The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-01-10 04:12:22

1Masteri Ting2

1Masteri Ting2

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.

Kandungan

PENERBITPraktis DSKP 1 – 58 Kata Adjektif 63
ILMU • Jenis-jenis Kata Adjektif 63
BAKTI SDN. BHD.Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan 1 Praktis DSKP 7 64
Tema 2 Menimba Ilmu 5
Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian 9 Kata Kerja 64
Tema 4 Integriti Amalan Kita 13 • Kata Kerja Tak Transitif 64
Tema 5 Bahasa dan Sastera 16 • Kata Kerja Transitif 65
Tema 6 Teladani Sejarah dan Hargai Praktis DSKP 8 65
19
Warisan 22 Kata Sendi Nama 66
Tema 7 Indah Seni Gah Budaya 26 Praktis DSKP 9 66
Tema 8 Utamakan Keselamatan 29
Tema 9 Sukan dan Rekreasi 32 Pengimbuhan 66
Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia 35 • Imbuhan Apitan 67
Tema 11 Perpaduan 37 Praktis DSKP 10 67
Tema 12 Negaraku Jati Diriku
Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan 41 Kata Ganda 68
44 • Kata Ganda Seluruh 68
Pengurusan Kewangan 48 • Kata Ganda Separa 68
Tema 14 Berbudi kepada Alam 51 • Kata Ganda Berirama/Berentak 69
Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi 54 • Kata Ganda Berimbuhan 69
Tema 16 Pelestarian Alam 56 Praktis DSKP 11 70
Tema 17 Era Baharu Industri
Tema 18 Pentadbiran dan Politik Kata Prafrasa 70
• Kata Bantu 70
Sistem Bahasa 59 – 94 • Kata Penguat 71
• Kata Penegas 71
Kata Ganti Nama 59 • Kata Nafi 72
• Kata Ganti Nama Diri 59 • Kata Pemeri 72
• Kata Ganti Nama Diri Singkat 59 • Kata Arah 72
• Kata Ganti Nama Tanya 59 • Kata Bilangan 73
• Kata Ganti Nama Tempat 60
• Kata Ganti Nama Tunjuk 60 Kata Pascakata (Kata Penekan/Kata 74
• Kata Ganti Nama Tak Tentu 60 Pembenda 76
Praktis DSKP 1 – Praktis DSKP 6 60 Praktis DSKP 12 – Praktis DSKP 15
76
Jenis-jenis Frasa 76
• Frasa Nama 76
• Frasa Kerja 77
• Frasa Adjektif 77
• Frasa Sendi Nama 77
Praktis DSKP 16

Jenis-jenis Ayat 77 • Jalan ke Puncak 145
• Ayat Penyata 78 Praktis Pentaksiran 148
• Ayat Tanya 78
• Ayat Perintah 78 Pemindahan Maklumat 153 – 165
79
Praktis DSKP 17 – Praktis DSKP 18 Ringkasan 153
80 • Panduan Menulis Ringkasan 153
Praktis Pentaksiran • Kriteria Pemarkahan 153
154
Praktis Pentaksiran
159
Rumusan 159
• Panduan Menulis Rumusan 159
• Kriteria Pemarkahan Bahasa 160

Praktis Pentaksiran
Pemahaman PetikanPENERBIT 94 – 138
ILMU Karangan Respons Terhad 166 – 169
Puisi Tradisional BAKTI SDN. BHD. 94
• Pantun Alam Remaja 94 Panduan Menulis Karangan 166
• Pantun Kiasan 95 • Kriteria Pemarkahan 166
• Pantun Budi 96 • Praktis Pentaksiran 167
• Pantun Nasihat 97
• Pantun Kasih Sayang 97 Karangan Respons Terbuka 170 – 184
• Syair Nasihat 98
Panduan Menulis Karangan 170
Puisi Moden 77 • Panduan Menulis Karangan 173
• Dalam Persekitaran Kata-kata 100 173
• Roti 101 • Kriteria Pemarkahan 175
• Kucari Damai di Sini 102 175
• Pada Sekuntum Mawar 103 Praktis Pentaksiran 177
• Karangan Jenis Perbincangan/Pendapat
Prosa Tradisional 104 179
• Pelanduk Mengajar Memerang 104 • Karangan Jenis Fakta
181
Cerpen 107 • Karangan Syarahan/Perbahasan/ 182
• Banjir di Mata Emak 107 Ceramah
• Talia dan Raksasa Qadqad 109 184
• Menuai Emas 112 • Karangan Jenis Cereka/Gambaran/ 186
Keperihalan 187
Drama 114
• Mahkamah 114 • Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi
116
Praktis Pentaksiran • Karangan Jenis Surat Kiriman
Tidak Rasmi
Novel 139 – 152
• Karangan Jenis Berita
• Menanti Impian 139
• Darah Titik di Semantan 141 • Karangan Jenis Laporan
• Jejak MONPUS 143

TEMA Kesihatan dan Kebersihan

1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Praktis PBD
PENERBIT
ILMUS.P 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
BAKTI SDN. BHD.
Objektif Murid dapat mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan
tepat.

Lakonkan dialog di bawah. Kemudian, sebutkan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
ujaran dengan tepat.

Najmi : Hai, Calvin! Apa khabar? Saya dengar adik kamu tidak hadir ke sekolah kerana demam.
Bagaimanakah keadaannya sekarang?

Calvin : Khabar baik. Oh, keadaan adik saya sudah beransur baik! Dia tidak tahu menjaga kesihatan diri.
Itulah yang menyebabkan dirinya demam.

Najmi : Baguslah kalau sudah beransur baik. Kita haruslah menjaga kesihatan diri agar sentiasa dalam
keadaan sihat.

Calvin : Ya, ada pelbagai cara untuk memastikan diri kita sentiasa sihat. Kita hendaklah rajin menjaga
kebersihan diri. Sebagai contoh, mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita mesti
membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan
air yang bersih.

Najmi : Kita juga mestilah memotong kuku tangan dan kuku kaki yang panjang kerana kuman mudah
membiak di celah-celah kuku yang panjang.

Calvin : Bagi saya, pemakanan yang seimbang juga amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera atau makanan ringan mestilah dijauhi. Jikalau teringin, bolehlah kita makan
sekali-sekala.

Najmi : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Kita juga haruslah bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu supaya peluh dapat dikeluarkan bersama dengan toksin badan.

Calvin : Nampaknya menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab besar yang harus kita
laksanakan dengan penuh amanah. Oleh itu, kita mestilah menjaga kesihatan diri agar dapat
menjamin kesejahteraan hidup.

Tahap Penguasaan Borang Penilaian
Penyampaian dan Penghayatan
Sebutan dan Intonasi Keterampilan Jumlah Markah

/4 /3 /3 /10

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

1

Kemahiran Membaca

S.P 2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti
maksud tersurat dan tersirat.

Objektif Murid dapat membaca teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

PraktisPENERBIT PBDBaca teks pengacaraan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan
ILMUberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAKTI SDN. BHD.
Melayang serindit di atas permatang, Rakan-rakan guru dan seterusnya yang dikasihi
Merbah berkicau di hujung muara, murid-murid SMK Convent (M) Muar.
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka bicara. Alhamdulillah,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
Bismillahirrahmanirahim. dengan limpah dan rahmat-Nya dapat kita
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. berada di dalam Dewan Budaya ini bagi
menjayakan Program Hari Gotong-royong
Yang Berusaha, Sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan
Pn. Siti Zaiton binti Manaf kepada semua ahli jawatankuasa pelaksanaan
Pengetua SMK Convent (M) Muar yang bertungkus lumus dalam menjayakan
penganjuran program ini yang sememangnya
Yang Dihormati, sangat memberikan manfaat kepada semua
Tn. Hj. Mahamud bin Bulat warga sekolah.
YDP PIBG SMK Convent (M) Muar
Para hadirin sekalian,
Yang Dihormati, Objektif utama mengadakan program Hari
Pn. Kong Huey Fung Gotong-royong adalah untuk meningkatkan
Penolong Kanan Pentadbiran tahap kebersihan sekolah dan mengeratkan
hubungan silaturahim antara murid dengan
Pn. Wan Hasiah binti Ton Abdullah guru. Sekolah yang bersih dan cantik dapat
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menarik minat murid-murid untuk datang
ke sekolah dan lebih bersemangat untuk belajar.
Cik Chui Yu Peng Oleh itu, kita haruslah bekerjasama untuk
Penolong Kanan Kokurikulum membersihkan dan menceriakan kawasan
sekolah agar murid-murid selesa ketika mereka
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, menuntut ilmu.
Barisan Jawatankuasa Pengelola Program
Hari Gotong-royong Sekolah,

1 Apakah objektif utama mengadakan program Hari Gotong-royong Sekolah?
Objektif utama mengadakan program Hari Gotong-royong adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan sekolah dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan guru.

2 Pada pendapat anda, mengapakah semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan sesuatu?
KBAT Menilai

Pada pendapat saya, semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan sesuatu kerana dapat mengekalkan suasana
harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita dan dapat memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang.

Tahap

Penguasaan 1 2 3 4 56

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

2

Kemahiran Menulis Praktis PBD
S.P 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Objektif Murid dapat menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan maksud bagi perkataan yang berhuruf tebal dan
bina ayat daripada perkataan tersebut.

Amalan Kesihatan dan Kebersihan

Setiap orang perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tahap kebersihan seseorang akan menentukan
kesihatan seseorang. Seseorang yang bersih akan meninggalkan kesan yang positif kepada orang lain.
Terdapat pelbagai langkah afdal untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kebersihan badan amat penting kerana orang yang mementingkan kebersihan akan terhindar
daripada sebarang penyakit kulit seperti bisul, kudis, kurap dan seumpamanya. Oleh hal yang demikian,
kita haruslah menjaga kebersihan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya kita
tidak dijangkiti penyakit. Di samping itu, kita harus sentiasa menukar baju yang dipakai dan tidak berkongsi
tuala dengan orang lain untuk memastikan badan kita bersih. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti
akan disenangi oleh rakan taulan.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan minda juga penting agar kita tidak mudah dibawa arus songsang.
Sebagai contoh, kita harus sentiasa menjadikan agama sebagai pedoman hidup agar perbuatan kita
tidak melampaui norma masyarakat. Melalui pendekatan tersebut, kita tidak mudah dipengaruhi dengan
unsur-unsur negatif seperti seks bebas, perbuatan tahyul dan keganasan. Dengan itu, kesihatan kita lebih
terjamin kerana kita tidak mudah terjebak dengan perkara yang merosakkan masa hadapan kita dan
dijangkiti pelbagai penyakit.

Kebersihan diri turut terpelihara apabila kebersihan persekitaran tempat tinggal kita terjaga. Kita
seharusnya menjaga kebersihan tempat tidur, bilik mandi dan tempat makan. Sekiranya tidak diuruskan
dengan baik, banyak anasir boleh mengancam kebersihan dan kesihatan kita. Tikus, nyamuk dan lipas akan
membiak di tempat yang kotor dan busuk. Pelbagai penyakit seperti penyakit berjangkit, serangan kuman
dan udara yang tidak bersih boleh membawa musibah penyakit. Sewajarnya, kawasan sekitar hendaklah
dibersihkan dan dihiaskan dengan pokok-pokok bunga serta landskap yang menarik. Sebenarnya, semua
perkara tersebut menjadi aset untuk jiwa, minda dan emosi supaya menjadi tenang dan stabil.

Kesimpulannya, kebersihan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan diri. Oleh
itu, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan agar menjamin kesejahteraan hidup.
PENERBIT
ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Beri maksud perkataan di bawah.

1 afdal lebih baik, lebih utama

2 taulan kawan

3 norma sukatan yang standard untuk menentukan sesuatu; ukuran; kaedah

4 musibah bencana, celaka, malapetaka

5 aset wang tunai dan harta benda (seperti tanah, bangunan dan lain-lain) yang dimiliki seseorang

6 kesejahteraan keadaan sejahtera; keamanan dan keselamatan

3

Bina ayat daripada perkataan tersebut.
1 Langkah yang afdal untuk mengatasi kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang oleh pihak
berkuasa.


2 Dalam meniti kehidupan, kita pasti akan berdampingan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.



3 Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.



4 Keluarga itu menerima musibah yang menimpa mereka dengan hati terbuka.



5 Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.



6 Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara.



(Terima mana-mana jawapan yang sesuai)
PraktisPENERBIT PBD
ILMU
BAKTI SDN. BHD.

Tahap

Penguasaan 1 2 3 4 56

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

4

Sistem Bahasa

Kata Ganti Nama 5.1.1
PENERBIT
ILMU1 Perkataan ganti nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama.
BAKTI SDN. BHD.
2 Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Sistem Bahasa

3 Kata ganti nama diri terdiri daripada:

(a) kata ganti nama diri (pertama, kedua dan ketiga)

(b) kata ganti nama diri singkat

(c) kata ganti nama tanya

(d) kata ganti nama tempat

(e) kata ganti nama tunjuk Mereka bermain bola pada

(e) kata ganti nama tak tentu waktu petang.

Kata Ganti Nama Diri

1 Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2 Kata ganti ini terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

(a) kata ganti nama diri pertama
(b) kata ganti nama diri kedua
(c) kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama ● Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap
atau merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.

Contoh: saya, aku, beta, kami, kita, patik, hamba

Kata Ganti Nama Diri Kedua ● Digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau
orang yang diajak bercakap.

Contoh: awak, anda, kamu, engkau, kalian

Kata Ganti Nama Diri Ketiga ● Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
dicakapkan atau yang diperkatakan.

Contoh: dia, beliau, mereka, baginda

Kata Ganti Nama Diri Singkat

1 Kata ganti nama penuh yang disingkatkan.
2 Makna kata ganti nama diri singkat adalah sama dengan kata ganti nama diri penuh.
3 Kata ganti nama diri singkat mesti dicantumkan dengan perkataan lain yang mengikutinya.

Contoh: ku, mu, kau dan -nya.

Kata Ganti Nama Tanya

1 Kata untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2 Kata ganti nama tanya ditambah “kah” dan tanda soal (?).
3 Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Contoh: apa, siapa, berapa

59

Kata Ganti Nama Tempat “Tolong, di sana ada orang
● Digunakan untuk menggantikan nama tempat. lemas!” jerit Puan Emma
dengan nyaring.
Contoh: sana, sini, situ BAKTI SDN. BHD.
Sistem Bahasa
Kata Ganti Nama Tunjuk
● Digunakan untuk menunjukkan sesuatu

perkara atau seseorang yang dapat dilihat
dari jarak dekat atau jarak jauh.
Contoh: ini, itu

Kata Ganti Nama Tak Tentu
● Menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.

Contoh: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana

Praktis DSKP 1

Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai.

nya beliau saya kita kalian baginda

dia kamu kami anda tuanku mereka

1 “ Kami akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang
ILMU
dalam SPM,” kata murid-murid tingkatan lima kepada guru kelas mereka.

2 “Segala titah perintah tuanku akan patik laksanakan dengan baik,” kata Laksamana Hang Lekiu

kepada Sultan Ahmad Syah.

3 Sharifah makan bekalan yang dibawa dari rumah nya .

4 “ Saya berharap penduduk kawasan perumahan ini boleh bekerjasama,” kata Perdana Menteri.
PENERBIT
5 “Negara kita merdeka pada tahun 1957,” kata emak kepada adik.

6 Peragut rantai emas itu diberkas oleh polis pagi tadi. Dia akan dipenjarakan selama tiga tahun.

7 “Bolehkah kamu tunjukkan jalan ke tandas awam?” tanya Sheilla kepada budak itu.

8 Cikgu Siti ialah pengetua di sekolah saya. Beliau akan bersara pada minggu hadapan.

9 “Tolong tunjukkan dokumen perjalanan anda ,” kata pegawai kastam kepada pelancong asing
itu.

10 “ Kalian hendaklah menyiapkan latihan yang telah diberikan,” kata Cikgu Lee kepada murid-

muridnya.

11 Sultan Sulaiman bergaul mesra dengan rakyat jelata. Baginda disanjungi tinggi oleh segenap
lapisan masyarakat.

12 Aiman dan adiknya masih belum pulang ke rumah. Mereka sedang bermain bola di padang.

60

Praktis DSKP 2

Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.

Garisi penggunaan kata ganti nama singkat yang betul.

1 “Usah (kaurisau, kau risau), ayah akan membantu kamu,” kata ayah kepada adik.
2 Saya akan memberitahu (keinginan mu, keinginanmu) kepada abang.
3 Lukisan yang (kau lukis, kaulukis) sangat cantik.
4 “Adik (perempuanmu, perempuan mu) pandai menari,” kata Irfan kepada Shafiqah.
5 “(Kawanku, Kawan ku) ini berasal dari Korea,” kata Faizal kepada Amira.
6 “(Engkau, Kau) belum mandi lagi, Lan?” tanya ibu kepada Roslan.
7 “(Ku, Kau) tidak bekerja hari ini?” tanya Azman.
8 Tuhan amat menyayangi (hamba-Nya, hambanya).
9 Baju itu belum (dijahitnya, dijahit ia).
10 Keras sekali (hatimu, hati-mu),” kata Siti kepada teman lelakinya.
11 (Hidupnya, Hidup-nya) bertambah baik sejak dipelihara oleh orang kaya itu.
12 Tanya Kak Rokiah, “Mengapakah (kaupotong, kau potong) rambut pendek tanpa pengetahuan ibu bapamu?”
PENERBIT Sistem Bahasa
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Praktis DSKP 3

Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang paling sesuai.

1 Apa kah isi kotak besar ini?   Apa

2 Mengapa kah gadis itu menangis? Siapa  

3 Bagaimana kah kejadian itu boleh berlaku? Bagaimana  

4 Di mana kah kejadian itu berlaku?   Bila

5 Bila kah kamu akan sampai ke sekolah? Mengapa

6 Rambutan itu sekilo berapa ?  apa

7 Gadis yang berbaju merah itu siapa ? siapa  

8 Berapa kah harga sebungkus nasi lemak itu? Berapa  

9 Siapa kah yang menjadi ketua pengawas sekolah tahun ini? siapa

10 Perkara yang dibincang itu apa ? mana

11 “Orang yang datang tadi itu siapa ?” tanya ibu kepada adik. berapa

61

Praktis Pentaksiran

Bahagian A Objektif Aneka Pilihan

Sistem Bahasa Morfologi BAKTI SDN. BHD.
Penggolongan Kata
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Seramai 25 orang asing ditahan oleh 7 Sekumpulan penduduk berbangsa Cina di taman

Jabatan Imigresen Malaysia kerana menceroboh itu membakar beberapa mercun

perairan negara. sempena Tahun Baharu Cina.

A polis A das

B nelayan B ikat

C pengawal C baris

D pendatang D papan

2 Yang di-Pertuan Agong mencemar duli melawat 8 Sifat yang ditunjukkan oleh tuan rumah
mangsa banjir di pusat penempatan banjir.
itu menyenangkan hati tetamu yang datang.
turut memberikan bantuan yang
A ramah-tamah
diperlukan mengikut permintaan mangsa banjir.
B remeh-temeh
A Dia
B Anda C kelam-kabut
C Beliau
D Baginda D keluh-kesah

ILMU 9 Sofian mudik ke sungai untuk menjala
3 Berita bencana alam itu disiarkan ikan.
C tengah
di media sosial dari semasa ke semasa. A sisi D penjuru
B hulu

A akan

B antara 10 kamu akan memulangkan buku cerita
saya yang kamu pinjam?
C tentang A Siapakah
B Bagaimanakah
D dengan C Apakah
D Bilakah
4 Sikap ibu yang memberikan dorongan
PENERBIT Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
dan sokongan menambahkan lagi semangat

saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

A sering

B jarang

C malu

D tidak

5 kamu kenangkan peristiwa sedih itu

lagi.

A Usah C Tolong

B Harap D Jemput

6 murid di kelas itu sedang beratur

di luar bilik darjah. 11 Pakaian yang dipakai oleh Siti cantik.

A Setengah C Segala A sangat C betul

B Semua D Tiap B benar D nian

80

Penggunaan Ejaan dan Imbuhan, Kata atau Istilah dan Tatabahasa

Kesalahan Bahasa
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

PENERBIT 1 Bila pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya. Tiada kesalahan
ILMU
BAKTI SDN. BHD. A B C D

2 Sultan Ibrahim telah melantik putera sulungnya untuk mewarisi takhta kerajaan sekiranya baginda mangkat Sistem Bahasa

A B C
kelak. Tiada kesalahan

D

3 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh juruacara dengan suara yang nipis.

A B C
Tiada kesalahan

D

4 Cikgu Ida membimbing anak-anak muridnya mengulangkaji pelajaran agar mereka lulus dengan cemerlang

A B C
dalam peperiksaan. Tiada kesalahan

D

5 Novel “Darah Titik di Semantan” mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid

A B

dan rakan-rakannya dalam menentang penjajah Inggeris. Tiada kesalahan

C D

6 Puan Lim yang baru mengajar setahun di sekolah baharu itu adalah guru Bahasa Melayu kami.

A B C

Tiada kesalahan

D

Penggunaan Kata (Kata Banyak Makna, Kata Hampir Sama Makna dan Kata Hampir Sama Bunyi)
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1 I Hari mendung alamat akan hujan. 2 I Pada zaman dahulu, pekerja-pekerja ladang
II Zaidi memberikan alamat rumah baharunya beratur untuk mengambil gaji masing-masing
kepada saya. daripada majikan.
III Aiman sekeluarga alamat di Kampung Jepak
sejak beberapa tahun yang lalu. II Orang gaji di rumah Puan Rokiah berasal dari
IV Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi Indonesia.
alamat bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara
Malaysia. III Saya mesti menjalankan tugas dan
A I dan II sahaja tanggungjawab ini dengan bersungguh-
B II dan IV sahaja sungguh agar tidak makan gaji buta sahaja.
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja IV Terdapat pelbagai bentuk gaji besi pada
zaman kini.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

81

Sistem Bahasa 3 I Projek perumahan itu akan memungut BAKTI SDN. BHD. 7 I Nasi yang dimasak oleh Kakak Haslina
selama dua tahun. hangus kerana dia tertidur.
ILMU
II Kaum petani mula memungut hasil tanaman II Rumahnya hangus dalam kebakaran itu.
PENERBIT mereka pada musim menuai padi. III Hatinya hangus setelah anaknya ditangkap

III Dia membongkok lalu memungut wangnya polis.
yang terjatuh di jalan raya itu. IV Pokok bunga mawar itu hangus kerana tidak

IV Tuan rumah itu akan memungut sewa disirami air.
rumahnya pada setiap hujung bulan. A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja 8 I Ubi itu direbus lama-lama agar lemau
sepenuhnya.
4 I Wangnya hilang ketika dia bermain bola.
II Suaranya hilang kerana banyak bersorak II Tilam yang baru dibeli itu sungguh lemau dan
semasa menonton perlawanan bola tampar enak ketika berbaring.
di Dewan Budaya.
III Makanan yang disajikan di atas meja telah III Badannya lemau kerana kurang sihat.
hilang dimakan oleh kucing itu. IV Biskut itu telah lemau kerana tidak disimpan
IV Sebelum kedatangan agama Islam, mereka
telah hidup beberapa lama dalam agama di dalam bekas tertutup.
yang hilang. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
9 I Mereka menonton gambar lama di dalam
5 I Aina memasukkan daki wangnya di dalam album gambar.
dompet.
II Ibu menonton tangan saya ketika melintas
II Suaranya yang amat daki itu menarik jalan.
perhatian juri.
III Setiap malam, dia akan menonton rancangan
III Adik mencuri daki di kakinya dengan sabun. berita di televisyen untuk mengetahui
IV Fuad pernah daki Gunung Tahan pada tahun perkembangan semasa.

lepas. IV Adik menonton perlawanan bola sepak
A I dan II sahaja di Stadium Darul Makmur dengan ayah pada
B III dan IV sahaja malam semalam.
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
6 I Sharif menggalas piala yang dimenanginya C I, II dan III sahaja
dengan gembira. D II, III, dan IV sahaja

II Perempuan itu menggalas bungkusan 10 I Tasik itu sangat dalam.
pakaian di atas kepalanya. II Sufian mahir dalam bidang pertukangan.
III Amira dapat menghafal lirik lagu itu dalam
III Salina menggalas sebuah beg tangan yang masa setengah jam.
baru dibeli oleh ibunya. IV Usia nenek yang semakin dalam itu
menyebabkan pelihatannya kabur.
IV Kassim menggalas seguni beras semasa A I dan II sahaja
melalui lorong yang sempit itu. B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
A I dan II sahaja D II, III, dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

82

PENERBIT Praktis 2 Sistem Bahasa
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar bersiri tersebut, tulis dua peribahasa yang
sesuai.

(i) Sudah terhantuk baru tengadah
(ii) Biar lambat asalkan selamat

Praktis 3

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
1 Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

Ukur baju di badan sendiri
2 Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
3 Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

Seperti kerbau dicucuk hidung

93

Pemahaman Petikan

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa BAKTI SDN. BHD.

Puisi Tradisional
Pantun Alam Remaja

Pemahaman Petikan Maksud Perasaan gembira seorang anak apabila melihat ibunya pulang.
Kepulangan ibu menyebabkan perasaan bimbang anak-anak hilang.
Rangkap 1 Apabila ibu pulang awal, hati anak berasa lega.
Rangkap 2 Adik-beradik sama-sama menyanyi apa-apa sahaja lagu kerana gembira.
Rangkap 3 Kepulangan ibu bapa menambahkan lagi perasaan gembira anak-anak.
Rangkap 4 Hati anak bertambah gembira apabila ibu bapa pulang dengan membawa hadiah, iaitu baju dan
Rangkap 5 seluar.
Rangkap 6 Anak-anak meminta supaya tidak memarahi mereka berpantun kerana sikap kanak-kanak yang
suka bermanja.
Rangkap 7

Tema
Kegembiraan anak-anak menyambut kepulangan ibu bapa mereka.

Persoalan

1 Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.
2 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
3 Persoalan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.
4 Persoalan sikap anak-anak kecil yang suka dimanja.
ILMU
Bentuk

1 7 rangkap (empat baris setiap rangkap)
2 4 hingga 5 patah perkataan dengan 9 hingga 10 suku kata
3 Rima akhir ialah R1, R3, R4, R6 dan R7 – abab manakala R2 dan R5 – aaaa

Gaya Bahasa
1 Simpulan bahasa – besar hati
2 Anafora – Sebarang
3 Kata ganda – adik-beradik, bilang-bilang, bersorak-sorak
4 Inversi – Elok rupanya kumbang jati
5 Imej alam – kumbang jati, itik, rumput, ayam kinantan, ranting, kumpai
PENERBIT
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Hinggap di ranting bilang-bilang (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – Sebarang nyanyi kita nyanyikan (perulangan konsonan n)

Nilai

1 Kasih sayang
2 Hormat-menghormati
3 Bertanggungjawab
4 Pemaaf

94

PENERBIT Pengajaran Pemahaman Petikan
ILMU
BAKTI SDN. BHD.1 Kita mestilah menyayangi anak-anak agar hubungan menjadi erat.
2 Kita haruslah menjalankan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan keluarga.
3 Kita perlulah memaafkan kesalahan anak-anak kerana mereka masih kecil.
4 Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana mereka yang membesarkan kita.

Pantun Kiasan

Maksud

Rangkap 1 Kita haruslah mengelakkan perbuatan membazir kerana barang yang rosak masih boleh digunakan.
Rangkap 2 Orang yang merantau perlu merendah diri apabila berada di tempat orang.
Rangkap 3 Keinginan untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
Rangkap 4 Kita tidak boleh mengharap kepada sesuatu yang belum pasti.
Rangkap 5 Sikap sombong akan kelebihan diri sehingga memandang rendah kemampuan orang lain.
Rangkap 6 Sikap seseorang yang suka memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
Rangkap 7 Hati dan pendirian manusia yang selalu berubah-ubah.
Rangkap 8 Perasaan marah akan terpadam apabila mempunyai sikap sabar.
Rangkap 9 Seseorang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya jua.
Rangkap 10 Sesuatu perkara yang terjadi pasti ada sebab musababnya.
Rangkap 11 Seseorang yang menginginkan sesuatu di luar keupayaan dan kemampuannya.
Rangkap 12 Kita tidak boleh melawan orang yang luas pengetahuan jika pengetahuan kita sedikit.
Rangkap 13 Seseorang yang menceritakan sesuatu kejayaan sedangkan belum mengecap hasil yang diusahakan.
Rangkap 14 Orang yang berusaha pun belum tentu berjaya, inikan pula orang yang tidak berusaha.
Rangkap 15 Seseorang yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya.
Rangkap 16 Orang yang berdosa tetapi telah terlambat untuk bertaubat atas dosa-dosanya.
Rangkap 17 Seseorang yang cantik tetapi elok budi pekertinya.

Tema

Kiasan atau sindiran tentang pelbagai ragam manusia dalam kehidupan seharian.

Persoalan

1 Persoalan sikap suka membazir dalam kehidupan.
2 Persoalan sikap suka bertindak tanpa berfikir dahulu.
3 Persoalan sikap sombong dan bangga akan kebolehan diri.
4 Persoalan sifat malas yang menghalang kejayaan.
5 Persoalan budi bahasa lebih penting daripada paras rupa.

Bentuk

1 17 rangkap (4 baris setiap rangkap)
2 3 hingga 5 patah perkataan dengan 8 hingga 11 suku kata
3 Rima akhir ialah abab
4 Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud

Gaya Bahasa
1 Imej alam – daun kayu, buah bacang
2 Repitisi – tikar, burung, anak, rotan, ayam
3 Peribahasa – Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, burung terbang dipipiskan lada,

kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga
4 Personifikasi – nyawa menangis di pintu kubur
5 Sinkope – Air dalam kapar tak hanyut
6 Simile – macam melukut di tepi gantang, laksana gadis Menteri Bogor, Sungguh laksana bunga dedap

Unsur Bunyi
1 Asonansi – Patah galah haluan perahu (perulangan vokal a)
2 Aliterasi – Rotan siput rotan berlingkar (perulangan konsonan t)

95

Nilai 4 Kesabaran
5 Kerajinan
1 Keinsafan
2 Merendah diri
3 Rasional

Pengajaran

1 Kita mestilah mengamalkan sikap berjimat cermat agar tidak membazir.
2 Kita perlu bersabar untuk memadamkan api kemarahan dalam diri.
3 Kita haruslah insaf dengan kesalahan diri apabila telah melakukan kesalahan.
4 Kita perlulah menghindarkan diri daripada sikap malas untuk memperoleh kejayaan.
5 Kita perlulah ada keyakinan diri dalam sebarang tindakan yang dilakukan.
BAKTI SDN. BHD.
Pantun Budi

Pemahaman Petikan Maksud Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan disebut oleh orang lain.
Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi.
Rangkap 1 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Rangkap 2 Sudah menjadi adat dunia apabila harta kekayaan lebih diutamakan berbanding budi bahasa.
Rangkap 3 Biar hidup miskin tetapi kaya dengan budi bahasa.
Rangkap 4 Sesuatu bangsa akan dipandang tinggi apabila menjaga budi bahasa.
Rangkap 5 Orang yang bijak bertemu dengan orang yang setaraf dengannya.
Rangkap 6
Rangkap 7

Tema
Ketinggian budi bahasa dalam kehidupan.

Persoalan

1 Persoalan kepentingan sikap berbudi bahasa.
2 Persoalan sikap masyarakat yang lebih mementingkan harta.
3 Persoalan ketinggian martabat seseorang berdasarkan budi bahasa.
4 Persoalan pergaulan orang yang bijaksana.
ILMU
Bentuk

1 7 rangkap (4 baris serangkap).
3 3 hingga 6 patah perkataan dengan 5 hingga 11 suku kata
5 Rima akhir ialah abab kecuali R5 – aaaa

Gaya Bahasa
1 Imej alam – air, laut, bunga seroja, kali, pantai, kayu
2 Anafora – yang, hina
3 Peribahasa – Bagai cincin dengan permata
4 Personifikasi – Bijak bertemu dengan jauhari
5 Repitisi – budi, bunga, pandai
6 Responsi – kerana, dengan
PENERBIT
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Hina manusia tidak berbudi (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – Padang Temu padang baiduri (perulangan konsonan d)

Nilai

1 Mengenang jasa
2 Kebijaksanaan
3 Berbudi bahasa
4 Merendah diri

96

Novel

Meniti Impian
PENERBIT
ILMUSinopsis Novel
BAKTI SDN. BHD.Novel ini mengisahkan Zahar yang bercita-cita tinggi

tetapi gagal untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam
kerana masalah kewangan. Dia membantu bapa saudaranya
di bengkel perabot sebelum berjaya memasuki IKM dalam bidang
Pertukangan Perabot kerana dia berhasrat untuk membuka
kedai perabot sendiri. Zahar kecewa kerana rakannya Suhaili
memperlekehkan hasratnya untuk belajar di IKM. Namun begitu,
Zahar tetap meneruskan cita-citanya ke IKM. Di sana dia bertemu
dengan Norimi, pelajar jurusan Lukisan Seni Bina. Sewaktu
membuat praktikal di Kawasan Perindustrian Kamunting, Zahar
bertemu dengan Suhaili yang bekerja di situ. Suhaili cuba berbaik-
baik dengan Zahar semula tetapi Zahar nekad untuk melupakan
kenangan antara mereka berdua. Impian Zahar untuk menjadi
tukang perabot yang terkenal telah tercapai dengan terbinanya
Bengkel Perabot Meniti Impian.

Tema
Semangat dan kesungguhan pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Persoalan
1 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
2 Persoalan kepentingan pelajaran dalam kehidupan.
3 Persoalan hubungan yang baik antara pelbagai kaum.
4 Persoalan percintaan dalam kalangan remaja.
5 Persoalan kemiskinan penduduk di pedalaman.
6 Persoalan ketabahan dalam menghadapi kesusahan.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama – Zahar
Anak sulung Mak Kiah, iaitu abang kepada Halim dan Zakri merangkap ketua keluarga selepas kematian ayah

mereka.

Perwatakan 4 Bersopan santun
1 Rajin berusaha 5 Taat perintah agama
2 Bercita-cita tinggi 6 Tidak mudah putus asa
3 Bertanggungjawab terhadap keluarga

Watak Sampingan 1 – Mak Kiah Watak Sampingan 2 – Pak Yusuf
Ibu Zahar, iaitu balu kepada tiga orang anak. Bapa saudara Zahar, iaitu adik Mak Kiah.

Perwatakan Perwatakan
1 Kerap tidak sihat 1 Amat bertimbang rasa
2 Amat menyayangi anak-anaknya 2 Prihatin akan nasib Zahar
3 Mementingkan pelajaran anak-anak 3 Selalu membantu Zahar sekeluarga
4 Gigih bekerja untuk menyara keluarga 4 Sentiasa mendorong Zahar untuk berjaya

139

Latar Latar Masa Latar Masyarakat

Latar Tempat 1 Awal pagi 1 Masyarakat yang ego
2 Tengah hari 2 Masyarakat peniaga
1 City Point 3 Enam bulan 3 Masyarakat kampung yang miskin
2 Rumah Zahar 4 Tiga minggu 4 Masyarakat pelbagai kaum yang harmoni
3 Bengkel Pak Yusuf
4 IKM Sungai Petani
PENERBIT Novel
ILMUPlot
BAKTI SDN. BHD.
Binaan Plot Teknik Plot

Permulaan Pemerian
Zahar melupakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya Pengarang memerihalkan Zahar
di tingkatan enam kerana masalah kewangan. Bapanya meninggal mundar-mandir di sekitar tingkat
dunia manakala ibunya pula sudah tua dan sering sakit. Dia perlu bawah City Point sambil mencari
memberi laluan kepada dua orang adiknya yang masih bersekolah. Suhaili.

Perkembangan Imbas Muka
Zahar menolong bapa saudaranya, iaitu Pak Yusuf di bengkel Zahar reda bakal digelar pekerja
pertukangan perabot bagi meringankan beban ibunya. Zahar berkolar biru manakala Suhaili bakal
menyimpan azam untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang menjadi seorang eksekutif muda yang
pertukangan perabot pada suatu masa nanti. bergaya.

Perumitan Imbas Kembali
Zahar mendapat tawaran ke IKM tetapi Suhaili memperlekeh Zahar terkenang peristiwa dia demam
hasratnya untuk belajar di situ. Kata-kata Suhaili membuatkan Zahar ketika menghadapi peperiksaan SPM.
berasa sedih dan kecewa.
Monolog Dalaman
Klimaks Hati kecil Pak Yusuf berbisik bahawa
Zahar yang mendapat tawaran untuk membuat praktikal di kilang sudah pukul 10:30 pagi sambil
Usaha Bersatu Sdn. Bhd. bertemu dengan Suhaili di sana. Suhaili menatap jam tangannya.
ingin kembali kepada Zahar tetapi Zahar menolak dengan baik.
Kejutan
Peleraian Zahar terkejut apabila mendapati
Zahar berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi pengusaha Suhaili bertugas sebagai Penolong
perabot yang terkenal. Pinjaman daripada MARA dan sumbangan Ketua Unit Pemasaran di tempat dia
daripada Pak Yusuf dijadikan modal untuk membuka bengkel menjalani praktikal.
pertukangan perabot di atas tanah ibunya. Bengkel perabotnya
terkenal di seluruh tanah air selepas tersiar rencananya di akhbar.

Gaya Bahasa Nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya.
sekali gus menghalau debaran yang memukul dada
Simile Entah-entah dah tak balik IKM lagi tak?
Personifikasi macam isi dengan kuku; berat mulut; berat tulang
Sinkope insya-Allah; wuduk; kitab; Alhamdulillah
Peribahasa final exam; repair; locker; no problem; girlfriend
Bahasa Arab mengunyah kata-kata Cikgu Baharum selumat-lumatnya
Bahasa Inggeris Hatinya sungguh tergores kerana aku. Kerana egoku sendiri!
Hiperbola
Perulangan kata

140

Nilai 4 Hormat-menghormati
1 Keyakinan 5 Kesabaran
2 Kesyukuran 6 Kegigihan
3 Berjimat cermat

Pengajaran
1 Kita hendaklah bersyukur apabila impian yang kita hajati tercapai.
2 Kita perlulah bersabar apabila berhadapan dengan seseorang yang bersikap ego.
3 Kita mestilah yakin dengan kebolehan diri untuk mencapai sebarang cita-cita.
4 Kita haruslah berusaha dengan gigih walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan.
5 Kita mestilah menghormati golongan yang lebih tua kerana mereka banyak pengalaman.
PENERBIT
ILMUDarah Titik di Semantan
BAKTI SDN. BHD.
Sinopsis Novel
Novel ini mengisahkan Datuk Bahaman, iaitu orang besar

negeri yang bergelar Orang Kaya Semantan. Datuk Bahaman
berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah Inggeris.
Segalanya bermula apabila Datuk Bahaman yang baru pulang dari
Pulau Tawar sering memencilkan diri kerana memikirkan Inggeris
yang telah menjajah tanah air. Raja mereka pula semacam dipaksa
oleh Inggeris untuk mengikut perjanjian. Datuk Panglima Raja Awang
memberitahu Datuk Bahaman bahawa Inggeris telah menceroboh
Semantan tetapi Datuk Bahaman meminta mereka membuat
persiapan yang lengkap untuk berhadapan dengan pihak musuh.
Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Datuk
Bahaman berunding dengan sultan. Mengikut perjanjian, askar-
askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara.
Namun begitu, Datuk Bahaman kecewa kerana askar-askar sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman yang
tidak menyalahkan sultan sebaliknya bertindak meninggalkan Semantan menuju ke Sungai Lembing untuk
bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

Tema
Perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Persoalan
1 Persoalan kepimpinan seorang ketua.
2 Persoalan kecintaan terhadap tanah air.
3 Persoalan kerjasama dalam menentang penjajah.
4 Persoalan ketaatan dan kesetiaan kepada sultan.
5 Persoalan semangat setia kawan dalam perjuangan.
6 Persoalan kebijaksanaan mengatur strategi perang.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama – Datuk Bahaman
Pemimpin yang dihormati di Semantan yang dilantik oleh sultan sebagai orang besar negeri dan dikenali

sebagai Orang Kaya Semantan.

Perwatakan 4 Setia akan sultan
1 Berfikiran rasional 5 Jujur dalam perjuangan
2 Mempunyai ilmu batin 6 Pandai mengambil hati pengikutnya
3 Berani menentang Inggeris

141

Pemindahan Maklumat

PENERBITRingkasan
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Panduan Menulis Ringkasan

1 Petikan berfokus dan terdapat ayat tugasan pada arahan soalan.
2 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Panjang ringkasan mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan. (Sekiranya jumlah perkataan melebihi

100 patah perkataan, palang (/) dan garis melintang (—) selepas perkataan ke-100 akan ditanda dan akan
dibaca hingga ayat itu berakhir.)
4 Garisi lima isi penting yang terdapat dalam petikan.
5 Tidak perlu perenggan pendahuluan.
6 Ambil kata tugas daripada petikan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat.
7 Ringkasan hendaklah ditulis menggunakan ayat yang gramatis.

Kritera Pemarkahan

Markah Isi (10 markah)

Bilangan Isi Markah Pemindahan Maklumat
5 10
4 8
3 6
2 4
1 2

Markah Bahasa (5 markah)

Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang 4–5
2–3 • Bahasa baik dan lancar
Baik • Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
1 • Wacana sesuai
Memuaskan • Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat

• Bahasa masih baik
• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul

• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan dalam penggunaan ayat, pemilihan kata kurang

tepat, ayat kurang gramatis
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih

153

Praktis Pentaksiran

Praktis 1 Tema 2 Menimba Ilmu

Kemahiran Menulis BAKTI SDN. BHD.

S.P 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai..

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan ibu
bapa dalam melahirkan generasi berilmu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pemindahan Maklumat Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan. Ibu bapa berperanan penting untuk melahirkan generasiILMU
muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini, anak-anak perlu dididik tentang kepentingan ilmu pengetahuan
sejak kecil. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang
bertanggungjawab mencanai dan menggilap mereka, sama ada seindah pelangi atau semalap awan
hitam masa hadapan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam
melahirkan generasi yang berilmu. Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk
melahirkan generasi berilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini dikatakan
begitu kerana anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan itu, rumah menjadi
sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu
kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat
menerima pengajaran ibu bapa dengan hati yang terbuka.

Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi muda yang berilmu harus
menggalakkan anak ke majlis ilmu. Anak-anak dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan
yang baharu memandangkan ilmu boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan
wujudnya sudut bacaan, anak-anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah.
Anak-anak juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaan anak-
anak. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang kehilangan tongkat. Ibu
bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang
berkualiti. Elakkan membeli buku picisan untuk anak-anak. Hal ini dapat meningkatkan kegemaran anak
untuk membaca. Ibu bapa haruslah memastikan yang anak mendapat buku yang berkualiti di samping
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan
seperti pertandingan menulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat dinafikan bahawa
hal ini dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga akan mendapat pelbagai pengalaman
yang berguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaan dalam
pertandingan juga dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan generasi berilmu semua
pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelan pembangunan negara yang dibentuk.
PENERBIT
Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak. Selain itu,
ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut serta menggalakkan
anak menghadiri majlis ilmu. Seterusnya, ibu bapa haruslah mewujudkan sudut bacaan dan menyediakan pelbagai bahan bacaan
di rumah. Akhir sekali, ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang berkualiti.

(57 patah perkataan)

154

Karangan Respons Terhad

Panduan Menulis Karangan

1 Karangan hendaklah ditulis antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja.
2 Murid perlu menulis karangan berdasarkan idea yang diberikan sahaja.
3 Gunakan idea yang ada sudah cukup untuk menghasilkan karangan dan menskor markah cemerlang.
4 Bahan sudah mengandungi frasa yang membantu murid untuk membina ayat sendiri dan menghasilkan

karangan.
5 Periksa hingga 80 patah perkataan sahaja atau hingga ayat itu berakhir.
KaranganPENERBITRespons Terhad
ILMUKriteria Pemarkahan
BAKTI SDN. BHD.
Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang 08 – 10
Idea
Baik 05 – 07 • Menggunakan keseluruhan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas dan matang
Kurang 03 – 04 Bahasa
Memuaskan 01 – 02 • Ayat gramatis
Penguasaan • Kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
Minimum • Penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum

Idea
• Menggunakan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas
Bahasa
• Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana yang masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum

Idea
• Idea masih menggunakan bahan yang diberi
• Idea yang kurang jelas
Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara

Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
lemah.

166

Praktis Pentaksiran

Praktis 1 Tema 2 Beringat supaya Selamat

PENERBITBerdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
ILMU80 patah perkataan.
BAKTI SDN. BHD.
Kempen Minggu Kebersihan Sekolah

sekolah – mengadakan kempen – aktiviti tahunan sekolah – sentiasa cantik – menarik – indah – melibatkan
semua warga – aktiviti gotong-royong – membersihkan kawasan persekitaran – aktiviti gotong-royong –
berjalan lancar – mencapai objektif – mewujudkan suasana sekolah yang ceria

Sekolah saya telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah.Tujuan
kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Kempen ini melibatkan
semua warga sekolah. Kempen ini dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Semua warga
sekolah berganding bahu menjalankan tugas masing-masing seperti mengutip sampah, mencabut rumput, menyapu lantai dan
sebagainya. Kempen yang diadakan ini berjalan lancar dan telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan suasana sekolah yang
ceria.

Karangan Respons Terhad

(73 patah perkataan)
167


Click to View FlipBook Version