The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS CADANGAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PAKAR UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DERAF ARTIKEL JURNAL v2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAMIZAN BIN WASOH @ MOHAMAD ISA / TNCPI, 2019-11-18 22:14:32

KERTAS CADANGAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PAKAR UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DERAF ARTIKEL JURNAL v2

KERTAS CADANGAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PAKAR UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DERAF ARTIKEL JURNAL v2

KERTAS UNTUK KELULUSAN
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS CADANGAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PAKAR UNTUK
MENINGKATKAN KUALITI DERAF ARTIKEL JURNAL

TUJUAN

1.0 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan
Jawatankuasa Pengurusan Universiti bagi mendapatkan perkhidmatan pakar
untuk membantu penyelidik meningkatkan lagi kualiti deraf artikel jurnal.

LATAR BELAKANG

2.0 Sejak UPM diiktiraf dengan status Universiti Penyelidikan (RU), pelbagai inisiatif
telah dianjurkan bagi meningkatkan lagi pencapaian UPM sebagai RU yang
terkemuka di Malaysia. Inisiatif baru diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi
mendepani cabaran yang berbeza setiap tahun.

3.0 Bergerak atas kapasiti yang semakin mendesak masa kini akibat pengurangan
peruntukan RU, Pejabat TNCPI berhasrat memperkenalkan satu lagi inisiatif
baharu perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi dan kualiti output hasil
penyelidikan agar UPM dapat terus mencapai kecemerlangan.

CADANGAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PAKAR UNTUK
MENINGKATKAN KUALITI DERAF ARTIKEL JURNAL

4.0 Kadar kejayaan penerimaan artikel jurnal dalam jurnal berimpak tinggi adalah
bergantung kepada kualiti artikel yang dihasilkan oleh penyelidik. Semakin
tinggi kualiti artikel yang dihasilkan, maka semakin tinggi peluang artikel
berkenaan diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi (Q1/Q2).

5.0 Bagi meningkatkan peluang berkenaan, satu inisiatif baharu dicadangkan iaitu
dengan melantik pakar yang terbukti telah berjaya menghasilkan artikel yang
berkualiti dalam bidang masing-masing, untuk membantu penyelidik UPM yang
memerlukan khidmat tunjuk ajar bagi menghasilkan artikel yang berkualiti
tinggi dan menepati kehendak penerbit jurnal tersohor.

1

6.0 Empat (4) bidang utama akan ditentukan kemudian berdasarkan keperluan
sebenar dan kebolehupayaan calon untuk liputan bidang yang lebih luas. Oleh
demikian, empat (4) orang dicadangkan untuk dilantik iaitu seorang bagi setiap
bidang.

7.0 Kadar yang dicadangkan adalah berdasarkan keupayaan calon membuat
semakan untuk 15 – 20 deraf artikel sebulan yang akan ditetapkan secara
strategik oleh Pejabat TNCPI.

8.0 Cadangan terma lantikan pakar ini adalah seperti berikut :

1. Kelayakan pemohon : Sekurang-kurang Ijazah Lanjutan. Terbuka

kepada pegawai akademik yang telah bersara dan mempunyai track

record penyelidikan dan penerbitan yang cemerlang.

2. Jenis perkhidmatan : Bayaran honorarium

3. Kadar bayaran : RM250 – RM500 untuk satu artikel

(berdasarkan kadar perkhidmatan penyuntingan/proofreading artikel

jurnal yang diluluskan JKTK Bil. 3/4/2013 ke atas kadar perkhidmatan

penyerjemahan dan penyuntingan Pusat Pemajuan Kompetesni

Bahasa(CALC)). Anggaran satu artikel mengandungi 20 – 30 muka surat.

4. Kadar bayaran maksimum : Kadar bayaran maksimum untuk seorang
pakar ialah RM 4,000.00 sebulan.

9.0 Cadangan kadar di atas adalah hasil beberapa siri perbincangan yang telah
dilakukan bersama Pejabat Bursar dan Pejabat Pendaftar.

IMPLIKASI KEWANGAN

10.0 Implikasi kewangan bagi membiayai empat (4) orang pakar adalah seperti
berikut :

2

BIL. PERKARA ANGGARAN ANGGARAN
PEMBIAYAAN/ PEMBIAYAAN/
1. Pakar Bidang 1
2. Pakar Bidang 2 BULAN (RM) TAHUN (RM)
3. Pakar Bidang 3 RM 4,000.00 RM 48,000.00
4. Pakar Bidang 4 RM 4,000.00 RM 48,000.00
RM 4,000.00 RM 48,000.00
JUMLAH RM 4,000.00 RM 48,000.00
RM 16,000.00 RM 192,000.00

11.0 Pembiayaan menggunakan vot peruntukan Universiti Penyelidikan.

SYOR

12.0 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah diminta menimbang dan
seterusnya meluluskan cadangan bagi mendapatkan perkhidmatan pakar untuk
membantu penyelidik meningkatkan lagi kualiti deraf artikel jurnal.

Disediakan oleh:
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
15 November 2019

3


Click to View FlipBook Version