The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by revathikumarasamy19, 2022-06-05 02:24:51

PENYALAHGGUNAAN INTERNET

PENYALAHGGUNAAN INTERNET

TUGASAN BERASASKAN E-FOLIO

KOD KURSUS:

MPU23042




NAMA KURSUS:

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA




PENSYARAH:

PUAN ASMAH BINTI MOHD SUBARI@SARMAN




TAJUK:

PENYALAHGUNAAN INTERNET




NAMA AHLI KUMPULAN:




KUNANIKA A/P UGENDARAN 16DPM21F1999

REVATHI A/P V KUMARASAMY 16DPM21F1080

TIVYA SRI A/P SANGGAR 16DPM21F1998

iSi KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 FAKTOR-FAKTOR 2
3.0 KEBURUKAN PENYALAHGUNAAN INTERNET 3-4

4.0 KESAN-KESAN 5-6
5.0 CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN INTERENT 7-8

6.0 DATA-DATA 9
7.0 KESIMPULAN
8.0 PANDANGAN 10
9.0 RUJUKAN
11
12

1.0 PENGENALAN Hubungi Talian JSJN
012-2087222
Pada era modenisasi,pengunaan internet semakin berleluasa dalam kehidupan manusia di antara dunia Sekiranya anda mengesyaki sebarang penyalahgunaan Internet
terutamanya dalam golongan remaja. Internet menjadi medium yang amat penting untuk seseorang remaja untuk
mencari pelbagai maklumat dan menghubungi dunia luar kerana semuanya di hujung jari.Pada zaman dahulu,
Ketika internet belum dicipta hidupan manusia telah agak rumit,mereka hanya ada surat sebagai medium
komunikasi dan mereka terjejas untuk mencari maklumat dengan senang dan mudah.Remaja juga mengunakan
perkhidmatan pos untuk menghantar surat dan mereka juga menggunakan perpustakaan,majalah ataupun surat
khabar untuk mendapatkan maklumat ataupun isu-isu semasa.Ini juga dapat membazirkan kos dan masa walaupun
terdapat kebaikannya.Pada masa kini, remaja mempunyai kehidupan yang selesa kerana semuanya dalam hujung
jari mereka.Pengunaan internet yang agak berleluasa telah memudahkan urusan mereka dan pengunaan internet
menjadi gaya hidup remaja

Oleh itu,mereka tidak perlu membazirkan untuk menyiapkan tugasan mereka dan mencari maklumat.John
Landgaf,pengarah syarikat televisyen FX mengatakan bahawa teknologi informasi dan internet dengan
pantasnya mengubah hampir setiap aspek kehidupan kita,sebahagian lagi menjadi lebih baik dan sebahagian lagi
menjadi lebih baik dan sebahagian lagi menjadi lebih buruk.Pernyataan tersebut membuktikan bahawa internet
mempunyai pro dan kontra dalam pengunaan internet,namun tiada sesiapa yang boleh melarikan diri daripada
ledakan teknologi maklumat yang amat canggih.Oleh itu kumpulan kami telah menyediakan sebuah e-folio untuk
menunjukkan bahawa penyalahgunaan internet terhadap manusia.Kami juga menyelitkan kebaikan dan
keburukan penggunaan intern.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia pada zaman
sekarang.Penggunaan internet sudah dianggap sebagai salah satu perkara dalam lumrah kehidupan.Mereka yang
tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini.Penggunaan
internet menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan mudah serta memberi pelbagai kesan
dalam kehidupan manusia.

2.0 FAKTOR-FAKTOR

1) PENGARUH RAKAN SEBAYA
•Kanak-kanak akan sentiasa mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan
sebaya kerana mereka meluangkan masa bersama.Jika seseorang berteman
dengan orang yang
tidak baik maka orang itu kemungkinan akan mempunyai perilaku yang tidak
baik juga.
•Menurut Piaget (1926) juga berpendapat bahawa rakan sebaya
mempengaruhi pertumbuhan kognitif-sosial kanak-kanak pada masa
pertengahan zaman kanak-kanak




2)KURANGPENGAWASAN& PEMERHATIAN IBU BAPA
•Ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung kehidupan

keluarga sehingga tidak berpeluang meluangkan masa untuk anak-
anak mereka.Anak-anak juga akan kekurangan kasih sayang serta

perhatian.Jadi remaja menikmati kebebasan yang
keterlaluan.Contohnya, meluangkan masa melayari internet dan

salah gunanya.



3) LINGKUNGAN MASYARAKAT
•Pada zaman yang penuh panca roba ini,remaja sering kali
dipengaruhi dengan pelbagai daya tarikan di sekelilingnya.
Masyarakat cenderung melakukan hal yang negatif maka
seseorang yang tinggal di sekitar lingkungan tersebut akan
melakukan hal yang sama seperti menggunakan facebook iaitu
alat berkomuniaksi tetapi disalahgunakan untuk berkomen dengan
ungkapan yang kurang sopan kepada seseorang.Menyebarkan
maklumat yang fitnah dan mengelirukan kepada remaja

3.0 KEBURUKAN

Bebas melayari lamanlucah.Mereka bebas
melayari laman web tanpa kawalan kerana internet
dikatakan dunia tanpa sempadan.Bahan-bahan
lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat
dilayari tanpa kawalan.Bahan lucah seperti ini
merupakan budaya yang patut dibuang terhadap
diri masing-masingkerana ia dapat merosakkan
akidah dan jati diri.Di samping itu, kesan daripada
penyebaran laman web secara tidak terkawal ini
menjadi penyumbang kepada masalah sosial yang
semakin menjadi-jadi sehingga ke kancah
zina.Contohnya, isu video porno dikalangan
tersebar kepada masyarakat.Perilaku seksual tidak
bermoral ini menjadi kelaziman pelajar
sekarang.Keseronokan menonton bahan lucah
mendorong individu menjadi gila seks selain
perlakuan ini bakal lucah mendorong perlakuan
seks bebas.Kesan daripada seks bebas ini akan
mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi
tidak berdosa.Membincangkan kes pembuangan
bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar
nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa
kebelakangan ini.

Kurang fokus pada pelajaran.Selain itu,internet
juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada
fokus kepada proses pembelajarannya.Pelajar
banyak menghabiskan masa dengan melayari
laman web yang berbentuk hiburan semata-mata
hanya untuk keseronokan yang tidak
mendatangkan sebarang input.Masa yang patut
diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran
terbuang begitu sahaja dengan melayari laman
sosial seperti facebook, twitter dan
sebagainya.Namun demikian jika pelajar
terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas
tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus
pelajar melakukan jenayah.Oleh itu,pelajar akan
ketinggalan dari segi akademik dan gagal
menyempurnakan tugasan mereka di institusi
.Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam
setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang postitif
untuk generasi kelak.

4.0 KESAN-KESAN

1) MERACUNI PEMIKIRAN REMAJA
•Melayari laman sesawang dan video yang tidak sesuai dengan usia
mereka.seperti laman sesawang lucah dan keganasan yang merosakkan jati
diri seseorang sehingga menyebabkan jenayah seks.




2) MENJEJASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK
• Menghabiskan masa dengan melayari laman sesawang yang berbentuk hiburan semata

mata lalu tidak mempunyai masa membuat latihan yang diberikan oleh guru
sekolah.Remaja juga m engamalkan sikap malas dan tidak menguruskan masa dengan baik

serta tidak menumpukan atau kurang perhatian kepada pembelajaran.Ini menyebabkan
mereka ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan yang
diberikan.



3) MENJEJASKAN KEHARMONIAN & PERPADUAN
NEGARA
• Ada laman sesawang yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah
dan gosip
serta propaganda negative.hal ini disebabkan mereka menerima
maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan dan menyebabkan
salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di
negara kita.penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan
kepada remaja.

4) PERGAULAN BEBAS
•Tidak terlepas melayari bahan lucah dalam bentuk gambar mahupun video
yang banyak beredar di internet. Mengaksesnya atau mencari website lain
dengan bentuk yang sama namun memungkinkan untuk dilihat secara atas
talian dengan memaparkan kisah mat rempit dan lain-lain lagi yang telah
mempengaruhi remaja masa ini untuk terlibat dalam pergaulan bebas.




5) REMAJA ANTI SOSIAL
•Enggan bersosial dengan masyarakat yang menyebabkan masa bersama-
sama keluarga, sahabat dan jiran semakin berkurangan.Oleh itu,hubungan antara satu
sama lain akan menjadi renggang dan tidak dapat menjalani kehidupan dalam dunia
realiti

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENYALAHGUNAAN INTERNET

Ibu dan bapa perlu meletakkan komputer di ruang
yang terbukadan dapat diawasi oleh orang tua dan
anggota keluarga yang lain supaya dapat memerhati
apa yang digunakan oleh mereka.Selain itu,waris
perlu mengingatkan anak-anak untuk tidak pernah
memberikan kata laluan atau chat kepada sesiapa
pun kerana perkara tersebut adalah privasi.Di
samping itu,menasihatkan anak-anak supaya tidak
mengirim status di media sosial ketika suasana hati
sedang emosidan marah.Hal ini dapat membantu
pihak ketiga untuk mengambil kesempatan dalam
melakukan perkara negative terhadap
mereka.Bukan itu sahaja,tidak salah menguna
Internet tetapi remaja harus mengetahui tata sopan
dan adab interaksi di dunia realiti semasa interaksi
di media sosial

Selain itu, had penggunaan internet wajar dilakukan kepada anak-anakbawah umur bagi elak
merosakkan moral.Seterusnya,penggunaan perisian internet yang dapat menyekat juga salah
satu langkah untuk mengawal masalah ini.Bataskan umur penggunaan layanan media sosial
atau pertukaran pesanan menurut ketentuan dan layanan masing-masing.Sebagai contoh
menimal berusia 16 tahun hanya dapat menggunakan whatsapp, wechat, facebook, snapchat ,
tumbir, ingstram dan twitter.Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak
bawah umur bagi mengelakkan kejatuhan moral

6.0 DATA-DATA PENYALAGUNAAN INTERNET

Daripada statistik ini kita dapat memahami bahawa berapa banyak laporan

penyalahgunaan telah dicatatkan di Malaysia. Jika kita mengikuti langkah/cara

untuk mengatasi masalah penyalahgunaan internet yang diberitahu seperti di

atas kita boleh dapat menjadikan catatan laporan statistik yang tinggi ini

kepada catatan statistik yang rendah dalam penyalahgunaan internet di

Malaysia.







SEJAM 1.3%




1-4 jam 24.9%




5-8 jam 28.6%




9-12 jam 21.4%




13-18 jam 9.6%




Lebih 18 jam 11.5%

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab dalam
tindakan mereka itu. Semua maklumat yang mereka nampak haruslah diteliti dan
disahkan kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang tindakan susulan pula.
Pihak ibu bapa perlulah lebih peka dengan mengawasi masa dan halaman web yang
dilayari oleh anak mereka. Jika boleh ibu bapa turut sama melayari web bersama-
sama anak supaya proses pembelajaran berjalan dengan lebih baik. Oleh itu,
kebebasan penggunaan internet mesti dikawal supaya penyebaran bahan menyalahai
norma masyarakat dapat dielakkan. Semua pihak seharusnya memainkan peranan
bagi membantu membanteras gejala tidak bermoral seperti penularan dalam kalangan
remaja supaya hal tidak menjadi salah satu faktor menjatuhkan nama negara.

8.0 PANDANGAN AHLI KUMPULAN

Pada pendapat saya, Penyalahgunaan Internet adalah internet sebagai medium penyebaran bahan imperialisme yang
meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. Selain itu, internet juga dijadikan wahana untuk menyebarkan
bahan tidak bermoral, malahan dapat menyebarkan fitnah serta khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu dan
menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Akhir sekali, internet akan menimbulkan masalah
perundangan tersebar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.




Pada pendapat saya, penyalahgunaan internet menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.Ia juga meruntuhkan nilai-
nilai moral dan budaya sesuatu bangsa.Malah penggunaan internet memudahkan masyarakat untuk mengakses perkara
terutama bahan-bahan pronografi.Oleh itu,semua pihak berganding bahu untuk membanteras penyalahgunaan Internet.

Pada pandangan saya, tentang isu penyalahgunaan internet adalah internet merupakan satu medium yang sangat berguna dan
boleh memberikan banyak kelebihan kepada pengguna-pengguna internet. Walau bagaimanapun, kelebihan tersebut haruslah
digunakan secara waras dan berhati-hati. Menggunakan internet secara berhemah dan tidak menyalahgunakan kemudahan
teknologi yang ada adalah tanggungjawab setiap pengguna internet dan juga masyarakat. Walaupun kebebasan dalam
menyatakan pendapat atau pandangan adalah hak pengguna internet, namun ia tidak bermakna bahawa pengguna internet
bebas menyatakan apa sahaja yang difikirkan kerana apa-apa sahaja pernyataan yang dimuat naik adalah tertakluk kepada
undang-undang negara yang bertujuan untuk melindungi kepentingan awam secara keseluruhannya.



Penggunaan internet dalam dunia tanpa sempadan sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan jawapannya terletak

kepada pengguna internet itu sendiri. Kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan internet untuk
menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk
mengelakkan kesan buruk akibat penggunaan internet kerana "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Akhirnya,

kerajaan juga telah memainkan peranan dengan menggubal undang-undang bagi membatas dan mengawal penggunaan
internet dalam dunia tanpa sempadan.

9 .0 RUJUKAN

https://fliphtml5.com/ivoaf/lrsg/basic
http://lokkong.blogspot.com/2017/09/faktor-penyalahgunaan-
internet-1.htm
https://pendidikjalanan.blogspot.com/2021/11/kesan-negatif-
penggunaan-internet.html?m=1
http://lokkong.blogspot.com/2017/09/langkah-mengatasi-
penyalahgunaan.htm
lhttp://lokkong.blogspot.com/2017/09/kesan-penyalahgunaan-
internet-k-esan.html


Click to View FlipBook Version