The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin PDT Manjung edisi kedua : Mei - Ogos 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pdtmanjung, 2022-12-14 20:15:55

Buletin PDT Manjung edisi kedua : Mei - Ogos 2022

Buletin PDT Manjung edisi kedua : Mei - Ogos 2022

EDISI KEDUA: MEI-OGOS 2022 PPEEJJAABBAAT DTADERAAEHRDAAHN TDAANANH TMAANNJAUNHG

BULETIN

MANJUNG

00 5 - 6 8 8811 112200//66227700 / 2 111177
p d tpmdat mn jaunnjgu @n gp@epr aekr a. gko. gv o. mv .ym y


DARI MEJA KETUA PENGARANG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran SIDANG REDAKSI
dipanjatkan kehadrat ilahi dengan izin dan
kurnia-Nya dapat diterbitkan Edisi Kedua. Buletin ini PENAUNG
memaparkan program yang telah dirancang dan YBrs. Encik Shamsul Ridzuan bin Idris,
berjaya dilaksanakan oleh warga PDT Manjung Pegawai Daerah Manjung
dengan kolaborasi agensi-agensi berkaitan di sekitar
Daerah Manjung sepanjang bulan Mei hingga Ogos PENGERUSI / KETUA PENGARANG
2022. Encik Mohd Faizal bin Md Kasim,
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah)
Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dirasmikan oleh
YAB Menteri Besar pada Jun 2022 menggariskan PENASIHAT GRAFIK
enam agenda utama yang memfokuskan pada Encik Mohd Amirudin bin Kesmiran,
peningkatan kesejahteraan rakyat, keselamatan dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)
pembangunan dengan misi 'memacu pembangunan
sosial-ekonomi yang mapan, inklusif, dan dinamis di JAWATANKUASA BULETIN
negeri Perak.' Bagi mendokong agenda ini, antara
fokus Daerah Manjung adalah untuk memartabatkan BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
jaminan sekuriti makanan. Daerah ini sentiasa aktif
menjalankan aktiviti pertanian dan akuakultur selain UNIT PEMBANGUNAN TANAH DAN PELUPUSAN
merupakan daerah pengeluaran utama ayam, daging Puan Siti Mursalin binti Sujono
dan ternakan bagi negeri Perak yang diterajui oleh
Jabatan Perkhidmatan Veterinar. UNIT TEKNIKAL DAN PENGUATKUASAAN
Encik Muhammad Faiz bin Kaliman
Selain itu, Daerah Manjung juga merupakan daerah
yang akan menjadi Hab Maritim dan Pelabuhan UNIT HASIL DAN PENDAFTARAN
Nusantara yang akan memacu pembangunan Encik Abdul Hadi bin Mohammad Suhaimi
ekonomi dan sosial daerah. Pelan Tindakan ini akan
mentransformasi bandar Lumut sebagai satu bandar BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
moden dan mampan yang dipacu oleh sektor maritim
dan logistik. Hasilnya bandar Lumut akan menjadi UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL
jendela kepada laluan perdagangan antarabangsa. Encik Muhammad Faiz bin Adbdul Latiff

Akhirnya, saya ingin merakamkan penghargaan UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT
kepada Tuan Pegawai Daerah yang sentiasa Puan Nur Shamimi binti Che Anuar
memberikan bimbingan untuk menerbitkan Buletin
Edisi Kedua ini. Selain itu, terima kasih diucapkan BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
kepada semua Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Puan Tun Noraida binti Nikman
yang telah membantu dalam menerbitkan Edisi
Buletin PDT Manjung pada kali ini. Harapan saya SETIAUSAHA PETANDA
agar apa yang telah dilaksanakan akan mencapai Encik Muhammad Faiz bin Kaliman
matlamatnya.
SETIAUSAHA PUSPANITA
Terima kasih semua ! Puan Nur Shamimi binti Che Anuar

Pihak Jawatankuasa Buletin mengalu-alukan sebarang
bentuk Cadangan / Pendapat / Artikel / Rencana / Komen

daripada seluruh warga kerga PDT Manjung.



SILA MAJUKAN KEPADA E-MEL:
[email protected]

05-6881120/6270/2117 [email protected]


ISI KANDUNGAN

Lawatan kerja Pegawai Daerah Manjung ke Kebun Kerang Lekir 1
1
Aktiviti pengukuran tanah atas usaha di PPRT Bumi Hijau,
Mukim Pengkalan Baharu

Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat daerah Manjung 2
Sesi undian projek PDT Manjung Bilangan 2, 3 dan 4 bagi Tahun 2022 3

Kaunter kutipan luar cukai tanah di Masjid Nurul Hidayah 3
(Masjid Daerah Manjung)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PUSPANITA daerah Manjung 4
Tahun 2022

Perbincangan isu longkang, jalan-jalan, hakmilik tanah di 5
Rancangan Perumahan Tempatan Kampung Sri Acheh

Aktiviti pengesahan dan semakan pembinaan struktur di dalam 6
Hutan Simpan Bubu daerah Manjung

Program meningkatkan kapasiti tenaga penceramah melalui kajian maraan 7
dan munduran laut dan sungai di PDT Manjung

Semakan penandaan pokok bahaya di kawasan pelancongan Teluk Senangin, 7
Mukim Lumut

Sesi libat urus antara Biro Pengaduan Awam (BPA) dan agensi berkaitan bagi 8
isu kacau ganggu lalat di Manjung, Perak

Solat Jumaat bersama DYTM Raja Muda Perak 9
Lawatan kerja Duta Besar Amerika Latin dan Caribbean ke Negeri Perak 10

Keberangkatan DYMM Raja Permaisuri Perak ke Sekolah Amanah 11
SMK Seri Samudera

05-6881120/6270/2117 [email protected]


ISI KANDUNGAN

Pelancaran Perak Sejahtera 2030 12
13
Lawatan ke Lembah Makanan Kampung Selamat dan
Perasmian Pusat Pemprosesan dan Latihan Manjung Naluri Sdn. Bhd. (MGROW) 14

Lawatan tapak cadangan projek laman rezeki Teluk Senangin bagi
Program Pembasmian Kemiskinan Keluarga Malaysia (BMTKM)

Sesi libat urus bersama agensi bagi penyediaan garis panduan 14
perancangan ladang penternakan ayam 15
16
Majlis Ru’yah Hilal Zulhijjah Bagi Tahun 1443H / 2022M 16
17
PUSPANITA Daerah Manjung di Sambutan Hari Denggi Asean
Peringkat Negeri Perak 18

Majlis perasmian penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 19
Negeri Perak

Mesyuarat penyelarasan projek-projek Lembaga Perumahan dan Hartanah
Perak (LPHP) di daerah Manjung dan lawatan ke Projek Pembangunan Semula
Perkampungan Nelayan Pulau Pangkor

Taklimat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 kepada
Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Pembantu Pilihan Raya
bagi Negeri Perak

Gotong-royong pembasmian wabak denggi di Pantai Remis

Mesyuarat penghulu-penghulu bersama Pegawai Daerah Manjung 19
20
Lawatan tapak bersama Syarikat Maju Perak bagi Projek Pembinaan Baharu
Surau Fasa 3C dan Surau Al-Khairiah di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri 20
Perak (PKNP)

Majlis Perasmian Balai Polis Pangkor

05-6881120/6270/2117 [email protected]


ISI KANDUNGAN

Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak 21
22
Mesyuarat penyelarasan operasi penguatkuasaan Hutan Simpan Bubu dalam 22
Daerah Manjung 23
24
Program Merdeka @Komuniti Daerah Manjung dan Sambutan Konvoi Kembara 25
Keluarga Malaysia 2022
26
Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 27
Negeri Perak Darul Ridzuan 28
28
Jemputan ke Pavilion Perak, Program Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro 29
Pelancongan Malaysia (MAHA 2022) 30

Sesi libat urus bersama agensi teknikal bagi penyelarasan proses kebenaran
merancang dalam mempercepatkan proses pertukaran ladang ayam moden di
Manjung, Perak

Lawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke
Daerah Manjung

Perhimpunan Bulanan PDT Manjung

Program Hari Konservasi DYAM Raja DiHilir Perak di
Taman Negeri Pulau Sembilan

Program ziarah mangsa kebakaran Kampong Bharu (L) Ayer Tawar

Program Kembara Kasih Keluarga Malaysia sempena
Bulan Kemerdekaan Tahun 2022

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Negeri Perak ke
temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022

05-6881120/6270/2117 [email protected]


ISI KANDUNGAN

Operasi perobohan struktur binaan di Teluk Senangin 31
32
Program sambutan ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak
Tahun 2022

Penyertaan Kontinjen Daerah Manjung dalam Perarakan Kemerdekaan 33
Peringkat Negeri Perak

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat 34

Info Pelancongan Daerah Manjung 35 - 36

Informasi berkaitan e-Tanah 37

IMBAS KOD QR BAGI MUAT TURUN BULETIN PDT MANJUNG
EDISI KEDUA : MEI - OGOS 2022

05-6881120/6270/2117 [email protected]


AMANAT DARI PEGAWAI DAERAH MANJUNG

Tempoh sukuan kedua tahun 2022 merupakan tempoh yang sarat
dengan aktiviti dan program di peringkat daerah dan negeri.
Pelbagai acara rasmi telah diatur dan dihadiri oleh ketua-ketua
jabatan negeri dan persekutuan. Peralihan ke fasa endemik telah
memungkinkan lebih banyak aktiviti dan program yang
melibatkan lebih ramai hadirin dan orang awam turut hadir
bersama.

Buletin PDT Manjung yang kedua pada kali ini memaparkan lebih
banyak aktiviti memperlihatkan tugas-tugas utama pentadbiran
ini, program sosio ekonomi, bantuan kemasyarakatan,
Pelancaran Pelan Perak Sejahtera 2030, sambutan Hari
Pahlawan dan bulan Kemerdekaan.

Dengan kerancakan ini, semestinya kita terus belajar untuk YBrs. Encik Shamsul Ridzuan bin Idris
menyesuaikan diri dan menjaga kesihatan secara kendiri dalam PEGAWAI DAERAH MANJUNG
kehidupan pasca Covid-19.

Tahun 2022 ini bakal menjadi titik permulaan baharu bagi pembangunan berskala besar di daerah
Manjung. Daerah Manjung dinobatkan bakal menjadi hab maritim dan pelabuhan nusantara seperti
yang dinukilkan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Hab maritim membawa maksud semua aktiviti-
aktiviti berasaskan marin yang membawa faedah kepada pelancong dan penduduk negeri Perak secara
khususnya.

Sementara itu, pelabuhan nusantara membawa maksud pelabuhan entreport di mana aktiviti
mengimport barang dari negara asing, diproses atau disimpan dan dieksport semula ke negara lain.
Aktiviti entreport seperti ini memberi nilai tambah kepada barangan yang diimport sebelum dieksport
semula ke negara lain. Ke arah ini, Perak akan berupaya menarik kehadiran lebih ramai pemain utama
bidang perkapalan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan sektor logistik negeri.

Saya yakin dan percaya, dengan berbekalkan iltizam dan doa, daerah Manjung bakal dikenali sebagai
satu pelabuhan baru yang dinamik dan mapan. Bandar Lumut akan menjadi destinasi pelancong luar
dan dikenali sebagai bandar tentera laut. Kemakmuran dan kesejahteraan penduduk di Daerah Manjung
turut melonjakkan daerah ini ke tahap yang setaraf dengan pembangunan bandar terkemuka di
Malaysia.

05-6881120/6270/2117 [email protected]


LAWATAN KERJA PEGAWAI
DAERAH MANJUNG KE KEBUN

KERANG LEKIR

LEKIR, 17 MEI 2022 AKTIVITI PENGUKURAN TANAH
ATAS USAHA DI PPRT BUMI HIJAU
Pegawai Daerah Manjung, YBrs. Encik Shamsul
Ridzuan bin Idris telah mengadakan lawatan ke MUKIM PENGKALAN BAHARU
Kebun Kerang Lekir bagi melihat status operasi
Projek Kebun Kerang Lekir. Ia merupakan salah satu PENGKALAN BAHARU, 25 MEI 2022
projek yang dirancang di dalam pelan Perancangan
Lembah Makanan Lekir. Pasukan Teknikal dan Penguatkuasaan Pejabat
Daerah dan Tanah Manjung telah menjalankan aktivit
Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan di pengukuran tanah di atas usaha bertempat di PPRT
kawasan perairan laut Lekir yang diwartakan seluas Bumi Hijau Mukim Pengkalan Baharu. Aktiviti ini
4,538 hektar bermula bulan Jun 2020. Kajian kerang adalah bertujuan bagi mengenalpasti setiap
di perairan Lekir telah bermula pada tahun 2009 pengusaha tanah di atas kawasan tersebut untuk
sehingga 2011. dibawa ke cadangan pemberimilikan tanah bagi
menyelesaikan isu setinggan di kawasan tersebut.
Pengeluaran pertama hasil Kerang Premium Lekir
(KPL) bermula tahun 2021. Pengeluaran kerang pada Aktiviti ini melibatkan seramai 12 orang pegawai dan
tahun 2021 adalah sebanyak 143,430 metrik tan kakitangan. Antara aktiviti yang dijalankan
manakala pengeluaran benih kerang adalah termasuklah mencari batu sempadan, penentuan
sebanyak 176,800 metrik tan. petak usaha dan mengukur sempadan menggunakan
dron.
Projek ini telah memberi manfaat kepada peserta
dan nelayan sekitar perairan Lekir dalam Aktiviti siasatan dan bancian ke atas pengusaha
meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi turut dijalankan di kawasan tersebut bagi
penduduk setempat. mendapatkan data dan maklumat untuk penandaan
batu sempadan usaha masing-masing. Hasil data
Lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong dari aktiviti ini akan digunapakai bagi penyediaan
Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Mohd pelan usaha dan senarai peserta diangkat bagi
Amirudin bin Kesmiran bersama pegawai-pegawai pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.
Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan
Tanah Manjung.

05-6881120/6270/2117 1
[email protected]


JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

PERINGKAT DAERAH MANJUNG

DEWAN MERDEKA, 20 MEI 2022

Pada tanggal 20 Mei 2022 telah berlangsung Majlis Jamuan
Hari Raya Aidilfitri 1443H peringkat daerah Manjung. Majlis
ini berlangsung bertujuan untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara jabatan-jabatan yang terdapat di dalam
daerah Manjung.

Majlis ini juga menjemput VVIP yang terdiri daripada Ahli-
ahli Parlimen, ADUN Manjung dan Ketua-ketua Jabatan.
Setiap jabatan yang terlibat akan menyediakan menu pilihan
masing-masing untuk dihidang secara buffet.

Selain itu, terdapat pertandingan 'Gerai Tercantik' yang
dinilai oleh dua (2) pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah
Perak Tengah. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit
Pembangunan Tanah dan Pelupusan, PDT Manjung.

YBrs. Encik Shamsul bin Ridzuan merakamkan ucapan
tahniah dan terima kasih di atas kerjasama kakitangan
dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat
daerah Manjung 1443H.

05-6881120/6270/2117 2
[email protected]


SESI UNDIAN PROJEK PEMBUKAAN KAUNTER
PDT MANJUNG BILANGAN KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH DI
2, 3 DAN 4 BAGI TAHUN 2022
MASJID NURUL HIDAYAH

MANJUNG, 27 MEI 2022

Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah
membuka Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah di
beberapa lokasi di Daerah Manjung bermula 27 Mei
2022. Sehingga kini jumlah kutipan luar yang telah
dicapai sepanjang pembukaan kaunter di lapan (8)
lokasi terpilih adalah sebanyak RM11,305.60.

SERI MANJUNG, 25 MEI 2022 Aktiviti ini menerima sambutan yang amat
menggalakkan daripada orang ramai. Aktiviti ini juga
Pada 25 Mei 2022, Pejabat Daerah dan Tanah akan diteruskan dari semasa ke semasa bertujuan
Manjung telah mengadakan sesi Undian Projek bagi bagi memudahkan orang ramai untuk membayar
tempoh Mei – Ogos 2022. Undian projek telah cukai tanah tanpa perlu hadir ke pejabat serta
dijalankan dengan melibatkan peruntukan MARRIS memberikan informasi berkaitan dengan
PDT Manjung dan PEMACU yang berjumlah RM480 perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah
ribu. dan Tanah Manjung.

Dalam sesi tersebut, tiga (3) projek berjumlah
RM210 ribu telah diundi dengan menggunakan
peruntukan MARRIS PDT Manjung.

Seterusnya pada 10 Jun 2022, sebanyak 22 projek
berjumlah RM1.51 juta telah diundi yang melibatkan
peruntukan MARRIS PDT Manjung dan sesi undian
projek terakhir bagi bulan Jun 2022 dijalankan pada
22 Jun 2022.

Sesi undian projek disempurnakan oleh Pegawai Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah di
Daerah Manjung, YBrs. Encik Shamsul Ridzuan bin Pasar Awam Sitiawan pada 6 Ogos 2022
Idris bersama urus setia daripada Bahagian
Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah
Manjung.

Sesi undian turut dihadiri oleh Jurutera Daerah, JKR
Manjung, Jurutera Daerah, JPS Manjung dan wakil
persatuan kontraktor Daerah Manjung.

05-6881120/6270/2117 Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah di

3 Pejabat Penghulu Lekir pada 10 Ogos 2022

[email protected]


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
PUSPANITA DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

LUMUT, 31 MEI 2022

PUSPANITA Daerah Manjung telah menganjurkan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mei 2022
bersamaan 30 Syawal 1443H bertempat di
Perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah
Manjung.

Majlis turut dihadiri oleh Penasihat PUSPANITA
Daerah Manjung, YBrs. Encik Shamsul Ridzuan bin
Idris, Pengerusi PUSPANITA Daerah Manjung, YBhg.
Puan Fariza binti Mohamed Yusoff, Ketua-ketua
Jabatan Daerah Manjung dan Persatuan-persatuan
Wanita sekitar Manjung serta ahli PUSPANITA.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini
diserikan lagi dengan kehadiran hampir 200 orang
Ahli PUSPANITA Daerah Manjung, selepas tempoh
dua tahun majlis sambutan ini tidak dapat
dilaksanakan disebabkan oleh Pandemik Covid-19.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini turut 4
diserikan dengan pelbagai gerai-gerai aneka juadah
seperti gerai kambing golek, laksa dan pelbagai
lagi menu menarik.

05-6881120/6270/2117 [email protected]


PERBINCANGAN ISU LONGKANG, JALAN-JALAN,
HAKMILIK TANAH DI RANCANGAN PERUMAHAN

TEMPATAN KAMPUNG SRI ACHEH

SERI MANJUNG, 31 MEI 2022

Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah menerima lawatan dari wakil penduduk Kampung Sri Acheh,
Sitiawan yang diketuai bersama Encik K. Veerappan dan Encik Kunalan a/l Govindasamy bagi bertemu pihak
pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Manjung untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh penduduk
setempat. Perbincangan ini juga turut dihadiri oleh wakil Unit Perancang, Majlis Perbandaran Manjung dan
Penghulu Mukim Sitiawan.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan aduan saliran
perparitan, masalah penyelenggaraan jalan serta
penyelesaian isu hakmilik (lot lidi).

Setelah mendengar luahan dan masalah yang dihadapi serta
perbincangan lanjut dengan wakil penduduk, pentadbiran
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Majlis Perbandaran
Manjung telah mengambil tindakan segera berpandukan
punca kuasa dan peranan agensi masing-masing dengan
memberi khidmat nasihat dan tindakan susulan penyelesaian
kepada wakil penduduk.

Melalui platform perbincangan ini, input serta maklumat yang
dibekalkan oleh wakil penduduk dapat memberikan gambaran
jelas dan maklumat tambahan kepada pentadbiran ini dalam
membuat tindakan susulan serta keputusan yang boleh
diambil dalam mengimbangi kehendak dan keperluan
penduduk setempat.

05-6881120/6270/2117 5
[email protected]


AKTIVITI PENGESAHAN DAN SEMAKAN PEMBINAAN STRUKTUR
DI DALAM HUTAN SIMPAN BUBU DAERAH MANJUNG

BERUAS, 1 JUN 2022

Operasi bersepadu antara Pejabat Hutan Daerah Kinta /
Manjung, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis
Perbandaran Manjung serta Penghulu Mukim Beruas telah
diadakan bagi membuat pengesahan dan semakan pembinaan
struktur kekal / sementara di dalam Hutan Simpan Bubu bagi
Daerah Hutan Kinta / Manjung, Beruas.

Matlamat operasi ini diadakan adalah bagi mengumpul Maklumat dan dapatan yang diperoleh hasil
maklumat dan gambaran sebenar aktiviti penerokaan secara daripada operasi ini akan dinilai semula dan
tidak sah yang telah dijalankan di atas Rizab Hutan Simpan diselaraskan bagi menentukan kaedah
Bubu. Operasi ini telah diketuai oleh Encik Khairul Nizam bin penguatkuasaan serta penyelesaian terbaik
Mohamed, Pegawai Hutan Daerah Kinta / Manjung mengikut akta, enakmen dan peraturan sedia
ada yang sedang berkuatkuasa selaras
Operasi yang dijalankan memfokuskan kepada penerokaan di dengan keputusan Majlis Tanah Negara ke-
sekitar kompartment 62 yang melibatkan tanaman kelapa 78 berhubung tindakan penguatkuasaan dan
sawit secara tidak sah seluas hampir 45 Hektar. Mengikut penyelesaian ke atas penerokaan haram
bancian yang dilakukakan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, dalam hutan simpanan kekal di Semenanjung
seluas lebih kurang 66 Hektar rizab Hutan Simpan Bubu Malaysia.
(melibatkan kompartment 57, 60, 61 dan 62) telah diteroka
dengan tanaman kelapa sawit dan durian. Mana-mana penerokaan haram yang
dilakukan di dalam Hutam Simpan boleh
didakwa di bawah Seksyen 81(1)e Akta
Perhutanan Negara 1984 yang mana boleh
membawa maksimum denda tidak melebihi
RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya
didapati bersalah melakukan kesalahan
tersebut.

05-6881120/6270/2117 6
[email protected]


PROGRAM MENINGKATKAN KAPASITI MANJUNG, 2 JUN 2022
TENAGA PENCERAMAH MELALUI
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah
KAJIAN MARAAN DAN MUNDURAN menerima lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan
LAUT DAN SUNGAI DI PDT MANJUNG dan Perundangan Tanah, Institut Tanah dan Ukur
Negara (INSTUN) yang diketuai oleh Puan Nor
Rahayu Binti Ibrahim, Ketua Program (Seksyen
Pembangunan Kompetensi) bagi bertemu
Pengurusan Pentadbiran Tanah Pejabat Daerah
dan Tanah Manjung.

Tujuan utama lawatan diadakan adalah bagi
mendapatkan input serta berkongsi maklumat
mengenai hakmilik-hakmilik yang terlibat dengan
maraan dan munduran air seperti mana yang
diperuntukkan di dalam Seksyen 49 Kanun Tanah
Negara 1965.

Pengumpulan data primer dan sekunder ini dapat memberi pendedahan kepada anggota pentadbiran tanah
berkaitan tanggungjawab mengemaskini rekod dan daftar hakmilik berdasarkan Seksyen 49, Kanun Tanah
Negara 1965 telah tercapai.

Perkongsian maklumat ini juga dilihat dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan jabatan
selain meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi penyampaian ceramah yang lebih baik kepada
tenaga penceramah pihak INSTUN. Sesi perkongsian ini juga melibatkan lawatan di lapangan kawasan yang
terlibat.

SEMAKAN PENANDAAN POKOK BAHAYA DI

KAWASAN PELANCONGAN TELUK SENANGIN

LUMUT, 29 JUN 2022

Pejabat Daerah dan Tanah Manjung bersama Unit
Landskap, Majlis Perbandaran Manjung telah djemput
oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta / Manjung untuk
bersama-sama membuat semakan penandaan pokok
bahaya di kawasan pelancongan Teluk Senangin, Mukim
Lumut daerah Manjung. Kawasan penandaan pokok
bahaya ini hanyalah dijalankan di atas tanah berstatus
Tanah Kerajaan sahaja.

Penandaan pokok berisiko ini adalah bagi menentukan pokok yang boleh mengancam keselamatan dapat
ditebang mengikut kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan pokok berstatus balak bernilai. Ancaman
keselamatan di kawasan pelancongan ini berpunca dari pokok berisiko yang boleh mengakibatkan kerosakan
harta benda dan kecederaan, malah boleh melibatkan kehilangan nyawa. Faktor-faktor pokok berisiko seperti
kedudukan, kecondongan, kerosakan fizikal, dahan-dahan mati dan pereputan dahan, batang atau sistem akar
menjadi asas kepada kaedah penandaan pokok bahaya ini dijalankan. Antara spesis pokok hutan yang
ditandakan ialah pokok beruas, pokok balau, pokok kelat merah dan pelbagai spesies balak yang lain.

7

05-6881120/6270/2117 [email protected]


SESI LIBAT URUS ANTARA BIRO PENGADUAN AWAM
(BPA) DAN AGENSI BERKAITAN BAGI ISU KACAU
GANGGU LALAT DI MANJUNG PERAK

SITIAWAN, 9 JUN 2022

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan satu sesi libat urus bersama agensi
terlibat bagi menangani isu kacau ganggu lalat di daerah Manjung, Perak. Sesi libat urus ini menfokuskan
kepada operasi penternakan ayam di daerah Manjung.

Biro Pengaduan Awam yang diketuai oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Ketua Pengarah
(Aduan) bersama ahli jabatan yang lain telah hadir ke sesi ini bagi mendapatkan gambaran jelas serta
tindakan menyeluruh bagi menangani isu kacau ganggu lalat di daerah Manjung yang sering diterima Biro
Pengaduan Awam. Antara agensi terlibat di dalam sesi libat urus ini adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah
Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung.

Sesi ini dimulakan dengan lawatan ke Ladang Penternakan Ayam SLK di Sitiawan yang mengamalkan konsep
sistem reban ayam tertutup bagi mendapatkan gambaran awal dan maklumat serta maklum balas dari
pengusaha berkenaan dalam mengamalkan konsep reban tertutup bagi menangani isu kacau ganggu lalat ini.

Sesi berikutnya diteruskan dengan perbincangan bersama agensi terlibat dalam menyelaraskan pelan
tindakan bersepadu dan cadangan menangani isu kacau ganggu lalat mengikut peranan dan fungsi agensi /
jabatan masing-masing di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan jumlah perjawatan agensi / jabatan, promosi penggunaan
ladang tertutup, geran kajian, semakan Enakmen Perladangan Unggas 2005, semakan Peraturan Peraturan
Perladangan Unggas 2010 serta cadangan penubuhan jawatankuasa khas menangani isu kacau ganggu lalat.

05-6881120/6270/2117 8
[email protected]


SOLAT JUMAAT BERSAMA
DYTM RAJA MUDA PERAK

LUMUT, 10 JUN 2022

Solat Jumaat Bersama DYTM Raja Muda Perak
telah berlangsung pada hari Jumaat di Masjid
Al-Adly, Lumut.

Tetamu jemputan yang turut hadir bersama
terdiri daripada Orang Besar Jajahan Manjung,
Pegawai Daerah Manjung, Pengarah MAIPK,
Panglima Armada Barat, Panglima Pendidikan
dan Latihan, YDP MPM, Pegawai Tadbir Agama
Manjung, Ahli Parlimen Lumut, ADUN Pangkor,
YDH Toh Tan Dewa Paduka, YDH Toh Sakna
Menteri serta YDH Toh Kelana Perkasa.

05-6881120/6270/2117 9
[email protected]


LAWATAN KERJA DUTA BESAR

AMERIKA LATIN DAN CARIBBEAN

KE NEGERI PERAK

IPOH, 17 JUN 2022

Kerajaan Negeri Perak telah menerima kunjungan daripada barisan Duta-Duta Negara Amerika Latin dan
Carribbean (GRULAC).

Kehadiran Duta-Duta Negara Amerika Latin dan Caribbean itu telah disambut oleh YB Pengerusi
Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato' Shahrul Zaman Dato' Yahya.

Delegasi tersebut telah diketuai oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Manuel
Balaguer Salas dan turut melibatkan empat negara lain iaitu Brazil, Chile, Cuba dan Peru.

Sesi tersebut merupakan platform jalinan hubungan dan pada masa yang sama bertujuan untuk
mempromosikan negeri Perak kepada negara-negara GRULAC dari sudut ekonomi, pelancongan, pengilangan
dan pembuatan.

Pada sesi tersebut juga terdapat beberapa reruai
pameran yang disediakan oleh jabatan, agensi dan
pemain industri di negeri Perak antaranya Tourism
Perak, Lumut Port, Jabatan Kesenian dan
Kebudayaan Negeri Perak, Invest Perak,
MATRADE, Pebadanan Pembangunan Pertanian
Negeri Perak (PPPNP), Perbadanan Taman Negeri
Perak, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc),
Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Vale Malaysia
Mineral Sdn Bhd, Hovid Berhad, Sanctuary Health
Sdn. Bhd. dan Imperia Asia International Sdn. Bhd.

05-6881120/6270/2117 10
[email protected]


05-6881120/6270/2117 MANJUNG,16 JUN 2022

DYMM Tuanku Zara Salim melawat sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Samudera yang dipilih sebagai Sekolah
Amanah Perak pada tahun 2017.

Dalam lawatan tersebut, baginda serta para hadirin
diberikan penerangan tentang Program Sekolah Amanah.
Program Sekolah Amanah merupakan program untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam semua
bidang.

Skop lawatan tersebut termasuk Kelas Pendidikan Khas
yang mengajar Kemahiran Vokasional Spesifik dalam
bidang seni kraf anyaman serta pembuatan roti.

Di samping itu, baginda melawat kelas yang menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Cooperative
Learning Structures (CLS) yang dilaksanakan di sekolah
tersebut.

Baginda diiringi oleh YBhg. Dato' Mah Hang Soon, Exco
Pendidikan, Pengajian dan Sumber Manusia Negeri Perak,
YBrs. Tuan Ahmad Saidi Mohamad Daud, Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBrs. Tuan Aznan Alias
dan Orang Besar Jajahan Manjung, YDH Toh Seri Bijaya
Leftenan Kolonel Dato' Shaharudin Haji Nazari.

11

[email protected]


PELANCARAN PERAK Tambahnya lagi, agenda ketiga dan keempat adalah
SEJAHTERA 2030 pembuatan keputusan berpacukan data dan koridor
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) Malaysia.

“Analisa data raya melibatkan sistem integrasi data
dan analisis daripada jabatan serta agensi-agensi
lain akan diperkukuh. Ini penting untuk mewujudkan
kolaborasi antara agensi dalam perkongsian
maklumat dan keputusan. Perak juga akan menjadi
hab pendidikan teknikal di lima daerah iaitu Perak
Tengah, Kinta, Manjung, Larut Matang dan Selama
serta Kuala Kangsar,” jelasnya mengenai dua (2)
agenda tersebut.

Seterusnya adalah perlombongan lestari yang turut

IPOH, JUN 2022 menggariskan komitmen kerajaan negeri

Majlis Pelancaran Pelan Perak Sejahtera 2030 telah mengamalkan perlombongan secara
dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri
Saarani Mohamad di Hotel Kinta Riverfront. bertanggungjawab dan mampan melalui

pendekatan baik pulih bekas tapak perlombongan

setelah perlombongan tamat.

Pelan Perak Sejahtera 2030 menggariskan enam (6) Yang terakhir adalah tadbir urus projek
agenda yang mencerminkan aspirasi rakyat dari segi berkepentingan negeri. Beliau mengulas lanjut,
kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan ekonomi yang berkelangsungan mesti didorong
dengan misi memacu pembangunan sosiekonomi oleh prinsip ketelusan dan kecekapan tadbir urus.
yang mapan, inklusif dan dinamik. Majlis turut “Penilaian dan penyelarasan projek harus melalui
dihadiri oleh YBrs. Encik Shamsul Ridzuan Bin Idris, ketelitian yang wajar bagi memastikan projek
Pegawai Daerah Manjung. pembangunan negeri dianugerahkan kepada yang
berkelayakan sekali gus memberi keyakinan kepada
Menurut YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, agenda pelabur.
pertama adalah jaminan sekuriti makanan. Agenda
ini memberi tumpuan kepada bidang pertanian bagi
pengeluaran hasil makanan yang berskala besar.

Agenda kedua pula adalah ekonomi digital di mana
potensi perniagaan menggunakan teknologi internet
di Malaysia adalah sebanyak 31 billion USD pada
tahun 2025.

Perak memeta perancangan untuk memantapkan
infrastruktur digital bagi memenuhi keperluan
perniagaan dalam ekonomi digital, selain memacu
inovasi dan adaptasi teknologi.

Gambar ehsan daripada Pejabat SUK Perak

12

05-6881120/6270/2117 [email protected]


LAWATAN KE LEMBAH MAKANAN KAMPUNG SELAMAT

DAN PERASMIAN PUSAT PEMPROSESAN

SERTA LATIHAN MANJUNG NALURI SDN BHD (MGROW)

SITIAWAN, 25 JUN 2022

YBhg. Dato' Zainal Azman bin Abu Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) telah
mengadakan lawatan pada 25 Jun 2022 ke Lembah Makanan, Kampung Selamat, Sitiawan. Lawatan beliau
adalah bertujuan bagi melihat potensi dan kebolehpasaran produk nanas premium MD2 yang ditanam di sini
sejak September 2018. Lawatan ini disertai oleh YBrs. Encik Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah
Manjung dan Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.

Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan selama dua (2) tahun, ladang nanas di sini
sentiasa dijaga dan dituai bagi menjaga kualiti buah serta memastikan hasil dapat dipasarkan ke seluruh
Malaysia. Lembah makanan seluas 85 ekar di Kampung Selamat, Sitiawan turut ditanam dengan tanaman
nanas Morris, pisang, bendi, jagung manis, serai dan kelapa matag.

Beliau amat berbangga dengan produk yang dihasilkan oleh MGROW dan membayangkan syarikat ini bakal
menembusi pasaran luar negara. Kekuatan syarikat ini dan produk yang dihasilkan adalah daripada segi kajian
dan penyelidikan (R&D) bagi produk nanas, pensijilan HALAL, MeSTI, HACCP, GMP dan ISO 22000 yang telah
diperolehi. Beliau merasmikan pusat pemprosesan dan latihan MGROW dan seterusnya meninjau bilik
pemprosesan nanas dan merasai sendiri pengalaman memotong dan menyiapkan produk coklat berasaskan
nanas.

05-6881120/6270/2117 13
[email protected]


SESI LIBAT URUS BERSAMA
AGENSI BAGI PENYEDIAAN GARIS

PANDUAN PERANCANGAN
LADANG PENTERNAKAN AYAM

LAWATAN TAPAK CADANGAN MANJUNG, 30 JUN 2022
PROJEK LAMAN REZEKI TELUK
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah dijemput
SENANGIN BAGI PROGRAM sebagai salah satu agensi teknikal oleh PLAN
PEMBASMIAN KEMISKINAN Malaysia dan MPC menerusi Agro-Food Productivity
KELUARGA MALAYSIA (BMTKM) Nexus (AFPN) untuk menyertai sesi libat urus bagi
Penyediaan Garis Panduan Perancangan Ladang
TELUK SENANGIN, 27 JUN 2022 Penternakan Ayam.

Satu sesi lawatan kerja telah diadakan ke tapak Sesi libat urus ini adalah bertujuan bagi
cadangan Projek Laman Rezeki, Teluk Senangin mendapatkan maklumbalas dan cadangan
bagi Program Pembasmian Kemiskinan Keluarga penambahbaikkan daripada pihak agensi teknikal
Malaysia (BMTKM) Daerah Manjung. dan wakil industri dalam penyediaan garis panduan
bagi perancangan ladang ternakan ayam tertutup.
Lawatan ini diketuai oleh Pegawai Daerah Manjung Garis panduan ini disediakan oleh pihak PLAN
bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Malaysia.
(Pembangunan) dan pegawai daripada Bahagian
Pembangunan Daerah serta Penghulu Mukim Lumut. Antara perkara yang disentuh di dalam sesi libat
urus ini adalah berkenaan sekatan syarat nyata
Kawasan Batu 3 Segari telah terpilih menjadi antara tanah mengikut Kanun Tanah Negara 1965, tatacara
lokaliti rintis daripada 80 lokaliti yang telah dikenal mendapatkan kebenaran merancang dan pelan
pasti di seluruh negara. bangunan dari Pihak Berkuasa Tempatan serta
penetapan zon penggunaan dan pemajuan tanah
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk dalam kawasan dan bangunan pihak berkuasa
mengenal pasti cadangan pembangunan dan lokasi perancang tempatan oleh PLAN Malaysia dalam
yang bersesuaian bagi pelaksanaan Projek Laman menambahbaik kaedah sedia ada bagi
Rezeki, Teluk Senangin sebelum diangkat ke Unit mempraktikkan amalan terbaik perancangan ladang
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, ayam secara tertutup.
JPM).

05-6881120/6270/2117 14
[email protected]


MAJLIS RU’YAH HILAL ZULHIJJAH
BAGI TAHUN 1443H / 2022M

SEGARI, 29 JUN 2022

Bertempat di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari,
Lumut telah diadakan majlis fardu kifayah iaitu Ru'yah
Hilal atau mencerap anak bulan Zulhijjah bagi menetap
1 Zulhijjah bagi tahun ini.

Majlis bersejarah ini telah dihadiri oleh YBhg. Sahibus
Samahah S.S Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan
Mufti Negeri Perak, selaku Pengerusi Ru'yah Hilal
Negeri Perak, YBhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja
Mahkota Dato' Haji Meor Redwan bin Mahyuddin, Orang
Besar Jajahan Hilir Perak, YDH Toh Paduka Setia Dato'
Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan
Mu'allim, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol Dato' Shaharudin
bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, YBrs.
Encik Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah
Manjung dan ketua serta wakil jabatan kerajaan
persekutuan dan negeri, pelajar Kolej Profesional Seri
Iskandar dan orang awam.

Majlis mencerap anak bulan yang dipimpin oleh Jabatan
Mufti Negeri Perak turut di sertai oleh Seksyen Geodesi,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),
Bahagian Ukur dan Pemetaan Institut Tanah dan Ukur
Negara (INSTUN) yang turut memberi faedah dan
pengalaman kepada orang awam untuk melihat anak
bulan dengan menggunakan peralatan yang disediakan.

15

05-6881120/6270/2117 [email protected]


PUSPANITA DAERAH MANJUNG DI
SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN
PERINGKAT NEGERI PERAK

SITIAWAN, 2 JULAI 2022

Sempena sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Padang Astaka
Sitiawan, PUSPANITA Daerah Manjung telah menyertai Pertandingan Acara Berjalan Kaki 5,000 Langkah
anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.

Kontinjen PUSPANITA Daerah Manjung yang terdiri daripada 20 orang ahli ini dimeriahkan lagi dengan
sokongan Pengerusi PUSPANITA Daerah Manjung, YBhg. Puan Fariza binti Mohamed Yusoff yang turut hadir
menyertai acara tersebut.

Semangat kebersamaan yang tinggi ditunjukkan oleh ahli-ahli PUSPANITA Daerah Manjung, yang terdiri
daripada pelbagai lapisan umur semasa acara berlangsung adalah tanda komitmen persatuan tentang
kepentingan penglibatan komuniti dalam aktiviti pencegahan dan kawalan wabak Demam Denggi.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM) NEGERI PERAK

PASIR SALAK, 3 JULAI 2022

Penganjuran siri kelima Jelajah Aspirasi YAB Perdana Menteri merasmikan Majlis Perasmian Penutupan
Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak 2022 Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM)
menutup tirai dengan Majlis Perasmian
Penutupan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri
Ismail Sabri Yaakob, di Litar Dato’ Sagor, hari ini.
Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi
Keluarga Malaysia Perak telah dihadiri oleh YBrs.
Encik Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah
Manjung.

Dalam ucapan, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, cabaran yang dihadapi hari ini termasuk perubahan
senario ekonomi global, tidak mampu untuk ditangani sendirian oleh kerajaan, dan ia memerlukan
pelaksanaan langkah proaktif melalui pengubahsuaian dasar-dasar tertentu.

16

05-6881120/6270/2117 [email protected]


MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK-PROJEK
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK (LPHP) DI

DAERAH MANJUNG DAN LAWATAN KE
PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA

PERKAMPUNGAN NELAYAN PULAU PANGKOR

SERI MANJUNG, 5 JULAI 2022

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP)
yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif
LPHP, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan telah
hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Manjung bagi
mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan
Projek-Projek LPHP di Daerah Manjung.

Mesyuarat penyelarasan ini diadakan untuk
menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan
projek di bawah seliaan LPHP.

Sejurus selepas mesyuarat, delegasi LPHP di
bawa ke Projek Pembangunan Semula
Perkampungan Nelayan Kampung Sungai Pinang
Besar, Pulau Pangkor.

Projek kini di bawah seliaan Pejabat Daerah dan
Tanah Manjung dan akan diserahkan kepada
LPHP sebagai agensi yang menguruskan
perumahan tersebut selepas projek siap dibina.

Mesyuarat dan lawatan ini turut dihadiri oleh

Ketua Penolong Pegawai Daerah

(Pembangunan), Encik Mohd Amirudin bin

Kesmiran bersama pegawai-pegawai Bahagian

Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah

Manjung.

05-6881120/6270/2117 17
[email protected]


TAKLIMAT PERSEDIAAN  MENGHADAPI PILIHAN
RAYA UMUM (PRU) KE-15 KEPADA PEGAWAI
PENGURUS, PENOLONG PEGAWAI PENGURUS DAN
PEMBANTU PILIHAN RAYA BAGI NEGERI PERAK

Simulasi hari penjumlahan rasmi undi dan pasca IPOH, 7 JULAI 2022
pilihan raya
Pada tanggal 7 Julai 2022 (Khamis), satu taklimat persediaan
Suasana taklimat persediaan menghadapi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 telah diadakan di
PRU-15 Rafflesia Ballroom, Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Taklimat
tersebut dikelolakan dibawah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Negeri Perak bagi persediaan untuk menjalankan pilihan raya
umum di kawasan dan daerah Perak yang terlibat. Taklimat
tersebut berlangsung selama dua (2) hari dari 6 hingga 7 Julai
2022.

Dalam taklimat tersebut, antara kakitangan kerajaan yang hadir
adalah Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus
(Parlimen), Penolong Pegawai Pengurus (Dewan Negeri),
Penolong Pegawai Pengurus (Undi Pos), Penolong Pegawai
Pengurus (Undi Awal) dan dua pembantu Pilihan Raya yang
telah dilantik.

Antara agenda dalam taklimat berkenaan adalah berkaitan
dengan proses-proses pilihan raya seperti menjalankan
simulasi Hari Penamaan Calon, persediaan, pengeluaran,
penerimaan, pembukaan dan pengiraan undi pos, penerangan
tentang undi awal / undi biasa, simulasi hari penjumlahan rasmi
undi dan pasca pilihan raya (penyata perbelanjaan / petisyen /
pelupusan).

18

05-6881120/6270/2117 [email protected]


PULAU PANGKOR, 25 JULAI 2022

Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Daerah Bersama
Penghulu-Penghulu Daerah Manjung Bil 1/2022 telah
diadakan di Pejabat Penghulu Pangkor. Mesyuarat ini
dipengerusikan oleh YBrs. Encik Shamsul Ridzuan
bin Idris, Pegawai Daerah Manjung dan turut dihadiri
oleh Encik Mohd Amirudin bin Kesmiran, Ketua
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan
pegawai daripada Bahagian Pembangunan Daerah
bersama Penghulu-Penghulu Mukim Daerah
Manjung.

GOTONG-ROYONG PEMBASMIAN Tujuan utama mesyuarat penyelarasan ini diadakan
WABAK DENGGI DI PANTAI REMIS adalah untuk membincangkan isu-isu di peringkat
Mukim Daerah Manjung.

PANTAI REMIS, 16 JULAI 2022 Antara isu yang dibangkitkan oleh Penghulu-
penghulu Mukim adalah seperti isu berkaitan
Program gotong-royong pembersihan kawasan bagi permohonan tanah RPT, sempadan kampung dan
menangani wabak denggi di Pantai Remis telah infrastruktur kemudahan awam.
diadakan ekoran susulan kes wabak denggi sekitar
kawasan Pekan Pantai Remis. Program ini turut Semasa mesyuarat tersebut, Tuan Pengerusi juga
dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan dan NGO. menekankan mengenai beberapa perkara iaitu
Turut serta ADUN Pantai Remis, YB Wong May Ing. berkenaan dengan kepentingan Institusi Penghulu
dengan JPKK dan masyarakat serta jabatan,
Antara agensi kerajaan dan NGO yang turut sama pengurusan bencana serta hal pentadbiran mukim.
menyertai program ini adalah Pejabat Kesihatan Diharapkan platform mesyuarat ini dijadikan sebagai
Daerah Manjung, Majlis Pembandaran Manjung perhubungan dalam penyelesaian beberapa isu
(MPM), Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung (IPD), berbangkit di daerah Manjung.
Balai Bomba Pantai Remis. Pejabat Penerangan
Daerah Manjung dan Communication Behaviourial MESYUARAT PENGHULU-
Impact (COMBI) Daerah Manjung.
PENGHULU BERSAMA
Semasa program tersebut penduduk setempat
dinasihatkan agar meluangkan masa sekurang- PEGAWAI DAERAH MANJUNG
kurangnya 10 minit seminggu bagi memeriksa
kawasan takungan air di sekitar tempat kediaman.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program
gotong-royong tersebut adalah pembersihan
longkang, pengesanan lot kosong dan kawasan
terbiar, penguatkuasaan tempat pembiakan serta
pendidikan kesihatan.

05-6881120/6270/2117 19
[email protected]


MANJUNG, 26 JULAI 2022 MAJLIS PERASMIAN
BALAI POLIS PANGKOR
Pembinaan surau baru di kawasan ini adalah
bertujuan menggantikan bangunan surau sedia ada
yang telah dikenalpasti kedudukannya tidak begitu
tepat dengan arah kiblat. Pentadbiran ini
difahamkan bahawa bangunan surau yang lama akan
dijadikan kawasan sekolah agama apabila
pembinaan surau yang baharu sempurna disiapkan.

Satu lawatan tapak ke projek Surau Fasa 3C Seri MANJUNG, 27 JULAI 2022
Manjung dan Surau Al-Khairiah Kampung Permatang
telah diadakan bersama wakil Perbadanan Kemajuan Ketua Polis Perak, YDH CP Dato' Pahlawan Mior
Negeri Perak, wakil Syarikat Maju Perak serta Faridalathrash bin Wahid merasmikan Balai Polis Pulau
syarikat jurutera dilantik, BZ Architect. Lawatan ini Pangkor.
bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar
lokasi pembangunan serta mengukur keluasan tanah Balai Polis Pulau Pangkor yang telah mula dibina pada
bagi penentuan rekabentuk struktur surau yang 29 November 2011 dengan perbelanjaan kira-kira RM
bakal didirikan. 22 juta dan mula beroperasi sepenuhnya pada 27 Mac
2014 ini meliputi prasarana seperti bangunan
Pegawai Daerah Manjung, YBrs. Encik Shamsul pentadbiran yang dilengkapi lokap, apartment, surau,
Ridzuan bin Idris turut hadir ke tapak lokasi bagi taman rekreasi serta lain-lain.
melihat sendiri pelan perancangan pembinaan yang
dibentangkan oleh jurutera yang dilantik. Majlis perasmian yang dimulakan dengan pemeriksaan
Kawalan Kehormatan Utama oleh YDH CP Dato'
LAWATAN TAPAK BERSAMA SYARIKAT Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid turut diserikan
MAJU PERAK BAGI PROJEK PEMBINAAN dengan persembahan daripada Pancaragam PDRM
Kontinjen Kedah dan tarian tradisional oleh Penari
BAHARU SURAU FASA 3C DAN SURAU Muzium PDRM. Majlis diteruskan dengan acara gimik
AL-KHAIRIAH DI BAWAH PERBADANAN perasmian iaitu menandatangani plak perasmian dan
memotong reben sebagai simbolik perasmian.
KEMAJUAN NEGERI PERAK (PKNP)

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Diraja
Dr. Zambry Abd. Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri
Pangkor, Pegawai Daerah Manjung, YDH Toh Kelana
Perkasa Tn. Haji Ismail bin Balua, Orang Besar 32
Negeri Perak, YDH DCP Haji Azmi bin Haji Adam,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit
Aman bersama isteri Puan Zulailawati binti Dato' Hj.
Zulkarnain.

20

05-6881120/6270/2117 [email protected]


SAMBUTAN HARI PAHLAWAN

NEGERI PERAK

IPOH, 31 JULAI 2022

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri
istiadat sambutan Hari Pahlawan Peringkat
Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak
Darul Ridzuan, pagi ini.

Ketibaan baginda pada jam kira-kira 9 pagi
diiringi DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar
ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja
DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar
Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris A'fifullah
Shah yang turut sama berangkat ke majlis
sambutan itu.

Istiadat dimulakan dengan nyanyian lagu
kebesaran negeri Perak diikuti pemeriksaan
kawalan kehormat oleh baginda yang terdiri
daripada tiga (3) pegawai kanan polis dan 102
anggota lain-lain pangkat dari Batalion 1
Pasukan Gerakan (PGA) Brigade Utara, Ulu
Kinta dipimpin oleh Pegawai Baris, Deputi
Superintendan Md Shazni Md Shariff.

05-6881120/6270/2117 21
[email protected]


MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MERDEKA @KOMUNITI
OPERASI PENGUATKUASAAN DAERAH MANJUNG DAN
HUTAN SIMPAN BUBU DALAM
SAMBUTAN KONVOI KEMBARA
DAERAH MANJUNG KELUARGA MALAYSIA 2022

MANJUNG, 2 OGOS 2022

Program MERDEKA @Komuniti Daerah Manjung dan
Sambutan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022
anjuran Jabatan Penerangan Daerah Manjung telah
diadakan di empat (4) lokasi iaitu Pasar Tani Kekal
Lekir, Pekan Lumut, Arena Square Batu Tiga Segari
dan Pasar Awam Beruas.

SERI MANJUNG, 29 JULAI 2022 Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga
Malaysia 2022 disambut dengan meriah oleh
Susulan daripada pengesahan dan semakan pemimpin dan penduduk setempat. Konvoi ini turut
pembinaan struktur di dalam Hutan Simpan Bubu membuat edaran Jalur Gemilang kepada orang
bagi daerah hutan Manjung, Batu Gajah yang awam di setiap hentian bagi menyemarakkan
dijalankan pada awal bulan Jun 2022 yang lalu, satu semangat Bulan Kemerdekaan dengan Kibaran Jalur
mesyuarat penyelarasan operasi penguatkuasaan Gemilang yang bertemakan Keluarga Malaysia
Hutan Simpan Bubu dalam daerah Manjung telah Teguh Bersama.
diadakan.
Program Merdeka@Komuniti Daerah Manjung dan
Mesyuarat penyelarasan ini diadakan bertujuan bagi Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga
mendapatkan pandangan dan persetujuan bersama Malaysia 2022 di Arena Square Batu Tiga Segari
agensi penguatkuasaan yang terlibat seperti telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr.
menetapkan tindakan yang bakal diambil. Zambry bin Abd Kadir, ADUN Pangkor. Manakala
'Flag off' di hentian Pasar Awam Beruas telah
Keputusan mesyuarat ini akan dibawa ke Majlis disempurnakan oleh YB ADUN Pengkalan Baharu
Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bagi menentukan sebelum menuju Daerah Perak Tengah. Majlis turut
kaedah penguatkuasaan serta penyelesaian terbaik dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah, Pejabat
mengikut akta, enakmen dan peraturan sedia ada Daerah dan Tanah Manjung serta Ketua-Ketua
yang sedang berkuatkuasa selaras dengan Jabatan Daerah Manjung.
keputusan Majlis Tanah Negara ke-78 berhubung
tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian ke atas
penerokaan haram dalam hutan simpanan kekal di
Semenanjung Malaysia.

05-6881120/6270/2117 22
[email protected]


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN
DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

05-6881120/6270/2117 GERIK, 5 OGOS 2022

Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang
Negeri Perak Darul Ridzuan telah diadakan di
Hentian Gerik, Perak. Majlis ini telah
disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Saarani
Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Pemilihan logo dan tema Hari Kebangsaan serta
Hari Malaysia tahun 2022 adalah berkonsepkan
pembangunan negara dalam aspek infrastruktur,
sistem komunikasi dan pendigitalan untuk
kemudahan rakyat di negara ini.

Tema hari kebangsaan iaitu "Keluarga Malaysia
Teguh Bersama" selari dengan konsep
keharmonian yang dicetuskan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk
rakyat negara ini.

23

[email protected]


JEMPUTAN KE PAVILION PERAK,
PROGRAM PAMERAN PERTANIAN,

HORTIKULTUR DAN AGRO
PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA 2022)

SERDANG, 8 OGOS 2022

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad
Suaidi Abdul Rahim telah hadir ke Pavilion Perak
bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur,
dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 di tempat
tersebut.

Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan
Malaysia (MAHA) merupakan pameran yang diadakan
secara dwi-tahunan yang berlangsung selama 11 hari.

Pameran tahun ini dianjurkan di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan berakhir
pada 14 Ogos 2022.

Ketibaan beliau pada pukul 2.00 petang disambut
dengan persembahan tarian zapin gambus oleh
Kumpulan Selendang Perak.

Majlis ini diteruskan lagi dengan pelancaran Produk
Usahawan Negeri Perak yang dirasmikan oleh Dato'
Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

24

05-6881120/6270/2117 [email protected]


SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI TEKNIKAL BAGI
PENYELARASAN PROSES KEBENARAN MERANCANG
DALAM MEMPERCEPATKAN PROSES PERTUKARAN
LADANG AYAM MODEN DI MANJUNG PERAK

MANJUNG, 17 OGOS 2022

Berteraskan dengan 'Hala Tuju Industri Ternakan Ayam' di Negeri Perak serta ketetapan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Bil 2073 bertarikh 8 Jun 2022, Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan agar penggunaan kaedah
reban ayam tertutup akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2025.

Satu sesi libat urus diadakan bersama agensi teknikal telibat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat
Setempat (OSC) Kerajaan Tempatan bagi penyelarasan proses kebenaran merancang dalam
mempercepatkan proses pertukaran ladang ayam moden di Manjung, Perak.

Tujuan utama sesi libat urus ini diadakan adalah bagi mendapatkan ketetapan penyelarasan tatacara baru
dalam memudahkan proses pertukaran ladang ternakan ayam moden di Manjung, Perak. Pengenaan
keperluan kebenaran merancang sama ada tanpa syarat ataupun bersyarat ditetapkan di dalam sesi libat
urus ini.

Pegawai Daerah Manjung, YBrs. Encik Shamsul Ridzuan bin Idris turut hadir ke sesi libat urus ini bagi
memberi pandangan dan berkongsi pendapat berhubung pengenaan kebenaran merancang seperti yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Kerajaan Tempatan. Turut diperhalusi
adalah berkenaan penetapan bilangan jabatan teknikal yang terlibat dalam memberi ulasan teknikal
kelulusan permohonan kebenaran merancang yang akan dikemukakan kelak.

Kebenaran merancang mengikut subseksyen 2(1), Akta 172, ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan,
dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. “Menjalankan pemajuan” disini bermaksud,
sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta.
Istilah “pemajuan” merujuk kepada subseksyen 2(1), Akta 172 ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan,
kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di
sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana
tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau
mencantumkan tanah; dan “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

25

05-6881120/6270/2117 [email protected]


SERI MANJUNG, 18-19 OGOS 2022

YABhg. Dato' Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis
Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak memulakan siri lawatan
dengan merasmikan Pusat Hemodialisis Waqaf Perak Ar-
Ridzuan bersebelahan Masjid Alang Iskandar, Kg. Dato Seri
Kamaruddin, Seri Manjung pada 18 Ogos 2022 yang lalu.

YBhg. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Bin Haji Dalam sesi ini, YDP MAIPk selaku
Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, YBrs. Encik Shamsul pemimpin utama bagi semua Institusi
Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung, Encik Shahrul Agama Islam Negeri Perak telah berkongsi
Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam idea dan pandangan dalam menambahbaik
dan ‘Adat Melayu Perak, Encik Mohamad Razif bin Mokhtar, perkara-perkara berkaitan penyampaian
Pegawai Baitul Mal Daerah Manjung telah turut hadir bagi perkhidmatan kepada masyarakat Islam di
menyaksikan perasmian pusat dialisis ini. daerah Manjung.

Sesi lawatan YDP MAIPk diteruskan pada sebelah malamnya Beliau turut berkongsi maklumat,
dengan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid pengalaman serta buah fikiran bagi
An-Nur Pangkalan TLDM. Pada keesokan harinya pula, telah menjamin kemaslahatan umat Islam. Sesi
berlangsung Sesi Percambahan Minda bersama semua ini diadakan bagi mendapatkan input serta
peringkat pemimpin dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah idea baharu daripada akar umbi di kalangan
Masjid di daerah Manjung di Dewan Merdeka, Majlis Jawatankuasa Kariah Masjid di daerah
Perbandaran Manjung. Manjung bagi menambahbaik pengurusan
masjid dan surau.

Sesi lawatan YDP MAIPK berakhir dengan
mengerjakan solat Jumaat dan lawatan Ke
Masjid An-Nasriyah, Sitiawan. Beliau turut
menanam sebatang pokok sebagai tanda
kenangan sempena lawatan ini.

26

05-6881120/6270/2117 [email protected]


PERHIMPUNAN BULANAN
PDT MANJUNG

SERI MANJUNG, 28 JULAI 2022

Perhimpunan Bulanan Julai 2022 telah
diadakan di Bilik Gerakan, PDT Manjung dan
diserikan lagi dengan kehadiran warga kerja
PDT Manjung.

Dalam ucapan YBrs. Encik Shamsul Ridzuan
bin Idris, beliau memaklumkan program yang
bakal berlangsung sepanjang bulan Ogos
2022.

Antara program yang bakal berlangsung ialah
Program MAHA, sambutan Maal Hijrah serta
Hari Pahlawan.

Pada perhimpunan tersebut juga, beliau turut
merakamkan ucapan tahniah kepada Encik
Rosnan bin Saidin yang telah dianugerahkan
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

Beliau turut menyentuh berkenaan pelancaran
Pelan Perak Sejahtera 2030, pemakaian
tagline Perak Makmur Rakyat Sejahtera,
Perak Sejahtera 2030 dan kewajipan untuk
menghormati Bendera Malaysia.

05-6881120/6270/2117 27
[email protected]


LUMUT, 23 OGOS 2022

Pentadbiran telah menerima laporan daripada
Pejabat Penghulu Pangkor berkaitan dengan satu
kebakaran yang telah berlaku di No.50 Kg Bharu (L)
32400 Ayer Tawar. Menurut laporan yang diterima,
mangsa Zamzari bin Ismail tiada di rumah ketika
kejadian berlaku. Tiada sebarang kemalangan jiwa
dilaporkan.

PROGRAM HARI KONSERVASI Pentadbiran telah memberikan bantuan bencana
DYAM RAJA DIHILIR PERAK DI berjumlah RM 2,000.00 kepada mangsa. Turut hadir
ketika penyerahan adalah Orang Besar Jajahan
TAMAN NEGERI Manjung dan Encik Amiruddin bin Kesmiran, Ketua
PULAU SEMBILAN Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).

PULAU SEMBILAN, 21 OGOS 2022 PROGRAM ZIARAH MANGSA
KEBAKARAN KAMPONG
Satu program Konservasi Pulau Sembilan telah BHARU (L) AYER TAWAR
berlangsung pada 21 Ogos 2022 yang telah
mendapat kerjasama dari semua pihak dan agensi
seperti PDRM, Bomba, Polis Marin, Kesihatan,
Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Agama Islam.
Agensi yang terlibat juga telah menjalankan gotong-
royong pembersihan di kesemua pulau yang
berhampiran dengan kerjasama penyelam dari
pelbagai NGO dan TLDM.

Program konservasi ini telah berjaya dilaksanakan
pada 21 Ogos 2022 walaupun dengan kekangan dari
faktor bentuk muka bumi dan kekurangan fasiliti
yang sempurna.

Pulau Sembilan sememangnya terkenal dengan
keindahan alam flora dan faunanya. Semoga kita
akan sentiasa diberi kesempatan untuk menjaga
anugerah Allah ini untuk dinikmati pula oleh anak
cucu kita.

05-6881120/6270/2117 28
[email protected]


PROGRAM KEMBARA KASIH KELUARGA MALAYSIA
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
TAHUN 2022

LEKIR, 27 OGOS 2022

Program Kembara Kasih Keluarga Malaysia
Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2022
dirasmikan oleh YAB Dato Seri Saarani bin
Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
pada 27 Ogos 2022 (Sabtu) yang bertempat di
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lekir,
bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Turut hadir YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung,
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Diraja Dr
Zambry Abd Kadir, ADUN Pangkor, YB Dato' Abd Manaf Hashim, ADUN Pengkalan Baharu, YBrs. Encik
Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung dan Cik Nor Tipah Majin, Pengarah JKM Perak.

Dalam program ini, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad dibawa melawat gerai-gerai jualan produk usahawan IKS
tempatan dan reruai Agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri serta reruai Perak Sejahtera 2030.

Selain itu juga, terdapat Kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Manjung bagi kutipan bayaran dan semakan cukai
tanah, Kaunter Perkhidmatan Bergerak Majlis Perbandaran Manjung, pameran produk PAWE dan PDK,
pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pameran dan perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
2030 Perak Sejahtera.

05-6881120/6270/2117 29
[email protected]


MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SUKMA NEGERI PERAK KE
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KUALA LUMPUR 2022

BUKIT MERAH, 29 OGOS 2022 [email protected]

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Negeri
Perak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala
Lumpur 2022 yang telah disempurnakan oleh YAB
Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohammad di
Bukit Merah Lake Town Resort.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’
Ahmad Suaidi Abdul Rahim, YB Penasihat Undang-
Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin
dan YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki
Mahyudin, YB Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan,
Komunikasi dan Multimedia Negeri, Encik Khairul
Shahril Mohamed, YB Pengerusi Jawatankuasa
Infrastuktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam,
Dato' Haji Mohd Zolkafly Harun dan YBrs. Ketua
Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2022, Encik Johari
Sham Ahmad Shohor Affendi.

Negeri Perak mensasarkan 50 pingat emas sekali gus
memecahkan rekod pencapaian emas terbanyak
berbanding sebelum ini iaitu sebanyak 49 pingat emas.

Kali ini, atlet negeri Perak akan menyertai kesemua
acara yang akan dipertandingkan berbanding tahun-
tahun sebelum ini.

Selamat maju jaya buat kesemua atlet negeri Perak
yang akan berentap di Temasya SUKMA pada 16
September hingga 24 September 2022 ini.
Segalanya Demi Perak!

30

05-6881120/6270/2117


OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR BINAAN

DI TELUK SENANGIN

LUMUT, 30 OGOS 2022

Pasukan Teknikal dan Penguatkuasaan, Pejabat
Daerah dan Tanah Manjung diiringi Polis Diraja
Malaysia telah menjalankan Operasi Perobohan
Struktur Binaan di Teluk Senangin, Mukim Lumut.

Semakan awal mendapati struktur binaan sebuah
pondok berkenaan telah dibina di atas tanah rizab
pantai, iaitu rizab Kerajaan tanpa sebarang
kebenaran oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Mengambil kira aduan yang diterima daripada
penduduk tempatan, satu notis dibawah
Kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah
Negara 1965 telah diletakkan di kawasan
pencerobohan kerana pemilik asal tidak dapat
dikesan.

Keengganan pemilik struktur bangunan berkenaan
untuk membuka semula struktur binaan walaupun
telah diberikan notis mengakibatkan tindakan
pengoperasian ini dijalankan.

Operasi ini berjaya dilaksanakan secara
berhemah tanpa sebarang provokasi daripada
pemilik dan orang awam.

05-6881120/6270/2117 31
[email protected]


PROGRAM SAMBUTAN AMBANG

KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI

PERAK TAHUN 2022

SERI MANJUNG, 30 OGOS 2022

Perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos merangkumi
perasmian Karnival Sukan PDT Manjung, pengenalan
kepada peserta barisan kawad kontinjen Daerah
Manjung dan pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-
65.

Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik
Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung.
Dalam ucapan perasmian, Tuan Pegawai Daerah
menekankan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030
serta penyertaan Kontinjen Daerah Manjung dalam
perarakan kemerdekaan peringkat Negeri Perak.

Majlis juga turut menyampaikan watikah kakitangan
yang telah disahkan dalam perkhidmatan, kenaikan
pangkat, kenaikan mengikut time-based serta
kenaikan pangkat secara one-off.

05-6881120/6270/2117 32
[email protected]


PENYERTAAN KONTINJEN DAERAH MANJUNG

DALAM PERARAKAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT NEGERI PERAK

IPOH, 31 OGOS 2022

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri
Perak Tahun 2022 yang diadakan di perkarangan
Dewan Bandaran, Jalan Panglima Bukit Gantang
Ipoh disambut meriah setelah era pandemik
berakhir dengan kehadiran lebih 15,000 orang
membanjiri dataran sejak awal pagi lagi.

Pentadbiran PDT Manjung telah menghantar satu
pasukan bagi menyertai kawad pertandingan
Peringkat Negeri Perak. Dengan kekuatan
penyertaan seramai 55 orang, peserta kawad
bukan sahaja terdiri daripada kakitangan
pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
malah turut disertai oleh pelbagai Agensi Kerajaan
sekitar daerah Manjung serta pelajar yang sedang
menjalankan latihan industri di Pejabat Daerah dan
Tanah Manjung.

Tuan Pegawai Daerah Manjung merakamkan
ucapan terima kasih kepada kontinjen Daerah
Manjung serta pihak urus setia kerana telah
mengembleng tenaga sepanjang latihan dan hari
pertandingan.

05-6881120/6270/2117 33
[email protected]


ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH

KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT

Kredit: Antara penerima pada Majlis Istiadat
tersebut adalah Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri (Perubatan), Dr Norisah Mahat Nor dan
bekas Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri,
Zahari Zamlope (Zamlope) yang dikurniakan
Anugerah Darjah Paduka Cura Si Manja Kini
(PCM) dan Encik Rosnan bin Saidin yang telah
dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

Selain itu, Anugerah Darjah Paduka Mahkota
Perak (PMP) pula dikurniakan kepada
Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri,
Pengarah Pertanian Negeri, Norsiyenti
Othman dan Yang Dipertua (YDP) Majlis
Perbandaran Kuala Kangsar, Zulqarnain
Mohamad.

Penganugerahan tersebut melibatkan PCM
(6), PMP (14), Darjah Ahli Cura Si Manja Kini
(12), Darjah Ahli Mahkota Perak (26), Pingat
Pekerti Terpilih (28), Pingat Jasa Kebaktian
(34) dan Pingat Lama Perkhidmatan (2).

05-6881120/6270/2117 34
[email protected]


INFO PELANCONGAN DAERAH MANJUNG

ANGGUR SALOMA

Langsung tidak pernah terfikir untuk memetik anggur
segar dari ladang, lebih-lebih lagi di negara sendiri
yang beriklim khatulistiwa serta lokasinya bukanlah di
tanah tinggi. Tetapi selepas pertama kali mengunjungi
Ladang Anggur Saloma Vineyard and Nursery di Lekir,
rupa-rupanya di Perak mempunyai dua ladang anggur
milik seorang bumiputera, dan tanggapan penulis
lenyap apabila mereka menawarkan pengalaman
istimewa kepada pengunjung lain.

Pengalaman berjalan di bawah gugusan anggur
bergayutan di atas kepala kita pasti membuatkan
sesiapa sahaja yang pertama kali melangkah masuk
termasuklah penulis terpesona selain boleh merasai
kemanisan dan kerangupan tekstur jenis anggur
tempatan yang dianggap memiliki kelas tersendiri.

TANJUNG KEPAH

Aktiviti mengutip hidupan kerang dan kepah di
pantai Tanjung Kepah, Batu 9 Lekir di sini antara
yang dinantikan oleh penduduk setempat dan
sekitarnya, terutamanya setiap kali berlakunya
fenomena pasang surut air laut. Kebiasaannya,
orang ramai berkampung di kawasan itu sehingga
ada yang mampu mengutip sehingga berguni-guni
hasil laut. Terdapat juga hasil laut lain yang
menjadi sumber rezeki tambahan penduduk,
antaranya remis, kijing dan siput duri.

Selain itu, kawasan ini juga menjadi tumpuan
perhatian orang ramai selama beberapa dekad dan
musim kerang cenderung berlangsung dari bulan
Ogos hingga Disember. Kebiasaannya, orang
ramai akan mula ke pantai jam 7 pagi kerana
ketika itu air kembali surut dan orang mula
beredar pada pukul 1 tengah hari kerana air laut
pasang.

05-6881120/6270/2117 35
[email protected]


INFO PELANCONGAN DAERAH MANJUNG

BAZAAR LUMUT

Bazaar Lumut berdekatan dengan Lumut
Waterfront. Datang dan singgahlah sebentar
melihat pelbagai barangan seperti hasil kraftangan,
cenderahati, pakaian dan macam-macam jenis hasil
laut dengan harga yang berbaloi.

Sekali anda menjejakkan kaki ke sini pasti rambang
mata melihat barangan yang dijual untuk membeli
belah.

Anda boleh mendapatkan barang-barang di sini
sebagai cenderahati dan buah tangan untuk
keluarga, orang tersayang atau rakan sepejabat
anda. Percayalah, akan ada juga barang yang
menambat hati anda untuk dapatkan di sini.

LUMUT WATERFRONT ESPLANED

Lumut Waterfront yang mempunyai keluasan sekitar
3.3 hektar ini terletak berdekatan dengan Terminal
Jeti Lumut. Taman ini dilengkapi dengan taman
rekreasi, taman esplanade, esplanade wing dan
dataran putra.

Ia direka dengan reka bentuk moden dan futuristik
serta berkonsepkan maritim. Uniknya, tempat menarik
di Manjung ini membolehkan anda melihat kapal
perang kerana ia berdekatan pangkalan Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM).

TELUK BATIK

Teluk Batik yang terkenal dengan keindahan
pantainya ini terletak 7 km dari pelabuhan jeti
Lumut. Pantainya yang sepanjang 2 km ini
menjadi pilihan pelancong dek kerana lokasi
menarik ini berlatar belakangkan hutan hujan
tropika serta bukit yang nian menghijau. Aktiviti
wajib di sini tak lain dan tak bukan adalah
berenang, banana boat, snorkeling, berkayak dan
macam-macam lagi permainan pantai.

36

05-6881120/6270/2117 [email protected]


INFORMASI BERKAITAN E-TANAH

Apa itu e-Tanah? 5. Klik pada butang 'Sila semak Maklumat
Pemohon'. Klik butang Seterusnya, klik butang
Sistem e-Tanah merupakan sebuah aplikasi Kemaskini untuk semak Maklumat Tanah untuk
kerajaan Elektronik (e-Government) bersepadu diperbaharui.
yang dibangunkan untuk menjalankan urusan
pentadbiran tanah secara elektronik selaras dengan 6. Isi Maklumat Tambahan (Jika ada). Pengguna
Program Transformasi Kerajaan. perlu CETAK DAN TANDATANGAN PADA
BORANG.
Sistem e-Tanah menyediakan pelbagai kemudahan
kepada pengguna dan pelanggan dalam urusan 8. Sistem akan papar senarai dokumen mengikut
seharian pentadbiran tanah. Pelaksanaan sistem ini keperluan permohonan (bertanda merah).
tentunya untuk menyahut aspirasi kerajaan dalam
mempertingkatkan kredibiliti awam dalam 9. Klik untuk muatnaik borang. BORANG
pentadbiran khasnya dan kerajaan amnya. PERMOHONAN YANG TELAH DITANDATANGANI
PERLU DIMUATNAIK.
Sistem e-Tanah dibangunkan kerana ia merupakan
salah satu program Kerajaan ke arah 10. Klik pada kotak Perakuan. Klik butang Hantar.
merealisasikan Kerajaan Elektronik dalam usaha
menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan 11. Sistem akan menjana Slip permohonan atas
kepada rakyat. talian. Pengguna perlu CETAK SLIP
PERMOHONAN.


12.Sila bawa slip ini berserta dengan dokumen
Permohonan Lesen yang telah dimuatnaik kaunter perserahan Unit
Menduduki Sementara Pelupusan PDT Manjung dalam tempoh 14 hari
dari tarikh permohonan atas talian.
(PLMS) e-Tanah
Cara Pembayaran
1. Untuk membuat Permohonan, layari laman web
https://ptg perak.gov.my/etanah-awam (Portal Secara TERUS Di semua Kaunter
Awam e-tanah). Bayaran Hasil Tanah di Pejabat
Daerah dan Tanah seluruh Negeri
2. Klik menu Permohonan. Senarai modul akan Perak
dipaparkan.
Biller Code : 26211
3. Klik Pelupusan. Klik urusan yang dipohon Biller Code (strata) : 65870
(PLMS). (PELAN TANAH PERLU DIBELI DI UNIT Ref 1 : Kod Hakmilik
TEKNIKAL). Isi Maklumat Pemohon. Ref 2 : No. Telefon

4. Klik butang Tambah Pemohon sekiranya lebih Bayaran di PEJABAT POS di
seluruh Malaysia
pemohon. Klik butang Teruskan Permohonan untuk

meneruskan urusan. 37

05-6881120/6270/2117 [email protected]


Click to View FlipBook Version