The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rajkesavaa, 2022-06-05 00:38:54

KESEDARAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR (EDISI PELAJAR)

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

Keywords: SEMANGAT PATRIOTISME

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KESEDARARAN NILAI PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR

AHLI KUMPULAN :

1. KESAVAARAJ A/L RAJENTHARAN
(33DCE21F1023)

2. HARISH RAO A/L NAGASWA RAO
(33DCE21F172)

3. RAMANAN A/L SUBRAMANIAM
(33DCE21F1050)

4. TARANRAJ A/L CHANDRAN
(33DCE21F1056)

PENSYARAH :
PUAN WIDRAWATI BINTI AHMAD

ISI KANDUNGAN :

BIL TAJUK

1 OBJEKTIF
2 PENGHARGAAN

3 PENDAHULUAN
4 PUNCA – PUNCA KEKURANGAN NILAI

PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR
5 LANGKAH – LANGKAH UNTUK MEMUPUK

SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN
PELAJAR.
6 KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT
PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR
7 LAMPIRAN
8 KESIMPULAN
9 RUJUKAN

OBJEKTIF :

• Untuk mengukuhkan kefahaman kami mengenai isu yang dinyatakan dalam tajuk tugasan
kumpulan kami iaitu Kesedaran Nilai Patriotisme Dalam Kalangan pelajar.

• Untuk memahami dengan lebih terperinci mengenai nilai patriotisme.

• Untuk mengetahui tahap kesedaran nilai patriotism dalam kalangan mahasiswa.

• Untuk mencari hubungkait antara isu - isu pro dan kontra semangat patriotism.

• Untuk mengkaji punca – punca kekurangan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar.

• Untuk mengenal pasti Langkah – Langkah melahirkan nilai patriotisme dalam kalangan
golongan muda.

• Untuk meluaskan pengetahuan mengenai kepentingan nilai patriotisme antara kalangan
mahasiswa.

PENGHARGAAN :

Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izinnya kami sekumpulan dapat menyiapkan
kerja kursus ini yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kesedaran Nilai Patriotisme
Dalam Kalangan Pelajar . Kerja kursus ini yang amat penting bagi kami kerana ini adalah
salah satu kerja kursus dalam subjek Nilai Masyrakat Malysia yang menerangkan perpaduan
dan menyatupadukan pelajar yang berlainan bangsa dan agama.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ahli kumpulan kami yang banyak membantu
antara satu sama lain sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali kepada Puan
Widrawati Binti Ahmad selaku pensyarah kami kerana banyak memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada kami semua.

Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami yang sama - sama berhempas pulas dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapakan folio
ini.

PENDAHULUAN :

Semangat patriotisme merupakan salah satu sentiment yang menekankan aspek kesetiaan
dan cinta akan negara. Pada awal era kemerdekaan , masyarakat Malaysia menunjukkan
semangat sayang akan negara yang tinggi, sentiasa bersedia dan rela mengorbankan nyawa
untuk mempertahankan negara. Nilai patriotic seperti ini wajar dipupuk melalui pembelajaran
dan pengajaran di institusi Pendidikan. Ia merupakan langkah komprehensif agar sejarah
pembentukan peradaban tidak dilupakan oleh masyarakat moden hari ini.

Malah, patriotism boleh dibahagikan kepada patriotisme peribadi dan patriotism rasmi.
Patriotisme peribadi bersifat sentimental dan sukarela. Patriotisme menegaskan nilai patriotik
tertentu, seperti menghormati bendera negara dan berdiri tegak semasa menyanyikan Lagu
Negaraku. Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh dengan kandungan simbolik.
Patriotisme ini adalah kepentingan logic negara itu sendiri, dan keberkesanannya berpunca
daripada ekspresi kepentingan bersama masyrakat politik. Monumen negara dan Hari
Pahlawan dan upacara peringatan adalah contoh patriotisme ini. Patriotisme rasmi biasanya
dikawal oleh etika, dengan peraturan tertentu untuk mengendalikan bendera atau jaminan
atau bukti kesetiaan tertentu.

PUNCA – PUNCA KEKURANGAN NILAI
PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR :

Patriotisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk
terhadap kesetiaan terhadap bangsa dan negara. Semangat patriotisme perl dipupuk dan
dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana
remaja merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita
sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan.
Kita mesti sedar segala apa yang kita nikmati sekarang in adalah daripada pengorbanan dan
jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu
ketika dahulu. Semangat patriotisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan
remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada lunturnya semangat dan penghayatan
patriotisme antara pihak mahasiswa ini.

KEPENTINGAN DIRI SENDIRI :
Masyarakat kin lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain., Bagi mereka perkara yang penting dalam
hidup adalah herusaha untuk menambahkan pendapatan dan mecari kekayaan semata-mata Hal-
hal lain kurang diberi perhatian semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalangan
masyarakat. Mayrakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat patriotisme. Aktiviti seperti
kempen – kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan.

TERPENGARUH DENGAN BUDAYA BARAT :
Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka selama 60 tahun dan ke atas, tidak lagi dijajah oleh
kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita, Mereka tidak
lag menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah.
sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak
mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka. Mereka berikut dengan gaya
berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada

gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotisme ternadap negara tidak lagi diberi

perhatian kerana lebih gemar mergikuti budaya dan pengaruh daripada barat. Isu ini perlu

diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat

patriotisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya

luar darpada cinta akan budaya negara sendiri.

TIADA PERASAAN CINTA AKAN NEGARA :

Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan
semangat patriotism pada Malaysia. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan
pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdelaan.
Masvarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita dapat hidup
yang aman pada masa ini adalah disebabkan sumbangan tentera dulu. Semangat patriotisme, cinta
akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan
memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita
terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kila
semua adalah rakyat Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK
SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN
PELAJAR :

• Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan

pelajar.

Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dengan menunjukkan semangat
patriotism yang utuh kepada mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah bagai mana acuhan
begitulah kuihnya. Contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan
kemerdekaan dan membawa anak-anak ke Dataran Mereka untuk menikmati sambutan
kemerdekaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, walaupun perkara yang dilakukan adalah kecil,
namun ia akan memberikan impak yang positif dalam setiap diri anak-anak. Disamping itu, dalam
bidang sukan pula ibu bapa perlulah menunjukan semangat cinta akan negara dengan membawa
anak-anak mereka untuk menonoton acara-acara sukan peringakat antarabangsa.
Contohnya,Sukan SEA, Sukan KOMANWEL dan OLYMPICS. Dengan ini, penerapan terhadap
semangat patriotism dalam diri anak-anak akan menjadi lebih mudah. Pada masa yang sama, ibu
bapa perlu bercakap baik tentang pemimpin-pemimpin negara kita di hadapan anak-anak mereka.
Dengan ini, anak-anak akan mengikuti tingkah laku ibu bapanya dan sentiasa menghormati
pemimpin-pemimpin di negara yang tercinta ini. Maka sudah terang lagi bersuluh, bahawa ibu
bapa memainkan peranan yang penting untuk menanamkan semangat patriotism dalam generasi
muda yang akan dating.

• Pihak sekolah perlu memupuk semangat patriotism dalam kalangan pelajar.

Selain ibu bapa pihak sekolah mempunyai tanggungjawab dan pihak yang paling dekat agar dapat
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah wajib menerapkan serta
menyemai semangat patriotisme dalam diri remaja. Pihak sekolah boleh menerapkan unsur-unsur
patriotism melalui mata pelajaran yang dijar di sekolah. Contohnya, guru guru boleh mengajar
tentang sejarah kemerdekaaan negara dan pengorbanan pemimpin untuk negara kita dalam mata
pelajaran Sejarah, Sivik dan Pendidikan Moral. Dengan ini, dapat memberikan serba sedikit
kesedaraan kepada pelajar tentang semangat patriotism. Pelajar-pelajar juga dapat memperolehi
kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah, Sivik dan Pendidikan Moral. Maklumat
yang diterimai secara tidak langsung menginsafi para pelajar. Pihak sekolah boleh menganjurkan
lawatan ke tempat bersejarah di negara kita untuk pelajar-pelajar sekolah supaya manjadi generasi
and mempunyai nilai patriotisme yang kukuh. Terdapat pelbagai tempat bersejarah yang boleh
dilawati dan menikmati keunikan dan keindahan flora dan fauna. Tempat- tempat bersejarah itu
merupakan monumen-monumen yang lama yang perlu dipelihara dengan baik agar generasi ang
akan dating menikmati sendiri dan merasai kesang yang amat mendalam. Contoh -contoh tempat

bersejarah yang dapat dilawati ialah Kota A Famosa di melaka, Perigi Hang Tuah, Tugu Negara,
Galeri Sultah Azlan Shah dan sebagainya.Semasa menyertai lawatan tersebut, guru yang
mengetuai lawatan itu perlu membincangangkan dan menceritakan tentang peristiwa-peristiwa
sejarah.Contohnya, kejatuhan Melaka kepada tangan Portugis lalu Portugis membina Kota A
Famosa. Lantaran itu, pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan titik peluh
nenek dan moyang mereka yang berusaha bagai aur dengan tebing untuk medapatakn
kemerdekaan kepada negara kita pada 31 OGOS 1957. Pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan
peninggalan sejarah akan melahirkan semangat perjuangan yang tinggi untuk mempertahankan
negara daripada dijajah oleh negara-negara barat. Oleh yang demikian, kunjungan ke tempat
bersejarah seperti bandar hilir melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara
Ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan British.

• Pihak kerajaan perlu menjadikan patriotisme sebagai agenda negara.

Generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan .Misalnya, remaja kini
perlu menyertai program Latihan Khidmat Negara .Kandungan yang terdapat dalam program ini
ialah seperti kawas kaki dan latihan berkumpulan untuk memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan remaja.Program ini juga merupakan gabungan Latihan ketenteraan dan memupuk
semangat patrotisme kepada +mereka kearah cinta akan negara.Tambahan pula, pelatih-pelatih
akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab,kerjasama dan hormat -
menghormati.Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum,budaya,agama
dan bangsa.Dengan ini, pelatih-pelatih dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan
elemen penting dalam membina semangat patrotisme seperti pepatah bersatu kita teguh,bercerai
kita roboh .Implikasinya , program ini dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan
yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.Sebagai contoh,remaja kini perlu menyertai
Program Latihan Khidmat Negara.Seterusnya,pihak kerajaan hendaklah menganjurkan kempen
besar besaran tentang penerapan semangat patriotisme antara masyarakat .Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita .Selain itu, pelbagai
pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka.Oleh itu,Kementerian
penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyebarkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja .Dengan ini,bukan sahaja
meningkatkan semangat patriotisme malahan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan
meningkatkan hubungan perpaduan seperti menyelam minum air.Sebagai,contoh televisyen dan
radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang berkaitan semangat patriotisme seperti
menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara .Media elektronik itu juga
hendalah menyiarkan filem seperti’’’Bukit Kepong’’’,Paloh’’ dan drama drama yang berkaitan
dengan semangat cinta akan negara. Kesimpulannya, jika pihak kerajaan bertanggungjawab
mengambil peranan mereka masing-masing ,semangat patriotismedapat disemaikan dalam diri
masyarakat di Malaysia.

KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT

PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR :

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik seperti mengibarkan bendera
Malaysia, menyayikan lagu kebangsaan, menyertai perhimpuanan yang berasaskan kenegaraan
secara ramai-ramai, melekatkan pelekat patriotic pada kenderaan atau apa-apa cara sekalipununtuk
menyatakan kesetiaan kepada raja dan negara pada peringkat umum bagaimanapun masyarakat
pada era ini seakan-akan lupa pentingnya memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-
masing. Hal ini kerana, kita sering kali melihat anak bangsa tidak mengambil endahakan isu-isu
yang menunjukkan semangat patriotisme dan menjadi “bagai katak dibawah tempurung’’ dalam
isu berkaitan patriotisme.

Tanpa kita sedar, patriotisme memainkan peranan yang penting dalam setiap diri rakyat
Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara siknifikasi
patriotiotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum akan menjadi
pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategi ke ara ketenteraman dan
keselamatan negara. Dalam usaha mencapai persefahaman antara kaum pelbagai usaha yang
menarik telah diambil oleh kerajaan. Mungkin kita tidak dapat perasan kebanyakkan tema
kemerdekaan berkaitan dengan perpaduan rakyat. Antaranya ialah muhibah dan perpaduan bersatu
maju, kebudayaan kesendi perpaduaan, nasionalisme teras perpaduan dan lain-lain. Melalui ini,
kita dapat melihat bertapa pentingnya perpaduan sebagai pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia
yang bersifat majmuk.

Rakyat Malaysia berbeza bangsa, latar belakang dan agama akan mudah diprovokasi dan
diadu domba oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka sendiri akan mudah diprovokasi
dan diadu domba oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka Pemeliharaan and pemerkasaan
perpaduan dapat dibentuk dengan mudah dengan kefahaman patriotik yang tinggi. As a result,
peristiwa yang dapat menggugat keamanan negara, such as peristiwa 13 Mei dan peristiwa
Kampung Medan 4 Mac 2001, can be overlooked.

Pernahkah kita berfikir apa yang akan terjadi pada kemajuan negara kita jika nilai
patriotisme tidak diterap dalam diri masing-masing? Lihatlah apa yang terjadi melalui peperangan
negara Iraq dan Afghanistan, penjajahan Israel ke atas Palestin, Mexico dengan masalah dadah
serta Thailand dengan konflik berdarah oleh kumpulan 'Baju Merah' melawan 'Baju Kuning'.
Kesan kepada keadaan yang dihadapi oleh negara itu, menyebabkan perkembangan ekonomi
negara tersebut terencat serta mengganggu hubungan baik antara negara.

Masalah-masalah dalaman yang sudah mereka hadapi atau sedang harungi tidak dirungkai,
kestabilan ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan. Rakyat Malaysia perlu sedar bertaapa
pentingnya nilai patriotisme sekali gus menentukan hala tuju negara ke arah negara maju yang
kukuh sekali gus menentukan hala tuju negara ke arah negara maju yang kukuh sekali gus
menentukan hala tuju Kejayaan yang ada pada hari ini tidak bergantung kepada individu semata-
mata, tetapi merangkumi semua aspek seperti ke arah patriotisme rakyat.

Tugas menjaga keselamatan negara sepenuhnya diterajui sepenuhnya oleh pihak yang
berkenaan, seperti polis dan tentera. Namun begitu, warga negara sepatutnya digalas
tanggungjawab ini. Rakyat akan menjadi semakin peka dan prihatin terhadap maruah dan
kedaulatan negara dengan semangat patriotisme yang tinggi. Itu lantaran, jumlah anggota yang
digunakan dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, yang
menjadi benteng kedua keselamatan negara, dapat dipenuhi. Selain itu, genakan subversif pihak
yang sering menghasut minda masyarakat dapat disekati.

Justeru, patriotisme adalah ejen sosialisasi yang kesan dan mantap untuk mengekalkan
kemerdekaan sehingga masa akan datang. Bagaimanapun terdapat kekangan untuk mencapai
objectif ini ke arah sifat patriotisme.. sehubung dengan itu, As a result, perlunya inti pati semangat
ini diselitkan dalam pendidikan negara, terutama sekolah rendah, bak kata pepatah Melayu
"melentur buluh biarlah dari rebungnya." Pendidik ini harus menyemai semangat patriotisme
dengan lebih kreatif, oleh karena pelajar dapat menjiwai dengan lebih kreatif.

LAMPIRAN :

Gambar menunjukkan Tugu Negara (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Graf palang menunjukkan peratusan Patriotisme perlu dipupuk sejak dari kecil.

Gambar menunjukan pelajar-pelajar sedang melukis poster kemerdekaan.
Gambar menunjukkan kenderaan tempatan dihiasi dengan jalur gemilang.

Risalah menunjukan kempen kibar Jalur Gemilang yang dianjurkan bermula Ogos hingga
September 2021.

Gambar menunjukan keratan akhbar yang berkaitan semarak semangat patriotisme.

KESIMPULAN :

Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri
dalam diri pelajar, Perkara itu perlu dipupuk dan disemai dalam diri seseorang sejak kecil lagi,
agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu. Ini adalah sesuatu yang amat penting terutamanya
dalam kalangan generasi muda kerana mereka perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan
negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma. Ia perlu dibayar dengan harga
yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa pejuang negara terdahulu termasuk anggota
pasukan keselamatan. Belia muda tidak pernah melalui pahit getir zaman darurat, mereka lahir dan
hidup dalam era diwarisi daripada dalam generasi sebelumnya yang terpaksa mempertaruhkan
nyawa mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara. Pendidikan patriotisme perl
diberikan penghayatan yang maksimum agar perkembangan personaliti yang seimbang dapat
dikekalkan. Hal ini kerana, penerapan nilai patriotisme adalah proses pembelajaran sepanjang
hayat. Oleh itu, semangat patriotisme perlu ditambah nilai daripada semasa ke semasa secara
konsisten agar semangat patriotik tersebut tidak mudah pudar dan terhakis dalam jiwa setiap
individu terutamanya pelajar. Pihak-pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan
penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalagan pelajar dengan cara yang efektif dan
proaktif.

RUJUKAN :

1.INTERNET

• https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/71497/pendidikan-awal-pupuk-
semangat-patriotisme-generasi-muda

• http://www.iyres.gov.my/images/MJYS/2013/MJYS%20Vol%208%20June%202013-3-
26.pdf.

• https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html
• https://www.researchgate.net/publication/357527744_Perpaduan_dan_Patriotism_dalam_

kalangan_Pelajar_Kursus_Penghayatan_Etika_dan_Peradaban

2. JOURNAL

• Siti Nazilah Hamzah ,Nurul Adha Rajali ,Nur Idayu Awang The (Politeknik Balik Pulau,
Pulau Pinang, MALAYSIA)

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version