PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 1-1 TERHAD Nama Kelas 1 jam 15 minit UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Kertas Model 1 Tahun 5 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Bahasa Melayu (011) KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 1 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-2 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Haris berjalan kaki rumahnya ke sekolah pada setiap pagi. A di B ke C dari D akan 2 Syahir tidak pasti sama ada ingin bermain bola sepak badminton. A dan B atau C serta D hingga Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Ayah membeli sebentuk jam tangan di Kuala Lumpur. B Puan Mary membeli beberapa ulas jambu untuk anaknya. C Encik Abdul membeli dua botol air mineral dari sebuah kedai. D Abang menerima beberapa buah surat daripada pihak universiti. Bahagian A [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 2 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kita akan mempunyai kesihatan yang baik sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah melakukan senaman, beriadah dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pengambilan makanan seimbang yang bersih dan berkhasiat merupakan amalan pemakanan yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan seimbang berupaya menjadikan badan kita sihat dan kuat. Otak kita turut menjadi cerdas ibarat peribahasa otak cerdas, badan cergas. Piramid makanan membantu kita makan secara seimbang mengikut kadar yang bersesuaian. Piramid makanan turut memberi panduan berguna tentang kadar pengambilan makanan yang sesuai untuk badan kita. Amalan makan mengikut piramid makanan penting bagi memastikan kita menjadi sihat, cergas dan membesar dengan sempurna. 4 Apakah kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat? A Makanan yang seimbang B Kesihatan yang lebih baik C Mengamalkan pemakanan yang sihat D Kadar pengambilan makanan yang sesuai 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kita tidak perlu makan mengikut piramid makanan. B Piramid makanan tidak membantu kita makan secara seimbang. C Makanan yang seimbang mampu menjadikan badan kita sihat dan kuat. D Kadar pengambilan makanan tidak memberi panduan dalam piramid makanan. 6 Berikut merupakan gaya hidup sihat, kecuali A beriadah. B senaman. C bermain permainan video. D pemakanan yang seimbang. KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 3 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-4 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Keluarga Haji Ahmad Kasim telah mengadakan hari keluarga di Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Mereka telah menempah inap desa di tepi pantai tersebut. Antara sukaneka yang dianjurkan oleh ahli keluarga Haji Ahmad Kasim ialah lari dalam guni, isi air dalam botol dan kerusi berirama. Selepas itu, mereka mandi di tepi pantai. Pada sebelah malam pula, ahli keluarga Haji Ahmad Kasim mengadakan barbeku di halaman rumah. Mereka juga mengadakan aktiviti bertukar-tukar hadiah antara ahli keluarga. Hari keluarga seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 4 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 7 Sambutan Hari Keluarga Haji Ahmad Kasim diadakan di A Pantai Cenang, Pulau Langkawi. B rumah Haji Kasim. C halaman rumah. D tepi pantai. Mereka telah menempah inap desa di tepi pantai tersebut. 8 Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah A buah. B deret. C papan. D batang. 9 Perkataan menempah dalam Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A memesan. B menyewa. C menyuruh. D membayar. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Inap desa yang ditempah berada di tepi pantai. B Antara sukaneka yang diadakan ialah tarik tali. C Mereka mengadakan barbeku pada waktu petang. D Mereka mandi di pantai sebelum aktiviti sukaneka. KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 5 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 5 KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 6 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Setiap taman perumahan mempunyai persatuan penduduk yang berperanan untuk menyatupadukan masyarakat setempat. Mereka mestilah memberikan kerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan bermasyarakat. Antara ciri tersebut ialah amalan ziarah-menziarahi sesama jiran tetangga. Amalan ini bertujuan untuk kita bertanya khabar dan membantu jiran yang menghadapi masalah. Amalan seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk. Selain itu, setiap penduduk juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti seperti bergotong-royong, menghadiri majlis perkahwinan dan menjayakan majlis rumah terbuka. 1 (a) Persatuan penduduk berperanan untuk [1 markah] (b) Apakah tujuan amalan ziarah-menziarahi sesama jiran tetangga? [2 markah] (c) Gariskan satu kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah. Mereka mestilah memberikan kerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. [1 markah] Bahagian B [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 7 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-8 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan bermasyarakat. Kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif kehidupan dalam bermasyarakat. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif. [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Ketika pulang dari sekolah, kamu terdengar jeritan dari rumah jiran kamu. Kamu mendapati anak jiran kamu disengat oleh lebah. Sebagai seorang jiran yang prihatin, apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 8 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Grafik di bawah menunjukkan tentang sambutan hari terbuka perayaan. Tulis pendapat kamu tentang kelebihan-kelebihan sambutan hari terbuka perayaan tersebut. Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Bahagian C [10 markah] [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 9 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 KM 1-10 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH Bahagian D [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 10 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 11 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 KM 1-12 [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM1_4th.indd 12 8/21/23 5:58 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM2-1 TERHAD Nama Kelas 1 jam 15 minit UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Kertas Model 2 Tahun 5 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Bahasa Melayu (011) KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 1 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-2 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Puan Laili membeli buah-buahan tempatan itu pasar tani. A di B ke C dari D kepada 2 Farhana melipat pakaian menonton televisyen di ruang tamu. A lalu B dan C sambil D hingga Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Hadiah yang dibeli itu tidak untuk adik. B Ranjit tidak murid Tahun Lima Cemerlang. C Kakak ke bandar walaupun masih bukan sihat. D Rumah besar di hujung jalan itu bukan rumah Haji Salim. Bahagian A [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 2 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Amir belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indah. Dia seorang yang sangat jujur dan bertanggungjawab. Oleh sebab itu, dia telah dilantik sebagai pengawas perpustakaan oleh Cikgu Linda. Amir bertugas di perpustakaan pada setiap hari. Dia menerima buku yang dipulangkan oleh peminjam untuk direkodkan dalam sistem komputer. Murid yang lewat memulangkan buku akan didenda. Dia tidak pilih bulu semasa menjalankan tugas walaupun kawannya sendiri. Pada waktu senggang, dia akan membaik pulih buku-buku yang rosak. Dia membalut buku-buku itu dengan kemas dan memastikan semua buku di situ berada dalam keadaan baik. Amir telah mencipta poster untuk ditampal pada sudut bacaan di perpustakaan. Poster itu mengandungi nasihat kepada peminjam buku. 4 Siapakah melantik Amir sebagai pengawas perpustakaan? A Guru kelas B Guru besar C Cikgu Linda D Guru perpustakaan 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Amir pilih bulu semasa menjalankan tugas. B Amir memastikan semua buku dalam keadaan baik. C Amir dilantik sebagai ketua pengawas perpustakaan. D Amir mencipta poster yang mengandungi nasihat kepada pengawas perpustakaan. 6 Berikut merupakan tanggungjawab Amir sebagai pengawas perpustakaan, kecuali A membalut buku. B meminjam buku. C membaik pulih buku yang rosak. D mendenda murid yang lewat memulangkan buku. KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 3 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-4 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada hari Isnin yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti pertandingan nyanyian cilik, pertandingan pakaian terbaik dan sebagainya. Sambutan tersebut dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Azhari bin Musa. Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua warga sekolah. KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 4 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 7 Sambutan Hari Kanak-kanak tersebut diadakan selama A tiga jam. B empat jam. C lima jam. D enam jam. 8 Jefri mempersembahkan se lagu kanak-kanak dalam pertandingan nyanyian cilik tersebut. A baris B buah C keping D rangkap 9 Perkataan cilik dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A kecil. B halus. C sempit. D sedikit. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Tema sambutan hari tersebut ialah adiwira. B Sambutan tersebut diadakan pada hari Isnin. C Sambutan tersebut tamat pada pukul 2:00 petang. D Antara jualan amal yang dijual pada hari tersebut ialah alat tulis. KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 5 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 5 KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 6 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pencemaran sungai di negara ini masih menjadi masalah yang serius. Banyak orang masih menjadikan sungai-sungai dan longkang-longkang sebagai tempat pembuangan sampah. Pembuangan sampah sarap boleh mengakibatkan longkang-longkang tersumbat dan sungai tohor. Mereka yang melanggar undang-undang perlu dihukum bukan sahaja didenda dengan denda yang maksimum tetapi perlu dipenjara dalam tempoh yang sesuai. Kita perlu bertindak tegas kepada orang yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, sayangilah sungai kita daripada pencemaran akibat buatan tangan kita sendiri daripada terus memburukkan alam sekitar. 1 (a) Masih banyak orang membuang sampah ke dalam [1 markah] (b) Apakah kesan pembuangan sampah ke dalam sungai dan longkang? [2 markah] (c) Gariskan satu kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah. Pencemaran sungai di negara ini masih menjadi masalah yang serius. [1 markah] Bahagian B [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 7 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-8 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Kita perlu bertindak tegas kepada orang yang tidak bertanggungjawab itu. Kepada orang yang tidak bertanggungjawab itu kita perlu bertindak tegas. Orang yang tidak bertanggungjawab itu perlu bertindak tegas kepada kita. [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Kamu mengajak Haris ke kantin pada waktu rehat. Haris tidak mahu ke kantin kerana perutnya sakit. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 8 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Grafik di bawah menunjukkan tentang alat teknologi pada masa kini. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan teknologi kepada manusia. Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Bahagian C [10 markah] Kebaikan Teknologi [10 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 9 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 KM 2-10 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bahagian D [10 markah] CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI JALAN RAYA KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 10 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 11 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 5 KM 2-12 [20 markah] KM_UASA_BM_TH5_KM2_4th.indd 12 8/21/23 5:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 5: Jawapan J1 Kertas Model 1 Bahagian A 1 C 2 B 3 C 4 B 5 C 6 C 7 A 8 A 9 B 10 A Bahagian B 1 (a) menyatupadukan masyarakat setempat. (b) Tujuan amalan ziarah-menziarahi sesama jiran tetangga adalah untuk bertanya khabar dan membantu jiran yang menghadapi masalah. (c) memberikan / menjayakan (d) Kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif kehidupan dalam bermasyarakat. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif. ✓ 2 Saya akan membantunya membersihkan luka sengatan itu dengan air bersih. Seterusnya, saya akan meminta bantuan daripada keluarga saya untuk membawanya ke klinik. [20 patah perkataan] Bahagian C Masyarakat kita sering mengadakan sambutan hari terbuka perayaan. Antara kelebihan sambutan tersebut ialah kita dapat mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, kita dapat berkenalan dengan jiran-jiran. Di samping itu, kita dapat menikmati hidangan tradisional perayaan tersebut. Kesimpulannya, sambutan hari terbuka perayaan banyak memberi kelebihan kepada masyarakat yang hadir. [45 patah perkataan] Bahagian D Keperihalan (karangan tidak berformat) Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Gotong-royong diadakan bersempena minggu kesihatan dan kebersihan. Tepat pada pukul 8:00 pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Sebelum aktiviti bermula, guru besar menyampaikan taklimat mengenai aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencuci longkang, mengecat dinding, menyapu sampah dan sebagainya. Pada pukul 11.30 pagi, aktiviti gotong-royong pun selesai. Guru-guru dan murid-murid berkumpul di kantin untuk menjamu selera. Kemesraan terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang menjayakan gotong-royong tersebut. [78 patah perkataan] Catatan (karangan berformat) 11 November 20__ 8:00 pagi Murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Sebelum aktiviti bermula, guru besar telah menyampaikan taklimat mengenai aktiviti gotong-royong. 8:30 pagi Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencuci longkang, mengecat, menyapu sampah dan sebagainya. 9:00 pagi Guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan sekolah. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini. 11:30 pagi Aktiviti gotong-royong telah selesai. Murid-murid dan guru-guru telah berkumpul semula di kantin untuk menjamu selera. Kemesraan telah terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang menjayakan gotong-royong. [76 patah perkataan] Kertas Model 2 Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 C 5 B 6 B 7 C 8 B 9 A 10 A Bahagian B 1 (a) sungai-sungai dan longkang-longkang. (b) Pembuangan sampah sarap boleh mengakibatkan longkang-longkang tersumbat dan sungai tohor. Jawapan KM_UASA_BM_TH5_JAWP_4th.indd 1 8/21/23 6:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J2 (c) menjadi (d) Kepada orang yang tidak bertanggungjawab itu, kita perlu bertindak tegas. ✓ Orang yang tidak bertanggungjawab itu perlu bertindak tegas kepada kita. 2 Saya akan membawanya berjumpa dengan guru kelas. Selepas itu, saya akan membawanya ke bilik rehat. Saya akan membeli makanan untuknya di kantin. [18 patah perkataan] Bahagian C Perkembangan teknologi semakin canggih pada masa kini. Antara kebaikan teknologi kepada manusia ialah kita dapat mencari maklumat dengan pantas. Selain itu, teknologi dapat menjimatkan masa untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Di samping itu, teknologi dapat memudahkan kerja harian kita. Kesimpulannya, perkembangan teknologi memberikan banyak kebaikan kepada manusia. [49 patah perkataan] Bahagian D Fakta (karangan tidak berformat) Kita haruslah menjaga keselamatan diri semasa di jalan raya. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga keselamatan diri. Antara caranya ialah kita perlu beratur sebelum menaiki bas sekolah. Kita tidak boleh berebut-rebut semasa menaiki bas agar tidak terjatuh. Selain itu, kita harus memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta. Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan diri sekiranya berlaku kemalangan. Di samping itu, kita perlu memakai topi keledar semasa menunggang basikal. Topi keledar dapat melindungi kepala kita jika berlaku kemalangan. Akhir sekali, jika melintas jalan raya, kita hendaklah menggunakan jejantas yang disediakan. Oleh itu, keselamatan kita lebih terjamin. Kesimpulannya, kita haruslah menjaga keselamatan diri semasa di jalan raya. [90 patah perkataan] Syarahan (karangan berformat) Yang berusaha tuan guru besar, yang dihormati guruguru dan rakan-rakan saya disayangi. Pada hari ini, saya ingin menyampaikan syarahan tentang “Caracara Menjaga Keselamatan Diri di Jalan Raya.” Hadirin sekalian, Antara cara untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya ialah kita perlu beratur sebelum menaiki bas sekolah. Kita tidak boleh berebut-rebut semasa menaiki bas sekolah. Selain itu, kita harus memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta. Di samping itu, kita perlu memakai topi keledar semasa menunggang basikal untuk melindungi kepala kita daripada kecederaan. Akhir sekali, jika hendak melintas jalan raya, kita perlu menggunakan jejantas yang disediakan. Oleh itu, jagalah keselamatan diri semasa di jalan raya. Sekian, terima kasih. [87 patah perkataan] Kertas Model 3 Bahagian A 1 B 2 A 3 D 4 D 5 C 6 B 7 B 8 B 9 C 10 A Bahagian B 1 (a) ayah, ibu, abang, kakak dan adik (b) Antara cara kita bersopan ketika bercakap dengan ahli keluarga ialah kita menggunakan nada suara yang lembut. (c) menggunakan / bercakap (d) Ahli keluarga harus menyayangi kita. Ahli keluarga kita harus kita sayangi. ✓ 2 Saya akan mencadangkan agar kakak menaiki pengangkutan awam untuk menjimatkan perbelanjaan hariannya. Selain itu, saya akan mencadangkannya supaya membawa bekalan makanan. [20 patah perkataan] Bahagian C Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Antara kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat ialah kita dapat menyihatkan tubuh badan dan jantung kita. Selain itu, kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya. Di samping itu, kita dapat mengekalkan berat badan yang seimbang. Kesimpulannya, gaya hidup sihat memberikan banyak manfaat kepada diri kita. [49 patah perkataan] Bahagian D Fakta (Karangan tidak berformat) Setiap individu harus mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antara amalan gaya hidup sihat ialah kita boleh berjoging dengan keluarga atau rakan-rakan. Aktiviti seperti ini dapat mengeluarkan peluh. KM_UASA_BM_TH5_JAWP_4th.indd 2 8/21/23 6:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 5: Jawapan J3 Selain itu, kita perlu makan makanan yang berkhasiat. Apabila makan makanan berkhasiat, badan kita akan mendapat nutrisi yang mencukupi. Di samping itu, kita perlu menjaga kebersihan diri seperti kerap mandi dan memakai pakaian yang bersih. Oleh itu, kita dapat mengelakkan penyakit berjangkit. Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat menjadikan badan kita sihat dan cergas. [90 patah perkataan] Perbualan/Dialog (Karangan berformat) Haikal : Adam, lihat poster tentang “Amalan Gaya Hidup Sihat” ini. Adam : Apakah contoh amalan gaya hidup sihat, Haikal? Haikal : Contoh amalan gaya hidup sihat ialah berjoging dengan ahli keluarga. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh. Selain itu, kita perlu makan makanan yang berkhasiat agar badan kita mendapat nutrisi dan zat yang mencukupi. Di samping itu, kita perlu menjaga kebersihan diri seperti mandi menggunakan sabun dan memakai pakaian yang bersih. Oleh itu, kita dapat mengelakkan penyakit berjangkit. Adam : Oh, begitu! Kesimpulannya, saya berharap kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian. Haikal : Baiklah, Adam. [77 patah perkataan] Kertas Model 4 Bahagian A 1 A 2 C 3 C 4 A 5 B 6 D 7 A 8 D 9 A 10 D Bahagian B 1 (a) pengguna tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk mendapatkan barangan keperluan (b) Golongan yang tidak bertanggungjawab ini dapat mengakses akaun seseorang melalui kod nombor kad serta kod keselamatan perbankan Internet yang telah digunakan semasa membayar barangan yang dipesan melalui Internet. (c) bijak (d) Peniaga yang menjalankan perniagaan secara dalam talian ini melaporkan penyelewengan perbankan Internet. Kes yang melibatkan penyelewengan perbankan Internet ketika berurus niaga secara dalam talian ini banyak dilaporkan. ✓ 2 Sebagai seorang rakan, saya akan melarangnya menconteng alat permainan tersebut. Saya akan menasihatinya agar menjaga dan menghargai alat permainan tersebut. Saya akan memberitahu ibu bapanya jika dia tidak mahu mendengar nasihat saya. [30 patah perkataan] Bahagian C Kita perlu menunggang basikal dengan selamat. Antara cara menunggang basikal dengan selamat ialah kita perlu memakai topi keledar. Selain itu, kita perlu memakai pad lutut dan pad siku bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Selain itu, kita harus menggunakan laluan khas berbasikal semasa menunggang basikal. Kesimpulannya, keselamatan semasa berbasikal sangat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. [50 patah perkataan] Bahagian D Catatan (karangan berformat) 23 Mac 20__ 2:00 petang Aku pulang dari sekolah dengan menunggang basikal. Rumahku terletak tidak jauh dari sekolah. 5:00 petang Aku bermain bola sepak di padang bola berhampiran rumahku. Ramai kawan-kawan turut main bersamasamaku. 7:00 petang Aku makan malam bersama-sama semua ahli keluarga. Selesai makan, aku membantu ibu mengemas meja dan mencuci pinggan. 9:00 malam Aku mengulang kaji pelajaran di dalam bilik. Selepas itu, aku menyusun buku mengikut jadual pada hari esok. 10:00 malam Sebelum tidur, aku menggosok gigi dan mencuci kaki. Aku perlu tidur awal supaya aku lebih bertenaga pada keesokan harinya. [79 patah perkataan] Keperihalan (karangan tidak berformat) Jam loceng berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan. Aku pulang dari sekolah berjalan kaki bersama kawan-kawan. Rumahku terletak tidak jauh dari sekolah. Pada waktu petang, aku bermain bola sepak di padang berhampiran rumahku. Ramai kawan turut main bersama-sama. KM_UASA_BM_TH5_JAWP_4th.indd 3 8/21/23 6:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J4 Selepas membersihkan diri, aku makan bersama keluargaku. Selesai makan, aku membantu ibu mengemas meja. Selepas itu, aku mengulang kaji pelajaran di dalam bilik. Kemudian, aku menyusun buku mengikut jadual. Pada pukul 10:00 malam, aku akan tidur. Sebelum tidur, aku menggosok gigi. Aku perlu tidur awal supaya aku lebih bertenaga pada keesokan harinya. [79 patah perkataan] Kertas Model 5 Bahagian A 1 A 2 B 3 C 4 A 5 C 6 C 7 C 8 B 9 B 10 A Bahagian B 1 (a) berkelah di Pantai Tanjung Wok. (b) Adam masih belum memaklumkan rancangan tersebut pada ayah dan ibunya kerana dia berasa risau jika mereka tidak dapat memberikannya wang. (c) mengucapkan (d) Adam menerima wang yang diperlukan daripada ayahnya. ✓ Ayahnya menerima wang yang diperlukan daripada Adam. 2 Sebagai seorang rakan, saya akan segera memanggil guru yang menjaga atau meronda di kawasan itu. Saya juga turut membantu membalut luka pada lutut rakan saya itu dengan kain yang bersih. [29 patah perkataan] Bahagian C Ketua kelas mempunyai tanggungjawab yang besar. Antara tanggungjawabnya ialah memastikan muridmurid membersihkan kelas pada setiap hari. Selain itu, ketua kelas perlu mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru di dalam kelas. Di samping itu, ketua kelas perlu membantu guru jika diperlukan. Kesimpulannya, ketua kelas perlu menjalankan tanggungjawab dengan amanah. [40 patah perkataan] Bahagian D Keperihalan (karangan tidak berformat) Pada hari Sabtu yang lalu, saya bersama keluarga berkelah di Port Dickson. Kami menaiki kereta ke sana. Saya membantu ayah mengangkat barang-barang. Ibu membentangkan tikar di bawah pokok untuk dijadikan tempat berehat dan tempat mengalaskan makanan. Setelah selesai membantu ibu mengemas, saya dan kakak berenang di tepi pantai. Kami berenang menggunakan pelampung. Kemudian, ayah mengambil gambar kami mandi-manda di laut. Setelah puas berenang, kami makan bersama-sama. Pelbagai jenis makanan disediakan oleh ibu. Sebelum senja, kami mengemas barang-barang untuk pulang. Saya sangat seronok kerana dapat berkelah di tepi pantai. [80 patah perkataan] Catatan (karangan berformat) Sabtu, 25 Oktober 20__ 4:00 petang Kami menaiki kereta menuju ke Port Dickson. Saya sangat seronok dan tidak sabar untuk sampai. 5:00 petang Saya dan ayah mengangkat barang-barang dan meletakkannya di bawah pokok. Ibu dan kakak membentangkan tikar di bawah pokok untuk dijadikan tempat berehat dan tempat mengalaskan makanan. 5:30 petang Saya dan kakak berenang di tepi pantai. kami berenang menggunakan pelampung sambil ayah mengambil gambar kami. 6:30 petang Setelah puas mandi-manda, kami makan bersamasama. Pelbagai jenis makanan disediakan oleh ibu. 7:00 petang Kami mengemas barang untuk pulang. Saya sangat seronok kerana dapat berkelah bersama-sama keluarga. [80 patah perkataan] KM_UASA_BM_TH5_JAWP_4th.indd 4 8/21/23 6:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD