The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-04-01 22:28:02

Praktis Topikal Pend Moral Ting 5

Price RM
WM: 7.50 / EM: 8.50

Unit 1: Norma Masyarakat Global Membentuk Keharmonian Sejagat 1 – 6 Unit 2: Ukir Nama di Mata Dunia, Jati Diri Berpisah Tiada 7 – 12 Unit 3: Kerohanian Membentuk Individu Bermoral 13 – 18 Unit 4: Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat 19 – 24 Unit 5: Integriti Pemacu Kecemerlangan Organisasi 25 – 29 Unit 6: Pembangunan Negara Bertunjangkan Integriti 30 – 34 Unit 7: Berperikemanusiaan Pemangkin Kesejahteraan Global 35 – 40 Unit 8: Penglibatan Diri Peneraju Komuniti 41 – 46 Unit 9: Kerjasama Masyarakat Global 47 – 52 Unit 10: Pengurusan Kewangan Secara Beretika Menjamin Keharmonian Hidup 53 – 58 Unit 11: Malaysia Unggul di Mata Dunia 59 – 63 Unit 12: Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa 64 – 68 Kertas Model SPM 69 – 74 Jawapan J1 – J20 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-967-XXXXXXX Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya,tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Norazlia Ab Rahman Pereka kulit buku: Sharifuddin Yusof Pereka letak: Tan Lee Choo Teks diset dalam Utopia 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd. Kandungan PT SPM Pendidikan Moral Tg5 Kand.indd 2 22/12/2023 2:22 PM Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 Emel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-342-8 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Norazlia Ab Rahman Pereka kulit buku: Sarifuddin Yusof Pereka letak: Yoyo Tan Teks diset dalam Utopia 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd.


1 1 Statistik yang berikut menunjukkan taburan pekerja bukan warganegara di Malaysia. (Sumber: www.dosm.gov.my) (a) Huraikan dua kepentingan pengambilan pekerja bukan warganegara kepada negara Malaysia. TP [4 markah] (b) Nyatakan dua kesan sekiranya pekerja bukan warganegara mengabaikan norma masyarakat global semasa bekerja di negara kita. TP KBAT Menilai [2 markah] (c) Jelaskan dua contoh norma masyarakat global yang anda amalkan dalam kehidupan seharian. TP [4 markah] Jawab semua soalan. Unit 1 Norma Masyarakat Global Membentuk Keharmonian Sejagat Bidang 5: Insan Bermoral Bahagian A PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 1 26/12/2023 2:16 PM


2 2 Gambar yang berikut menunjukkan kempen ‘Earth Hour’ yang disambut setiap tahun. (a) Nyatakan dua nilai universal yang perlu diamalkan oleh masyarakat global bagi menjayakan kempen ‘Earth Hour’. TP [2 markah] (b) Ramalkan kesan sekiranya anggota masyarakat global tidak mengamalkan penjimatan elektrik dalam kehidupan seharian. TP [4 markah] (c) Dalam usaha merealisasikan kempen ‘Earth Hour’, cadangkan program yang dapat dilaksanakan di sekolah. TP KBAT Mengaplikasi [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 2 26/12/2023 2:16 PM


3 3 Ilustrasi yang berikut menunjukkan kempen menanam pokok paya bakau. (a) Nyatakan dua nilai universal yang diamalkan dalam menjayakan kempen menanam pokok paya bakau. TP [2 markah] (b) Huraikan dua manfaat projek penanaman pokok paya bakau terhadap keharmonian sejagat. TP [4 markah] (c) Jelaskan kesan pengabaian pokok paya bakau terhadap kehidupan manusia. TP [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 3 26/12/2023 2:16 PM


4 1 Maklumat yang berikut menunjukkan strategi pembelian dalam talian. (Sumber: www.kpdnhep.gov.my) (a) Senaraikan dua perkhidmatan yang boleh dilakukan secara transaksi dalam talian. TP [2 markah] (b) Transaksi dalam talian menjadi satu norma dalam kehidupan masyarakat hari ini. Huraikan kebaikan menggunakan pembayaran dalam talian. Jawapan anda perlu berdasarkan nilai-nilai universal yang telah anda pelajari. TP KBAT Menilai [8 markah] 2 Berita di bawah berkaitan dengan aktiviti pemburuan haram yang berlaku di negara kita. KOTA KINABALU: Tujuh lelaki disyaki terbabit aktiviti pemburuan haram ditahan dalam operasi ‘Anti Poaching’ di Jalan Nangoh-Paitan di Beluran, berhampiran sempadan Hutan Simpan Paitan, di sini hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, pasukan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Sabah turut merampas dua senjata api dan beberapa peluru daripada suspek yang menaiki sebuah pacuan empat roda itu. Ketua Konservator Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Federick Kugan berkata, ketika diperiksa semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit untuk memburu hidupan liar ataupun lesen pemilikan senjata api. (Sumber: Berita Harian, 26 Februari 2022) (a) Senaraikan binatang liar yang semakin pupus di negara kita. TP [2 markah] (b) Jelaskan langkah-langkah untuk membendung aktiviti pemburuan haram daripada terus berleluasa. Justifikasi anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian B PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 4 26/12/2023 2:16 PM


5 1 Ilustrasi yang berikut menunjukkan misi bantuan kemanusiaan ke Afghanistan yang dijalankan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia. (a) Terangkan dua ciri norma masyarakat global yang perlu diamalkan oleh kita sebagai rakyat Malaysia. TP [4 markah] (b) Jelaskan kepentingan amalan norma masyarakat global kepada Malaysia. TP [8 markah] (c) Huraikan dua cabaran dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan yang mungkin dihadapi oleh para sukarelawan semasa bertugas di Afghanistan. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan semangat kejiranan. Semangat kejiranan dalam masyarakat hari ini semakin pudar. Sikap masyarakat yang terlalu leka mengejar kejayaan telah mengabaikan norma-norma kehidupan masyarakat silam. (a) Cadangkan dua cara anda mewujudkan hubungan yang baik dengan jiran. TP [4 markah] (b) Huraikan kepentingan semangat kejiranan dalam membentuk keharmonian sejagat. TP [8 markah] (c) Ramalkan kesan pengabaian semangat kejiranan dalam kehidupan harian berdasarkan nilai-nilai universal yang telah anda pelajari. TP KBAT Menganalisis [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian C Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Murid perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid. • Guru akan memberikan soalan kepada setiap kumpulan. • Murid diberikan masa selama lima minit untuk mencari jawapan bagi soalan yang diberikan. • Setiap kumpulan perlu berbincang dan membuat satu jawapan. • Jawapan yang dibuat akan dikongsikan dengan rakan-rakan lain. • Jawapan yang ditulis akan disimpan dalam sebuah fail. Cadangan soalan yang diberi: 1 Maksud norma masyarakat global 2 Contoh norma masyarakat global 3 Kepentingan amalan norma masyarakat global 4 Kesan pengabaian norma masyarakat global 5 Cara menghormati norma masyarakat global dalam kehidupan harian Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 5 26/12/2023 2:16 PM


6 1 Jelaskan maksud norma masyarakat global. TP Maksud norma Masyarakat global (i) (ii) (a) Meningkatkan ekonomi global (i) (ii) (c) Membentuk tingkah laku masyarakat global yang berperikemanusiaan (i) (ii) (b) Meningkatkan penguasaan teknologi dalam masyarakat global (i) (ii) (d) Memartabatkan hak asasi manusia dan kelestarian alam sekitar global 2 Huraikan kepentingan amalan norma masyarakat global. TP Praktis Pengukuhan PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 6 26/12/2023 2:16 PM


7 1 Gambar yang berikut menunjukkan kawasan ekopelancongan di negara kita. (a) Senaraikan dua kawasan ekopelancongan yang terkenal di negara kita. TP [2 markah] (b) Huraikan dua kepentingan aktiviti ekopelancongan terhadap ekonomi negara. TP [4 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah bagi mempromosikan kawasan ekopelancongan di negara kita ke persada dunia. TP KBAT Menganalisis [4 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 2 Ukir Nama di Mata Dunia, Jati Diri Berpisah Tiada Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 7 26/12/2023 2:16 PM


8 2 Gambar yang berikut menunjukkan kepelbagaian makanan tradisional di negara kita. (a) Namakan contoh makanan tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi identiti negara. TP [2 markah] (b) Huraikan dua cara untuk mempromosikan makanan tradisional kita di persada dunia. TP [4 markah] (c) Terangkan kepentingan mengekalkan identiti makanan tradisional rakyat Malaysia. TP [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 8 26/12/2023 2:16 PM


9 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan sikap rakyat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan import daripada barangan buatan tempatan. Kajian mendapati 60 peratus rakyat Malaysia menganggap barangan buatan tempatan rendah kualitinya jika dibandingkan dengan produk diimport. Kenapa isu ini berlaku? Ramai orang yang beranggapan bahawa produk tempatan tidak meyakinkan, mudah rosak dan tidak tahan lama. Malah, ada yang mengaitkan penggunaan produk tempatan tidak standing dengan jenama antarabangsa serta tidak membawa imej mewah kepada pengguna. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, sudah tiba masanya orang ramai perlu membuang sikap prejudis, ego dan mengikis tanggapan bahawa produk Malaysia tiada standard. Jika mentaliti dan sikap ini tidak diubah, maka kita tidak akan sedar bahawa Malaysia ada segala-galanya. Banyak produk keluaran Malaysia dijamin kualiti malah jauh lebih baik berbanding produk berjenama antarabangsa. (Sumber: Sinar Harian, 18 November 2020) (a) Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan dua nilai universal yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia. TP [2 markah] (b) Jelaskan dua punca segelintir rakyat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan jenama luar daripada barangan tempatan. TP [4 markah] (c) Huraikan impak sekiranya rakyat Malaysia terus meminggirkan barangan buatan tempatan. TP KBAT Menganalisis [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 9 26/12/2023 2:16 PM


10 1 Tajuk berita yang berikut memaparkan pengaruh budaya luar terhadap remaja kita pada hari ini. (Sumber: Harian Metro, 5 April 2022) (a) Nyatakan dua kesan negatif penularan pengaruh luar terhadap remaja. TP [2 markah] (b) Jelaskan langkah-langkah yang sewajarnya dilakukan bagi membendung penularan pengaruh luar terhadap golongan remaja. TP KBAT Menilai [8 markah] 2 Slogan yang berikut berkaitan dengan insan bermoral. (a) Senaraikan dua ciri individu glokal. TP [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan menjadi individu glokal. Justifikasi jawapan anda perlu berdasarkan nilai-nilai universal yang telah anda pelajari. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian B PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 10 26/12/2023 2:16 PM


11 Jawab semua soalan. 1 Logo yang berikut berkaitan dengan kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’. (a) Senaraikan jenama buatan tempatan yang berjaya menembusi pasaran dunia. TP [4 markah] (b) Jelaskan kepentingan kempen di atas terhadap pembangunan negara. TP [8 markah] (c) Huraikan cara-cara untuk meningkatkan pasaran bagi barangan buatan Malaysia di persada dunia. TP [8 markah] 2 Logo yang berikut berkaitan dengan kempen ‘Bulan Bahasa Kebangsaan’. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. (a) Berikan justifikasi anda terhadap pernyataan di atas. TP [4 markah] (b) Jelaskan cabaran yang dihadapi untuk memperkasakan kedudukan bahasa kebangsaan. TP [8 markah] (c) Huraikan langkah-langkah untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Justifikasi jawapan anda perlu berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] Bahagian C Wawancara Tiga LangkaH (Three Step Interview) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Guru memberi arahan kepada murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid bagi setiap kumpulan. • Guru akan menyampaikan isu atau persoalan untuk dilaksanakan oleh setiap kumpulan. • Seorang murid akan menjadi penemu duga dan seorang lagi akan ditemu duga. • Dua orang murid tersebut akan bertukar-tukar peranan. • Setiap murid akan berkongsi pengalaman semasa menjalani temu duga dengan ahli kumpulan yang lain. Cadangan soalan: 1 Ciri individu glokal 2 Contoh sikap individu glokal 3 Kepentingan menjadi individu glokal 4 Kesan individu tidak bersikap glokal 5 Cara mengamalkan sikap individu glokal dalam kehidupan harian Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 11 26/12/2023 2:16 PM


12 1 Senaraikan ciri individu glokal. TP Ciri-ciri individu glokal (a) (c) (b) (d) kepentingan kesan kepentingan Menjadi individu glokal dan kesan sekiranya individu Tidak bersikap glokal (a) (a) (c) (c) (b) (b) (d) (d) 2 Nyatakan kepentingan menjadi individu glokal dan kesan sekiranya individu tidak bersikap glokal. TP Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Pelbagai Alir i-THINK Peta Pokok PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 12 26/12/2023 2:16 PM


13 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan konteks kerohanian. • Kerohanian berasal daripada perkataan “roh”. • Kerohanian satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan kehidupan insan dan sebab kejadian. • Kerohanian boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu akal, rohani, nafsu dan kalbu (pusat segala perasaan dalam hati). (a) Senaraikan ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian. BT ms.32 TP [2 markah] (b) Jelaskan cara yang boleh dilakukan oleh setiap individu untuk meningkatkan nilai kerohanian. BT ms.33 TP [4 markah] (c) Apakah masalah yang menjejaskan nilai kerohanian dalam diri setiap individu? TP [2 markah] (d) Ramalkan dua kesan negatif jika nilai kerohanian diabaikan oleh seseorang individu. BT ms.35 TP [2 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 3 Kerohanian Membentuk Individu Bermoral Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 13 26/12/2023 2:16 PM


14 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pencalonan bagi Anugerah Keluarga Mithali. Anugerah Keluarga Mithali Kategori Ibu Mithali Bapa Mithali Keluarga Mithali Pewaris Harapan (a) Nyatakan ciri-ciri kerohanian yang perlu ada pada ibu bapa mithali. BT ms.32 TP [2 markah] (b) Nyatakan tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk individu bermoral dalam keluarga. TP KBAT Mengaplikasi [3 markah] (c) Jelaskan kesan yang akan timbul sekiranya nilai kerohanian diabaikan dalam diri individu. BT ms.35 TP [3 markah] (d) Berikan ciri-ciri meningkatkan nilai kerohanian dalam diri sendiri. BT ms.33 TP KBAT Menilai [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 14 26/12/2023 2:16 PM


15 3 Ilustrasi yang berikut menunjukkan sekumpulan masyarakat sedang bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka. (a) Jelaskan nilai universal yang diamalkan oleh masyarakat tersebut untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotongroyong. TP [4 markah] (b) Mengapakah kerja amal dapat meningkatkan nilai kerohanian dalam diri individu? TP [2 markah] (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda meningkatkan nilai kerohanian dengan melakukan kerja amal? TP [2 markah] (d) Selain kerja amal, berikan contoh aktiviti lain yang dapat meningkatkan nilai kerohanian. TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 15 26/12/2023 2:16 PM


16 1 Ilustrasi yang berikut menunjukkan aktiviti yang berkaitan dengan nilai kerohanian di sekolah. (a) Senaraikan dua kepentingan nilai kerohanian dalam kalangan murid sekolah. TP [2 markah] (b) Terangkan cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam kalangan murid, ibu bapa dan penjaga. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan seorang abang dalam sebuah keluarga yang besar. Frederick Tan berasal daripada keluarga yang besar, iaitu enam orang adik-beradik. Dia ialah anak sulung. Sebagai abang sulung, dia selalu sabar dengan telatah adik-adiknya yang pelbagai gaya. Namun begitu, dia sentiasa memberi layanan yang baik kepada mereka. Dia juga sering menghabiskan masa bersama mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah di samping memberi nasihat dan bimbingan kepada mereka supaya rajin belajar demi mencapai kejayaan dalam pelajaran. (a) Nyatakan dua cara meningkatkan nilai kerohanian dalam diri kita. TP [2 markah] (b) Terangkan ciri-ciri kerohanian yang boleh anda contohi daripada Frederick Tan. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian B PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 16 26/12/2023 2:16 PM


17 1 Keratan berita di bawah memaparkan sikap jujur seorang rakyat Malaysia. LANGKAWI: “Saya gembira dapat kembalikan wang lebih RM34,000 kepada pemilik asal,” kata Norhafiza Ahmad, 27, yang juga pekerja promosi bagi perkhidmatan kereta kabel SkyCab di Oriental Village, di sini. Norhafiza berkata, dalam kejadian pada 31 Mei lalu, dia sedang bekerja sebelum secara tidak sengaja menemui beg mengandungi pelbagai mata wang milik pelancong dari Sudan di kerusi menunggu berhampiran kaunter tiket di pusat pelancongan terkenal itu. (Sumber: Harian Metro, 7 Jun, 2022) (a) Berdasarkan keratan akhbar tersebut, adakah tindakan individu tersebut wajar? Berikan justifikasi jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [4 markah] (b) Huraikan pengajaran yang anda peroleh daripada berita di atas. TP [8 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah impaknya sekiranya wang yang dijumpai tersebut tidak dipulangkan? TP KBAT Menganalisis [8 markah] 2 Maklumat yang berikut menunjukkan dilema antara nilai kerohanian dengan kemewahan hidup yang dihadapi oleh individu X. Individu X ialah seorang perempuan yang masih belajar di universiti, disara oleh ibunya yang hidup dalam kemiskinan. Dilema antara nilai kerohanian dengan kemewahan hidup yang dihadapi oleh individu X Situasi • Mendengar nasihat ibu untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. • Sering menyertai aktiviti keagamaan yang diadakan • Bekerja sambilan pada hujung minggu untuk mencari pendapatan sampingan. • Berhenti belajar di universiti. • Mengikuti teman lelaki untuk menculik dan menjual kanak-kanak. • Mendapatkan banyak wang dalam tempoh masa yang singkat. Kesan Dapat mengekalkan nilai kerohanian. Dapat hidup mewah. (a) Berikan kewajaran untuk mempertahankan nilai kerohanian dalam kehidupan kita. TP [4 markah] (b) Adakah anda bersetuju bahawa individu X patut memilih untuk mengekalkan nilai kerohanian dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] (c) Huraikan kesan negatif jika individu X mengikuti teman lelakinya untuk melakukan kes penculikan dan penjualan kanak-kanak sebagai buruh paksa di luar negara. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian C Giliran Robin (Rally Robin) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Guru memberi arahan kepada murid supaya membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid. • Setiap kumpulan akan diberikan sekeping sampul surat yang mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai kerohanian. • Setiap murid dalam satu kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan secara bergilir-gilir dalam bentuk lisan. • Guru akan mendengar jawapan yang diberikan oleh setiap murid. • Kemudian, guru akan membuat penilaian terhadap jawapan tersebut. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian 2 Cara meningkatkan nilai kerohanian 3 Kepentingan nilai kerohanian bagi membentuk individu bermoral 4 Kesan pengabaian nilai kerohanian dalam diri individu 5 Cara pelbagai pihak mempamerkan nilai kerohanian dalam kehidupan harian Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 17 26/12/2023 2:16 PM


18 1 Senaraikan ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian. TP i-THINK Peta Buih (a) (c) (d) Ciri (b) individu yang Mempunyai nilai kerohanian 2 Jelaskan cara meningkatkan nilai kerohanian. TP Cara Meningkatkan nilai kerohanian Huraian (a) Mendekatkan diri dengan Tuhan (b) Menerima kepelbagaian bangsa (c) Melindungi alam sekitar (d) Menjalani kehidupan yang benar Praktis Pengukuhan PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 18 26/12/2023 2:16 PM


19 1 Maklumat yang berikut menunjukkan sumber rujukan yang boleh dipercayai dan sumber rujukan yang tidak boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang sahih. sumber rujukan sumber yang boleh dipercayai sumber yang tidak boleh dipercayai • Ensiklopedia • Jurnal • Surat khabar • Kamus dan majalah • Laman media sosial • Blog peribadi • Laman gosip • Majalah persendirian (a) Terangkan nilai universal yang perlu diamalkan semasa mencari maklumat melalui pelbagai sumber. TP [2 markah] (b) Lazimnya, murid mendapatkan sumber maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan di sekolah. Mengapakah murid mesti mendapatkan sumber rujukan yang boleh dipercayai? TP [2 markah] (c) Huraikan cara mendapatkan sumber rujukan daripada sumber yang boleh dipercayai. BT ms.47 TP KBAT Menganalisis [3 markah] (d) Pada pendapat anda, mengapakah setiap individu perlu berhati-hati semasa menerima maklumat yang diperoleh daripada sesuatu sumber? TP KBAT Menilai [3 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 4 Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 19 26/12/2023 2:16 PM


20 2 Maklumat berikut berkaitan dengan laman web Wikipedia yang sering dijadikan sumber rujukan bagi sesetengah pengguna Internet. Wikipedia merupakan salah satu sumber maklumat yang boleh diakses pengguna semasa mereka ingin mencari maklumat dan mendapatkan bahan rujukan. Jika pengguna menyedari, Wikipedia biasanya muncul sebagai keputusan pertama dalam enjin carian semasa pengguna ingin mencari sesuatu maklumat. Wikipedia juga merupakan ensiklopedia bebas yang boleh diubah suai dan disunting oleh sesiapa sahaja. (a) Senaraikan kebaikan yang diperoleh pengguna melalui Wikipedia. TP [2 markah] (b) Berikan faktor yang menyebabkan sumber maklumat daripada Wikipedia menjadi pilihan pengguna untuk mendapatkan bahan rujukan. TP [2 markah] (c) Nyatakan cara pengguna yang bijak untuk menggunakan sumber maklumat daripada Wikipedia. TP [2 markah] (d) Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Wikipedia bukan sumber maklumat yang boleh dipercayai sepenuhnya. Mengapakah pendapat sedemikian wujud? Jelaskan sebab anda. TP KBAT Menganalisis [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 20 26/12/2023 2:16 PM


21 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan penyebaran maklumat dan berita palsu yang sering berlaku dalam media sosial. (Sumber: spr.gov.my) (a) Nyatakan nilai universal yang perlu ada pada setiap pengguna media sosial. TP [2 markah] (b) Huraikan tatacara menyebarkan maklumat dalam talian (online) demi kesejahteraan sejagat. BT ms.47 TP [3 markah] (c) Berikan justifikasi anda sekiranya penyebaran berita dan maklumat palsu semakin berleluasa. TP KBAT Menilai [3 markah] (d) Cadangkan langkah-langkah bagi membendung penyebaran berita dan maklumat palsu. TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 21 26/12/2023 2:16 PM


22 1 Poster di bawah menunjukkan tatacara penggunaaan media massa secara beretika. (Sumber: www. mcmc.gov.my) (a) Berikan dua contoh sumber dan maklumat yang sahih. TP [2 markah] (b) Jelaskan implikasi penyebaran maklumat yang tidak sahih kepada masyarakat dan negara. Jawapan anda perlu berdasarkan nilai universal yang dipelajari. TP KBAT Menilai [8 markah] 2 Maklumat yang berikut menunjukkan cara untuk memastikan penyebaran maklumat yang sahih. “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” merupakan slogan yang digunakan oleh portal sebenarnya.my bagi membantu masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang sahih tentang sesuatu perkara. Melalui slogan ini, setiap individu perlu mengelakkan diri daripada berkongsi maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya kepada masyarakat. Tindakan ini dapat menjamin kesejahteraan sejagat. (a) Nyatakan tatacara untuk menyebarkan maklumat. TP [2 markah] (b) Huraikan nilai universal yang perlu diamalkan oleh setiap individu untuk menjayakan slogan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi”. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian B PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 22 26/12/2023 2:16 PM


23 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan berita palsu yang disebarkan melalui media sosial. Berita palsu ialah propaganda yang melibatkan penyebaran maklumat yang tidak benar melalui media akhbar, media penyiaran dan media sosial yang digunakan oleh pengguna dalam telefon bimbit. Masalah penyebaran berita palsu perlu diselesaikan dengan segera kerana masalah ini akan mengaburi mata orang ramai untuk mengaibkan pihak tertentu demi kepentingan diri sendiri. (a) Huraikan nilai-nilai universal yang perlu diamalkan bagi membendung penyebaran berita palsu. TP [4 markah] (b) Adakah anda bersetuju bahawa setiap individu bertanggungjawab menangani masalah penyebaran berita palsu? Berikan justifikasi anda. TP [8 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kesan penyebaran berita palsu yang tidak ditangani dengan segera? TP [8 markah] 2 Gambar yang berikut menunjukkan pelbagai aplikasi dalam talian (online) yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. (a) Senaraikan aplikasi dalam talian yang menjadi kegilaan remaja hari ini. TP [4 markah] (b) Sebagai remaja, jelaskan cara anda menggunakan sistem aplikasi di atas dengan bijak. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] (c) Terangkan kesan negatif terhadap diri dan masyarakat sekiranya aplikasi tersebut disalahgunakan. BT ms.49 TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian C Jalan Galeri (Gallery Walk) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Murid membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima orang murid bagi setiap kumpulan. • Murid dikehendaki mencari bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan pada kelas seterusnya. • Murid akan dibekalkan dengan kertas sebak, pen penanda dan kertas kecil untuk mencatat komen. • Murid perlu melukis peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. • Peta minda yang dilukis akan ditampal pada meja supaya dapat dilihat oleh kumpulan lain. • Guru akan mengarahkan murid untuk bergerak melihat hasil kerja rakan-rakan lain. • Setelah kembali ke kumpulan asal, murid akan menceritakan hasil pembelajaran yang diperoleh. Cadangan soalan: 1 Contoh sumber dan maklumat yang sahih demi mengekalkan kesejahteraan sejagat 2 Tatacara menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat demi kesejahteraan sejagat 3 Contoh penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang menggugat kesejahteraan sejagat 4 Kesan penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang menjejaskan kesejahteraan sejagat 5 Kepentingan menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat yang sahih 6 Cara menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat yang sahih demi kesejahteraan sejagat dalam kehidupan harian Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 23 26/12/2023 2:16 PM


24 1 Senaraikan sumber dan maklumat yang sahih demi kesejahteraan sejagat. TP Tatacara Menggunakan sumber dan Menyebarkan Maklumat 2 Nyatakan tatacara menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat demi kesejahteraan sejagat. TP Guru Rakan-rakan (a) (f) (c) (e) (b) (d) Buku teks Majalah sumber dan Maklumat yang sahih (a) (b) (c) (d) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Bulatan PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 24 26/12/2023 2:16 PM


25 1 Maklumat yang berikut menunjukkan situasi dalam sesebuah organisasi. Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang bekerjasama untuk mencapai suatu matlamat. Dalam usaha untuk mencapai suatu matlamat yang ditetapkan, setiap ahli organisasi perlu mengamalkan integriti. (a) Jelaskan maksud integriti organisasi. BT ms.62 TP [1 markah] (b) Bagaimanakah cara melaksanakan integriti dalam sesebuah organisasi? BT ms.63 TP KBAT Menganalisis [2 markah] (c) Nyatakan kepentingan amalan integriti dalam organisasi. BT ms.64 TP KBAT Menilai [3 markah] (d) Terangkan implikasi jika amalan integriti tidak dipraktikkan dalam sesebuah organisasi. BT ms.65 TP KBAT Menganalisis [4 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 5 Integriti Pemacu Kecemerlangan Organisasi Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 25 26/12/2023 2:16 PM


26 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan punca salah laku dalam organisasi berserta dengan beberapa contoh. (a) Cadangkan cara-cara menangani masalah salah laku pekerja yang berlaku dalam sesebuah organisasi. TP [4 markah] (b) Kaunseling merupakan salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah salah laku dalam organisasi. Pada pendapat anda, apakah kepentingan kaunseling untuk memupuk integriti dalam sesebuah organisasi? TP KBAT Menilai [3 markah] (c) Apakah kepentingan sesebuah organisasi menangani masalah salah laku dalam kalangan ahli organisasi? TP KBAT Menganalisis [3 markah] • Kurang berminat terhadap kerja • Suka mengasingkan diri daripada rakan sekerja lain • Suka melengah-lengahkan kerja • Tindakan disiplin • Kekecewaan terhadap tugas baharu • Masalah yang dihadapi dengan rakan sekerja dan orang bawahan/ atasan • Ketidakseimbangan antara tanggungjawab dengan kuasa • Persaingan dengan rakan sekerja • Mempunyai tanggapan negatif terhadap tugasan Masalah Sikap Masalah Situasi Tekanan di Tempat Kerja PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 26 26/12/2023 2:16 PM


27 3 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan integriti dalam pasukan polis. PETALING JAYA: Aspek integriti kekal menjadi keutamaan dan fundamental yang perlu menjadi budaya seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menegaskan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap warga polis perlu menjiwai, menghayati dan membudayakan nilai integriti dalam setiap aspek penugasan. Tegas beliau, integriti yang utuh akan menjadi benteng daripada terjebak melakukan kemungkaran sekali gus dapat mengecilkan dan menutup segala ruang melakukan rasuah. (Sumber: www.utusan.com.my, 20 Julai 2023) (a) Nyatakan elemen-elemen integriti yang perlu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugas mereka. TP [3 markah] (b) Cadangkan langkah-langkah bagi mempertingkat integriti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). TP [3 markah] (c) Huraikan kesan sekiranya amalan integriti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas. TP KBAT Menilai [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat berikut menunjukkan contoh perbuatan yang menjejaskan integriti dalam sesebuah organisasi. Perbuatan yang Menjejaskan Integriti dalam Organisasi Datang lewat ke pejabat Menggunakan telefon pejabat untuk hal peribadi Layanan tidak sopan terhadap pelanggan Makan dan minum di kantin semasa waktu pejabat (a) Senaraikan elemen integriti dalam sesebuah organisasi. TP [2 markah] (b) Jelaskan peranan setiap ahli organisasi untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang akan menjejaskan integriti dalam sesebuah organisasi. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 27 26/12/2023 2:16 PM


28 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan majlis ikrar ‘Aku Janji’ yang dijalankan oleh sesebuah organisasi. (a) Nyatakan implikasi sekiranya amalan integriti dalam organisasi tidak dipraktikkan. TP [2 markah] (b) Jelaskan nilai universal yang perlu diamalkan oleh setiap ahli organisasi semasa menjalankan tugas selepas membacakan ikrar ‘Aku Janji’. TP [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan Piagam Pelanggan Hospital Taiping. Piagam Pelanggan Hospital Taiping • Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini. • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuklah risiko dan pilihan yang lain. • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang lebih sesuai. • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. • Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya dan tertakluk kepada undang-undang. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada htaiping.moh.gov.my) (a) Berikan definisi piagam pelanggan. TP [4 markah] (b) Huraikan kepentingan amalan integriti dalam organisasi di atas. TP [8 markah] (c) Ramalkan kesan sekiranya amalan integriti tidak dipraktikkan di Hospital Taiping. TP [8 markah] 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan pasukan keselamatan di negara kita. Pasukan keselamatan di atas menjalankan tugas dengan penuh integriti. (a) Nyatakan contoh integriti bagi pasukan tersebut. TP [4 markah] (b) Terangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti bagi pasukan di atas terhadap negara. TP [8 markah] (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda mengamalkan tanggungjawab dengan berintegriti dalam kehidupan seharian? TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 28 26/12/2023 2:16 PM


29 1 Nyatakan maksud integriti organisasi. TP (a) (d) (b) (e) (c) (f) Cara Melaksanakan integriti dalam organisasi Maksud integriti organisasi 2 Senaraikan cara melaksanakan integriti dalam organisasi. TP Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Buih PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 29 26/12/2023 2:16 PM


30 1 Maklumat yang berikut menunjukkan aspek yang terlibat dalam usaha memupuk integriti demi pembangunan negara. (a) Berikan contoh integriti demi pembangunan negara bagi setiap aspek yang berikut. BT ms.76 TP (i) Pentadbiran (ii) Ekonomi (iii) Sosial [3 markah] (b) Senaraikan dua cara melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti demi pembangunan negara. BT ms.77 TP (i) (ii) [2 markah] (c) Apakah kepentingan integriti untuk pembangunan negara? BT ms.78 TP KBAT Menilai [3 markah] (d) Ramalkan implikasi perbuatan yang tidak berintegriti kepada pembangunan negara. BT ms.79 TP KBAT Menganalisis [2 markah] ekonomi Pentadbiran sosial Usaha Memupuk integriti Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 6 Pembangunan Negara Bertunjangkan Integriti Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 30 26/12/2023 2:16 PM


31 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ diperkenalkan pada 19 Mac tahun 1983. Kempen ini bertujuan untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan dalam kalangan rakyat khususnya kakitangan awam. Selain itu, kempen itu juga bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. (a) Berikan dua contoh integriti yang perlu ada pada setiap kakitangan awam. TP (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan integriti untuk pembangunan negara. BT ms.78 TP KBAT Menganalisis [4 markah] (c) Gejala rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam agensi kerajaan telah mencalarkan imej kerajaan. Berikan justifikasi anda terhadap pernyataan tersebut. TP KBAT Menilai [4 markah] 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri-ciri tadbir urus yang baik. Ciri-ciri Tadbir Urus yang Baik • Fokus kepada pelanggan • Beretika • Ketelusan • Efektif dan efisien (a) Berdasarkan maklumat di atas, berikan dua nilai yang perlu diamalkan bagi mewujudkan ciri-ciri tadbir urus yang baik. TP [2 markah] (b) Jelaskan dua implikasi perbuatan yang tidak berintegriti terhadap pembangunan negara. TP [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 31 26/12/2023 2:16 PM


32 (c) Huraikan dua kepentingan integriti demi pembangunan negara. TP KBAT Menilai [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Gambar yang berikut berkaitan dengan kegiatan rasuah. (a) Nyatakan nama lain bagi rasuah. [2 markah] (b) Terangkan langkah bagi mengurangkan kegiatan rasuah untuk mengukuhkan integriti demi pembangunan negara. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan pembangunan negara yang bertunjangkan integriti. Rakyat Berintegriti, Negara Disanjungi (a) Jelaskan maksud integriti. TP [2 markah] (b) Adakah anda bersetuju dengan slogan di atas? Bincangkan. TP KBAT Menganalisis [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan tadbir urus yang baik. Tadbir urus yang baik bermaksud cara melaksanakan tanggungjawab secara telus, bertanggungjawab dan berhemat dari dua segi, iaitu pembuatan keputusan dan penyampaian hasil. Terdapat enam prinsip utama dalam tadbir urus yang baik, iaitu fokus kepada pelanggan, beretika, ketelusan, akauntabiliti dan integriti, efektif dan efisien serta pengurusan perubahan. Setiap prinsip amat penting dan mempunyai peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan tadbir urus yang baik sehingga mampu mengekalkan dan mengukuhkan tahap integriti demi pembangunan negara. PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 32 26/12/2023 2:16 PM


33 (a) Huraikan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik. TP [4 markah] (b) Setujukah anda bahawa prinsip utama dalam tadbir urus yang baik dapat membantu mengekalkan dan mengukuhkan integriti demi pembangunan sesebuah negara? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilainilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] (c) Jelaskan langkah-langkah meningkatkan daya saing negara untuk mengukuhkan tahap integriti demi pembangunan negara. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Jenis Perusahaan Kecil dan Sederhana Sektor Pembuatan Sektor Perkhidmatan Definisi Perusahaan yang melibatkan bilangan pekerja tidak melebihi 200 orang dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta. Perusahaan yang melibatkan bilangan pekerja tidak melebihi 75 orang dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta. (a) Nyatakan contoh perusahaaan yang dikategorikan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). TP [4 markah] (b) Salah satu kepentingan integriti demi pembangunan negara ialah memartabatkan perusahaan kecil dan sederhana. Apakah perasaan anda apabila mengetahui kewujudan perusahaan kecil dan sederhana? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] (b) Apakah cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana? TP [8 markah] Jaring Kata Kumpulan (Team Word-Web) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Murid perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada tiga orang murid. • Setiap kumpulan akan diberikan soalan yang berkaitan dengan integriti demi pembangunan negara. • Setiap kumpulan perlu mencari maklumat berkaitan integriti demi pembangunan negara. • Peta minda akan dibuat di atas kertas mahjong. • Setiap kumpulan akan menggunakan pen penanda yang berlainan warna untuk mewakili maklumat penting yang ditulis. • Pen penanda ini akan memudahkan guru untuk mengenal pasti hasil kerja bagi setiap murid. • Pada akhir aktiviti ini, kertas mahjong akan dihantar kepada guru untuk dibuat penilaian. Cadangan soalan: 1 Contoh integriti demi pembangunan negara 2 Cara melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti demi pembangunan negara 3 Kepentingan integriti demi pembangunan negara 4 Implikasi perbuatan yang tidak berintegriti kepada pembangunan negara Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 33 26/12/2023 2:16 PM


34 1 Nyatakan empat contoh integriti demi pembangunan negara. TP Contoh integriti demi Pembangunan negara (a) (c) (b) (d) (a) (d) (b) (e) (c) (f) Cara Melaksanakan Tanggungjawab dengan berintegriti 2 Senaraikan enam cara melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti demi pembangunan negara. TP Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Buih i-THINK Peta Pokok PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 34 26/12/2023 2:16 PM


35 1 Ilustrasi yang berikut menunjukkan mangsa peperangan yang tercetus di dunia. (a) Senaraikan dua ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global yang dikaitkan dengan aktiviti mengumpul dana untuk mangsa peperangan. BT ms.90 TP (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan kesan peperangan yang berlaku di sesebuah negara jika berlarutan. TP [2 markah] (c) Nyatakan dua contoh perlakuan berperikemanusiaan yang perlu dilakukan untuk membantu mangsa peperangan. BT ms.91 TP (i) (ii) [2 markah] (d) Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyokong Tabung Kemanusiaan Palestin. TP [4 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 7 Berperikemanusiaan Pemangkin Kesejahteraan Global Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 35 26/12/2023 2:16 PM


36 2 Maklumat yang berikut menunjukkan bentuk kegiatan pemerdagangan manusia. bentuk kegiatan Pemerdagangan Manusia buruh terikat Pemindahan organ Pengabdian domestik secara paksa eksploitasi seks Pemerdagangan bayi (a) Apakah yang anda faham dengan kegiatan pemerdagangan manusia? TP [1 markah] (b) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kegiatan tidak berperikemanusiaan ini semakin berleluasa. TP [4 markah] (c) Ramalkan kesan kegiatan pemerdagangan manusia jika tidak ditangani dengan segera. TP KBAT Menilai [3 markah] (d) Namakan dua agensi tempatan yang bertanggungjawab untuk menangani masalah pemerdagangan manusia. TP ( i) (ii) [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 36 26/12/2023 2:16 PM


37 3 Berita di bawah berkaitan dengan operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang. KUALA LUMPUR – Malaysia memanfaatkan hubungan baiknya untuk melibatkan 25 negara membantu dalam mencari pesawat MH370 yang hilang, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Selasa. Beliau berkata, negara-negara berkenaan juga bersedia untuk menghulurkan bantuan dari aspek kemanusiaan dalam usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. (Sumber: www.mstar.com.my) (a) Senaraikan nilai yang diamalkan oleh negara-negara yang terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang. TP [2 markah] (b) Jelaskan ciri berperikemanusiaan yang diamalkan oleh negara yang terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370. TP [3 markah] (c) Senaraikan dua bentuk bantuan kemanusiaan yang boleh dihulurkan oleh negara kita kepada negara jiran yang dilanda bencana. TP [2 markah] (d) Jelaskan kesan pengabaian sikap perikemanusiaan terhadap kesejahteraan global. BT ms.93 TP [3 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 37 26/12/2023 2:16 PM


38 1 Logo di bawah menunjukkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif dalam misi kemanusiaan di serata dunia. (a) Senaraikan dua buah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif dalam nilai kemanusiaan di negara kita. TP [2 markah] (b) Jelaskan kelebihan tindakan NGO yang bergiat aktif dalam misi kemanusiaan. TP [8 markah] 2 Gambar yang berikut berkaitan dengan masalah kebuluran yang berlaku di benua Afrika. Masalah kebuluran berlaku apabila individu tidak mendapat makanan yang mencukupi sehingga menyebabkan kelaparan yang teruk dan kematian. Masalah ini berpunca daripada iklim yang tidak menentu, kebergantungan pada sejenis tanaman sahaja, peningkatan populasi penduduk secara mendadak dan sistem pertanian yang tidak melibatkan penggunaan teknologi moden dan canggih. Hal ini menyebabkan, ribuan nyawa terutamanya kanak-kanak terkorban akibat kelaparan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan dengan segera. (a) Selain kekurangan bekalan makanan, senaraikan dua keperluan lain yang penting bagi menjamin kelangsungan hidup kanak-kanak di Afrika. TP [2 markah] (b) Sebagai masyarakat global yang berperikemanusiaan, cadangkan langkah-langkah untuk menangani masalah kebuluran di negara lain. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian B PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 38 16/01/2024 10:20 AM


39 1 Maklumat yang berikut merupakan luahan perasaan bagi seorang individu yang tinggal di sebuah kawasan yang mengalami masalah kekurangan sumber bekalan air bersih. “Saya berasa sangat sedih kerana penduduk di kawasan ini termasuk saya, sering menghadapi masalah sumber air bersih yang tidak mencukupi. Kadangkala, kami terpaksa menggunakan air yang tidak bersih untuk menjalankan aktiviti harian seperti mencuci pakaian dan menguruskan diri sendiri. Penggunaan sumber air yang tidak bersih menyebabkan ramai penduduk menghidapi penyakit yang berbahaya. Kualiti hidup kami juga terjejas dengan teruk. Kami mengharapkan hujan akan turun dengan segera setelah musim kemarau yang berpanjangan di kawasan ini. Kami amat memerlukan sumber air bersih untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa dan memenuhi keperluan asas.” (a) Nyatakan kepentingan bekalan air bersih terhadap kehidupan manusia. TP [4 markah] (b) Kekurangan sumber bekalan air bersih akan memberikan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat secara terperinci global. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] (c) Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air bersih di sesetengah negara. TP [8 markah] 2 Gambar-gambar di bawah menunjukkan isu pelarian yang berlaku di luar negara. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 (a) Huraikan punca yang membawa kepada isu pelarian yang berlaku di serata dunia. TP [4 markah] (b) Isu pelarian semakin hangat dibincangkan oleh masyarakat global. Mangsa pelarian melarikan diri ke negara lain untuk kelangsungan hidup. Adakah isu pelarian akan membawa pelbagai kesan negatif kepada Malaysia? Berikan ulasan anda. TP [8 markah] (b) Terangkan usaha membantu mangsa pelarian supaya kebajikan mereka sentiasa terpelihara. TP [8 markah] Jawab semua soalan. Bahagian C Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid. • Setiap kumpulan mendapat soalan yang berlainan tetapi berkaitan dengan bantuan kemanusiaan. • Setiap kumpulan membincangkan soalan yang diperoleh dan menulis jawapan dalam bentuk lakaran grafik. • Setiap kumpulan perlu bergerak ke kumpulan lain untuk menilai jawapan kumpulan tersebut. • Setiap kumpulan digalakkan untuk menulis komen terhadap jawapan kumpulan lain pada ruang yang disediakan dengan menggunakan warna pen yang berbeza. Cadangan soalan yang diberi: 1 Maksud bantuan kemanusiaan 2 Contoh bantuan kemanusiaan 3 Kepentingan bantuan kemanusiaan 4 Cara memberi bantuan kemanusiaan 5 Kesan jika golongan yang memerlukan bantuan kemanusiaan diabaikan 6 Pihak yang bertanggungjawab dalam usaha memberi bantuan kemanusiaan Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 39 20/02/2024 2:50 PM


40 1 Senaraikan enam ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global. TP i-THINK Peta Buih (a) (d) (b) (e) (c) (f) Ciri-ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global kebaikan berperikemanusiaan demi kesejahteraan global (b) (a) (c) (d) 2 Nyatakan empat kebaikan berperikemanusiaan demi kesejahteraan global. TP Praktis Pengukuhan PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 40 26/12/2023 2:16 PM


41 1 Maklumat yang berikut menunjukkan program komuniti yang dijalankan bersama-sama dengan badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. (a) Berikan maksud penglibatan diri dalam program komuniti. BT ms.106 TP [1 markah] (b) Nyatakan dua contoh program komuniti yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama antara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. BT ms.106–107 TP (i) (ii) [2 markah] (c) Huraikan kepentingan melaksanakan program komuniti bersama-sama dengan badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. BT ms.109 TP [4 markah] (d) Bagaimanakah cara melaksanakan program komuniti? BT ms.108 TP [3 markah] Jenis Program komuniti Pembangunan pelancongan bantuan kemanusiaan aktiviti riadah kelestarian alam Program kesihatan bantuan fi zikal Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 8 Penglibatan Diri Peneraju Komuniti Bidang 7: Moral dan Kenegaraan PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 41 26/12/2023 2:16 PM


42 2 Ilustrasi di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong dalam suatu program komuniti. (a) Nyatakan tujuan aktiviti gotong-royong dilaksanakan dalam program komuniti. TP [2 markah] (b) Bagaimanakah cara anda meningkatkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti gotong-royong? TP [2 markah] (c) Ramalkan kesan yang akan berlaku jika orang ramai tidak sanggup meluangkan masa untuk menyertai aktiviti gotong-royong. BT ms.110 TP KBAT Menganalisis [2 markah] (d) Selain aktiviti gotong-royong, berikan contoh program komuniti lain yang boleh dilaksanakan untuk menjamin kelestarian alam sekitar. BT ms.107 TP [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 42 26/12/2023 2:16 PM


43 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan penglibatan seorang sukarelawan yang bergiat aktif dalam aktiviti sukarela. Encik Fauzi telah lama melibatkan diri secara sukarela dan bergiat aktif dalam aktiviti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Walaupun sibuk dengan pekerjaannya, beliau masih berusaha membimbing bekas penagih dadah kembali ke pangkal jalan. (a) Jelaskan nilai-nilai universal yang diamalkan oleh Encik Fauzi. TP [4 markah] (b) Nyatakan dua peranan PEMADAM dalam membantu penagih dadah. TP (i) (ii) [2 markah] (c) Huraikan kepentingan penglibatan Encik Fauzi dalam melaksanakan program komuniti bersama-sama PEMADAM. TP KBAT Menilai [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Poster di bawah menunjukkan acara larian amal yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO). ANJURAN Yayasan Jiwa Penyayang 10 KM LARIAN AMAL 2024 TARIKH : SABTU 08/06/2024 MASA : 6.30PAGI — 1.00 PETANG TEMPAT : DATARAN MERDEKA Senamarobik Cabutan bertuah Pelbagai kaunter pameran Program derma darah Pertandingan mewarna AKTIVITI MENARIK YURAN PENYERTAAN Pendaftaran Awal (15 Feb — 15 Apr) RM35 8 - 17 tahun RM35 Dewasa RM40 (t-shirt + medal + bib larian + sijil + minuman) 100 RAKAN PAKAIAN RASMI ULTRA PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 43 26/12/2023 2:16 PM


44 (a) Nyatakan objektif larian amal tersebut diadakan. TP [2 markah] (b) Jelaskan implikasi sekiranya masyarakat enggan melibatkan diri dalam program yang bersifat komuniti. TP KBAT Menilai [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kempen derma buku. Nama Program: Program Kempen Derma Buku Anjuran: Unit Perpustakaan Awam Taman Medan Tempoh Masa: 1 Mac hingga 31 Disember Terma: Unit Perpustakaan Awam Taman Medan menerima pelbagai jenis buku yang ingin didermakan. Buku hendaklah dalam keadaan yang sempurna (tidak koyak atau rosak). (a) Senaraikan dua jenis program komuniti yang boleh merapatkan hubungan antara anggota masyarakat. TP [2 markah] (b) Terangkan faedah kempen derma buku yang dijalankan oleh komuniti. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan sekumpulan masyarakat melakukan aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan perumahan. (a) Jelaskan nilai-nilai universal yang diamalkan oleh masyarakat di atas. TP [4 markah] (b) Huraikan kepentingan melaksanakan program gotong-royong. TP [8 markah] (c) Masyarakat kini lebih cenderung menyendiri dan kurang berminat dalam program komuniti. Berikan justifi kasi anda. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 44 26/12/2023 2:16 PM


45 2 Perbualan yang berikut berkaitan dengan pro dan kontra dalam penggunaan telefon bimbit. Individu A : Adakah kamu mengetahui tentang suatu program komuniti akan dijalankan pada hujung minggu ini? Program ini memerlukan beberapa orang sukarelawan. Individu B : Ya, saya tahu tentang program itu. Individu A : Adakah kamu berminat untuk menyertai program komuniti itu? Individu B : Saya tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam program komuniti tersebut kerana program ini hanya akan mengurangkan masa untuk bermain telefon bimbit. Individu A : Mengapakah kamu berkata demikian? Tahukah kamu bahawa program ini amat bermanfaat kepada setiap orang yang mendaftar sebagai ahli sukarelawan? Adakah penggunaan telefon bimbit lebih berfaedah daripada melibatkan diri dalam program komuniti? Individu B : Saya tidak bersetuju dengan kata-kata kamu. Saya berpendapat bahawa bermain telefon bimbit membantu saya mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Saya akan berasa lebih terhibur dan gembira semasa menggunakan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan seperti permainan, hiburan dan komunikasi. Tambahan pula, jika saya menjadi ahli sukarelawan dalam program komuniti tersebut, saya tidak akan mendapat sebarang ganjaran. Ganjaran yang saya maksudkan ialah wang ringgit. (a) Jelaskan impak negatif terhadap ketagihan penggunaan telefom bimbit. TP [4 markah] (b) Adakah anda bersetuju dengan pendapat Individu B bahawa penggunaan telefon bimbit lebih berfaedah daripada pelibatan dalam program komuniti? TP [8 markah] (c) Jelaskan kebaikan remaja menjadi sukarelawan dalam program komuniti setempat. TP [8 markah] Meja Bulat (Round Table) Arahan untuk menjalankan aktiviti: • Murid perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid. • Murid perlu mencari idea secara bergiliran. • Idea yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk peta pokok. • Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas dan pen penanda. • Murid akan diberikan masa untuk menyiapkan peta pokok tersebut. • Hasil dapatan akan dibentangkan di hadapan kelas melalui pilihan guru secara rawak. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Contoh program komuniti yang boleh dilaksanakan bersama-sama badan kerajaan atau badan bukan kerajaan 2 Cara melaksanakan program komuniti 3 Kepentingan melaksanakan program komuniti 4 Kesan jika kurang pelibatan dalam program komuniti 5 Cara melibatkan diri dalam program komuniti bersama-sama badan kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam kehidupan harian Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 45 26/12/2023 2:16 PM


46 1 Senaraikan program komuniti yang boleh dilaksanakan bersama-sama badan kerajaan atau badan bukan kerajaan. TP (a) (d) (b) (e) (c) (f) Program komuniti Cara Melaksanakan Program komuniti (a) (c) (b) (d) 2 Nyatakan cara melaksanakan program komuniti bersama-sama badan kerajaan atau badan bukan kerajaan. TP Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Pokok i-THINK Peta Buih PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 46 26/12/2023 2:16 PM


47 1 Rajah di bawah menunjukkan bidang kerjasama yang dijalinkan oleh masyarakat global. (a) Namakan dua buah negara yang menjalin kerjasama dengan Malaysia. TP (i) (ii) [2 markah] (b) Apakah kepentingan kerjasama dalam kalangan masyarakat global? BT ms.123 TP [3 markah] (c) Nyatakan tiga kesan positif jika kerjasama dalam kalangan masyarakat global diteruskan. TP (i) (ii) (iii) [3 markah] (d) Sebagai seorang murid dan rakyat Malaysia, bagaimanakah cara untuk menyokong kerjasama dalam kalangan masyarakat global? TP KBAT Mengaplikasi [2 markah] Politik ekonomi sosial Pendidikan bidang kerjasama Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 9 Kerjasama Masyarakat Global Bidang 7: Moral dan Kenegaraan PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 47 26/12/2023 2:16 PM


48 2 Gambar yang berikut menunjukkan lokasi di Malaysia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia. Gunung Mulu, Sarawak Taman Negara Kinabalu Lembah Lenggong (a) Apakah yang anda faham tentang UNESCO Tapak Warisan Dunia? TP [1 markah] (b) Jelaskan tujuan pengiktirafan diberikan terhadap lokasi tersebut. TP [1 markah] (c) Jelaskan perasaan anda apabila mengetahui lokasi tersebut diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. TP [3 markah] (d) Nyatakan keistimewaan lokasi yang berikut sehingga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. TP (i) Gunung Mulu – (ii) Taman Negara Kinabalu – (iii) Lembah Lenggong – [3 markah] (e) Pada pendapat anda, mengapakah Gunung Mulu di Sarawak dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia? TP KBAT Menilai [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg 5.indd 48 26/12/2023 2:16 PM


Click to View FlipBook Version