The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-03-12 02:40:35

N&L Makroekonomi Sem 2

N&L Makroekonomi Sem 2

BIT ILMU BAKTI SD


Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 723 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-258-2 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Juwairiah Ismail Pereka kulit buku: Janet Wong Pereka letak: Multitype Graphics Teks diset dalam Arial Regular 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Rina Sdn. Bhd. Ulasan Soalan STPM Makroekonomi Semester 2 (2023) i Konsep-konsep Makroekonomi yang Penting Mengikut Bab ix BAB Pengenalan 1 1 BAB Perakaunan Pendapatan Negara 2 12 BAB Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal 3 34 BAB Wang, Bank dan Dasar Kewangan 4 74 BAB Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa 5 96 Kertas Model STPM 126 Jawapan 132 Imbas Kod QR untuk muat turun: Jawapan Kertas Model STPM Kandungan Makro Penggal 2(Kand)New.indd 1 07/01/2024 9:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara Maksud 1 Aliran perbelanjaan dan pendapatan yang wujud antara pelaku ekonomi yang terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara. Jadual 1.1 Pelaku dalam ekonomi Pelaku Huraian Isi rumah • Menawarkan faktor pengeluaran. • Membeli barang dan perkhidmatan. • Matlamatnya ialah memaksimumkan kepuasan. Firma • Membeli faktor pengeluaran. • Menawarkan barang dan perkhidmatan. • Matlamatnya ialah memaksimumkan keuntungan. Kerajaan • Pihak berkuasa atau badan perancangan pusat yang mempengaruhi sektor isi rumah dan firma melalui undang-undang dan dasar ekonomi. • Membeli faktor pengeluaran dan barangan (barang dan perkhidmatan). • Menawarkan barangan awam. • Matlamatnya ialah memaksimumkan kebajikan sosial. Sektor luar negara (sektor asing) • Rakyat asing membeli barangan yang dikeluarkan oleh sebuah negara (eksport). • Rakyat tempatan membeli barangan yang dikeluarkan oleh negara asing (import). 2 Jadi, aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran fizikal dan aliran wang yang wujud kesan interaksi antara pelaku ekonomi. Rajah Aliran Pusingan Pendapatan Negara Petunjuk Aliran fizikal Aliran wang Aliran suntikan Aliran bocoran Cukai Institusi kewangan Sektor kerajaan Sektor luar negara Sektor firma Sektor isi rumah Perbel C an u j k a a an kerajaan P i erbelanjaan kerajaan Eksport Import Import Eksport Perbelanjaan Pendapatan faktor Tabungan Pelaburan Pasaran faktor Pasaran barangan Rajah 1.1 Rajah aliran pusingan pendapatan negara 1 BAB Pengenalan Makro Penggal 2(1).indd 1 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 1 Sektor isi rumah menyediakan faktor pengeluaran untuk sektor firma manakala sektor firma menyediakan barang dan perkhidmatan untuk sektor isi rumah. Aliran barang dan perkhidmatan serta faktor ini dinamakan aliran fizikal. 2 Sektor isi rumah menerima pendapatan daripada sektor firma dan melakukan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma. Jadi, wujud aliran pendapatan daripada sektor firma kepada sektor isi rumah dan aliran perbelanjaan daripada sektor isi rumah kepada sektor firma. Aliran pendapatan dan perbelanjaan ini dinamakan aliran wang. 3 Bukan semua pendapatan isi rumah dibelanjakan kerana sebahagiannya akan ditabungkan dalam institusi kewangan.Aliran keluar wang daripada aliran pendapatan-perbelanjaan dinamakan bocoran. 4 Institusi kewangan pula akan meminjamkan wang tabungan isi rumah kepada firma bagi tujuan pelaburan. Aliran masuk wang ke dalam aliran pendapatan-perbelanjaan dinamakan suntikan. 5 Dengan wujudnya campur tangan kerajaan, wujud aliran masuk wang dalam bentuk perbelanjaan kerajaandaripada sektor kerajaan kepada sektorisirumah dan firma apabila kerajaan menyediakan barang dan perkhidmatan awam serta memberi subsidi. Perbelanjaan kerajaan wujud daripada aliran cukai, iaitu aliran keluar wang daripada sektor isi rumah dan sektor firma kepada sektor kerajaan. 6 Sektor luar negara akan mewujudkan aliran masuk wang ke dalam aliran pendapatan-perbelanjaan apabila rakyat asing membeli faktor dan barangan, masing-masing daripada sektor isi rumah dan firma. Aliran masuk wang ini dinamakan eksport, iaitu aliran wang daripada sektor luar negara kepada sektor isi rumah dan firma masing-masing. 7 Sebaliknya, sektor isi rumah dan firma yang masing-masing membeli faktor dan barangan daripada sektor luar negara akan mewujudkan aliran keluar wang yang dinamakan import. Import melibatkan aliran keluar wang daripada sektor isi rumah dan firma masing-masing kepada sektor luar negara. Nota: Institusi kewangan hanya berperanan sebagai penerima tabungan sektor isi rumah dan pemberi pinjaman kepada sektor firma. Kesimpulan Ekonomi Jenis ekonomi Pelaku ekonomi Ekonomi dua sektor Ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan Sektor isi rumah dan firma Ekonomi tiga sektor Ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan Sektor isi rumah, firma dan kerajaan Ekonomi empat sektor Ekonomi terbuka Sektor isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara 1.2 Isu Makroekonomi Isu Huraian Langkah penyelesaian Inflasi • Proses kenaikan harga umum yang berterusan dan tidak terhad dalam sesebuah negara. • Disebabkan kenaikan permintaan agregat yang pesat (inflasi tarikan permintaan), kenaikan kos pengeluaran (inflasi tolakan kos) dan kenaikan harga import (inflasi diimport). • Perlu ditangani untuk menstabilkan tingkat harga umum supaya taraf hidup atau kebajikan rakyat tidak terjejas. • Mengurangkan perbelanjaan kerajaan Meningkatkan cukai • Menaikkan kadar bunga Mengurangkan penawaran wang • Kawalan harga barang • Kawalan upah • Menggalakkan kemajuan teknologi Makro Penggal 2(1).indd 2 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Isu Huraian Langkah penyelesaian Pengangguran • Jumlah tenaga buruh yang tidak terlibat dalam sebarang kegiatan produktif. • Perlu ditangani untuk mencapai guna tenaga penuh supaya wujud pertambahan dalam keluaran negara. • Menambah perbelanjaan kerajaan Mengurangkan cukai • Mengurangkan kadar bunga Menambah penawaran wang Pertumbuhan ekonomi • Keadaan yang menunjukkan perkembangan kegiatan ekonomi dari tahun ke tahun, iaitu pertambahan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. • Perlu ditangani untuk meningkatkan taraf hidup atau kebajikan rakyat. • Menambah perbelanjaan kerajaan Mengurangkan cukai • Mengurangkan kadar bunga Menambah penawaran wang • Menggalakkan kemasukan pelaburan asing Imbangan pembayaran • Penyata kewangan yang mencatatkan aliran masuk dan keluar wang sesebuah negara kesan perdagangan antarabangsa. • Perlu ditangani supaya aliran masuk wang lebih tinggi daripada aliran keluar wang, iaitu wujud imbangan pembayaran lebihan dan nilai mata wang semakin kukuh. • Menggalakkan eksport Mengurangkan import • Memberi subsidi kepada firma tempatan • Menggalakkan kemasukan pelaburan asing 1.3 Petunjuk Makroekonomi Petunjuk makroekonomi adalah seperti berikut: 1 Keluaran Negara Kasar (pendapatan negara) 2 Kadar inflasi 3 Kadar pengangguran 4 Akaun dagangan dan akaun semasa 5 Kadar pertumbuhan ekonomi 6 Kadar bunga 7 Kitaran perniagaan Keluaran Negara Kasar (Pendapatan Negara) 1 Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. 2 Keluaran Negara Kasar menggambarkan ukuran prestasi atau pencapaian ekonomi sesebuah negara. 3 Dapat dibezakan kepada: (a) Keluaran negara potensi Tingkat keluaran negara yang dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun pada tingkat guna tenaga penuh. Mengukur tingkat keluaran maksimum yang dapat dicapai oleh sesebuah negara. (b) Keluaran negara sebenar Tingkat keluaran negara yang sebenar dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun berdasarkan permintaan agregat, iaitu jumlah permintaan oleh semua golongan pengguna. Makro Penggal 2(1).indd 3 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Kadar Inflasi 1 Kadar kenaikan tingkat harga umum pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 IHP0  100 dengan, IHP0 = Indeks harga pengguna tahun sebelumnya IHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa 2 Indeks harga pengguna (IHP) ialah ukuran purata perubahan tingkat harga umum pada sesuatu tahun berbanding dengan harga tahun asas. Kadar Pengangguran 1 Peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak produktif berbanding dengan jumlah tenaga buruh dalam sesebuah negara pada suatu tahun. Kadar pengangguran = Jumlah penganggur Jumlah tenaga buruh  100 atau, Kadar pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga Jumlah tenaga buruh  100 Jadual 1.2 Konsep penting yang berkaitan dengan tenaga buruh Konsep Huraian Jumlah tenaga buruh Jumlah penduduk yang berumur dalam lingkungan 15–64 tahun tetapi tidak termasuk golongan pelajar, suri rumah tangga dan pesara. Jumlah guna tenaga Jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan produktif. Jumlah penganggur Perbezaan antara jumlah tenaga buruh dengan jumlah guna tenaga. Jumlah penganggur = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga 2 Sesebuah negara dianggap mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran kurang daripada 4%. Akaun Dagangan dan Akaun Semasa 1 Wujud dalam struktur imbangan pembayaran. 2 Akaun dagangan mengukur perbezaan antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak. Akaun dagangan = Nilai eksport barang nampak – Nilai import barang nampak 3 Akaun semasa mengukur aliran wang yang masuk dan keluar daripada urus niaga barang nampak, perkhidmatan (barang tak nampak), pendapatan dan bayaran pindahan. Akaun semasa = Imbangan akaun dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan + Imbangan pindahan Makro Penggal 2(1).indd 4 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Kadar Pertumbuhan Ekonomi 1 Kadar pertambahan atau perubahan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya berdasarkan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar. Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar1 – KDNK benar0 KDNK benar0  100 dengan, KDNK benar0 = Keluaran negara tahun sebelumnya KDNK benar1 = Keluaran negara tahun semasa 2 Kadar pertumbuhan ekonomi adalah positif apabila keluaran negara pada tahun semasa lebih tinggi daripada keluaran negara pada tahun sebelumnya. Maka, wujud pertumbuhan ekonomi. 3 Kadar pertumbuhan ekonomi adalah negatif apabila keluaran negara pada tahun semasa lebih rendah daripada keluaran negara pada tahun sebelumnya. Maka, wujud kemelesetan ekonomi. Kadar Bunga 1 Kos pinjaman, iaitu peratusan kos yang perlu dibayar untuk sejumlah pinjaman yang diberikan oleh firma bagi tujuan pelaburan. 2 Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggi kos pinjaman dan jumlah pinjaman akan berkurangan. Maka, jumlah pelaburan turut berkurangan. 3 Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin rendah kos pinjaman dan jumlah pinjaman akan bertambah. Maka, jumlah pelaburan turut bertambah. Kitaran Perniagaan 1 Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset dalam jangka masa tertentu. 2 Mewujudkan perbezaan antara KNK potensi dengan KNK sebenar yang dinamakan jurang KNK. Pendapatan negara benar (Y) Tahun T2 T4 T1 T3 T5 Pendapatan negara sebenar (Ye ) Pendapatan negara potensi (Yf ) 0 a b c d e f g Rajah 1.2 Kitaran perniagaan 3 Rajah 1.2 menunjukkan kitaran perniagaan. Kitaran perniagaan menggambarkan tiga keadaan berikut: Keadaan Perkara Pengembangan ekonomi Kemelesetan ekonomi Kestabilan ekonomi Ye dan Yf Ye melebihi Yf Yf melebihi Ye Ye = Yf Bahagian pada keluk fg ce Titik c dan f Jangka masa Antara tahun T4 dengan tahun T5 Antara tahun T2 dengan tahun T3 Tahun T2 dan T4 Makro Penggal 2(1).indd 5 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Keadaan Perkara Pengembangan ekonomi Kemelesetan ekonomi Kestabilan ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi Positif Negatif Stabil Kadar pengangguran Rendah Tinggi Guna tenaga penuh tercapai 1.4 Matlamat Makroekonomi Matlamat Huraian Mencapai tingkat guna tenaga penuh • Guna tenaga penuh ialah keadaan ekonomi yang mencapai kadar pengangguran kurang daripada 4%. • Guna tenaga yang tinggi atau kadar pengangguran yang rendah menunjukkan kegiatan ekonomi banyak dijalankan dan jumlah barangan yang dikeluarkan akan meningkat. • Oleh itu, semakin rendah kadar pengangguran, semakin tinggi keluaran negara dan semakin pesat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Menstabilkan tingkat harga umum • Kestabilan tingkat harga umum yang berterusan akan mengelakkan masalah inflasi. • Masalah inflasi menjejaskan taraf hidup masyarakat dan meningkatkan kos pengeluaran. • Seterusnya, inflasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. • Oleh itu, kestabilan tingkat harga umum penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sesebuah negara melalui kestabilan kuasa beli dan kos sara hidup. • Tabungan dan pelaburan digalakkan kesan kestabilan kos dan pulangan. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi • Pertumbuhan ekonomi berlaku apabila wujud peningkatan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. • Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan meningkatkan taraf hidup masyarakat jika kadar pertumbuhan ekonomi melebihi kadar pertumbuhan penduduk, iaitu pendapatan per kapita meningkat. • Peluang pekerjaan bertambah dan mengurangkan masalah pengangguran. • Pertumbuhan ekonomi positif juga dapat menarik minat pelabur asing dan pelabur tempatan. • Kadar kemiskinan dapat dikurangkan melalui kenaikan pendapatan. Membaiki imbangan pembayaran • Imbangan pembayaran bertambah baik apabila aliran wang yang masuk ke dalam sebuah negara melebihi aliran wang yang keluar dari sebuah negara kesan perdagangan antarabangsa. • Imbangan pembayaran lebihan ini disebabkan kenaikan nilai eksport barang dan perkhidmatan serta kemasukan pelaburan asing. • Keadaan ini akan meningkatkan rizab emas dan mata wang asing bank pusat serta mengukuhkan nilai mata wang sesebuah negara. • Imbangan pembayaran lebihan akan meningkatkan kadar pertukaran domestik, iaitu nilai mata wang tempatan akan meningkat. 1.5 Dasar Makroekonomi Dasar Huraian Dasar fiskal • Langkah-langkah kerajaan menstabilkan ekonomi melalui perubahan cukai dan perbelanjaan kerajaan. • Dasar fiskal mengembang ialah langkah kerajaan mengurangkan cukai dan menambah perbelanjaannya. • Dasar fiskal menguncup ialah langkah kerajaan menambah cukai dan mengurangkan perbelanjaannya. Makro Penggal 2(1).indd 6 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Dasar Huraian Dasar kewangan • Langkah-langkah kerajaan menstabilkan ekonomi melalui perubahan penawaran wang dan kadar bunga yang dijalankan oleh bank pusat. • Dasar kewangan mengembang ialah langkah bank pusat menambah penawaran wang dan menurunkan kadar bunga. • Dasar kewangan menguncup ialah langkah kerajaan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga. Kawalan langsung (dasar fizikal) • Langkah-langkah kerajaan secara langsung mengikut punca masalah ekonomi yang dihadapi. • Contoh: Dasar penetapan harga maksimum dan minimum, dasar eksport dan import serta dasar kawalan upah. Dasar sebelah penawaran • Langkah-langkah kerajaan menstabilkan ekonomi dengan mempengaruhi tingkat penawaran agregat. • Contoh: Galakan penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkembangan teknologi dan peningkatan kecekapan. • Dasarini akan meningkatkan keluaran negara dan mempercepat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. 1 Dasar fiskal yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi ialah A mengurangkan cukai pendapatan. B mengurangkan gaji kakitangan kerajaan. C menangguhkan pembinaan empangan air. D mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk biasiswa pelajaran. 2 Antara berikut, yang manakah merupakan cara pengiraan yang betul untuk kadar pengangguran? A Jumlah penganggur Jumlah penduduk  100 B Jumlah penganggur Jumlah guna tenaga  100 C Jumlah penganggur Jumlah tenaga buruh  100 D Jumlah penganggur Jumlah penduduk 15–64 tahun  100 3 Jika Keluaran Negara Kasar sebenar kurang daripada Keluaran Negara Kasar potensi, maka A guna tenaga buruh adalah tinggi. B pertumbuhan ekonomi berlaku. C pengangguran berlaku. D inflasi berlaku. 4 Antara pemboleh ubah yang berikut, yang manakah bukan pemboleh ubah dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor? A Perbelanjaan awam B Perbelanjaan eksport C Penggunaan isi rumah D Pembentukan modal tetap kasar 5 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara pada tahun 2022 dan 2023. Tahun Indeks harga pengguna 2022 106.8 2023 108.6 Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. Latihan Pengukuhan Bahagian A Soalan Aneka Pilihan Makro Penggal 2(1).indd 7 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Kadar inflasi pada tahun 2023 ialah A 1.8% C 1.6% B 1.7% D 1.5% 6 Kerajaan harus mengambil langkah berikut apabila berlaku inflasi kesan pertumbuhan ekonomi yang pesat, kecuali A mengurangkan kadar cukai pendapatan. B meningkatkan kadar cukai pendapatan. C mengurangkan perbelanjaan kerajaan. D menjalankan dasar fiskal menguncup. 7 Jadual di bawah menunjukkan butiran penduduk, tenaga buruh dan guna tenaga bagi negara Jaya pada tahun 2023. Butiran Juta orang Jumlah penduduk 15–64 tahun 8.45 Jumlah tenaga buruh 7.05 Jumlah guna tenaga 6.55 Kadar pengangguran di negara Jaya pada tahun 2023 ialah A 16.6% C 5.9% B 7.1% D 1.9% 8 Yang manakah bukan peranan firma? A Pembeli faktor pengeluaran B Pengguna barang dan perkhidmatan C Pengeluar barang dan perkhidmatan D Pengeksport barang dan perkhidmatan 9 Matlamat dasar makroekonomi ialah A mengurangkan beban cukai pengguna dan pengeluar. B menggalakkan firma memaksimumkan keuntungan. C mengukuhkan kedudukan imbangan pembayaran. D mengagihkan pendapatan faktor secara adil. 10 Yang berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang dapat menggambarkan pencapaian ekonomi sesebuah negara, kecuali A kadar pengangguran. B keluaran negara kasar. C perbelanjaan kerajaan. D imbangan akaun dagangan. 11 Dasar kewangan ialah dasar kerajaan untuk A mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai. B mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan penawaran wang dan kadar bunga. C merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin. D meningkatkan taraf kebajikan rakyat melalui perbelanjaan awam. 12 Jika jumlah buruh yang menganggur di sebuah negara ialah 6 juta orang manakala 48 juta orang yang lain bekerja, kadar pengangguran di negara tersebut ialah A 12.5% C 8.5% B 11.1% D 3.0% 13 Berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang positif bagi sebuah negara kecuali A kenaikan kadar inflasi. B lebihan akaun dagangan. C kejatuhan kadar pengangguran. D kenaikan Keluaran Negara Kasar. 14 Pemboleh ubah suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ialah A penggunaan, pelaburan dan eksport. B pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport. C tabungan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. D penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. 15 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai pertumbuhan ekonomi? A Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun sebelumnya melebihi keluaran negara pada tahun semasa B Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai positif, keluaran negara pada tahun semasa melebihi keluaran negara pada tahun sebelumnya C Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun semasa melebihi keluaran negara pada tahun sebelumnya D Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi STPM KLON Makro Penggal 2(1).indd 8 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 16 Lebihan dalam imbangan pembayaran boleh menyebabkan A mata wang domestik menjadi semakin murah. B peningkatan rizab antarabangsa bank pusat. C agihan pendapatan lebih seimbang. D penurunan kos sara hidup rakyat. 17 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada tahun 2015 dan 2016. Butiran 2015 2016 IHP 152.5 160 KDNK benar (RM juta) 160 173.50 Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016? A 3.35% C 8.44% B 4.92% D 9.00% Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 (a) Berdasarkan model ekonomi tiga sektor, apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan? [2] (b) Terangkan jenis-jenis aliran pendapatan dan perbelanjaan yang wujud dalam model ekonomi tersebut. [8] 2 (a) Apakah maksud kadar inflasi? Bagaimanakah kadar inflasi dihitung? [5] (b) Jelaskan bagaimana dasar fiskal dapat mengurangkan kadar inflasi. [5] 3 Huraikan empat dasar makroekonomi yang boleh dijalankan untuk menstabilkan ekonomi sesebuah negara semasa inflasi. [10] 4 (a) Nyatakan empat matlamat makroekonomi yang ingin dicapai oleh sesebuah negara. [4] (b) Terangkan pelaksanaan dasar berikut untuk mengatasi kemelesetan ekonomi: (i) cukai keuntungan syarikat [3] (ii) nisbah rizab berkanun [3] 5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran? Bagaimanakah kadar pengangguran dihitung? [5] (b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi yang pesat tidak semestinya mengurangkan kadar pengangguran? [5] 6 (a) Terangkan sebab masalah makroekonomi berikut perlu ditangani: (i) Pengangguran (ii) Inflasi [4] (b) Bagaimanakah masalah pengangguran dan inflasi dapat diatasi melalui dasar fiskal? [6] 7 Mengapakah sesebuah negara ingin mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi? [10] 8 (a) Terangkan maksud inflasi. [2] (b) Bagaimanakah dasar fiskal dan dasar kewangan boleh mengatasi masalah inflasi? [8] 9 (a) Takrifkan pengangguran. [1] (b) Terangkan tiga sebab pengangguran yang tinggi perlu ditangani. [9] STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON Makro Penggal 2(1).indd 9 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Bahagian C Soalan Kuantitatif Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan. 1 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh dan guna tenaga bagi sebuah negara antara tahun 2021 hingga 2023. Tahun Tenaga buruh (ribu orang) Guna tenaga (ribu orang) 2021 9 187 8 826.2 2022 9 537 9 217.2 2023 9 810 9 411.5 (a) Takrifkan istilah berikut: (i) Tenaga buruh [1] (ii) Guna tenaga [1] (b) Hitung (i) kadar pertumbuhan tenaga buruh [2] (ii) kadar pertumbuhan guna tenaga [2] (iii) kadar pengangguran [2] pada tahun 2022 dan 2023. (c) Huraikan arah aliran kadar pengangguran dalam (b)(iii). [2] 2 Jadual di bawah menunjukkan matlumat penduduk, tenaga buruh, guna tenaga dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sesebuah negara antara tahun 2021 hingga tahun 2023. Tahun Penduduk (juta) Tenaga buruh (’000) Guna tenaga (’000) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2021 29.70 13 083.40 12 632.10 751 470 2022 28.50 13 261.30 12 737.50 786 694 2023 29.55 13 645.70 13 226.70 827 602 (a) Hitung (i) kadar pengangguran [3] (ii) kadar pertumbuhan ekonomi [2] (iii) pendapatan per kapita [3] dari tahun 2021 hingga tahun 2023. (b) Berdasarkan jawapan (a)(i), adakah negara sudah mencapai guna tenaga penuh? Berikan alasan bagi jawapan anda. [2] 3 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan indeks harga pengguna bagi dua buah negara pada tahun 2022 dan 2023. Butiran Negara A Negara B 2022 2023 2022 2023 KDNK benar (RM juta) 34 840 35 020 58 500 59 530 Indeks harga pengguna 103.4 104.8 105.6 107.5 Makro Penggal 2(1).indd 10 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 (a) Berikan definisi (i) kadar pertumbuhan ekonomi. [2] (ii) kadar inflasi. [2] (b) Hitung (i) kadar pertumbuhan ekonomi [2] (ii) kadar inflasi [2] bagi negara A dan negara B pada tahun 2023. (c) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi di kedua-dua negara tersebut? [2] 4 Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh, kadar pengangguran dan KDNK pada harga tetap bagi sebuah negara antara tahun 2022 hingga 2023. Tahun Jumlah tenaga buruh (juta orang) Kadar pengangguran (%) KDNK pada harga tetap (RM juta) 2021 24.2 3.7 622 101 2022 24.8 3.4 659 654 2023 25.2 3.3 688 397 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan (i) tenaga buruh? (ii) guna tenaga? [2] (b) Hitung jumlah guna tenaga antara tahun 2021 hingga 2023. [3] (c) Hitung (i) kadar pertumbuhan guna tenaga (ii) kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2022 dan 2023. [3] (d) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada jawapan dalam (c)? [2] STPM KLON Makro Penggal 2(1).indd 11 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 BAB 1 Bahagian A 1 A 2 C 3 C 4 B 5 B 6 A 7 B 8 B 9 C 10 C 11 B 12 B 13 A 14 B 15 C 16 B 17 C Jalan penghitungan: 5 Kadar inflasi = 108.6 – 106.8 106.8  100 = 1.69%  1.7% 7 Jumlah penganggur = 7.05 – 6.55 = 0.5 juta orang Kadar pengangguran = 0.5 7.05  100 = 7.09%  7.1% 12 Jumlah penganggur = 6 juta orang Jumlah tenaga buruh = 6 + 48 = 54 juta orang Kadar pengangguran = 6 54  100 = 11.11%  11.1% 17 Kadar pertumbuhan ekonomi 2016 = 173.50 – 160 160  100 = 13.5 160  100 = 8.44% Bahagian B 1 (a) Aliran pusingan pendapatan ialah aliran perbelanjaan dan pendapatan yang wujud kesan interaksi antara pelaku kegiatan ekonomi, iaitu sektor isi rumah, sektor firma dan sektor kerajaan dalam model ekonomi tiga sektor. (b) Pasaran barang Institusi kewangan Sektor isi rumah Sektor firma Sektor kerajaan Pasaran faktor Perbelanjaan awam Perbelanjaan awam Tabungan Pelaburan Cukai Cukai Perbelanjaan Pendapatan faktor Pembayaran faktor Pendapatan firma Dalam pasaran faktor, sektor isi rumah yang menyediakan faktor pengeluaran akan menerima pendapatan faktor daripada sektor firma dalam bentuk upah, sewa, bunga dan untung. Sektor isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk: (i) membeli barang dan perkhidmatan dalam pasaran barang, iaitu aliran perbelanjaan daripada sektor isi rumah kepada sektor firma. (ii) membayar cukai pendapatan kepada kerajaan, iaitu aliran cukai daripada sektor isi rumah kepada sektor kerajaan. (iii) melakukan tabungan dalam institusi kewangan, iaitu aliran bocoran wang daripada sektor isi rumah kepada institusi kewangan. Sektor firma yang menerima pendapatan daripada perbelanjaan isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk: (i) membayar perkhidmatan faktor dalam pasaran faktor, iaitu aliran wang daripada sektor firma kepada sektor isi rumah. (ii) membayar cukai keuntungan kepada kerajaan, iaitu aliran cukai daripada sektor firma kepada sektor kerajaan. (iii) melakukan pinjaman daripada institusi kewangan bagi tujuan pelaburan, iaitu aliran suntikan wang daripada institusi kewangan kepada sektor firma. Sektor kerajaan yang menerima aliran wang daripada sektor isi rumah dan firma dalam bentuk cukai akan menggunakan pendapatan tersebut untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam untuk sektor isi rumah dan sektor firma. Maka, wujud aliran perbelanjaan awam daripada sektor kerajaan kepada sektor isi rumah dan sektor firma. Institusi kewangan hanya menerima tabungan sektor isi rumah dan meminjamkannya kepada sektor firma bagi tujuan pelaburan. 2 (a) Kadar inflasi mengukur peratusan perubahan tingkat harga secara purata pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar inflasi dihitung dengan menggunakan indeks harga pengguna (IHP), iaitu: Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 IHP0  100 dengan, IHP0 = Indeks harga pengguna tahun sebelumnya IHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa Jawapan Makro Penggal 2(Jaw).indd 132 07/01/2024 9:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version