The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2022-03-31 00:14:26

Bahasa Melayu Tingkatan 5

Bahasa Melayu Tingkatan 5

Praktis
Topikal

SPM
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Bahasa Melayu
Penasihat
• Teo Wei Sing (Munsyi Dewan Bahasa) Tingkatan
Penyelaras dan Penyelenggara
5
• Darwis Jasmin
• Juilis Mokujal KSSM

Penulis
• Lee Kie Wei
• Ghazali Jamaludin
• Wang Wee Foong
• Voon Tze Ming
• Cheng Sook Koon

Imbaass &&
Muat TTuurruunn

▶ Skrip Ujian Lisan
▶ Audio Ujian Mendengar
▶ Peperiksaan Akhir

Tahun

Kandungan 1–8
9 – 28
Topik 1 Karangan Respons Terhad 29 – 43
Topik 2 Karangan Respons Terbuka 44 – 68
Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 69 – 76
Topik 4 Pemahaman J1 – J20
Topik 5 Rumusan
Jawapan

PENERBIT ILMU ImImbabsasdadnanmmuautattutruurnun
BAKTI SDN. BHD. • AKS••• kSJKuerardkeitwpriaroitspaaUUpsMUjiajaMijoaninadnonLedMliLesSeliasnPSnadMPneMngar



• Audio Ujian Mendengar

Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M)
No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria,
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected]
Laman web: www.penerbitilmubakti.com

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022
Pertama kali diterbitkan 2022

ISBN 978-967-0000-20-6

Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang
boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar,
rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M).

Penyunting: Norliza Omar
Pereka kulit buku: Sarifuddin Yusof / Yasmin Sarah
Pereka letak: Wan Suhailizan binti Wan Deraman

Teks diset dalam Utopia 10 poin
Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd.

TOPIK Karangan Respons Terhad

1

Kertas 1

Bahagian A (30 Markah)

Praktis 1

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat tentang Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda diminta
menulis surat kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Penubuhan dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai
sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1959 DBP
dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun yang bermatlamat:

• Berusaha memajukan dan mengembangkan peristilahan Bahasa
Melayu.

• Bertanggungjawab menyelaraskan penggunaan istilah dan ejaan Bahasa
Melayu.

• Menyusun kamus am dan kamus istilah dalam berbagai-bagai bidang
ilmu.

• Bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baharu
secara berkesan kepada semua pihak yang memerlukannya.

• Berusaha mengawasi penggunaan bahasa, khususnya penggunaan
istilah dan ejaan di sektor awam dan swasta.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Dewan Bahasa dan Pustaka
(Ibu Pejabat)

Alamat Pejabat:
Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

1

PENERBIT ILMUPraktis 2
BAKTI SDN. BHD.Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

3

Praktis 3

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan keistimewaan Malaysia.
Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda yang berada di luar negara untuk menceritakan
keistimewaan bercuti di Malaysia.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

KEISTIMEWAAN MALAYSIA

Pulau Damai Pulau Redang Pulau Sipadan
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
• Keadaan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik minat ramai
pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia.

• Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara yang nyaman menarik minat kedatangan
pelancong.

• Suhu air laut antara 20 darjah Celsius hingga 30 darjah Celsius menggalakkan pertumbuhan batu
karang dan aktiviti menyelam skuba.

5

TOPIK Karangan Respons Terbuka

2

Kertas 1 (70 Markah)
Bahagian B

Praktis 1

Domain Awam

Perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya
mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara
ini. E-sukan satu bentuk sukan yang dapat memberi penjanaan kepada kekayaan baharu kerana
rantaian ekonominya yang cukup luas dan populasi komuniti e-sukan di seluruh dunia hari ini
telah melebihi 20 juta individu.

(Sumber: Sinar Harian, 24 April 2021)

Kenyataan akhbar di atas menunjukkan sebahagian daripada faedah e-sukan kepada para atlet dan
negara.

Jelaskan pendapat anda tentang faedah-faedah pelibatan generasi muda dalam acara e-sukan.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.

9

PENERBIT ILMUDomain Peribadi
BAKTI SDN. BHD.Mahasiswa cemerlang tidak seharusnya didefinisikan berdasarkan gred mahupun pointer yang
diperoleh, tetapi harus juga dinilai dari sudut kecemerlangan sahsiah. Kemampuan mahasiswa
mengimbangi kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah yang dituntut agama dan nilai
mulia dalam masyarakatlah yang akan menentukan hala tuju dan masa depan negara.
(Sumber: Berita Harian Online, 21 Januari 2017)

Berdasarkan petikan akhbar di atas, kita menyedari bahawa tahap pencapaian akademik bukanlah
kayu pengukur kecemerlangan seseorang mahasiswa.
Huraikan langkah-langkah yang akan anda laksanakan sebagai seorang murid untuk membina sahsiah
yang unggul sebelum menjejaki alam kedewasaan. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350
hingga 500 patah perkataan.

10

PENERBIT ILMUDomain Pendidikan
BAKTI SDN. BHD.Cerita pendek (CERPEN) tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapat
mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita harus faham bahawa cerita
pendek yang ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang, dapat menimbulkan
cara berfikir yang maju.
(Keris Mas, Sasterawan Negara Malaysia)

Sasterawan negara berpendapat bahawa penulisan cerpen mampu menyedarkan orang di samping
menimbulkan cara berfikir yang maju.
Berdasarkan pendapat tersebut, kemukakan cadangan kepada pihak sekolah tentang langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menggalakkan penulisan cerpen dalam kalangan murid. Panjangnya karangan
anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

11

PENERBIT ILMUDomain Kerjaya
BAKTI SDN. BHD.KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat memerlukan generasi muda yang berminat
menyertai pasukan itu, bagi memastikan kesinambungan keselamatan negara terus terjamin dan
bukan disebabkan faktor tiada pilihan kerjaya yang lain. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota
Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata situasi negara yang aman
menyebabkan masyarakat memandang ringan usaha menjaga kedaulatan negara.

(Sumber: www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/11/21/
jangan-sertai-atm-kerana-tiada-pilihan-atau-terpaksa)

Anggota keselamatan negara merupakan barisan hadapan yang berperanan untuk menjamin
kesinambungan keselamatan negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Namun demikian,
perubahan zaman memperlihatkan generasi muda kita pada hari ini kurang berminat untuk menyertai
pasukan keselamatan negara.
Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menggalakkan penyertaan pasukan keselamatan
negara untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda. Panjangnya karangan anda hendaklah antara
350 hingga 500 patah perkataan.

12

TOPIK Sistem dan Aplikasi Bahasa

3

Kertas 2
Bahagian A (35 Markah)

Praktis 1

Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja terbitan. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Perkara yang paling menjengkelkan kita adalah apabila kita terpaksa berhadapan dengan sampah
yang sendat memenuhi sungai, airnya yang berwarna hitam pekat, berbau busuk, dan meloyakan.
Pencemaran sungai yang berlaku itu menunjukkan bahawa pembuangan sampah dan sisa kumbahan
ke dalam sungai tidak terkawal. Bahan buangan itu berkait terus dengan sampah dari kawasan
perbandaran, kediaman penduduk, perindustrian dan pertanian. Kesannya, terpaksa ditanggung oleh
pelbagai pihak kerana sungai ialah talian hayat rakyat sebagai sumber air minuman dan keperluan lain.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Kaedah Bersepadu Tangani

Pencemaran Sungai, Pantai” Berita Harian, Februari 2014)

[8 markah]
Kata Kerja Terbitan
Bina Ayat
(i)
(i)

(ii) (ii)

(iii) (iii)

(iv) (iv)

29

Sintaksis

Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Perkembangan dunia pada masa ini memperlihatkan perubahan yang pesat tentang kemajuan teknologi
maklumat menerusi percantuman teknologi maklumat dan telekomunikasi.
Gabungan kedua-dua teknologi itu membolehkan komunikasi pelbagai hala dihubungkan dengan
lebih pantas. Kemajuan itu lebih terserlah apabila pelbagai inovasi dilakukan dari semasa ke semasa
oleh pemuka-pemuka dalam bidang tersebut. Dalam beberapa tahun akan datang, capaian negara
dalam bidang jalur lebar sepatutnya melepasi lima puluh peratus.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Mengendalikan Maklumat
di Hujung Jari”, Berita Harian, Mac 2016)
[6 markah]

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Penganguran adalah masalah besar yang tidak hanya berlaku di negara-negara sedang membangun,
tetapi juga di negara-negara maju. Namun begitu, jumlah pengangguran di negara-negara sedang
membangun lebih tinggi. Masalah ini tidak wajar mengabaikan dan perlu dicarikan jalan masuk
dengan secepat yang mungkin agar tidak terus menjadi masalah, khususnya di kalangan generasi
muda. Setiap tahun, beribu-ribu lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) meninggalkan
pusat ilmu dengan harapan untuk menjawat jawatan yang setimpal dengan lulusan mereka.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Cabaran Buat Graduan Malaysia”,
Utusan Malaysia, Januari 2016)
[6 markah]

Salah Betul

30

Petikan 2
Pihak kerajaan tersedia pelbagai peluang-peluang urusniaga dan bantuan kewangan untuk membantu
usahawan PKS. Peluang ini tidak sepatutnya usahawan PKS lepaskan supaya mereka lebih berinovasi,
selain mengolah idea kepada pelan perniagaan yang melewati sempadan serantau. Dengan ini,
usahawan PKS dapat meraih laba yang berlipatganda kerana Komuniti Ekonomi ASEAN merupakan
kesepakatan dalam kalangan negara ASEAN untuk melaksanakan perdagangan dengan lebih terbuka.

(Dipetik dan diubah suai daripada “PKS Agen Merangsang
Ekonomi Negara”, Dewan Ekonomi, Februari 2016)
[5 markah]

Salah Betul

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja
dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah
pada Paduka Raja, setengah pada Seri Bija Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka
Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga.

(Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi
Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[6 markah]

Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.
Fauzi merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. Mereka menjaga Fauzi dengan
penuh kasih sayang. Mereka sanggup memenuhi segala permintaan anaknya. Disebabkan ibu bapa
terlalu memanjakan Fauzi sehingga Fauzi tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya
malah berani melawan cakap orang tua. Perbuatan tersebut telah memalukan kedua-dua orang ibu
bapanya.

[4 markah]

31

TOPIK Pemahaman

4

Kertas 2 (35 Markah)
Bahagian B

Praktis 1

Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di Langkawi,
Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka. Malaysia
turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman
Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan
pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati. Malaysia juga
sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa seperti perlumbaan
Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL
Tower Base Jump. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga
dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini menunjukkan petanda yang kukuh dan
positif bagi industri pelancongan Malaysia.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Pelancongan Beri Sumbangan
Ketara kepada Ekonomi Negara,” BH Online, Oktober 2015)
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Bahan 2

Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industri
pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya
pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian
bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi
iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji
tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum
tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan
tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat
Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Tumpuan Pelancong”,
oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015)

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud frasa keunikan budaya. [2 markah]



44

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, jelaskan tarikan Malaysia yang mendorong kemasukan pelancong
asing. [3 markah]





(iii) Industri pelancongan negara kita memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Pada pendapat anda, apakah impak-impak tersebut? [3 markah]







(iv) Pelancong asing datang berkunjung ke negara kita atas pelbagai tarikan. Disebabkan perbezaan

budaya dan bahasa, mereka memerlukan bantuan daripada kita sekiranya mereka datang ke
PENERBIT ILMU
Malaysia. BAKTI SDN. BHD.

Sebagai seorang rakyat, apakah bantuan yang dapat diberikan kepada pelancong asing?

[4 markah]





Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.

Bahan 1

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi
pada kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang
dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami
makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.
Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan
mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya
mengalah tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi
membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.
Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana
banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau
akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper
saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh
yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.
 

(Dipetik daripada cerpen “Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad dalam antologi
Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

45

Bahan 2

Pantun Buat Ibu

Tarian gamelan lagu senandung,
Warisan bangsa penuh keramat;

Sembilan bulan sarat mengandung,
Tetap ceria sedia berkhidmat.

Anak ikan di dalam balang,
Tidak banyak berenang sendiri;

Sakit melahirkan bukan kepalang,
Melihat anak wajah berseri.

Anak rubah dipanggang api,
Dimakan oleh orang Iban;

Penat lelah tolak ke tepi,
Demi anak rela berkorban.

Pergi ke pekan membeli laici,
Singgah berehat bersama teman;

Marahnya bukan marah membenci,
Sebagai nasihat jadikan pedoman.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud penat lelah tolak ke tepi. [2 markah]



(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan jasa ibu kepada anak. [4 markah]



(iii) Umum mengetahui bahawa seorang ibu mampu menjaga berpuluh-puluh orang anak, namun

seorang anak tidak semestinya mampu menjaga seorang ibu. Lumrah kini memperlihatkan

semakin ramai ibu bapa dihantar ke rumah orang tua oleh anak.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [3 markah]





(iv) Ibu anda tinggal berseorangan di kampung. Beliau selalu menelefon anda untuk bertanya khabar

tentang anda. Pada suatu hari, anda menerima panggilan daripada ibu anda dan menyatakan

bahawa beliau ingin datang ke bandar untuk menziarahi anda.

Bagaimanakah anda menguruskan perkara ini? [4 markah]









46

Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Pengantin lelaki melangkah perlahan-lahan ke arah pelamin. Aiman mengiringinya sebagai
pengapit pengantin. Zahid yang segak berpakaian baju Melayu cekak musang fabrik songket
ungu, berkain samping dan tengkolok ikatan kreatif sedondon perlahan-lahan menghampiri
peterana yang dibina di hadapan pintu utama Tajau Emas. Tangan kanannya menggenggam
sebilah keris yang menjadi lambang kelelakian. Menurut juruhiasnya, tidak boleh tidak, keris
mesti dibawa. Zahid dengan Aiman ketawa mendengar penerangan tentang adat yang tidak
boleh dipertikaikan. ‘Tidak apa, adat ini tidak menyalahi hukum agama’, Zahid memujuk hati
sendiri. Pengantin lelaki berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada dua orang pesilat
membuka bunga pencak.

(Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bagaimanakah pemakaian Zahid sebagai seorang pengantin lelaki? [4 markah]

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.




(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Tirani, karya Beb Sabariah
(b) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(c) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan amalan baik yang perlu kita laksanakan

dalam kehidupan harian. [6 markah]










47

TOPIK Rumusan

5

Kertas 2 (30 Markah)
Bahagian C

Praktis 1 PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Kemiskinan merupakan satu keadaan apabila berlaku kekurangan dalam keperluan hidup manusia
seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang secara langsung berkait rapat dengan kualiti hidup.
Kemiskinan juga bererti tiada akses seperti mendapat pendidikan dan pendidikan yang mampu
mengatasi masalah tersebut. Memikirkan  soal kemiskinan merupakan masalah global maka kerajaan
berhempas pulas mencari pelbagai alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.  Antara tindakan
kerajaan ialah penubuhan agensi-agensi kerajaan  seperti FELDA, RISDA, FELCRA dan Amanah Ikhtiar
Malaysia. Tindakan ini perlu kerana kesan yang dihasilkan mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi
negara.  Seterusnya, menarik lebih ramai pelabur asing melabur di negara ini.
Sehubungan dengan itu pelbagai program pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh Kementerian
Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 1970 melalui tiga bidang utama, iaitu agropolitan, pendidikan
dan keusahawanan.  Melalui bidang agropolitan,  beberapa projek pertanian seperti penanaman
nanas dan getah dilaksanakan telah berjaya meningkatkan pendapatan  petani daripada RM500.00
kepada RM2,500.00 sebulan. Selain itu, para peserta projek ini diberi saham bagi penanaman getah
yang membolehkan mereka menerima dividen tahunan jika projek berjaya mendapat keuntungan.
Berdasarkan kejayaan yang ditunjukkan pihak kementerian sedang giat melaksanakan empat lagi projek
agropolitan bagi membasmi kemiskinan.
Melalui bidang pendidikan, 70 peratus pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 
di seluruh negara dipilih daripada golongan pelajar miskin dari luar bandar.  Sementara itu, 53,000
orang pelajar institusi pengajian tinggi yang dipilih daripada anak-anak luar bandar ditaja oleh MARA
sama ada di dalam atau di luar negara.  Selain itu, program pembasmian kemiskinan turut dilakukan
dalam bentuk pemberian bantuan serta penyediaan kemudahan terutama infrastruktur asas. Mereka
perlu menggunakan kemudahan ini untuk mencari jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Antara usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan ialah menerusi Bidang Keberhasilan Utama
(NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Niaga yang melibatkan 7,000 keluarga miskin.  Bagi
penduduk miskin di bandar-bandar, kerajaan  melaksanakan program bantuan kebajikan, program
bayaran sewa rumah dan rumah kos rendah bernilai antara RM21,500 hingga RM35,000 seunit. Kerajaan
juga menyediakan bantuan modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan di rumah masing-masing.
Sementara itu, pihak RISDA berusaha meningkatkan pendapatan pekebun getah melalui pewujudan
pelan pelaksanaan pembangunan keusahawanan pekebun kecil secara terancang, sistematik dan
terselaras.
Kesan daripada komitmen kerajaan yang serius menyebabkan, lebih banyak program pembangunan
dapat dilaksanakan kerana fokus lebih baik boleh diberikan kepada perancangan membangunkan
negara di peringkat global. Tegasnya usaha pembasmian kemiskinan di negara ini memang terbukti
berjaya mengubah senario sosioekonomi negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Usaha-usaha Membasmi Kemiskinan” oleh Haji Samat
bin Buang Koleksi Rencana Umum untuk Rujukan Karangan SPM & STPM Jilid 3, 2012)

69

Bahan 2 – Grafik Jumlah
tanggungan
Taraf isi rumah yang
pendidikan
ramai
rendah
Kemiskinan Kehilangan
di Malaysia pekerjaan
secara tiba-tiba

PENERBIT ILMU Kurang
BAKTI SDN. BHD. berkemampuan

70

Jawapan

TOPIK 1 Karangan Respons Terhad PENERBIT ILMU surat – untuk menceritakan keistimewaan bercuti di
PRAKTIS 1 BAKTI SDN. BHD.Malaysia – berkongsi pengalaman sendiri yang menarik
Format: Surat rasmi kepada sahabat pena
Pendahuluan Isi-isi penting
Permohonan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Dewan (i) Kawasan tanah tinggi
Bahasa dan Pustaka (DBP)
Isi-isi penting • Malaysia – menawarkan iklim khatulistiwa yang panas
(i) Tujuan lawatan diadakan – meningkatkan pengetahuan dan lembap sepanjang tahun – menjadi faktor tarikan
pelancong antarabangsa – kawasan tanah tinggi yang
ahli persatuan terhadap peranan dan fungsi Dewan bersuhu sederhana – udara yang nyaman
Bahasa dan Pustaka (DBP) – menimba pengalaman dan
pengetahuan baharu • Malaysia tersohor dengan pelbagai pusat peranginan –
(ii) Murid juga dapat memahami sejarah penubuhan Dewan Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Pulau Langkawi
Bahasa dan Pustaka (DBP) – mengetahui lebih lanjut di Kedah – pusat peranginan yang terkenal di Malaysia
tentang lambang Dewan Bahasa dan Pustaka
(iii) Butiran maklumat mengenai lawatan rasmi tersebut – (ii) Pulau dan pantai
tarikh – masa – bilangan murid – bilangan guru • Kewujudan banyak pulau dan pantai yang indah dan
Penutup menarik – pulau dan pantai yang menjadi tumpuan
Lawatan rasmi ini dapat membawa manfaat kepada murid- para pelancong – Pulau Redang di Terengganu – Pantai
murid – berharap agar pihak DBP dapat mempertimbangkan Damai di Kuching – dapat merasai “syurga dunia”
permohonan – mendapat respons secepat mungkin dengan melakukan aktiviti menyelam skuba, berkayak,
berperahu layar – mandi-manda
PRAKTIS 2
E-mel 1 (iii) Masyarakat berbilang kaum
Pendahuluan • Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
• Kata sapaan – bertanya khabar – kepelbagaian bangsa, agama, tradisional, adat
Isi-isi penting resam dan pantang larang – negara Malaysia yang
(i) Mengurangkan had laju atau mematuhi had laju yang unik – saudara bercuti di Malaysia – akan melihat dan
mengetahui kehidupan pelbagai kaum
ditetapkan – tidak memotong – mengelakkan diri • Orang Malaysia dan bersosial sesama sendiri tanpa
supaya sempat memberikan tindak balas – sentiasa mengira warna kulit dan etnik – akan mengadakan
memerhatikan keadaan sekeliling – memberikan fokus rumah terbuka semasa perayaan – dapat merapatkan
sepenuhnya pada pemanduan – memastikan kenderaan lagi hubungan antara masyarakat pelbagai kaum
dapat dikawal dengan baik
(ii) Melakukan penyelenggaraan terhadap kenderaan – Penutup
secara berkala – tayar, enjin dan brek – diselenggara – • Berharap penerangan dapat memikat hati dan berpeluang
terutamanya sebelum memulakan perjalanan yang jauh –
memastikan keadaan yang tidak dijangkakan tidak berlaku berkunjung ke Malaysia – semoga berjumpa dalam warkah
– mengelakkan diri kita menjadi mangsa kemalangan yang lain – sampaikan salam kepada keluarga
E-mel 2 • Tandatangan
Pendahuluan
• Kata sapaan – bertanya khabar PRAKTIS 4
Isi-isi penting Pendahuluan
(i) Mengelakkan kita melakukan kesalahan di jalan raya – Sektor pertanian – sektor yang berpotensi besar –
sentiasa beringat-ingat – peraturan dan undang-undang meningkatkan kemajuan dan ekonomi negara – tidak pernah
terpahat dalam hati dan jiwa kita – mengelakkan diri dipinggirkan oleh kerajaan – berusaha memajukan bidang
daripada melakukan tindakan yang tidak beretika – pertanian – menubuhkan pelbagai agensi – terdapat banyak
mengetahui kesan di sebalik tindakan itu – mengelakkan kepentingan – memajukan sektor pertanian
kehilangan nyawa Isi-isi penting
(ii) Membangkitkan rasa bertanggungjawab di jalan raya – (i) Menawarkan peluang pekerjaan
tidak menganggap pelbagai peraturan dan undang-undang
digubal – menyusahkan dan mengongkong kehidupan kita – • Menawarkan banyak peluang pekerjaan – mampu
memakai topi keledar – memakai tali pinggang keselamatan menyelesaikan masalah pengangguran yang
– tanggungjawab yang wajib diamalkan – menghargai menghantui rakyat Malaysia ketika ini – dengan
nyawa diri – menyayangi ahli keluarga adanya peluang pekerjaan – masyarakat dapat
Penutup meningkatkan taraf hidup dengan melakukan
Berharap mendapat respons dengan secepat mungkin pekerjaan secara kecil-kecilan

PRAKTIS 3 (ii) Pengurangan pergantungan makanan dari negara luar
Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi • Sektor pertanian penting – mengurangkan
Pendahuluan kebergantungan kepada negara luar – kadar import
Alamat pengirim dan tarikh – menyatakan tujuan menulis yang tinggi merugikan negara – mempunyai tanah
yang luas dan subur – sesuai untuk tanaman utama –
Malaysia dapat mengurangkan jumlah bahan yang
diimport dari negara luar

(iii) Meningkatkan pendapatan negara
• Mampu meningkatkan pendapatan negara – iklim dan
tanah yang sesuai – pulangan yang lumayan – hasil
lebihan daripada sumber bahan makanan dan bahan
mentah utama dapat memberi kepada proses eksport
berlaku – lebihan ini dapat meningkatkan pendapatan
eksport negara

J1 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM- Jawapan

Penutup PENERBIT ILMU pendapatan yang lumayan – membawa pelbagai faedah
• Sektor pertanian membawa keuntungan yang besar BAKTI SDN. BHD.kepada para pemain
Isi- isi penting
kepada negara kita – mampu memberi sumbangan yang (i) Memanfaatkan masa lapang – menghindarkan aktiviti
besar terhadap pembangunan negara – golongan muda
menceburi bidang pertanian – membangunkan bidang negatif – melepak, ponteng sekolah, lumba haram –
pertanian melalui e-sukan, remaja dapat menumpukan perhatian
terhadap bidang yang diminati – masalah sosial dapat
PRAKTIS 5 dikurangkan
Pendahuluan (ii) Remaja yang terlibat secara langsung – mempunyai
Remaja sering kali menghadapi masalah pengurusan kemahiran kognitif yang tinggi – mampu melakukan 400
kewangan – kadar celik kewangan masih rendah – pergerakan dalam masa seminit di atas papan kekunci
pengurusan kewangan penting bagi remaja – memanfaatkan – mampu menyelesaikan masalah – berfikiran kolektif –
wang untuk perbelanjaan di sekolah – pembiayaan yuran kreatif
sekolah – amalan berjimat cermat (iii) Wujud peluang pekerjaan kepada generasi muda –
Isi-isi penting bidang pengkomputeran – menjadikan e-sukan sebagai
(i) Memupuk amalan menabung kerjaya – sangat pesat perkembangannya – e-sukan
sudah bertapak kukuh di Asia
• Salah satu amalan berjimat cermat – amalan (iv) Pertandingan e-sukan dianjurkan pada peringkat
menabung ialah amalan mulia – menggalakkan remaja antarabangsa – pemain dari seluruh dunia – berbeza
menyimpan baki duit perbelanjaan – digunakan bagi agama, bangsa, budaya dan bahasa – mengajar remaja –
tujuan kecemasan – sediakan payung sebelum hujan sikap bertoleransi dan bekerjasama – bagai aur dengan
tebing
(ii) Mengelakkan perbelanjaan yang tidak penting Penutup
• Strategi perbelanjaan secara bijak – remaja mudah E-sukan membawa manfaat kepada generasi muda –
terpengaruh dengan rakan sebaya – budaya ikut- mempunyai peluang untuk terus gemilang pada masa
ikutan – gemar membeli barangan mewah – berbelanja hadapan – pelibatan remaja – harus diberi sokongan –
mengikut keperluan – mengelakkan pembaziran duit mengembangkan sukan digital – setanding dengan atlet
e-sukan pada peringkat global
(iii) Menjadi suri teladan kepada anak
• Pendidikan keluarga amat penting – mengikis sikap Domain Peribadi
boros daripada sebati dengan amalan hidup seharian – Pendahuluan
melentur buluh biarlah waktu rebungnya – pendidikan • Pencapaian akademik bukanlah kayu pengukur kejayaan
kepada anak-anak – mempamerkan sikap berbelanja
yang baik – bagaimana acuan, begitulah kuihnya murid
• Kelunturan sahsiah yang baik – menyebabkan kerapuhan
Penutup
Amalan mulia yang wajar dipraktikkan – pendidikan di budi baik
bangku sekolah dan keluarga amat signifikan – berbelanja • Sikap materialistik – membawa kelunturan akhlak dan
mengikut kemampuan – ukur baju di badan sendiri –
membentuk masyarakat yang celik kewangan sahsiah yang baik
Isi-isi penting
PRAKTIS 6 (i) Murid mestilah berpegang teguh pada ajaran agama –
Format: e-mel
Pendahuluan menekankan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan
Musim PKP ramai mula sedar akan kebaikan senaman – intelek dalam kehidupan – bertindak menjaga tingkah
banyak jenis senaman yang boleh dilakukan – gimnasium laku diri – mengelakkan – melanggar saranan agama
– berjoging – senamrobik diminati sebahagian besar rakyat yang dipraktikkan
Malaysia (ii) Murid bijak memilih rakan – membawa pengaruh
Isi-isi penting kepada prinsip kehidupan dan gaya hidup kita – rakan
(i) Saya memilih senaman gimnasium yang bersopan-santun – tidak sesekali menderhaka
kepada ibu bapa – melayan rakan dengan penuh
• menjadi trend terkini – gimnasium lebih selamat dan kesopanan
kurang risiko – kawasan tertutup dan boleh dilakukan (iii) Rajin dan patuh pada arahan ibu bapa – lebih banyak
bila-bila masa mengikut masa lapang makan garam – mendengar amaran dan didikan ibu
bapa – ditegur mahupun dipuji – ingat agar tidak sesekali
(ii) Senaman gimnasium boleh membina otot kecundang
• banyak pilihan senaman ringan dan berat mengikut (iv) Mematuhi didikan dan pesanan guru di sekolah –
kemampuan – mempunyai jurulatih yang bertauliah – nasihat dan amaran – tidak dicurahkan – memastikan
jenis senaman dan alatan yang pelbagai – tidak bosan diri menjaga kelakuan di mana-mana jua – menjatuhkan
melakukan perkara yang sama air muka
Penutup
(iii) Selepas bersenam • Meningkatkan sahsiah sendiri agar wawasan untuk
• pastikan minum air kosong secukupnya – khuatir membina serta melahirkan remaja yang berakhlak mulia
berlaku hidrasi dalam badan – rehat yang secukupnya dan berfikiran aras tinggi
setelah penat bersenam – tidur yang cukup • Bersahsiah – masyarakat – sejahtera
menjadikan badan segar Domain Pendidikan
Pendahuluan
Penutup • Murid perlu digalakkan melahirkan karya kreatif seperti
Mencadangkan rakan agar melakukan apa-apa juga cerpen ke arah meningkatkan budaya membaca dalam
senaman demi kesihatan yang diidamkan masyarakat
• Penulisan cerpen mampu menyedarkan orang di samping
TOPIK 2 Karangan Respons Terbuka menimbulkan cara berfikir yang maju
PRAKTIS 1 • Lebih berminat menggunakan gajet – kurang dipraktikkan
Domain Awam – memalapkan unsur kekreatifan
Pendahuluan Isi-isi penting
E-sukan merupakan bentuk sukan yang menggunakan (i) Guru – mengkaji karya cerpen bermutu – semasa
media elektronik – bersaing dengan individu lain secara pengajaran dan pembelajaran – memberikan pedoman
dalam talian – telah berkembang di serata dunia – sumber

 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 J2

dan menerangkan ciri-ciri cerpen – memastikan murid- PENERBIT ILMU perlu mencorakkannya – ibu bapa perlu menjadi
murid tidak berasa asing – karya cerpen – menjauhi BAKTI SDN. BHD. suri teladan kepada anak-anak – mematuhi undang-
bahan picisan undang ketika berada di atas jalan raya agar dapat
(ii) Sekolah – mengadakan bengkel/kem penulisan kreatif dicontohi oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak
– mendedahkan keindahan – pengolahan karya – • Penerapan nilai-nilai murni serta kesedaran mengenai
dibimbing secara terancang – mengembangkan bakat kepentingan mematuhi keselamatan jalan raya ini
penulisan kreatif – menghasilkan cerpen yang bermutu dapat disemai dalam jiwa anak-anak melalui pelbagai
(iii) Pertandingan penulisan cerpen – wajib – merangsang kaedah – ibu bapa perlulah sentiasa bertolak ansur
minat – mencungkil bakat penulisan – berasa ketika berada di jalan raya yang sesak – ibu bapa perlu
keghairahan dan bakat dihargai – anugerah penulis mengelak daripada menggunakan lorong kecemasan
kreatif – meningkatkan keyakinan murid terus meneroka untuk memotong barisan – persepsi mereka akan
keseronokan menulis cerpen berubah kepada negatif
(iv) Melaksanakan minggu penghayatan cerpen – ulasan – • Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting
menghayati karya – mencambahkan minat – berjinak- dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan
jinak dengan penulisan kreatif – pendedahan yang raya – pendedahan awal kepada anak-anak amat vital
berterusan daripada pihak sekolah kerana pada ketika inilah mereka mudah dibentuk
Penutup mengikut acuan yang sebenar – melentur buluh
Para murid digalakkan menceburkan diri dalam bidang biarlah waktu rebung
penulisan cerpen – tujuan penting – menjana minda kritis (ii) Masyarakat mengamalkan ciri pemanduan berhemah
dan kreatif dan meraih sumber pendapatan • Setiap individu di Malaysia haruslah melaksanakan
anjakan paradigma dengan mengamalkan pemanduan
Domain Kerjaya berhemah semasa di jalan raya – pemanduan dapat
Format: Rencana dipraktikkan dengan mengenakan topi keledar bagi
Pendahuluan penunggang motosikal serta memandu mengikut had
• Anggota keselamatan negara – menjamin kesinambungan laju yang telah ditetapkan – tentu individu akan dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-
keselamatan negara dan mempertahankan kedaulatan perkara yang mendorong ke arah kemalangan jalan
negara raya – malang tidak berbau
• Generasi muda kita hari ini kurang berminat untuk • Sebilangan individu yang memandang enteng
menyertai pasukan keselamatan negara – faktor tuntutan terhadap perkara ini dengan langsung tidak
kecergasan fizikal – pendapatan kurang menarik – jauh dari mempraktikkan ciri tersebut kerana beranggapan
kampung halaman garis panduan hanyalah untuk mereka yang tidak tahu
Isi-isi penting memandu atau bagi pemandu-pemandu baharu –
(i) Publisiti yang lebih luas – media sosial – trend sudah terhantuk baru tengadah – nyawa manusia tidak
dapat digantikan dengan apa-apa barang mahupun
perkembangan terkini – pemangkin anak muda – wang ringgit – perlulah bijak mengawal emosi
mengetahui kebaikan dan kelemahan menyertai khususnya semasa memandu
– menguar-uarkan keperluan dan kebaikan remaja • Kesabaran seseorang pemandu itu pasti akan teruji
menyertai bidang ketenteraan tatkala dia berada dalam kesesakan jalan raya –
(ii) Program lawatan ke sekolah dan universiti dilancarkan kewarasan akal yang rasional dalam apa-apa jua
oleh pasukan keselamatan negara – berkongsi ilmu dan keadaan – ikut hati mati, ikut rasa binasa – jadikanlah
kepakaran serta pengalaman berkhidmat dalam ATM – pemanduan berhemah sebagai amalan kerana pandu
menyemai aspek penting pembinaan negara dalam diri cermat jiwa pasti selamat
generasi muda (iii) Masyarakat bertanggungjawab membuat aduan
(iii) Pendedahan awal di peringkat sekolah – penyertaan • Masyarakat memainkan peranan melakukan aduan
badan beruniform berkaitan – meningkatkan minat secara dalam talian mahupun bertulis mengenai
remaja – badan berdisiplin – mudah menerima isu-isu keselamatan jalan raya kepada pihak
penyertaan – kerjaya – membanggakan bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya
Penutup • Mengenai struktur jalan raya – jalan raya yang tidak
Remaja dikirimkan harapan menggunung – mengangkat diselenggara dengan baik sudah pasti mendatangkan
martabat negara – mempertahankan kedaulatan – berdiri di bahaya kepada pengguna jalan raya – keadaan jalan
barisan depan negara yang digelar kesateria gagah negara raya yang gelap tanpa cahaya lampu turut berisiko
kepada pengguna jalan raya pada waktu malam –
PRAKTIS 2 kereta yang dipandu laju di lebuh raya akan serta-
Domain Awam merta mengelak jalan yang berlubang tanpa melihat
Pendahuluan cermin pandang sisi – memungkinkan kemalangan
• Laporan kes kemalangan semakin membimbangkan. berlaku sekiranya kenderaan di belakang mengikut
terlalu dekat
Sebanyak 19,515 kemalangan dicatatkan di seluruh negara • Usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar
pada Ops Selamat pada tahun 2019. Isu kemalangan jalan kemalangan jalan raya – sediakan payung sebelum
raya kini dilihat tiada kesudahannya hujan
• Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah badan swasta (iv) Media massa mengadakan program dan kempen
menunjukkan bahawa kadar peratusan kemalangan jalan • Pihak media massa sama ada media cetak atau media
raya meningkat sebanyak lima peratus dari tahun ke tahun elektronik haruslah menguar-uarkan mengenai isu-
– hampir setiap akhbar memaparkan mengenai kes-kes isu kemalangan jalan raya agar menjadi pengajaran
kemalangan jalan raya sebagai tajuk besar di halaman kepada orang ramai mengenai bahayanya pemanduan
hadapan dada-dada akhbar yang tidak berhemah
• Pelbagai langkah yang pragmatik lagi sistematik dapat • Media massa juga boleh melaksanakan program
dijalankan oleh semua pihak bagi menangani masalah pendidikan keselamatan jalan raya di Malaysia secara
kemalangan jalan raya yang sudah begitu lama berlaku di formal – terutamanya sempena musim-musim
negara kita perayaan – kemalangan jalan raya kerap berlaku
Isi-isi penting semasa musim-musim perayaan
(i) Ibu bapa menjadi suri teladan • Konsep “Kemalangan Sifar” dan “Pandu Cermat Jiwa

• Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya – anak-
anak diumpamakan seperti kain putih, ibu bapa yang

J3 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM- Jawapan


Click to View FlipBook Version