The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dina.meteor, 2018-07-26 10:39:36

TUGASAN 1 - DPP10103 PNP PT

TUGASAN 1 - DPP10103 PNP PT

PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAJIAN TINGGI 2018

(KUMPULAN 20 A)

DPP 10103

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENGAJIAN
TINGGI

Prof. Dr. Azme bin Khamis

TUGASAN 1

Dr. Noor Dina binti Md. Amin (FKAAS)
Dr. Norfaradilla binti Wahid (FSKTM)
Dr. Siti Hajar Aminah binti Ali (FKEE)
Dr. Wan Nurul Karimah binti Wan Ahmad (FPTP)
Dr. Intan Farhana binti Saparudin (PPUK)

0

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) merupakan suatu yang sangat penting dan nadi utama
sesebuah universiti. Bincang isu dan nyatakan cadangan bagaimanakah kita sebagai ahli
akademik dapat memartabatkan P&P di UTHM.
Bincang dalam kumpulan.

JAWAPAN
Terdapat beberapa isu penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di seluruh
Universiti Awam (UA). Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), isu yang menjadi
perhatian utama pihak universiti dan beberapa strategi dicadangkan untuk memartabatkan
dan memperkasakan P&P menerusi pelbagai aspek seperti penyampaian P&P, latihan P&P,
pentaksiran, fasiliti dan ruang pembelajaran serta aspek pelajar.

Rajah: Aspek pertimbangan bagi strategi dalam memartabatkan P&P di UTHM

1

ASPEK PENYAMPAIAN P&P

Pengajaran merupakan suatu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat serta
kemahiran kepada pelajar. Pembelajaran pula ada proses interaksi di antara pelajar dan
pendidiknya di dalam suatu lingkungan belajar formal mahupun tidak formal yang mana
ianya melibatkan keupayaan kognitif, psikomotor dan juga afektif bagi setiap pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan bolehlah dijelaskan sebagai suatu
pengajaran dan pembelajaran yang berupaya mencapai hasil pembelajaran atau objektif
yang telah dirancang kepada pelajar bagi sesuatu kursus. Bagi memperkasakan lagi proses
P&P, pelbagai strategi boleh diambil selaras dengan perubahan generasi serta tuntutan dari
pelbagai pihak termasuklah industri.

Bagi memastikan kandungan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan, kita
harus memastikan medium atau bahasa yang digunakan mencapai standard agar kedua-
dua pihak dapat berkomunikasi dengan mudah dan tidak rasa terbeban di sepanjang
proses P&P. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah sangat diperlukan terutamanya di pihak
pensyarah kerana ia telah pun menjadi bahasa standard di sebahagian besar institusi
pengajian tinggi di Malaysia termasuklah UTHM. Kelompok pelajar dari pelbagai
latarbelakang termasuklah pelajar luar negara juga memerlukan pensyarah untuk
berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Dalam kalangan staf akademik, masih
ada pensyarah yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris di tahap sederhana.
Penguasaan mereka boleh dipertingkatkan dengan mewujudkan klinik-klinik Bahasa Inggeris
yang bersesuaian untuk menambahbaik penguasaan termasuklah kemahiran bertutur dan
menulis. Selain itu, klinik sebegini sepatutnya tidak hanya diwujudkan untuk para pensyarah,
bahkan juga untuk pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa yang berminat dan
memerlukan.

Bagi merangsang pelajar supaya lebih berinteraksi dan menggunakan keupayaan
berfikir di dalam makmal, teknik-teknik pembelajaran yang berasaskan masalah (PBL) dan
open-ended boleh diperkenalkan kepada pelajar bagi menggantikan kaedah yang terlalu
terpimpin mengikut arahan-arahan makmal yang diberikan. Ini akan menhasilkan pelajar
yang lebih berkeupayaan dan matang. Proses pembelajaran di makmal juga boleh diakhiri
dengan ujian makmal yang bersesuaian bagi memperkasakan kemahiran mereka.

Di dalam proses pembelajaran, pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza. Pelajar umumnya belajar dengan visual (apa yang dapat dilihat atau
diperhatikan), auditori (apa yang boleh didengar) dan kinestetik (apa yang boleh
dipindahkan atau dilakukan). Model pembelajaran berasaskan Visual Auditori Kinestetik
(VAK) dilihat bukan hanya penting di peringkat pengajian rendah, malah ia perlu diperkasa
di peringkat pengajian tinggi. Ianya adalah model pembelajaran yang menekankan
bahawa pembelajaran mesti menggunakan alat deria yang dimiliki olrh pelajar bagi
memastikan gaya pembelajaran setiap individu akan dipenuhi. Oleh itu, mempelbagaikan
kaedah penyampaian P&P adalah sangat penting supaya kesemua keperluan pelajar akan
dapat dipenuhi. Antara kaedah yang semakin mendapat tempat adalah melalui kaedah
interaktif yang melibatkan penggunaan video, permainan, kuiz secara dalam talian,
pembelajaran secara dalam talian dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu juga, bengkel-bengkel berkaitan dengan kaedah
penyampaian P&P juga boleh dilaksanakan untuk para pensyarah bagi mendedahkan
kepada mereka tentang pilihan-pilihan kaedah yang wujud. Ia juga akan membantu

2

pensyarah dalam menentukan kaedah penyampaian yang paling sesuai supaya
bertepatan dengan hasil pembelajaran kursus dan selari dengan penaksiran yang akan
dijalankan di dalam kursus tersebut (penjajaran konstruktif).

Walaupun terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat dalam penyampaian P&P,
namun begitu masih terdapat pensyarah yang enggan untuk menukar cara mereka
lantaran kerana sudah terlalu selesa dengan cara penyampaian yang digunakan. Hal ini
mungkin dapat diselesaikan dengan cara penguatkuasaan sementara dari universiti masing-
masing kepada para pensyarah. Ia bertujuan bagi membuka mata mereka kepada teknik-
teknik lain yang lebih konstruktif, kerana orang kata “tak kenal maka tak cinta”. Dengan
penguatkuasaan ini, ia pastinya akan memberikan pendedahan baharu kepada pensyarah
dan lebih mudah untuk menerima kepelbagaian dalam penyampaian P&P seterusnya
memperkasakan P&P universiti.

ASPEK LATIHAN P&P STAF

Pelbagai program latihan berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sering dijalankan
oleh pusat tanggungjawab di UTHM seperti Pusat Latihan dan Pembangunan Akademik
(CAD) dan Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global (CGOL). Latihan tersebut dapat
membantu staf akademik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka
tentang kaedah P&P yang terkini serta berkesan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa
isu yang perlu ditangani oleh UTHM berkaitan latihan yang disediakan, antaranya ialah:

kesesuaian masa akses bahan kualiti penceramah

1. Kesesuaian masa dan tempoh latihan
Kebanyakan latihan P&P diadakan sewaktu semester sedang berjalan dan
sebahagiannya melibatkan tempoh yang melebihi satu hari. Ini menghalang staf
akademik yang mempunyai kuliah pada waktu tersebut untuk menghadiri latihan
atau terpaksa hadir hanya sebahagian daripada tempoh latihan. Selain itu, latihan
yang diadakan selama beberapa hari menjadi kurang efisyen dan berkesan apabila
sebahagian daripada waktu latihan sering digunakan untuk berbincang perkara
yang tidak berkenaan dengan topik latihan. Secara tidak langsung, perkara ini
mengurangkan sambutan para staf akademik terhadap latihan yang disediakan.

2. Akses kepada rakaman dan bahan latihan
Perkongsian rakaman aktiviti dan bahan latihan boleh membantu staf akademik
untuk mengikuti latihan pada masa yang bersesuaian dengan waktu yang mereka
ada. Walaubagaimanapun, perkara ini kurang dipraktikkan di UTHM dan jika ada,
maklumat berkenaan rakaman dan bahan latihan tidak dihebahkan secara jelas
dan menyeluruh.

3

3. Kualiti penceramah
Kualiti penceramah yang cemerlang dapat menjamin kualiti latihan yang
disediakan. Namun, latihan menjadi kurang berkesan apabila penceramah tidak
mampu membincangkan topik yang diberi dengan baik serta membuang waktu
yang ada dengan perbincangan dan aktiviti yang tidak bersesuaian.

CADANGAN

Untuk menangani isu-isu tersebut, antara langkah yang boleh diambil oleh penyedia latihan
di UTHM adalah seperti berikut:

1. Mengadakan latihan P&P sewaktu cuti semester untuk membolehkan lebih ramai staf
akademik untuk mengikuti latihan yang disediakan.

2. Menilai semula tempoh latihan supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama dan
dapat mengelakkan staf akademik daripada merasa terbeban untuk mengikuti
latihan. Contohnya, latihan diadakan separuh hari atau tidak melebihi sehari. Jika
perlu, latihan boleh diadakan dalam beberapa siri, tetapi tidak secara berturut-turut.

3. Membuat rakaman latihan (yang bersesuaian) dan menyediakan akses kepada
rakaman melalui UCiTV serta bahan latihan melalui laman web yang bersesuaian.
Hebahan melalui emel berkenaan rakaman dan bahan latihan perlu dilakukan
sebaik sahaja latihan selesai atau dalam masa berkala.

4. Menyediakan latihan secara FOC atau MOOC supaya staf akademik dapat
mengikuti latihan pada bila-bila masa. Staf akademik yang menyelesaikan modul
latihan secara atas talian perlu diberi jam kredit latihan yang diambilkira dalam
penilaian keperluan latihan tahunan.

5. Memastikan penceramah adalah pakar dalam topik latihan P&P dan menggunakan
masa latihan dengan berkesan. Ini adalah kerana latihan separuh hari adalah lebih
berkesan dan efisyen apabila ianya diberi oleh seorang yang pakar, berbanding
latihan komprehensif selama tiga hari yang banyak melibatkan ‘perbincangan
kosong’ dan aktiviti yang kurang merangsang minat peserta latihan.

ASPEK PENTAKSIRAN

Pada dasarnya, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Universiti Awam (UA) adalah untuk
mencapai objektif pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan individu yang holistik daripada
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mengukur samada objektif tersebut telah
dicapai ataupun tidak, secara amalannya kaedah pentaksiran dilaksanakan bagi mengukur
dan menilai tahap pencapaian kepada objektif tersebut. Terdapat dua (2) elemen penting
dalam penaksiran iaitu nilai dan bukti [1].

Antara isu pengajaran dan pembelajaran di UA dari aspek penaksiran adalah seperti berikut:

1. Kebanyakan kursus di UA membuat pentaksiran tahap penguasaan pelajar
terhadap sesuatu kursus adalah melalui kuiz, ujian, tugasan atau projek dan peperiksaan
akhir. Bentuk pentaksiran ini bergantung kepada matlamat pembelajaran kursus atau

4

Course Learning Outcome (CLO) perlu menilai pelajar dari tiga (3) aspek iaitu kognitif
(pengetahuan), afektif (sikap) dan psikomotor (kemahiran). Penilaian penguasaan aspek
afektif dan psikomotor memerlukan pelajar membuat tugasan untuk melihat keupayaan
pelajar mengintegrasikan kefahaman sesuatu tajuk. Isu utama adalah apabila pelajar
diberikan tugasan atau projek bagi hampir kesemua kursus yang diikuti pada semester
tersebut. Ini bermakna pada keadaan biasa, pelajar perlu menyiapkan antara 5 hingga 6
tugasan per semester bagi 18 sehingga 20 jam kredit yang diambil. Keadaan ini akan
menyebabkan kebanyakan pelajar mengambil jalan mudah iaitu plagiat hasil kerja rakan-
rakan yang lain kerana merasakan masa yang tidak mencukupi bagi menyiapkan kesemua
tugasan kursus yang berbeza-beza. Hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya pelajar
diberikan hanya satu tugasan besar yang dapat dinilai oleh lebih daripada satu kursus fakulti.
Sebagai contoh bagi pelajar yang mengambil kursus (i) Lukisan Kejuruteraan dan (ii)
Software Autocad. Satu projek merekabentuk pelan banglo boleh diberikan bagi
membolehkan kedua-dua kursus dinilai melalui satu tugasan. Kaedah ini dapat memberikan
impak yang positif kepada pelajar kerana bukan setakat dapat menjimatkan masa bagi
menyiapkan tugasan, malahan pelajar dapat mengaitkan kepentingan satu kursus dengan
kursus yang lain. Namun begitu, perkara ini memerlukan komitmen daripada staf akademik
untuk mengadakan perbincangan bersama beberapa penyelaras kursus bagi mencari tajuk
tugasan yang bersesuaian.

2. Bagi menilai Lonjakan 1 iaitu melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan
seimbang di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) -
PPPM(PT), Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) telah dirangka sebagai satu
mekanisme pentaksiran yang mengambil kira lapan (8) sudut iaitu (i) pengetahuan, (ii)
kemahiran praktikal, (iii) kemahiran & tanggungjawab sosial, (iv) nilai, sikap & profesionalisme,
(v) kemahiran komunikasi, kepimpinan & kerja berpasukan, (vi) kemahiran penyelesaian
masalah & kemahiran saintifik, (vii) kemahiran pengurusan maklumat & pembelajaran
sepanjang hayat, dan (viii) kemahiran mengurus dan keusahawanan. Sebelum ini, pelajar
hanya dinilai melalui keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sahaja. Langkah ini telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dipimpin oleh kerajaan
Malaysia sebelum ini. Selepas kerajaan Malaysia bertukar kepimpinan, keputusan samada
iCGPA ini akan diteruskan atau tidak telah diserahkan kepada UA sendiri untuk membuat
keputusan dengan mengambil kira pandangan daripada staf akademik UA tersebut. Ini
adalah salah satu contoh kes sebenar apabila dasar atau polisi digubal oleh kementerian
dalam kerajaan. Bukan setakat ketika kerajaan bertukar, malah apabila menteri pendidikan
yang baharu diganti akan mencetuskan keadaan yang sama. Hal ini dapat dielakkan
sekiranya dasar atau polisi pendidikan dipegang oleh satu badan bebas yang terdiri
daripada pakar-pakar di pelbagai bidang terutamanya pendidikan dan pelbagai disiplin.

5

ASPEK FASILITI DAN RUANG PEMBELAJARAN

MASALAH FASILITI & RUANG
fasiliti pembelajaran kurang kondusif

kurang ruang berpusat
penguat-kuasaan peraturan

susun atur perabot
kurang pengha-yatan kampus sejahtera

ISU 1 - FASILITI PEMBELAJARAN YANG KURANG KONDUSIF:
Selain faktor kurikulum, pnp, staf dan pentaksiran, faktor fasiliti dan ruang turut memainkan
peranan yang penting dalam memastikan kelancaran aktiviti pengajaran dan
pembelanjaran berlangsung. Antara maslah yang wujud ialah (i) urang penyelenggaraan
peralatan seperti projector, (ii) pendingin hawa tidak berfungsi, (iii) lif tidak berfungsi,
tindakan lambat membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab menyebabkan, dan
(iv) faktor ergonomik di mana terdapat rekabentuk perabot seperti kerusi pelajar dan
pensyarah yang kurang sesuai menyebabkan/ menjejaskan postur badan pengguna
perabot tersebut.

Cadangan:
Beberapa strategi boleh dilaksanakan seperti:

Strategi Kekuatan Kelemahan
Bagi masalah (i) - (iii) pemantauan Fasiliti dan ruang Memerlukan
dan penyelenggaraan berkala perlu pembelajaran lebih kondusif. peruntukan kewangan
dilaksanakan secara berterusan. Ia boleh menyokong aktiviti untuk menanggung
Penyelenggaraan dilaksanakan pembelajaran dengan lebih kos penyelenggaraan
secara in-house iaitu dilaksanakan efektif. fasiliti jika dilaksanakan
sendiri oleh staf UTHM (kumpulan Penyelenggaraan secara in- secara outsource
sasaran ialah juruteknik/penolong house boleh menjimatkan
jurutera dan pelajar bidang kos penyelenggaraan
berkaitan). Penglibatan pelajar dalam bangunan seluruh UTHM.
penyelenggaraan dan pemantauan Penglibatan staf dan pelajar
fasiliti, contohnya: membantu meningkatkan
• Pelajar bagi setiap fakulti diberi pengetahuan kemahiran
tanggungjawab untuk memastikann menyelesaikan masalah
semua peralatan dalam keadaan sebenar yang sedang
baik dihadapi. Bagaimanapun
• Pelajar turut memastikan kerosakan memerlukan strategi/kaedah
peralatan dibaikpulih pelaksaan yang berkesan
agar memberi manfaat
iv) menggantikan kerusi dan meja kepada universiti, staf dan
yang lebih sesuai pelajar.

6

ISU 2 - KEKURANGAN RUANG BERPUSAT UNTUK PELAJAR MENINGKATKAN KEUPAYAAN
PENJANAAN IDEA KREATIF DAN INOVASI PRODUK
i) Ruang yang terhad khususnya untuk pelajar tahun akhir menyiapkan projek sarjana

muda (PSM). Sebagai contoh, di UTM Skudai, terdapat ruang gunasama yang khusus
untuk pelajar menjalankan penyelidikan, membuat kajian berkaitan produk dan menguji
serta menghasilkan inovasi produk/teknologi

Cadangan
Beberapa strategi boleh dilaksanakan seperti:

Strategi Kekuatan Kelemahan
i) Ruang berpusat yang lebih Meningkatkan peluang Memerlukan kos yang
pelajar untuk meneroka tinggi jika bangunan baru
luas untuk semua pelajar kreativiti khususnya dalam diperlukan.
merentas semua bidang penghasilan idea dan
pengajian. Ruang ini boleh inovasi produk.
dimanfaatkan oleh semua
pelajar dari tahun satu hingga Ia juga dapat menambah
tahun akhir bagi nilai ilmu sediaada (bidang
menggalakkan penjanaan pengajian) seterusnya
idea, perkongsian ilmu, inovasi menggalakkan pelajar
produk dan meningkatkan berkongsi pengalaman
kemahiran tertentu (luar semasa pengajian berjalan.
bidang pengajian) Bagaimana-pun,
ii) Memanfaatkan ruang pemantauan diperlukan
sediaada yang tidak dari pihak universiti
digunakan (jika ada)
iii) Menyediakan ruang incubator
bagi menggalakkan pelajar
memulakan perniagaan
secara kecil-kecilan
(contohnya, perkhidmatan,
pengurusan, sistem,
kejuruteraan, latihan dll)

ISU 3 – PENGUATKUASAAN PERATURAN KURANG TEGAS
Penguatkuasaan peraturan dan denda yang kurang tegas khusunya di kawasan parkir
kenderaan. Masih terdapat pelajar/staf yang parkir kenderaan di tempat yang tidak
sepatutnya. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan dan denda yang tegas supaya warga
universiti lebih berdisplin. Selain itu, matlamat universiti untuk membentuk peribadi dan minda
yang positi yang sentiasa mematuhi peraturan universiti dapat diwujudkan jika
penguatkuasaan peraturan universiti ditingkatkan.

ISU 4 – SUSUN ATUR PERABOT KELAS/BILIK TUTORIAL YANG SESUAI
Susun atur perabot dalam kelas yang konvensional membentuk suasana pembelajaran satu
hala sahaja atau teacher-centered. Ini mempengaruhi pengajaran guru dan turut memberi
kesan keatas tingkahlaku pelajar.

7

Susun atur kelas konvensional Contoh susun atur kelas bagi abad ke-21

Rajah: Susun atur kelas konvensional (kiri) dan kelas abad ke-21 (kanan)

Cadangan:
Sebagai cadangan, susunatur kelas atau bilik kuliah (bersaiz kecil) perlu dikaji semula agar
pembelajaran lebih berkesan. Selain meransang penglibatan pelajar di dalam kelas, susun
atur kelas berserta perabut yang berciri ergonomik dan fleksibel serta mudah dialih memberi
kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan ruang kelas tersebut secara optimum.
Secara tidak langsung, interaksi dua hala antara pensyarah dan pelajar lebih aktif dan
pembelajaran berlaku dalam persekitaran yang lebih selesa.

ISU 5 - KAMPUS SEJAHTERA
Kampus sejahtera merupakan usaha universiti atas kesedaran bahawa faktor utama untuk
meningkatkan pembelajaran adalah kualiti hidup dan kesihatan pelajar dalam konteks yang
lebih luas. Perkataan sejahtera merentas beberapa dimensi aspek kerohanian, sosial, fizikal,
mental, intelektual, emosi dan persekitaran (USM, 2018). Tinjauan mendapati Kampus
Sejahtera kurang penghayatan untuk dilaksanakan secara holistik oleh warga UTHM (Md
Amin & Ab Samid, 2017). Tinjauan keatas pelajar UTHM terhadap perlaksanaan kampus lestari
mendapati bahawa kesedaran pelajar masih berada di tahap sederhana. Terkini, usaha
dipergiat seperti penubuhan Sustainable Campus Unit (SCU) yang berperanan untuk
melestarikan persekitaran kampus UTHM dalam pelbagai aspek antaranya seperti kampus
berkarbon rendah, bebas pencemaran dan mengoptimumkan penggunaan sumber.

Cadangan
Usaha perlu dipergiatkan supaya matlamat mencapai kampus sejahtera dapat dicapai
menerusi beberapa strategi, antaranya ialah:

Strategi Kekuatan Kelemahan
i) Aplikasi teknologi hijau seperti: Kepakaran ada di Memerlukan kos
UTHM untuk untuk memastikan
(fuel-injection retrofitting-kit, mono-gas melaksanakan keberkesanan
retrofitting-kit, waste heat recovery system aplikasi teknologi teknologi hijau yang
and usage of biodiesel for diesel fueled hijau di dalam diaplikasikan
vehicles) (Hushim, Md Nor Anuar & kampus
Mohideen Batcha, 2018)

8

ii) Mengurangkan penggunaan Menggalakkan Memerlukan kos yang

bas/kenderaan di dalam kampus bagi pelajar dan staf tinggi untuk

mengimbangi karbon yang berlebihan berjalan kaki di menyediakan

dan membahayakan kesihatan warga dalam kampus. kemudahan laluan

kampus. Bagaimanapun, pejalan kaki

laluan pejalan kaki berbumbung yang

berbumbung perlu boleh

disediakan. menghubungkan

semua blok utama di

dalam kampus

iii) Memperkukuh peraturan larangan Kampus bebas asap

merokok di dalam kawasan kampus rokok maka

persekitaran lebih

bersih.

iv) Penjimatan penggunaan elektrik di Sebagai contoh Hanya boleh

beberapa bangunan blok utama program Earth Hour dilaksanakan di

universiti. Usaha sedang dilaksanakan oleh (sejam tanpa elektrik beberapa buah

Sustainable Campus Unit (SCU) UTHM. boleh menjimatkan bangunan sahaja.

kos yang perlu Perlu mengambil kira

ditanggung oleh faktor keselamatan

pihak universiti ruang (contohnya

keselamatan akses

terhad ke kawasan

tertentu sahaja)

ASPEK PELAJAR

Sebagai seorang ahli akademik, proses P&P di sebuah universiti dapat dimartabatkan
dengan mengambil perhatian terhadap keperluan dan isu semasa dalam kalangan pelajar.
Pelajar merupakan pelengkap kepada proses P&P yang berlaku. Tanpa pelajar maka tiada
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan tatacara dan prosedur di universiti
tidak berlaku mengikut turutan yang telah dirancang dan menyebabkan objektif dan
matlamat penubuhan universiti tidak mencapai sasaran. Justeru dengan mengambil kira
masalah dan isu daripada pelajar sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf dan kualiti
P&P di universiti khususnya di UTHM.

Di UTHM, antara yang dapat dilakukan dalam penambahbaikan P&P adalah dengan
menilai semula isu asas yang menjadi permasalahan besar pelajar dalam mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu kelemahan dalam menguasai Matematik dan
Bahasa Inggeris. Kedua-dua subjek ini adalah asas dalam kemahiran bidang teknikal,
teknologi dan kejuruteraan serta bidang-bidang lain yang ditawarkan di UTHM. Apabila
pelajar lemah dari matapelajaran Matematik, maka memberi kesan terhadap penguasaan
dan kemandirian mereka dalam menguasai bidang sebenar yang diambil samada di
peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Situasi ini menyebabkan masalah berlaku
kepada proses P&P dan penyampaian silibus oleh pensyarah pula kerana konsep asas tidak

9

dapat dikuasai oleh pelajar. Pada masa yang sama, pensyarah sukar untuk menyampaikan
perkara asas (core business) dalam kursus atau bidang yang diambil oleh pelajar. Oleh itu,
matlamat P&P tidak dapat mencapai objektif yang disasarkan. Implikasi yang besar
seterusnya adalah pelajar tidak dapat mencapai skor atau sasaran gred yang sewajarnya
dalam purata nilai gred kumulatif (PNGK) akhir dan mempengaruhi matlamat universiti
dalam melahirkan graduan UTHM yang cemerlang.

Selain Matematik, pelajar UTHM juga didapati lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris
sedangkan kursus-kursus yang ditawarkan di UTHM memerlukan kemahiran Bahasa Inggeris
yang baik dari sudut penulisan dan memahami pengajaran dalam kelas. Hakikatnya,
apabila pengajaran yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris, pelajar tidak dapat
menunjukkan kefahaman, ini seterusnya menjejaskan prestasi dan keputusan dalam
peperiksaan akhir mereka. Punca masalah ini ialah samada pelajar kurang memahami jika
pengajaran disampaikan dalam Bahasa Inggeris atau kaedah pengajaran pensyarah yang
tidak mencapai matlamatnya. Keadaan ini membawa kepada isu lain dalam
permasalahan pelajar dari sudut P&P iaitu kaedah pengajaran pensyarah yang
menggunakan Bahasa Inggeris yang didapati memberi kesan terhadap kefahaman mereka
dalam pembelajaran.

Antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan klinik khas
bagi pelajar yang memerlukan tuisyen atau kelas tambahan dalam usaha meningkatkan
penguasaan Matematik atau bahasa Inggeris mereka. Dari aspek yang lain, pelajar juga
seharusnya menunjukkan inisiatif untuk memberi komitmen menghadiri klinik khas atau kelas
tambahan tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang bersikap sambil lewa
terhadap alternatif yang telah diberikan oleh pensyarah demi meningkatkan kemahiran dan
penguasaan mereka. Sebagai contoh, pelajar tidak hadir ke kelas atau klinik yang
ditetapkan atau tidak melakukan latihan yang diberikan. Keadaan ini yang menyebabkan
proses P&P di UTHM tidak dapat digagas ke matlamat yang sebenar dan proses pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat mencapai objektifnya. Namun dalam memartabatkan P&P
di UTHM, para pensyarah dan pelajar seharusnya saling bekerjasama dan menunjukkan
kesungguhan antara satu sama lain. Dalam keadaan pensyarah menunjukkan inisiatif
terbaik dalam penyampaian P&P dan pelajar dilatih untuk belajar bersungguh-sungguh.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan kea rah
memartabatkan P&P di UTHM. Bagaimanapun, semua usaha memerlukan kerjasama erat
antara pengurusan universiti khususnya staf akademik dan pelajar serta seluruh warga
universiti agar P&P di UTHM dapat dipertingkatkan seiring dengan visi universiti iaitu “Towards
a world class university in engineering, science and technology for sustainable
development”. Semoga usaha yang kecil dan murni dapat membuahkan hasil yang terbaik
bahkan cemerlang.

“Dengan Hikmah Kita Meneroka”

10

Rujukan
Hushim, M.F & Alimin, A., Md Nor Anuar & Mohideen Batcha, M.F. (2018). Application of Green
Technologies for UTHM in Realizing the Green Campus Concept.
https://www.researchgate.net/publication/265973492_Application_of_Green_Technologies
_for_UTHM_in_Realizing_the_Green_Campus_Concept
Md Amin, N.D. & Ab Samid, K.A. (2017) Tahap Kesedaran Mahasiswa Terhadap Pelaksanaan
Kampus Lestari Universiti Tun Onn Hussein Malaysia, Seminar Dekan Universiti Awam,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,264-273, ISBN:9789670582733.
Zakaria, H., Arifin, K., Ahmad, S., Aiyub, K. & Fisal, Z. (2010), Penyelenggaraan fasiliti dalam
penyelenggaraan bangunan: amalan kualiti keselamatan dan kesihatan, Journal of Techno-
Social, ms 23-36.
http://eprints.uthm.edu.my/579/1/jtsv22010p3.pdf
Kampus Sejahtera (2018), Universiti Sains Malaysia (USM).
http://202.170.56.249/index.php/ms/kenali-usm/mencipta-kelainan/kampus-sejahtera.html
Sustainable Campus Unit UTHM (2018), http://scu.uthm.edu.my/

11

Daun gaharu si daun palas
Alas duduk puteri kesayangan

Jasamu guru tidak terbalas
Seumur hidup jadi kenangan

Terima kasih daun keladi
Panjang umur berjumpa lagi

© pgdip20

12


Click to View FlipBook Version