MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 25 JUN 2023, AHAD TARIKH : DEWAN BESTARI SKeSMa DEWAN BESTARI SKeSMa TEMPAT : DR. HJ. ASMADI BIN ABDUL RAHMAN Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi MUIP) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi MUIP) DIRASMIKAN OLEH : SK SERI MAHKOTA BATU 12, JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN, PAHANG SK SERI MAHKOTA BATU 12, JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN, PAHANG
BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Sekapur Sireh YDP PIBG 1 2 Seulas Pinang Guru Besar 2 3 Atur Cara Program 3 4 Notis Mesyuarat Agung 4 - 5 5 Borang Usul 6 6 Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 7 7 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-18 8 - 9 8 Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-18 2023/ 2024 10 9 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 17 2022/ 2023 11 - 16 10 Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/ 2023 17 11 Program PIBG sepanjang tahun 2022/2023 18 - 19 12 Laporan Unit Kurikulum & Kokurikulum 20 13 Laporan Unit Hal Ehwal Murid 21 ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT 15 Enrolmen Murid 2023/ 2024 22 16 Senarai Usul 23 17 Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 24 19 Sekalung Penghargaan 25 ISI KANDUNGAN
Sekapur Sireh Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Mahkota kali ke-18 tahun 2023. Bunga selasih di tapak tangan, Dipetik orang harum mewangi, Segunung kasih kami taburkan. Keprihatinan tuan dijunjung tinggi. Alhamdulillah, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah swt. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar semua. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anakanak kita menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah. Sampan kotak hilir mudik, Dayung patah galah sebatang; Ikhtiar tidak datang menggolek, Akal tidak datang melayang. Sekian, terima kasih. ……………………………………… )EN NOR AZMI BIN SABRI( YANG DI PERTUA PIBG SK SERI MAHKOTA 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana hari ini dapat kita laksanakan satu lagi tugas penting bagi kita semua warga SK Seri Mahkota, dengan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 18. Masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru dengan ibu bapa yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah sendiri. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Sekian terima kasih. ……………………………………… (EN MOHD AZHAR BIN YAHYA,AMP) GURU BESAR SK SERI MAHKOTA Seulas pinang 2
Atur cara program 01 8.00 - 8.30 pg PENDAFTARAN IBU BAPA & GURU 05 MAJLIS TAMAT Bersurai 02 8.30 - 9.30 pg KETIBAAN DIF KEHORMAT Ucapan Pengerusi Majlis, Bacaan Doa, Ucapan Guru Besar, Ucapan Yang Dipertua, Ucapan Perasmi, Gimik Perasmian, Persembahan Taekwondo, Persembahan bercerita, cabutan bertuah, Penyampaian cenderamata kepada perasmi 03 9.30 - 9.50 pg REHAT Rehat dan sarapan pagi 04 10.00 pg MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 3 12.30 tgh
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI MAHKOTA (SKESMA) KALI KE-18 اُتُه ْي ُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَبَر َك ,Sejahtera Salam dan الَّسَالُم َعَل Tuan/puan, ibu bapa/penjaga, Sukacita dimaklumkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Mahkota Kali ke-18 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut : TARIKH : 25-06-2023 (AHAD) MASA : 8.30 pagi - 12.00 tgh hari LOKASI : Dewan Bestari, SK Seri Mahkota (SKESMA) Insya Allah, mesyuarat pada kali ini akan memilih barisan kepimpinan baru JK PIBG SKESMA bagi sesi seterusnya. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar semua ibu bapa/penjaga anak-anak SK Seri Mahkota dapat hadir ke mesyuarat tersebut agar segala perkara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah dapat dipersetujui dan dicapai secara bersama. Semoga majlis ini nanti dapat berjalan dengan lancar dan segala urusan kita dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. YDP PIBG SK SERI MAHKOTA SESI 2023/2024 nOTIS mESYUARAT aGUNG 4
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA PERSATUAN IBU BAPA & GURU Batu 12, Jalan Gambang 25150 Kuantan Tel/Fax : 09-5397788 Ruj . Kami : SKSMKT.100-13/1/1(57) Tarikh : 20 JUN 2023 Ibu/Bapa/Penjaga murid Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKESMA KALI KE 18 SESI 2023/2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk . 2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 25 Jun 2023 ( Ahad ) Masa : 8.15 pagi Tempat : Dewan Seri Bestari SK Seri Mahkota 3. Agenda : : Ucapan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Guru Besar : Ucapan Yang Dipertua : Ucapan Perasmi : Gimik Perasmian : Persembahan Taekwondo : Persembahan bercerita : 5 cabutan bertuah : Penyampaian cenderamata kepada perasmi : Rehat dan sarapan pagi : Mesyuarat Agung PIBG : Ucapan Penangguhan : Cabutan Bertuah : Bersurai 4. Diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat demi kebaikan dan kemajuan sekolah. Sekian, terima kasih. "MALAYSIA MADANI" 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan amanah, ( SHARIFAH BT MOHD ZAIN) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa & Guru SKESMA nOTIS mESYUARAT aGUNG 5
BORANG PERNYATAAN USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE -18 PERSATUAN IBU/BAPA DAN GURU (PIBG), SKESMA Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK. SERI MAHKOTA Tuan, PERNYATAAN USUL IBU BAPA/PENJAGA _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (gunakan kertas yang berasingan sekiranya ruang tidak mencukupi) Sekian, terima kasih. Yang benar, ___________________ Nama Pembawa Usul : Alamat Rumah : Nama anak di sekolah ini : Kelas anak sekarang : Sila kembalikan borang ini pada atau sebelum 19 Mei 2023 (Jumaat) pada guru kelas masing-masing. borang usul 6
AJK GURU EN. NIK MOHAMAD HASBULLAH BIN NIK FARID PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. BADARIAH BT ABD RAHMAN EN. BASIR BIN YUNUS AJK IBU BAPA/PENJAGA EN. AFIQ FAHMI BIN AHMAD EN. MOHD ASRUL BIN RUMIDI EN. MOHD AZLIE BIN SAFIE PN. NORIZAN BT DAING BANUA PN. MUSTURA BT ISMAL PN. NORSULIZAWATI BT SATAR PN. MURNI BT MAHMUD PENASIHAT EN MOHD AZHAR BIN YAHYA, AMP YANG DIPERTUA EN. NOR AZMI BIN SABRI NAIB YANG DIPERTUA EN. ASRUL NIZAM BIN ABEDUL RANI SETIAUSAHA KEHORMAT PN. SHARIFAH BT MOHD ZAIN PEN. SETIAUSAHA PN. NURAISAH BT MOHD YATIM BENDAHARI KEHORMAT PN. HAZIMAH BT MD YUSOF Ajk pibg 2022/2023 7
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-18 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-18 JEMPUTAN En Mohd Azhar bin Yahya, AMP En Nik Mohd Faeez bin Nik Osman En Abdul Rahman bin Hussain Pn Norkhazimal binti Mohd Kamal SAMBUTAN/ PROTOKOL VIP En Nor Azmi b Sabri En Asrol Nizam b Abedul Rani En Mohd Azhar bin Yahya, AMP En Nik Mohd Faeez bin Nik Osman En Abdul Rahman bin Hussain Pn Norkhazimal binti Mohd Kamal Pn Hazimah binti Md. Yusof Pn Shamsiah bt Abu Sahary PENDAFTARAN Pn Aluwiyah binti A.Majid Pn Norhayati binti Sidek Pn Norsulizawati bt Satar PENGACARA MAJLIS En Muhammad Firdaus bin Abd Ghani Pn Nur Farahiyah binti Azmi PERSIAPAN PENTAS Pn Mizatul Fairuz binti Esa Pn Nur Ashida binti Ramli Pn Norzana binti Mokhtar Pn Syakirah bt Shabudin BACKDROP/ BANNER & PUBLISITI En Wan Faizal bin Wan Razali Pekerja-pekerja swasta BUKU PROGRAM/ BUKU LAPORAN Pn Nuraisah binti Mohd Yatim Pn Sharifah binti Mohd Zain Pn Siti Roslina bt Ariffin SIARAYA/ TEKNIKAL En Muhamad Rushdan bin Abd Rahman En Kamaruzaman bin Awang FOTOGRAFI & DOKUMENTASI En Mohd Syahir bin Mohamed En Mohd Azman bin Mohd Nawi En. Afiq Fahmi b Ahmad TEKS UCAPAN Pn Aslinda binti Samad Cik Nur Afiqah Aqilah Bt Ahmad Rushdi PERSEMBAHAN MULTIMEDIA En Nik Mohamad Hasbullah b Nik M. Farid Pn Nuraisah binti Mohd Yatim En Mohamad Asrol b Rumidi PEMBACA DOA En Wan Faizal bin Wan Razali 8
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-18 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-18 PERSIAPAN TEMPAT En Mohd Harafi bin Daud En Asrul Hakim bin Bahari En Kamaruzaman bin Awang Pekerja-pekerja swasta CABUTAN BERTUAH & PENYAMPAIAN HADIAH Cik Rasmiyati Adriana Auni bt Roslan Pn Natasha binti Mohamad Idris Pn Aryanti binti Ishak Pn Anis Sofiah Bt Abd Halim Pn Badariah bt Abd Rahman PENCATAT MINIT Pn Sharifah Bt Mohd Zain Pn Aswahaida binti Abdull Manan Pn Mustura bt Ismail JAMUAN VIP Pn Kamariah bt Dollah Pn Nabilah binti Ismail Pn Zukulnaini bt Zanun Pn Murni bt Mahmud MAKANAN IBU BAPA/ PENJAGA Pn Shuhadah binti Ramli Pn Masliza bt Abdul Wahid Pn Mazlin binti Razali KAWALAN LALU LINTAS En Hj Zulkifli bin Mat Taib En Raimee bin Taibom En Mohd Azlie b Safie BUKU CENDERAMATA PERASMI Pn Fazlina bt Abd. Aziz KIRAAN UNDI DAN CATAT UNDI Pn Norazam binti Mohamad Tajuddin Pn Ruhaya bt Kadir Pn Norizan bt Daing Banua SIJIL DAN CENDERAMATA AJK PIBG Pn. Anisah Bt Hashim Pn. Norshafara Bt Mansor 9
Ucapan Guru Besar SK Seri Mahkota Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Bayaran sumbangan PIBG sesi 2023/2024 1 2 3 4 5 6 7 8 Membahas dan menerima usul-usul Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-18 2023/ 2024 Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-18 2023/ 2024 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG SK Seri Mahkota 2022/2023 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 Pemilihan AJK dan Juruaudit sesi 2023/2024 9 Ucapan Penangguhan 10
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA PERSATUAN IBU BAPA & GURU Batu 12, Jalan Gambang 25150 Kuantan Tel/Fax : 09-5397788 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 SK SERI MAHKOTA BATU 12, JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN, PAHANG TARIKH : 23 APRIL 2022 HARI : SABTU TEMPAT : BILIK MESYUARAT, BANGUNAN FTKA, UMP GAMBANG SECARA ATAS TALIAN PERASMIAN OLEH : YB DATO’ INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1 MERANGKAP AHLI PARLIMEN PAYA BESAR 1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1. Bacaan Al-Fatihah 2. Mengucapkan terima kasih kepada guru besar, guru-guru dan semua waris yang hadir. 3. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman bin Mohd Nawi. 2. UCAPAN YDP PIBG (EN NOR AZMI BIN SABRI) 1. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah atas kesudian merasmikan MAT PIBG SK Seri Mahkota dan juga kepada para hadirin yang mengikuti mesyuarat secara atas talian. 2. Melahirkan rasa syukur kerana dapat menjalankan dan berkumpul di majlis ini walaupun secara atas talian. 3. Peranan PIBG adalah medium perantaraan antara ibu bapa dan guru untuk mempertingkatkan tahap pendidikan anak-anak, membantu dalam memajukan prasarana sekolah untuk kemajuan pendidikan anak-anak. Minit Mesyuarat Agung Kali ke-17 2022/ 2023 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-17 2022/ 2023 11
4. Berhasrat untuk meneruskan projek rintis : ·Penubuhan PIBKS ·Projek robotik ·Menghasilkan kotak singki ·Membantu proses pembasmian anai-anai ·Bekerjasama dengan penduduk kampung dan taman dalam aktiviti gotong royong di sekolah ·Menggerakkan KSIB dan alumni untuk memajukan lagi anak-anak SKeSMA; Jadi besar harapan supaya ibu bapa dapat menyokong PIBG sekolah secara berterusan untuk mencapai hasrat bersama. 5. PIBG sudah mengemukakan kertas cadangan projek Gajah Menyusu dan Kerja-kerja membesarkan Kawasan Parkir Ibu Bapa. Sehubungan itu, PIBG cadangan mewujudkan Tabung Pembangunan untuk tampung kos projek-projek tersebut akan diteruskan. 6. Ibu bapa perlu sentiasa beri penekanan kepada anak-anak untuk membentuk disiplin anakanak. Jangan hanya serahkan bulat-bulat kepada guru. 3. UCAPAN PENASIHAT (TUAN GURU BESAR: PN HAJAH FAUZIAH BINTI ABD WAHAB) 1. Mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran semua pihak. 2. Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah sudi hadir secara atas talian bagi merasmikan mesyuarat agung kali ini. 3. Penghargaan juga dirakamkan kepada pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) atas peluang yang diberikan untuk mengelolakan dan menggunakan fasiliti pada MAT PIBG SK Seri Mahkota kali ke-17 secara atas talian ini. 4. Perkembangan dan kejayaan SKeSMA sepanjang tahun 2021 dan sehingga akhir sesi 2021/2022 antaranya ialah: i) Pertambahan murid yang sangat ketara pada sesi persekolahan 2022/ 2023 iaitu daripada 446 orang murid (akhir sesi 2021/2022) kepada 525 orang murid (sesi 2022/2023). Sehubungan itu, beberapa isu timbul berdasarkan peningkatan bilangan murid yang agak besar ini, antaranya: · Buku Teks – sekolah mengalami kekurangan buku teks kerana tempahan buku teks adalah berdasarkan bilangan murid tahun lepas (2021/2022). Masih ada murid yang belum menerima buku teks dan GPK HEM sedang dalam proses mengatasi isu ini. · Bangunan Sekolah – Blok B hanya aras 1 sahaja boleh digunapakai sebagai kelas memandangkan aras 2 100% mengalami kerosakan bumbung disebabkan anai-anai. Blok E, aras 1, 2 dan 3 digunakan sebagai bilik PdPC/ kelas. Pihak sekolah memperolehi peruntukan sebanyak RM650,000 untuk membaik pulih aras 3 Blok E, tetapi status tergendala kerana masalah elektrik. · Beg berat – GB mengingatkan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak hadir ke sekolah membawa buku berdasarkan jadual PdPC kelas; di mana KPM menetapkan sebanyak 3-5 mata pelajaran sahaja sehari. Jangan bawa buku yang tidak diperlukan ke sekolah. 12
ii) Kejayaan dalam bidang akademik : seramai 12 orang murid SKeSMA telah layak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga MRSM. Kelayakan ini adalah dinilai berdasarkan prestasi akademik murid yang dinilai berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). iii) Unit HEM : Peratus kehadiran murid ke sekolah masih rendah iaitu di bawah 84%. Jangan jadikan alasan yang ringan untuk anak-anak tidak hadir ke sekolah memandangkan negara ke arah fasa endemik. iv) Unit Ko-kurikulum : Murid-murid SKeSMA aktif menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan secara online. Seramai 5 orang murid mencapai penyertaan peringkat antarabangsa, kebangsaan lebih kurang 40 orang, 100 penyertaan di peringkat negeri dan selebihnya penyertaan peringkat daerah. Pihak sekolah memohon agar ibu bapa memastikan anak-anak hadir kew sekolah dan mengikuti aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari Rabu setiap minggu. Ibu bapa jugak haruas menggalakkan anak masing-masing menyertai pertandingan yang dijalankan secara atas talian supaya dapat membantu markah PAJSK anak-anak untuk melayakkan diri ke SBP/ MRSM. 5. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa yang dapat hadir MAT ini dan selamat berpuasa serta selamat hari raya untuk semua. 4. UCAPAN PERASMIAN (YB DATO’ INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1 MERANGKAP AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) 1. Ucapan aluan kepada semua hadirin yang hadir. 2. Melahirkan rasa kesyukuran kerana kejayaan SKeSMA mengadakan MAT PIBG secara atas talian. 3. Bersyukur kepada Illahi di atas kerjasama dan muafakat telah banyak Berjaya meningkatkan politik, ekonomi, sosial dan agama. 4. Asas yang kuat harus dibentuk dalam diri anak-anak sebagai persediaan menghadapi cabaran yang sangat hebat pada masa hadapan di mana anak-anak sekarang sudah terdedah dengan teknologi (informasi dan komunikasi). 5. Persediaan harus dibuat kepada kedua-dua pihak iaitu ibu bapa dan anak-anak di mana ibu bapa harus mengenal poensi yang ada dalam diri anak-anak. Ibu bapa juga harus melibatkan diri atau mengimarahkan program-program keibubapaan untuk menambah ilmu dalam mendidik anakanak. 6. Faktor kemenjadian anak-anak adalah ibu bapa, di mana ibu bapa adalah individu terdekat yang meluangkan jumlah masa yang banyak dengan anak-anak. Jangan bunuh potensi anak-anak tetapi harus memperkasa dan memperkaya potensi diri anak-anak. 7. Beri perhatian kepada anak-anak yang perlukan sentuhan kasih sayang dan belaian. Duit adalah segala-galanya tetapi segala-galanya bukanlah duit. Ibu bapa harus meluangkan masa dengan anak-anak dan anggap anak-anak seperti kawan di mana jangan melihat anak-anak dari kaca mata ibu dan bapa sahaja. 8. Merasmikan MAT PIBG SK Seri Mahkota 2022 kali yang ke-17. 13
9. Sentiasa mendoakan anak-anak generasi akan datang supaya lebih berjaya, menjadi insan yang soleh dan solehah. 5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU. 1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu (minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16). 2. Pengesahan minit mesyuarat. Cadangan : Pn Nurulhuda binti Mat Isa Sokongan : Pn Wyrdayana binti Mohd Hasihm Tindakan: Setiausaha 6. PERKARA BERBANGKIT - Tiada 7. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN 1. Bendahari membentangkan penyata kewangan 2021/2022. 2. Bendahari menyatakan perbezaan kutipan sumbangan PIBG 2019/2020 iaitu RM30 (per keluarga) + RM35 (setiap murid) yang berjumlah RM65 jika memiliki seorang anak si SKeSMA berbanding kutipan PIBG 2021/2022 iaitu RM50 per keluarga (mengambil kira faktor terkesan Covid 19). 3. Pengesahan penyata kewangan Cadangan : Pn Ruhaida binti Mohd Noor Sokongan : Pn Khadijah binti Idris Tindakan: Bendahari 8. PENETAPAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 1. AJK PIBG bercadang untuk menetapkan sebanyak RM120/ keluarga termasuk kutipan sumbangan tabung pembangunan yang boleh dibayar secara ansuran. 2. Menurut YDP, pihak PIBG sentiasa berhati-hati dalam membelanjakan duit sumbangan PIBG yang dibuat oleh ibu bapa sekalian. Jika pengeluaran berlaku, ia bertujuan untuk kemajuan semua murid bukan sebilangan murid sahaja. 3. Cadangan oleh Pn Wydayana supaya cadangan kutipan sumbangan PIBG yang telah dicadangkan RM120 dikurangkan kepada RM100. Beliau mencadangkan supaya kutipan juga boleh dibuat secara ansuran. 4. Undian secara ‘poll’ dilakukan di mana ibu bapa yang hadir boleh membuat pilihan kutipan sumbangan iaitu RM120 perkeluarga dan RM100 perkeluarga. Hasil undian mendapati: RM120 perkeluarga : 37 undian RM100 perkeluarga : 39 undian Penetapan kutipan sumbangan PIBG untu sesi 2022/2023 ialah RM100 perkeluarga. 14
9. PERNYATAAN DAN PERBAHASAN USUL USUL YANG DIBAWA OLEH IBU BAPA 1) ISU BEG BERAT - Meminta pihak sekolah menyediakan kotak (tong) simpanan buku teks di dalam kelas. Memandangkan pembawa usul tidak hadir ke MAT PIBG kali ke 17 maka usul tidak dibahaskan. Jawapan : Pihak sekolah tidak mampu untuk menyediakan setiap murid dengan 1 kotak simpanan memandangkan harga tong yang mahal. Guru Besar menyatakan bahawa ibu bapa boleh mengumpul duit untuk beli kotak bagi anak masing-masing dan boleh berbincang dengan guru kelas. Pembawa Usul : Pn Shafara binti Mansor 2) MENYEDIAKAN LALUAN BERBUMBUNG DARI PAGAR SEKOLAH - Meminta pihak sekolah menyediakan laluan berbumbung supaya anak-anak tidak terkena hujan turun dari kelas/ daripada kereta ibu bapa/ penjaga. Memandangkan pembawa usul tidak hadir ke MAT PIBG kali ke 17 maka usul tidak dibahaskan. Jawapan : Laluan berbumbung / gajah menyusu adalam projek yang termasuk dalam agenda pembangunan PIBG. Pihak PIBG dalam proses melaksanakan projek tersebut. Pembawa Usul : Pn R. Norma binti R. Sallehudin 3) MEMBESARKAN TEMPAT MENUNGGU IBU BAPA Memandangkan pembawa usul tidak hadir ke MAT PIBG kali ke 17 maka usul tidak dibahaskan. Jawapan : Kertas kerja sudahpun dihantar kepada pihak yang berkenaan. Pembawa Usul : Pn Juwairiyah binti Mat Yusoh USUL LAIN YANG DIBACA 1) MENAMBAK JALAN RAYA DI HADAPAN SEKOLAH - Skop kerja adalah di bawah JKK Kampung Mahkota - Telah dimajukan ke peringkat atas secara berperingkat - Jalan sehingga ‘u-turn’ di kawasan parkir kereta penjaga, harus membuat permohonan kepada PTG untuk sebarang pengubahan. 2) PEMBERIAN BANTUAN KEPADA SEMUA MURID - peruntukan bantuan hanya diberi kepada murid-murid di bawah kriteria tertentu sahaja. 3) PENGURUSAN BUKU TEKS - PK HEM sedang dalam proses mendapatkan buku teks yang lengkap untuk murid-murid yang masih tidak cukup/ terima buku teks. 15
4) KELANCARAN LALU LINTAS KETIKA MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH - Ibu bapa dinasihatkan untuk menyiapkan anak-ank di rumah termasuklah bersalaman untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa menghantar anak ke sekolah, 10. HAL-HAL LAIN -Tiada. 11. UCAPAN PENANGGUHAN 1. Guru Besar mengingatkan supaya ibu bapa dapat menghantar anak ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi memandangkan ada ibu bapa yang menghantar anak pada 7.45 pagi / 8.00 pagi. 2. Ibu bapa diseharapkan dapat menghidupkan program sekolah/ Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan berperanan seperti menghadiri dan menyertai [rogram dan acara sekolah. Penyertaan ibu bapa amat penting dalam memajukan sekolah. 3. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP, JK Tertinggi, guru-guru dan ibu bapa atas kebersamaan dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. 4. Pengerusi menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan pelaksanaan MAT PIBG kali ke17 secara atas talian. Beliau juga mohon maaf jika ada kesilapan dan kelemahan semua AJK dan mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya untuk semua. Pengerusi menangguhkan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………………............ ………………………………............... (Pn Nuraisah binti Mohd Yatim) (En Nor Azmi bin Sabri) Penolong Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 Yang diPertua PIBG 2022/2023 SK Seri Mahkota SK Seri Mahkota 16
Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/ 2023 Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/ 2023 PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SERI MAHKOTA SEHINGGA 21 JUN 2023 17
BIL AKTIVITI 1 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2 Program Amalan Guru Penyayang (Sambutan Hari Lahir Murid) 3 Pembinaan (Pertandingan) Laman Minda Sihat 4 Gotong Royong sebelum Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah 5 Keceriaan dan Kebersihan Bilik Darjah 6 Program Kehadiran Terbaik 7 Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah 8 Pembinaan Tembok Pagar Pintu Masuk Sekolah 9 Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKeP) 2022 10 Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil 11 Program Transisi Tahun 1 PROGRAM PIBG SEPANJANG TAHUN 2022/2023 PROGRAM PIBG SEPANJANG TAHUN 2022/2023 Antara aktivit yang dijalankan oleh PIBG SK Seri Mahkota sepanjang sesi persekolahan 2022/ 2023 18
BIL AKTIVITI 12 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 13 Program Motivasi Disiplin dan Sahsiah bersama Kaunselor SMK Chengal Lempong 14 Lawatan Murid Tahun 6 ke Kuala Lumpur Antara aktiviti yang dijalankan oleh PIBG SK Seri Mahkota sepanjang sesi persekolahan 2022/ 2023 19 PROGRAM PIBG SEPANJANG TAHUN 2022/2023 PROGRAM PIBG SEPANJANG TAHUN 2022/2023
Laporan Unit Kurikulum & Ko Kurikulum sesi 2021/2022 Laporan Unit Kurikulum & Ko Kurikulum sesi 2021/2022 Antara Aktiviti dan Program yang diijalankan: 7 8 9 Unit kurikulum Unit Kokurikulum 20
Laporan Unit HEM sesi 2021/2022 Laporan Unit HEM sesi 2021/2022 Antara Aktiviti dan Program yang diijalankan: 21
eNROLMEN mURID 2022/2023 eNROLMEN mURID 2022/2023 BIL KELAS JUMLAH KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH MURID 1 TAHUN 1 3 60 46 106 2 TAHUN 2 3 42 51 93 3 TAHUN 3 3 41 48 89 4 TAHUN 4 2 35 34 69 5 TAHUN 5 3 40 41 81 6 TAHUN 6 2 27 29 56 JUMLAH MURID 16 245 249 494 22 Jumlah keseluruhan murid mengikut kelas
sENARAI uSUL 2022/2023 1 2 3 ' Penyediaan kaki lima yang berbumbung kepadaanak-anak dari pintu pagar sekolah. ' 1. - pn raja norma bt raja sallehudin (muhammad arash mikail, 3 Af) - en nor azmi b sabri (muhammad waiz thaqif, 3 af) 'Mohon besarkan bus stop (kesianibu bapa yang menunggu tak cukup tempat berteduh).' 1. - pn rabiatun (dani azfar, 1 ar) 2. 'Memohon bantuan Guru Besar untuk permohonan besarkan atau baiki jalan menghala ke sekolah.' Usul diterima dan dibahas 23 ' Mewujudkan Jawatankuasakecil ibu bapa dalam kelas-kelas khusus untuk keceriaan kelas. ' 1.
AJK GURU PEMERIKSA KIRA-KIRA AJK IBU BAPA/PENJAGA PENASIHAT EN MOHD AZHAR BIN YAHYA, AMP GURU BESAR YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT Ajk pibg 2023/2024 24
Sekalung Penghargaan Sekalung Penghargaan SEKALUNG PENGHARGAAN danucapan TERIMA KASIH Buat: Dr. Hj. ASMADI BIN ABDUL RAHMAN Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi MUIP) Guru Besar YDP PIBG & AJK Semua Guru & AKP Seluruh Jawatankuasa Pelaksana Para Ibu Bapa/ Penjaga dansemua yangterlibat secaralangsungatau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Mahkota Kali Ke-18 25