iii Skim Pentaksiran STPM Geografi iii Jadual Analisis Soalan STPM Geografi Semester 2 (2021 – 2023) iv Ulasan Soalan STPM Geografi Semester 2 (2023) v Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal BAB Struktur dan Kandungan Atmosfera 1 1 BAB 2 Cuaca dan Iklim 6 BAB Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia 3 18 BAB 4 Perubahan Iklim 29 BAB Mikro Iklim Bandar 5 35 BAB Kemahiran Amali: Sistem Atmosfera 6 41 BAB Fasa Air dan Kitaran Hidrologi 7 47 BAB Edaran Air Tanih 8 53 BAB Imbangan Air dan Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia 9 59 BAB Kemahiran Amali: Sistem Hidrologi 10 67 Bahagian B: Alam Sekitar Manusia BAB Aktiviti Ekonomi Primer 11 70 BAB Aktiviti Ekonomi Sekunder 12 96 BAB Aktiviti Ekonomi Tertier 13 110 BAB Proses Pembangunan Ekonomi 14 121 BAB Kemahiran Amali: Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar 15 132 BAB Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau 16 135 BAB Segi Tiga Pertumbuhan dan Hubungan Luar Malaysia 17 148 BAB Kemahiran Amali: Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau 18 157 Jawapan 160 Kandungan N&L STPM Geo P2(Kand).indd 3 13/12/2023 12:36 PM
1 1.1 Pengenalan Istilah Atmosfera 1 Lapisan nipis yang tidak sama tebal mengikut garis lintang yang terdiri daripada pelbagai gas yang melekat pada bumi kerana daya tarikan graviti. 2 Lapisan atmosfera bergerak bersamasama pergerakan bumi mengelilingi matahari. 1.2 Struktur Atmosfera 1 Lapisan atmosfera terdiri daripada lima lapisan, iaitu lapisan troposfera yang paling hampir dengan permukaan bumi hingga lapisan eksosfera. -100 0 60 10 km 16 km 50 km 70 km 90 km 110 km Ketinggian Suhu (°C) 0.01 mb 0.1 mb 1 mb 10 mb 100 mb 1000 mb 0.001 mbTekanan Mesosfera Mesopaus Termosfera Stratosfera Stratopaus Tropopaus Troposfera Rajah 1.1 Lapisan utama atmosfera Ciri Struktur dan Kandungan Atmosfera Lapisan Troposfera 1 Lapisan pertama atmosfera dengan ketinggian antara 0 hingga 16 km daripada permukaan bumi dan ketebalannya kira-kira 8 km hingga 16 km. 2 Kandungan terdiri daripada gas kekal, gas berubah dan juzuk bukan gas seperti wap air, O2 , CO2 , N2 , awan, bahan cemar udara. 3 Sifat taburan suhunya, iaitu suhu semakin berkurangan mengikut ketinggian. Di mana semakin tinggi sesuatu tempat ianya akan menjadi semakin sejuk, iaitu setiap ketinggian 1 000 m suhu turun sekitar 6.5°C. 4 Lapisan troposfera adalah bersifat lembap. 5 Kepentingan lapisan, iaitu menjana unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan, awan dan angin serta menjana proses perolakan. Lapisan Stratosfera 1 Lapisan kedua atmosfera dengan ketinggian 16 km hingga 50 km dari lapisan tropopaus (memisahkan lapisan troposfera dengan lapisan stratosfera). Ketebalan lapisan ini kira-kira 40 km. 2 Kandungan lapisan ini terdiri daripada O3 , iaitu gas ozon. 3 Sifat taburan suhunya meningkat mengikut ketinggian iaitu semakin panas. 4 Sifat lembapan lapisan stratosfera adalah bersifat kering. 5 Kepentingan lapisan ini ialah menapis sinar UV atau sinar ultraungu daripada matahari. Lapisan Mesosfera (Ionosfera) 1 Lapisan ketiga atmosfera, iaitu pada ketinggian antara 50 km hingga 80 km dari permukaan bumi dan ketebalan lapisan ini kira-kira 30 km. 2 Kandungan lapisan ini terdiri daripada awan noktilucen. 3 Taburan suhu yang amat rendah, antara 0°C hingga –80°C yang dipengaruhi oleh ketinggian dari permukaan bumi. 4 Kepentingan lapisan ini ialah memecahkan bahan meteor serta menyebabkan meteor terbakar sebelum sampai ke bumi. 1 BAB Struktur dan Kandungan Atmosfera Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal N&L STPM Geo P2(1).indd 1 13/12/2023 12:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 5 Di lapisan ini juga terdapat lapisan stratopaus yang memisahkan lapisan stratosfera dengan lapisan mesosfera. Lapisan Termosfera 1 Lapisan keempat atmosfera yang ketinggiannya antara 80 km hingga 700 km dari permukaan bumi. Ketebalan lapisan ini kira-kira 600 km. 2 Terdapat lapisan mesopaus yang memisahkan lapisan mesosfera dengan lapisan termosfera. 3 Kandungan lapisan ini terdiri daripada kepadatan elektron tinggi atau lebihan gasgas atmosfera (nitrogen dan oksigen dalam bentuk molekul). 4 Taburan suhu di sini meningkat dengan ketinggian dan boleh mencapai 1 200°C. 5 Kepentingan lapisan ini ialah menyerap radiasi solar/UV dan dikenali juga sebagai lapisan gelombang radio dan satelit komunikasi yang diletakkan di lapisan ini. 6 Terbentuknya kejadian aurora, iaitu kejadian cahaya terang berwarna-warni yang terbentuk akibat interaksi magnetik di bumi dengan partikel daripada matahari. Ianya kerap berlaku di kawasan kutub utara dan kutub selatan terutama pada waktu malam. Lapisan Eksosfera 1 Lapisan atmosfera bumi paling atas yang terletak antara 700 km hingga 10 000 km. 2 Eksosfera merupakan lapisan yang memisahkan antara lapisan atmosfera bumi dengan ruang angkasa lepas. 1.3 Kandungan Atmosfera 1 Atmosfera terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu gas kekal, gas berubah dan juzuk bukan gas. Unsur Atmosfera Gas kekal Gas berubah Juzuk bukan gas • Terdiri daripada nitrogen, oksigen dan argon. • Dianggarkan 99% daripada isi padu atmosfera diisi dengan gas nitrogen dan oksigen. • Terjadi secara semula jadi atau melalui aktiviti manusia dan gas ini boleh bertambah atau berkurang. • Contohnya, wap air, gas karbon dioksida, ozon dan metana. • Terdiri daripada asap, habuk dan zarah garam. • Juzuk bukan gas mempengaruhi sinaran matahari yang sampai ke permukaan bumi kerana terdapatnya proses serapan, serakan dan pantulan. i-THINK Peta Pokok Aktiviti Manusia yang Mengganggu Kandungan Atmosfera 1 Aktiviti pembalakan (a) Hutan yang dibalak secara besarbesaran menyebabkan kandungan gas dalam udara berubah. (b) Contohnya, gas karbon dioksida meningkat kerana proses fotosintesis tidak dapat dilakukan oleh tumbuhtumbuhan hijau untuk menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. 2 Aktiviti perindustrian (a) Perindustrian seperti industri memproses dan industri pembuatan banyak menghasilkan asap, habuk dan gas karbon dioksida. (b) Keadaan ini akan menambahkan kandungan gas berubah dan juzuk bukan gas di dalam atmosfera. 3 Aktiviti pengangkutan (a) Kenderaan yang menggunakan bahan api fosil seperti petrol dan diesel akan menghasilkan asap yang mengandungi gas karbon dioksida. (b) Keadaan ini akan meningkatkan kandungan gas berubah dan juzuk bukan gas di dalam atmosfera. N&L STPM Geo P2(1).indd 2 13/12/2023 12:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 4 Penggunaan klorofluorokarbon (a) Aktiviti manusia yang banyak menggunakan gas klorofluorokarbon seperti di dalam peti sejuk, alat penyaman udara, aerosol dan jet supersonik akan memusnahkan gas ozon. (b) Keadaan ini akan menipiskan lapisan ozon yang merupakan gas berubah dalam atmosfera. 5 Aktiviti pembakaran terbuka (a) Pembakaran terbuka oleh sektor domestik, pertanian dan tapak pelupusan sampah akan membebaskan asap serta partikel terampai. (b) Aktiviti ini menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera. 6 Aktiviti kuari (a) Aktiviti meletupkan batu dalam kegiatan kuari akan meningkatkan kandungan debu dan habuk dalam atmosfera. (b) Kandungan debu dan habuk berkenaan merupakan juzuk bukan gas. Peranan Lapisan Atmosfera dalam Mengawal Suhu Permukaan Bumi 1 Peranan lapisan atmosfera sebagai penebat kepada bahangan matahari dengan membenarkan kemasukan bahangan gelombang pendek waktu siang tetapi menghalang bahangan gelombang panjang bumi bebas ke angkasa. Jadi atmosfera bertindak menstabilkan suhu permukaan bumi agar tidak terlampau panas pada waktu siang dan tidak terlalu sejuk pada waktu malam. 2 Lapisan atmosfera berperanan sebagai penapis bahangan ultraungu yang membahayakan semua bentuk hidupan di permukaan bumi dan mampu meningkatkan suhu permukaan bumi. Peranan tapisan ini dimainkan oleh tindakan lapisan stratosfera yang terdapatnya lapisan ozon. 3 Lapisan atmosfera berperanan sebagai pemantul, penyebar, penyerap dan penyerakan bahangan yang sampai di bahagian atas atmosfera seterusnya dapat mengurangkan kadar pemanasan permukaan bumi. 4 Lapisan atmosfera berperanan sebagai pengatur suhu, iaitu dengan bertindak sebagai pengatur haba bumi dengan mewujudkan edaran umum atmosfera. Di kawasan tropika terutama di Khatulistiwa yang berlebihan haba, tidak akan berlaku suhu panas yang ekstrem (melampau). Sementara itu, di kawasan sederhana sejuk dan sejuk, iaitu kawasan kurang haba tidak akan mengalami suhu sejuk yang ekstrem. Peranan Lapisan Troposfera (Lapisan Atmosfera Peringkat Rendah) 1 Merupakan lapisan lut sinar. Lapisan atmosfera merupakan lapisan lut sinar kepada bahangan matahari yang boleh masuk sampai ke bumi dan menghalang kepada gelombang panjang bumi bebas keluar terus ke angkasa lepas. 2 Menjadi selimut kepada bumi. Lapisan ini mampu menghalang pembebasan bahangan gelombang panjang dari bumi ke angkasa lepas. Oleh itu, dapat mengekalkan kepanasan suhu bumi pada waktu malam dan suhu bumi tidak akan menjadi terlalu sejuk. 3 Berfungsi menyerap haba. Lapisan ini berfungsi menyerap haba yang berlebihan dari permukaan bumi dan menjadikan bumi tidak terlalu panas. 4 Membekalkan udara. Lapisan ini berfungsi membekalkan udara untuk hidupan di permukaan bumi. Oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas manakala gas karbon dioksida untuk tumbuh-tumbuhan menjalankan proses fotosintesis dalam proses menghasilkan oksigen. 5 Membekalkan hujan. Lapisan ini membekalkan hujan untuk kehidupan melalui proses kitaran hidrologi, iaitu awan akan terbentuk di lapisan ini daripada wap-wap air yang terpeluwap melalui proses sejatan air dan perpeluhan dari permukaan bumi. 6 Berfungsi menstabilkan suhu. Lapisan ini berfungsi menstabilkan suhu di permukaan bumi untuk membenarkan dan membolehkan kewujudan hidupan di permukaan bumi yang mengalami suhu sesuai untuk terus hidup. N&L STPM Geo P2(1).indd 3 13/12/2023 12:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Latihan Stimulasi 1 Lengkapkan jadual lapisan atmosfera di bawah dengan jawapan yang betul. Lapisan Atmosfera Ciri-ciri (a) Troposfera (i) (ii) (b) Stratosfera (i) (ii) (c) Mesosfera (i) (ii) (d) Termosfera (i) (ii) 2 Lengkapkan rajah di bawah dengan jawapan yang betul. i-THINK Peta Buih Peranan Lapisan Troposfera N&L STPM Geo P2(1).indd 4 13/12/2023 12:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Soalan Struktur 1 (a) Terangkan maksud atmosfera. [4] (b) Senaraikan lima lapisan utama atmosfera bumi. [5] (c) Huraikan tiga unsur utama kandungan atmosfera. [6] Soalan Esei 2 (a) Bincangkan peranan lapisan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi. [13] (b) Bagaimanakah aktiviti manusia boleh mengganggu kandungan unsur dalam atmosfera? KBAT [12] Latihan Pengukuhan STPM KLON STPM KLON STPM KLON N&L STPM Geo P2(1).indd 5 13/12/2023 12:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 2.1 Pengenalan 1 Konsep cuaca merujuk perubahan unsurunsur cuaca yang biasanya terjadi bagi tempoh masa singkat dan dalam ruang lingkup yang kecil. 2 Konsep iklim merujuk perubahan unsurunsur cuaca bagi tempoh masa yang lama (35 tahun) dan dalam ruang yang lebih luas serta bergantung pada kedudukan pada garis lintang bumi. 2.2 Unsur Cuaca dan Iklim 1 Bahangan suria (a) Bahangan suria dikenali juga sebagai bahangan matahari yang sampai ke permukaaan bumi dalam bentuk gelombang pendek. (b) Bahangan suria melibatkan pelbagai gelombang bahangan daripada matahari yang sampai ke permukaan bumi. Jumlah tenaga matahari yang diterima oleh bumi ialah 99.9% manakala selebihnya diterima daripada tenaga endogenik. 2 Bahangan bumi (a) Bahangan bumi dikenali juga sebagai bahangan terestrial. Lazimnya, bahangan ini dipancar kembali ke atmosfera oleh sebarang permukaan yang terdapat di permukaan bumi terutamanya pada waktu malam. (b) Bahangan bumi dibebaskan dalam bentuk gelombang panjang kerana suhu bumi lebih rendah daripada suhu matahari. 3 Suhu (a) Suhu merujuk darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Suhu sesuatu kawasan bergantung pada jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi. (b) Penerimaan bahangan matahari yang banyak akan meningkatkan suhu persekitaran. (c) Termometer Six digunakan untuk mencatat nilai suhu maksimum dan suhu minimum. Suhu diukur dalam unit darjah Celsius (°C) atau Fahrenheit (°F). 4 Kerpasan (a) Merujuk kelembapan yang terpeluwap lalu membentuk titisan air yang turun ke permukaan bumi dari awan sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal seperti hujan salji, hujan batu, hujan beku dan embun. (b) Semakin banyak hujan turun, suhu persekitaran akan menjadi lebih sejuk atau rendah. Hujan yang turun di permukaan bumi disukat dengan menggunakan tolok hujan dalam unit milimeter (mm). 5 Kelembapan (a) Kelembapan udara yang tinggi menggambarkan kandungan udara persekitaran yang mengandungi banyak wap air terutama melalui proses sejatan dan sejat peluhan. (b) Kandungan wap air dalam udara adalah berbeza-beza, iaitu sama ada udara kering ataupun udara lembap. Kelembapan udara terbahagi kepada kelembapan bandingan dan kelembapan mutlak. 6 Tekanan udara (a) Tekanan udara ialah berat udara di sesuatu kawasan. Tekanan udara tinggi menunjukkan suhu persekitaran di kawasan tersebut adalah rendah atau sejuk. 2 BAB Cuaca dan Iklim Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal N&L STPM Geo P2(2).indd 6 19/12/2023 10:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 (b) Komponen udara seperti gas, debu, habuk dan wap air mempunyai beratnya tersendiri. Berat inilah yang akan bertindak ke atas permukaan bumi dan dikenali sebagai tekanan udara. (c) Unit ukuran tekanan udara ialah milibar dan disukat dengan menggunakan alat barometer aneroid. 7 Tiupan angin (a) Tiupan angin merupakan udara yang bergerak dari kawasan tekanan udara tinggi (sejuk) ke kawasan tekanan udara rendah (panas) secara mendatar. (b) Tiupan angin tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai kehadirannya. Kelajuan tiupan angin diukur dengan menggunakan anemometer. (c) Arah tiupan angin ditentukan dengan menggunakan alat petunjuk arah angin dengan menggunakan arah kompas iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat. 8 Litupan awan (a) Awan merujuk kumpulan titisan air atau hablur ais yang terapung-apung di bahagian atas permukaan bumi. (b) Awan terbentuk apabila air yang dikembangkan (tersejat) menjadi wap air dan disejukkan apabila mencapai tahap pemeluwapan di atmosfera. (c) Semakin banyak proses sejatan berlaku maka semakin banyaklah pembentukan awan di atmosfera. (d) Jenis awan dapat dibezakan mengikut ketinggian dan bentuk awan. Awan yang banyak di atmosfera akan menjadikan kawasan lebih redup dan dapat mengurangkan pancaran terus matahari ke permukaan bumi. 2.3 Imbangan Bahangan 1 Imbangan bahangan merujuk keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi adalah sama dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa. 2 Bahangan bumi dikenali juga sebagai bahangan terestrial dan bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam bentuk gelombang panjang. 2.4 Proses Pemindahan Haba Pemindahan Tenaga Haba Suria dari Matahari ke Bumi 1 Melalui gelombang elektromagnet. Pemindahan tenaga haba ini adalah melalui gelombang elektromagnet dan cahaya. Gelombang elektromagnet yang dialirkan adalah melalui gelombang pendek (0.2–0.4 mikron) kerana suhu permukaan matahari yang terlalu panas dan dianggarkan sekitar 5 800°C. 2 Melalui bahangan atau sinaran atau pancaran (insolation). Pemindahan tenaga haba dari matahari adalah melalui bahangan dan kemudiannya ditukarkan kepada bentuk haba. 3 Terdapat beberapa cara pemindahan tenaga haba matahari ke bumi, iaitu melalui bahangan, pengaliran, perolakan dan sinaran. Sinaran suria berbentuk gelombang ultraungu atau dikenali juga sebagai sinar lembayung. 4 Sinaran suria akan melalui peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera yang bertindak sebagai mediumnya dengan ditapis, diserap, diserak atau dipantulkan oleh lapisan atmosfera bumi. Pemindahan Haba dari Permukaan Bumi ke Atmosfera 1 Pembahangan. Pemindahan haba melalui gelombang panjang dari bahagian yang dilepaskan oleh permukaan bumi ke atmosfera. 2 Pengaliran haba. Apabila lapisan atmosfera yang menyentuh permukaan bumi akan dipanaskan oleh permukaan bumi yang panas. 3 Perolakan. Apabila udara dipanaskan melalui proses pengaliran dan bahangan yang akan diedarkan ke seluruh kumpulan udara melalui arus perolakan. 4 Haba pendam, sejatan dan pemeluwapan, iaitu wap-wap air yang mengandungi banyak haba pendam akan membebaskan haba ke atmosfera melalui proses pemeluwapan. 5 Sentuhan. Apabila permukaan bumi yang panas bersentuh dengan udara sejuk akan berlaku pemindahan haba dari permukaan bumi yang panas ke udara sejuk. N&L STPM Geo P2(2).indd 7 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 6 Pantulan. Bahagian permukaan bumi yang terkena bahangan matahari akan memantulkan semula bahangan matahari dari permukaan bumi ke atmosfera. Taburan Suhu Secara Mendatar dan Menegak 2.5 Taburan Suhu Secara Mendatar 1 Taburan suhu mendatar merujuk perbezaan suhu yang dilihat secara kedudukan garisan latitud. Semakin jauh daripada garisan Khatulistiwa suhu semakin kurang hingga ke arah kutub. 2 Oleh itu, terdapat perbezaan penerimaan cahaya matahari atau tenaga haba antara kawasan dan ruang di permukaan bumi. Ada bahagian yang mendapat cahaya matahari yang banyak dan sebahagian yang lain mendapat cahaya matahari yang sedikit. Faktor yang Mempengaruhi Taburan Suhu Secara Mendatar dan Tidak Seragam di Permukaan Bumi 1 Bentuk muka bumi. Ketinggian sesuatu tempat akan mempengaruhi suhu. Semakin tinggi sesuatu tempat dari aras laut, suhu akan jatuh atau menjadi rendah. Suhu juga akan menjadi rendah jika terdapatnya laut dan tasik yang mampu menghasilkan banyak wap air melalui proses sejatan. 2 Litupan permukaan bumi seperti terdapat banyak tumbuhan, bangunan, awan dan salji menjadikan suhu lebih rendah berbanding kawasan yang tiada tumbuh-tumbuhan dan litupan awan kerana cahaya matahari akan terus sampai ke permukaan bumi. 3 Kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan yang berbeza-beza. Tanah yang berwarna cerah suhunya akan lebih rendah berbanding tanah berwarna gelap yang lebih mudah menyerap haba daripada pancaran matahari. 4 Nilai albedo (kadar pembalikan haba) bentuk permukaan bumi yang berbeza-beza. Tanah yang rata lebih banyak nilai albedo berbanding tanah yang kasap atau tidak sekata. 5 Kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza. Tanah yang lembap suhunya lebih rendah berbanding dengan tanah yang kering. Oleh itu, tanah yang lembap lebih lambat untuk dipanaskan berbanding tanah yang kering. 6 Jangka masa dan latitud (sudut pancaran matahari) yang berbeza mengikut garis lintang. Semakin lama tanah terdedah dengan pancaran matahari suhu akan menjadi lebih panas. Begitu juga tanah yang mendapat secara terus pancaran matahari, suhu di kawasan itu akan menjadi lebih panas. Garisan latitud yang paling hampir dengan matahari akan mendapat pancaran matahari yang tinggi khususnya garisan Khatulistiwa. 7 Aspek (kedudukan cerun). Cerun yang menghadap pancaran matahari akan lebih panas kerana kawasan ini akan mendapat pancaran matahari terus ke permukaan bumi berbanding dengan cerun yang terlindung daripada pancaran matahari. 8 Tiupan angin. Angin sejuk seperti angin Mistral yang datang dari kawasan kutub akan merendahkan suhu persekitaran sementara angin Chinuk dan Fohn akan meningkatkan suhu persekitaran kerana angin ini bersifat kering dan panas. 9 Arus lautan. Pergerakan arus lautan panas akan dapat menaikkan suhu persekitaran dan arus sejuk pula akan menurunkan suhu persekitaran. Taburan Suhu Secara Menegak 1 Taburan suhu secara menegak merujuk perbezaan suhu persekitaran yang diukur mengikut ketinggian (altitud) atau taburan suhu mengikut aras ketinggian dari permukaan bumi. 2 Taburan suhu ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara secara menegak. Dari segi tenaga, proses ini berlaku melalui pengeluaran haba pendam akibat pemeluwapan dan penyejukan bahangan di udara. 3 Secara amnya, suhu persekitaran akan semakin berkurang dengan pertambahan ketinggian dengan kadar penurunan kira-kira 6.5°C dengan setiap kenaikan ketinggian 1 000 meter dari aras laut. Walau bagaimanapun kadar pengurangan suhu ini adalah tidak sama bagi setiap tempat. N&L STPM Geo P2(2).indd 8 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 4 Proses pengangkutan suhu secara menegak berlaku dalam tiga cara, iaitu: (a) Pengangkutan melalui arus perolakan. Proses ini paling banyak berlaku di kawasan Khatulistiwa dan di kawasan garis lintang tengah yang mendapat cahaya matahari yang banyak. (b) Pengangkutan oleh wap air yang tersejat. Semasa air tersejat menjadi wap-wap air, tenaga haba pendam yang terdapat dalam wap-wap air akan bergerak secara menegak bersamasama wap air ke atmosfera. Apabila wap air mengalami pemeluwapan, haba pendam akan dibebaskan ke atmosfera. (c) Pengangkutan oleh udara panas di permukaan bumi. Berlaku apabila udara di permukaan bumi yang panas mengalir ke atmosfera secara menegak. Dengan bantuan angin, udara panas yang naik ke atmosfera akan membawa bersama-sama tenaga haba rasa. 2.6 Olak Suhu (Songsangan Suhu) 1 Olak suhu merujuk fenomena cuaca tempatan yang menyebabkan suhu bertambah tinggi apabila semakin meningkat ke udara dan selalunya terbentuk dalam keadaan udara yang stabil dan kering. 2 Olak suhu berlaku pada waktu malam apabila lapisan udara berhampiran permukaan bumi lebih cepat menjadi sejuk berbanding udara di bahagian atas yang masih lagi panas. 3 Keadaan ini dinamakan olak suhu dan jelas terasa pada waktu subuh. Namun begitu, apabila matahari mula memancar olak suhu akan mula berakhir. 2.7 Konsep Kelembapan Udara 1 Kelembapan udara merujuk jumlah kandungan wap air yang terdapat di dalam udara pada tempoh masa dan keadaan suhu yang tertentu. 2 Kelembapan udara boleh diukur dan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) Kelembapan mutlak (i) Merujuk jumlah wap air sebenar yang terdapat di dalam udara pada masa itu. Lazimnya, dinyatakan dalam gram atau unit isi padu. (ii) Sesuatu kumpulan udara yang mempunyai suhu dan tekanan udara tertentu dan hanya mengandungi jumlah wap air yang tertentu. (iii) Apabila had ini tercapai maka udara tersebut dikatakan sudah tepu. (b) Kelembapan bandingan (i) Bermaksud nisbah kandungan wap air sebenar di dalam udara dengan kemampuan sebenar udara menampung wap air pada suhu tertentu. (ii) Sekiranya jumlah wap air yang terdapat di dalam suatu kumpulan udara itu dinyatakan sebagai peratus jumlah maksimum yang dapat dikandung, maka angka yang diperoleh dikenali sebagai kelembapan bandingan. 3 Cara untuk mendapatkan bacaan kelembapan bandingan adalah dengan menggunakan alat menyukat suhu kering dan suhu basah. 4 Seterusnya dapatkan bacaan perbezaan nilai suhu kering dan suhu basah lalu dirujuk kepada jadual kelembapan. 2.8 Konsep Kestabilan Udara 1 Kestabilan udara merujuk udara yang mengembang akan meninggalkan bumi dan turun ke permukaan bumi apabila menguncup. 2 Proses mengembang dan menguncup ini menyebabkan suhu udara turut berubah walaupun tidak berlaku kemasukan atau kehilangan haba yang berlaku antara kumpulan udara tersebut dengan udara di sekitarnya. Proses ini dikenali sebagai proses adiabatik atau kestabilan udara. 2.9 Proses Penyejukan Udara 1 Terdapat tiga cara kadar penyejukan udara di atmosfera, iaitu melalui kadar tukaran sekitaran, kadar tukaran adiabatik basah, dan kadar tukaran adiabatik kering. 2 Kadar tukaran sekitaran digunakan bagi udara tenang yang suhunya diukur pada aras yang lebih tinggi secara berturut-turut. 3 Kadar tukaran sekitaran merujuk purata pengurangan suhu mengikut ketinggian (altitud) di lapisan troposfera iaitu setiap 1 000 meter suhu akan jatuh sekitar 6.5°C. N&L STPM Geo P2(2).indd 9 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 4 Kadar tukaran sekitaran digunakan untuk menggambarkan suhu udara persekitaran yang naik melalui sesuatu kawasan. Kadar Tukaran Adiabatik 1 Kadar tukaran adiabatik merupakan proses berlakunya penurunan suhu bungkusan udara mengikut ketinggian sesuatu tempat dari aras laut yang disebabkan perubahan tekanan sahaja. 2 Tidak berlaku pertukaran atau pemindahan tenaga antara bungkusan udara dengan persekitarannya. 3 Kadar tukaran adiabatik basah. Kadar penurunan suhunya adalah tidak tetap namun pada umumnya suhu akan turun sekitar 6°C (boleh berubah-ubah antara 4°C hingga 9°C) bagi setiap peningkatan ketinggian sebanyak 1 000 meter dari aras laut. 4 Berlaku proses pemeluwapan terhadap wap air apabila berlaku kehilangan suhu semasa haba pendam dibebaskan daripada wap air. 5 Kadar tukaran adiabatik kering. Berlaku apabila suhu akan turun sebanyak 10°C bagi setiap peningkatan ketinggian sebanyak 1 000 meter dari aras laut dan tidak berlaku proses pemeluwapan. 2.10 Sejatan 1 Proses sejatan merupakan satu proses air bertukar dari bentuk cecair kepada bentuk gas (wap air) lalu naik ke atas (atmosfera). 2 Kadar sejatan dipengaruhi oleh kelembapan udara di kawasan tersebut dan juga faktor lain seperti halaju angin, bahangan dan sifat permukaan. 3 Udara panas lagi kering dan disertai angin kencang merupakan keadaan ideal untuk berlaku sejatan. 2.11 Pemeluwapan dan Awan 1 Proses pemeluwapan (a) Air yang tersejat akan naik ke atmosfera dalam bentuk wap air. Apabila wap air mencapai satu tahap pemeluwapan iaitu melalui proses adiabatik, wap air akan terpeluwap. Pemeluwapan merupakan proses menukarkan air dari bentuk gas (wap air) kepada bentuk cecair (air). (b) Titisan air yang terpeluwap akan terapung-apung di udara sebagai kabus atau awan. 2 Proses pembentukan awan (a) Awan terdiri daripada titisan air yang halus atau hablur-hablur ais yang terapung di atmosfera pada masa dan kawasan tertentu. (b) Awan dapat dibahagikan berdasarkan aras ketinggian dan rupanya, iaitu awan tinggi, awan pertengahan, awan rendah dan awan menegak. (c) Awan pula dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan awan, iaitu awan sirus, awan stratus dan awan kumulus. 2.12 Kerpasan 1 Proses kerpasan terjadi apabila titisan air yang terpeluwap dan terapung-apung di udara dikenali sebagai awan. 2 Sekiranya titisan air ini bercantum antara satu dengan yang lain maka titisan air itu lama-kelamaan akan menjadi besar. 3 Apabila titisan air sudah cukup berat dan tepu maka titisan air itu akan jatuh ke permukaan bumi sebagai kerpasan. 4 Kerpasan terdiri daripada air hujan, hujan batu, hujan beku, salji dan embun. Hujan Perolakan, Hujan Orografik (Hujan Bukit) dan Hujan Perenggan Hujan Perolakan 1 Hujan perolakan berlaku pada hari panas. Permukaan bumi dan badan air yang dipanaskan oleh bahangan matahari akan turut memanaskan udara yang berhampiran dan seterusnya menyebabkan molekul air dan udara tersebut tersejat dan mengembang akan membentuk wap air lalu naik ke atas secara perolakan. 2 Wap air yang naik ke atas akan menjadi sejuk secara adiabatik dan akhirnya membentuk awan kumulonimbus yang besar dan tebal. Seterusnya titisan air yang tepu akan turun sebagai kerpasan. Biasanya keadaan ini mencapai peringkat maksimum pada waktu petang. 3 Hujan yang lebat ini sering kali disertai dengan kilat dan petir. Hujan perolakan berlaku sepanjang tahun di kawasan Tropika Lembap dan berlaku pada musim panas di kawasan iklim sederhana. N&L STPM Geo P2(2).indd 10 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Pemeluwapan (hujan) berlaku apabila suhu udara mencapai takat tepu Penyejukan udara berlaku apabila ketinggian bertambah Awan kumulonimbus terbentuk hasil daripada proses pemeluwapan Hujan lebat Hujan lebat Udara panas naik dan mengembang Permukaan panas Daratan Rajah 2.1 Hujan perolakan Hujan Orografik (Hujan Bukit) 1 Hujan orografik berlaku apabila udara dipaksa naik ke atas melalui cerun banjaran gunung. Biasanya berlaku di kawasan banjaran gunung atau bukit-bukau yang selari dengan pantai khususnya angin lemah bertiup dari laut ke kawasan tanah tinggi. 2 Apabila udara lembap dipaksa naik ke atas dari bahagian hadapan gunung, maka angin akan menjadi sejuk secara kadar adiabatik lalu terpeluwap. Sekiranya berlaku penyejukan yang mencukupi maka hujan akan turun sebagai hujan bukit. 3 Setelah udara tersebut melalui puncak gunung maka udara itu akan dipanaskan menyebabkan angin tersebut menjadi kering dan panas. Kawasan yang terlindung dinamakan kawasan lindungan hujan. Udara yang naik mengalami pemeluwapan dan membentuk awan kumulus 3 Angin lembap dari laut bertiup ke darat 1 Udara naik ke atas kerana halangan tanah tinggi 2 4 Kawasan lindungan hujan Laut Hujan turun di cerun menghadap angin Rajah 2.2 Hujan orografik (hujan bukit) Hujan Perenggan atau Hujan Siklon 1 Kerap berlaku di negara yang mengalami iklim sederhana. Hujan perenggan terbentuk hasil pertemuan dua kumpulan udara, iaitu udara sejuk dengan udara panas. Udara sejuk yang lebih berat akan berada berhampiran bumi sementara udara panas yang lebih ringan bergerak dan berada di lapisan atas udara sejuk. 2 Apabila udara ini naik, udara akhirnya akan terpeluwap dan membentuk awan. Seterusnya hujan yang tidak begitu lebat akan turun. Hujan ini dinamakan hujan siklon atau hujan perenggan. Tekanan Udara dan Edaran Umum Atmosfera 2.13 Tekanan Udara 1 Ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh jisim udara ke atas sesuatu titik atau kawasan di atas permukaan bumi yang diukur dalam unit tertentu. 2 Tekanan udara terbahagi kepada tekanan udara tinggi dan tekanan udara rendah. Pergerakan udara adalah dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. N&L STPM Geo P2(2).indd 11 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Edaran Umum Atmosfera 1 Edaran umum atmosfera merujuk pergerakan angin yang akan membentuk kitaran udara di kawasan Tropika dan subtropika yang seterusnya akan mewujudkan angin Timuran dan angin Baratan. 2 Di sepanjang Khatulistiwa dan lingkungan 5° di sebelah utara dan selatan terdapat kawasan tekanan rendah Khatulistiwa. 3 Pemanasan yang terlalu kuat menyebabkan udara mengembang dan naik dalam bentuk perolakan. Kawasan Khatulistiwa juga dikenali sebagai Doldrum. 4 Kawasan ini juga merupakan kawasan pertemuan angin. Kawasan 30º Utara dan Selatan terdapat kawasan Tekanan Tinggi Hampir Tropika. 5 Udara yang terdapat di sini agak kering dan anginnya tenang dan sepoi-sepoi. Kawasan ini merupakan kawasan penurunan udara dan antisiklon. Kawasan ini dinamakan kawasan tenang Tropika. 6 Kawasan 60°U dan 60°S merupakan kawasan tekanan udara rendah hawa sederhana. Merupakan zon pertemuan udara dan kegiatan-kegiatan siklon. Di kutub utara dan kutub selatan iaitu 90°U dan 90°S adalah sentiasa sejuk merupakan kawasan tekanan udara tinggi kutub. 7 Angin akan bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah sebagai angin dunia. Namun, angin ini tidak bertiup terus dari sebuah kawasan ke kawasan lain disebabkan pengaruh putaran bumi (daya koriolis) yang membiaskan arah tiupan angin. 8 Di hemisfera selatan angin ini terbias ke kiri, sementara di hemisfera utara angin terbias ke kanan yang dikenali juga sebagai Hukum Biasan Ferrel. 9 Angin yang bertiup keluar dari kawasan tekanan tinggi hampir kutub di hemisfera utara menuju ke tekanan udara rendah Khatulistiwa dan bertiup sebagai angin timur laut. Sementara kawasan di hemisfera selatan angin bertiup adalah sebagai angin tenggara. Kawasan tenang hampir tropika Tekanan rendah Khatulistiwa Angin timuran utara Doldrum Angin timuran utara Jaluran angin berubah dan tenang Tekanan tinggi Tekanan tinggi Angin timuran kutub Pecahan kutub kutub Perenggan R R Tekanan rendah Jalur angin berubah dan tenang khatulistiwa hampir tropika Perenggan kutub Alir lintang lebih penting 60° 60° 30° 30° 0° hampir tropika Sel Halier Tekanan tinggi Tekanan tinggi Tekanan tinggi Tekanan tinggi Tekanan tinggi Tekanan tinggi Angin timuran kutub Pecahan kutub Tekanan rendah Khatulistiwa Rajah 2.3 Sistem angin dunia N&L STPM Geo P2(2).indd 12 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Bayu darat Kehilangan haba bumi (gelombang panjang) Malam Keluar ke laut Udara panas (tekanan rendah) Udara panas naik Pantai Timur Semenanjung Malaysia Udara sejuk (tekanan tinggi) Udara sejuk (tekanan tinggi) Laut China Selatan Laut China Selatan Udara panas (tekanan rendah) Balik ke daratan Pantai Timur Semenanjung Malaysia Udara panas (tekanan rendah) Siang Udara sejuk turun Udara sejuk (tekanan tinggi) Udara panas naik Laut China Selatan Bayu Laut Bayu Darat • Pada waktu siang bumi lebih cepat menjadi panas berbanding kawasan laut. • Udara panas di kawasan darat akan naik ke atas dan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan tekanan udara rendah. • Keadaan udara di laut adalah lebih sejuk menyebabkan kawasan tersebut mengalami tekanan udara tinggi. • Udara akan bergerak dari tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah. • Oleh itu, bayu laut bertiup dari laut ke darat pada waktu siang hari. • Pada waktu malam suhu di bumi lebih cepat menjadi sejuk berbanding suhu di laut. • Udara sejuk di permukaan darat menghasilkan satu tekanan udara tinggi. • Laut masih lagi menyimpan haba dan masih lagi dalam keadaan panas yang menghasilkan tekanan udara rendah. • Udara akan bergerak dari tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah. • Oleh itu, bayu darat akan bertiup dari darat ke laut pada waktu malam hari. Rajah 2.4 Bayu laut dan bayu darat 2.14 Sistem Angin Tempatan 1 Angin merujuk udara yang bergerak akibat adanya perbezaan tekanan udara dari kawasan yang mengalami tekanan udara tinggi ke kawasan yang mengalami tekanan udara rendah atau dari kawasan yang memiliki suhu yang rendah (sejuk) ke kawasan yang bersuhu tinggi (panas). 2 Angin tempatan merupakan angin yang mempengaruhi sesebuah kawasan sahaja dan bertiup dalam satu jangka masa yang pendek. Kawasan tekanan rendah membentuk kebanyakan angin tempatan. Bayu Laut dan Bayu Darat 1 Perbezaan tekanan udara antara laut dengan darat akan menghasilkan bayu darat dan bayu laut. Malaysia mempunyai kawasan perairan yang luas mengalami bayu darat dan bayu laut pada setiap hari. Angin Pergunungan 1 Anginyangterdapatdi kawasanpergunungan akan berubah arah dua kali sehari, iaitu pada hari siang dikenali sebagai angin lembah yang akan bertiup ke atas cerun lembah dan pergunungan. Sementara itu, pada waktu malam akan terbentuk angin pergunungan yang akan bertiup menuruni cerun lembah dan pergunungan. 2 Pada malam hari, udara yang terdapat di sepanjang lereng gunung mula menyejuk dengan cepat kerana kehilangan haba/ bahangan bumi melalui gelombang panjang. Semasa udara menyejuk, udara akan menjadi lebih berat dan mula mengalir bergerak ke bawah cerun lalu membentuk angin pergunungan. N&L STPM Geo P2(2).indd 13 29/12/2023 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 Aliran anabatik Angin bahagian atas lebih panas (Tekanan rendah) Langit Cerah Aliran katabatik Langit Cerah Langit Cerah Angin bahagian lembah lebih sejuk (Tekanan tinggi) Udara sejuk Kabut Malam hari Langit Cerah Aliran katabatik Langit Cerah Langit Cerah Angin bahagian lembah lebih sejuk (Tekanan tinggi) Udara sejuk Kabut Langit Cerah Aliran anabatik Angin bahagian atas lebih panas (Tekanan rendah) Siang hari Angin Lembah (Anabatik) Angin Pergunungan (Katabatik) Rajah 2.5 Angin lembah dan angin pergunungan 3 Udara yang bergerak kencang menuruni cerun gunung dikenali sebagai angin katabatik. Penumpuan udara mengalir ke bawah lembah gunung akan berlaku dan memaksa pula udara bergerak menegak ke atas. Pergerakan udara menegak ke atas akan melengkapkan pusingan sistem sel. Angin Lintang 1 Angin lintang merupakan angin yang bertiup secara melintang daripada arah perjalanan sesuatu objek. Contohnya, kejadian angin lintang yang berlaku kepada komponen angin yang bertiup 90 darjah merentangi landasan kapal terbang menyebabkan pesawat sukar dan berbahaya semasa mendarat berbanding dengan angin yang bertiup selari dengan arah penerbangan tersebut. 2 Selain itu, angin lintang juga boleh berlaku di atas lebuh raya dan jambatan yang panjang. Angin lintang boleh membahayakan pemandu disebabkan daya angkat terhadap kenderaan yang mungkin terhasil. Cara yang paling selamat untuk menghadapi angin lintang adalah dengan mengurangkan kelajuan kenderaan serta cuba memandu melawan arah angin lintang. 2.15 Sistem Angin Dunia Angin Monsun 1 Angin monsun terjadi akibat perbezaan pemanasan dan penyejukan benua dan lautan pada musim panas dan musim sejuk. 2 Pemanasan yang cepat di permukaan bumi pada musim panas. Contoh, pemanasan di negara India dengan cepat menyebabkan udara panas naik ke atas. 3 Angin Monsun Barat Daya dari lautan bertiup ke kawasan tekanan udara rendah yang terjadi di daratan. Angin ini akan membawa hujan yang lebat ke daratan. 4 Angin Monsun Timur Laut bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah pada musim dingin. N&L STPM Geo P2(2).indd 14 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Angin Monsun Timur Laut 1 Lazimnya, Angin Monsun Timur Laut berlaku pada bulan November hingga Mac setiap tahun. Pada masa ini matahari berada paling hampir dengan Garisan Jadi di hemisfera selatan. 2 Oleh itu, hemisfera selatan akan mengalami musim panas yang akan mewujudkan sel tekanan udara rendah (TUR) seperti di benua Australia. 3 Sementara itu, pada masa yang sama hemisfera utara mengalami musim sejuk yang akan mewujudkan sel tekanan udara tinggi (TUT) seperti di kawasan Siberia. 4 Perbezaan tekanan udara ini akan menyebabkan udara bergerak dari tekanan tinggi ke arah tekanan udara rendah lalu membentuk angin lazim. 5 Angin akan bergerak pada arah barat laut namun akan terbias ke kanan lalu membentuk Angin Monsun Timur Laut di Asia Tenggara. Angin Monsun Barat Daya 1 Biasanya, angin monsun ini berlaku pada bulan Mei hingga September. Keadaan ini berlaku kerana pada masa ini matahari akan berada di atas Garisan Sartan di hemisfera utara atau hemisfera utara mengalami musim panas. Oleh itu, wujud tekanan udara rendah (TUR) yang terbentuk di kawasan Siberia. 2 Sementara itu, di hemisfera selatan mengalami musim sejuk yang akan mewujudkan sel tekanan udara tinggi terutama di benua Australia. 3 Oleh itu, berlaku dua perbezaan tekanan udara yang akhirnya udara akan bergerak dari tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah sebagai angin lazim. 4 Angin ini akan bergerak sebagai angin Monsun Tenggara namun akan terbias ke kanan di garisan Khatulistiwa lalu menjadi Angin Monsun Barat Daya. Badai Selari (Angin Sumatera atau Ribut Sumatera) 1 Angin Sumatera merujuk fenomena ribut kencang yang melanda pantai barat Semenanjung Malaysia dari Klang hingga ke selatan di Johor. Angin Sumatera merupakan tiupan angin yang kencang secara tibatiba selama beberapa minit dan kemudian menjadi lemah. 2 Lazimnya, angin Sumatera bertiup disertai hujan lebat dan berlaku pada waktu malam atau pada waktu subuh yang diikuti angin kencang dan ribut. 3 Ribut Sumatera berlaku pada musim peralihan Monsun Barat Daya, iaitu pada Mei hingga September dengan Monsun Timur Laut yang bertiup pada November hingga Mac. 4 Angin ini dikenali sebagai ribut Sumatera kerana pulau Sumatera merupakan penampan atau penghalang terhadap tiupan Angin Monsun Tenggara dari Lautan Hindi hingga benua Australia di selatan. Pulau Sumatera menerima impak yang besar kerana terletak pada 0° garisan Khatulistiwa bertukar arah menjadi Angin Monsun Barat Daya. 5 Pertukaran arah angin dari benua Australia ini kerana bumi yang bentuk sfera. Titik pertukaran angin berlaku di atas garisan Khatulistiwa yang menyebabkan angin akan terbias. N&L STPM Geo P2(2).indd 15 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Latihan Stimulasi 1 Senaraikan unsur cuaca dan iklim di bawah dengan jawapan yang betul. (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) 2 Senaraikan faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar di bawah dengan jawapan yang betul. Faktor yang Mempengaruhi Taburan Suhu Secara Mendatar N&L STPM Geo P2(2).indd 16 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Terangkan konsep cuaca. [3] (b) Huraikan tiga unsur cuaca. [6] (c) Terangkan tiga cara pemindahan haba dari permukaan bumi ke atmosfera. [6] Soalan Esei 2 (a) Dengan melukis gambar rajah, jelaskan proses kejadian hujan perolakan dan hujan orografik. KBAT [13] (b) Bincangkan kesan gangguan iklim terhadap alam sekitar. [12] N&L STPM Geo P2(2).indd 17 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Aktiviti Manusia 3.1 1 Pengaruh pelbagai unsur cuaca dan iklim amat besar terhadap pelbagai aktiviti manusia terutamanya aktiviti ekonomi seperti perikanan, pertanian, perdagangan, pelancongan, pengangkutan, perindustrian dan pembalakan. 2 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia melibatkan kesan positif dan kesan negatif. 3 Aktiviti pertanian (a) Min suhu tahunan yang tinggi kirakira 27°C dan hujan tahunan yang banyak kira-kira 2 500 mm setahun membolehkan pelbagai jenis tanaman ditanam sepanjang tahun. Suhu yang tinggi dan hujan yang banyak sepanjang tahun menggalakkan aktiviti pertanian. (b) Di kawasan tanah rendah seperti di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan, padi sawah ditanam secara meluas. Di kawasan tanah beralun dan bersaliran baik, tanaman getah dan kelapa sawit sesuai ditanam. (c) Teh, sayur-sayuran dan buah-buahan hawa sederhana sejuk ditanam di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang di Sabah. 4 Aktiviti pelancongan (a) Pelancong datang ke Malaysia kerana mahu menikmati suhu yang panas dan cuaca cerah hampir sepanjang tahun. (b) Mereka akan mengunjungi pantaipantai yang indah seperti di pantai Batu Feringgi, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Kapas, Pulau Sibu dan sebagainya. (c) Cuaca yang cerah juga membolehkan pelancong melawat tempat menarik, tempat bersejarah dan pusat beli-belah di bandar di Malaysia. 5 Aktiviti perikanan (a) Kegiatan perikanan di Malaysia dapat dijalankan sepanjang tahun kecuali di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah kerana kawasan ini mengalami Angin Monsun Timur Laut pada bulan November hingga Mac. (b) Angin Monsun Timur Laut yang disertai angin kencang dan hujan lebat membahayakan aktiviti perikanan kerana laut bergelora, angin kencang dan hujan lebat. (c) Kegiatan perikanan di pantai barat Semenanjung Malaysia dan tenggara Sabah boleh dijalankan sepanjang tahun. Contohnya, nelayan di Bagan Lalang, Kuala Sepetang, Batu Maung dan Tanjung Piai dapat turun ke laut hampir sepanjang tahun kerana kawasan tersebut jarang mengalami angin kencang, laut bergelora dan hujan lebat. (d) Kawasan yang menerima min hujan tahunan yang tinggi akan membekalkan sumber air yang mencukupi untuk kegiatan penternakan akuakultur khususnya di kawasan pedalaman. 6 Aktiviti perdagangan dan pengangkutan (a) Urusan perdagangan dan perkhidmatan pengangkutan dapat dijalankan dengan lancar sepanjang tahun dengan keadaan cuaca yang cerah. (b) Namun, di sesetengah kawasan di pantai timur Semenanjung Malaysia, timur laut Sabah dan Sarawak kadangkala mengalami gangguan jalan terputus akibat banjir kerana hujan lebat ketika dilanda Angin Monsun Timur Laut. 3 BAB Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal N&L STPM Geo P2(3).indd 18 19/12/2023 10:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 (c) Cuaca dikatakan tidak lagi menjadi penghalang utama kepada kelancaran aktiviti perdagangan pada masa kini. 7 Aktiviti pembalakan (a) Iklim Khatulistiwa yang mendapat bahangan matahari yang banyak telah menggalakkan pertumbuhan hutan hujan Tropika, hutan pantai dan hutan paya yang luas. (b) Terdapat pelbagai spesies pokok kayu keras dan berharga seperti cengal, meranti, balau dan keruing yang boleh dibalak serta menjadi punca pendapatan negara. (c) Aktiviti pembalakan akan terhenti semasa musim tengkujuh (hujan) kerana hujan yang lebat menyebabkan jalan menjadi licin, berlumpur dan berbahaya untuk membawa keluar balak dari hutan. 8 Aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) (a) Sesetengah industri kecil dan sederhana (IKS) memerlukan bahangan suria serta tenaga haba yang banyak untuk mengeringkan hasil pertanian, hasil perikanan dan penghasilan barangan kraf tangan. (b) Contohnya, dalam sektor pertanian cahaya matahari digunakan untuk mengeringkan padi, bunga cengkih dan lada hitam. (c) Kegiatan hiliran yang berasaskan perikanan dapat dijalankan dengan adanya bahangan matahari sepanjang tahun. Contohnya, kerjakerja pengeringan ikan dan pembuatan belacan di Tanjung Bidara, Kuala Selangor dan Pulau Pangkor dapat dijalankan secara berterusan dengan adanya sumber cahaya matahari sepanjang tahun. (d) Dalam industri kraf tangan, cahaya matahari penting untuk mengeringkan kain batik, tembikar dan rotan. 3.2 Fenomena Iklim Banjir (Lebihan Air atau Air Positif) 1 Banjir merujuk keadaan air tanih berlebihan apabila jumlah kerpasan yang turun melebihi jumlah sejatan yang berlaku menyebabkan isi padu air sungai melebihi alur sungai. 2 Banjir berlaku akibat jumlah curahan air hujan yang tinggi dan menghasilkan aliran air permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat. 3 Limpahan air berlaku kerana aliran air permukaan yang banyak. Air yang banyak tidak dapat menyerap masuk ke dalam tanih sebaliknya disalirkan sebagai air larian permukaan. Sebab-sebab Berlakunya Banjir 1 Hujan lebat untuk beberapa hari menyebabkan tanah menjadi tepu dan tidak lagi dapat menyerap air. i-THINK Peta Dakap Hujan yang lebat boleh menyebabkan kejadian banjir akibat kuantiti air yang terlalu banyak di dalam tanih. Jumlah air hujan yang turun dengan banyak akan mempercepat berlakunya kejadian banjir kerana tanih akan cepat menjadi tepu. Hujan lebat yang turun dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kejadian banjir akibat tanih yang sudah tepu dengan air. Faktor Hujan Intensiti atau keamatan hujan Curahan (jumlah) hujan Tempoh masa hujan N&L STPM Geo P2(3).indd 19 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 2 Kurang litupan tumbuh-tumbuhan menyebabkan larian air permukaan menjadi aktif dan banyak memenuhi kawasan rendah dan sungai dalam jangka masa yang pendek. Kawasan yang mempunyai litupan tumbuhtumbuhan dapat mengurangkan berlakunya banjir kerana daun, ranting dan batang bertindak melambatkan air hujan sampai ke permukaan tanah. Akar pokok pula akan menyerap air ke dalam tanih seterusnya mengurangkan larian air permukaan. 3 Sistem perparitan tidak cekap seperti sempit, tersumbat dan berliku-liku menyebabkan aliran air menjadi lambat dan akhirnya berlaku limpahan air akibat isi padu air yang bertambah dengan cepat semasa hujan lebat. 4 Litupan permukaan yang tidak telap air seperti kawasan bertar dan bersimen memudahkan larian air permukaan berlaku dengan cepat ke longkang dan sungai menyebabkan isi padu air bertambah dengan pantas sehingga melepasi tebing sungai dan sistem perparitan. Foto 3.1 Permukaan berturap mempunyai kadar larian air permukaan yang tinggi semasa hujan Ciri Unsur Cuaca semasa Kejadian Banjir i-THINK Peta Pokok Ciri Unsur Cuaca semasa Kejadian Banjir Kerpasan Kelembapan udara Suhu Litupan awan Tiupan angin • Di kawasan daratan akan berlaku kadar kerpasan melebihi kadar sejatan. • Berlakunya hujan yang lebat dan berpanjangan yang mengakibatkan berlakunya kejadian banjir besar. Kadar lembapan udara persekitaran adalah tinggi kerana terdapat banyak wap-wap air di persekitaran. Akan berlaku keadaan penurunan suhu persekitaran apabila pancaran sinaran matahari akan berkurangan disebabkan terdapat banyak awan. Langit akan lebih banyak berawan atau dilitupi awan yang mengandungi banyak titisan air. Tiupan angin kencang akan lebih kerap berlaku bersama ribut yang membawa hujan. N&L STPM Geo P2(3).indd 20 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 Langkah untuk Mengatasi Banjir 1 Mewujudkan sistem perparitan yang cekap. Sistem perparitan perlu diperbanyak untuk menampung isi padu air yang banyak dan mempercepat air mengalir ke sungai dan akhirnya ke laut, tasik, kolam takungan dan sebagainya. 2 Penyelenggaraan sistem saliran seperti mendalam, melebar dan meluruskan sungai. Cara ini membolehkan lebih banyak isi padu air yang dapat ditampung dan memudahkan pengaliran air ke laut. 3 Pengawalan pembangunan guna tanah. Projek yang hendak dibangunkan di sesuatu kawasan perlu dibuat kajian yang teliti sebelum membangunkan sesebuah kawasan tanah. Kajian yang teliti semestinya meliputi aspek sistem perparitan yang cekap untuk mengalirkan air hujan ke sungai. Foto 3.2 Perancangan pembangunan di tebing sungai yang teliti mampu mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan 4 Mewujudkan kawasan hijau di bandar dengan menanam rumput dan pokok hijau terutama di cerun bukit bagi mengurangkan kadar larian air permukaan. 5 Memastikan rizab tanah sungai tidak dibangunkan agar mudah untuk melebarkan sungai pada masa hadapan bagi menampung isi padu air yang banyak. 6 Pendidikan dan kempen kebersihan. Langkah ini bertujuan untuk mendidik pelajar dan masyarakat agar tidak mencemarkan alam sekitar terutama sampah sarap tidak dibuang ke dalam longkang yang boleh menyebabkan longkang tersumbat dan akhirnya mengakibatkan berlaku banjir. Kemarau (Kurangan Air atau Air Negatif) 1 Kemarau merujuk keadaan air dalam tanih berkurangan iaitu jumlah sejatan melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang. 2 Keadaan cuaca semasa kemarau ialah suhu panas, udara kering, hujan berkurangan atau hampir tiada langsung. Keadaan ini menjadikan tanah kering, gersang dan merekah. 3 Kemarau yang teruk menyebabkan hidupan akuatik akan mati serta tumbuh-tumbuhan akan layu dan akhirnya mati. Haiwan pula akan berpindah ke tempat lain untuk mendapatkan habitat yang lebih sesuai dan sumber air. Faktor yang Menyebabkan Berlakunya Kemarau 1 Fenomena cuaca luar biasa seperti kejadian El-Nino. Fenomena El-Nino merupakan pemanasan yang berlaku di Lautan Pasifik dan membawa udara panas ke daratan benua. Keadaan ini menyebabkan suhu di kawasan kebenuaan akan meningkat dan menjadi panas serta udara menjadi kering. 2 Aktiviti penyahhutanan sama ada untuk tujuan pembalakan, pembandaran, pembukaan zon perindustrian, kawasan perumahan dan jaringan pengangkutan. Kegiatan tersebut menyebabkan kekurangan gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhtumbuhan hijau dan sebaliknya berlaku pertambahan gas rumah hijau dalam atmosfera. Hutan yang banyak dapat menyederhanakan suhu sekitar kerana kelembapan udaranya yang tinggi. 3 Perubahan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan dan angin yang luar biasa seperti suhu terlalu panas, hujan terlalu sedikit yang turun dalam jangka masa yang lama dan tiupan angin yang kencang mempercepat dan memperbanyak berlaku proses sejatan dan sejat peluhan. 4 Kadar pembandaran yang terlalu pesat menyebabkan pertambahan jumlah bangunan konkrit, jalan bertar, kawasan berturap dan kenderaan yang membebaskan gas karbon dioksida seterusnya akan mengakibatkan kejadian pulau haba bandar. Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan kandungan air dalam udara sedikit yang disebabkan kurangnya berlaku proses sejat peluhan. N&L STPM Geo P2(3).indd 21 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Langkah yang Boleh Diambil bagi Menangani Fenomena Kemarau 1 Memajukan sumber air bawah tanah untuk menampung kekurangan air di sesuatu tempat. Simpanan air bawah tanah boleh dimajukan dengan mengepam keluar air bawah tanah untuk kegunaan sektor pertanian, domestik, perindustrian dan sebagainya. 2 Melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan. Hujan tiruan boleh dilakukan dengan menyembur larutan garam ke awan. 3 Langkah membina laluan air atau terowong air untuk memindahkan air antara lembangan. Kawasan yang banyak air boleh dialirkan melalui terowong yang dibina oleh manusia ke kawasan yang mengalami kekurangan air atau kemarau. Ciri Unsur Cuaca semasa Kemarau i-THINK Peta Pokok Ciri Unsur Cuaca semasa Kemarau Kerpasan Angin Kelembapan udara Litupan awan Suhu • Di kawasan daratan akan berlaku kadar sejatan melebihi kadar kerpasan. • Hujan yang turun adalah amat sedikit dan ini menyebabkan berlakunya kejadian kemarau. Wujud tekanan udara rendah berlaku pergerakan angin masuk dari tekanan udara tinggi (Angin panas kering). Kadar kelembapan udara persekitaran adalah rendah kerana kurangnya wap air di dalam udara. Langit akan kekurangan litupan awan kerana proses pembentukan wap air kurang berlaku akibat kekurangan air pada badan air dan kelembapan tanih yang berkurangan menyebabkan kadar sejatan air berkurangan. Akan berlaku keadaan peningkatan suhu persekitaran apabila pancaran sinaran matahari yang sampai ke permukaan bumi akan berlebihan disebabkan kurangnya pembentukan awan. 4 Langkah memproses air dari sumbersumber tasik atau kolam semula jadi untuk keperluan manusia. 5 Sistem pengurusan dan pengagihan air yang cekap. Proses penggantian paip lama dipercepat agar tidak berlaku pembaziran air apabila berlakunya kebocoran paip air di bawah tanah. Siklon Tropika 1 Siklon Tropika bermaksud kejadian pusat tekanan udara rendah yang kuat berlaku di atas permukaan laut kawasan Tropika di antara 5° hingga 15° utara atau selatan Khatulistiwa yang menghasilkan pergerakan angin kencang secara berputar atau pusaran. 2 Siklon Tropika terdapat di kawasan berhampiran Khatulistiwa apabila daya N&L STPM Geo P2(3).indd 22 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 korialisnya sungguh lemah. Siklon Tropika kerap disertai angin kencang dan hujan lebat dan biasanya berlaku pada penghujung musim panas. 3 Bahagian tengah siklon dikenali sebagai mata yang merupakan sebuah kawasan tenang dan mempunyai angin yang perlahan dan berubah-ubah. 4 Siklon Tropika bersifat pembinasa kerana sering mendatangkan kerosakkan di sepanjang pantai. Ombak kuat yang dibentuk oleh angin kencang akan melanda kawasan pantai menyebabkan berlaku banjir besar. 5 Siklon Tropika boleh terdiri daripada taufan dan hurikan. Faktor yang Menggalakkan Pembentukan Siklon Tropika 1 Suhu air laut yang melebihi 26°C akan menggalakkan terjadinya perolakan yang tebal dan seterusnya terbentuk tekanan udara rendah di kawasan lautan. 2 Penjanaan tenaga haba yang banyak di lautan Tropika akan menghasilkan tekanan udara rendah di permukaan laut. Tekanan udara tinggi di daratan akan menyebabkan kecerunan yang menghasilkan pergerakan angin berlaku, iaitu pergerakan udara dari daratan ke lautan di peringkat permukaan dan dari laut ke daratan di bahagian atas. 3 Terdapatnya daya korialis di antara garis lintang 5° hingga 15° utara atau selatan dari garisan Khatulistiwa. 4 Terdapat ricih atau vektor angin menegak yang minimum untuk menggalakkan perkembangan edaran udara pada paksi menegak. 5 Berlakunya perubahan iklim seperti kejadian pemanasan global yang akan menggalakkan berlakunya pemanasan air laut. Tornado 1 Biasanya berlaku atau terbentuk di kawasan daratan. Dikenali juga sebagai angin puting beliung yang merupakan siklon Tropika dan subtropika berskala kecil tetapi sungguh kencang. Tornado kerap berlaku pada musim bunga dan kadangkala pada musim panas di kawasan hawa sederhana. 2 Angin yang kencang berpusar dengan laju melebihi 800 km sejam. Ribut yang bergerak kelihatan seperti serombong awan hitam kerana terdiri daripada wap air, debu, pasir dan zarah ampaian lain yang ditiup oleh angin tersebut. Biasanya kawasan yang dilanda tornado akan mengalami kemusnahan harta benda yang teruk. Kesan Siklon Tropika/Tornado terhadap Kehidupan Manusia 1 Berlaku kerosakan dan kemusnahan harta benda. Hujan berserta ribut yang kuat mampu memusnahkan harta benda seperti rumah, infrastruktur dan kenderaan apabila berlaku banjir besar. 2 Boleh menyebabkan kehilangan nyawa penduduk disebabkan bangunan runtuh atau mati lemas dalam kejadian banjir besar. 3 Kegiatan ekonomi penduduk akan terganggu apabila tanaman dan ternakan musnah serta aktiviti penangkapan ikan turut terjejas. Nelayan tidak boleh keluar menangkap ikan kerana keadaan laut yang bergelora dan berombak besar berisiko menenggelamkan kapal. 4 Sistem pengangkutan terjejas. Siklon Tropika dan tornado boleh mengakibatkan berlaku gangguan terhadap pengangkutan air, darat dan udara apabila berlakunya ribut dan banjir besar. Begitu juga dengan sistem perhubungan seperti telekomunikasi akan terganggu atau terputus apabila menara pemancar rosak akibat tiupan angin ribut yang kuat. 5 Penularan wabak penyakit disebabkan banjir. Kekotoran dan sisa kumbahan akan melimpah keluar dan bercampur dengan air banjir. Keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran wabak penyakit seperti taun dan penyakit kulit yang berpunca daripada air banjir yang tercemar. 6 Mengalami trauma dan tekanan jiwa. Penduduk yang mengalami bencana ribut taufan dan banjir besar akan mengalami trauma dan tekanan jiwa. Kehilangan harta benda dan nyawa akan menyebabkan mereka sentiasa dibayangi ketakutan dan berasa diri tidak selamat. 7 Berlaku kemusnahan infrastruktur asas yang teruk seperti kerosakan jaringan pengangkutan, kemudahan bekalan air bersih, kemudahan elektrik dan sebagainya akibat banjir besar dan angin kencang yang berlaku. N&L STPM Geo P2(3).indd 23 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 8 Berlaku kemusnahan kemudahan sosial seperti kawasan rekreasi, kawasan pelancongan dan kemudahan awam yang lain akibat ditenggelami air banjir dan tiupan angin kencang. Fenomena El-Nino 1 Fenomena El-Nino merujuk peningkatan suhu permukaan lautan di tengah Tropika dan timur Lautan Pasifik yang menyebabkan keadaan cuaca menjadi panas yang melampau. Proses Kejadian El-Nino 1 Fenomena El-Nino berlaku dalam setiap tiga hingga ke tujuh tahun. Semasa El-Nino kejadian arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru di Amerika Selatan. 2 El-Nino berpunca daripada pancaran cahaya matahari yang melampau di Lautan Pasifik Tropika sehingga menyebabkan pemanasan permukaan lautan yang luar daripada kebiasaan. 3 Kesan pemanasan tersebut, arus permukaan laut di Lautan Pasifik Tropika akan bergerak ke arah barat dan kemudian bertukar ke arah timur. 4 Ketika kawasan Tropika mengalami El-Nino, kejadian ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur lalu menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia. Cuaca yang lebih panas dan kering juga dialami di tenggara Afrika, India, dan utara Brazil. 5 El-Nino lazimnya berlaku selama 9 hingga 18 bulan. Biasanya El-Nino mula terbentuk pada awal tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi semakin lemah menjelang pada awal tahun yang berikutnya. El-Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama. Ciri Cuaca yang Berpunca daripada Fenomena El-Nino 1 Kerpasan. Di kawasan daratan di Pasifik Barat seperti Asia Tenggara akan berlaku kadar sejatan melebihi kadar kerpasan. 2 Litupan awan. Langit akan kekurangan awan kerana proses pembentukan wap air kurang berlaku. 3 Suhu. Akan berlaku keadaan peningkatan suhu, iaitu pancaran sinaran matahari akan berlebihan disebabkan kekurangan awan. 4 Hujan. Hujan yang turun amat sedikit menyebabkan kejadian kemarau teruk berlaku. 5 Kelembapan udara. Kadar kelembapan udara adalah rendah kerana kekurangan wap air dalam udara. ASIA U Asia Tenggara Angin Baratan kuat Australia Amerika Selatan Amerika Utara Angin timuran yang lemah 1 Angin baratan menolak arus panas ke Amerika Selatan 2 Arus sejuk dasar laut mengalir ke Asia Tenggara 3 Lautan Pasifik Peta 3.1 Fenomena EI-Nino N&L STPM Geo P2(3).indd 24 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 Kesan Fenomena El-Nino terhadap Aktiviti Pertanian 1 Aktiviti pembajakan tanah tergendala. kadar sejatan yang tinggi menyebabkan tanah menjadi keras dan kering. Keadaan ini akan menyukarkan kerja pembajakan tanah. 2 Aktiviti penanaman sukar dijalankan. Aktiviti menanam anak pokok tidak dapat dijalankan kerana bekalan air kurang menjadikan tanah kering dan keras. Tumbuhan akan kekurangan air dan menjadikannya layu dan akhirnya mati. 3 Aktiviti pengairan tidak dapat dijalankan. Sumber air sungai akan kurang dan mengering menyebabkan pengairan tanaman tidak dapat dijalankan kerana kekurangan air. 4 Aktiviti penuaian hasil tanaman merosot. Kekurangan air menyebabkan proses pertumbuhan tumbuhan akan terbantut dan menyebabkan hasil pertanian akan berkurangan kerana pokok layu dan mati. Kesan El-Nino terhadap Aktiviti Manusia 1 Kejadian El-Nino akan memberi kesan kepada permukaan bumi. El-Nino akan menyebabkan keadaan udara menjadi kering, tiada hujan dan kemarau berpanjangan menyebabkan kejadian jerebu. Keadaan berjerebu turut menjejaskan kegiatan pertanian, sistem pengangkutan dan sektor pelancongan. 2 Selain itu, El-Nino juga boleh menyebabkan kebakaran hutan secara semula jadi akibat keadaan panas dan cuaca kering yang melampau. 3 Aktiviti perikanan juga turut terjejas terutama nelayan di Chile kerana berlaku perubahan suhu air laut yang menjadi panas. 4 Cuaca kering menyebabkan berlaku kadar sejatan yang melebihi kadar kerpasan. Pembentukan awan juga turut berkurangan sehingga tidak menggalakkan kejadian hujan. 5 Keadaan tersebut akan mengurangkan simpanan air di sungai, tasik, kolam, air tanih dan sebagainya. Kekurangan air dari sumber tersebut boleh menimbulkan krisis bekalan air bersih kepada penduduk. Langkah Semasa bagi Mengurangkan Kesan Fenomena El-Nino 1 Pembenihan awan. Penyemburan larutan garam iodid kepada awan komulunimbus mampu menghasilkan hujan bagi mengurangkan kadar kepanasan. 2 Melarang kegiatan pembakaran terbuka. Aktiviti pembakaran terbuka oleh individu atau syarikat hendaklah dihentikan bagi mengurangkan kadar pencemaran udara yang boleh memerangkap bahangan matahari dan menjadikan suhu semakin panas. 3 Melaksanakan kempen. Kempen penjimatan air boleh dilakukan bagi mengurangkan penggunaan air oleh penduduk ketika takungan air semakin berkurangan di kawasan empangan air. 4 Mengurangkan aktiviti luar. Aktiviti luar perlu dikurangkan kerana aktiviti ini yang boleh menyebabkan dehidrasi kepada tubuh manusia seperti memberi cuti sekolah atau duduk di dalam rumah sahaja. 5 Pendidikan. Pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan yang berkaitan kesihatan apabila El-Nino berlaku seperti membanyakkan minum air kosong atau air mineral. 6 Melalui perundangan. Penguatkuasaan undang-undang perlulah dijalankan kepada pihak yang menyebabkan pencemaran udara secara sengaja seperti melakukan pembakaran terbuka. Kerajaan juga boleh mengisytiharkan darurat iaitu berkurung di dalam rumah dan aktiviti ekonomi dihentikan seketika bagi mengurangkan kesan fenomena El-Nino. Fenomena La Nina 1 La Nina merujuk satu tempoh masa yang lama bagi tiupan angin timuran yang kuat dan luar biasa atau ketidaklaziman yang mempunyai suhu permukaan laut yang amat rendah di tengah dan timur Pasifik Tropika. Proses Kejadian La Nina 1 Suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur akan menjadi lebih rendah daripada biasa. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan Khatulistiwa Pasifik barat menurun menyebabkan pembentukan awan yang banyak dan menghasilkan hujan yang lebat berserta ribut. 2 Ketika berlaku La Nina, tekanan permukaan atmosfera menurun di bahagian Pasifik barat manakala tekanan permukaan meningkat di Pasifik tengah dan timur. Keadaan La Nina turut dikenali sebagai fasa sejuk ENSO. N&L STPM Geo P2(3).indd 25 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 3 Kejadian La Nina akan membawa hujan yang lebat dan kejadian banjir besar di Asia Tenggara. Ciri Cuaca yang Berpunca daripada Fenomena La Nina 1 Kerpasan. Di kawasan daratan di Pasifik Barat seperti Asia Tenggara akan berlaku kadar kerpasan melebihi kadar sejatan. 2 Kelembapan udara. Kadar lembapan berpanjangan iaitu kelembapan udara adalah tinggi kerana banyak wap air. 3 Keamatan hujan. Berlakunya hujan yang lebat yang mengakibatkan berlakunya kejadian banjir besar. 4 Suhu. Penurunan suhu berlaku apabila pancaran sinaran matahari akan berkurangan disebabkan terdapat banyak awan. 5 Ribut. Angin kencang dan ribut taufan akan lebih kerap berlaku di kawasan daratan. 6 Litupan awan. Langit akan lebih banyak berawan atau dilitupi awan yang mengandungi banyak titisan air. 7 Peredaran angin. Peredaran angin akan bertiup dari laut ke daratan dengan membawa wap air yang banyak. Kesan La Nina terhadap Aktiviti Manusia 1 Kesan fenomena La Nina di Asia Tenggara akan menyebabkan kejadian banjir besar di kawasan daratan. Antara aktiviti manusia yang terjejas adalah seperti berikut: (a) Menjejaskan kegiatan harian penduduk. Aktiviti harian penduduk akan terganggu kerana La Nina mengakibatkan hujan lebat sehingga boleh berlaku banjir. Banjir akan menenggelamkan petempatan yang berada di kawasan rendah. (b) Kemusnahan kawasan pertanian dan penternakan. Kejadian banjir besar akan menenggelamkan kawasan pertanian dan penternakan sehingga memusnahkan tanaman serta haiwan ternakan mati. Keadaan tersebut akan merugikan para petani. (c) Menjejaskan sistem pengangkutan. Banjir akan menyebabkan jalan raya ditenggelami air dan keadaan ini menyebabkan sistem perhubungan terputus dan aktiviti pengangkutan barang serta perjalanan penduduk terbatas. (d) Menjejaskan aktiviti perniagaan. Banjir menyebabkan kawasan perniagaan ditenggelami air dan merosakkan barangan yang terdapat di dalam gedung perniagaan. (e) Menjejaskan aktiviti perikanan dan akuakultur. Angin kuat dan laut bergelora membahayakan nyawa nelayan kerana bot ikan berisiko untuk karam. Sementara itu, kegiatan akuakultur turut terjejas dan penternak akan mengalami kerugian sekiranya ada ternakan yang terlepas dari sangkar semasa banjir. (f) Menjejaskan aktiviti pembalakan. Aktiviti pembalakan dihentikan semasa hujan lebat berpanjangan kerana boleh membahayakan pembalak terutama ketika kerja menebang pokok. Hujan juga menyukarkan kerja mengangkut keluar kayu balak kerana jalan licin dan berbahaya. (g) Menjejaskan aktiviti rekreasi dan pelancongan. Aktiviti pelancongan turut terjejas ketika hujan lebat berpanjangan. Kegiatan pelancongan seperti aktiviti pantai, berakit di sungai, mendaki gunung terpaksa ditangguhkan untuk keselamatan dan keselesaan pelancong kerana keadaan basah dan lembap serta ada antara kawasan pelancongan turut ditenggelami air. (h) Menjejaskan aktiviti IKS. Aktiviti IKS terjejas apabila hujan turun dalam tempoh yang panjang. Contohnya, aktiviti menjemur ikan kering, mengeringkan belacan, udang kering, keropok, kain batik dan tembikar tidak dapat dilakukan kerana keadaan persekitaran lembap serta kekurangan cahaya matahari. (i) Menjejaskan aktiviti pertanian. Banjir menyebabkan kawasan pertanian ditenggelami air sehingga merosakkan tanaman. Contohnya, ketika La Nina, di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan sering dilanda banjir sehingga anak pokok padi yang sedang membesar akan rosak apabila ditenggelami air dalam tempoh yang lama. Padi yang masak juga tidak dapat dituai sekiranya cuaca lembap dan basah. Selain itu, kerja menoreh getah juga tidak dapat dilakukan semasa hujan kerana batang pokok basah dan susu getah akan bercampur dengan air hujan. N&L STPM Geo P2(3).indd 26 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 Latihan Stimulasi 1 Huraikan pengaruh cuaca terhadap aktiviti manusia dalam rajah di bawah dengan jawapan yang betul. Pengaruh Cuaca terhadap Aktiviti Manusia Aktiviti Manusia (a) (b) (c) (d) (e) (f) 2 Lengkapkan rajah di bawah dengan kesan siklon Tropika kepada manusia. Kesan Siklon Tropika kepada Manusia (a) (b) (c) (d) (e) (f) N&L STPM Geo P2(3).indd 27 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Berikan maksud banjir. [3] (b) Huraikan dua sebab berlakunya kejadian banjir. [4] (c) Terangkan dua kesan banjir kepada manusia. [4] (d) Terangkan dua langkah kestrukturan untuk mengatasi kejadian banjir. [4] Soalan Esei 2 (a) Jelaskan faktor yang menggalakkan pembentukan siklon Tropika. [12] (b) Bincangkan enam kesan siklon Tropika terhadap sosioekonomi manusia. [13] STPM KLON STPM KLON STPM KLON N&L STPM Geo P2(3).indd 28 13/12/2023 12:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 4.1 Pengenalan 1 Konsep perubahan iklim merujuk suatu keadaan berlakunya perubahan kepada pola iklim dunia sama ada menjadi semakin panas atau menjadi semakin sejuk. 2 Suatu kawasan mungkin mengalami pemanasan tetapi kawasan lain mengalami penyejukan yang melampau. 3 Akibat berlakunya gangguan terhadap arus sejuk dan arus panas, maka perubahan iklim juga menyebabkan fenomena cuaca yang tidak menentu, termasuk curahan hujan yang tidak menentu, cuaca panas dan sejuk yang ekstrem, arah angin yang berubah secara drastik dan sebagainya. 4 Perubahan iklim ini berpunca daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh manusia dan juga apabila berlakunya bencana alam semula jadi seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi. 4.2 Pemanasan Global Punca Pertambahan Gas Rumah Hijau 1 Kegiatan perindustrian menyebabkan pencemaran udara yang berpunca daripada gas-gas seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan sebagainya yang membentuk selimut atmosfera. Gas-gas tersebut menghalang bahangan bumi terlepas ke udara dan menjadikan suhu bumi semakin panas. 2 Kejadian kebakaran hutan sama ada semula jadi atau disebabkan oleh kegiatan manusia. Kebakaran hutan secara besarbesaran akan menyebabkan suhu bumi meningkat dan berlakunya kejadian jerebu yang teruk akibat udara tercemar oleh asap dan partikel terampai. 3 Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum dan diesel oleh kenderaan bermotor yang membebaskan gas-gas pencemar seperti sulfur dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida yang menambahkan lagi bahan pencemar dalam lapisan atmosfera. 4 Aktiviti gunung berapi yang membebaskan debu dan gas beracun yang mampu memerangkap bahangan bumi dan seterusnya menjadikan bumi semakin panas. 5 Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) seperti alat penyaman udara, aerosol, peti sejuk dan sebagainya meningkatkan suhu dunia melalui penipisan lapisan ozon. Keadaan ini membolehkan bahangan matahari akan terus sampai ke permukaan bumi tanpa ditapis oleh lapisan ozon. 6 Pembakaran secara terbuka oleh sektor pertanian, pelupusan sampah dan sebagainya akan membebaskan asap yang boleh mencemarkan udara dan memerangkap bahangan bumi. 7 Penyahhutanan melalui pembalakan hutan secara meluas untuk pembangunan aktiviti ekonomi manusia menyebabkan oksigen tidak dapat dihasilkan oleh tumbuhan dan ini akan menambahkan gas karbon dioksida di udara. Kadar kelembapan udara juga berkurangan akibat kekurangan wap air dan oksigen. Keadaan ini menjadikan udara persekitaran kering dan mampu meningkatkan suhu bumi. 8 Kegiatan penternakan yang dijalankan secara besar-besaran. Ternakan yang meragut rumput juga menjadi penyumbang terhadap pengurangan gas oksigen kerana kekurangan tumbuhan hijau yang menjalankan proses fotosintesis serta menghasilkan banyak gas metana melalui pembuangan najis dan pernafasan haiwan. 4 BAB Perubahan Iklim Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal N&L STPM Geo P2(4).indd 29 19/12/2023 10:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 Kesan Gas Rumah Hijau 1 Mengurangkan kelembapan udara persekitaran dan seterusnya mewujudkan keadaan udara kering. Peningkatan suhu persekitaran kesan rumah hijau akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan udara persekitaran yang kering. 2 Mengganggu kestabilan kitar hidrologi. Kadar sejatan yang terlalu tinggi menyebabkan kemarau, paras air sungai menyusut, paras air tanah menurun dan tanih kehilangan kelembapan yang ketara. Oleh itu, kejadian hujan akan berkurangan. 3 Mengganggu ekosistem daratan (hutan) dan ekosistem akuatik. Peningkatan suhu menggalakkan risiko kebakaran hutan secara semula jadi yang akhirnya akan memusnahkan rantaian makanan dan habitat haiwan. Peningkatan suhu juga akan menyebabkan air sungai, tasik dan paya menjadi kering. Ini akhirnya akan mengganggu dan merosakkan ekosistem akuatik. 4 Litupan ais dan glasier akan mencair. Suhu yang semakin meningkat akan mencairkan litupan ais benua terutama di kawasan kutub dan pergunungan. Ais yang mencair ini boleh meningkatkan paras laut dan menggalakkan berlakunya banjir laut di kawasan tanah rendah. Akibatnya, pinggir pantai yang rendah ditenggelami air laut. 5 Menggalakkan proses penggurunan. Suhu yang meningkat akan menggalakkan proses luluhawa fizikal. Struktur tanah akan menjadi longgar dan peroi lalu meningkatkan lagi hakisan layangan angin. Di kawasan gurun, kombinasi proses luluhawa fizikal dan layangan angin menggalakkan kawasan pinggiran gurun semakin membesar. 6 Peningkatan suhu akan menjejaskan kesihatan manusia. Pelbagai jenis penyakit mudah merebak. Manusia juga cepat kehilangan air dari tubuh lalu mudah menjadi letih dan tidak bermaya. 7 Gangguan terhadap aktiviti manusia seperti pertanian, perindustrian, perniagaan, penternakan dan sebagainya apabila berlakunya pemanasan global yang boleh menyebabkan berlakunya kemarau dan kenaikan aras air laut. Aktiviti pertanian akan terganggu kerana kekurangan air tanih menyebabkan hasil pengeluaran pertanian merosot. 4.3 Penipisan Lapisan Ozon Proses Pembentukan Lapisan Ozon 1 Di lapisan atmosfera, tindakan radiasi ultraviolet dari pancaran matahari terhadap molekul oksigen akan membentuk lapisan ozon. Lapisan ozon dibentuk oleh molekul oksigen yang dihasilkan daripada cantuman tiga atom oksigen. 2 Biasanya proses pembentukan molekul ozon berlaku apabila sebahagian molekul oksigen (O2 ) menyerap tenaga sinaran ultraungu matahari lalu memecahkan dua atom yang terdapat dalam molekul oksigen (O2 ) dan membentuk atom oksigen bebas. 3 Seterusnya, atom oksigen bebas ini akan bercantum dengan molekul oksigen (O2 ) untuk membentuk ozon (O3 ). Punca Penipisan Lapisan Ozon 1 Penggunaan klorofluorokarbon (CFC). Terdiri daripada tiga unsur, iaitu klorin, fluorin dan karbon. Biasanya digunakan untuk menyejukkan peti sejuk dan penyaman udara, penyembur aerosol, pembungkusan makanan, membuat plastik foam dan dalam pencuci serpihan litar bersepadu komputer. 2 Pembakaran bahan api dalam enjin kapal terbang jet supersonik yang melepaskan asap yang mengandungi nitrogen oksida yang mampu menghakis dan menipiskan lapisan ozon. 3 Pembakaran bahan api fosil oleh industri dan kenderaan. Bahan api fosil yang banyak mengeluarkan karbon dioksida boleh memusnahkan lapisan ozon. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum, arang batu dan gas asli yang menghasilkan karbon dioksida menyebabkan banyak haba terperangkap. 4 Aktiviti pertanian. Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal seperti nitrat oksida dan baja nitrogen dalam bidang pertanian telah membebaskan gas nitrus oksida ke atmosfera. Gas-gas tersebut boleh menyebabkan berlaku penipisan lapisan ozon. 5 Ujian nuklear dan pelancaran roket ke ruang atmosfera juga boleh menipiskan lapisan ozon. Gas nitrogen oksida yang dibebaskan daripada akitiviti berkenaan ke atmosfera menyebabkan lapisan ozon musnah. N&L STPM Geo P2(4).indd 30 13/12/2023 12:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 6 Penyahhutanan secara meluas menyebabkan gas karbon oksida meningkat dan mengurangkan gas oksigen yang penting kepada pembentukan lapisan ozon. Kesan Pemanasan Global dan Penipisan Lapisan Ozon 1 Kesan bahangan matahari terbahagi kepada dua, iaitu kesan penipisan lapisan ozon dan kesan peningkatan kemasukan pancaran ultraungu. 2 Kulit menjadi gelap dan terbakar. Pendedahan kulit yang begitu lama terhadap bahangan matahari boleh menyebabkan kulit menjadi gelap dan terbakar. Seterusnya, boleh menyebabkan berlaku penyakit barah kulit kepada manusia. 3 Kesan kepada mata. Cahaya ultraungu yang berlebihan akan merosakkan penglihatan manusia dan menyebabkan penyakit katarak, kornea dan lain-lain yang akhirnya boleh menjadikan mata manusia buta. 4 Melemahkan sistem pelalian (antibodi) manusia. Kehilangan air secara berlebihan daripada badan juga dikaitkan dengan suhu sekitar yang panas melampau. 5 Genetik manusia terganggu. Kesan bahangan yang berlebihan juga mempengaruhi genetik manusia dan menyebabkan kecacatan kepada bayi yang baharu lahir. 6 Sumber makanan juga akan berkurangan. Hal ini disebabkan perubahan atau kekurangan pembentukan zooplankton, fitoplankton dan sebagainya menyebabkan kehidupan air semakin berkurangan. 7 Suhu tidak menentu. Bahangan matahari berlebihan menyebabkan kejadian suhu yang tidak menentu dan akan berlakunya keadaan suhu yang ekstrem seperti keadaan cuaca yang terlalu panas dan melampau. Selain itu, aktiviti luar rumah juga terhad akibat pemanasan global seperti aktiviti riadah pada waktu pagi dan petang. Kesan Perubahan Iklim terhadap Alam Sekitar Fizikal dan Aktiviti Manusia 1 Kejadian banjir boleh menyebabkan berlaku hakisan tanah dan akhirnya berlaku kejadian tanah runtuh yang boleh membahayakan nyawa manusia, merosakkan harta benda O O Cl Cl O + + Cl Atom Oksigen Klorin oksida Oksigen (O2 ) Klorin bebas Cl O O + O Cl O O O Atom klorin bebas Klorin oksida Oksigen (O2 Ozon dibentuk ) oleh tiga otom oksigen (O3 ) Ozon dibentuk oleh tiga atom oksigen (O3 ) Cl Cl Cl C Florin Karbon Klorin Pancaran uv Molekul Klorofluokarbon (CFC) F (a) Radiasi ultraunggu memecahkan molekul CFC menyebabkan satu atom klorin terpisah. (b) Atom klorin memecahkan ikatan tiga atom oksigen dan membentuk klorin oksida. (c) Apabila atom oksigen bertindak balas dengan klorin oksida, dua molekul oksigen terbentuk. Klorin dibebaskan untuk memusnahkan ozon. Rajah 4.1 Proses pemusnahan lapisan ozon N&L STPM Geo P2(4).indd 31 13/12/2023 12:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 dan kemusnahan habitat flora dan fauna. Kejadian banjir menjejaskan aktiviti ekonomi seperti kegiatan pertanian, penternakan, perlombongan, pelancongan dan sebagainya. 2 Kejadian kemarau yang berlaku boleh meningkatkan kejadian kebakaran hutan, proses luluhawa fizikal dan kimia serta meningkatkan kadar sejatan. Aktiviti harian penduduk seperti memasak, mencuci, mandi dan sebagainya akan terganggu kerana kekurangan air. Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian dan akuakultur akan terjejas akibat kemarau. 3 Berlaku peningkatan suhu dunia yang menyebabkan kejadian kebakaran hutan, berlakunya pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan, sejatan akan meningkat dan juga meningkatkan proses luluhawa. 4 Kemusnahan habitat haiwan. Banjir dan kemarau akan memusnahkan habitat haiwan, iaitu akan berlaku kepupusan flora dan fauna. Keadaan ini akan mengganggu rantaian makanan dan akhirnya pelbagai spesies fauna akan berhijrah ke tempat lain. 5 Kejadian suhu melampau sama ada terlalu sejuk atau terlalu panas akan meningkatkan gangguan atmosfera seperti ribut dan taufan berlaku lebih kerap dan dahsyat. Keadaan ini akan menyebabkan kemusnahan infrastruktur serta kemusnahan flora dan fauna. 6 Kewujudan spesies baharu. Perubahan iklim akan mewujudkan spesies flora dan fauna yang baharu seperti lumut dan plankton. 7 Fenomena cuaca ekstrem. Perubahan iklim akan meningkatkan fenomena cuaca ekstrem seperti kejadian El-Nino dan La Nina yang boleh menyebabkan kejadian kemarau yang teruk dan kejadian banjir besar di daratan. Langkah Mengurangkan Pemanasan Global dan Penipisan Lapisan Ozon 1 Penanaman semula hutan (a) Penanaman semula hutan akan membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis untuk menyerap karbon dioksida berlebihan di atmosfera di samping menghasilkan oksigen. (b) Keadaan ini akan dapat mengurangkan masalah pemanasan global. 2 Mengurangkan penggunaan bahan api fosil (a) Penggunaan bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu perlu dikurangkan. (b) Bahan api tersebut menyumbang kepada pencemaran udara yang teruk melalui gas pencemar seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan karbon monoksida. 3 Mengurangkan penggunaan bahan CFC (a) Pengunaan bahan CFC akan menipiskan lapisan ozon dan menyebabkan bahangan matahari lebih banyak sampai ke permukaan bumi. (b) Oleh itu, penggunaaan CFC perlu dikurangkan terutama dalam peti sejuk, alat penyaman udara dan aerosol. 4 Menggunakan tenaga alternatif (a) Tenaga bahan api alternatif yang lebih mesra alam perlu dibangunkan dan dimajukan untuk mengurangkan kadar pencemaran udara di atmosfera. (b) Contohnya, penggunaan tenaga hidroelektrik, tenaga geoterma, tenaga angin, tenaga ombak, tenaga solar, tenaga biomas dan tenaga pasang surut air laut. 5 Kempen berkongsi kenderaan (a) Kempen berkongsi kenderaan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara daripada asap yang dikeluarkan oleh kenderaan. (b) Penggunaan kenderaan awam yang menggunakan tenaga elektrik akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara yang menyebabkan pemanasan global. 6 Mengurangkan pembakaran terbuka (a) Aktiviti pembakaran terbuka hanya akan menambahkan gas pencemar dan partikel terampai yang akan menyebabkan pemanasan global. (b) Oleh itu, aktiviti pembakaran terbuka oleh sektor domestik, kawasan pelupusan sampah dan aktiviti pertanian perlu dikurangkan. N&L STPM Geo P2(4).indd 32 13/12/2023 12:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 Latihan Stimulasi 1 Lengkapkan rajah kesan penerimaan lebihan bahangan matahari di bawah dengan jawapan yang betul. Kesan Penerimaan Bahangan Matahari Berlebihan 2 Senaraikan kesan perubahan iklim dunia di bawah. Kesan Perubahan Iklim Dunia N&L STPM Geo P2(4).indd 33 13/12/2023 12:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 Soalan Struktur 1 (a) Terangkan konsep perubahan iklim. [3] (b) Terangkan tiga punca pertambahan gas rumah hijau. [6] (c) Huraikan tiga kesan rumah hijau terhadap alam sekitar. [6] Soalan Esei 2 (a) Jelaskan empat punca berlakunya penipisan lapisan ozon. [12] (b) Bincangkan kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia. [13] Latihan Pengukuhan STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON N&L STPM Geo P2(4).indd 34 13/12/2023 12:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
160 BAB 1 Latihan Stimulasi 1 Lapisan atmosfera. (a) Troposfera. (i) Berlakunya unsur cuaca dan iklim. (ii) Suhu semakin rendah mengikut ketinggian. (b) Stratosfera. (i) Terdapatnya lapisan ozon. (ii) Suhu meningkat mengikut ketinggian. (c) Mesosfera. (i) Suhu amat rendah. (ii) Memecahkan bahan meteor. (d) Termosfera. (i) Tekanan udara terlalu rendah. (ii) Terbentuknya kejadian aurora. 2 Peranan lapisan troposfera. • Membekalkan hujan. • Membekalkan udara. • Sebagai lapisan lutsinar. • Berfungsi menyerap udara. • Berfungsi menstabilkan suhu. • Menjadi selimut kepada bumi. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Maksud atmosfera. Atmosfera merujuk lapisan nipis yang tidak sama tebal mengikut garis lintang yang terdiri daripada pelbagai gas yang melekat pada bumi disebabkan daya tarikan graviti dan bergerak bersama-sama pergerakan bumi mengelilingi matahari. (b) Lapisan utama atmosfera bumi. • Lapisan troposfera. • Lapisan stratosfera. • Lapisan mesosfera. • Lapisan termosfera. • Lapisan eksosfera. (c) Unsur utama kandungan atmosfera. • Gas kekal seperti nitrogen, oksigen dan argon. • Juzuk bukan gas seperti asap, habuk dan zarah garam. • Gas berubah seperti wap air, gas karbon dioksida, ozon dan metana. Soalan Esei 2 (a) Peranan lapisan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi. • Atmosfera bertindak sebagai penebat kepada bahangan matahari. • Penapis bahangan ultraungu yang membahayakan kepada semua bentuk kehidupan di permukaan bumi. • Pemantul, penyebar, penyerap dan penyerakan bahangan yang sampai di bahagian atas atmosfera. • Pengatur suhu apabila bertindak sebagai pengatur haba bumi dengan mewujudkan edaran umum atmosfera. (b) Aktiviti manusia yang mengganggu kandungan unsur dalam atmosfera. • Aktiviti pembalakan. • Aktiviti perindustrian. • Aktiviti pengangkutan. • Penggunaan klorofluorokarbon. • Aktiviti pembakaran terbuka. • Aktiviti perlombongan kuari. BAB 2 Latihan Stimulasi 1 Unsur cuaca dan iklim. (a) Bahangan suria. (b) Suhu. (c) Kerpasan. (d) Kelembapan udara. (e) Tekanan udara. (f) Tiupan angin. (g) Litupan awan. (h) Bahangan bumi. 2 Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar. • Bentuk muka bumi. • Litupan permukaan bumi. • Kandungan dan warna tanah. • Nilai albedo. • Kandungan lembapan tanih. • Sudut pancaran matahari. (Pilih mana-mana enam jawapan) Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Konsep cuaca merujuk perubahan unsur-unsur cuaca yang biasanya terjadi bagi tempoh masa singkat dan dalam ruang lingkup yang kecil. (b) Unsur-unsur cuaca. • Bahangan suria. • Bahangan bumi. • Kerpasan. • Kelembapan udara. (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Pemindahan haba bumi ke atmosfera. • Melalui pembahangan. • Melalui pengaliran haba. • Melalui perolakan. • Melalui haba pendam sejatan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) Jawapan N&L STPM Geo P2(jaw).indd 160 13/12/2023 1:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
161 Soalan Esei 2 (a) Proses kejadian hujan perolakan. Pemeluwapan (hujan) berlaku apabila suhu udara mencapai takat tepu Penyejukan udara berlaku apabila ketinggian bertambah Awan kumulonimbus terbentuk hasil daripada proses pemeluwapan Hujan lebat Hujan lebat Udara panas naik dan mengembang Permukaan panas Daratan • Hujan perolakan berlaku pada hari panas. • Molekul air dan udara tersebut tersejat dan mengembang iaitu membentuk wap air lalu naik ke atas secara perolakan. • Wap air yang naik ke atas akan menjadi sejuk secara adiabatik dan akhirnya membentuk awan kumulonimbus yang besar dan tebal. • Seterusnya titisan air yang tepu akan turun sebagai kerpasan iaitu hujan lebat. • Biasanya keadaan ini mencapai peringkat maksimumnya pada waktu petang. • Hujan yang lebat ini sering kali disertai dengan kilat dan petir. Proses kejadian hujan orografik (hujan bukit). Udara yang naik mengalami pemeluwapan dan membentuk awan kumulus 3 Angin lembap dari laut bertiup ke darat 1 Udara naik ke atas kerana halangan tanah tinggi 2 4 Kawasan lindungan hujan Laut Hujan turun di cerun menghadap angin • Hujan orografik berlaku apabila udara dipaksa naik ke atas melalui cerun banjaran gunung. • Biasanya berlaku di kawasan banjaran gunung atau bukit-bukau yang selari dengan pantai apabila angin lemah bertiup dari laut ke kawasan tanah tinggi. • Apabila udara lembap dipaksa naik ke atas daripada bahagian hadapan gunung, maka angin akan menjadi sejuk secara kadar adiabatik lalu terpeluwap. • Sekiranya berlaku penyejukan yang mencukupi maka hujan akan turun sebagai hujan bukit. • Setelah udara tersebut melalui puncak gunung maka udara itu akan dipanaskan dalam perjalanannya menuruni gunung menyebabkan angin tersebut menjadi kering dan panas. • Kawasan yang terlindung iaitu di bahagian belakang gunung dinamakan kawasan lindungan hujan. (b) Kesan gangguan iklim terhadap alam sekitar. • Berlaku kerosakan harta benda. • Kegiatan aktiviti ekonomi akan terganggu. • Menyebabkan nyawa manusia terkorban. • Jaringan sistem pengangkutan terganggu. • Wabak penyakit mudah merebak. • Berlaku trauma dan tekanan jiwa. (Pilih mana-mana enam jawapan) BAB 3 Latihan Stimulasi 1 Pengaruh cuaca terhadap aktiviti manusia. (a) Kesan terhadap aktiviti pertanian. (b) Kesan terhadap aktiviti pelancongan. (c) Kesan terhadap aktiviti perikanan. (d) Kesan terhadap aktiviti pengangkutan. (e) Kesan terhadap aktiviti pembalakan. (f) Kesan terhadap aktiviti IKS. 2 Kesan siklon Tropika kepada manusia. (a) Kerosakan harta benda. (b) Nyawa manusia terkorban. (c) Sistem pengangkutan terganggu. (d) Berlakunya wabak penyakit. (e) Trauma dan tekanan jiwa. (f) Kemusnahan infrastruktur asas Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Banjir merujuk keadaan air tanih berlebihan, iaitu jumlah kerpasan yang turun melebihi jumlah sejatan yang berlaku menyebabkan isi padu air sungai melebihi alur sungai. (b) Sebab berlakunya kejadian banjir. • Hujan lebat untuk beberapa hari. • Kurang litupan tumbuh-tumbuhan. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Kesan banjir kepada manusia. • Kerosakan harta benda. • Nyawa manusia terkorban. • Kegiatan ekonomi terganggu. (Pilih mana-mana dua jawapan) (d) Langkah kestrukturan untuk mengatasi kejadian banjir. • Membina empangan. • Mendalam dan meluruskan sungai. • Membina benteng. (Pilih mana-mana dua jawapan) Soalan Esei 2 (a) Faktor yang menggalakkan pembentukan siklon Tropika. • Suhu air laut melebihi 26°C. • Penjanaan tenaga haba yang banyak. • Terdapatnya daya korialis. • Terdapat ricih angin menegak. • Perubahan iklim – pemanasan global. (b) Kesan siklon Tropika kepada sosioekonomi manusia. • Kerosakan harta benda. • Nyawa manusia terkorban. • Kegiatan ekonomi terganggu. • Sistem pengangkutan terganggu. • Berlakunya wabak penyakit. • Trauma dan tekanan jiwa. (Pilih mana-mana enam jawapan) N&L STPM Geo P2(jaw).indd 161 13/12/2023 1:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
162 BAB 4 Latihan Stimulasi 1 Kesan penerimaan lebihan bahangan matahari. • Kulit menjadi gelap dan terbakar. • Penyakit katarak pada mata. • Sistem pelalian manusia menjadi lemah. • Mempengaruhi genetik manusia. • Sumber makanan berkurangan. 2 Kesan perubahan iklim. • Kejadian banjir/kejadian kemarau. • Peningkatan suhu dunia • Fenomena cuaca ekstrem. • Suhu yang melampau. • Kemusnahan habitat haiwan. • Kewujudan spesies flora dan fauna baharu. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Konsep perubahan iklim merujuk suatu keadaan berlakunya perubahan kepada pola iklim dunia sama ada menjadi semakin panas atau menjadi semakin sejuk. (b) Punca pertambahan gas rumah hijau. • Kegiatan perindustrian. • Kejadian kebakaran hutan. • Pembakaran bahan api fosil. • Aktiviti gunung berapi. • Penggunaan klorofluorokarbon (CFC). (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Kesan rumah hijau terhadap alam sekitar. • Mengurangkan kelembapan udara. • Mengganggu kestabilan kitaran hidrologi. • Mengganggu ekosistem hutan dan akuatik. • Litupan glasier mencair. (Pilih mana-mana lima jawapan) Soalan Esei 2 (a) Punca penipisan lapisan ozon. • Penggunaan klorofluorokarbon (CFC). • Jet supersonik membebaskan nitrogen oksida. • Pembakaran bahan api fosil. • Penyahutanan secara meluas. (Pilih mana-mana empat jawapan) (c) Kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia. • Kejadian banjir. • Kejadian kemarau. • Peningkatan suhu dunia. • Kemusnahan habitat haiwan. • Suhu yang melampau. (Pilih mana-mana empat jawapan) BAB 5 Latihan Stimulasi 1 Faktor pembentukan pulau sejuk bandar. • Banyak kawasan hijau. • Banyak kawasan badan air. • Udara yang tidak tercemar. • Pergerakan udara yang mudah/lancar. (Pilih mana-mana empat jawapan) 2 Langkah mengatasi masalah jerebu. • Penguatkuasaan undang-undang. • Kempen berkongsi kereta. • Kawalan mekanikal terhadap kenderaan dan industri. • Penanaman banyak pokok. • Meningkatan kelembapan udara. (Pilih mana-mana lima jawapan) Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Pulau haba bandar bermaksud keadaan suhu di kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir bandar atau kawasan luar bandar. (b) Kesan negatif perubahan iklim mikro bandar. • Suhu persekitaran meningkat. • Kejadian banjir kilat. • Pencemaran udara meningkat. (c) Faktor-faktor yang menyebabkan pulau haba bandar. • Permukaan bandar yang tepu bina • Permukaan bandar yang tidak telap air. • Kurang kawasan hijau. • Kekurangan kawasan badan air. • Pertambahan bilangan industri. • Pertambahan bilangan kenderaan. • Kepadatan penduduk di bandar. (Pilih mana-mana tiga jawapan) Soalan Esei 2 (a) Sebab-sebab berlakunya pencemaran udara yang teruk di bandar. • Jumlah kenderaan yang banyak. • Pembakaran bahan api fosil oleh industri. • Pembakaran terbuka. • Aktiviti pembinaan bangunan. • Kurang kawasan hijau. • Bangunan yang tidak tersusun. • Kepadatan penduduk. (Pilih mana-mana enam jawapan) (b) Kesan hujan asid terhadap alam sekitar. • Warna cat dan simen terhakis. • Besi cepat berkarat. • Kemusnahan tanaman. • Membunuh bakteria dalam tanah. • Mengganggu kesihatan manusia. (Pilih mana-mana empat jawapan) BAB 6 Latihan Stimulasi 1 (a) Julat suhu bulanan Suhu tertinggi – suhu terendah (b) Min suhu bulanan Jumlah min suhu setiap bulanan Bilangan bulan N&L STPM Geo P2(jaw).indd 162 13/12/2023 1:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
163 2 Gas Pencemar Udara dari Punca Tetap Jumlah (‘000 tan metrik) Peratus (%) Bukaan sudut (°) Nitrogen dioksida 455.2 73.75 265.50 Sulfur dioksida 88.9 14.40 51.84 Karbon monoksida 66.2 10.73 38.63 PM10 6.9 1.12 4.03 Jumlah 617.2 100.00 360.00 Latihan Pengukuhan Soalan Esei 1 (a) Empat gas pencemar udara. • Karbon dioksida. • Karbon monoksida. • Sulfur dioksida. • Nitrogen dioksida (b) Faktor yang menyebabkan udara di Kuantan kurang tercemar. • Banyak kawasan hijau. • Banyak kawasan badan air. • Udara yang tidak tercemar. • Pergerakan udara yang mudah. (c) Sebab-sebab Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Lumpur lebih tinggi. • Jumlah kenderaan yang banyak. • Pembakaran bahan api fosil oleh industri. • Pembakaran terbuka. • Aktiviti pembinaan bangunan. • Kurang kawasan hijau. BAB 7 Latihan Stimulasi 1 Proses menegak kitaran hidrologi. • Sejatan. • Sejat peluhan. • Kerpasan. • Aliran batang. • Resapan. 2 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan kerpasan. (a) Ciri keamatan (suhu). (b) Kekerapan hujan. (c) Tempoh musim hujan. (d) Jangka masa hujan. (e) Litupan tumbuhan. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Konsep kitaran hidrologi merupakan satu proses edaran air yang berterusan dalam pelbagai fasa yang bergerak dalam proses menegak dan proses mendatar. (b) Fasa proses perubahan air. • Pada fasa cecair apabila tenaga haba dikenakan ke atas cecair, proses ini menyebabkan air tersejat melalui proses sejatan menjadi wap air (gas). • Fasa ais atau air beku boleh berubah bentuk kepada cecair melalui proses pencairan di mana ais akan menyerap tenaga haba lalu bertukar menjadi cecair (air). • Fasa gas dikenali juga sebagai wap air. Wap air boleh bertukar menjadi cecair melalui proses pemeluwapan di mana haba dibebaskan daripada wap air. (c) Proses mendatar kitaran hidrologi. • Alir lintang atmosfera. Pergerakan titisan air atau awan dari lautan ke daratan atau sebaliknya secara melintang. • Larian air permukaan. Apabila hujan turun, sebahagian air akan dialirkan di atas permukaan tanah lalu membentuk larian air permukaan yang akan menuju ke kawasan sungai, tasik dan laut. • Aliran air bawah tanah. Air yang diresap masuk ke dalam tanah akan membentuk aliran air bawah tanah dan seterusnya membekalkan air bagi aras air bawah tanah dan dialirkan sebagai mata air semula jadi. Soalan Esei 2 (a) Pemeluwapan Kerpasan Udara lembap Sejatan dari lautan Lautan Kerpasan Air bawah tanah Air larian permukaan Tanah Perkolasi Sejat peluhan dari tumbuhan dan tanah Sejatan dari sungai dan tasik Resapan Tasik Tasik Sungai Lembapan tanah Pemeluwapan • Sejatan. Pertukaran daripada bentuk cecair kepada bentuk wap ke atmosfera dari badanbadan air dan sejat peluhan iaitu kehilangan air melalui proses perpeluhan daripada tumbuhan, tanih dan lain-lain. • Pemeluwapan. Wap air bertukar menjadi titisan/bintik air. Pemeluwapan terjadi apabila kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila naik semakin tinggi di atmosfera. • Kerpasan. Misalnya hujan, sajli, embun yang berlaku apabila bintik-bintik air dan ais di udara turun sebagai kerpasan. • Larian air permukaan. Apabila hujan turun, sebahagian air dialirkan di atas permukaan tanah ke kawasan sungai, tasik dan laut. • Aliran air bawah tanah. Membekalkan air bagi aras air bawah tanah dan dialirkan sebagai mata air semula jadi. (b) Pengaruh aktiviti manusia terhadap kitaran hidrologi. • Aktiviti pertanian. • Aktiviti perindustrian. • Aktiviti pembalakan. • Aktiviti pembandaran. N&L STPM Geo P2(jaw).indd 163 13/12/2023 1:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
164 BAB 8 Latihan Stimulasi 1 Faktor yang mempengaruhi edaran air tanih. • Sifat keporosan batuan berkaitan liang pori. • Ketelapan batuan. • Jumlah hujan. • Litupan tumbuhan. 2 Faktor yang mempengaruhi proses resapan air tanih. (a) Faktor saiz atau peratus liang pori. (b) Faktor struktur atau jenis tanih. (c) Faktor keamatan hujan. (d) Faktor litupan permukaan tanah oleh tumbuhtumbuhan. (e) Faktor bentuk cerun tanah. (f) Faktor lembapan tanih. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Konsep edaran air tanih merujuk pergerakan air bawah tanah yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub permukaan, resapan air yang berlaku secara menegak ke dalam tanah dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer. (b) Proses yang terlibat dalam edaran air tanih. • Larian air permukaan. • Resapan. • Aliran air bawah tanah. • Simpanan air tanih. (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Tiga faktor yang mempengaruhi edaran air tanih. • Sifat keporosan batuan berkaitan liang pori. • Ketelapan batuan. • Jumlah hujan. • Litupan tumbuhan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) Soalan Esei 2 (a) Proses-proses yang terlibat dalam edaran air tanih. • Larian air permukaan. • Resapan. • Aliran air bawah tanah. • Simpanan air tanih. • Keporosan batuan. (Pilih mana-mana empat jawapan) (b) Kepentingan air tanih kepada aktiviti sosioekonomi manusia. • Bekalan air domestik. • Aktiviti pertanian. • Aktiviti perindustrian. • Aktiviti perlombongan. • Aktiviti perikanan (akuakultur). (Pilih mana-mana empat jawapan) BAB 9 Latihan Stimulasi 1 Faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau. • Fenomena cuaca luar biasa – El Nino. • Perubahan unsur-unsur iklim. • Aktiviti penyahutanan. • Kadar pembandaran yang pesat. 2 Langkah pengurusan bagi mengatasi kemarau. • Memajukan sumber air bawah tanah. • Melaksanakan usaha pembenihan awan. • Memproses air dari sumber tasik dan kolam. • Sistem pengurusan air yang cekap. • Menjalankan catuan air. (Pilih mana-mana lima jawapan) Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Konsep imbangan air bermaksud jumlah kerpasan sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejatan dan sejat peluhan dan perubahan air yang disimpan dalam tanih dan air larian permukaan. (b) Proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air. • Kerpasan. • Sejat peluhan dan perpeluhan. • Sejatan. • Larian air permukaan. • Air simpanan dalam tanih. (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air. • Ketinggian sesuatu tempat. • Aspek (kedudukan cerun). • Jumlah hujan. • Topografi permukaan. • Litupan tumbuh-tumbuhan. • Jenis batuan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) Soalan Esei 2 (a) Kesan banjir monsun kepada sosioekonomi penduduk. • Kerosakan dan kemusnahan harta benda • Menyebabkan nyawa terkorban. • Sistem pengangkutan terganggu. • Wabak penyakit mudah merebak. • Trauma dan tekanan jiwa. • Menjejaskan kegiatan pelancongan. (b) Penyesuaian manusia bagi mengatasi masalah banjir monsun. • Membina empangan. • Mendalam dan meluruskan sungai. • Membina benteng. • Mengalihkan/melencongkan aliran sungai. • Mengurangkan aktiviti pembangunan tanah. BAB 10 Latihan Stimulasi 1 Komponen sebuah graf bar yang lengkap. • Tajuk. • Petunjuk. • Skala. • Perkara dan unit pada paksi Y dan X. • Plotan yang betul. Latihan Pengukuhan Soalan Esei 1 (a) Min hujan pada tahun 2019. = Jumlah hujan setiap bulan Jumlah bulan = 1119 12 Min Hujan = 93.25 N&L STPM Geo P2(jaw).indd 164 13/12/2023 1:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
165 (b) Ulasan tentang pola hujan di Stesen Kaji Cuaca Y pada tahun 2019. • Hujan turun pada setiap bulan. • Hujan turun tidak sekata. • Hujan paling lebat pada bulan Julai. • Hujan Paling sedikit pada bulan September, Oktober dan November. (c) Tiga kepentingan simpanan air tanih. • Sumber bekalan air bersih domestik. • Sumber air kepada tumbuhan. • Sumber mata air kepada sungai dan tasik. • Sumber air bersih alternatif. • Sumber air aktiviti perikanan. • Sumber air aktiviti perlombongan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) BAB 11 Latihan Stimulasi 1 Ciri pertanian ladang di Malaysia. • Penggunaan teknologi moden. • Penggunaan tenaga buruh yang ramai. • Skala operasi yang besar. • Orientasi pengeluaran untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. • Penggunaan modal yang besar. • Lokasi kawasan di luar bandar. 2 Sumbangan aktiviti pertanian ladang. • Sumber pendapatan negara. • Menyediakan peluang pekerjaan. • Membangunkan infrastruktur asas. • Membangunkan kemudahan sosial. • Kesan pengganda seperti industri hiliran, ekonomi primer dan tertier. • Pembangunan kawasan luar bandar. 3 Tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan aktiviti perlombongan galian di Malaysia. • Faktor bekalan sumber galian dari segi kuantiti dan kualiti. • Faktor kemudahan infrastruktur asas • Faktor teknologi dan kepakaran. • Faktor polisi dan galakan kerajaan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Maksud perikanan laut dalam. Aktiviti penangkapan ikan di kawasan laut melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai yang menggunakan teknologi moden dan hasil tangkapan adalah secara besar-besaran. (b) Ciri-ciri perikanan laut dalam. • Lokasi penangkapan melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai. • Masa operasi menangkap ikan biasanya mengambil masa lama • Orientasi pasaran untuk pasaran tempatan dan luar negara. • Teknologi tangkapan adalah menggunakan teknologi moden. (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Kesan perikanan laut dalam terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. • Kepupusan sumber termasuk pemusnahan kawasan pembiakan ikan. • Pencerobohan nelayan asing. • Konflik antara nelayan perikanan laut dalam dan perikanan pinggir pantai. Soalan Esei 2 (a) Peranan teknologi moden dalam pembangunan sektor pertanian. • Penggunaan jentera moden. • Penggunaan bahan kimia untuk pertanian. • Penggunaan sistem pengairan moden. • Penggunaan teknik pertanian moden. • Penggunaan hasil R&D akan meningkat dan berkembang. (b) Kesan negatif pembangunan sektor pertanian terhadap alam sekitar. • Hakisan tanah dan tanah runtuh. • Perubahan landskap fizikal yang ketara. • Pencemaran air sungai. • Kemusnahan ekosistem hutan. • Pencemaran udara. (Pilih mana-mana lima jawapan) BAB 12 Latihan Stimulasi 1 Enam faktor perkembangan industri pembuatan di Malaysia • Faktor kestabilan politik jangka panjang. • Faktor dasar kerajaan. • Faktor bahan mentah dan sumber yang cukup. • Faktor modal yang banyak. • Faktor buruh dari segi kuantiti, kualiti dan kos. • Faktor teknologi moden. (Pilih mana-mana enam jawapan) 2 Ciri-ciri industri pembinaan di Malaysia • Ciri penggunaan modal yang besar. • Ciri penggunaan teknologi moden. • Ciri tenaga buruh yang banyak. • Ciri skala kawasan yang luas. (Pilih mana-mana empat jawapan) Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Fasa industri di Malaysia. • Industri pemprosesan bahan mentah dan diikuti industri penggantian import. • Industri berteknologi tinggi yang bercorak intensif buruh. • Industri berteknologi tinggi yang berintensif modal. (b) Ciri industri pemprosesan di Malaysia • Ciri taburan atau lokasi. • Ciri skala operasi. • Ciri penggunaan modal. • Ciri orientasi pengeluaran. (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Kesan negatif industri pemprosesan terhadap alam sekitar fizikal. • Berlakunya pencemaran air. • Berlakunya pencemaran udara. • Berlakunya pencemaran tanih. • Berlakunya pencemaran bau. (Pilih mana-mana tiga jawapan) N&L STPM Geo P2(jaw).indd 165 13/12/2023 1:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.