The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-05-01 23:50:31

Revisi Smart Pend Moral Ting 4 & 5

Price: WM : RM17.90
EM: RM18.90

TINGKATAN 4 Bidang 5: Insan Bermoral Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 1 Unit 1 Konsep 1 Contoh Norma Masyarakat 1 Kepentingan Amalan Norma Masyarakat 3 Kesan Pengabaian Norma Masyarakat 4 Peribadi Mulia Hiasan Diri 6 Unit 2 Konsep 6 Ciri Individu Berkeperibadian Mulia 6 Cara Mempraktikkan Keperibadian Mulia 8 Kepentingan Berkeperibadian Mulia 11 Perbandingan Tingkah Laku Berkeperibadian Mulia dengan Bukan Berkeperibadian Mulia 12 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan 15 Unit 3 Konsep 15 Prinsip Keadilan 15 Prinsip Keprihatinan 16 Kepentingan Membuat Keputusan 18 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 21 Unit 4 Konsep 21 Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 21 Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 24 Contoh Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 26 Kesan Pengabaian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 27 Bidang 6: Jati Diri Moral Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 29 Unit 5 Konsep 29 Integriti Individu 29 Kepentingan Integriti Individu 31 Implikasi Perbuatan Individu Tidak Berintegriti 33 Penekanan Sikap Integriti Menurut Perspektif Agama 35 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani 37 Unit 6 Konsep 37 Ciri Integriti Keluarga 37 Contoh Integriti Keluarga 39 Cara Memupuk Integriti Keluarga 41 Implikasi Perbuatan Tidak Berintegriti terhadap Anggota Keluarga 43 Amalan Integriti dalam Keluarga 45 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera 46 Unit 7 Konsep 46 Perlakuan Berperikemanusiaan 47 Kepentingan Berperikemanusiaan 50 Kesan Pengabaian Sikap Berperikemanusiaan 51 Kandungan RS SPM 2024 Moral (KDG) 4pp.indd 1 15/03/2024 11:20 AM


Bidang 7: Moral dan Kenegaraan Hak dan Tanggungjawab Warganegara 55 Unit 8 Konsep 55 Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara 57 Kepentingan Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara 59 Kesan Pengabaian Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara 61 Batasan Hak sebagai Warganegara 62 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara 64 Unit 9 Konsep 64 Contoh Amalan Perpaduan 64 Agensi Kerajaan yang Berperanan Memupuk Semangat Perpaduan 67 Kepentingan Amalan Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk 68 Cabaran dalam Membentuk Amalan Perpaduan 70 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 72 Unit 10 Konsep 72 Cara Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 72 Kepentingan Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 75 Kesan Pengurusan Perbelanjaan Tidak Beretika 77 Keunikan Rakyat Malaysia 79 Unit 11 Konsep 79 Keunikan Rakyat Malaysia 79 Kepentingan Keunikan Rakyat Malaysia 81 Cabaran Keunikan Rakyat Malaysia 84 Strategi Mengekalkan Keunikan Rakyat Malaysia 85 Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama 87 Unit 12 Konsep 87 Ciri Negara Berdaulat 87 Kepentingan Mempertahankan Kedaulatan Negara 92 Cabaran Mengekalkan Kedaulatan Negara 93 Kesan Pengabaian Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara 95 TINGKATAN 5 Bidang 5: Insan Bermoral Norma Masyarakat Global Membentuk Keharmonian Sejagat 96 Unit 1 Konsep 96 Norma Masyarakat Global 96 Contoh Norma Masyarakat Global 97 Kepentingan Amalan Norma Masyarakat Global 101 Kesan Pengabaian Norma Masyarakat Global 102 Cara Mengamalkan Norma Masyarakat Global 104 Ukir Nama di Mata Dunia, Jati Diri Berpisah Tiada 105 Unit 2 Konsep 105 Ciri Individu Glokal 105 Sikap Individu Glokal 107 Kepentingan Menjadi Individu Glokal 109 Kesan Sekiranya Individu Tidak Bersikap Glokal 111 Kerohanian Membentuk Individu Bermoral 113 Unit 3 Konsep 113 Ciri Individu yang Mempunyai Nilai Kerohanian 113 Cara Meningkatkan Nilai Kerohanian 114 RS SPM 2024 Moral (KDG) 4pp.indd 2 15/03/2024 11:20 AM


Kepentingan Nilai Kerohanian bagi Membentuk Individu Bermoral 117 Implikasi Pengabaian Nilai Kerohanian dalam Diri Individu 118 Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat 120 Unit 4 Konsep 120 Contoh Sumber dan Maklumat yang Sahih 120 Tatacara Menggunakan Sumber dan Menyebarkan Maklumat 122 Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat yang Menggugat Kesejahteraan Sejagat 125 Implikasi Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat yang Menjejaskan Kesejahteraan Sejagat 127 Bidang 6: Jati diri Moral Integriti Pemacu Kecemerlangan Organisasi 129 Unit 5 Konsep 129 Cara Melaksanakan Integriti dalam Organisasi 129 Kepentingan Amalan Integriti dalam Organisasi 131 Implikasi Jika Amalan Integriti dalam Organisasi Tidak Dipraktikkan 134 Pembangunan Negara Bertunjangkan Integriti 136 Unit 6 Konsep 136 Contoh Integriti demi Pembangunan Negara 136 Cara Melaksanakan Tanggungjawab dengan Berintegriti demi Pembangunan Negara 138 Kepentingan Integriti demi Pembangunan Negara 140 Implikasi Perbuatan yang Tidak Berintegriti kepada Pembangunan Negara 142 Berperikemanusiaan Pemangkin Kesejahteraan Global 146 Unit 7 Konsep 146 Ciri Berperikemanusiaan demi Kesejahteraan Global 146 Contoh Perlakuan Berperikemanusiaan demi Kesejahteraan Global 149 Kebaikan Berperikemanusiaan demi Kesejahteraan Global 153 Kesan Pengabaian Sikap Berperikemanusiaan demi Kesejahteraan Global 154 Bidang 7: Moral dan Kenegaraan Penglibatan Diri Peneraju Komuniti 157 Unit 8 Konsep 157 Contoh Program Komuniti Bersama-sama dengan Badan Kerajaan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan 158 Cara Melaksanakan Program Komuniti 160 Kepentingan Melaksanakan Program Komuniti 162 Implikasi Kurang Penglibatan dalam Program Komuniti 164 Kerjasama Masyarakat Global 167 Unit 9 Konsep 167 Contoh Kerjasama dalam Masyarakat Global 167 Kepentingan Bekerjasama dalam Masyarakat Global 170 Cabaran Bekerjasama dalam Masyarakat Global 172 Kesan Pengabaian Sikap Kerjasama dalam Masyarakat Global 175 RS SPM 2024 Moral (KDG) 4pp.indd 3 15/03/2024 11:20 AM


Pengurusan Kewangan Secara Beretika Menjamin Keharmonian Hidup 177 Unit 10 Konsep 177 Sumber Kewangan yang Diperoleh Secara Beretika 177 Cara Menguruskan Kewangan Secara Beretika 178 Kepentingan Pengurusan Kewangan Secara Beretika 180 Kesan Pengurusan Kewangan Secara Tidak Beretika 182 Malaysia Unggul di Mata Dunia 185 Unit 11 Konsep 185 Contoh Kejayaan Malaysia yang Dibanggakan di Persada Dunia 185 Cara Mengharumkan Nama Negara di Persada Dunia 189 Kepentingan Mengharumkan Nama Negara di Persada Dunia 191 Cabaran untuk Mengharumkan Nama Negara di Persada Dunia 193 Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa 196 Unit 12 Konsep 196 Hubungan Antarabangsa 196 Hubungan Dua Hala antara Malaysia dengan Negara Luar 199 Kepentingan Mengekalkan Hubungan antara Malaysia dengan Negara Luar 202 Cabaran Negara dalam Mengekalkan Hubungan Antarabangsa 203 Kertas Model SPM 205 Jawapan 213 Nilai Universal dalam Pendidikan Moral 234 RS SPM 2024 Moral (KDG) 4pp.indd 4 15/03/2024 11:20 AM


1 UNIT TINGKATAN 4 1 Contoh Norma Masyarakat SP 5.1.2 Memberikan contoh norma masyarakat. 1 Menghormati orang yang lebih tua (a) Meraikan hari penting dalam keluarga dengan suasana yang gembira (b) Menerima nasihat dan pandangan daripada ibu bapa (c) Anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa Gambar 1.1 Menyambut hari lahir anggota keluarga Konsep SP 5.1.1 Mentakrifkan maksud norma masyarakat. 1 Norma berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. 2 Norma juga bererti pedoman, acuan dan ketentuan berperilaku dan berinteraksi antara manusia dalam suatu kelompok masyarakat. Norma Masyarakat 1 Peraturan sosial yang dibentuk secara sedar atau tidak sedar tentang sesuatu perkara sehingga menjadi kebiasaan. 2 Amalan norma masyarakat yang merangkumi perbuatan yang wajar dilakukan dan patut dihindari dalam kehidupan bermasyarakat. 3 Amalan agama menjadi sebahagian daripada norma masyarakat. 4 Tingkah laku yang dianggap wajar dan diterima dalam masyarakat. 5 Akur dan dapat menyesuaikan diri dengan peraturan yang telah ditetapkan. Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan Unit 1 Bidang 5: Insan Bermoral Istilah Penting • Bahasa badan – Cara komunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dan sebagainya serta bukannya melalui pertuturan. • Hedonisme – Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. • Perilaku – Tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu yang menggambarkan sikapnya. Cadangan Nilai Hormat Hemah tinggi Toleransi Kesederhanaan Kebebasan 01 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U01) 5pp.indd 1 19/03/2024 3:39 PM


2 UNIT TINGKATAN 4 1 2 Mengucapkan salam atau bersalaman (a) Menyambut tetamu dengan perasaan gembira (b) Tanda penghormatan dan mengalu-alukan kedatangan tetamu (c) Menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang lebih tua 3 Beramah mesra bersama-sama jiran tetangga (a) Bertukar makanan istimewa bersama jiran (b) Menjemput jiran untuk meraikan hari istimewa (c) Mewujudkan situasi harmoni bersama-sama jiran walaupun berlainan agama, bangsa dan kepercayaan 4 Menziarahi orang sakit (a) Membawa buah tangan semasa melawat orang sakit (b) Menggunakan nada suara yang perlahan semasa bercakap dan menggunakan kata-kata yang sopan (c) Menunjukkan rasa simpati dan mendoakan agar segera sembuh 5 Beratur semasa menggunakan pengangkutan awam (a) Mengutamakan golongan wanita, orang tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) (b) Menghormati orang yang datang lebih awal (c) Mengelakkan kemalangan yang di luar jangkaan 6 Duduk ketika makan dan minum (a) Makan dan minum secara sopan dan tidak gelojoh (b) Mengelakkan daripada tercekik atau tersedak Contoh Norma Masyarakat Buku Majalah Guru Rakan-rakan Beratur semasa menggunakan pengangkutan awam Duduk ketika makan dan minum Menziarahi orang sakit Menghormati orang yang lebih tua Beramah mesra bersama-sama jiran tetangga Mengucapkan salam dan bersalaman Peta Bulatan i THINK 01 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U01) 5pp.indd 2 19/03/2024 3:39 PM


3 UNIT TINGKATAN 4 1 SEMAK CEPAT 1.1 1 Nyatakan maksud norma masyarakat. 2 Senaraikan tiga contoh norma masyarakat yang biasa diamalkan di persekitaran anda. Kepentingan Amalan Norma Masyarakat SP 5.1.3 Menghuraikan kepentingan amalan norma masyarakat. Panduan Bertingkah Laku 1 Mengawal anggota masyarakat agar dapat memahami dan mengamalkan tingkah laku yang diterima dalam masyarakat. 2 Menjadi panduan dan mengawal tingkah laku seseorang dalam masyarakat. 3 Contohnya, seseorang murid perlu menghormati perkara sensitif rakan yang lain agar sikap dan tindakannya tidak menimbulkan perbalahan. Gambar 1.2 Sikap yang keterlaluan menyebabkan pertelingkahan Membentuk Masyarakat yang Teratur 1 Individu yang membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sesuai dengan norma masyarakat mampu melahirkan masyarakat yang teratur. 2 Keputusan dan tindakan yang diambil berdasarkan penelitian nilai dan mengambil kira aspek emosi dalam masyarakat sekeliling. 3 Membentuk akhlak atau tingkah laku yang baik. Ukuran Bertingkah Laku 1 Amalan norma yang diakui dan diterima akan menjadi ukuran sesebuah masyarakat. 2 Membentuk sikap hormatmenghormati antara satu sama lain. 3 Mewujudkan semangat bekerjasama dalam masyarakat untuk memacu pembangunan negara. 4 Mengikis sikap pentingkan diri sendiri dan perilaku yang tidak mengikut norma masyarakat. Membina Masyarakat yang Harmoni 1 Anggota masyarakat yang sentiasa menjaga tingkah laku dan interaksi sosial yang baik dapat menghindari sebarang perselisihan. 2 Menghapuskan perasaan prejudis dan prasangka. 3 Mengekalkan keamanan yang dikecapi bersama-sama. Kepentingan Amalan Norma Masyarakat Panduan bertingkah laku Ukuran bertingkah laku Membentuk masyarakat yang teratur Membina masyarakat yang harmoni Peta Buih i THINK 01 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U01) 5pp.indd 3 19/03/2024 3:39 PM


4 UNIT TINGKATAN 4 1 SEMAK CEPAT 1.2 1 Senaraikan tiga kepentingan amalan norma masyarakat. 2 Berikan dua kesan pergaduhan sesama rakan. Kesan Pengabaian Norma Masyarakat SP 5.1.4 Meramalkan kesan pengabaian norma masyarakat. 1 Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan. Keunikan dan kepelbagaian ini tidak menjejaskan amalan norma masing-masing. 2 Namun, segelintir masyarakat mula mengabaikan norma masyarakat dalam kehidupan seharian disebabkan arus pemodenan dan globalisasi. 3 Berikut merupakan kesan pengabaian norma masyarakat: Bersikap Individualistik 1 Individu yang bersikap individualistik akan bertindak, bertingkah laku dan membuat keputusan tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. (a) Keputusan dan tindakan berasaskan keinginan dan pertimbangan diri sendiri sahaja (b) Tidak memikirkan perasaan dan air muka orang lain (c) Kurang melibatkan diri dengan aktiviti sosial dalam masyarakat (d) Membentuk sikap ego dalam diri individu atau berasa megah dengan diri sendiri serta pencapaian yang telah dicapainya Manusia Kurang Beradab 1 Pengabaian norma dalam masyarakat membentuk perilaku yang bertentangan dengan norma masyarakat. 2 Antara perbuatan yang kurang beradab seperti berikut: (a) Cara berkomunikasi yang kurang sopan dalam kalangan remaja seperti menggunakan kata-kata yang kasar, memaki hamun dan nada suara yang tinggi (b) Menggunakan bahasa badan yang kurang menyenangkan seperti mimik muka, berjalan dan gaya duduk sebagai tanda protes (c) Lebih teruk lagi ada yang sanggup memukul dan membuli orang yang lebih tua mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) Hubungan Sosial Terjejas 1 Pengabaian norma masyarakat menyebabkan perubahan gaya hidup individu dan masyarakat. 2 Hal ini demikian kerana faktor perkembangan arus teknologi maklumat dan globalisasi. 3 Perbuatan yang menjejaskan hubungan sosial, iaitu: (a) Mengabaikan tanggungjawab dan meminggirkan orang yang lebih tua (b) Pertelingkahan yang di luar batasan sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan mengorbankan nyawa (c) Sikap prejudis semakin menebal dalam masyarakat sehingga berlaku diskriminasi kaum 01 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U01) 5pp.indd 4 19/03/2024 3:39 PM


5 UNIT TINGKATAN 4 1 Menjejaskan Keharmonian Masyarakat 1 Pengabaian norma masyarakat menjejaskan keharmonian masyarakat apabila berlaku tindakan yang tidak bermoral seperti memandang rendah terhadap amalan norma yang berbeza daripada amalan norma yang diamalnya. 2 Antara perbuatan yang menjejaskan keharmonian masyarakat seperti berikut: (a) Sikap mempersendakan dan mentertawakan pakaian tradisi orang lain (b) Tidak menghormati amalan ibadat kaum lain (c) Tidak mengetahui perkara sensitif yang boleh dicakapkan mahupun tidak boleh dicakapkan Kesan Pengabaian Norma Masyarakat Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Menjejaskan keharmonian masyarakat Hubungan sosial terjejas Bersikap individualistik Manusia kurang beradab SEMAK CEPAT 1.3 1 Mengapakah norma masyarakat tidak boleh diabaikan? 2 Apakah tiga kesan pengabaian norma masyarakat? 3 Senaraikan tiga ciri individu yang bersikap individualistik. Remaja yang tidak mengikut norma masyarakat akan dianggap sumbang. Perbuatan sumbang ialah perlakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan yang melanggar hukum agama, tatasusila dan adat serta norma masyarakat setempat. Info Dinamik Peta Bulatan i THINK 01 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U01) 5pp.indd 5 19/03/2024 3:39 PM


21 UNIT TINGKATAN 4 4 Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi SP 5.4.1 Menyenaraikan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. 1 Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemiliknya yang sah (a) Tindakan memuat naik bahan orang lain dikenali sebagai plagiat (b) Plagiat merupakan tindakan yang mempersembahkan semula hasil karya atau bahan orang lain dan mengakui sebagai hasil sendiri (c) Penggunaan bahan milik orang lain tanpa keizinan boleh dikenakan tindakan undangundang di bawah Akta Hak Cipta 1987 (d) Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undangundang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka Konsep 1 Etika merupakan panduan dan tatacara penggunaan teknologi atau perkara tanpa melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 2 Etika merujuk pilihan yang tersedia serta untuk membezakan antara yang lebih baik atau yang kurang baik secara moral daripada pelbagai situasi yang diberikan. 3 Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang membolehkan: (a) Pengumpulan maklumat (b) Pengurusan maklumat (c) Manipulasi maklumat (d) Perolehan maklumat (e) Komunikasi maklumat 4 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika memberikan manfaat kepada semua pihak. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Unit 4 Bidang 5: Insan Bermoral Istilah Penting • E-mel – Maklumat yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain. • Godam – Menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain. • Internet – Rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain. Cadangan Nilai Rasional Kebebasan Harga diri Kesederhanaan Kerajinan Imbas kod QR atau layari https:// www.slideshare.net/uyahdon/ etika-penggunaaninternet-39587027 tentang etika penggunaan Internet. Untuk tujuan pembelajaran 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 21 19/03/2024 3:42 PM


22 UNIT TINGKATAN 4 4 Karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah: • Karya sastera • Rakaman bunyi • Karya muzik • Siaran • Karya seni • Karya terbitan • Filem Info Dinamik 2 Tidak menyebarkan maklumat palsu dan diragui (a) Sesuatu maklumat yang diperoleh perlu disahkan terlebih dahulu (b) Tindakan dan perbuatan menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya boleh menggugat ketenteraman awam (c) Selain itu, tindakan terburuburu untuk berkongsi maklumat yang diperoleh menyebabkan penyebaran perkara yang disifatkan sebagai fitnah (d) Perkongsian maklumat yang tidak sahih boleh menjatuhkan air muka dan maruah individu mahupun institusi Gambar 4.1 Maklumat palsu menyebabkan kepanikan rakyat Malaysia 3 Tidak menceroboh dan menyebarkan virus (a) Menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain, terutamanya untuk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer (b) Perbuatan ini melumpuhkan sistem yang dimiliki oleh pihak lain (c) Perbuatan yang tidak berfaedah dan merugikan orang lain serta organisasi (d) Akhirnya, menyebabkan kerugian wang ringgit untuk membaik pulih sistem dan menggugat keselamatan 4 Tidak mengeksploitasi data dan maklumat peribadi pihak lain (a) Tidak mengganggu sistem komunikasi orang lain (b) Mengelakkan berlakunya perselisihan faham (c) Aktiviti penipuan dalam talian semakin berleluasa (d) Kebocoran dan ketirisan maklumat menyebabkan peningkatan kes jenayah dan perbuatan tidak bermoral dalam masyarakat 5 Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul (a) Maklumat disalurkan kepada orang yang sepatutnya dengan tepat (b) Mengelakkan daripada melakukan penyalahgunaan maklumat yang mampu merugikan pihak lain (c) Mengenal pasti maklumat yang disalurkan kepada individu yang sepatutnya atau orang yang mempunyai autoriti 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 22 19/03/2024 3:42 PM


23 UNIT TINGKATAN 4 4 6 Berkomunikasi secara berhemah dalam talian (a) Tidak memuat naik komen dan status yang menyentuh hati orang lain (b) Menggunakan kata-kata yang sopan dan menghindari katakata kesat (c) Sensitif dengan isu dan situasi yang dialami orang lain (d) Bercakap menggunakan nada suara yang rendah mengikut situasi Peta Bulatan i THINK Imbas kod QR atau layari https:// www.iyres.gov.my/images/ images-rtd/talk%20social%20 media.pdf tentang mengenal pasti dan mengatasi maklumat palsu di media sosial. Untuk tujuan pembelajaran Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Berkomunikasi secara berhemah dalam talian Tidak mengeksploitasi data dan maklumat peribadi pihak lain Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang sah Tidak menyebarkan maklumat palsu dan diragui Tidak menceroboh dan menyebarkan virus Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi SEMAK CEPAT 4.1 1 Jelaskan takrifan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. 2 Senaraikan tiga etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. 3 Apakah yang dimaksudkan dengan Internet? 4 Pengguna yang melakukan plagiat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta. Apakah akta tersebut? 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 23 19/03/2024 3:42 PM


24 UNIT TINGKATAN 4 4 Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika SP 5.4.2 Menjelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. 1 Meningkatkan kualiti pendidikan (a) Mengubah sistem pengajaran dan pembelajaran melalui multimedia interaktif dan menjadi lebih berinovasi (b) Menjimatkan masa dan wang bagi individu yang mengikuti pengajian separuh masa (c) Mampu menarik minat murid untuk belajar (d) Peluang untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi menjadi lebih luas dan menjimatkan kos melalui sistem e-pembelajaran yang disediakan 2 Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian (a) Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna dan selamat untuk digunakan (b) Pengguna tidak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan perkhidmatan (c) Terdapat pelbagai pilihan transaksi yang disediakan dalam talian (d) Segala urusan berkenaan kerajaan dan swasta menjadi lebih cepat dan efisien (e) Contohnya, urusan kewangan dan perkhidmatan perbankan dalam talian membolehkan pengurusan wang dengan mudah dan tidak kira di mana jua berada 3 Meningkatkan hubungan sosial (a) Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia (b) Mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga yang tinggal berjauhan disebabkan tuntutan tugas atau tanggungjawab (c) Misalnya, kemudahan Internet meningkatkan integrasi dan perpaduan negara 4 Menjana ekonomi (a) Menyediak an peluang perniagaan dan perkhidmatan atas talian untuk menjana pendapatan sampingan (b) Bagi yang menjalankan perniagaan sepenuh masa, peniaga tidak perlu menyewa premis perniagaan untuk menjalankan operasi (c) Barangan dan perkhidmatan boleh dipromosikan atau diiklankan secara meluas dan mudah (d) Penjualan dan pembelian barangan boleh dibuat secara dalam talian (e) Contohnya, aplikasi Shopee dan Lazada membolehkan para penggunanya untuk melakukan aktiviti penjualan dan pembelian barangan secara dalam talian Gambar 4.2 Pengguna tidak perlu ke kedai untuk membeli barang 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 24 19/03/2024 3:42 PM


25 UNIT TINGKATAN 4 4 5 Perkongsian maklumat (a) Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah (b) Kerja penyelidikan dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih sistematik (c) Maklumat terkini dalam pelbagai bidang dapat disebarkan secara menyeluruh (d) Data dan maklumat dapat disimpan dengan segera dan selamat (e) Contohnya, satelit cuaca dapat memberikan data ramalan cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat dan terperinci (f) Selain itu, alat telekomunikasi satelit membolehkan penonton menyaksikan siaran langsung di televisyen, telefon dan komputer 6 Menjimatkan kos dan masa (a) Pelbagai kos seperti kos panggilan telefon, sewaan, bil elektrik, bil air, penghantaran dan pengangkutan dapat dikurangkan (b) Mesyuarat dan perbincangan dilakukan secara telesidang (c) Penggunaan sumber tenaga manusia dapat diminimumkan (d) Contohnya, kos dan masa untuk bergerak ke sesuatu tempat untuk berjumpa dengan seseorang boleh dijimatkan melalui interaksi secara maya Meningkatkan kualiti pendidikan Menjana ekonomi Menjimatkan kos dan masa Perkongsian maklumat Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian Meningkatkan hubungan sosial Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Penerokaan dalam sistem telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi pertama di Kuantan, Pahang pada 6 April 1970. Info Dinamik Peta Buih i THINK 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 25 19/03/2024 3:42 PM


26 UNIT TINGKATAN 4 4 Contoh Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika SP 5.4.3 Menghuraikan dengan contoh cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. Penggunaan Akaun E-mel 1 Pengguna perlu merahsiakan dan tidak mendedahkan kata pengguna dan kata laluan daripada pengetahuan orang lain. 2 Tidak memalsukan maklumat diri semasa pendaftaran e-mel. 3 Pengguna haruslah menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati seperti: (a) Fail atau surat boleh dihantar dan diterima dengan mudah dan pantas walaupun berada pada jarak yang jauh (b) Menyebarkan maklumat yang sahih dan terbukti kebenarannya Penggunaan Pengiklanan 1 Urusan pengiklanan barangan dan perkhidmatan perlulah tidak menyalahi undang-undang dan norma masyarakat. 2 Pengusaha atau pengilang perlu berintegriti bagi memastikan pengguna tidak berasa tertipu. (a) Memaparkan maklumat yang jelas tentang sesuatu produk (b) Menepati sukatan dan spesifikasi yang sepatutnya (c) Tidak memudaratkan kesihatan pengguna (d) Harga dan kualiti barangan perlulah seimbang 3 Pengusaha perlulah bersaing secara sihat dengan tidak memburukkan barangan dan perkhidmatan daripada pengusaha lain. Memuat Turun dan Memuat Naik 1 Bahan atau karya yang ingin dimuat naik perlu mendapat kebenaran yang sah daripada pemiliknya terlebih dahulu. 2 Bahan dan karya yang diplagiat boleh dikenakan tindakan undangundang di bawah Akta Hak Cipta 1987. 3 Pengguna tidak boleh memuat turun dan memuat naik bahan negatif seperti berita khabar angin, bahan lucah dan sebagainya. 4 Pengguna tidak boleh memuat turun dan memuat naik perisian yang tidak berlesen untuk mengelakkan pelanggaran hak cipta. Penggunaan akaun e-mel Memuat turun dan memuat naik Penggunaan pengiklanan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Peta Pokok i THINK SEMAK CEPAT 4.3 1 Senaraikan tiga maklumat yang perlu dilengkapkan untuk membuka akaun e-mel. 2 Apakah kesan kepada pengguna jika pengusaha tidak menitikberatkan keselamatan pengguna? 3 Apakah yang berlaku jika pengguna melakukan pelanggaran hak cipta? SEMAK CEPAT 4.2 1 Senaraikan tiga aplikasi yang menyediakan platform untuk urusan jual beli dalam talian. 2 Huraikan maksud telesidang. 3 Apakah alat telekomunikasi yang membolehkan siaran langsung ditonton di seluruh dunia? 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 26 19/03/2024 3:42 PM


27 UNIT TINGKATAN 4 4 Kesan Pengabaian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika SP 5.4.4 Meramalkan kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. Ketidaktepatan Maklumat 1 Perkongsian maklumat yang tidak tepat menyebabkan kekeliruan dan panik dalam kalangan masyarakat. 2 Kekeliruan seterusnya menjurus kepada perbuatan fitnah dan mengancam keselamatan. 3 Perkongsian maklumat yang tidak sah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan lebih teruk lagi individu yang difitnah mengalami tekanan perasaan. Isu Keselamatan 1 Semakin maju teknologi maklumat dan komunikasi, semakin tinggi kadar jenayah siber yang berlaku. 2 Risiko data peribadi digodam, seterusnya menyebabkan kes: (a) Penipuan secara dalam talian (b) Transaksi palsu (c) Buli siber 3 Kelicikan penjenayah siber mengancam keselamatan diri, keluarga dan harta benda. 4 Penipuan jual beli atas talian juga membawa kerugian besar kepada pengguna. 5 Selain itu, jika sistem pertahanan negara digodam dan kebocoran rahsia kerajaan mendedahkan negara kepada ancaman anasir luar. Serangan Pelbagai Virus 1 Serangan virus menjejaskan sistem komputer dan data yang disimpan. 2 Serangan virus menyebabkan gangguan terhadap penggunaan harian dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi. 3 Operasi sesebuah organisasi lumpuh dan maklumat atau data penting sesebuah organisasi hilang kesan serangan virus tersebut. Terdedah kepada Bahan Berunsur Negatif 1 Generasi muda terdedah kepada laman sesawang yang tidak bermoral atau pornografi. 2 Keadaan ini mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku golongan muda. 3 Seterusnya, mendorong mereka untuk melakukan perbuatan yang tidak diingini dan memberikan kesan yang mendalam terhadap masa hadapan. 4 Penggunaan teknologi maklumat yang disalahgunakan menjadi sebab peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini seperti: (a) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan (b) Seks bebas (tanpa ikatan perkahwinan) (c) Pembuangan bayi atau anak tidak sah taraf (d) Penagihan dadah dan salah guna ubat-ubatan (e) Gangguan seksual dan rogol (f) Gangsterisme dan vandalisme Ketagihan Penggunaan 1 Pembaziran masa (a) Melayari laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram serta bermain permainan video dalam jangka masa yang lama menyebabkan seseorang itu membazirkan banyak masa 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 27 19/03/2024 3:42 PM


28 UNIT TINGKATAN 4 4 (b) Mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapa (c) Mengingkari tanggungjawab terhadap agama (d) Penggunaan telefon dan komputer terlalu lama boleh menyebabkan masalah penglihatan mempengaruhi emosi seseorang 2 Mengganggu tugasan harian (a) Murid mengabaikan kerja sekolah yang diberi dan waktu belajar yang telah diperuntukkan (b) Kesannya, ketinggalan dalam pelajaran dan mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan (c) Produktiviti pekerja juga merosot 3 Menjejaskan masa berkualiti bersama keluarga (a) Anak-anak tidak menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik (b) Ibu bapa mengabaikan peranan terhadap anak-anak seperti mengabaikan keperluan asas anak dan tidak membimbing anak ke arah yang sepatutnya Gambar 4.3 Ketagihan gajet menyebabkan kanak-kanak kurang berminat terhadap aktiviti fizikal Peta Bulatan i THINK Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Ketagihan penggunaan Terdedah kepada bahan berunsur negatif Ketidaktepatan maklumat Isu keselamatan Serangan pelbagai virus Kesan Pengabaian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika SEMAK CEPAT 4.4 1 Senaraikan tiga kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. 2 Jelaskan kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara berlebihan terhadap pembelajaran seorang murid. 04 RS SPM 2024 Moral Tg04 (U04) 4pp.indd 28 19/03/2024 3:42 PM


120 UNIT TINGKATAN 5 4 (i) Jurnal diterbitkan untuk menyebarkan penemuan terbaharu dan terkini tentang sesuatu perkara dalam bentuk penyelidikan (b) Artikel ialah karangan atau tulisan tentang sesuatu perkara yang disiarkan melalui akhbar. (c) Tesis ialah laporan kajian akademik untuk memenuhi syarat keperluan program pengajian pada peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah. (i) Penulisan ilmiah untuk tujuan penganugerahan ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (ii) Hak cipta tesis adalah milik pengarang dan tesis tidak boleh dihasilkan semula atau dipetik secara menyeluruh tanpa mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pemilik karya tersebut Konsep 1 Penggunaan sumber dan penyebaran maklumat perlulah mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. 2 Penyebaran sumber maklumat yang sahih dapat menjamin keharmonian masyarakat sejagat. 3 Individu yang bertanggungjawab perlulah memastikan maklumat yang diterima dan disebarkan, dapat dibuktikan kesahihannya. Contoh Sumber dan Maklumat yang Sahih SP 5.4.1 Menyenaraikan contoh sumber dan maklumat yang sahih demi kesejahteraan sejagat. 1 Laporan penyelidikan (jurnal, artikel dan tesis) (a) Jurnal ialah terbitan atau sejenis majalah berkala yang memuatkan hasil kajian akademik, profesion atau bidang tertentu Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat Unit 4 Istilah Penting • Manipulasi – Segala tindakan untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari. • Reputasi – Menjurus kepada perbuatan, kelakuan dan lain-lain yang menyebabkan nama baik. • Rujukan – Keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara, sumber untuk memperoleh keterangan atau maklumat lanjut. • Sulit – Tidak diketahui atau tidak dapat diketahui oleh orang ramai, tersembunyi dan rahsia. Cadangan Nilai Rasional Kejujuran Berdikari Kebebasan Hormat Bidang 5: Insan Bermoral 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 120 19/03/2024 3:55 PM


121 UNIT TINGKATAN 5 4 2 Surat edaran kerajaan dan surat pekeliling (a) Surat edaran kerajaan ialah surat yang diedarkan oleh pihak kerajaan untuk pengetahuan umum (b) Surat pekeliling ialah surat yang dikeluarkan untuk pengetahuan umum 3 Kitab, buku ilmiah dan buku teks (a) Kitab ialah buku suci yang mengandungi perkara yang berkaitan dengan agama seperti hukum dan ajaran (b) Buku ilmiah merujuk buku yang mengandungi penulisan akademik untuk mempersembahkan sesuatu idea, konsep atau kajian (c) Buku teks ialah buku yang digunakan untuk mempelajari sesuatu subjek (i) Di Malaysia, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperkenalkan untuk meminjam buku teks kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah (ii) Buku teks digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan ilmu dan maklumat tentang semua bab atau unit yang dipelajari dalam sesuatu subjek (iii) Murid juga boleh mendapatkan maklumat sahih melalui buku teks sama ada dalam format cetak atau digital 4 Laman sesawang yang diiktiraf (a) Laman sesawang yang diiktiraf ialah laman web yang digunakan oleh syarikat, organisasi atau individu untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna dalam bentuk muka surat laman (b) Contoh laman sesawang yang diiktiraf: (i) Portal Rasmi Kerajaan Malaysia – www.Malaysia. gov.my (ii) Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan – www.selangor.gov.my (iii) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – www. moe.gov.my (iv) K u m p u l a n Wa n g Simpanan Pekerja – www. kwsp.gov.my 5 Individu dan pihak berautoriti (a) Maklumat sahih diperoleh daripada orang sumber dan pihak berautoriti melalui wawancara atau temu ramah yang dilakukan (b) Melalui wawancara, maklumat sahih diperoleh melalui informasi, pendapat dan keterangan yang diberikan oleh orang sumber Gambar 4.1 Temu bual bersama orang sumber Orang sumber ialah individu yang terlibat dalam peristiwa sejarah, melihat peristiwa sejarah dan mendengar peristiwa sejarah. Info Dinamik 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 121 19/03/2024 3:55 PM


122 UNIT TINGKATAN 5 4 6 Ensiklopedia (a) Ensiklopedia ialah sejenis karya rujukan yang mengandungi ringkasan maklumat daripada semua cabang ilmu (b) Ensiklopedia juga bermaksud buku yang berisi keterangan ringkas dan tepat tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang disusun menurut abjad atau menurut cabang ilmu Contoh Sumber dan Maklumat yang Sahih Ensiklopedia Laporan penyelidikan Individu dan pihak berautoriti Surat edaran kerajaan, surat pekeliling Laman sesawang yang diiktiraf Kitab, buku ilmiah, buku teks SEMAK CEPAT 4.1 1 Berikan tiga contoh sumber dan maklumat sahih yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat. 2 Nyatakan dua contoh laporan penyelidikan yang membekalkan maklumat sahih. Tatacara Menggunakan Sumber dan Menyebarkan Maklumat SP 5.4.2 Mengenal pasti tatacara menggunakan sumber dan penyebaran maklumat demi kesejahteraan sejagat. 1 Pastikan kesahihan sesuatu maklumat (a) Mengenal pasti kesahihan sesuatu maklumat dengan melihat asal usul, sumber maklumat tersebut dan siapa yang menyebarkan sama ada individu atau pihak yang berautoriti (b) Menentukan sama ada sesuatu maklumat boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai (c) Menyemak maklumat yang sama daripada pelbagai sumber 2 Dapatkan pengesahan daripada pihak yang berkaitan (a) Merujuk pihak yang berautoriti untuk mengesahkan maklumat yang diterima Peta Buih i THINK 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 122 19/03/2024 3:55 PM


123 UNIT TINGKATAN 5 4 (b) Membuat semakan melalui laman web, sebenarnya. my tentang maklumat yang disebarkan melalui media sosial 3 Nyatakan sumber rujukan (a) Menyatakan sumber rujukan bagi sesuatu maklumat (b) Menyatakan bagaimana sumber rujukan diperoleh seperti melalui ensiklopedia, surat edaran kerajaan, surat pekeliling dan laporan penyelidikan (c) Sumber rujukan penting supaya pembaca mengetahui sumber yang digunakan oleh penyampai maklumat dan membantu mereka membuat rujukan tambahan dengan mudah 4 Sebarkan berita atau maklumat yang tidak menyentuh isu sensitif (a) Menyampaikan kandungan yang tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti isu kewarganegaraan, hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan raja, keagamaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (b) Mengelakkan penyebaran berita atau maklumat yang akan menyebabkan perselisihan dan keadaan huru-hara dalam kalangan masyarakat berlainan kaum 5 Elakkan daripada memuat naik isu negatif, kurang sopan atau pornografi melalui laman sosial (a) Tidak membincangkan isu negatif disebabkan sikap prasangka, cetusan hati dan emosi yang tidak stabil (b) Tidak memuat naik foto diri yang kurang sopan (c) Tidak memuat naik foto dan video lucah melalui laman sosial 6 Elakkan daripada membuat serangan peribadi terhadap pihak yang lain (a) Tidak menggunakan sumber untuk menghantar foto yang menjatuhkan maruah seseorang individu (b) Memahami bahawa media sosial bukan merupakan tempat yang digunakan untuk menyelesaikan konflik atau pertikaian yang berlaku (c) Tidak menyalahgunakan sumber untuk menyuarakan rasa kebencian dan tidak puas hati terhadap orang lain (d) Tidak boleh menyampaikan kandungan yang berbentuk cemuhan yang dianggap sebagai serangan peribadi 7 Tidak memanipulasikan sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri (a) Sikap yang sengaja memanipulasikan isu untuk menimbulkan rasa kurang selesa masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia (b) Menghargai kebebasan di media sosial, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun dengan tidak memanipulasi maklumat demi kepentingan peribadi 8 Tidak menokok tambah maklumat atau isi kandungan (a) Memastikan maklumat yang dilaporkan adalah benar dan tepat tanpa sebarang unsur tokok tambah 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 123 19/03/2024 3:55 PM


124 UNIT TINGKATAN 5 4 (b) Tidak mereka fakta palsu atau isi kandungan tambahan untuk menjadikan sesuatu maklumat lebih menarik untuk dibaca 9 Tidak menggodam atau mengeksploitasi maklumat peribadi orang lain (a) Menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain (b) Mengelakkan mencuri, memusnahkan data dan maklumat yang disimpan dalam sistem komputer (c) Mengeksploitasi maklumat peribadi orang lain untuk menjatuhkan reputasi dan kegiatan jenayah 10 Tidak mencetak atau memplagiat bahan tanpa kebenaran pemilik asal (a) Mengelakkan pencabulan hak cipta, iaitu hak eksklusif yang melindungi karya atau hasil ciptaan seseorang pemilik asal karya (b) Memahami bahawa karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan karya terbitan dilindungi di bawah perlindungan hak cipta (c) Jika didapati melakukan plagiat individu tersebut boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Hak Cipta 1987 Tatacara Menggunakan Sumber dan Menyebarkan Maklumat • Pastikan kesahihan sesuatu maklumat • Tidak memanipulasikan sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri • Dapatkan pengesahan daripada pihak yang berkaitan • Tidak menokok tambah maklumat atau isi kandungan • Nyatakan sumber rujukan • Tidak menggodam atau mengeksploitasi maklumat peribadi orang lain • Sebarkan berita atau maklumat yang tidak menyentuh isu sensitif • Tidak mencetak atau plagiat bahan tanpa kebenaran pemilik asal • Elakkan daripada memuat naik isu negatif, kurang sopan atau pornografi melalui laman sosial • Elakkan daripada membuat serangan peribadi terhadap pihak lain Peta Dakap i THINK SEMAK CEPAT 4.2 1 Senaraikan tiga tatacara menggunakan sumber dan penyebaran maklumat demi kesejahteraan sejagat. 2 Nyatakan dua contoh isu sensitif yang tidak boleh disentuh ketika menggunakan sumber tertentu untuk menyebarkan maklumat. Imbas kod QR atau layari www. myipo.gov.my/wp-content/ uploads/2021/02/PROSEDURPEMBERITAHUAN-SUKARELAHAK-CIPTA-BAGI-TAHUN-2021-1. pdf tentang prosedur permohonan pemberitahuan sukarela hak cipta. Untuk tujuan pembelajaran 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 124 19/03/2024 3:55 PM


125 UNIT TINGKATAN 5 4 Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat yang Menggugat Kesejahteraan Sejagat SP 5.4.3 Menghuraikan penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang menggugat kesejahteraan sejagat. 1 Menyentuh isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan (a) Memberikan pandangan tanpa batasan (i) Menggunakan hak kebebasan bersuara untuk mengeluarkan fikiran tanpa batasan sehingga menjejaskan perpaduan kaum (ii) Mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu sensitiviti sesuatu kaum (iii) Memberikan pandangan sehingga menyentuh isu perkauman (b) Menokok tambah maklumat yang diterima sehingga menimbulkan konf lik perkauman (i) Mereka cerita dan menipu tentang sesuatu maklumat supaya menjadi lebih menarik (ii) M e n a m b a h f a k t a palsu tentang sesuatu maklumat yang diperoleh sehingga menyebabkan pertelingkahan (iii) Kenyataan yang diberi untuk menebalkan isu perkauman dan prejudis 2 Menggodam dan menyebarkan maklumat sulit (a) Menceroboh maklumat untuk kepentingan peribadi (i) Tindakan menggodam laman web agensi kerajaan atau organisasi akan menyebabkan kerugian besar dalam menampung kos baik pulih sistem (ii) Menggodam laman web yang digunakan oleh agensi kerajaan untuk memperoleh dan menyebarkan maklumat sulit (iii) Pencerobohan maklumat tentang pengurusan ke w a n g a n n e g a r a dan tahap keupayaan keselamatan negara (b) Mencipta akaun dan identiti palsu (i) Menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk mencipta akaun dan identiti palsu (ii) Tidak menggunakan foto sendiri dan sebaliknya, menggunakan foto orang lain untuk menutup identiti sebenar pengguna akaun palsu (iii) Menggunakan nama palsu semasa mendaftar akaun baharu melalui media sosial (iv) Akaun dan identiti palsu digunakan untuk melakukan jenayah siber seperti mengintip, menipu dan buli siber 3 Menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat (a) Maklumat yang disampaikan tidak dijamin kesahihannya (i) Maklumat yang ingin disampaikan adalah tidak lengkap dan tidak dapat menjawab soalan 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 125 19/03/2024 3:55 PM


126 UNIT TINGKATAN 5 4 yang berkaitan dengan apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana (ii) Tindakan menyebarkan maklumat palsu akan menimbulkan kekeliruan ke p a d a p e n e r i m a maklumat dan orang awam (iii) Penyebaran maklumat tanpa usul periksa menyebabkan maklumat palsu tersebar dengan cepat (b) Menyebarkan maklumat tanpa kebenaran (i) Individu berasa teruja dan ingin menjadi orang pertama yang menyebarkan sesuatu maklumat sehingga tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak tertentu terlebih dahulu (ii) Merujuk pihak berautoriti untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat kepada orang lain Gambar 4.2 Penyebaran maklumat palsu mencetuskan keadaan panik 4 Memfitnah dan memburukburukkan pihak lain (a) Menularkan fitnah dan katakata negatif dalam masyarakat (i) Menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan maruah orang lain bagi tujuan membalas dendam (ii) Mengeluarkan katakata negatif melalui media sosial untuk mencemarkan imej orang lain (b) Menulis komen negatif dalam media sosial (i) Menggunakan media sosial untuk menulis komen negatif disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu pihak (ii) Menulis komen yang menggunakan bahasa kesat, tidak sopan dan boleh menyinggung perasaan orang lain 5 Penyelewengan data atau maklumat (a) Mengeksploitasi maklumat individu atau organisasi untuk kepentingan diri (i) Menggunakan maklumat peribadi individu lain seperti alamat, foto dan nombor telefon untuk melakukan penipuan secara dalam talian (ii) Menyalahgunakan info atau maklumat untuk menimbulkan fitnah dan khabar angin (iii) Menimbulkan situasi huru-hara dan keadaan porak-peranda (b) Membocorkan maklumat penting individu atau organisasi 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 126 19/03/2024 3:55 PM


127 UNIT TINGKATAN 5 4 (i) Individu yang tidak bertanggungjawab akan menjual maklumat peribadi individu atau maklumat sulit organisasi kepada pihak lain (ii) Membocorkan maklumat individu atau organisasi yang diketahui untuk memperoleh wang atau ganjaran dengan mudah Menyentuh isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan Penyelewengan data atau maklumat Menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat Menggodam dan menyebarkan maklumat sulit Menfitnah dan memburukburukkan pihak lain Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat yang Menggugat Kesejahteraan Sejagat SEMAK CEPAT 4.3 1 Senaraikan tiga penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang menggugat kesejahteraan sejagat. 2 Nyatakan dua tindakan yang menunjukkan seseorang memfitnah pihak lain. 3 Berikan dua bentuk penyelewengan data atau maklumat. Peta Pokok i THINK Implikasi Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat yang Menjejaskan Kesejahteraan Sejagat SP 5.4.4 Mencerakinkan implikasi penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang menjejaskan kesejahteraan sejagat. Diri 1 Menjatuhkan imej dan reputasi diri (a) Pengguna media sosial membuat aduan tentang p e ny a l a h g u n a a n d a t a peribadi, penipuan Internet dan kandungan Internet yang berbahaya (b) Dikenakan tindakan undangundang kerana menyebarkan maklumat yang tidak sahih 2 Terdedah kepada ancaman keselamatan diri (a) Dimarahi dan dikecam oleh pengguna media sosial kerana menyebarkan maklumat palsu (b) Individu yang menyebarkan maklumat palsu mungkin menjadi mangsa buli siber 3 Mencetuskan konflik diri dan pertengkaran (a) Memberikan pendapat yang mengguris hati orang lain sehingga menimbulkan konflik (b) Menyebabkan pergaduhan berlaku kerana penggunaan bahasa kesat dan tidak sopan Masyarakat 1 Terpengaruh dengan budaya negatif (a) Masyarakat turut serta menyebarkan berita tidak benar untuk mengaburi mata orang ramai 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 127 19/03/2024 3:55 PM


128 UNIT TINGKATAN 5 4 (b) Masyarakat menabur fitnah terhadap pemimpin negara dan kaum lain 2 Menggugat perpaduan dan ketenteraman awam (a) Menyebabkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan masyarakat (b) Mewujudkan banyak spekulasi negatif tentang sesuatu mesej yang tidak benar 3 Menimbulkan konflik dalam masyarakat (a) Sikap tidak bertanggungjawab berkongsi sesuatu maklumat yang tidak sahih (b) Menjejaskan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat Negara 1 Risiko keselamatan dan kebocoran maklumat sulit (a) Mengkhianati negara sendiri dengan membocorkan rahsia rasmi kerajaan dan maklumat sulit kepada pihak luar (b) Mengancam keselamatan dan kedaulatan negara 2 Menjejaskan imej dan reputasi negara (a) Menunjukkan kelemahan negara dalam usaha menangani masalah penyebaran berita palsu (b) Mencerminkan negara tidak tegas dalam melaksanakan u n d a n g - u n d a n g b a g i mengekang penggunaan sumber dan penyebaran maklumat palsu 3 Kesejahteraan negara tergugat (a) Penggodam menceroboh sistem pertahanan dan keselamatan negara yang akan mengugat kedaulatan negara (b) Penggodam menjual maklumat sulit negara kepada pihak yang memerlukannya (c) Pihak luar akan mudah campur tangan dalam urusan pentadbiran negara Implikasi Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat yang Menjejaskan Kesejahteraan Sejagat Diri Masyarakat Negara • Menjatuhkan imej dan reputasi diri • Terdedah kepada ancaman keselamatan diri • Mencetuskan konflik diri dan pertengkaran • Terpengaruh dengan budaya negatif • Menggugat perpaduan dan ketenteraman awam • Menimbulkan konflik dalam masyarakat • Risiko keselamatan dan kebocoran maklumat sulit • Menjejaskan imej dan reputasi negara • Kesejahteraan negara tergugat SEMAK CEPAT 4.4 1 Nyatakan tiga implikasi penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang menjejaskan kesejahteraan sejagat. 2 Ramalkan dua kesan negatif kepada negara jika sumber dan maklumat disebarkan sehingga menjejaskan kesejahteraan sejagat. Peta Dakap i THINK 04 RS SPM 2024 Moral Tg05 (U04) 4pp.indd 128 19/03/2024 3:55 PM


213 JAWAPAN Jawapan Tingkatan 4 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan Bab 1 Semak Cepat 1.1 1 Norma masyarakat merujuk perilaku atau tindakan yang diterima sebagai satu amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti dan budaya 2 (a) Mengucapkan salam atau bersalaman dengan tetamu dan orang yang lebih tua (b) Memberi atau bertukar makanan istimewa sesama jiran (c) Membawa buah tangan semasa menziarahi orang sakit (d) Bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran tetangga Semak Cepat 1.2 1 (a) Panduan bertingkah laku (b) Membentuk masyarakat yang teratur (c) Sebagai ukuran bertingkah laku (d) Membina masyarakat yang harmoni 2 (a) Berlaku perselisihan faham (b) Berlaku pergaduhan dan kecederaan Semak Cepat 1.3 1 Norma masyarakat ialah benteng kepada perkara yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan perbalahan masyarakat 2 (a) Manusia kurang beradab (b) Hubungan sosial terjejas (c) Menjejaskan keharmonian masyarakat (d) Melahirkan individu yang bersikap individualistik 3 (a) Tidak menerima pandangan orang lain (b) Berasa bangga dengan pencapaiannya (c) Tidak mengakui kesilapan yang dilakukannya Peribadi Mulia Hiasan Diri Bab 2 Semak Cepat 2.1 1 Sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu 2 (a) Bercakap dengan nada yang perlahan (b) Menghormati orang tua (c) Saling menyayangi sesama manusia 3 Dipandang rendah oleh masyarakat Semak Cepat 2.2 1 Mempraktikkan keperibadian mulia terhadap diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan negara 2 (a) Menyanyikan lagu kebangsaan (b) Melukis poster (c) Larian sempena hari kemerdekaan (d) Pertandingan pidato/sketsa 3 Individu cenderung untuk melakukan perbuatan negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga Semak Cepat 2.3 1 Tidak mudah terpengaruh dengan tabiat negatif RS SPM 2024 Moral (JWP) 4pp.indd 213 15/03/2024 11:33 AM


214 JAWAPAN 2 (a) Tidak mempunyai ketenangan jiwa (b) Melakukan perkara negatif (c) Disisihkan dalam masyarakat (d) Gagal mencapai matlamat dalam hidup Semak Cepat 2.4 1 Mendisiplinkan diri untuk bersederhana dan tidak berlebihan semasa berbelanja untuk mengelakkan pembaziran 2 (a) Membuat keputusan terburu-buru (b) Menimbulkan pelbagai masalah (c) Menyebabkan pertelingkahan 3 Menjadi punca perpecahan masyarakat Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan Bab 3 Semak Cepat 3.1 1 Sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara manusia untuk menegakkan kesaksamaan dengan keseimbangan dalam pemikiran, pertuturan, perasaan dan perlakuan 2 Perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam melaksanakan peranan atau kewajipan terhadap orang lain. 3 (a) Bersikap tidak berat sebelah (b) Layanan sama rata (c) Menghormati hak individu (d) Adil dalam mengagihkan sumbangan (e) Rasional 4 Prinsip keprihatinan Semak Cepat 3.2 1 Tidak menjejaskan kepentingan diri dan orang lain 2 Mengelakkan diri menjadi mangsa keadaan, menjamin keamanan dan mendapat keprihatinan sewajarnya 3 (a) Mengenal pasti konflik atau permasalahan yang timbul (b) Membuat pertimbangan moral (c) Membuat keputusan dalam pemilihan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan (d) Justifikasi kewajaran dalam membuat keputusan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Bab 4 Semak Cepat 4.1 1 Sistem yang membolehkan pengumpulan maklumat, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk 2 (a) Tidak menyebarkan maklumat palsu (b) Tidak menceroboh dan menyebarkan virus (c) Tidak mengeksplotasi maklumat dan data peribadi pihak lain (d) Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul (e) Berkomunikasi secara berhemah 3 Rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain 4 Akta Hak Cipta 1987 Semak Cepat 4.2 1 (a) Lazada (b) Shopee (c) Mudah (d) Zalora (e) Carousell 2 Persidangan yang berlangsung dengan para pesertanya berkomunikasi antara satu dengan yang lain dari tempattempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya RS SPM 2024 Moral (JWP) 4pp.indd 214 15/03/2024 11:33 AM


215 JAWAPAN 3 Satelit bumi Semak Cepat 4.3 1 (a) Nama penuh (b) Nombor kad pengenalan (c) Jantina (d) Bangsa (e) Mencipta kata laluan 2 Pengusaha mendedahkan pengguna kepada bahaya serta kemudaratan 3 Dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Hak Cipta 1987 Semak Cepat 4.4 1 (a) Penyebaran maklumat yang tidak tepat (b) Isu keselamatan (c) Serangan virus yang melumpuhkan sistem komputer (d) Terdedah kepada unsur-unsur negatif (e) Ketagihan penggunaan 2 Waktu belajar yang telah diperuntukkan terjejas disebabkan leka bermain gadget Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri Bab 5 Semak Cepat 5.1 1 Sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai 2 Sifat utama yang dapat melahirkan jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan 3 Kemungkinan besar berlaku salah guna kuasa dan berlaku gejala rasuah Semak Cepat 5.2 1 (a) Melahirkan modal insan (b) Menjamin hasil kerja yang berkualiti (c) Memelihara dan memperkasa imej diri dan keluarga (d) Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa (e) Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa 2 Modal insan menjadi pengerak kepada pembangunan negara 3 Melakukan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan tidak menyeleweng Semak Cepat 5.3 1 (a) Ketinggalan terhadap isu-isu di kawasan setempat (b) Tidak dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan 2 (a) Peningkatan kes jenayah (b) Peningkatan kawasan perumahan setinggan (c) Penularan penyakit berjangkit yang dibawa dari negara asal 3 (a) Meningkatkan sektor ekonomi (b) Membuka peluang pekerjaan Semak Cepat 5.4 1 (a) Mencapai moksya (b) Melakukan banyak perkaraperkara kebaikan 2 (a) Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri (b) Pertimbangan materialistik melampaui batas pertimbangan moral Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani Bab 6 Semak Cepat 6.1 1 Pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni RS SPM 2024 Moral (JWP) 4pp.indd 215 15/03/2024 11:33 AM


216 JAWAPAN 2 (a) Hubungan erat (b) Penyayang (c) Amanah (d) Bertanggungjawab (e) Kuat pegangan agama (f) Saling menghormati 3 Sikap menerima persamaan dan perbezaan agama dan budaya sesuatu kaum dengan rela hati Semak Cepat 6.2 1 (a) Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan keluarga (b) Menjaga kerahsiaan keluarga (c) Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak-anak (d) Menunjukkan teladan yang baik kepada keluarga (e) Memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan baik dalam keluarga 2 Empati merupakan daya menyelami dan memahami perasaan orang lain dan kasihan ialah rasa simpati terhadap sesuatu perkara yang berlaku 3 Sedih dengan sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa Semak Cepat 6.3 1 Memperingati dan menghargai anggota keluarga 2 Sikap seseorang yang tidak adil atau memihak kepada orang lain untuk sesuatu sebab atau tiada sebab tertentu 3 (a) Berkelah (b) Riadah petang (c) Melawat orang sakit (d) Pergi ke rumah ibadat (e) Membeli belah di pasar raya Semak Cepat 6.4 1 (a) Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga (b) Penglibatan keluarga dalam gejala sosial (c) Meruntuhkan institusi kekeluargaan (d) Diskriminasi dalam keluarga (e) Rumah tangga porak-peranda 2 (a) Kurang kasih sayang (b) Tiada tempat mengadu masalah (c) Hilang tempat bergantung Semak Cepat 6.5 1 (a) Memberi angpau semasa perayaan (b) Menghias kolam (c) Memasang pelita semasa malam perayaan (d) Membakar mercun 2 (a) Masalah diselesaikan dengan cara baik (b) Penyelesaian terbaik dapat dibuat Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera Bab 7 Semak Cepat 7.1 1 Sifat wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani 2 Daya menyelami perasaan dan emosi orang lain seperti membantu bencana alam dengan memberikan sokongan moral dan emosi 3 (a) Bertimbang rasa terhadap orang lain (b) Menolong orang lain dalam kesusahan (c) Mengasihani orang kurang bernasib baik (d) Menolong haiwan dalam kesusahan RS SPM 2024 Moral (JWP) 4pp.indd 216 15/03/2024 11:33 AM


Click to View FlipBook Version