The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan SK Taman Nusa Damai Tahun 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jerry mcguire, 2020-01-04 07:46:40

PENGURUSAN 2020

Buku Pengurusan SK Taman Nusa Damai Tahun 2020

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.
JBA1129

BUKU
PENGURUSAN SEKOLAH

2020

‘PERMATA KEJORA PEWARIS GENERASI UNGGUL’

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

ISI KANDUNGAN

Sekapur sirih

MAKLUMAT AM
Surat Aku Janji
Visi dan Misi PPD, Sekolah
Latar Belakang Sekolah
Senarai Guru Besar SK Taman Nusa Damai
Lagu dan Logo Sekolah
Matlamat dan Objektif Sekolah
Piagam Sekolah
Fokus Pengurusan Pendidikan
Pelan Lakar Bangunan Sekolah
Pelan Laluan Kecemasan
Kalendar Persekolahan Sesi 2020
AJK PIBG 2019/2020
Senarai Nama Guru dan Kakitangan 2020
Takwim Tahunan Sekolah 2020
Senarai Nama Guru Kelas
Jadual Guru Bertugas

PENGURUSAN PENTADBIRAN
AJK-AJK Pengurusan Pentadbiran
Penyelaras Bilik-bilik Khas

PENGURUSAN KURIKULUM
Carta Organisasi Kurikulum
AJK-AJK Unit Kurikulum
Carta Organisasi Pusat Sumber Sekolah
AJK Panitia Kurikulum
Jadual Pencerapan PdP dan Buku Rampaian

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Carta Organisasi HEM
AJK-AJK Unit HEM
Panduan dan Tugas Unit-unit HEM
Program Unit HEM

PENGURUSAN KO KURIKULUM
Carta organisasi Kokurikulum
AJK 1M1S
AJK Unit Beruniform
AJK Kelab dan Persatuan
Panduan dan Tugas Unit-unit Ko Kurikulum
Aktiviti Ko Kurikulum
Jurulatih Utama Sukan dan Permainan
Takwim Ko Kurikulum

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
GAPURA ASPIRASI

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya diberi kesempatan ini untuk mengungkapkan sepicing
bicara yang mendukung aspirasi seluruh warga pendidikan di daerah Pasir Gudang sebagai
amanat untuk mendepani cabaran pendidikan pada tahun 2020. Sekalung tahniah dan setinggi-
tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak yang menzahirkan komitmen yang tinggi untuk
merealisasikan Buku Pengurusan Sekolah 2020 ini.

Setelah kita mengharungi pelbagai cabaran dalam mandala pendidikan pada tahun 2019, saya
berharap agar kita telah bersedia untuk menempuhi suatu fasa yang lebih kompleks
berdasarkan senario semasa yang menuntut semua warga pendidik beriltizam untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan ke arah pengupayaan yang lebih konsisten dan dinamik
selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri
Johor. Seperti yang kita sedia maklum, hala tuju pendidikan di Johor telah dimaktubkan
melalui naskhah Pendidikan Holistik: Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan
Keberhasilan yang memberikan tumpuan pada prinsip kerja Pengarah Pendidikan Johor,
iaitu DRONE yang terbentuk daripada akronim Data Driven, Resillent, Outcome Oriented,
Navigation, dan Efficiency. Warga pendidikan di Pasir Gudang seharusnya menyahut seruan ini
melalui penggemblengan usaha dan idea yang berkiblatkan enam strategi teras, iaitu Kualiti
Kepimpinan, Guru Kompeten, Kemudahan Pendidikan, Sistem Pengurusan, Perkongsian
Pintar, dan Modal Insan Berkualiti.

Untuk menjadikan semua teras dan strategi pendidikan ini tercapai pada tahap yang terbaik, kita
sewajarnya berfokus pada matlamat atau sasaran akhir, iaitu mewujudkan Sekolah Berkualti
dan Kemenjadian Murid. Usaha dan gerak kerja yang jitu dan padu untuk melahirkan
pemimpin pada masa hadapan perlu direncanakan dengan mengembangkan seluruh dimensi
insan yang mencakupi aspek pengetahuan, emosi, spiritual, dan keterampilan. Warga pendidik
di daerah ini seharusnya menanam tekad untuk memastikan daerah Pasir Gudang akan
terus mengorak langkah yang lebih ke hadapan sebagai Peneraju Gemilang. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dan Naratif Baharu Amalan
Pendidikan yang sedang dilalui merupakan suatu anjakan dalam suatu sistem yang memberikan
penekanan dan fokus pada sokongan serta intervensi ke arah pembangunan guru dan murid
secara holistik.

Seperti yang ditegaskan oleh David Ryans dalam naskhah “Characteristics of Teachers – Their
Description, Comparison, and Appraisal”, guru yang berkesan untuk menangani cabaran ialah
guru yang bersifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik,
bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Tanpa ciri-ciri yang dinyatakan itu, agak
sukar untuk kita membentuk murid sejak awal lagi kerana peribahasa menegaskan bahawa
sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari. Guru menggalas amanah yang besar
untuk membina masyarakat yang beretika, berhemah tinggi dan berpendidikan, namun dalam
masa yang sama, mereka tidak pernah goyah atau gentar untuk menjunjung amanah yang
dipertanggungjawabkan secara ikhlas. Insya-Allah, mudah-mudahan segala yang kita
rancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

HAJI JASNI BIN OMAR
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SEKAPUR SIRIH

DARI MEJA PENGURUS SEKOLAH 2020

PN. FAUZIAH BINTI MAMAT
GURU BESAR

SK TAMAN NUSA DAMAI

Assalamualaikum w.b.t
Salam Peneraju Permata Kejora Nusa.

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana memanjangkan usia kita semua dalam keadaan yang sihat
wal’afiat,dapat kita bersama-sama lagi melangkah menerajui SK Taman Nusa Damai bagi tahun 2020.
Alhamdulillah tanpa disedari setahun telah pun berlalu. Kini, kita bersedia dengan tahun baharu.

Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua warga sekolah yang terdiri dari GPK
Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum, GPK Petang, Barisan Guru-guru, Staf Sokongan, Pekerja
Swasta serta Pengawal Keselamatan yang turun padang menggembeling tenaga, gigih berusaha
bekerja bersama-sama mengharungi suka duka dalam membantu mengurus sekolah, SK Taman Nusa
Damai sepanjang tahun 2020. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak kita tidak akan
berjaya dan cemerlang. Terutama sekali Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang sentiasa memberi
sokongan kepada pihak sekolah. Tidak ketinggalan Jawatankuasa Zon Nusa Damai bersama-sama
Jawatankuasa Masjid Nusa Damai.

Peneraju Gemilang yang dikasihi,

Marilah kita teruskan usaha gigih bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang buat SK Taman Nusa
Damai demi memenuhi tuntutan anak-anak didik kita yang memang dahagakan didikan dan ilmu buat
bekalan masa hadapan bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk mencipta kejayaan
memerlukan paduan tenaga dan mental yang jitu, serta kepakaran yang berterusan. Justeru, untuk
mendapatkan KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN, menuntut seluruh tenaga dan kepakaran,
berganding bahu, bersatu dalam sederap langkah, seiring dengan moto PPD Pasir Gudang “MEMACU
PENERAJU GEMILANG“ WARGA SKTND ke tahap yang paling maksimum menuju Wawasan 2020.
Sematkan kata-kata ini…

SKTND Ku Yang Tercinta,
Padamu Permata Kejora
Kucurahkan Segala,
Rela Berkorban dan Berjasa,
Menjadi Amalan Bersama,
Demi Agama dan Bangsa,

Akhir kata, Teruskan Perjuangan Demi Permata Kejora Pewaris Nusa dan Bangsa Demi Negara tercinta.
Semoga ALLAH S.W.T. memberkati usaha dan perjuangan kita.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.
JBA1129

MAKLUMAT AM

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

VISI

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestari Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

HURAIAN MISI KPM

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
 Kelangsungn dan penambahbaikan status quo perkhidmatan bertaraf dunia.

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
 Membangunkan potensi individu pada peringkat pendidikan.
 Menydiakan pelbagai jurusan pendidikan mengikut potensi dan minat.
 Menyediakan keperluan khas bagi golongan yang menghadapi masalah pembelajaran.

MEMENUHI ASPIRASI
 Menjadi negara maju berpendapatan tinggi mengikut acuan sendiri.
 Meletakkan tahap pencapaian pendidikan negara antara kelompok satu pertiga terbaik dunia.

“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

PENDIDIKAN BERKUALITI

 Pemimpin pendidikan dan pendidik berprestasi tinggi.
 Infrastruktur yang lengkap dan selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
 Penilaian dan pentaksiran sekolah bertaraf global.
 Perkongsian pintar bersama pihak berkepentingan secara kreatif dan inovatif.
 Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran bertaraf pendidikan abad 21.

INSAN TERDIDIK

 Modal insan yang mempunyai pencapaian potensi tertinggi, mempunyai minda kelas pertama
dan yang bertaraf dunia.

 Mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi. Mesra pembaharuan.
 Istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab.
 Produk pendidikan yang boleh diterima di pasaran antarabangsa.
 Insan yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
NEGARA SEJAHTERA

 Aman dan makmur
 Kesejahteraan insan
 Melahirkan warganegara berpendapatan tinggi.
 Mempunyai akses kepada pendidikan tinggi.
 Kuasa beli yang tinggi.
 Menghayati hakikat kebahagiaan.

PENJELASAN VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 Pendidikan berkualiti akan menghasilkan warganegara yang baik dan taat kepada penciptaNya.
 Insan terdidik mempunyai daya saing dan daya juang yang kental.
 Negara sejahtera diterjemahkan melalui rakyat yang bertoleransi, berakhlak mulia dan makmur.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(PPPM)

2013-2025

OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan
meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (“Kementerian”). Pelan ini dibangunkan dengan
tiga objektif khusus, iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan
terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
(ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara
keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan

3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting
dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus
dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubal pada 1988 dan disemak semula pada
1996, termaktub dalam visi kementerian dan kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

HALA TUJU SEKOLAH

NKRA DAN KURIKULUM

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

STANDARD SKOR OPERASI %

2019 2020

STANDARD 1 KEPIMPINAN 99.22

STANDARD 2 PENGURUSAN ORGANISASI 98.44
STANDARD 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM 92.81

STANDARD 3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM 98.79

STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 100.0
STANDARD 4 PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 92.12

UNJURAN UPSR

PERATUS LULUS

UPSR 2020 TOV ETR (2020)

78.55% 80.9%

PERATUS CEMERLANG

UPSR 2020 TOV ETR (2020)

1.51% 1.55%

HALA TUJU SEKOLAH
HEM DAN KOKURIKULUM

HAL EHWAL MURID

PERATUS KEHADIRAN MURID

TOV ETR (2020)

91.62 % 92.62%

PERATUS DISIPLIN MURID

TOV ETR (2020)

0.17% 0.16%

KOKURIKULUM

SUKAN DAN PERMAINAN

TOV ETR (2020)

90% 91%

UNIT BERUNIFORM

TOV ETR (2020)

92.5% 93%

KOAKADEMIK

TOV ETR (2020)

90.19% 91%

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

NKRA PENDIDIKAN

11 ANJAKAN

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

TONGGAK 12

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SURAT AKU JANJI

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
Akan Sentiasa Taat Setia Kepada Yang Dipertuan Agong, Negara Dan Kerajaan

Contoh pelanggaran:
1.Bersubahat dengan musuh negara
2.Membocorkan rahsia kerajaan
3.Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan
4.Berlakon dalam filem yang memburukkan kerajaan

Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh-Sungguh, Cekap, Jujur,
Amanah, Dan Bertanggungjawab

Contoh pelanggaran:

1.Kurang cekap atau kurang berusaha
A)Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur
B)Membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil, resit dan invois
C)Tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa
D)Yang berkaitan tugas seorang guru.

2.Tidak jujur dan amanah
A)Tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
B)Membuat tuntutan palsu
C)Tidak melaporkan hutang-piutang
D)Yang berkaitan tugas guru.

3.Tidak bertanggungjawab
A)Menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
B)Bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan
C)Tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya
D)Yang berkaitan dengan tugas guru.

Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi

Contoh pelanggaran:
1.Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang
sesuatu permohonan
2.Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya
3.Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan
Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi
Bercanggah Dengan Tugas Awam

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

Contoh pelanggaran:
1.Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat
keuntungan daripada tugas rasminya
2.Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau
individu
3.Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya

Tidak Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa
Pegawai Telah Membiarkan Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi
Sehingga Menjejaskan Kegunaan Sebagai Penjawat Awam

Contoh pelanggaran:
1.Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan
tujuan mendapat ganjaran daripadanya
2.Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak
kilang di daerah yang berada di bawah pentadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli
lembaga pengarah syarikat tersebut

Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Penjawat Awam Sebagai Pegawai Awam Bagi
Faedah Diri Sendiri
Contoh pelanggaran:
1.Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat,
menghantar anak ke sekolah dan sebagainya
2.Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya
sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian

Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama
Perkhidmatan Awam
Contoh pelanggaran:
1.Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
3.Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai
5. Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan di
kaunter
Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau
Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam

Contoh pelanggaran:
1.Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan
Pangkat
2.Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah
atau jawatan

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

Tidak Ingkar Perintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar
Perintah

Contoh pelanggaran :
1.Membantah atau melawan pegawai atasan
2.Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran
3.Keluar negara atau urusan pserendirian tanpa kelulusan
4.Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

VISI, MISI PPD PASIR GUDANG

VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestari Sistem Pendidikan

Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu

Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

MOTTO
Memacu Peneraju Gemilang

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

VISI, MISI SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestari Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

MOTTO

Memacu Peneraju Permata Kejora Nusa Gemilang

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

LATAR BELAKANG SK TAMAN NUSA DAMAI

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai dibina pada 8hb MAC 2010 dan telah siap
sepenuhnya pada 7hb SEPTEMBER 2011. SK Taman Nusa Damai telah diserahkan secara
rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) pada 16hb DISEMBER 2011 dan mula
menerima kemasukan pelajar pada 4hb JANUARI 2012.

Kos pembinaan sekolah ini ialah sebanyak RM19.8 juta. Sekolah ini mempunyai 24 bilik
darjah dan 18 bilik khas. Pelajar sekolah ini adalah sebahagian daripada murid-murid SK Taman
Cendana, SK Kopok, SK Pasir Gudang 4 dan SK Cahaya Baru. Guru-gurunya juga dari sekolah-
sekolah tersebut dan sekolah-sekolah yang berhampiran. En. MOHAMMAD BIN JAAFAR telah
dilantik sebagai Guru Besar dan diamanahkan untuk menerajui sekolah ini.

Majlis pengoperasian SK Taman Nusa Damai telah disempurnakan oleh Yang
Berbahagia EN. MOHD NOR BIN A.GHANI, Pengarah Pelajaran Negeri Johor pada 4hb
JANUARI 2012, bertempat di DEWAN SERI DAMAI UTAMA, SK TAMAN NUSA DAMAI.

Enrolmen pelajar pada tahun pertama pengoperasian sekolah ialah seramai 763 orang
pelajar tahap 1 dan seramai 605 orang pelajar tahap 2. Bilangan keseluruhan murid-murid ialah
1368 orang. Kini pada tahun 2020, tahap 1 telah menjangkau seramai 851 orang pelajar dan
tahap 2 seramai 954 serta 50 orang pelajar Pra Sekolah. Bilangan keseluruhan ialah 1855 orang
pelajar, 115 orang guru dan 7 orang kakitangan.

Nama Sekolah : SK TAMAN NUSA DAMAI

Kod Sekolah : JBA1129

Alamat Sekolah : JALAN DAMAI UTAMA, TAMAN NUSA DAMAI, 81700

PASIR GUDANG, JOHOR.

Gred Sekolah :B

Alamat email : [email protected]

No.Telefon : 011-11910843

No. Fax : TIADA

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

SENARAI GURU BESAR SK TAMAN NUSA DAMAI

Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat
di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Bil Tahun Guru Besar
Mohammad bin Jaafar
1 2012 – 2014 Haji Samsudin bin A. Bakar
2 2014 – 2015 Fauziah binti Mamat

2016 hingga kini
3

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

LOGO SEKOLAH

BUKU - Melambangkan Ilmu Yang Wajib Disampaikan Oleh Guru Kepada Murid-Murid.

OBOR - Melambangkan Semangat Dan Keazaman Yang Membara Untuk Mencapai Cita-Cita
Dan Kejayaan.

GLOB & GEAR -Melambangkan Sains Dan Teknologi Menjana Minda Murid-Murid.

BURUNG - Melambangkan Kesediaan Untuk Meneroka Peluang-Peluang Baru.

MERAH - Melambangkan Keberanian Dalam Menghadapi Sebarang Cabaran Dan Dugaan
Semasa Menuntut Ilmu.

BIRU - Melambangkan Keharmonian Dan Kesejahteraan Persekitaran Sekolah.

HIJAU - Melambangkan Keikhlasan Dan Ketulusan Hati Guru Menyampaikan Ilmu Kepada
Murid-Murid.

KUNING - Melambangkan Keunggulan Undang-Undang Sekolah, Negara Dan Agama.
Cogan Kata Sekolah “PEWARIS GENERASI UNGGUL” Bermaksud Murid-Murid Di Sekolah
Ini Merupakan Penyambung Generasi Yang Unggul Pada Masa Akan Datang.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

LAGU SEKOLAH

Berdiri bersatu kita bersama
Berusaha berbakti dan beramal

Gemilang namamu gemilang
Menjunjung cita-cita

Ikrar SK Taman Nusa Damai
Generasi pewaris unggul
Kukuhkan semangat
Menyumbangkan khidmat

Untuk agama bangsa dan Negara

Semangat dan azam
Peneraju wawasan
Budaya nan sejati
Akhlak yang terpuji
Mengolah potensi
Menjunjung cita Ilahi

Ikrar SK Taman Nusa Damai
Generasi pewaris unggul
Kukuhkan semangat
Menyumbangkan khidmat

Untuk agama bangsa dan negara
Kukuhkan semangat

Menyumbangkan khidmat
Untuk agama bangsa dan negara

Lirik & Lagu Dicipta Oleh:
MOHD FAIZAL BIN ABD RAHMAN

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

MATLAMAT SEKOLAH

1. Menghayati, memahami dan mempraktiskan amalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013—2025

2. Membentuk budaya penyayang di kalangan warga sekolah agar dapat melahirkan insan yang
sayangkan diri, keluarga dan alam sekitar.

3. Melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah serta berdaya saing di dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

4. Mewujudkan suasana muhibbah antara kaum.

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.
2. Memajukan kegiatan kokurikulum.
3. Mengamalkan pengurusan sekolah kualiti.
4. Menjadikan institusi pendidikan yang kondusif.
5. Mengamalkan budaya ilmu, penyayang dan saling bermuafakat.

PIAGAM SEKOLAH

1. Memastikan sistem pendidikan berjalan lancar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Memastikan setiap warga sekolah sentiasa berdedikasi, komited, berdisiplin dan produktif.

3. Sentiasa menguruskan kerja dengan cepat, cekap, tepat dan sistematik.

4. Membentuk pelajar dengan sikap positif dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai lapangan.

5. Sentiasa memberi layanan mesra dan bersedia untuk membantu pada bila-bila masa.

6. Sentiasa berusaha memastikan kebersihan, keindahan dan keselamatan sekolah diberi
perhatian sewajarnya.

7. Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang sama serta pendidikan yang sempurna
sesuai dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

8. Sentiasa menjalin interaksi padu dengan ibubapa, masyarakat serta komuniti sosial yang lain ke
arah kemajuan dan perkembangan sekolah.

9. Sentiasa menerima dan mengalu-alukan pandangan, syor serta teguran membina daripada
semua pihak demi mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.

10. Memastikan sistem e-pengurusan berkaitan murid dilaksanakan dengan pantas dan tepat.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN

PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN SKTND
1. PENDAHULUAN

1.1 Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan Taman
Nusa Damai di tahap cemerlang, dihormati dan disegani.

1.2 Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas Kurikulum, Kokurikulum dan
memantapkan sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

1.3 Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat.

1.4 Sehubungan itu, risalah ringkas ini diharap dapat menerangkan secara ringkas mengenai
pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah
diri berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketua-ketua
panitia, Guru Kaunseling, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa sedia
membantu. Polisi kita adalah telus dan terbuka.

1.5 Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah, Buku
Panduan Pelajar, Prosedur-prosedur Kerja dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.

2. SIKAP GURU

2.1 Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus menganggap
bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam banyak bidang. Terpulang
kepada guru untuk mencungkil potensi mereka.

2.2 Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden curriculim’.

2.2.1 Kita adalah ‘role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang
kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid.

2.2.2 Nilai-nilai murni keagamaan, moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah.

2.2.3 Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses
pendidikan. Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima pendidikan. Pendidikan
untuk semua.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
3. KEMAHIRAN GURU

Kemahiran PAK21
cara berfikir guru dalam amalan pedagogi abad ke-21 perlu lebih kreatif, inovatif, berfikiran
kritikal, penyelesaian masalah dan keupayaan membuat keputusan. Cara bekerja guru perlu mempunyai
kemahiran berkomunikasi dan gerakerja berpasukan yang tinggi. Guru yang terlibat dalam bidang
pedagogi perlu sentiasa berilmu pengetahuan dan celik ICT. Kesemua faktor ini membantu dan
menyumbang kepada guru yang berkualiti, kompetensi dan dinamik.

5 STANDARD ASAS PAK21

3.1.1 KOMUNIKASI
Berlaku interaksi antara guru dan murid, murid dan murid, murid-bahan
secara lisan dan bukan lisan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.

3.1.2 KOLABORATIF
Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif
dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara
murid.

3.1.3 PEMIKIRAN KRITIS
Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan
dan bukti yang munasabah.

3.1.4 KREATIVITI
Berlaku penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan,aktiviti dan projek yang
baharu,unik,berguna dan berkualiti.

3.1.5 NILAI MURNI DAN ETIKA
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri
nasional mengikut acuan Malaysia.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

4. PROFESIONALISME GURU

4.1 Iklim

4.1.1 ‘High Expectation dan low stress’
- Best learning (Study Hard, Study Smart).

4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondutif
- Pujian untuk kejayaan.

4.2 Pengurusan

4.2.1 Memahami matlamat sekolah.
4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah.

4.2.3 Menepati masa.
4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan

hendaklah diambil tindakan dengan segera.

1.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan hendaklah diserahkan kepada

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan.

4.3 Menyertai/menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan kesemua aktiviti
kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang.

4.4 Penampilan

4.4.1 Cara pakaian yang kemas dan lengkap. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani
dikehendaki memakai pakaian sukan tidak melebihi waktu rehat.

4.4.2 Kasut, tanda nama, tali leher dan pemakaian aksesori minimum.

4.4.3 Gaya komunikasi.

4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang, mudah difahami.
4.4.3.2 Tiada slanggah/loghat kenegerian.
4.4.3.3 Lembut.
4.4.3.4 Tiada labeling.

4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri.

4.5 Kerahsiaan

Segala maklumat yang dibincangkan oleh/dengan pihak pengurusan sekolah adalah
ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di
tempat-tempat umum seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan rehat
dalam kawasan sekolah dan kepada/dengan yang tidak berkenaan.

4.6 Etika Guru

4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti
jualan langsung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan akan
diambil sekiranya mengingkari arahan ini.

4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.

4.6.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan
waktu tidak mengajar.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

5. TUGAS GURU

5.1 Guru Bertugas

5.1.1 Masa
Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia
perjalanan sekolah 30 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan Pagi
dan Petang serta pergerakan murid (senyap dan tersusun).

5.1.2 Tugas
Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin
hendaklah dipastikan diikuti.

5.1.2.1 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut)
semasa membeli makanan.

5.1.2.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib.

5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam
tempat yang disediakan.

5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih
dan ceria.

5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di
5.1.3 Bangunan dalam kelas).

5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah
dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya
yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-
perkara yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada
bahagian bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan.

5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria
(rondaan).

5.2 Guru Kelas

5.2.1 Mengisi kehadiran murid dalam sistem APDM setiap hari persekolahan sebelum
jam 9:00 pagi (sesi pagi) dan 3:00 petang (sesi petang).

5.2.2 Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara
ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan
kelas, kerusi dan meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran
pelajar.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

5.2.3 Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar

dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.

5.2.4 Membantu Guru Besar dalam pengurusan bantuan, mengirim surat-surat jemputan

kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

5.2.5 Mengisi butiran dan melaksanakan PBD dan cetak 2 kali setahun.

5.2.6 Memastikan murid mendapat salinan jadual waktu.

5.2.7 Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat

rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

5.2.8 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM

seperti ketidakhadiran dan mengisi online nilai-nilai murni amalan baik murid,

ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.

5.2.9 Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan

mereka yang berhenti dalam EPMJ, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan

Pelajar.

5.2.10 Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.

5.2.11 Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas

pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

5.2.12 Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan

pada masa perhimpunan hari biasa.

5.2.13 Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan majalah-majalah,

maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

5.2.14 Memasti ciri-ciri bilik darjah PAK21 dilaksanakan.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

5.2.15 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran
Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat / kenyataan
bertulis daripada ibu bapa / penjaga atau surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada
guru kelas apabila hadir semula ke sekolah.
a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih
dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon atau datang sendiri
ke sekolah.
b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa kenyataan)
akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke-3 - Amaran Pertama
ii. Hari ke-10 -Amaran Kedua
iii. Hari ke-17 - Amaran Terakhir
iv. Hari ke-31 - Pembuangan / Pemberhentian persekolahan
c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut" (tanpa
kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke-10 -Amaran Pertama
ii. Hari ke-20 - Amaran Kedua
iii. Hari ke-40 - Amaran Terakhir
iv. Hari ke-60 - Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan

5.2.16 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada
ibu bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran terakhir
(berdaftar akuan terima) dan surat pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar
(berdaftar akuan terima).

5.3 Pengurusan bilik darjah

5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah/kelas:
a. Di pintu masuk/hadapan – Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah setiap
mata pelajaran.
b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, satu salinan peraturan
kecemasan, carta mata pelajaran, perkara-perkara lain yang difikirkan perlu contoh
kalender.
c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas. (cadangan)

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
d. Di dinding – Cogan kata jelas, jam dinding. (cadangan)

e. Perkara-perkara lain:

- Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan kemas.

- Penyapu, bakul sampah, dan penadah sampah disusun dengan kemas dan
teratur di belakang kelas.

- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan keselesaan
kelas.

5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan j/kuasa kelas.

5.3.3. Menentukan bilangan kerusi/meja murid mencukupi untuk kelasnya.

5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna.

5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan
baik.

5.3.6. Menentukan kerusi/meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh
pelajar-pelajar. Jika berlaku kerosakan/kehilangan, pelajar bertanggungjawab
menggantikannya.

5.3.7. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid seperti
rambut, kuku, pakaian, gigi, kasut dan lencana nama.

5.3.8. Guru kelas tahun 6 perlu menyediakan sijil UPSR, PBD, PAJSK, SEGAK,
PSIKOMETRIK

5.3.9. Menguruskan pemberian buku teks berdasarkan takwim guru SPBT..

5.3.10. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan, keindahan dan
keselesaan bilik darjah.

5.4 KOKURIKULUM

5.4.1. Kegiatan Kokurikulum diadakan setiap Sabtu ke 2 dan ke 4 (sabtu bekerja)
Guru wajib hadir dan harus merancang program keluarga supaya tidak mengganggu kerja
kerja yang wajib.

5.4.2. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatan-kegiatan
kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.

5.4.3. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat-menghormati antara murid
dengan guru dan murid dengan murid.

5.4.4. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang baik.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

5.4.5. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar mereka.

5.5 Guru Subjek

5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.

5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas/gunakan ABM
secara berkesan.

 Menepati masa, riang, tegas dan adil.
 Murahkan pujian.
 ‘Class control’.

5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda.

5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak
segera setiap masa.

6. PENGURUSAN TUGAS GURU

6.1 Rutin Harian

6.1.1 Waktu (7.10 pagi hingga 2.00 petang) dan (12.40 hingga 6.00 petang) ialah waktu
persekolahan rasmi.

6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan
bagi menjana ‘core bisness’.

6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu pertama
(7.05 pagi) dan sesi petang selewat-lewatnya 12.40 tengah hari. Masuk ke kelas masing-
masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan
bertulis kepada Guru Besar.

6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah.

6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap minggu bersama
pengawas bertugas, untuk :-

i. Doa, ikrar, lagu (Bangsa Johor/ Negaraku/Sekolah).
ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat).
iii. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan.
iv. Tindakan-tindakan disiplin/peringatan terhadap pelanggaran disiplin.

6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
6.2 Perhimpunan

Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan oleh
semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda
mingguan yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan ianya
perlu diurus secara professional.

Prosedur dan arahan daripada KPM telah dikeluarkan untuk memperjelas pengurusan
perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif dan efektif. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling untuk panduan pengurus sekolah bagi
mengendalikan perhimpunan mingguan.

(a) Surat Pekeliling Am Bil. 23/1966
(b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1975
(c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975
(d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984

Perhimpunan Sekolah :

SPI 4/1984 Perkara 3.2.2 : Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan
tidak mengambil masa yang berlarutan.
Sehubungan itu, proses PdP sesi pagi bermula pada masa kedua.

6.2.1 Perhimpunan Mingguan diadakan setiap minggu hari Isnin 7.15-745 pagi dan
6.2.2 1.10-1.40 petang.
Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas,
Pengawas,kelas berdasarkan jadual dan unit beruniform.

6.2.3 Kehadiran adalah wajib bagi semua guru dan murid.

6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :-

i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.
ii. P.A sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan Guru

Besar pada susunan yang terakhir)
iii. Semua guru wajib hadir.
iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar.
v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan

senyap dan tersusun.

vi. Tema berdasarkan Pendidikan Sivik .

1.2.1 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting daripada Guru Bertugas,
GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

6.3 Cuti/Guru tidak hadir

Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
(Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa
pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.
Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa munasabah boleh menyebabkan seseorang
pegawai dikenakan tindakan Tatatertib mengikut Peraturan 24.

6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan/swasta
(tidak melebihi 2 hari).

6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar
(ia bukan menjadi suatu hak pemohon).
Permohonan cuti mesti diisi secara online melalui sistem hrmis
sebelum tempoh bercuti.

6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C
hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang
dipohon.

6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat
jika anda sakit/kursus/bertugas di luar sekolah/kecemasan dengan SEGERA (telefon)

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

Pastikan tugas disediakan/diberi kepada anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan murid
hendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti berserta rekod
mengajar.

6..3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada
Guru Besar.

6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan
sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar.

6.3.8 Permohonan keluar negara hendaklah diisi sebulan sebelum perjalanan.

6.5 Pakaian

Pakaian – merujuk Surat SUKJ.BKP.100-1/7/1 Jld.2 () bertarikh 27 September 2018
dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor pada mesyuarat bertarikh 5
September 2018 sebagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil. 1185/2018 bersetuju Pakaian
Seragam dan Cara Berpakaian bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor adalah
sebagaimana ‘Lampiran A’.

HARI PAKAIAN LELAKI PAKAIAN WANITA
AHAD
ISNIN Baju Korporat Baju Korporat / Baju Kurung Johor
SELASA dan Bertudung
RABU
Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan Bertudung
KHAMIS
Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan Bertudung
SABTU 2
SABTU 4 Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan Bertudung

Baju Melayu Teluk Belanga Baju Kurung Johor dan Bertudung
(sepersalinan). Bersampin Berdagang
Luar. Bersongkok dan Bersepatu Baju unit uniform
Baju sukan
Baju unit uniform
Baju sukan

7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU

7.1 Pentadbiran Kewangan

7.1.1 Pungutan Wang

Pungutan sumbangan PIBG hendaklah direkodkanise dan resit diserahkan
kepada murid. Resit dan duit sumbangan diserahkan segera kepada bendahari
PIBG.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
7.1.2 Pembelian Keperluan P&P

Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah dibuat
melalui Ketua Panitia.Dan ketua Panitia perlu mengisi nota minta (pesanan sekolah
PKS006) pesanan dan pembelian diluluskan oleh Guru Besar (bergantung kepada
kewangan PCG).

7.1.3 Permohonan keperluan lain guru boleh isi borang permohonan stok(KEW.PS-8)
kepada kerani yang mengawal stok.

7.2 Disiplin dan pergerakan murid

7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang
melanggar peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada
dikenakan tindakan disiplin.

7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan
bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti
memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 5 minit
sebelum balik.

7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar, dan
kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada
Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum.

7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan
sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains/KH). Guru-guru
hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid.

7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid
supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah
terutama di atas jalan raya.

7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit kronik (surat doktor/permohonan ibu
bapa), tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai
PJK/sukan. Jika terdapat murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan
sewajarnya.

7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar.

7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.

7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas
keluar’.

7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid
perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan).

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
7.4 Fail Rekod Persediaan Mengajar dan Erph

7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme, mutu kerja
serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat
berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar.

7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala
maklumat berkaitan P&P dan PBD yang diajar.

7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-
tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan
difahami dengan jelas oleh guru.

7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti,
sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti
guru/pencapaian peringkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan,
perbincangan profesional,ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan pencapaian
murid mestilah dilengkapkan dengan kemas mengikut garis panduan yang diberi.

7.4.5 Rancangan Persediaan Tahunan ,DSKP, RPT boleh dicetak dan difailkan.

7.4.6 Fail Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/GPK pada setiap
hari Rabu dan Khamis.

7.4.7 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999

MENYEDIAKAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(RPH)
- Membina objektif yang bersesuaian dengan Standard Pembelajaran.

- Memilih strategi dan aktviti PdP bersesuaian dengan kebolehan/keupayaan
murid untuk mencapai objektif.

- Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakanmerta apabila
dikehendaki………….

**** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.
Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-
duanya.

7.5 Menghadiri mesyuarat

7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran.
Pemberitahuan/panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya sehari
sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan
mesyuarat/kehadiran mesti dicatat.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah
wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila
maklumkan secara rasmi kepada Guru Besar.

7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada
GPK/Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).

7.6 Kursus-kursus profesionalisme

7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan
profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-jabatan, PPD yang
berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus wajib disebarluaskan kepada rakan
sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.

7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan
mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.

8. PENTADBIRAN

8.1 Pejabat Sekolah/ Kemudahan
8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi.

8.2 Bilik Rehat Guru

8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus
memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta
berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar.

8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru
hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan
keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
8.3 Keselamatan/Pelawat

8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila
tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan
bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat.

8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan
serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai
tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk

perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah.

8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke
kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK.

8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru., lain-lain bilik di
bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.

8.4 Kenyataan Media

8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan
kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar.

8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian Pelajaran
mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran
Guru Besar terlebih dahulu.

9. PENUTUP

Risalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca,
diteliti, difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Taman Nusa Damai.

10. SURAT PEKELILING IKHTISAS

10.1 SPI Bil. 1/1972 -Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959
(Corporal Punishment Guru Besar)

10.2 SPI Bi.l 5/1977 -Tugas-tugas guru dalam Cuti Penggal (tidak melebihi
separuh)

10.3 SPI Bil. 3/1979 & -Pakaian Guru Pendidikan Jasmani.
6/1985

10.4 SPI Bil. 4/1979 & -Peraturan pakaian guru di sekolah.
3/1985

10.5 SPI Bil. 3/1981 -Penggunaan waktu tidak mengajar/ waktu luang (Free Period)
oleh guru-guru. Waktu tidak mengajar adalah waktu kerja.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020
10.6 SPI Bil. 3/1983 &
-Pakaian murid.
8/1985

10.7 SPI Bil. 4/1984 -Perhimpunan Sekolah
- masa dan atur cara
- bukan tempat untuk menjalankan hukuman memalukan.

10.8 SPI Bil. 5/1985 -Rancangan mencantikkan dan mengindahkan sekolah.

10.9 SPI Bil. 8/1988 -Keselamatan diri pelajar di sekolah.

10.10 SPI Bil. 12/1988 -Larangan menjalankan jualan terus di sekolah-sekolah.

10.11 SPI Bil. 13/1988 -Pendaftaran murid/pelajar baru dan Hari Pertama
Persekolahan.

10.12 SPI Bil. 1/1995 -Keselamatan diri pelajar semasa PendidikanJasmani dan
10.13 SPI Bil. 13/1998 Kokurikulum.
-Program membina minat membaca.

10.14 SPI Bil. 8/1999 -Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik
sekolah.

10.15 SPI Bil. 12/1999 -Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan Aktiviti yang
diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

10.16 SPI Bil. 3/1999 -Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

- Rancangan pelajaran tahunan.

- Rancangan pelajaran harian.

- Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat

dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki…..

*** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00 / 3 bulan penjara / kedua-duanya.

Guru Besar tidak melebihi RM 500.00 / 3 bulan penjara / kedua-duanya.

10.17 SPI Bil. 6/2000 -Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangster.

10.18 SPI Bil. 4/2002 -Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

10.19 SPI Bil. 2/2003 -Ke arah membudayakan nilai berterima kasih

11. Surat Pekeliling.

11.1 SPAM Bil. 1/2004 -Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di
bawah agensi-agensi kerajaan.

SK TAMAN NUSA DAMAI 2020

PELAN LAKAR BANGUNAN SEKOLAH

SK TAMAN NUSA DAMAI

BLOK MAKMAL

ARAS B. AIR(P) TANGGA SURAU MAKMA
DUA
B.WUDUK L/P BM303 KOMPUT
ARAS
SATU BM301 BM302 BM304

B. AIR TANGGA MAKMAL MAKMA
(P) SAINS 1 SAINS
BM202
BM201 BM2203 BM204

ARAS BILIK RBT / PSV 4 KEJORA BIRU 4 KEJORA M
BAWAH
BM101 1 KEJORA BIRU 1 KEJORA M
ARAS
DUA BM102 BM103

BLOK A (BLOK

6 PERMATA KUNING 6 PERMATA PUTIH 6 PERMATA

TANGGA

2 PERMATA HIJAU 2 PERMATA BIRU 3 PERMATA M

A301 A302 A303 A304

ARAS TANGGA 6 KEJORA KUNING 6 KEJORA PUTIH 6 KEJORA H
SATU
3 KEJORA KUNING 3 KEJORA PUTIH 3 KEJORA H

A201 A202 A203 A204

ARAS TANGGA 4 KEJORA HIJAU 4 KEJORA PUTIH 4 PERMATA
BAWAH 1 KEJORA PUTIH 1 KEJORA KU
B.UTILITI 1 KEJORA HIJAU
A103 A104
A101 A102

2020

(BLOK CEMERLANG)

AL BILIK BILIK MUZIK B. AIR (L)

TER SERVER 1 BM307

BM305 BM306

AL 5 PERMATA BIRU 4 PERMATA MERAH
2
B. AIR (L) THN 1 - 9 KELAS

3 PERMATA BIRU 2 PERMATA MERAH THN 2 - 9 KELAS

BM205 BM206 BM207

THN 3 - 9 KELAS

MERAH BILIK BILIK GURU 3 BILIK ARKIB THN 4 - 8 KELAS
MERAH PENGURUSAN PEJABAT THN 5 - 9 KELAS
SUKAN/PJK/KOKU
THN 6 - 10 KELAS
3 BM104 BM105

GEMILANG)

HIJAU 6 PERMATA MERAH 6 PERMATA BIRU JUM.( PAG)-27 KELAS

TANGGA JUM .(PTG) - 27 KELAS
JUMLAH (PRA) - 2 KELAS
MERAH 3 PERMATA HIJAU 3 PERMATA PUTIH

A304 A306 A307

HIJAU 6 KEJORA MERAH 6 KEJORA BIRU JUMLAH KELAS
HIJAU
3 KEJORA MERAH 3 KEJORA BIRU TANGGA (PAGI + PTG) 56 KELAS

A205 A206 A207

A BIRU BILIK PERSALINAN BILIK HNFC TANGGA
UNING LELAKI B.UTILITI
A106
A105 A107

SK TAMAN NUSA DAMAI

BLOK B ( BL

ARAS TANGGA 5 KEJORA BIRU 5 KEJORA MERAH 5 KE
DUA 2 KEJORA BIRU 2 KEJORA MERAH 2 KE
B301
ARAS B302 B303
SATU
TANGGA 5 PERMATA MERAH 5 PERMATA HIJAU 5 PER
ARAS
BAWAH 1 PERMATA BIRU 1 PERMATA MERAH 1 PER

ARAS B201 B202 B203
DUA
TANGGA B.AIR DEWAN TER
ARAS B.UTILITI (P)
SATU BLOK PENTADBIR
B101 B102
ARAS BILIK JQAF
BAWAH TANGGA BILIK MUZIK 2 BILIK UTILITI

BP301 BP302 BP303/BP304

TANGGA B. PANTRI/B. AIR B.PBS/PEP

BILIK GURU 2 B.FAIL PROFIL

BP201 BP203/BP202 BP205/BP204

B. AIR PEJ. PEJABAT/BILIK GURU L
T
TANGGA BESAR/BILIK PENOLONG KANAN

BP101/BP102 BP103

BLOK PRA SEKOL

BILIK AIR PRA PERMATA STOR RUA
L/P
PRA D


Click to View FlipBook Version