The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-05-08 00:23:16

Revisi Sukses SPM Sains

WM: RM35.90
EM: RM37.50

217 Kadar Tindak Balas TINGKATAN 5 4 Proses Sentuh 1 Proses Sentuh ialah proses penghasilan asid sulfurik secara industri. Asid sulfurik pekat ialah cecair tak berwarna tetapi sangat menghakis dan boleh mengakibatkan kulit melecur dan melepuh. 2 Asid sulfurik pekat sangat mudah menyerap air. Oleh itu, asid sulfurik pekat lazimnya digunakan dalam makmal sebagai agen pengontangan untuk mengeringkan gas hidrogen, klorin dan sulfur dioksida. 3 Asid sulfurik ialah bahan kimia penting dalam pembuatan baja, pembuatan detergen, penghasilan sutera tiruan, pembuatan pigmen putih bagi cat, pembuatan polimer dan sebagai elektrolit dalam akumulator asid plumbum. 1 2 4 Sulfur dioksida + Oksigen 3 Oksigen Sulfur Asid sulfurik pekat Asid sulfurik, H2 SO4 SO3 V2 O5 Asid sulfurik pekat Oleum Air Rajah 4.11 Penghasilan asid sulfurik dalam Proses Sentuh 4 Proses Sentuh terdiri daripada empat peringkat: (a) Peringkat ➊: Penghasilan sulfur dioksida Pembakaran serbuk sulfur dalam udara bagi menghasilkan gas sulfur dioksida. S + O2 SO2 Sulfur Oksigen Sulfur dioksida (b) Peringkat ➋: Penghasilan sulfur trioksida Gas sulfur dioksida dipanaskan bersamasama gas oksigen kering yang berlebihan pada suhu 450 °C – 500 °C pada tekanan 1 atmosfera, menggunakan mangkin vanadium(V) oksida (V2 O5 ) untuk menghasilkan sulfur trioksida. 98% sulfur trioksida terhasil daripada tindak balas ini. 2SO2 + O2 2SO3 Sulfur Oksigen Sulfur dioksida trioksida Sulfur yang tidak ditukarkan kepada sulfur trioksida dialir semula untuk bertindak balas. (c) Peringkat ➌: Penghasilan oleum Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum. SO3 + H2 SO4 H2 S2 O7 Sulfur Asid Oleum trioksida sulfurik (d) Peringkat ➍: Penghasilan asid sulfurik Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik. H2 S2 O7 + H2 O 2H2 SO4 Oleum Air Asid sulfurik semak cepat 4.3 1 Nyatakan nisbah campuran gas nitrogen dan hidrogen dalam Proses Haber. 2 Apakah mangkin yang digunakan dalam Proses Haber? PENERBIT 3 Apakah itu Proses Sentuh? ILMU BAKTI SDN. BHD.


218 Kadar Tindak Balas TINGKATAN 5 4 Praktis SPM 4 1 Rajah 1 menunjukkan satu contoh tindak balas. Rajah 1 Apakah kadar tindak balas bagi contoh dalam Rajah 1? A Cepat B Perlahan C Sangat cepat D Sangat perlahan 2 Apakah definisi bagi kadar tindak balas? A Bilangan bahan yang digunakan dalam suatu tindak balas B Masa yang diambil untuk bahan bertindak balas C Perubahan kuantiti suatu bahan tindak balas per unit masa D Perubahan yang berlaku pada bahan tindak balas 3 Graf isi padu gas melawan masa dalam Rajah 2 diperoleh daripada tindak balas antara asid hidroklorik dengan serbuk marmar. Isi padu gas (cm3 ) 35 5 10 15 20 25 30 20 40 60 80 100 120 140 160 180 200 220 Masa (s) Rajah 2 Hitung kadar tindak balas purata dalam 60 saat. A 0.10 cm3 s-1 C 0.25 cm3 s-1 B 0.15 cm3 s-1 D 0.20 cm3 s-1 4 Apakah perubahan yang diperhatikan untuk mengukur kadar tindak balas? A Perubahan bentuk bahan tindak balas B Pembebasan gas hasil tindak balas C Warna bahan tindak balas D Jenis bahan tindak balas 5 Maklumat berikut menunjukkan salah satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Semakin besar jumlah luas permukaan yang terdedah, semakin tinggi kadar tindak balas Apakah faktor tersebut? A Mangkin B Suhu tindak balas C Saiz bahan tindak balas D Kepekatan bahan tindak balas 6 Bagaimanakah suhu meningkatkan kadar tindak balas? A Meningkatkan tenaga kinetik zarah-zarah bahan tindak balas B Mengurangkan bilangan zarah-zarah bahan tindak balas C Meningkatkan luas permukaan bahan tindak balas D Mengurangkan bilangan pelanggaran bahan tindak balas 7 Antara berikut, yang manakah ciri mangkin? A Tidak memberi kesan kepada jumlah hasil tindak balas B Tidak khusus dalam tindak balasnya C Tidak mengubah kadar tindak balas D Kuantiti mangkin mempengaruhi kadar tindak balas Arahan: Jawab semua soalan. Kertas 1 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


219 Kadar Tindak Balas TINGKATAN 5 4 8 Rajah 3 menunjukkan tindak balas antara bahan X dengan asid hidroklorik. Gelembung gas Serbuk X Kepingan X Asid hidroklorik cair Rajah 3 Apakah faktor yang mempengaruhi bilangan gelembung gas yang terhasil? A Suhu C Kepekatan B Tekanan D Saiz bahan 9 Jadual 1 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji kadar tindak balas. Eksperimen Bahan tindak balas Suhu (°C) A Pita magnesium dan 25 cm3 asid hidroklorik 0.5 mol dm-3 35 B Serbuk magnesium dan 25 cm3 asid hidroklorik 0.5 mol dm-3 35 Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen tersebut? A Saiz bahan tindak balas B Suhu hasil tindak balas C Isi padu asid hidroklorik D Kepekatan asid hidroklorik 10 Maklumat berikut menunjukkan sifat fizik bahan M. Tidak berwarna Berbau sengit Larut dalam air Apakah bahan M? A Asid hidroklorik C Ammonia B Asid etanoik D Etanol 11 Berikut ialah persamaan bagi Proses Haber. Nitrogen + Hidrogen Ammonia 200 atm Mangkin serbuk ferum 450 °C – 550 °C Berapakah nisbah isi padu nitrogen kepada hidrogen dalam Proses Haber? A Nitrogen (3) :Hidrogen (1) B Nitrogen (1) :Hidrogen (3) C Nitrogen (2) :Hidrogen (1) D Nitrogen (1) :Hidrogen (2) 12 Antara berikut, yang manakah menunjukkan kegunaan ammonia dalam kehidupan harian? A C B D 13 Proses Sentuh terdiri daripada empat peringkat. Peringkat 1: Penghasilan sulfur dioksida Peringkat 2: Penghasilan sulfur trioksida Peringkat 3: Penghasilan oleum Peringkat 4: Penghasilan asid sulfurik Di peringkat manakah pembakaran serbuk sulfur dalam udara berlaku? A Peringkat 1 C Peringkat 3 B Peringkat 2 D Peringkat 4 14 Apakah mangkin yang digunakan dalam Proses Sentuh? A Vanadium(V) oksida B Kalsium karbonat C Magnesium D Besi 15 Bagaimanakah oleum dihasilkan dalam Proses Sentuh? A Asid sulfurik pekat ditambahkan air B Serbuk sulfur dibakar dalam kebuk pembakaran C Asid sulfurik pekat dilarutkan dalam air panas D Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


220 Kadar Tindak Balas TINGKATAN 5 4 Kertas 2 Bahagian C 1 Kaji pernyataan berikut. Pita magnesium yang sama panjang telah dicampur ke dalam asid hidroklorik cair berlebihan dan juga asid hidroklorik cair berlebihan yang telah dipanaskan. Masa yang diambil untuk tindak balas berhenti dicatatkan. Apabila tindak balas berhenti, semua pita magnesium hilang. Didapati bahawa pita magnesium yang dicampur ke dalam asid hidroklorik cair berlebihan yang dipanaskan, bertindak balas dengan lebih cepat. (a) Nyatakan satu pernyataan masalah berdasarkan situasi di atas. [1 markah] (b) Cadangkan satu hipotesis untuk mengkaji situasi di atas. [1 markah] (c) Cadangkan satu eksperimen yang sesuai untuk menyiasat hipotesis anda di 1(a). Huraian anda hendaklah meliputi aspek berikut: (i) Tujuan eksperimen [1 markah] (ii) Mengenal pasti pemboleh ubah [2 markah] (iii) Prosedur atau kaedah [4 markah] (iv) Penjadualan data [1 markah] 2 Antara faktor yang mempengaruhi tindak balas ialah kehadiran mangkin. (a) Bagaimanakah kehadiran mangkin mempengaruhi kadar tindak balas dan adakah kehadiran mangkin akan mempengaruhi kuantiti hasil tindak balas? [2 markah] (b) Terangkan tindakan mangkin semasa proses pencernaan dalam badan manusia. [2 markah] (c) Proses Haber merupakan salah satu proses yang mengaplikasikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Proses Haber digunakan bagi menghasilkan ammonia daripada dua bahan yang berada dalam keadaan gas. Nyatakan dua bahan tersebut dan terangkan proses yang terlibat. [4 markah] (d) Proses Haber merupakan antara ciptaan kaedah industri yang paling penting dan proses ini wajar diteruskan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Wajarkan jawapan anda. [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


221 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 bab 5 Tema 2: Penerokaan Unsur dalam Alam Pengenalan kepada Sebatian Karbon 5.1 1 Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon, C. 2 Sebatian karbon terbentuk daripada gabungan unsur karbon dengan satu atau lebih unsur lain dalam tindak balas kimia. 3 Sebatian karbon boleh dibahagikan kepada dua jenis: (a) Sebatian karbon organik Sebatian yang mempunyai gabungan unsur karbon dengan unsur-unsur lain dan biasanya terdapat dalam organisma. (contoh: kanji, getah, minyak sawit, kain sutera) (b) Sebatian karbon bukan organik Sebatian yang berasal daripada benda bukan hidup seperti mineral dalam Bumi dan gas-gas atmosfera (contoh: oksigen, marmar) Kepentingan Kitar Karbon 1 Karbon ialah unsur keempat paling banyak dalam alam semesta dan penting untuk hidupan di Bumi. Sebatian Karbon • Sebatian karbon organik – Organic carbon compound • Kitar karbon – Carbon cycle • Sebatian karbon bukan organik – Inorganic carbon compound Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://youtu.be/jOht6qmuG-k untuk menonton video tentang Kitar Karbon. 2 Kitar karbon ialah proses pengambilan, penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan. 3 Kitar karbon penting dalam mengekalkan kandungan karbon dalam alam semula jadi. Karbon dioksida di atmosfera ditukarkan kepada sebatian karbon oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis secara berterusan. 4 Tiga proses utama yang mengembalikan karbon dioksida ke atmosfera: (a) Respirasi – karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera melalui proses respirasi hidupan seperti haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. (b) Pembakaran – selain proses pembakaran bahan api, letusan gunung berapi dan kebakaran hutan juga membebaskan karbon dioksida. (c) Penguraian – karbon dioksida juga dibebaskan semasa proses penguraian oleh mikroorganisma pengurai seperti bakteria dan fungus. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


222 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 • Hidrokarbon tepu – Saturated hydrocarbon • Hidrokarbon tak tepu – Unsaturated hydrocarbon semak cepat 5.1 1 Apakah sebatian karbon? 2 Nyatakan perbezaan antara sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik. 3 Nyatakan kepentingan kitar karbon. 5.2 Hidrokarbon 1 Sebatian hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja. Unsur karbon dan hidrogen diikat bersama oleh ikatan kovalen. 2 Hidrokarbon terbahagi kepada: (a) hidrokarbon tepu – atom-atom karbon diikat oleh ikatan tunggal sahaja (b) hidrokarbon tak tepu – terdapat atom karbon yang mempunyai ikatan ganda dua atau tiga 3 Sumber-sumber hidrokarbon: (a) Petroleum – terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati dan tertimbus di dalam laut berjuta-juta tahun dahulu di bawah tekanan dan suhu yang tinggi (b) Gas asli – ditemui terperangkap di antara lapisan batu yang tidak telap dengan petroleum di dalam tanah (c) Arang batu – terbentuk daripada tumbuhan di kawasan berpaya yang telah tertimbus di bawah tanah berjuta-juta tahun dahulu 4 Petroleum atau minyak mentah ialah campuran hidrokarbon yang mudah terbakar dan sangat kompleks yang hanya boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. 5 Penyulingan berperingkat petroleum (a) Petroleum ialah suatu campuran hidrokarbon. Setiap hidrokarbon dalam petroleum mempunyai saiz molekul dan takat didih yang berbeza. (b) Oleh itu, petroleum boleh diasingkan kepada hidrokarbon-hidrokarbonnya mengikut takat didih masing-masing melalui proses yang disebut penyulingan berperingkat. Setiap bahagian pengasingan disebut pecahan. (c) Proses penyulingan berperingkat melibatkan proses pendidihan dan kondensasi. (d) Pecahan yang mempunyai takat didih yang lebih rendah terkondensasi lebih dahulu berbanding dengan pecahan dengan takat didih lebih tinggi. (e) Lebih tinggi takat didih pecahan petroleum, (i) lebih gelap warna pecahan (ii) lebih likat pecahan (iii) lebih susah untuk dibakar (iv) lebih banyak jelaga dihasilkan apabila terbakar Kitar Karbon Fotosintesis Respirasi Tumbuhan hijau dimakan oleh Karbon dioksida (CO2 ) Atmosfera Organisma mati Bahan api fosil (petroleum, gas asli, arang batu) Pembakaran bahan api Respirasi Pereputan Mati Haiwan Mati Rajah 5.1 Proses-proses yang terlibat dalam kitar karbon PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


223 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Aktiviti 5.1 Tujuan: Menjalankan aktiviti penyulingan berperingkat petroleum mentah. Bahan dan radas: Petroleum mentah, serpihan porselin, kertas turas, kaki retort, termometer (0 °C – 360 °C), kelalang penyulingan, kelalang kon, kondenser Liebig, kasa dawai, tungku kaki tiga, piring penyejat dan penunu Bunsen Perbincangan: 1 Warna pecahan: semakin tinggi takat didih petroleum, semakin gelap warna pecahanpecahan tersebut. 2 Kelikatan pecahan: semakin tinggi takat didih petroleum, semakin likat pecahan-pecahan tersebut. 3 Warna nyalaan dan jelaga: semakin tinggi takat didih petroleum, semakin kuning warna nyalaan dan semakin banyak jelaga yang dihasilkan. 4 Pecahan 1 ialah petrol yang digunakan sebagai bahan api. Pecahan 2 ialah nafta yang digunakan untuk membuat pelarut racun perosak. Pecahan 3 ialah kerosin yang digunakan sebagai bahan api kapal terbang. Pecahan 4 ialah diesel, yang digunakan sebagai bahan api untuk bas dan lori. Kesimpulan: • Petroleum mentah boleh dipecahkan kepada pecahan-pecahan melalui kaedah penyulingan berperingkat. • Apabila takat didih pecahan meningkat, maka semakin gelap warnanya, semakin tinggi kelikatannya dan semakin banyak jelaga terhasil daripada pembakaran. Prosedur: 1 Susunan radas seperti dalam Rajah 5.2 disediakan. Termometer Air keluar Kondenser Liebig Hasil sulingan Air masuk Penunu Bunsen Serpihan porselin Petroleum mentah Kelalang penyulingan Rajah 5.2 2 Petroleum mentah di dalam kelalang penyulingan dipanaskan secara perlahan-lahan. 3 Pecahan pertama dikumpul pada suhu 30 °C – 80 °C. 4 Pemanasan diteruskan dan hasil penyulingan dikumpul dalam kelalang kon yang berasingan pada rangkaian suhu 80 °C – 150 °C, 150 °C – 230 °C dan 230 °C – 250 °C. 5 Pemerhatian dilakukan dan direkodkan berdasarkan warna pecahan, kelikatan pecahan dan warna jelaga yang terhasil semasa pembakaran. Pemerhatian: Pecahan petroleum Julat takat didih Warna Kelikatan Warna nyalaan dan jelaga Pecahan 1 30 °C – 80 °C Jernih Cair Nyalaan biru / Tiada jelaga Pecahan 2 80 °C – 150 °C Kuning muda Sedikit likat Nyalaan sedikit kuning / Sedikit jelaga Pecahan 3 150 °C – 230 °C Kuning Likat Nyalaan kuning / Sedikit jelaga Pecahan 4 230 °C – 250 °C Jingga Sangat likat Nyalaan kuning dan merah / Banyak jelaga PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


224 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Siri Homolog Alkana dan Alkena 1 Sebatian karbon organik dapat dikelaskan mengikut sifat-sifat tertentu dalam satu kumpulan yang dikenali sebagai siri homolog. 2 Siri homolog ialah satu kumpulan sebatian karbon yang mempunyai formula am dan kumpulan berfungsi yang sama, sifat kimia yang sama dan kaedah penyediaan yang sama dalam makmal. 3 Kumpulan berfungsi pada molekul ialah tempat berlakunya tindak balas kimia. Jenis tindak balas kimia bergantung pada kumpulan berfungsi. 4 Penamaan ahli-ahli dalam siri homolog adalah berdasarkan sistem penamaan IUPAC (International Union of Pure and Applied Chemistry). 5 Terdapat dua siri homolog dalam bab ini, iaitu alkana (hidrokarbon tepu) dan alkena (hidrokarbon tak tepu). Alkana Setiap atom karbon dalam molekul alkana mempunyai empat ikatan kovalen tunggal, CC atau CH H H   H  C  C  H   H H Ikatan kovalen tunggal • Contoh: Etana • Formula am molekul: Cn H2n + n , dengan keadaan bilangan atom karbon, n = 1, 2, 3,... • Nama akhiran semua ahli ialah ‘ana’ dan berdasarkan bilangan atom karbon dalam rantai terpanjang dalam molekul n 1 2 3 4 5 6 Formula molekul CH4 C2 H6 C3 H8 C4 H10 C5 H12 C6 H14 Nama alkana Metana Etana Propana Butana Pentana Heksana Alkena • Setiap molekul alkena mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua antara dua atom karbon, C=C H H C=C H H Ikatan kovalen ganda dua • Contoh: Etena • Formula am molekul: Cn H2n , dengan keadaan bilangan atom karbon, n = 1, 2, 3,... • Nama akhiran semua ahli ialah ‘ena’ dan berdasarkan bilangan atom karbon dalam rantai terpanjang dalam molekul n 2 3 4 5 6 7 Formula molekul C2 H4 C3 H6 C4 H8 C5 H10 C6 H12 C7 H14 Nama alkena Etena Propena Butena Pentena Heksena Heptena • Alkana – Alkane • Alkena – Alkene PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


225 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 • Sumber tenaga alternatif – Alternative energy source • Bakteria metanogen – Methanogenic bacteria • Alkohol – Alcohol Sumber Tenaga Alternatif dan Tenaga Boleh Baharu 1 Sumber tenaga alternatif diperlukan untuk menyelesaikan masalah kekurangan sumber bahan api fosil untuk menjana tenaga. Masalah ini sedang dialami oleh kebanyakan negara yang sedang membangun seperti negara kita, Malaysia. 2 Antara sumber tenaga alternatif ialah tenaga solar, tenaga angin, tenaga gelombang ombak, tenaga air pasang surut, tenaga geoterma, tenaga hidro dan tenaga biojisim. 3 Tenaga biojisim atau tenaga biogas ialah salah satu sumber tenaga tertua di dunia. Tenaga biojisim mudah diperoleh kerana sumber tenaga ini bergantung sepenuhnya pada alam sekitar. 4 Negara membangun lain seperti Brazil menggunakan hampas tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas tebu yang dibakar akan mengeluarkan gas metana yang akan diproses untuk menghasilkan tenaga elektrik. 5 Negara India menghasilkan kira-kira 1 000 juta tan sisa buangan tumbuhan dan haiwan setahun. Sisa buangan ini digunakan untuk memproses hampir 50% keperluan tenaga elektrik bagi kawasan luar bandar negara India. 6 Malaysia turut menggunakan hampas kelapa sawit hasil daripada industri pertanian bagi menghasilkan tenaga elektrik. Namun, setakat ini tenaga hidroelektrik masih merupakan alternatif utama Malaysia bagi menjana tenaga elektrik. Gas metana dari sisa makanan domestik 1 Penghasilan gas metana melibatkan proses rawatan dan pemprosesan. 2 Kulit buah-buahan dan sisa sayur-sayuran dikumpul dan dihancurkan dengan mencampurkan air. Semasa kaedah perawatan ini berlangsung, terdapat bakteria hadir secara semula jadi bagi menjalankan proses penguraian secara anaerobik. 3 Bakteria tersebut ialah bakteria metanogen, iaitu bakteria yang menghasilkan gas metana daripada proses penguraian. Biogas ini dikumpulkan dan boleh digunakan sebagai bahan ganti kepada gas asli yang digunakan untuk memasak. semak cepat 5.2 1 Nyatakan tiga sumber sebatian hidrokarbon. 2 Apakah perbezaan antara alkana dengan alkena? 3 Nyatakan dua sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu. 5.3 Alkohol Penghasilan Alkohol 1 Alkohol ialah kumpulan sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. 2 Setiap molekul alkohol mengandungi kumpulan hidroksil (–OH). Contoh alkohol ialah etanol, propanol, butanol dan metanol. 3 Alkohol boleh dihasilkan melalui proses penapaian sumber karbohidrat seperti beras, kanji, gandum, nanas dan anggur. 4 Etanol yang digunakan dalam pembuatan minuman beralkohol boleh dihasilkan melalui penapaian larutan glukosa oleh yis. 5 Penapaian ialah proses penukaran karbohidrat kepada etanol dan karbon dioksida oleh tindakan enzim zimase dalam yis. 6 Etanol yang terhasil ditulenkan melalui proses penyulingan. Glukosa Etanol + Karbon dioksida Enzim zimase (dalam yis) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


226 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Tujuan: Menyediakan etanol tulen melalui proses penapaian dan penyulingan. Hipotesis: Etanol boleh dihasilkan melalui proses penapaian dan boleh ditulenkan melalui proses penyulingan. Radas dan Bahan: Kelalang kon, getah penyumbat dengan tiub penghantar, tabung uji, kelalang penyulingan, kondenser Liebig, termometer, bikar, tungku kaki tiga, blok kayu, kasa dawai, kaki retort, penunu Bunsen, gula, air suling, yis dan air kapur Prosedur: A Proses penapaian 1 Larutan gula disediakan dengan melarutkan 100 g gula di dalam 250 cm3 air suling. 2 5 g yis ditambahkan ke dalam larutan gula. 3 Campuran itu dituangkan ke dalam kelalang kon dan susunan radas seperti Rajah 5.3 disediakan. 4 Radas dibiarkan selama 1 hari dan pemerhatian dijalankan. Eksperimen 5.1 Tiub penghantar Kelalang kon Larutan gula dan yis Air kapur Tabung uji Kaki Retort Rajah 5.3 Proses penapaian B Proses penyulingan 1 Susunan radas seperti dalam Rajah 5.4 disediakan. 2 Hasil proses penapaian dituang ke dalam kelalang penyulingan dan dipanaskan. • Porselin digunakan untuk mengelakkan kelalang dasar bulat daripada pecah. • Kondenser Liebig digunakan untuk menyejukkan wap etanol semasa proses kondensasi. INFO dinamik 3 Warna dan bau cecair jernih yang mengalir keluar daripada kondenser Liebig diperhatikan. 4 Suhu termometer direkodkan. xxxxxxx Termometer Air keluar Kondenser Liebig Air masuk Serpihan porselin Hasil sulingan Hasil penapaian Rajah 5.4 Proses penyulingan Pemerhatian: Eksperimen Pemerhatian Inferens A Air kapur keruh. Gas karbon dioksida terbebas B Bau alkohol yang kuat dihasilkan pada suhu 78 °C. Etanol terhasil Perbincangan: 1 Etanol dihasilkan melalui proses penapaian larutan gula oleh yis. 2 Etanol daripada hasil penapaian boleh ditulenkan melalui proses penyulingan kerana takat didih etanol (78 °C) berbeza daripada takat didih air (100 °C). Kesimpulan: Hipotesis diterima. Etanol boleh dihasilkan melalui proses penapaian dan boleh ditulenkan melalui proses PENERBIT penyulingan. ILMU BAKTI SDN. BHD.


227 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Sifat Fizik dan Sifat Kimia Alkohol Jadual 5.1 Sifat fizik dan sifat kimia alkohol Sifat fizik Sifat kimia • Tidak berwarna • Mempunyai bau tersendiri • Takat didih meningkat apabila bilangan atom karbon meningkat • Keterlarutan dalam air berkurang apabila atom karbon meningkat Tindak balas pembakaran: • Mudah terbakar • Alkohol terbakar dalam oksigen (nyalaan biru tanpa jelaga) untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air Alkohol + Oksigen Air + Karbon dioksida Tindak balas pengesteran: • Alkohol bertindak balas dengan asid organik seperti asid etanoik untuk menghasilkan ester dan air • Asid sulfurik digunakan sebagai mangkin • Ester berbau harum dan digunakan dalam pembuatan kosmetik, minyak wangi dan bahan perisa dalam industri makanan Alkohol + Asid organik Ester + Air dipanaskan Asid sulfurik pekat Kegunaan Alkohol dalam Kehidupan Harian Jadual 5.2 Kegunaan alkohol Kegunaan alkohol Bahan api Sebagai bahan api kerana ia menghasilkan pembakaran tanpa jelaga Perubatan Sebagai antiseptik Digunakan untuk membunuh kuman sebelum suntikan diberikan Digunakan sebagai pelarut dalam pembuatan ubat Kosmetik Digunakan dalam pembuatan minyak wangi, losen cukur, pelembap kulit Sebagai pelarut bagi sebatian organik yang tak larut dalam air seperti varnis Industri Digunakan untuk menghasilkan perasa tiruan seperti strawberi dan oren dalam makanan Digunakan dalam pembuatan minuman beralkohol seperti bir dan wain • Pengesteran – Esterification Kesan Pengambilan Alkohol Secara Berlebihan 1 Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menjejaskan fungsi otak dan sistem saraf. Rajah 5.5 menunjukkan bahagian otak yang terjejas akibat pengambilan alkohol dan kesannya. 1 3 2 Rajah 5.5 Bahagian otak yang terjejas akibat pengambilan alkohol 1 Alkohol menjejaskan bahagian hadapan otak dengan mengganggu koordinasi motor dan proses membuat keputusan. 2 Alkohol menjejaskan bahagian tengah otak yang menyebabkan seseorang akan hilang kawalan terhadap emosi dan meningkatkan kebarangkalian untuk pengsan. 3 Alkohol juga merosakkan pangkal otak dan menjejaskan denyutan jantung, suhu badan, selera PENERBIT makan, tahap kesedaran dan boleh membawa maut. ILMU BAKTI SDN. BHD.


228 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 semak cepat 5.3 1 Apakah proses penapaian? 2 Nyatakan sifat-sifat fizik alkohol. 3 Nyatakan tiga kesan pengambilan alkohol secara berlebihan. 5.4 Lemak Kandungan Lemak serta Sumbernya 1 Lemak ialah sebatian karbon organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Lemak diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan. 2 Antara contoh sumber lemak ialah susu, minyak kelapa, kacang tanah, daging, mentega dan minyak ikan. 2 Rajah 5.6 menunjukkan kesan pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Hati Kerosakan sel hati, sirosis, kanser hati Ginjal Kerosakan ginjal Pundi kencing Kerap membuang air kencing Peparu Meningkatkan kadar pernafasan, kanser peparu Mata Pandangan menjadi kabur Mulut/esofagus Kanser esofagus Otak Menjejaskan koordinasi dan sistem saraf yang menyebabkan keseimbangan badan terganggu, pemikiran kurang waras dan sukar menganggar jarak Salur darah & Jantung Tekanan darah tinggi, kadar degupan jantung meningkat Perut Menghalang penyerapan vitamin penting, pendarahan dan ulser perut Usus Menyebabkan ulser Rajah 5.6 Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan Sindrom fetal alkohol ialah kecacatan pada bayi yang berpunca daripada pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu yang mengandung. INFO dinamik 3 Lemak menghasilkan dua kali lebih banyak tenaga berbanding dengan karbohidrat. 4 Lemak terbentuk daripada asid lemak dan gliserol serta boleh wujud dalam bentuk pepejal atau cecair. 5 Terdapat dua jenis lemak: (a) Lemak tepu Lemak yang mempunyai ikatan tunggal sahaja dalam molekulnya. Lazimnya, diperoleh daripada sumber haiwan dan wujud sebagai pepejal pada suhu bilik. (b) Lemak tak tepu Lemak yang mempunyai ikatan ganda dua dalam molekulnya. Lazimnya, diperoleh daripada sumber tumbuhan dan wujud PENERBIT sebagai cecair pada suhu bilik. ILMU BAKTI SDN. BHD.


229 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu Jadual 5.3 Perbandingan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu Persamaan • Tidak larut dalam air • Sumber asid lemak yang penting kepada tubuh • Mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen Lemak tepu Perbezaan Lemak tak tepu Haiwan Sumber Tumbuhan Tinggi Takat lebur Rendah Ikatan tunggal Ikatan dalam molekul Ikatan ganda dua Tinggi Kandungan kolesterol Rendah Pepejal Keadaan pada suhu bilik Cecair Mentega, lemak daging, minyak sapi, keju, marjerin Contoh Minyak zaitun, minyak sayur, minyak kelapa sawit Kesan Pengambilan Makanan Berlemak yang Berlebihan terhadap Kesihatan 1 Pengambilan lemak secara berlebihan akan membawa kepada penyakit berikut: (a) Batu karang hempedu dan jaundis Kolesterol berlebihan dalam darah akan membentuk batu hempedu yang menyumbat duktus hempedu, seterusnya menyebabkan jaundis. (b) Arteriosklerosis (i) Arteriosklerosis berlaku apabila kolesterol yang berlebihan terenap pada dinding arteri lalu membentuk plak yang keras dan menyebabkan penyempitan arteri. (ii) Arteriosklerosis boleh membawa kepada serangan jantung, strok atau kegagalan fungsi jantung jika dibiarkan tanpa rawatan. • Lemak tepu – Saturated fat • Lemak tak tepu – Unsaturated fat • Gliserol – Glycerol • Asid lemak – Fatty acid Dinding arteri normal Arteri Lumen yang sempit Plak (Enapan kolesterol pada dinding arteri) Rajah 5.7 Arteriosklerosis 2 Antara langkah pencegahan untuk mengelak daripada penyakit yang disebabkan oleh kolesterol berlebihan ialah: (a) mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu. (b) meningkatkan pengambilan lemak tak tepu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. semak cepat 5.4 1 Bagaimanakah lemak terbentuk? 2 Nyatakan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. 3 Bagaimanakah arteriosklerosis terbentuk? PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


230 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 5.5 Minyak Sawit Struktur Buah Kelapa Sawit 1 Buah kelapa sawit terdiri daripada tiga bahagian penting, iaitu sabut (mesokarp), tempurung (endokarp) dan isirung (kernel). Sabut (mesokarp) – lapisan tebal, berwarna jingga kemerahan apabila buah masak, mengandungi minyak kelapa sawit yang paling banyak Tempurung (endokarp) – lapisan keras, tidak mengandungi minyak Isirung (kernel) – berwarna putih, mengandungi minyak kelapa sawit yang bermutu tinggi Rajah 5.8 Struktur buah kelapa sawit Aspek Kuantiti Minyak daripada Sabut dan Isirung 1 Terdapat tiga produk asas utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit, iaitu isirung kelapa sawit, minyak isirung kelapa sawit dan minyak sawit mentah. 2 Sabut kelapa sawit mengandungi minyak kelapa sawit yang paling banyak, manakala isirung kelapa sawit mengandungi minyak yang sedikit tetapi sangat bermutu tinggi. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://youtu.be/9RuQ2vOpwFU untuk menonton video tentang Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit. Aktiviti menghasilkan minyak sawit daripada buah kelapa sawit di makmal • Bersihkan kotoran pada buah kelapa sawit • Tanggalkan tangkai daripada buah kelapa sawit • Rendam buah dalam air mendidih untuk melembutkan sabut dan membunuh bakteria pada buah • Asingkan sabut daripada tempurung buah kelapa sawit • Tumbuk sabut di dalam bekas sehingga lumat • Sabut yang terpisah dimasukkan ke dalam alat penekan untuk diperah • Minyak sawit yang diekstrak daripada sabut dikumpulkan • Ekstrak minyak kelapa sawit dituras untuk membuang bendasing dan serat sabut • Minyak sawit mentah terhasil Bersih Panas Hancur Perah Turas Rajah 5.9 Prosedur penghasilan minyak kelapa sawit di makmal i THINK Peta Alir PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


231 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Proses pengekstrakan minyak sawit secara industri Proses pengektrakan minyak sawit secara industri diringkaskan dalam Rajah 5.10. Minyak sawit (PO) tulen terhasil Pensterilan Buah kelapa sawit bersama tandannya disterilkan dalam stim yang bertekanan tinggi pada suhu yang tinggi untuk melembutkan buah, membunuh bakteria dan fungi serta memudahkan buah ditanggalkan daripada tandannya. Penanggalan Buah kelapa sawit ditanggalkan daripada tandannya dengan menggunakan mesin penanggal. Pencernaan Buah kelapa sawit dipanaskan semula pada suhu tinggi dan dikacau dengan batang pemutar untuk mengasingkan sabut daripada tempurungnya. Sabut dan tempurung yang mengandungi isirung kemudiannya diproses secara berasingan. Penulenan Stim dialirkan untuk menyingkirkan bau dan asid dalam minyak. Kemudian PO disalurkan melalui karbon aktif untuk melunturkan warnanya. PO – Palm oil (minyak sawit) PKO – Palm kernel oil (minyak isirung sawit) Sabut Isirung Pengekstrakan minyak sawit (PO) Minyak diekstrak daripada sabut dengan menggunakan mesin penekan hidraulik. Pengekstrakan minyak isirung sawit (PKO) Biji buah dikukus pada tekanan tinggi untuk memisahkan isirung daripada tempurung. Isirung dikeringkan dan PKO diekstrak dengan penekan hidraulik. Penurasan Gentian sabut diasingkan daripada PO melalui proses penurasan. Penurasan Isirung diasingkan daripada PKO melalui penurasan. Minyak isirung sawit (PKO) tulen terhasil Rajah 5.10 Urutan proses pengekstrakan minyak sawit secara industri • Minyak sawit – Palm oil • Minyak isirung – Palm kernel oil PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


232 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Komponen dalam Minyak Sawit 1 Minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu seperti asid palmitik dan asid stearik serta asid lemak tak tepu seperti asid oleik dan asid linoleik. 2 Jadual 5.4 menunjukkan perbandingan dari segi kandungan asid lemak dalam minyak kelapa sawit (PO) dan minyak isirung sawit (PKO). Jadual 5.4 Kandungan asid lemak dalam minyak kelapa sawit dan minyak isirung sawit Kandungan asid lemak minyak kelapa sawit (PO) Kandungan asid lemak minyak isirung sawit (PKO) Jenis asid lemak Peratus (%) Jenis asid lemak Peratus (%) Palmitik Stearik Miristik Oleik Linoleik Lain-lain 44.3 4.6 1.0 38.7 10.5 0.9 Palmitik Stearik Miristik Oleik Linoleik Laurik Kaprik Kaprilik Lain-lain 8.4 2.5 16.2 15.3 2.3 48.2 3.4 3.3 0.4 Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Minyak_kelapa_sawit Perbandingan antara Komposisi Minyak Sawit dengan Minyak Sayuran 1 Pada asasnya, komposisi kimia utama dalam minyak sawit dan minyak sayuran ialah lemak. Lemak ialah ester semula jadi yang terbentuk melalui tindak balas pengesteran antara asid lemak dengan gliserol. 2 Asid lemak ialah asid karboksilik yang mempunyai rantai atom karbon yang panjang. Asid lemak mempunyai kumpulan berfungsi –COOH. 3 Gliserol ialah bahan tidak berwarna dan likat. Gliserol ialah alkohol yang mempunyai tiga kumpulan hidroksil –OH. 4 Asid lemak pula terbahagi kepada dua, iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Asid lemak tak tepu terbahagi kepada dua, iaitu: (a) asid lemak mono tak tepu (b) asid lemak poli tak tepu 5 Jadual 5.5 menyenaraikan contoh bagi asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu. Jadual 5.5 Contoh bagi asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu Asid lemak mono tak tepu Asid lemak poli tak tepu Minyak sawit Minyak canola Minyak zaitun Minyak gajus Minyak kacang tanah Minyak jagung Minyak kacang soya Minyak biji bunga matahari Minyak ikan laut dalam Sumber: http://www.myhealth.gov.my/lemak-dan-kolesterol/ 6 Jadual 5.6 menunjukkan perbezaan kandungan komposisi antara minyak sawit dengan minyak sayuran lain. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


233 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Jadual 5.6 Perbandingan komposisi minyak sawit dengan minyak sayuran lain Peratus berat bagi asid lemak (%) Minyak Minyak kelapa Minyak isirung sawit Minyak sawit Minyak kacang Minyak zaitun Minyak kacang soya Minyak bijan Minyak jagung Nisbah lemak tak tepu/ lemak tepu 0.1 0.2 1.0 4.0 4.6 5.7 6.6 6.7 Tepu Asid kaprik 6 4 – – – – – – Asid laurik 47 48 – – – – – – Asid miristik 18 16 1 – – – – – Asid palmitik 9 8 45 11 13 11 9 11 Asid stearik 3 3 4 2 3 4 4 2 Mono tak tepu Asid oleik 6 15 40 48 71 24 41 28 Poli tak tepu Asid linoleik 2 2 10 32 10 54 45 58 Asid alfa linoleik – – – – 1 7 – 1 Sifat Kimia Minyak Sawit 1 Berikut ialah sifat kimia minyak sawit jika dilihat dari aspek berbeza: (a) Pengoksidaan Molekul minyak sawit yang bergabung dengan oksigen dalam udara, atau daripada bahan tindak balas, menghasilkan radikal bebas yang berbahaya. (b) Hidrolisis Hidrolisis ialah satu tindak balas bagi memecahkan minyak sawit kepada asid lemak dan gliserol. Terdapat tiga cara hidrolisis bagi mendapatkan asid lemak, iaitu: (i) hidrolisis minyak sawit dengan air (ii) hidrolisis minyak menggunakan enzim lipase (iii) hidrolisis secara langsung buah kelapa sawit dengan mengaktifkan enzim lipase yang terdapat pada buah itu sendiri. • Hidrolisis – Hydrolysis (c) Pengesteran Pengesteran ialah proses pembentukan lemak (garam palmitat) hasil tindak balas antara asid lemak (asid palmitik) dengan alkohol (gliserol). Gliserol ialah bahan kimia penting dalam pembuatan makanan, kosmetik dan ubat-ubatan. Proses Pengemulsian Minyak Sawit 1 Pengemulsian ialah proses pemecahan minyak sawit kepada titisan minyak sawit yang lebih kecil. 2 Proses ini meningkatkan jumlah luas pemukaan minyak sawit seterusnya meningkatkan kadar pencernaan minyak sawit. 3 Minyak dan air ialah dua bahan yang tidak larut antara satu sama lain untuk membentuk larutan homogen yang seragam. Namun, melalui proses pengemulsian, minyak menjadi titisan kecil yang boleh tergantung dalam air. Rajah 5.11 menunjukkan proses pengemulsian PENERBIT minyak dengan air. ILMU BAKTI SDN. BHD.


234 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 • Pengemulsian – Emulsification Pengemulsi Pengemulsi Air Air Minyak / air Emulsi Minyak Minyak Pengemulsi Goncang Hujung berkutub Hujung tak berkutub Rajah 5.11 Proses pengemulsian minyak sawit Kandungan Nutrisi dalam Minyak Sawit 1 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) adalah antara agensi yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) minyak sawit. 2 Jadual 5.7 menunjukkan kandungan nutrisi dalam minyak sawit. Jadual 5.7 Kandungan nutrisi dalam minyak kelapa sawit Nutrisi Penerangan Lemak Kandungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang seimbang Vitamin Kaya dengan vitamin A dan E Bahan antioksidan Bahan antioksidan seperti karotena dan vitamin E yang melambatkan atau menghentikan pengoksidaan Bahan-bahan lain: Sterol, fosfatida, triterfenik, alkohol alifatik Menambah nilai nutrisi minyak sawit, meningkatkan kestabilan dan memudahkan proses penapisan minyak Penggunaan Minyak Sawit dalam Penjagaan Kesihatan dan Makanan 1 Minyak sawit ialah bahan utama dalam pembuatan minyak masak kerana sifatnya yang tidak berbuih pada suhu tinggi, tidak masam dan tidak mengandungi kolesterol. 2 Jadual 5.8 menunjukkan kegunaan lain minyak sawit. Jadual 5.8 Kegunaan lain minyak sawit Bidang Kegunaan Ubatubatan Merawat malaria, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi serta keracunan cianida Kosmetik Gincu bibir, syampu, losen, minyak rambut, sabun, ubat gigi, Prostetik Membuat alat bantuan sokongan kesihatan seperti kaki palsu Industri Dakwat pencetak, cat, racun serangga, detergen 3 Berikut ialah kesan minyak sawit terhadap kesihatan: (a) Meningkatkan tenaga – kandungan beta-karotena dalam minyak sawit sangat baik bagi meningkatkan tenaga dan mengawal keseimbangan hormon dalam tubuh (b) Menjaga kesihatan mata – kandungan retinol (provitamin A) yang terdapat dalam minyak sawit dianggarkan 15 kali lebih banyak daripada lobak merah dan 300 kali lebih banyak daripada tomato. (c) Mencegah masalah kardiovaskular – mengekalkan paras kolesterol dalam darah (d) Mencegah kanser – kajian mendapati karotenoid dalam minyak sawit mempunyai kesan perencatan ke atas perkembangan kanser mulut, peparu, PENERBIT perut dan pharyngeal ILMU BAKTI SDN. BHD.


235 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 • Saponifikasi – Saponification (e) Sebagai antioksidan – kandungan vitamin E dalam minyak sawit berfungsi sebagai bahan antioksidan yang memberi kestabilan terhadap kemerosotan oksidatif minyak (f ) Meningkatkan sistem imun – ubiquinone dalam minyak sawit mentah dapat meningkatkan sistem imun badan (g) Mencegah strok – dapat menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi serta dapat mencegah arteriosklerosis (h) Menjaga kesihatan kulit – kandungan beta-karotena dan tokotrienol dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit, melembutkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran ultraungu Proses Saponifikasi dalam Penghasilan Sabun 1 Sabun dihasilkan dengan memanaskan minyak sayur atau lemak haiwan dengan alkali pekat seperti natrium hidroksida. 2 Sabun ialah garam yang terbentuk daripada tindak balas antara lemak dengan alkali. Proses ini dikenali sebagai saponifikasi. 3 Natrium hidroksida bertindak sebagai pemangkin untuk menguraikan lemak kepada asid lemak dan gliserol. Minyak (lemak) + Natrium hidroksida (alkali) Garam asid lemak (sabun) + Gliserol (alkohol) Tujuan: Membuat sabun melalui proses saponifikasi. Pernyataan Masalah: Bagaimanakah sabun dihasilkan? Hipotesis: Sabun boleh dihasilkan daripada tindak balas antara natrium hidroksida pekat dan minyak kelapa sawit Radas: Penunu Bunsen, bikar, tungku kaki tiga, corong turas, kelalang kon, rod kaca, silinder penyukat, kasa dawai, kertas turas dan spatula. Bahan: Minyak kelapa sawit, air suling, larutan natrium hidroksida pekat dan serbuk natrium klorida Prosedur: 1 10 cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar. 2 50 cm3 larutan natrium hidroksida pekat dicampurkan ke dalam minyak kelapa sawit. 3 Campuran dipanaskan dan dikacau dengan rod kaca sehingga mendidih. 4 Tiga spatula serbuk natrium klorida dan 50 cm3 air suling dicampurkan ke dalam campuran larutan. 5 Campuran dididihkan selama 5 minit. 6 Campuran dibiarkan sejuk dan mendakan berwarna putih yang terbentuk dituras dengan kertas turas dan dibiarkan kering. 7 Beberapa ujian dijalankan pada hasil turasan. (a) Disentuh dengan jari (b) Dikacau dalam 50 cm3 air (c) Uji dengan kertas litmus merah dan biru Eksperimen 5.2 Larutan natrium hidroksida Campuran minyak dan natrium hidroksida Penunu Bunsen Penunu Bunsen Rod kaca Sabun Sabun Corong turas Air suling Minyak kelapa sawit Serbuk natrium klorida PENERBIT Rajah 5.10 ILMU BAKTI SDN. BHD.


236 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Pemerhatian: 1 Minyak kelapa sawit larut di dalam larutan natrium hidroksida apabila campuran dididihkan. 2 Sabun terapung di permukaan larutan apabila serbuk natrium klorida (garam) ditambahkan ke dalam campuran. 3 Apabila hasil turasan yang kering berwarna putih disentuh, ia berasa licin. 4 Apabila hasil turasan yang kering berwarna putih dikacau dalam air, buih terhasil. 5 Hasil turasan menukarkan kertas litmus merah kepada biru. Kertas litmus biru tidak berubah warna. Perbincangan: 1 Mendakan berwarna putih yang terbentuk ialah sabun. 2 Lemak dan alkali diperlukan untuk membuat sabun. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Sabun boleh dihasilkan daripada tindak balas antara natrium hidroksida pekat dan minyak kelapa sawit. Kepentingan Pengurusan Lestari dalam Industri Kelapa Sawit 1 Pengurusan lestari dalam industri kelapa sawit bermaksud perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam industri Tindakan Pencucian Sabun 1 Molekul-molekul sabun terdiri daripada dua bahagian, iaitu: (a) bahagian kepala ionik yang boleh larut di dalam air (bahagian hidrofilik) (b) bahagian ekor panjang hidrokarbon yang boleh larut di dalam minyak (bahagian hidrofobik) Kepala – larut di dalam air (hidrofilik) Ekor – larut di dalam minyak (hidrofobik) Rajah 5.11 Struktur molekul sabun 2 Apabila kain kotor diletakkan di dalam air yang mengandungi sabun, ekor hidrokarbon (hidrofobik) larut dalam kotoran seperti minyak atau gris, manakala kepala ionik (hidrofilik) larut di dalam air. 3 Apabila kain dibasuh atau diberus, tindakan ini akan memecahkan titisan gris yang besar menjadi titisan gris yang lebih kecil. 4 Apabila air dikocak, kepala ionik molekul sabun akan disingkirkan dan menarik ekor hidrokarbon menyebabkan kotoran gris hilang daripada permukaan kain. Kain Gris Molekul sabun Air Gris Gris Gris Kain Kain Kain Rajah 5.12 Tindakan pencucian kain kelapa sawit yang cekap dan berkesan bagi memastikan persekitaran kekal terpelihara. 2 Skop pengurusan lestari dalam bab ini merangkumi penggunaan tanah, air sisa, kualiti udara dan sisa kelapa sawit yang terhasil. • Tindakan pencucian sabun – Cleaning action of soap • Pengurusan yang lestari – Sustainable management PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


237 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 • Air kumbahan kilang minyak kelapa sawit – Palm oil mill effluent (POME) 3 Pengunaan tanah yang betul, pembajaan secara berkala dan penuaian yang mengikut piawaian akan membuahkan hasil yang tinggi kepada ladang kelapa sawit. Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah liat gembur dan gambut. Tanah paya kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit, namun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga digunakan bagi menanam kelapa sawit. 4 Tanaman selingan ialah amalan perladangan menanam dua atau lebih tanaman dalam satu kawasan yang dilakukan bagi mendapatkan hasil maksimum di sesebuah kawasan. Tanaman selingan seperti kacang tanah, jagung, sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama pokok sawit ditanam. 5 Selain itu, kawasan ladang kelapa sawit juga boleh dijadikan sebagai kawasan ternakan haiwan seperti kambing biri-biri. Di samping menambah hasil daripada jualan ternakan, kaedah ini juga dapat mengurangkan kos pengawalan rumpai. 6 Masalah paling kritikal dalam pemprosesan minyak kelapa sawit ialah pengurusan sisa buangan hasil pembuatan minyak kelapa sawit itu sendiri. Sisa-sisa itu mengandungi sejumlah besar sisa pepejal dan sisa air tercemar yang dikenali sebagai air kumbahan kilang minyak kelapa sawit atau POME (palm oil mill effluent). 7 Dalam pengurusan POME, keadaan menjadi lebih kritikal apabila kaedah konvensional masih diguna pakai, iaitu POME dibuang ke dalam kolam pelupusan. Situasi ini memberi kesan apabila bahan kimia dalam cecair itu mencemarkan sumber air dan meresap ke dalam tanah. Proses penguraian yang turut berlaku membebaskan gas metana dan karbon dioksida ke atmosfera. 8 Sistem rawatan menggunakan kolam ialah cara paling kerap digunakan bagi merawat sisa kumbahan kilang sawit. Kerajaan mensyaratkan efluen yang dibebaskan mestilah mematuhi tahap piawaian tertentu sebelum disalurkan ke sumber air. 9 Selain itu, teknologi anaerobik merupakan sistem rawatan alternatif yang berpotensi tinggi bagi mengatasi masalah pencemaran air sisa kelapa sawit. 10 Sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada gabungan pelbagai tenaga pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Yayasan Sime Darby (YSD) memperkenalkan konsep sisa sifar (zero waste) dalam industri kelapa sawit. Pada tahun 2019, prototaip atau Loji Rintis Teknologi Sisa Sifar dibangunkan di Kilang Kelapa Sawit Tennamaram Batang Berjuntai. Menerusi kerjasama UKM dan YSD, Sime Darby dapat merealisasikan model kilang sawit yang lebih mesra alam dengan kaedah sisa sifar selepas sepuluh tahun penyelidikan. 11 Daripada penyelidikan tersebut, sisa seperti biojisim sawit diproses menjadi baja organik, makanan haiwan dan sebagainya. Batang kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang berkualiti. Pelepah kelapa sawit juga boleh dijadikan sebagai bahan api. Daun yang diproses menghasilkan lidi kelapa sawit yang sangat sesuai dibuat penyapu yang tahan lasak. 12 Hidrogen yang terhasil dikumpul dan disalurkan ke loji tenaga dan karbon dioksida tidak lagi dilepaskan ke udara. Sebaliknya, gas karbon dioksida diperangkap dan diserap oleh penapis alga. Hasil kumbahan kilang kelapa sawit diproses menjadi air bersih untuk diguna semula oleh loji kilang itu sendiri. semak cepat 5.5 1 Nyatakan nama proses penghasilan minyak sawit daripada buahnya. 2 Nyatakan kegunaan lain minyak sawit selain daripada minyak masak. 3 Bahagian molekul sabun manakah yang larut dalam kotoran seperti minyak atau gris? PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


238 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Praktis SPM 5 1 Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada kitar karbon. Karbon dioksida di udara Proses X Pengeluar Karbon dioksida di udara Pengeluar Proses X Rajah 1 Apakah proses X? A Penguraian B Pengewapan C Fotosintesis D Pengikatan nitrogen 2 Bahan manakah yang merupakan sebatian karbon bukan organik? A Minyak sawit C Kain sutera B Arang batu D Marmar 3 Antara berikut, yang manakah sumber hidrokarbon? A Karbohidrat C Alkohol B Gas asli D Ester 4 Apakah nama ahli kumpulan homolog alkana bagi karbon 4? A Butana C Propana B Butena D Metana 5 Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindak balas kimia. Glukosa Yis Enzim zimase Etanol + Karbon dioksida Apakah tindak balas itu? A Pempolimeran B Pendehidratan C Pengesteran D Penapaian 6 Sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu yang manakah boleh menggantikan bahan api fosil? A Tenaga biojisim C Tenaga haba B Tenaga nuklear D Sel kering 7 Persamaan berikut menunjukkan tindak balas untuk menghasilkan ester. Etanol + T Ester + Air Apakah yang mewakili T? A Glukosa C Asid etanoik B Oksigen D Asid sulfurik 8 Antara berikut, yang manakah sifat fizik bagi alkohol? A Tidak berwarna B Mudah terbakar C Berwarna perang D Tidak larut dalam air 9 Pilih padanan ciri yang betul tentang lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu Perbezaan Lemak tak tepu A Tumbuhan Sumber Haiwan B Rendah Takat lebur Tinggi C Ikatan ganda dua Ikatan dalam molekul Ikatan tunggal D Tinggi Kandungan kolesterol Rendah 10 Maklumat berikut menunjukkan salah satu langkah dalam proses pengekstrakan minyak kelapa sawit. Tandan kelapa sawit distimkan Apakah tujuan langkah ini? Arahan: Jawab semua soalan. Kertas 1 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


239 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 A Mengekstrak minyak kelapa sawit B Membunuh mikroorganisma C Menghilangkan warna D Menyingkirkan bau 11 Rajah 2 menunjukkan perubahan saiz dalam lumen arteri. Lumen Lumen Rajah 2 Makanan manakah sekiranya diambil secara berlebihan akan menyebabkan perubahan itu? A Bijirin B Tembikai C Sup sayur D Ayam goreng 12 Nani ditugaskan untuk menghasilkan etanol, tetapi dia telah kehabisan larutan gula. Antara berikut, bahan yang manakah paling sesuai untuk menggantikan larutan gula? A Cili C Terung B Nanas D Timun 13 Apakah nama bagi proses memecahkan minyak sawit kepada asid lemak dan gliserol? A Pengemulsian B Pengoksidaan C Pembakaran D Hidrolisis 14 Rajah 3 menunjukkan struktur molekul sabun. Ekor Kepala Ekor Kepala Rajah 3 Apakah ciri-ciri bahagian ekor? A Hidrofilik B Hidrofobik C Bercas positif D Larut dalam air 15 Lim seorang mekanik. Dia mendapati bajunya kotor terkena gris. Apakah yang boleh digunakan untuk membersihkan bajunya itu? A Asid B Sabun C Sulfur D Alkohol Kertas 2 1 Sekumpulan murid Tingkatan 5 Berlian telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan glukosa ke atas kadar proses penapaian. Susunan radas ditunjukkan dalam Rajah 1. Tiub penghantar Kelalang kon Larutan gula dan yis Air kapur Tabung uji Kaki Retort Rajah 1 Bahagian A PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


240 Sebatian Karbon TINGKATAN 5 5 Eksperimen dimulakan dengan menggunakan kepekatan glukosa 20% diikuti dengan kepekatan glukosa 40% dan 60%. Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut. Set Kepekatan glukosa (%) Kekeruhan air kapur A 20 Kurang keruh B 40 Keruh C 60 Sangat keruh Jadual 1 (a) Berdasarkan Jadual 1, nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini. [1 markah] (b) Beri inferens bagi pemerhatian yang anda buat di 1(a). KBAT Menganalisis [1 markah] (c) Nyatakan satu faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini. [1 markah] (d) Beri satu hipotesis bagi eksperimen ini. KBAT Menilai [1 markah] (e) Beri definisi secara operasi bagi tindak balas penapaian. [1 markah] Bahagian C 2 (a) Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon, C dan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik. (i) Beri satu contoh bagi sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik. [2 markah] (ii) Kitar karbon ialah satu kitar yang melibatkan proses pembebasan dan proses penyerapan gas karbon dioksida untuk memastikan komposisi karbon dioksida dalam udara sentiasa dapat dikekalkan. Terangkan satu proses yang melibatkan proses penyerapan dan satu proses pembebasan karbon dioksida dalam kitar karbon ini. [2 markah] (b) Sabun ialah salah satu hasil produk minyak sayuran termasuklah minyak sawit yang dihasilkan daripada proses saponifikasi. Sabun digunakan untuk menghilangkan kotoran pada sesuatu permukaan seperti fabrik. Terangkan tindakan pencucian sabun. [4 markah] (c) Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Pengurusan lestari dalam industri kelapa sawit ialah salah satu langkah murni yang mempunyai kebaikan bukan sahaja kepada ekonomi malahan juga kepada kelestarian alam sekitar. Huraikan kebaikan pengurusan lestari ini kepada kelestarian alam sekitar. [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


287 SPM Kertas Model SPM 1 Antara berikut, yang manakah padanan peralatan perlindungan diri serta fungsinya yang benar? Peralatan Fungsi A Pembilas mata Melindungi muka daripada risiko terkena bahan berbahaya seperti bromin B Gogal Melindungi kerosakan pada pakaian C Sarung tangan Melindungi jari dan tangan daripada tindakan haba dan bahan kimia D Kasut makmal Supaya seragam dan kemas 2 Rajah 1 menunjukkan salah satu alat untuk mengurus bahan sisa biologi. Rajah 1 Apakah nama alat itu? A Insinerator B Kitar semula C Kebuk wasap D Pembakaran semula 3 Carta alir di bawah ialah langkah-langkah mengurus tumpahan merkuri. Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan Tabur serbuk X untuk menutupi tumpahan Hubungi Jabatan Bomba Apakah serbuk X? A Gris B Pasir C Sulfur D Cat minyak 4 Antara berikut, situasi yang manakah memerlukan bantuan kecemasan Heimlich manoeuvre dilakukan ke atas seseorang mangsa? A Jika seseorang tiada respons selepas diselamatkan akibat lemas B Jika seseorang kelihatan kebiru-biruan menunjukkan tanda-tanda tercekik C Jika seseorang tiada respons dan menunjukkan tanda-tanda terkena panahan petir D Jika seseorang tiada respons dan menunjukkan tanda-tanda terkena renjatan elektrik 5 Rajah 2 menunjukkan satu situasi yang sedang dialami oleh individu P. Rajah 2 Apakah jenis bantuan kecemasan yang boleh diberikan kepada individu P? A Balutan tangan B Heimlich Manoeuvre C Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation, CPR) D Lalukan di bawah air mengalir Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Kertas 1 [40 markah] Masa: 1 jam 15 minit Rajah 1 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


288 SPM 6 Antara berikut, yang manakah titik nadi pada badan manusia? A C B D 7 Rajah 3 menunjukkan termometer yang digunakan untuk mengukur suhu badan. 36.8 Rajah 3 Apakah jenis termometer dalam Rajah 3? A Termometer rektal B Termometer klinikal C Termometer makmal D Termometer inframerah 8 Berikut ialah jisim dan ketinggian Niyaz. Berat: 53 kg Tinggi: 160 cm Indeks Jisim Badan = Jisim badan (kg) tinggi (m) × tinggi (m) Hitung Indeks Jisim Badan Niyaz. A 20.5 B 20.6 C 20.7 D 20.8 9 Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau? A Sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi B Meningkatkan kesan negatif akibat aktiviti manusia C Penghasilan produk yang menyebabkan kesan rumah hijau D Pembangunan pesat dalam sektor industri pembuatan 10 Antara berikut, yang manakah contoh Tenaga Hijau? A Gas asli B Arang batu C Tenaga solar D Tenaga nuklear 11 Antara berikut, aktiviti yang manakah menyebabkan pemanasan global? A C B D 12 Rajah 4 menunjukkan beberapa peringkat dalam pembahagian sel. W X Y Z Rajah 4 Susunan yang manakah adalah betul? A W, X, Y, Z B Y, Z, X, W C Y, X, Z, W D W, Z, X, Y 13 Maklumat berikut menunjukkan gejala suatu penyakit baka. • Kehadiran kromosom XXY • Lelaki yang mempunyai testis kecil Apakah penyakit itu? A Albanisme B Sindrom Down C Sindrom Turner PENERBIT D Sindrom Klinefelter ILMU BAKTI SDN. BHD.


289 SPM 14 Rajah 5 menunjukkan suatu pewarisan sifat pada pokok bunga. Induk : Pokok bunga × Pokok bunga biru putih Generasi : 1 : 1 pertama Pokok bunga Pokok bunga biru putih Petunjuk: B = Gen dominan (biru) b = Gen resesif (putih) Rajah 5 Apakah genotip bagi pokok induk? KBAT Menganalisis Pokok bunga biru Pokok bunga putih A BB bb B Bb bb C Bb Bb D BB Bb 15 Rajah 6 menunjukkan pembiakbakaan terpilih bagi kelapa sawit. Sabut Isirung Endokarp Endokarp Pisifera Tenera Dura Rajah 6 Apakah kelebihan penghasilan Tenera? A Untuk meningkatkan hasil B Untuk menghasilkan benih yang steril C Untuk mengurangkan daya tahan terhadap penyakit D Untuk menghasilkan buah dengan tempurung yang nipis 16 Antara berikut, yang manakah benar tentang perbezaan antara meiosis dan mitosis? Mitosis Meiosis A Menyebabkan variasi Tiada variasi B Berlaku dalam sel gamet Berlaku dalam sel soma C Sel anak mungkin berbeza daripada sel induk Sel anak sama dengan sel induk D Berlaku sekali pembahagian sel Berlaku dua kali pembahagian sel 17 Rajah 7 menunjukkan seekor ulat beluncas. Rajah 7 Apakah jenis sokongan pada haiwan ini? A Rangka luar B Rangka dalam C Rangka hidrostatik D Rangka cangkerang 18 Pernyataan berikut menerangkan tentang sistem sokongan haiwan Q. Terbina daripada tulang dan rawan Menyokong berat badan Melindungi organ dalaman Yang manakah haiwan Q? A C B D 19 Rajah 8 menunjukkan sistem rangka manusia. C Vertebra D Ulna B Patela A Kranium Rajah 8 Bahagian yang manakah dilabel dengan betul? PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


290 SPM 20 Rajah 9 menunjukkan struktur lengan manusia. Q P Rajah 9 Antara tindakan otot P dan Q berikut, yang manakah akan menyebabkan lengan dibengkokkan seperti dalam Rajah 10? P Q A Mengecut Mengendur B Mengecut Mengecut C Mengendur Mengecut D Mengendur Mengendur 21 Berikut ialah ciri-ciri penyesuaian sokongan dalam tumbuhan R. Terapung Mempunyai pundi berisi udara Antara berikut, yang manakah tumbuhan R? A C B D 22 Rajah 10 menunjukkan sistem endokrin seorang lelaki. S Rajah 10 Apakah yang akan berlaku apabila kelenjar S dibuang? A Kadar metabolisme rendah B Tekanan darah meningkat C Aras gula dalam darah meningkat D Ciri seks sekunder tidak berkembang 23 Rajah 11 menunjukkan beberapa unsur dalam Jadual Berkala. A C D B Kumpulan Rajah 11 Antara unsur A, B, C dan D, yang manakah logam peralihan? 24 Rajah 12 menunjukkan simbol atom bagi dua isotop klorin. 35 17 CI 37 17 CI Rajah 12 Apakah perbezaan antara kedua-dua isotop tersebut? A Bilangan elektron B Nombor nukleon C Nombor proton D Sifat kimia 25 Pasangan unsur dan jenis aloi yang manakah adalah betul? Unsur utama Unsur yang ditambah Jenis aloi A Kuprum Zink Loyang B Kuprum Ferum Gangsa C Stanum Karbon Piuter D Ferum Stanum Keluli 26 Kaca Y mempunyai sifat-sifat berikut. Mudah diubah bentuk Tidak tahan haba dan bahan kimia Apakah kaca Y? PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


291 SPM A Kaca plumbum B Kaca borosilikat C Kaca soda kapur D Kaca silika terlakur 27 Apakah bahan dan komponen utama untuk membuat pasu porselin? Bahan Komponen utama A Polimer Silika B Aloi Stanum C Kaca Borosilikat D Seramik Aluminium silikat 28 Mak Biah mendapati gelang tangan emasnya mudah kemik. Bagaimanakah gelang itu boleh dibentuk menjadi lebih keras? KBAT Mengaplikasi A Ketuk gelang itu kepada bentuk asal B Cairkan dan acukan semula gelang itu C Tambahkan lebih banyak emas pada gelang itu D Cairkan dan tambah unsur lain pada gelang itu 29 Antara berikut, ubat yang manakah sesuai diambil oleh pesakit untuk mengatasi masalah sukar untuk tidur? A Penisilin B Barbiturat C Streptomisin D Parasetamol 30 Antara berikut, yang manakah fungsi ubat analgesik? A Mengurangkan rasa sakit B Merawat penyakit ulser perut C Menenangkan emosi pesakit D Merawat penyakit yang disebabkan oleh virus 31 Mengapakah Nani perlu menghabiskan penisilin yang diberikan oleh doktor seperti yang ditetapkan walaupun dia sudah berasa sembuh lebih awal? KBAT Menganalisis A Untuk memastikan penisilin tersebut tidak dimakan oleh pesakit lain B Untuk memastikan semua bakteria penyakit tersebut dihapuskan C Untuk mengelakkan kesan sampingan penisilin D Untuk mengelakkan pembaziran penisilin 32 Antara berikut, kuantiti yang manakah akan berubah apabila suatu objek bergerak pada pecutan tetap? A Laju B Halaju C Pecutan D Arah pergerakan 33 Haziq berjalan 20 m ke arah utara. Dia berpatah balik dan bergerak ke arah bertentangan sejauh 12 m. Dia berjalan semula ke utara sejauh 10 m. Berapakah halajunya, jika masa yang diambil ialah 30 s? KBAT Mengaplikasi A 1.13 ms-1 B 1.33 ms-1 C 0.60 ms-1 D 0.67 ms-1 34 Dalam eksperimen mengkaji gerakan troli, keratan jalur-jalur pita sepuluh detik digunakan untuk membentuk carta pita. Carta pita yang manakah menunjukkan gerakan dengan pecutan yang semakin bertambah? KBAT Menganalisis A C B D 35 Rajah 13 menunjukkan sebuah kereta remuk dalam suatu kemalangan. Rajah 13 Mengapakah bahagian hadapan dan belakang kereta direka untuk mudah remuk? KBAT Mengaplikasi A Untuk mengurangkan gegaran B Untuk mengurangkan momentum C Untuk mengurangkan daya geseran D Untuk meningkatkan masa perlanggaran Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita Panjang pita PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


292 SPM 1 Rajah 1.1 menunjukkan keputusan eksperimen selepas sekumpulan murid menjalankan eksperimen bagi mengkaji kesan nutrien ke atas pertumbuhan bakteria. Larutan kultur Bacillus subtilis sp. + agar-agar bernutrien lembap Koloni bakteria Larutan kultur Bacillus subtilis sp. + agar-agar bernutrien lembap X Y Rajah 1.1 Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 3 hari. [80 markah] Masa: 2 jam 30 minit Bahagian A [20 markah] Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian ini. Kertas 2 36 Rajah 14 menunjukkan duit syiling dan bulu pelepah yang mengalami jatuh bebas di dalam bekas vakum. Rajah 14 Berdasarkan Rajah 14, kuantiti fizik yang manakah adalah malar? A Halaju B Pecutan C Momentum D Tenaga kinetik 37 Antara berikut, yang manakah contoh elektrolit yang digunakan untuk membina sel kimia ringkas? A Naftalena B Asetamida C Larutan glukosa D Larutan kuprum(II) sulfat 38 Rajah 15 menunjukkan sebuah lori yang penuh dengan beban sedang bergerak menuruni cerun. Beban Halangan Rajah 15 Apakah yang menyebabkan beban itu terhumban? A Tekanan C Inersia B Halaju D Daya 39 Antara berikut, isotop yang manakah digunakan dalam bidang arkeologi? A Kobalt-60 C Iodin-131 B Karbon-14 D Uranium-235 40 Satu-satunya stesen angkasa yang masih beroperasi di angkasa lepas hingga ke hari ini ialah stesen angkasa ISS. Apakah tujuan utama sesebuah stesen angkasa? A Menjalankan penyelidikan saintifik B Melancarkan roket ke angkasa lepas C Menghantar manusia ke angkasa lepas D Menjayakan industri pelancongan angkasa PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


293 SPM Piring Petri Kehadiran nutrien Bilangan koloni bakteria X Ada Y Tiada Jadual 1 (a) Berdasarkan Rajah 1.1, lengkapkan data dalam Jadual 1. [1 markah] (b) Berdasarkan jawapan anda di 1(a), nyatakan satu inferens yang dapat dibuat bagi eksperimen ini. [1 markah] (c) Ramalkan bilangan koloni bakteria jika piring petri X diletakkan selama 2 hari dalam ketuhar yang bersuhu 80 °C. [1 markah] (d) Berdasarkan keputusan eksperimen, beri definisi secara operasi bagi agar-agar bernutrien. [1 markah] (e) Rajah 1.2 menunjukkan susunan radas untuk menghasilkan suatu produk hasil proses penapaian. Kaki retort Tabung uji Air Salur penghantar Kelalang kon Air + yis Rajah 1.2 Didapati proses tersebut tidak berjaya. Mengapakah proses tersebut tidak berjaya? [1 markah] 2 Satu eksperimen dijalankan ke atas tiga orang murid lelaki berusia 16 tahun untuk mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dengan kadar denyutan nadi. Jadual 2 menunjukkan jenis aktiviti fizikal bagi setiap murid dan kadar denyutan nadi yang diukur selepas 1 minit. Murid Aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi dalam masa 1 minit A Baring 60 B Berjalan 75 C Berlari menaiki tangga .... Jadual 2 (a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


294 SPM (b) Berdasarkan Jadual 2, ramalkan kadar denyutan nadi bagi murid C. [1 markah] (c) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini. (i) Pemboleh ubah dimalarkan [1 markah] (ii) Pemboleh ubah bergerak balas [1 markah] (d) Nyatakan satu faktor lain yang mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu. [1 markah] 3 Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji penghasilan tenaga elektrik oleh sel ringkas. Plat kuprum Plat zink Asid sulfurik cair G Rajah 2 (a) Plat manakah yang bertindak sebagai terminal positif dan terminal negatif? (i) Terminal positif: [1 markah] (ii) Terminal negatif: [1 markah] (b) Nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini. [1 markah] (c) Beri satu sebab bagi jawapan anda di 3(b). KBAT Menganalisis [1 markah] (d) Bagaimanakah untuk mendapatkan bacaan galvanometer yang lebih besar? PENERBIT [1 markah] ILMU BAKTI SDN. BHD.


295 SPM 4 Rajah 3.1 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu burung dijatuhkan serentak dari suatu ketinggian yang sama dalam satu silinder plastik yang mengandungi udara, A dan dalam silinder plastik yang telah divakumkan, B supaya mengalami jatuh bebas. Bulu burung Bulu burung Vakum Silinder plastik tinggi Udara Duit syiling A B Duit syiling Rajah 3.1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas? [1 markah] (b) Berdasarkan Rajah 3.1, bandingkan masa kejatuhan duit syiling dengan bulu burung (i) dalam udara [1 markah] (ii) dalam vakum [1 markah] (c) Rajah 3.2 menunjukkan seorang penerjun menggunakan payung terjun semasa membuat terjunan. Rajah 3.2 Terangkan mengapa payung terjun digunakan. [2 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


296 SPM Bahagian B [38 markah] Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 5 Rajah 4 menunjukkan sejenis alat pemadam api yang akan diaudit oleh pembantu makmal sekolah. Rajah 4 (a) Nyatakan dua perkara yang perlu diberi penekanan semasa audit dilakukan. [2 markah] (b) Apakah kegunaan pemadam api ABC? [1 markah] (c) Apakah warna label bagi alat pemadam api berikut? (i) Air: (ii) Buih: (iii) Karbon dioksida: [3 markah] 6 Rajah 5 menunjukkan suatu bantuan kecemasan yang diberikan kepada seorang mangsa. Rajah 5 (a) Berdasarkan Rajah 5, (i) apakah jenis kemalangan yang sesuai menggunakan teknik bantuan kecemasan ini? [1 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


297 SPM (ii) namakan teknik ini. [1 markah] (b) Bagaimanakah kemalangan yang dinyatakan di 6(a)(i) boleh berlaku? [1 markah] (c) Jelaskan bagaimana kemalangan ini boleh membawa maut. [2 markah] (d) Mengapakah tekanan perlu diberikan pada bahagian perut mangsa? [1 markah] 7 Rajah 6 menunjukkan susunan elektron bagi dua unsur yang berbeza. Atom X Atom Y Rajah 6 (a) Nyatakan kumpulan bagi kedua-dua atom: Atom X : Atom Y : [2 markah] (b) Apakah persamaan bagi kedua-dua atom dalam Rajah 6? [1 markah] (c) Atom manakah yang lebih cenderung untuk menghasilkan ion positif? [1 markah] (d) Beri sebab bagi jawapan anda di 7(c). [1 markah] (e) Berapakah bilangan elektron valens bagi atom Y? [1 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


298 SPM 8 Rajah 7 menunjukkan satu situasi di kawasan sungai. Rajah 7 (a) Jika kilang dalam Rajah 7 melepaskan sisa toksik yang mengandungi logam berat ke dalam sungai, nyatakan kesannya terhadap manusia dan haiwan akuatik. [2 markah] (b) Jelaskan kaedah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pencemaran air yang disebabkan oleh pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. [2 markah] (c) Kilang dalam Rajah 7 menggunakan cerobong asap. Namun, kilang tersebut masih lagi membebaskan gas yang menyebabkan pencemaran udara hasil daripada pembakaran bahan apinya. Cadangkan satu peranti yang boleh dipasang pada cerobong asap untuk mengurangkan pencemaran dan jelaskan bagaimana ia berfungsi. KBAT Mengaplikasi [2 markah] 9 Rajah 8 menunjukkan jejak karbon. CO2 Air Pembebasan gas rumah hijau Bahan api Aktiviti persendirian Kitar semula Gas Imbangan (offset) Pengangkutan Tenaga elektrik Sisa Rajah 8 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


299 SPM (a) Jelaskan maksud imbangan karbon (offset) dalam Rajah 8. [1 markah] (b) Apakah yang ingin dicapai melalui pengenalan ‘tapak tangan karbon’? [1 markah] (c) Singki karbon merupakan tempat penyingkiran gas rumah hijau dan penyimpanan karbon dioksida. Senaraikan dua tempat yang berfungsi sebagai singki karbon. [2 markah] (d) Selain kitar semula (recycle), upcycle juga merupakan satu idea pengurusan sisa plastik yang cekap. Lakarkan satu produk upcycle iaitu ‘pasu pengairan sendiri’ dengan menggunakan botol minuman dan tali. Labelkan rajah anda. [3 markah] 10 Burung ialah haiwan yang mempunyai rangka dalam. Rajah 9 menunjukkan pergerakan seekor burung. Rintangan udara memberikan tujahan ke atas Kepak ditarik ke bawah Pektoralis major Pektoralis minor Memberikan tujahan ke atas Rajah 9 (a) Apakah fungsi lain rangka dalam kepada burung, selain untuk terbang? [1 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


300 SPM (b) Apakah dua ciri penyesuaian yang membantu seekor burung untuk terbang? [2 markah] (c) Namakan prinsip yang berkaitan dengan bentuk aerofoil sayap burung. [1 markah] (d) Lakarkan bagaimana bentuk aerofoil sayap burung boleh membantunya untuk terbang. Labelkan rajah anda. [3 markah] Bahagian C [22 markah] Arahan: Jawab Soalan 11 dan sama ada Soalan 12 atau Soalan 13. 11 Kaji pernyataan berikut. Jebat ialah seorang pemandu lori. Dia mendapati apabila lorinya tidak membawa sebarang muatan, lorinya agak mudah untuk digerakkan ke hadapan dengan menekan pedal minyak. Sebaliknya, apabila lori tersebut membawa muatan penuh, lorinya agak sukar untuk digerakkan ke hadapan walaupun dia sudah menekan pedal minyak sekuatnya. (a) Nyatakan satu pernyataan masalah berdasarkan situasi tersebut. [1 markah] (b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah] (c) Dengan menggunakan neraca spring, plastisin (sebagai pemberat), pengapit-G dan radas-radas PENERBIT lain yang bersesuaian, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis di 11(b). ILMU BAKTI SDN. BHD.


301 SPM Huraian anda harus mengandungi kriteria berikut: (i) Tujuan eksperimen [1 markah] (ii) Mengenal pasti pemboleh ubah [2 markah] (iii) Prosedur atau kaedah [4 markah] (iv) Penjadualan data [1 markah] 12 (a) Terangkan apa yang dimaksudkan dengan aloi. [2 markah] (b) Rajah 7.1 menunjukkan tugu negara yang diperbuat daripada gangsa. Rajah 7.1 Apakah kelebihan menggunakan gangsa untuk membina tugu tersebut? [2 markah] (c) Rajah 7.2 menunjukkan perbezaan struktur getah asli dan getah tervulkan. C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C S S S S S S S S S S S S S S S S Getah asli Getah tervulkan Rajah 7.2 Berdasarkan Rajah 7.2, getah manakah yang lebih sesuai digunakan untuk membuat tayar kenderaan. Terangkan jawapan anda. [4 markah] (d) Rajah 7.3 menunjukkan kereta api Maglev yang merupakan kereta api yang berkelajuan tinggi. Kereta api ini berbeza daripada kereta api elektrik yang lain kerana menggunakan aloi superkonduktor sebagai bahan binaan landasannya. Rajah 7.3 Terangkan kelebihan menggunakan aloi superkonduktor berbanding dengan konduktor elektrik yang lain. [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


302 SPM 13 (a) Pengambilan nutrisi lengkap amatlah penting untuk memastikan sistem badan kita dapat berfungsi dengan baik. Pengambilan nutrisi ini perlulah diambil dengan cara yang betul agar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada diri. (i) Gizi seimbang adalah konsep pemakanan yang sihat. Nyatakan dua aspek yang penting dalam suatu hidangan untuk mencapai konsep gizi seimbang. [2 markah] (ii) Rajah 8.1 menunjukkan sejenis penyakit yang biasanya dialami oleh individu yang tidak menjaga tabiat pemakanan. Penyakit ini ialah penyakit berkaitan dengan kardiovaskular iaitu fungsi jantung. Rajah 8.1 Terangkan punca penyakit ini. [2 markah] (b) Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis kaedah kawalan haiwan perosak, iaitu menggunakan racun perosak dan kaedah kawalan biologi seperti menggunakan burung hantu. Rajah 8.2 Jika anda ialah pengusaha sebuah ladang kelapa sawit, kaedah yang manakah akan dipilih untuk menangani masalah haiwan perosak yang berleluasa di ladang anda? Justifikasikan pemilihan anda. [4 markah] (c) Rajah 8.3 menunjukkan data bilangan penduduk Malaysia dari tahun 2020 hingga 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 33 32.5 32 2020 2021 2022 Bilangan penduduk (Juta) Tahun Rajah 8.3 Berdasarkan data tersebut, jelas berlakunya pertambahan penduduk dari tahun ke tahun. Pertambahan penduduk ini menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan terutamanya pada waktu kemuncak seperti waktu perayaan. Terangkan apa yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


303 JAWAPAN tingkatan 4 Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 Semak Cepat 1.1 1 • Kot makmal • Pelindung mata 2 Di dalam makmal kimia 3 Penyiram kecemasan 4 Kerana kabinet aliran laminar hanya sesuai untuk menjalankan aktiviti berkaitan mikrobiologi. Semak Cepat 1.2 1 Bahan sisa pepejal seperti logam, kaca dan plastik, bahan-bahan kimia yang berbahaya serta bahan yang mempunyai nilai pH yang kurang daripada 5 dan lebih daripada 9. 2 Bahan-bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki perlu dikumpulkan di dalam bekas-bekas tertentu dan perlu dihantar ke tempat pelupusan. 3 Untuk mencegah daripada berlakunya tindak balas bahan kimia seperti letupan. 4 Autoklaf merupakan tempat pemanasan yang digunakan ke atas sisa biologi dan bekasnya, untuk menyahaktifkan sebarang patogen. 5 Keracunan boleh berlaku apabila tersentuh merkuri atau berlaku peresapan merkuri melalui kulit. Semak Cepat 1.3 1 Tarik dan cabut pin pada alat pemadam kebakaran. Tekan pemicit atas alat pemadam kebakaran. Halakan muncung alat pemadam kebakaran pada punca api. Gerakkan alat pemadam kebakaran ke kiri dan ke kanan pada sumber api. 2 Perkara yang perlu diberi penekanan semasa audit ialah tarikh luput, jenis pemadam kebakaran, bilangan jenis pemadam kebakaran dan lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan di sekolah. 3 (a) Peralatan elektrik (b) Bahan logam dan bukan logam (c) Bahan cecair dan gas mudah terbakar (d) Bahan pepejal Praktis SPM 1 Kertas 1 1 C 2 B 3 C 4 B 5 A 6 A 7 A 8 C 9 A 10 C 11 C 12 A Kertas 2 Bahagian B 1 (a) Sarung tangan / topeng muka / gogal / baju makmal (b) Sisa dibalut dengan kertas tisu, dibungkus dengan beg plastik biobahaya dan disejukbeku sebelum dilupuskan. (c) - Segera memberitahu guru atau pembantu makmal - Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan - Sekat tumpahan dari merebak dengan menggunakan pasir - Kaut tumpahan dan buang di tempat yang selamat Bahagian C 2 (a) Warna label merah bermaksud pemadam kebakaran jenis buih yang sesuai digunakan untuk memadam kebakaran melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu. (b) Selimut kebakaran mampu memadamkan api kecil atau sederhana yang susah dipadamkan oleh air. Cara memadamkan api pada badan mangsa adalah dengan menyelimuti badan mangsa. (c) Air adalah lebih tumpat daripada minyak, maka minyak akan berada di atas air. Air tidak berjaya menghalang minyak daripada bertindak balas dengan oksigen dan kebakaran tidak berjaya dipadamkan. (d) P1 - Pemadam api jenis serbuk kering kerana pemadam api jenis ini sesuai digunakan untuk memadam semua jenis kebakaran sama ada logam atau bukan logam. P2 - Pemadam api jenis karbon dioksida kerana karbon dioksida boleh menutup permukaan litar elektrik dan menghalang bahan api bertindak balas dengan oksigen. Karbon dioksida juga tidak mengalirkan elektrik, maka api daripada kebakaran elektrik dapat dipadam. Bantuan Kecemasan Bab 2 Semak Cepat 2.1 1 CPR dapat menyelamatkan nyawa mangsa dengan mengembalikan degupan jantung dan pernafasannya. 2 Jika CPR tidak dilakukan dengan betul, tulang rusuk mangsa berisiko untuk patah atau udara yang dihembus masuk ke dalam mulut mangsa mungkin tidak sampai ke peparunya. 3 Agar mangsa dapat bernafas dengan lebih baik. 4 Bantuan CPR perlu diteruskan sehingga bantuan tiba atau mangsa kelihatan mula memberi gerak balas. Semak Cepat 2.2 1 Ya, tercekik boleh membawa maut. 2 Bendasing yang tersumbat boleh menyekat kemasukan gas oksigen yang akan menyebabkan mangsa tidak boleh bernafas dan seterusnya oksigen gagal dihantar ke otak dan organ-organ penting di dalam badan. 3 Kaedah Heimlich Manoeuvre 4 Dapat menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkan bendasing yang tersumbat pada saluran pernafasan. Praktis SPM 2 Kertas 1 1 A 2 B 3 C 4 A 5 A 6 A 7 D 8 B 9 D 10 D Kertas 2 Bahagian B 1 (a) (i) Resusitasi kardiopulmonari (CPR). (ii) Bawa mangsa ke tempat yang selamat dan kejutkan mangsa terlebih dahulu untuk melihat respons mangsa. (b) 1. Kerosakan otak jika oksigen tidak sampai ke otak 2. Boleh menyebabkan kematian (c) Panahan petir // renjatan elektrik // serangan jantung (d) Tulang rusuk boleh patah// udara yang dihembus tidak sampai ke peparu mangsa 2 (a) Memegang leher dengan kedua-dua belah tangan// tidak boleh bercakap // terbatuk-batuk // kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan// sukar bernafas (b) Heimlich Manoeuvre (c) Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan sedikit badan mangsa ke hadapan. Peluk badan mangsa// genggamkan tangan dan letakkan tangan kanan di antara pusat dan bawah rusuk// letakkan tangan kiri diatas genggaman tangan kanan// tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat. (d) Boleh, untuk melakukan teknik bantuan kecemasan ini kepada wanita mengandung, gengaman tangan perlu diletakkan pada kedudukan lebih tinggi berbanding dengan orang biasa iaitu betul-betul di pangkal tulang dada. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


304 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 Semak Cepat 3.1 1 36.9 °C 2 Termometer inframerah 3 Jangkitan kuman dan melakukan senaman. 4 Apabila seseorang mengalami demam, sistem keimunan badan akan bertindak balas untuk melawan jangkitan tersebut. Hasil tindak balas ini akan meningkatkan suhu badan melebihi suhu normal. Semak Cepat 3.2 1 Nadi ialah denyutan yang dapat dirasa pada dinding arteri semasa darah dari jantung dipam ke seluruh tubuh badan, manakala kadar denyutan nadi ialah bilangan denyutan nadi dalam masa satu minit. 2 Titik nadi pada badan manusia ialah, pergelangan tangan, lipatan siku, leher, pangkal peha dan lipatan peha. 3 70 hingga 80 denyutan per minit. 4 Tujuan mengetahui kadar denyutan nadi adalah untuk mengetahui kekuatan jantung, menentukan diagnosis sesuatu penyakit dan untuk mengetahui simptomsimptom pada pesakit. Semak Cepat 3.3 1 Sfigmomanometer 2 120/80 mmHg 3 Waktu yang paling sesuai untuk mengukur tekanan darah ialah semasa rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. 4 Tidak. Beliau mengalami tekanan darah tinggi kerana tekanan sistoliknya melebihi 140 mmHg dan tekanan diastoliknya melebihi 80 mmHg sepanjang lima hari itu. Semak Cepat 3.4 1 BMI ialah ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian. 2 Tidak, kerana BMI Aishah melebihi 26.4. (BMI Aisyah = 29.96) 3 Keletihan dan kemurungan. 4 Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan amalkan senaman yang efektif. Praktis SPM 3 Kertas 1 1 D 2 A 3 B 4 B 5 D 6 A 7 A 8 B 9 D 10 C Kertas 2 Bahagian A 1 (a) 50100 150 200 250 300 50 100 150 200 250 300 Kadar denyutan nadi pemulihan (bpm) Masa (s) (b) 80 bpm (c) Jenis aktiviti cergas (d) Untuk mendapatkan perubahan bacaan nadi yang tepat Bahagian C 2 (a) X: Termometer makmal Y: Termometer inframerah (b) X: Menyukat suhu cecair Y: Menyukat suhu badan individu tanpa menyentuh pesakit (c) Termometer Y. Termometer ini menggunakan teknologi pengesanan inframerah. Jadi alat ini boleh mengukur suhu badan manusia tanpa bersentuhan dengan badan. Bacaan suhu menggunakan termometer ini adalah tepat walaupun objek bergerak. (d) Faktor 1: Jangkitan virus atau bakteria Langkah pencegahan: memakai penutup hidung dan mulut ketika di kawasan awam, kerap basuh tangan dengan sabun, makan makanan yang sihat dan lengkap, minum air secukupnya Faktor 2: Terdedah pada suhu melampau/ strok haba/ sinaran matahari melampau Langkah pencegahan: Gunakan payung apabila berada di luar/ Elakkan keluar rumah ketika cuaca panas Faktor 3: Senaman yang berat Langkah pencegahan: Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum bersenam/ Minum banyak air untuk menurunkan suhu badan / Lakukan aktiviti senaman di tempat berbumbung/ tidak panas / jaga pemakanan Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4 Semak Cepat 4.1 1 Teknologi Hijau diperkenalkan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dan menjimatkan tenaga dan sumber asli dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu. 2 Tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. 3 Teknologi sedia ada kurang mengambil kira isu alam sekitar, manakala Teknologi Hijau lebih mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara. Semak Cepat 4.2 1 Tenaga boleh baharu ialah tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia manakala tenaga tidak boleh baharu ialah tenaga yang mengambil masa yang sangat lama untuk dibentuk serta tidak boleh diganti dengan secepat mungkin. 2 Mengambil masa berjuta tahun untuk dibentuk, sumbernya semakin berkurangan dan menghasilkan gas rumah hijau. 3 • Tenaga hidro – Malaysia menerima hujan yang banyak sepanjang tahun • Tenaga biojisim – Malaysia menghasilkan banyak bahan buangan dan sisa organik • Tenaga solar – Malaysia menerima cahaya matahari yang mencukupi setiap tahun Semak Cepat 4.3 1 Sisa ialah lebihan bahan atau bahan yang tidak dikehendaki dan perlu dilupuskan, manakala air sisa ialah air yang telah digunakan untuk keperluan. 2 Kempen membeli-belah tanpa beg plastik, menggunakan beg sendiri untuk membeli belah dan minum tanpa menggunakan penyedut minuman plastik. 3 Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dan melakukan pemantauan di lokasi yang berpotensi untuk pencemaran dari semasa ke semasa. 4 Bebola lumpur dan bioplastik. Semak Cepat 4.4 1 Penerokaan hutan, pembalakan dan penggunaan racun perosak dan baja kimia secara berlebihan. 2 Menyebabkan eutrofikasi yang menjejaskan hidupan akuatik kerana penurunan nilai oksigen terlarut di dalam air. 3 Mewartakan kawasan hutan dan menguatkuasakan undang-undang perhutanan. Semak Cepat 4.5 1 Karbon dioksida dan karbon monoksida. 2 Sel fotovolta yang terdapat pada kereta solar menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik. 3 Bahan api bio ialah metil ester asid lemak yang dihasilkan daripada minyak sayuran serta lemak haiwan. Semak Cepat 4.6 1 Jejak kaki karbon ialah jumlah gas rumah hijau, iaitu, karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia. 2 Membawa bekas sendiri untuk membeli makanan dan mengasingkan barangbarang yang boleh dikitar atau diguna semula di rumah. 3 Perkongsian kenderaan akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, yang seterusnya boleh mengurangkan asap kenderaan yang mengandungi gas rumah hijau, iaitu, karbon dioksida di udara. Praktis SPM 4 Kertas 1 1 C 2 C 3 A 4 C 5 A 6 B 7 C 8 D 9 D 10 B 11 C 12 A 13 B Kertas 2 Bahagian B 1 (a) Pencemaran udara/ kesan rumah hijau/ perubahan cuaca PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


305 (b) Tenaga solar/ Tenaga angin/ Tenaga ombak (c) (d) Setuju, kerana kenderaan elektrik tidak membebaskan karbon dioksida, maka dapat mengurangkan pencemaran udara. Penggunaan kereta elektrik menggunakan tenaga solar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurang dan akan habis. ATAU Tidak bersetuju, kerana kenderaan elektrik memerlukan masa yang lama untuk tujuan pengecasan dan memerlukan kos yang tinggi. Bahagian C 2 (a) (i) Pencemaran udara berlaku disebabkan pembebasan asap berjelaga. Pembebasan karbon dioksida yang menjadi gas penyebab kesan rumah hijau. Pembakaran bahan api fosil ini juga membebaskan gas yang boleh menyebabkan hujan asid berlaku. (ii) Pembalakan akan menyebabkan habitat flora dan fauna dimusnahkan dan menyebabkan kepupusan spesies berlaku. Ia akan mengakibatkan berlakunya kesan rumah hijau akibat kekurangan pokok yang menyerap gas karbon dioksida. (b) Pengamalan pengangkutan hijau yang mesra alam dapat meminimumkan pembebaskan gas rumah hijau. Contohnya, menggunakan basikal atau berjalan kaki untuk bergerak ke tempat yang dekat. Penggunaan pengangkutan awam juga menggalakkan kepada penurunan pembebasan gas rumah hijau. penggunaan bahan api bio sebagai pengganti kepada petroleum. Bahan api bio ini bersifat mesra alam kerana diperbuat daripada sumber semula jadi dan tidak membebaskan gas rumah hijau. Ia juga merupakan sumber tenaga boleh baharu. (c) Semua individu boleh mengamalkan amalan berkongsi kenderaaan. Amalan ini dapat mengurangkan bilangan kereta di atas jalan raya sekali gus dapat mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera. Angin Kipas Mentol Motor elektrik Wayar elektrik Semua isi rumah hendaklah membuat perancangan pembelian bahanbahan mentah dan bahan keperluan untuk makanan. Perancangan ini penting bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan penghasilan sisa pepejal dan air sisa dapat dikurangkan. Langkah ini juga dapat mengurangkan aktiviti pelupusan sisa-sisa yang membebaskan gas rumah hijau. Semua individu digalakkan untuk mengamalkan 5R di rumah masingmasing. Ini dapat mengelakkan pembuangan sampah yang banyak yang biasanya dilakukan melalui pembakaran terbuka yang boleh membebaskan gas rumah hijau. Semua individu juga haruslah berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik di rumah masingmasing. Penjimatan ini dapat membantu mengurangkan pengggunaan bahan api fosil yang boleh membebaskan gas rumah hijau. Semua individu juga digalakkan untuk menanam pokok di kawasan kediaman masing-masing. Ini akan dapat membantu kepada keseimbangan kitaran gas dalam atmosfera kita. Pokok-pokok akan menyerap gas karbon dioksida untuk fotosintesis. Genetik Bab 5 Semak Cepat 5.1 1 Kromosom ialah struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein, panjang dan berlingkar yang terletak di dalam nukleus. DNA atau asid deoksiribonukleik ialah komponen kimia utama bagi kromosom dan bahan yang menghasilkan gen. Gen ialah unit asas pewarisan yang mengawal ciri-ciri yang diwarisi dalam organisma. 2 Kepentingan mitosis ialah dapat menghasilkan sel-sel baharu bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati. Kepentingan meiosis ialah menyebabkan variasi genetik dalam kalangan spesies yang sama, melalui pindah silang antara kromatid pada kromosom homolog dan pelakuran rawak antara dua gamet. 3 Perbezaan antara mitosis dengan meiosis: Mitosis • Bilangan kromosom dalam sel anak adalah sama dengan bilangan kromosom dalam sel induk. • Menghasilkan dua sel anak. • Menghasilkan sel anak yang mempunyai maklumat genetik yang sama dengan sel induk. Meiosis • Bilangan kromosom dalam sel anak adalah separuh daripada bilangan kromosom dalam sel induk. • Menghasilkan empat sel anak. • Menghasilkan sel anak yang mempunyai maklumat genetik yang berlainan dengan sel induk. 4 Kerana pindah silang kromosom sedang berlaku untuk pertukaran bahan genetik antara dua kromosom homolog. Pertukaran ini penting untuk menghasilkan variasi genetik. Semak Cepat 5.2 1 Alel dominan ialah gen kuat yang menonjolkan sifatnya apabila berpasangan dengan gen resesif, manakala alel resesif pula ialah gen yang lemah yang hanya boleh menonjolkan sifatnya tanpa kehadiran alel dominan. 2 Kacukan monohibrid ialah kacukan yang dilakukan untuk mengkaji pewarisan sepasang ciri yang berlawanan. 3 Generasi F1 Fenotip induk: Genotip induk: Meiosis Gamet Persenyawaan Generasi F2 Genotip: Fenotip: Nisbah fenotip: Tikus hitam × Tikus putih Bb bb B b b b Bb Bb bb bb Tikus hitam Tikus putih Tikus hitam Tikus putih 2 hitam : 2 putih 4 Sifat dominan dalam manusia: rambut keriting dan cuping telinga bebas; Sifat resesif dalam manusia: rambut lurus dan cuping telinga melekap. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


306 Semak Cepat 5.3 1 Mutasi kromosom ialah perubahan yang berlaku dalam struktur atau bilangan kromosom manakala mutasi gen ialah perubahan yang berlaku pada struktur gen. 2 Anemia sel sabit, buta warna dan hemofilia. 3 Terdedah kepada sinaran radioaktif, terdedah kepada bahan kimia yang bertoksik dan kehamilan di usia yang lewat. 4 Amniosentesis dan analisis kariotip. 5 Ya, mereka berkemungkinan mendapat seorang anak lelaki buta warna. Meiosis: Gamet: Persenyawaan: Anak: Bapa (normal) Ibu (pembawa) XY XX’ Y X’X X’ X’Y X XX X XY Anak lelaki (normal) Anak lelaki (buta warna) Anak perempuan (pembawa) Anak perempuan (normal) (c) 1. Muka leper dan bulat 2. Mata sepet 3. Lidah terjelir 4. Leher pendek Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6 Semak Cepat 6.1 1 Fungsi sistem rangka ialah menyokong berat badan, mengekalkan bentuk badan, melindungi organ lembut dalam badan dan sebagai tempat perlekatan otot untuk membantu pergerakan. 2 Di antara setiap ruas tulang terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Oleh itu, geseran semasa pergerakan dapat dikurangkan. 3 Lengan tidak boleh dibengkokkan dan diluruskan kerana untuk melurus atau membengkokkan lengan, tindakan otot berantagonis diperlukan. Pada manusia, tindakan otot rangka seperti otot bisep dan otot trisep yang terdapat pada lengan membolehkan manusia meluruskan dan membengkokkan tangan. Apabila otot bisep mengecut, otot trisep mengendur. Ini membolehkan tangan dibengkokkan. Sebaliknya, apabila otot trisep mengecut, otot bisep mengendur, maka lengan diluruskan. Semak Cepat 6.2 1 Pertumbuhan merupakan proses pertambahan saiz dan jisim kering organisma secara tidak berbalik seterusnya disusuli dengan pertambahan kerencaman daripada segi fungsi. 2 Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. 3 Ini disebabkan perempuan mencapai akil baligh lebih awal daripada lelaki. Semak Cepat 6.3 1 • Tumbuhan seperti pokok peria dan pokok timun menggunakan sulur paut untuk melilit pokok lain bagi mendapatkan sokongan. • Tumbuhan seperti pokok sirih dan pokok orkid menggunakan akar cengkam untuk mendapatkan sokongan tambahan. 2 Pada musim sejuk, kadar pertumbuhan pokok adalah rendah. Oleh itu, pembentukan xilem adalah kecil, maka gelang gelap terbentuk. Pada musim panas, kadar pertumbuhan adalah tinggi. Maka, pembentukan xilem adalah lebih besar dan gelang cerah terbentuk. Akibat kadar pertumbuhan yang berbeza, tumbuhan mempunyai gelang tahunan terang dan gelap. 3 Kestabilan dipengaruhi oleh luas tapak dan pusat graviti. Semakin rendah pusat graviti, semakin stabil tumbuhan tersebut. Semakin luas tapak, semakin stabil tumbuhan tersebut. Semak Cepat 5.4 1 Kejuruteraan genetik ialah istilah bagi pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. 2 DNA rekombinan dan organisma termodifikasi genetik (GMO). 3 Penghasilan insulin melalui teknologi DNA rekombinan boleh merawat penyakit kencing manis. 4 Meningkatkan hasil tanaman, meningkatkan kualiti tanaman dan mempercepat masa tuaian. Semak Cepat 5.5 1 Variasi merupakan perubahan sifat antara individu dalam spesies yang sama. 2 Variasi selanjar dan variasi tak selanjar. 3 Faktor genetik dan faktor persekitaran. 4 Jenis kumpulan darah, kebolehan menggulung lidah dan jenis cap jari. 5 Variasi membolehkan kita membezakan individu daripada spesies yang sama dan menyebabkan kepelbagaian dalam organisma. Praktis SPM 5 Kertas 1 1 A 2 A 3 C 4 B 5 C 6 D 7 D 8 C 9 B 10 B 11 A 12 D Kertas 2 Bahagian B 1 (a) (i) Persenyawaan (ii) Autosom – 44 Kromosom seks - XX(2) Jumlah - 46 (b) Bergantung pada jenis sperma yang mensenyawakan ovum tersebut. Sekiranya sperma yang membawa kromosom seks Y mensenyawakan ovum, maka zigot/anak yang terbentuk adalah lelaki (XY). (c) 50% 2 (a) (i) Lelaki (ii) Mempunyai satu kromosom seks Y (b) (i) Sindrom Down (ii) Penambahan bilangan kromosom pada pasangan kromosom ke21 Induk Ayah Gamet Genotip anak Fenotip anak Nisbah fenotip Ibu Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki 44 + XY 44 + XX 22 + X 22 + X 22 + X 44 + XX 44 + XY 44 + XY 22 + Y 44 + XX PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


307 Praktis SPM 6 Kertas 1 1 B 2 B 3 A 4 A 5 D 6 B 7 A 8 B 9 B 10 A 11 C Kertas 2 Bahagian B 1 (a) W: Rangka dalam X: Rangka luar Y: Rangka hidrostatik Z: Rangka luar (b) Untuk menghalang air daripada memasuki rangka tersebut (c) Rangka hidrostatik pada cacing tanah memberi ketegaran untuk bergerak. Juga dengan bantuan keta dan pergerakan berantagonis antara otot lingkar dan otot membujur. (d) Ikan paus yang tersadai di tepi pantai akan mati jika dibiarkan terlalu lama kerana rangka dalamnya yang kecil tidak dapat menyokong berat badannya. Ikan paus hanya boleh hidup di dalam air kerana berat badannya disokong oleh daya apungan air. Bahagian C 2 (a) (i) Otot berantagonis ialah tindakan pasangan otot yang bertindak berlawanan antara satu sama lain. Dalam Rajah 2.1, otot biseps mengecut dan otot triseps mengendur untuk menghasilkan pembengkokkan lengan. (ii) Tendon yang koyak tidak dapat memindahkan daya tarikan dari pengecutan otot ke tulang radius. Ini menyebabkan lengan tidak dapat dibengkokkan. (b) Model A lebih sesuai untuk digunakan di kedai makan, kerana model A mempunyai luas tapak yang lebih besar daripada model B. Model A mempunyai 4 kaki, menjadikan ia lebih stabil berbanding dengan model B yang mempunyai 3 kaki. Kestabilan dapat ditingkatkan dengan peningkatan luas tapak dan kedudukan pusat graviti yang lebih rendah. (c) Kaedah gerudi khas tidak melibatkan proses penebangan pokok. Maka, kaedah ini akan menghindarkan suatu habitat terganggu dengan proses tersebut. Kaedah ini adalah lebih selamat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku contohnya kemalangan ketika proses penebangan. Kaedah ini juga tidak mengambil masa yang lama memandangkan tiada penebangan perlu dilakukan. Kaedah ini juga tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi kerana tidak melibatkan jentera untuk menebang pokok. Koordinasi Badan Bab 7 Semak Cepat 7.1 1 Kerana kelenjar endokrin tidak mempunyai salur. 2 Kelenjar pankreas Encik Mahmud gagal merembeskan insulin yang mencukupi bagi menukarkan glukosa yang berlebihan di dalam darahnya kepada glikogen. Ini menyebabkan aras glukosa dalam darah Encik Mahmud melebihi aras normal. 3 Kelenjar adrenal, kerana hormon adrenalina dihasilkan apabila menghadapi keadaan cemas. Semasa menonton perlawanan bola sepak, penonton berasa teruja dan kadar metabolisme meningkat serta degupan jantung lebih laju untuk menghantar lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Semak Cepat 7.2 1 Mengalami halusinasi dan sentiasa gelisah. 2 Mungkin didorong oleh perasaan ingin mencuba bagi menghilangkan masalah atau kerungsingan diri. 3 Ketagihan alkohol boleh merosakkan sel-sel hati dan menyebabkan penyakit sirosis hati. Ia juga boleh menyebabkan keradangan di perut dan usus yang boleh menggalakkan pertumbuhan ulser di perut. Semak Cepat 7.3 1 Keupayaan untuk menaakul dan berfikir dengan waras akan terjejas. 2 Penggunaan dadah dalam acara sukan adalah tidak adil dan tidak menonjolkan keupayaan sebenar atlet tersebut. Ini adalah kerana, dadah boleh merangsang sel otak dan meningkatkan kadar metabolisme. Praktis SPM 7 Kertas 1 1 B 2 C 3 D 4 A 5 D 6 C 7 D 8 C 9 D 10 A 11 C 12 B 13 C 14 B 15 B Kertas 2 Bahagian B 1 (a) Kelenjar pituitari / Kelenjar induk (b) Hormon tiroksina yang berfungsi mengawal kadar metabolisme badan dan mengawal pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental dalam kanak-kanak. (c) Kekurangan hormon tiroksina akan menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah, tidak tahan sejuk, kurang tenaga pada orang dewasa (miksedema), cenderung menjadi gemuk dan mendapat goiter. (d) Kelenjar pankreas. Rawatan kepada penyakit kencing manis ialah suntikan insulin setiap hari. Suntikan insulin mengandungi insulin yang dapat menukarkan glukosa dalam darah kepada glikogen. Ini akan mengembalikan aras glukosa ke tahap normal. Bahagian C 2 (a) Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin terus ke dalam salur darah. Sistem endokrin mengkoordinasikan aktiviti badan yang melibatkan bahan kimia atau hormon. (b) Kelenjar pituitari merembeskan hormon pertumbuhan yang berfungsi merangsang pertumbuhan di peringkat kanak-kanak. (Atau sebarang kelenjar yang lain dan fungsi yang sepadan) (c) Kelenjar pituitari merembeskan hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan di peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Kekurangan atau kelebihan hormon yang dirembeskan ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kelebihan hormon pertumbuhan akan menyebabkan kegergasian dan kekurangan hormon pertumbuhan akan menyebabkan kekerdilan. (d) Tidak wajar/ tidak setuju. Dadah perangsang / stimulan seperti kokain / amfetamina/ nikotina yang diambil akan merangsang aktiviti sistem saraf pusat yang seterusnya meningkatkan aktiviti badan. Pengambilan yang berlebihan atau berterusan akan menyebabkan ketagihan. Kesan jangka masa panjang akan menyebabkan kadar nadi / tekanan darah meningkat / kegagalan fungsi jantung Unsur dan Bahan Bab 8 Semak Cepat 8.1 1 gabungan dua atau lebih atom secara kimia 2 Apabila atom logam berpadu dengan atom bukan logam untuk membentuk ikatan. 3 Proton Elektron Jisim relatif 1 0 Cas relatif +1 –1 Kedudukan dalam atom Nukleus Petala atom Semak Cepat 8.2 1 Tertib nombor proton menaik secara mengufuk PENERBIT 2 Aluminium 2.8.3 ILMU BAKTI SDN. BHD.


308 Semak Cepat 9.2 1 silika, aluminium silikat 2 Kegunaan kaca: Pembuatan kanta, botol, cermin atau radas kaca dalam makmal. Kegunaan seramik: Pembuatan jubin, mangkuk tembikar, periuk atau reaktor nuklear. 3 Kerana sifat seramik yang tahan haba dan sangat keras. Semak Cepat 9.3 1 proses percantuman molekul-molekul monomer untuk membentuk polimer 2 Susu getah akan bergumpal jika dibiarkan terdedah kepada udara dalam jangka masa tertentu disebabkan oleh tindakan bakteria. Bakteria akan menghasilkan asid dan bertindak balas dengan lateks menyebabkan penggumpalan lateks berlaku. 3 S S S S S S S S S S S S Praktis SPM 9 Kertas 1 1 C 2 D 3 A 4 B 5 C 6 B 7 D 8 B 9 A Kertas 2 Bahagian B 1 (a) Penyahpolimeran (b) Polimer yang bermolekul besar berbentuk rantai. (c) Pempolimeran (d) Polimer semula jadi wujud secara semula jadi, manakala polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang menggunakan bahan kimia. (e) Membuat cermin pesawat dan tingkap kenderaan Bahagian C 2 (a) Adakah aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen? (b) Aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen (c) (i) Mengkaji perbezaan kekerasan antara aloi dengan logam tulen. (ii) - Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bongkah - Pemboleh ubah bergerak balas: Diameter lekuk - Pemboleh ubah dimalarkan: Diameter bola keluli, ketinggian pemberat, jisim pemberat 3 Magnesium 2.8.2 Atom magnesium Ion magnesium Mg 2+ Mg Semak Cepat 8.3 1 Unsur Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron Nombor nukleon X 3 3 4 7 Y 17 17 18 35 Z 19 19 20 39 2 Atom-atom suatu unsur dengan bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. 3 (i) Iodin-131: Mengukur kadar penyerapan iodin dalam kelenjar tiroid. (ii) Kobalt-60: Membunuh sel-sel kanser dalam rawatan radioterapi. Praktis SPM 8 Kertas 1 1 B 2 A 3 C 4 D 5 B 6 B 7 D 8 A 9 D 10 A 11 A 12 A 13 B 14 D Kertas 2 Bahagian B 1 (a) Unsur S (b) Unsur P dan Q. Kerana unsur P dan Q merupakan unsur logam. (c) Unsur R. Dalam Jadual Berkala, unsur disusun mengikut bilangan nombor proton yang semakin bertambah dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (d) Unsur P ialah logam dan unsur S ialah bukan logam // Unsur P ialah pepejal pada suhu bilik, manakala unsur S ialah gas pada suhu bilik. Bahagian C 2 (a) (i) Duplet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 2 elektron pada petala pertama. Oktet ialah susunan elektron yang stabil mempunyai 8 elektron pada petala luar. (ii) Atom magnesium akan mendermakan dua elektron kepada atom oksigen dan atom oksigen akan menerima dua elektron daripada atom magnesium. Atom magnesium membentuk ion yang mempunyai susunan elektron 2.8 dan atom oksigen membentuk ion yang mempunyai susunan elektron 2.8.8. (b) Isotop bermaksud unsur sama yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron atau nombor nukleon berbeza. Berdasarkan Rajah 2, hidrogen-2 dan hidrogen-3 masing-masing mempunyai 1 proton. Hidrogen-2 mempunyai satu neutron, manakala hidrogen-3 mempunyai 2 neutron. Nombor nukleon bagi hidrogen-2 ialah 2 dan nombor nukleon bagi hidrogen-3 ialah 3. (c) Dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan manusia. Contohnya penggunaan isotop karbon-14 dapat membantu memusnahkan sel kanser dalam badan manusia. Dapat membantu manusia mendapatkan bekalan elektrik yang mencukupi. Contohnya penggunaan isotop uranium-235 dapat digunakan dalam menjana tenaga elektrik yang tinggi untuk diagihkan kepada setiap premis. Dapat membantu kepada usaha meningkatkan hasil pertanian. Melalui penggunaan isotop fosforus-32, penyerapan baja fosfat oleh tumbuhan yang merupakan makronutrien dapat dipantau dari semasa ke semasa. Dapat memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat. Melalui penggunaan isotop kobalt-60, segala mikroorganisma pada makanan diproses dapat dimusnahkan. Kimia Industri Bab 9 Semak Cepat 9.1 1 campuran logam dengan logam lain atau bahan bukan logam mengikut kadar peratusan yang tertentu 2 Atom-atom dalam loyang dan logam tulennya tidak menggelongsor antara satu sama lain kerana tiada ruang yang besar antara zarah-zarah. 3 Badan kapal terbang/ tangga mudah alih/ basikal lumba PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


309 (iii) 1. Sediakan susunan radas seperti dalam rajah di bawah. 2. Gantungkan pemberat 1 kg setinggi 50 cm dari bongkah kuprum. 3. Lepaskan pemberat supaya terhentak ke atas bola keluli yang dilekatkan pada bongkah kuprum. Pembaris meter Pemberat 1 kg Bebola keluli Pita selofan Bongkah kuprum Kaki retort Benang 4. Perhati dan ukur diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan bongkah kuprum menggunakan pembaris. 5. Ulang langkah 2 hingga 4 sebanyak dua kali pada permukaan yang berlainan untuk mendapatkan diameter purata lekuk pada bongkah kuprum. 6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan menggantikan bongkah kuprum dengan bongkah gangsa. bikarbonat mencepatkan proses pengoksidaan buah epal. (e) Larutan gula Bahagian C 2 (a) (i) Radikal bebas ialah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron pada petala luarnya. Contoh penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksidatif ialah hipertensi/sakit jantung/kanser/kegagalan ginjal/ katarak/gastritis. (ii) Bahan antioksidan akan mengalami proses pengoksidaan dengan mendermakan elektron kepada radikal bebas. Ini menyebabkan radikal bebas menjadi sebatian yang stabil dan menghentikan proses pengoksidaan. (b) Kaedah rawatan moden adalah lebih sesuai. Melalui rawatan moden, pembedahan boleh dilakukan untuk menjahit semula ligamen yang terkoyak. Hal ini akan membantu pertumbuhan semula sel dan pemulihan yang lebih cepat. Melalui kaedah terapi haba, proses pemulihan sel juga dapat membantu mempercepat proses pemulihan. Pengambilan ubat sintetik dapat membantunya menahan daripada rasa sakit berlarutan ketika proses pemulihan. Rawatan moden ialah rawatan yang cepat dan berkesan setelah dibuktikan secara klinikal. (c) Ubat yang mengandungi dadah boleh menyebabkan ketagihan jika diambil secara berlebihan. Pengambilan ubat yang tidak sesuai untuk peringkat umur boleh mengganggu tekanan darah, menyebabkan sawan atau kematian. Pengambilan ubat yang kurang dari dos sepatutnya menyukarkan seseorang untuk sembuh dengan segera. Ubat seperti antibiotik perlu diambil mengikut tempoh masa yang disarankan dan perlu dihabiskan untuk menghalang kerintangan antibiotik pada masa akan datang. Daya dan Gerakan Bab 11 Semak Cepat 11.1 1 Jarak ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui objek sepanjang pergerakan, manakala sesaran ialah jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu. 2 Halaju = Sesaran Masa Halaju bas = 100 m 10 s = 10 m s–1 (iv) Bongkah Diameter lekuk (cm) Purata diameter (cm) 1 2 3 Kuprum Gangsa Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10 Semak Cepat 10.1 1 Analgesik, antibiotik dan psikoteraputik. 2 Perubatan tradisional Perubatan moden • Keberkesanan terbukti melalui pengalaman • Kos perubatan murah • Keberkesanan diuji secara klinikal • Kos perubatan mahal 3 • Aspirin: Menyebabkan pendarahan dalam usus dan perut • Penisilin: Menyebabkan sakit kepala, alergi dan pening • Kodeina: Menyebabkan ketagihan Semak Cepat 10.2 1 Radikal bebas ialah atom atau molekul yang kekurangan satu atau lebih elektron pada orbitnya yang paling luar, menyebabkan atom atau molekul tersebut tidak stabil dan bersifat reaktif dan berusaha mengambil elektron daripada atom atau molekul lain, sehingga mengubah struktur kimianya. 2 Radikal bebas bertindak ke atas sel badan dengan memasuki nukleus sel badan manusia. Radikal bebas yang mengambil elektron daripada sel tubuh manusia menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga terbentuknya sel-sel mutan. 3 Penuaan/ Sesak nafas/ Asma/ Gastritis Semak Cepat 10.3 1 Bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. 2 Vitamin C / Vitamin E/ Beta karotena/ Selenium 3 Bahan antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas dan merencatkan tindak balas berantai radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif. Semak Cepat 10.4 1 Bahan aktif ialah komponen tertentu sama ada bahan semula jadi atau bahan kimia tertentu yang memberikan kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit. 2 Asid askorbik daripada buah-buahan bersitrus/ Flavonoid daripada sayursayuran/ Lesitin daripada kacang soya 3 • Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia • Membaca kandungan produk • Membaca fungsi produk Praktis SPM 10 Kertas 1 1 A 2 D 3 D 4 A 5 C 6 C 7 A 8 B 9 D 10 A 11 A 12 C 13 A 14 C 15 D 16 A Kertas 2 Bahagian A 1 (a) Hirisan epal berwarna perang kerana larutan natrium bikarbonat mencepatkan proses pengoksidaan berlaku. (b) Jisim hirisan epal/ Isi padu larutan/ Masa eksperimen (c) Larutan jus limau ialah bahan yang menyebabkan warna hirisan epal tidak berubah walaupun terdedah kepada udara selama 15 minit. (d) Larutan garam dan jus lemon boleh melambatkan proses pengoksidaan buah epal, manakala larutan natrium PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version