The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by revathikumarasamy19, 2022-06-13 09:14:10

PENYALAHGGUNAAN INTERNET BARU

PENYALAHGGUNAAN INTERNET BARU

TUGASAN BERASASKAN E-FOLIO

KOD KURSUS:

MPU23042




NAMA KURSUS:

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA




PENSYARAH:

PUAN ASMAH BINTI MOHD SUBARI@SARMAN




TAJUK:

PENYALAHGUNAAN INTERNET




NAMA AHLI KUMPULAN:




KUNANIKA A/P UGENDARAN 16DPM21F1999

REVATHI A/P V KUMARASAMY 16DPM21F1080

TIVYA SRI A/P SANGGAR 16DPM21F1998

iSi KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 FAKTOR-FAKTOR 2
3.0 KEBURUKAN PENYALAHGUNAAN INTERNET 3-4

4.0 KESAN-KESAN 5-6
5.0 CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN INTERENT 7-8

6.0 IDEA BARU 9
7.0 DATA-DATA
8.0 KESIMPULAN 10
9.0 PANDANGAN
10.0 RUJUKAN 11

12

13

1.0 PENGENALAN Hubungi Talian JSJN
012-2087222
Pada era modenisasi,pengunaan internet semakin berleluasa dalam kehidupan manusia di antara dunia Sekiranya anda mengesyaki sebarang penyalahgunaan Internet
terutamanya dalam golongan remaja. Internet menjadi medium yang amat penting untuk seseorang remaja
untuk mencari pelbagai maklumat dan menghubungi dunia luar kerana semuanya di hujung jari.Pada
zaman dahulu, Ketika internet belum dicipta hidupan manusia telah agak rumit,mereka hanya ada surat
sebagai medium komunikasi dan mereka terjejas untuk mencari maklumat dengan senang dan
mudah.Remaja juga mengunakan perkhidmatan pos untuk menghantar surat dan mereka juga
menggunakan perpustakaan,majalah ataupun surat khabar untuk mendapatkan maklumat ataupun isu-isu
semasa.Ini juga dapat membazirkan kos dan masa walaupun terdapat kebaikannya.Pada masa kini,
remaja mempunyai kehidupan yang selesa kerana semuanya dalam hujung jari mereka.Pengunaan
internet yang agak berleluasa telah memudahkan urusan mereka dan pengunaan internet menjadi gaya
hidup remaja

Oleh itu,mereka tidak perlu membazirkan untuk menyiapkan tugasan mereka dan mencari
maklumat.John Landgaf,pengarah syarikat televisyen FX mengatakan bahawa teknologi informasi dan
internet dengan pantasnya mengubah hampir setiap aspek kehidupan kita,sebahagian lagi menjadi lebih
baik dan sebahagian lagi menjadi lebih baik dan sebahagian lagi menjadi lebih buruk.Pernyataan
tersebut membuktikan bahawa internet mempunyai pro dan kontra dalam pengunaan internet,namun
tiada sesiapa yang boleh melarikan diri daripada ledakan teknologi maklumat yang amat canggih.Oleh
itu kumpulan kami telah menyediakan sebuah e-folio untuk menunjukkan bahawa penyalahgunaan
internet terhadap manusia.Kami juga menyelitkan kebaikan dan keburukan penggunaan intern.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia pada
zaman sekarang.Penggunaan internet sudah dianggap sebagai salah satu perkara dalam lumrah
kehidupan.Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang
penuh cabaran ini.Penggunaan internet menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan
mudah serta memberi pelbagai kesan dalam kehidupan manusia.

1

2.0 FAKTOR-FAKTOR

1) PENGARUH RAKAN SEBAYA

•Kanak-kanak akan sentiasa mempelajari sikap yang
diamalkan oleh rakan sebaya kerana mereka meluangkan
masa bersama.Jika seseorang berteman dengan orang yang
tidak baik maka orang itu kemungkinan akan mempunyai
perilaku yang tidak baik juga.

•Menurut Piaget (1926) juga berpendapat bahawa rakan
sebaya mempengaruhi pertumbuhan kognitif-sosial kanak-
kanak pada masa pertengahan zaman kanak-kanak




2)KURANGPENGAWASAN& PEMERHATIAN
IBU BAPA

•Ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung
kehidupan keluarga sehingga tidak berpeluang

meluangkan masa untuk anak-anak mereka.Anak-
anak juga akan kekurangan kasih sayang serta

perhatian.Jadi remaja menikmati kebebasan yang
keterlaluan.Contohnya, meluangkan masa melayari

internet dan salah gunanya.



3) LINGKUNGAN MASYARAKAT 2

•Pada zaman yang penuh panca roba ini,remaja sering kali
dipengaruhi dengan pelbagai daya tarikan di sekelilingnya.
Masyarakat cenderung melakukan hal yang negatif maka
seseorang yang tinggal di sekitar lingkungan tersebut akan
melakukan hal yang sama seperti menggunakan facebook
iaitu alat berkomunikasi tetapi disalahgunakan untuk
berkomen dengan ungkapan yang kurang sopan kepada
seseorang.Menyebarkan maklumat yang fitnah dan
mengelirukan kepada remaja

3.0 KEBURUKAN

Bebas melayari laman lucah.Mereka bebas melayari laman
web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa
sempadan.Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan
remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan.Bahan lucah
seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap
diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan
jati diri.Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman
web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada
masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sehingga ke
kancah zina.Contohnya, isu video porno dikalangan tersebar
kepada masyarakat.Perilaku seksual tidak bermoral ini
menjadi kelaziman pelajar sekarang.Keseronokan menonton
bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain
perlakuan ini bakal lucah mendorong perlakuan seks
bebas.Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong
kepada perlakuan isu membuang bayi tidak
berdosa.Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak
dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina
yang makin berleluasa kebelakangan ini.

3

Kurang fokus pada pelajaran.Selain itu,internet juga dapat melekakan seseorang pelajar
daripada fokus kepada proses pembelajarannya.Pelajar banyak menghabiskan masa dengan
melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang
tidak mendatangkan sebarang input.Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulangkaji
pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook, twitter dan
sebagainya.Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas
tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah.Oleh itu,pelajar akan
ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi
.Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang
postitif untuk generasi kelak.

4

4.0 KESAN-KESAN

1) MERACUNI PEMIKIRAN REMAJA

•Melayari laman sesawang dan video yang tidak sesuai dengan usia
mereka.seperti laman sesawang lucah dan keganasan yang merosakkan jati
diri seseorang sehingga menyebabkan jenayah seks.




2) MENJEJASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

• Menghabiskan masa dengan melayari laman sesawang yang berbentuk
hiburan semata mata lalu tidak mempunyai masa membuat latihan yang

diberikan oleh guru sekolah.Remaja juga m engamalkan sikap malas
dan tidak menguruskan masa dengan baik serta tidak menumpukan atau

kurang perhatian kepada pembelajaran.Ini menyebabkan mereka
ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan

yang diberikan.



3) MENJEJASKAN KEHARMONIAN & 5
PERPADUAN NEGARA

• Ada laman sesawang yang sengaja menyebarkan
pelbagai fitnah dan gosip
serta propaganda negative.hal ini disebabkan mereka
menerima maklumat yang salah lalu berlakunya
kekacauan dan menyebabkan salah faham dan
pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di
negara kita.penyebaran pelbagai maklumat palsu dan
mengelirukan kepada remaja.

4) PERGAULAN BEBAS
•Tidak terlepas melayari bahan lucah dalam bentuk gambar
mahupun video yang banyak beredar di internet.
Mengaksesnya atau mencari website lain dengan bentuk yang
sama namun memungkinkan untuk dilihat secara atas talian
dengan memaparkan kisah mat rempit dan lain-lain lagi yang
telah mempengaruhi remaja masa ini untuk terlibat dalam
pergaulan bebas.




5) REMAJA ANTI SOSIAL
•Enggan bersosial dengan masyarakat yang menyebabkan
masa bersama-
sama keluarga, sahabat dan jiran semakin
berkurangan.Oleh itu,hubungan antara satu sama lain akan
menjadi renggang dan tidak dapat menjalani kehidupan
dalam dunia realiti




6

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENYALAHGUNAAN INTERNET

Ibu dan bapa perlu meletakkan komputer di ruang
yang terbukadan dapat diawasi oleh orang tua dan
anggota keluarga yang lain supaya dapat
memerhati apa yang digunakan oleh
mereka.Selain itu,waris perlu mengingatkan anak-
anak untuk tidak pernah memberikan kata laluan
atau chat kepada sesiapa pun kerana perkara
tersebut adalah privasi.Di samping
itu,menasihatkan anak-anak supaya tidak
mengirim status di media sosial ketika suasana
hati sedang emosidan marah.Hal ini dapat
membantu pihak ketiga untuk mengambil
kesempatan dalam melakukan perkara negative
terhadap mereka.Bukan itu sahaja,tidak salah
menguna Internet tetapi remaja harus mengetahui
tata sopan dan adab interaksi di dunia realiti
semasa interaksi di media sosial

7

Selain itu, had penggunaan internet wajar dilakukan kepada anak-anak bawah umur
bagi elak merosakkan moral.Seterusnya,penggunaan perisian internet yang dapat
menyekat juga salah satu langkah untuk mengawal masalah ini.Bataskan umur
penggunaan layanan media sosial atau pertukaran pesanan menurut ketentuan dan
layanan masing-masing.Sebagai contoh minimum berusia 16 tahun hanya dapat
menggunakan whatsapp, wechat, facebook, snapchat , tumbir, instagram dan
twitter.Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur
bagi mengelakkan kejatuhan moral

8

6.0 IDEA BARU

Ibu bapa perlu mengehadkan masa anak-anak untuk melayari internet
Ibu bapa harus menukarkan setting di laman web google atau internet
eplorer kepada parental control
Tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengatasi
masalah penyalahgunaan internet internet .
Pihak sekolah mestilah menyekatkan laman web yang boleh dilayari
oleh murid di sekolah.
Peranan pihak kerajaan dalam mengatasi masalah penyalahgunaan
internet ialah pihak kerajaan boleh m enerapkan pendedahan kepada
masyarakat tentang hukuman penyalahgunaan teknologi seperti akta
jenayah komputer 1997 dan akta multimedia 1998.
Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap isu
penyalahgunaan internet.
Peranan yang boleh dilakukan secara individu untuk mengatasi
masalah penyalahgunaan internet ialah perlu mendekatkan diri
dengan pengajaran agama.
Secara invidu kita harus menggunakan internet dengan rasional dan
juga perlu berupaya menjaga kemuliaan diri
Nilai -nilai murni wajar diterapakan di dalam minda remaja bagi
mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk

9

7.0 DATA-DATA PENYALAGUNAAN INTERNET

Daripada statistik ini kita dapat memahami bahawa berapa banyak laporan

penyalahgunaan telah dicatatkan di Malaysia. Jika kita mengikuti langkah/cara

untuk mengatasi masalah penyalahgunaan internet yang diberitahu seperti di

atas kita boleh dapat menjadikan catatan laporan statistik yang tinggi ini

kepada catatan statistik yang rendah dalam penyalahgunaan internet di

Malaysia.





SEJAM 1.3%




1-4 jam 24.9%




5-8 jam 28.6%




9-12 jam 21.4%




13-18 jam 9.6%



10
Lebih 18 jam 11.5%

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab dalam
tindakan mereka itu. Semua maklumat yang mereka nampak haruslah diteliti dan
disahkan kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang tindakan susulan pula.
Pihak ibu bapa perlulah lebih peka dengan mengawasi masa dan halaman web yang
dilayari oleh anak mereka. Jika boleh ibu bapa turut sama melayari web bersama-
sama anak supaya proses pembelajaran berjalan dengan lebih baik. Oleh itu,
kebebasan penggunaan internet mesti dikawal supaya penyebaran bahan menyalahai
norma masyarakat dapat dielakkan. Semua pihak seharusnya memainkan peranan
bagi membantu membanteras gejala tidak bermoral seperti penularan dalam kalangan
remaja supaya hal tidak menjadi salah satu faktor menjatuhkan nama negara.




11

9.0 PANDANGAN AHLI KUMPULAN

Pada pendapat saya, Penyalahgunaan Internet adalah internet sebagai medium penyebaran bahan imperialisme
yang meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. Selain itu, internet juga dijadikan wahana untuk
menyebarkan bahan tidak bermoral, malahan dapat menyebarkan fitnah serta khabar angin terhadap kerajaan atau
organisasi tertentu dan menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Akhir sekali,
internet akan menimbulkan masalah perundangan tersebar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak
asasi.



Pada pendapat saya, penyalahgunaan internet menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.Ia juga
meruntuhkan nilai-nilai moral dan budaya sesuatu bangsa.Malah penggunaan internet memudahkan
masyarakat untuk mengakses perkara terutama bahan-bahan pronografi.Oleh itu,semua pihak berganding
bahu untuk membanteras penyalahgunaan Internet.

Pada pandangan saya, tentang isu penyalahgunaan internet adalah internet merupakan satu medium yang sangat
berguna dan boleh memberikan banyak kelebihan kepada pengguna-pengguna internet. Walau bagaimanapun,
kelebihan tersebut haruslah digunakan secara waras dan berhati-hati. Menggunakan internet secara berhemah dan
tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi yang ada adalah tanggungjawab setiap pengguna internet dan juga
masyarakat. Walaupun kebebasan dalam menyatakan pendapat atau pandangan adalah hak pengguna internet,
namun ia tidak bermakna bahawa pengguna internet bebas menyatakan apa sahaja yang difikirkan kerana apa-
apa sahaja pernyataan yang dimuat naik adalah tertakluk kepada undang-undang negara yang bertujuan untuk
melindungi kepentingan awam secara keseluruhannya.



Penggunaan internet dalam dunia tanpa sempadan sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan
jawapannya terletak kepada pengguna internet itu sendiri. Kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang
menggunakan internet untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Selain itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaan internet kerana
"mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Akhirnya, kerajaan juga telah memainkan peranan dengan
menggubal undang-undang bagi membatas dan mengawal penggunaan internet dalam dunia tanpa sempadan.

12

10.0 RUJUKAN

https://fliphtml5.com/ivoaf/lrsg/basic
http://lokkong.blogspot.com/2017/09/faktor-penyalahgunaan-
internet-1.htm
https://pendidikjalanan.blogspot.com/2021/11/kesan-negatif-
penggunaan-internet.html?m=1
http://lokkong.blogspot.com/2017/09/langkah-mengatasi-
penyalahgunaan.htm
lhttp://lokkong.blogspot.com/2017/09/kesan-penyalahgunaan-
internet-k-esan.html

13


Click to View FlipBook Version