, sekolah ini mendapat satu lagi mercu tanda baharu dengan pembinaan dan perasmian bangunan “Lux Et Veritus”. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan bilik darjah, bilik Penolong Kanan dan bilik guru. Pada tahun 2016 sejarah telah tercipta dengan siapnya dewan terbuka “GOODWILL ATRIUM”, sekali gus telah mengubah landskap MES yang kita sayangi. SEJARAH PENUBUHAN SMK METHODIST Outreach Pendaftaran Murid Tingkatan 1 / Kelas Peralihan 2023/2024 Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
Pengetua Pn. Devi a/p Maniam Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Nurlisa Mah binti Abdullah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Zain Khairull bin Sidek Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Mardiana binti Omar Penolong Kanan Petang En. Chandra Mohan a/l Krishnan Guru Kanan Bahasa Pn. Duliana binti Kamaruddin Guru Kanan Sains & Matematik Pn. Norhamiza binti Abd. Hamid Guru Kanan Kemanusiaan Pn Puteri Nurhayannum binti Bahrun Guru Kanan Vokasional & Teknik Pn. Kamaazila binti Mat Isa Guru Bimbingan dan Kaunseling En Selvaraj A/L Muniandy Pn. Aina Sukma binti Mohd Zohdi JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN SEKOLAH (EXCO MES) 1. Jualan buku diadakan pada 16/3/2023. 2. Banner digantung di pagar sekolah. KOPERASI SMK METHODIST TANJONG MALIM BHD 1. YURAN KEAHLIAN & SAHAM Yuran keahlian adalah RM 3.00 sahaja. Saham Koperasi SMK Methodist boleh dibeli oleh ahli pada harga minimum RM 5.00 dan had maksimum ialah RM 500.00. 2. DIVIDEN Dikongsi bersama pada akhir tahunan perakaunan berdasarkan peratus keuntungan pada tahun tersebut. 3. KEDAI KOPERASI MES Menjual lencana sekolah, alat tulis, pakaian sukan seperti Kemeja T sekolah, seluar trek, roti dan minuman Akan dibuka dalam cuti sekolah serentak dengan kedai buku sekolah bagi memudahkan pembelian pakaian sukan serta lencana sekolah. 4. SLOGAN KOPERASI Berkhidmat Untuk Kepentingan Bersama JADILAH AHLI DAN MELABUR DALAM KOOP MES! KEHADIRAN KE SEKOLAH Waktu pembelajaran bermula 1.20 tengah hari hingga 6.50 petang (Isnin-Khamis). Pada hari Jumaat, sesi pembelajaran bermula 2.20 hingga 6.50 petang) Perhimpunan bermula 1.10 petang. Murid-murid adalah diwajibkan hadir untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting. Kehadiran murid mesti menepati waktu. Murid-murid mesti berada di dalam kelas semasa pembelajaran dijalankan kecuali waktu rehat dan waktu peralihan kelas. Semasa pengajaran dan pembelajaran, muridmurid tidak dibenarkan keluar kecuali dengan kebenaran guru dan menggunakan pas keluar. Untuk makluman, pihak sekolah akan mengadakan Peperiksaan Kemasukan (Ujian Diagnostik) pada hari pertama sesi persekolahan kepada semua murid Tingkatan Satu. Terdapat empat mata pelajaran yang akan diuji, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di mana semuanya adalah dalam bahasa Inggeris kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu. Tempoh masa peperiksaan adalah setengah jam bagi setiap mata pelajaran. Diharap murid dapat bersedia dengan alat tulis pada hari pertama sesi persekolahan 2023/2024. KEDAI BUKU UJIAN DIAGNOSTIK
UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH UNIT BERUNIFORM Murid perlu memilih menjadi ahli mana-mana satu Badan Beruniform yang berikut. SUKAN DAN PERMAINAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (RABU) Murid-murid diwajibkan memakai uniform LENGKAP mengikut Unit Beruniform yang mereka sertai Perjumpaan aktiviti Kokurikulum dijalankan 2 kali sebulan. 1 Kadet Remaja Sekolah - LELAKI & PEREMPUAN 2 Kadet Polis - LELAKI & PEREMPUAN 3 Bulan Sabit Merah Malaysia - LELAKI & PEREMPUAN 4 Pengakap - LELAKI & PEREMPUAN 5 Pertubuhan Puteri Islam Malaysia - PEREMPUAN 1 Kelab Bola Sepak 2 Kelab Badminton 3 Kelab Bola Baling 4 Kelab Ping Pong 5 Kelab Catur 6 Kelab Bola Tampar 7 Kelab Olahraga 8 Kelab Squasy 9 Kelab Bola Jaring 10 Kelab Kriket PERSATUAN Persatuan Yang wajib bagi semua murid Persatuan Elit – Guru Penasihat diberi Kuasa Memilih ahli-ahlinya (murid) Catatan : Murid yang berminat boleh memohon menyertai kelab-kelab tersebut. 1 Persatuan Pengajian Islam Wajib disertai semua murid Islam 2 Persatuan Pengajian Cina Wajib disertai semua murid Cina 3 Persatuan Pengajian India Wajib disertai semua murid India 4 Persatuan Pelajar Kristian Semua murid beragama Kristian 1 Kebudayaan (Teater/ Drama/Muzik/ Nyanyian) Murid yang ada bakat persembahan 2 SPBT Penguatkuasa SPBT 3 Inovasi Sains & Robotik Murid yang berminat dengan inovasi. 4 Koperasi Sekolah AJK dan Pembantu Koperasi Sekolah sahaja 5 Keusahawanan PENGHARGAAN Guru Besar dan guru-guru 1. SK Methodist 2. SK Tanjong Malim 3. SJK(T) Ldg. Katoyang 4. SJK(T) Tan Sri Dato’ Manickavasagam Disediakan oleh Pn. Aslinda binti Musa Penyelaras Ting. 1 & Kelas Peralihan 1 Bahasa & Budaya Melayu 2 Bahasa Inggeris 3 Keceriaan & Landskap 4 Fotografi & Video 5 Rukun Negara 6 Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik(STEM) 7 Seni Visual & Grafik 8 Kerjaya & Kaunseling 9 Komputer 10 Pencinta Alam 11 Pengguna 12 Pencegah Jenayah 13 Pencegahan Dadah Persatuan & Kelab