PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Skim Pentaksiran STPM Pengajian Am iv Jadual Analisis Soalan STPM Pengajian Am Semester 3 (2019 – 2022) v Ulasan Soalan STPM Pengajian Am Semester 3 (2022) ix BAB Bukan Linear kepada Linear 1 1 BAB Hubungan Diplomatik 2 19 BAB Penglibatan, Peranan dan Sumbangan Malaysia 3 29 BAB Isu dan Cabaran 4 62 BAB Penulisan Esei 5 110 Kertas Model STPM (Kertas 3) 123 Jawapan 129 Kandungan N&L STPM P.Am S3(Kand).indd 1 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 1 1.1 Pengenalan 1 Tajuk ini diuji dalam Bahagian B, Pengajian Am Kertas 3 (900/3) yang membawa 15 markah dan calon diwajibkan menjawab satu soalan daripada dua soalan yang dikemukakan. 2 Dalam bahagian ini, soalan asal adalah berbentuk bukan linear. Soalan-soalan asal tersebut terdiri daripada: (a) Jadual (b) Carta (c) Graf (d) Gambar rajah (rajah) i-THINK Peta Pokok Carta Graf Bar Garis Gabungan Media Bukan Linear Popular Pai berbanding Bar Pai bertingkat Histogram Kompaun Komponen Memesong Piramid Kompaun Komponen Memesong Rajah 1.1 Media bukan linear popular 1.2 Analisis Alih Bentuk Komunikasi Keperluan Minda Alih Komunikasi 1 Menganalisis data. 2 Mengemukakan idea (memberikan punca atau kesan). Jenis Analisis 1 Analisis terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: (a) Analisis perubahan – analisis pola perubahan antara tahun (b) Analisis perbandingan – analisis perbandingan data dalam tahun (c) Analisis pengetahuan – analisis sebab/faktor/alasan/kesan/langkah dan lain-lain 2 Jenis-jenis analisis dihuraikan dalam jadual berikut. NOTA Ekspres BAB 1 Bukan Linear kepada Linear N&L STPM P.Am S3(B1).indd 1 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 3 Jadual 1.1 Jenis analisis, ciri dan persamaannya Jenis analisis Ciri Persamaan Analisis perubahan • Pola menaik – perubahan angka yang semakin meningkat dalam tempoh yang dinyatakan • Pola menurun – perubahan angka yang semakin menurun dalam tempoh yang dinyatakan • Pola tidak konsisten – perubahan angka menaik dan menurun/menurun dan menaik dalam tempoh yang diberikan • Pola mendatar – Tidak terdapat apa-apa perubahan pada nilai angka atau terdapat terlalu sedikit perubahan • Huraian perlu membandingkan angkubah-angkubah dalam tahun yang sama. • Huraian perbandingan perlu menyatakan sektor yang mempunyai nilai yang paling tinggi, sektor yang mempunyai nilai sederhana dan sektor yang paling sedikit nilainya dalam tahun berkenaan. Analisis perbandingan • Paling tinggi – tentukan angkubah yang mempunyai nilai paling tinggi dalam tahun yang dipilih • Paling rendah – tentukan angkubah yang mempunyai nilai yang paling rendah • Sederhana – tentukan angkubah yang mempunyai nilai antara yang tertinggi dan terendah Analisis pengetahuan Mengemukakan pengetahuan yang dikehendaki oleh soalan seperti: • Sebab/faktor/alasan/faedah • Kesan/masalah • Cadangan/langkah-langkah/usaha • Tulis nilai mutlak dan peratusan bagi setiap angkubah yang dipilih. • Jumlah besar atau keseluruhan bagi tahun berkenaan perlu dimasukkan dalam huraian. Jadual 1.2 Contoh analisis Sektor paling tinggi Pada tahun 2008, sektor yang mencatatkan jumlah kemalangan yang paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN ialah sektor perkilangan, iaitu sebanyak 33 523 kes atau 40.98% berbanding dengan jumlah besar sebanyak 81 810 kes. Sektor paling rendah/sedikit Sektor yang paling sedikit mengalami kerugian merupakan sektor elektrik, gas dan air, iaitu sebanyak RM416 mgw atau 0.52% daripada jumlah pada tahun berkenaan, iaitu 79 810 kes. Sektor sederhana Sektor yang mencatatkan jumlah kemalangan sederhana dalam kalangan negara ASEAN ialah sektor pembuatan, iaitu 14 064 kes atau 17.19% daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut. 1.3 Memahami Kata Kunci Tugasan Soalan Jadual 1.3 Kata kunci tugasan soalan yang perlu diberi perhatian dan tindakan atau idea yang bersesuaian Kata kunci soalan Tindakan/idea calon • Nyatakan aliran… • Nyatakan perubahan… • Huraikan kadar… Menyatakan “naik atau turun” atau “tidak menentu” • Bandingkan nilai… • Bezakan nilai… Membuat perbandingan nilai “tertinggi atau terendah” atau “terbesar atau terkecil” Menyatakan hubung kait… Mengaitkan atau menghubungkan “jadual pertama dengan jadual kedua” • Huraikan pola… • Memberi ulasan, keadaan, aliran… Menyatakan pola sama ada “meningkat atau menurun”, kedudukan: “tertinggi, paling maksimum atau minimum” Tafsirkan perubahan… Menerangkan perubahan data “meningkat, menurun serta pemboleh ubah tertinggi dan terendah” dan sebab • Huraikan faktor, sebab, kesan… • Langkah ditanya secara berasingan dalam soalan Jawapan perlu ditulis secara berasingan N&L STPM P.Am S3(B1).indd 2 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 3 1.4 Teknik Menjawab Soalan Bahagian Jadual Contoh Soalan dan Jawapan MALAYSIA: BILANGAN PENDATANG ASING MENGIKUT NEGARA BAGI TAHUN 2010, 2012 DAN 2014 Negara Tahun 2010 (orang) Tahun 2012 (orang) Tahun 2014 (orang) Indonesia 3 500 2 980 2 567 Bangladesh 2 500 2 623 3 896 Myanmar 900 1 546 1 420 Jumlah 6 900 7 149 7 883 (Disesuaikan daripada Utusan Melayu, Ogos) 1 Soalan yang menekankan analisis perubahan Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola perubahan bilangan pendatang asing mengikut negara bagi tahun 2010, tahun 2012 dan tahun 2014. Nyatakan alasan yang menentukan pola perubahan tersebut. Pendahuluan (a) Jadual menunjukkan… (b) Subjek yang terlibat misalnya, pendatang asing terdiri… (c) Data jadual ini diperoleh daripada… Perenggan 1 (a) Berapakah jumlah keseluruhan? (b) Adakah meningkat? Adakah menurun? Adakah tidak berubah? Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 2 (a) Pola meningkat. (b) Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 3 (a) Pola menurun. (b) Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 4 (a) Pola tidak berubah atau tidak konsisten. (b) Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 5 (a) Buat perbezaan atau perbandingan bagi satu tahun. (b) Tulis sektor mana yang tinggi bagi tahun tersebut dan berikan data serta peratus. (c) Nyatakan sebab sektor tersebut tinggi. (d) Tulis sektor mana yang rendah bagi tahun tersebut dan berikan data serta peratus. (e) Nyatakan sebab sektor tersebut rendah. Penutup Nyatakan secara umum tentang jadual tersebut. Contoh: Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah: MALAYSIA: PERBELANJAAN UNTUK MAKANAN BERKHASIAT MENGIKUT NEGARA ASIA TENGGARA TERPILIH PADA TAHUN 2013 DAN TAHUN 2014 Negara Tahun 2013 (AS $ ‘000) Tahun 2014 (AS $ ‘000) Malaysia 3 678 133 3 755 191 Singapura 1 164 673 1 234 487 Indonesia 341 223 322 881 Thailand 211 197 233 513 Jumlah 5 395 226 5 546 072 N&L STPM P.Am S3(B1).indd 3 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 (a) Jika soalan menyentuh tentang sebab Malaysia mempunyai perbelanjaan tertinggi untuk makanan berkhasiat: Idea Huraian A Data tertinggi bagi tahun 2013 berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain. Data tertinggi bagi tahun 2014 berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain. Tahun 2013: AS $3 678 133 000 Tahun 2014: AS $3 755 191 000 B Sebab perbelanjaan tertinggi • Menjamin kesihatan tubuh badan • Menjamin perkembangan mental yang lebih sihat (b) Jika soalan menyentuh tentang perbandingan dan berikan sebab kepentingan makanan berkhasiat: Idea Huraian A Indonesia: Data tahun 2013 lebih tinggi daripada data tahun 2014. Tahun 2013: AS $341 223 000 Tahun 2014: AS $322 881 000 Beza sebanyak: AS $18 342 000 Data tahun 2014 lebih tinggi daripada data tahun 2013. • Malaysia • Singapura • Thailand Pilih mana-mana satu negara untuk huraian. Malaysia: Tahun 2014: AS $3 755 191 000 Tahun 2013: AS $3 678 133 000 Beza sebanyak: AS $77 058 000 Data paling besar antara tahun 2013 dengan tahun 2014. Malaysia: Tahun 2014: AS $3 755 191 000 Tahun 2013: AS $3 678 133 000 Data paling kecil antara tahun 2013 dengan tahun 2014. Thailand: Tahun 2014: AS $233 513 000 Tahun 2013: AS $211 197 000 B Sebab perbelanjaan tinggi • Membekalkan vitamin yang cukup kepada badan • Mengekalkan diri daripada jangkitan penyakit 2 Soalan yang mahukan calon membuat analisis perbandingan/perbandingan bilangan Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan bilangan pendatang asing mengikut negara bagi tahun 2010, tahun 2012 dan tahun 2014. Nyatakan alasan yang menentukan pola perubahan tersebut. Pendahuluan (a) Jadual menunjukkan… (b) Subjek yang terlibat misalnya, pendatang asing terdiri… (c) Data jadual ini diperoleh daripada… Perenggan 1 (a) Tahun manakah jumlah terbanyak? Berikan data dan sebab. (b) Tahun manakah jumlah terendah? Berikan data dan sebab. Perenggan 2 (a) Pilih tahun pertama, misalnya tahun 2010. (b) Nyatakan data bagi negara yang tertinggi, misalnya Indonesia. Berikan data dan sebab. (c) Nyatakan data bagi negara yang rendah, misalnya Myanmar. Berikan data dan sebab. Perenggan 3 (a) Pilih tahun pertama, misalnya tahun 2012. (b) Nyatakan data bagi negara yang tertinggi, misalnya Indonesia. Berikan data dan sebab. (c) Nyatakan data bagi negara yang rendah, misalnya Myanmar. Berikan data dan sebab. (d) Nyatakan data bagi negara yang sederhana, misalnya Bangladesh. Berikan data dan sebab. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 4 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 Perenggan 4 (a) Pilih tahun pertama, misalnya tahun 2014. (b) Nyatakan data bagi negara yang tertinggi, misalnya Bangladesh. Berikan data dan sebab. (c) Nyatakan data bagi negara yang rendah, misalnya Indonesia. Berikan data dan sebab. (d) Nyatakan data bagi negara yang sederhana, misalnya Myanmar. Berikan data dan sebab. Penutup (a) Nyatakan perkembangan yang ditunjukkan dalam jadual. (b) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil. (c) Nyatakan kesannya secara umum. 3 Soalan yang mahukan calon menghuraikan pola aliran ataupun keadaan (a) Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan aliran bilangan pendatang asing mengikut negara bagi tahun 2010, tahun 2012 dan tahun 2014. Nyatakan alasan yang menentukan pola perubahan tersebut. (b) Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan keadaan bilangan pendatang asing mengikut negara bagi tahun 2010, tahun 2012 dan tahun 2014. Nyatakan alasan yang menentukan pola perubahan tersebut. Pendahuluan (a) Jadual menunjukkan… (b) Subjek yang terlibat misalnya, pendatang asing terdiri… (c) Data jadual ini diperoleh daripada… Perenggan 1 (a) Nyatakan pola perubahan secara keseluruhan. (b) Nyatakan jumlah keseluruhan bagi setiap tahun. (c) Nyatakan data, perubahan dan peratus. (d) Berikan sebab berlaku pola perubahan tersebut. Perenggan 2 (a) Pola meningkat. (b) Berikan data (angka), perubahan dan nyatakan peratus. (c) Berikan sebab berlaku pola meningkat. Perenggan 3 (a) Pola menurun (sedikit). (b) Berikan data (angka), perubahan dan nyatakan peratus. (c) Berikan sebab berlaku pola menurun. Perenggan 4 (a) Pola tidak berubah atau tidak konsisten. (b) Berikan data (angka), perubahan dan nyatakan peratus. (c) Berikan sebab berlaku pola tidak berubah atau tidak konsisten. Perenggan 5 (a) Buat perbezaan atau perbandingan bagi satu tahun. (b) Tulis sektor mana yang tinggi bagi tahun tersebut dan berikan data dan peratus. (c) Nyatakan sebab sektor tersebut tinggi. (d) Tulis sektor mana yang rendah bagi tahun tersebut dan berikan data dan peratus. (e) Nyatakan sebab sektor tersebut rendah. Penutup Nyatakan secara umum tentang jadual tersebut. 4 Soalan yang mahukan calon menghuraikan pola perubahan dan perbandingan Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola perubahan dan bandingkan bilangan pendatang asing mengikut negara bagi tahun 2010, tahun 2012 dan tahun 2014. Nyatakan alasan yang menentukan pola perubahan tersebut. Pendahuluan (a) Jadual menunjukkan… (b) Subjek yang terlibat misalnya, pendatang asing terdiri… (c) Data jadual ini diperoleh daripada… Perenggan 1 (a) Berapakah jumlah keseluruhan? (b) Adakah meningkat? Adakah menurun? Adakah tidak berubah? Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 5 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 7 Perenggan 2 (a) Pola meningkat. (b) Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 3 (a) Pola menurun. (b) Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 4 (a) Pola tidak berubah atau tidak konsisten. (b) Berikan data (angka), perubahan dan peratus. (c) Berikan sebab. Perenggan 5 (a) Buat perbezaan atau perbandingan bagi satu tahun. (b) Tulis sektor mana yang tinggi bagi tahun tersebut dan berikan data dan peratus. (c) Nyatakan sebab sektor tersebut tinggi. (d) Tulis sektor mana yang rendah bagi tahun tersebut dan berikan data dan peratus. (e) Nyatakan sebab sektor tersebut rendah. Penutup Nyatakan secara umum tentang jadual tersebut. 1.5 Cara Menentukan Format Jawapan Contoh soalan Pembahagian markah Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan perubahan syarikat asing dalam projekprojek mengikut negara terpilih dari tahun 2012 hingga tahun 2014. Jelaskan mengapa berlaku keadaan sedemikian. • Kata tugas: Jelaskan perubahan..., jelaskan mengapa... • Teknik analisis: Analisis perubahan • Skema: 4+0 • Maklumat untuk calon: Analisis sebab digabungkan dengan huraian data Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan perubahan sosiokewangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut punca kegiatan dari tahun 2011 hingga tahun 2013. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh PBB bagi menjadikan sektor pertanian sebagai sektor berpendapatan tinggi. • Kata tugas: Jelaskan perubahan..., huraikan langkah-langkah... • Teknik analisis: Analisis perubahan + analisis pengetahuan • Skema: 2+2 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan indeks pencemaran mengikut kategori tempat terpilih antara tahun 2013 dengan tahun 2014. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan indeks pencemaran masih tidak mengalami perubahan. • Kata tugas: Bandingkan indeks pencemaran..., jelaskan faktor-faktor… • Teknik analisis: Analisis perbandingan + analisis pengetahuan • Skema: 2+2 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan pola perbelanjaan negara ASEAN mengikut sektor dari tahun 2014 hingga tahun 2015. Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku. • Kata tugas: Jelaskan pola…, jelaskan sebab... • Teknik analisis: Analisis perubahan + analisis perbandingan • Skema: 2+2 • Maklumat untuk calon: Analisis sebab digabungkan dengan huraian data Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan arah aliran pinjaman yang dibiayai oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa sektor tertentu pada tahun 2014 hingga tahun 2015. • Kata tugas: Huraikan arah aliran... • Teknik analisis: Analisis perubahan + analisis perbandingan • Skema: 2+2 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perubahan kes pemerdagangan manusia mengikut negara-negara terpilih di Asia Tenggara bagi tahun 2012 hingga anggaran tahun 2014. Jelaskan langkah-langkah yang sewajarnya dilaksanakan untuk membendung gejala ini. • Kata tugas: Huraikan perubahan..., jelaskan langkah-langkah... • Teknik analisis: Analisis perubahan + analisis pengetahuan • Skema: 2+2 N&L STPM P.Am S3(B1).indd 6 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 7 Contoh 1 JADUAL Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perubahan pola kehadiran pelancong asing ke Malaysia mengikut negara asal dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Jelaskan sebab kehadiran pelancong dari negara-negara luar rantau ASEAN tersebut mempunyai bilangan yang sedikit. MALAYSIA: KEHADIRAN PELANCONG ASING MENGIKUT NEGARA ASAL DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 Tahun Negara 2010 (‘000) 2011 (‘000) 2012 (‘000) 2013 (‘000) Kadar pertumbuhan tahunan purata (%) Asia 1 570 1 821 2 500 2 891 21.0 ASEAN 13 239 13 857 15 620 16 637 6.4 Amerika Syarikat 275 312 472 345 6.4 Eropah 618 673 830 1 011 15.9 Afrika 133 163 315 143 1.9 Negara lain 596 719 1 236 1 026 18.0 Jumlah 16 431 17 545 20 973 22 053 8.6 (Disesuaikan daripada Petunjuk Ekonomi EPU, Jabatan Perdana Menteri) CONTOH JAWAPAN Jadual menunjukkan kehadiran pelancong asing ke Malaysia mengikut negara asal bagi tahun 2010 hingga tahun 2013. Bilangan pelancong asing dari negara-negara Asia, ASEAN dan Eropah mencatatkan peningkatan secara berturut-turut. Bilangan pelancong dari negara ASEAN bertambah seramai 3 398 000 orang daripada 13 239 000 orang kepada 16 637 000 orang, antara tahun 2010 hingga tahun 2013. Kehadiran golongan ini mengalami kadar peningkatan sebanyak 25.7% dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 6.4% setahun. Peningkatan berterusan dan mendatar berlaku susulan usaha promosi yang berterusan serta hubungan baik antara Malaysia dengan Singapura turut menyumbang kepada perkembangan ini. Sementara itu, kehadiran pelancong dari Amerika Syarikat dan Afrika pula mengalami aliran tidak konsisten. Antara tahun 2010 hingga tahun 2012, bilangan pelancong dari Amerika Syarikat meningkat sebanyak 197 000 orang daripada 275 000 orang kepada 472 000 orang, tetapi menjelang tahun 2013, angka tersebut merosot sebanyak 127 000 orang menjadi 345 000 orang sahaja berbanding tahun 2012. Aliran bercampur-campur, terutamanya kejatuhan ketara menjelang tahun 2013 berlaku akibat krisis ekonomi dan kewangan Amerika Syarikat serta amaran aktiviti keganasan di rantau Asia Tenggara. Menyentuh corak kehadiran pelancong, tidak dinafikan bahawa pelancong yang berasal dari luar ASEAN amat kecil bilangannya. Keadaan ini berlaku kerana faktor geografi dan kekurangan usaha promosi di negara berkenaan. Faktor jarak menyebabkan kos penerbangan tinggi serta jangka masa yang lama menyebabkan para pelancong asing kurang memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama. Keadaan cuaca dan iklim juga turut mempengaruhi pola kehadiran pelancong dari luar ASEAN. Selain itu, kekurangan pusat atau kawasan peranginan bertaraf dunia di Malaysia serta persaingan dari negara jiran, terutamanya Thailand dan Singapura juga menjadi faktor penting. 1.6 Contoh Soalan dan Jawapan Lengkap N&L STPM P.Am S3(B1).indd 7 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 9 Contoh 2 GAMBAR RAJAH Berdasarkan maklumat dalam gambar rajah di bawah, huraikan faktor-faktor berlakunya pencemaran di kawasan perairan negara serta implikasinya terhadap alam sekitar. Lombong Bandar Pelabuhan Loji nuklear Efluen industri Pertumpahan minyak Kampung nelayan CO2 CO2 Rawatan kumbahan Kehidupan marin musnah Sisa racun pertanian (Disesuaikan daripada Dewan Kosmik) CONTOH JAWAPAN Gambar rajah menunjukkan keadaan pencemaran perairan negara serta implikasinya terhadap persekitaran. Pencemaran perairan yang tidak terkawal akan memberikan impak besar kepada keseimbangan ekosistem. Thailand dan Singapura lebih terkenal dalam kalangan pelancong Amerika Syarikat, Eropah dan Asia kerana memiliki pantai yang unik lagi bersih dan kaya dengan pusat beli-belah serta kawasan peranginan yang lebih hebat berbanding dengan Malaysia. Malah, hubungan perdagangan dan diplomatik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Eropah juga secara relatifnya kurang mesra berbanding dengan Singapura dan Thailand menyebabkan Malaysia kurang terkenal di rantau berkenaan. Industri pelancongan sememangnya berpotensi besar dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Malah, kejayaan Tahun Melawat Malaysia yang pertama pada tahun 1990 membuktikan bahawa sektor pelancongan berkeupayaan menjana pertumbuhan ekonomi di negara kita. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 8 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 9 Kepesatan aktiviti ekonomi sesebuah negara telah memberikan tamparan hebat terhadap alam sekitar termasuk kawasan perairan negara. Antara punca utama pencemaran perairan Malaysia ialah tumpahan serta pendamparan sisi minyak dan gris. Aktiviti perkapalan antarabangsa dan gali cari minyak sering mengakibatkan pertumpahan minyak. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila berlaku kejadian bot/kapal karam atau kebocoran pelantar minyak. Insiden kebocoran pelantar minyak di Teluk Mexico telah membuktikan betapa bahayanya kemalangan seumpama ini terhadap kualiti air laut. Perbuatan khianat segelintir pemilik kapal yang sengaja mendampar sisa gris atau sludge dari kapal tangki memburukkan lagi pencemaran perairan. Kehadiran sisa minyak dan gris yang bertoksik mencemar dan merosakkan kandungan air di lautan kita. Selain itu, kegiatan perindustrian, terutamanya perkilangan di sepanjang sungai utama dan kawasan pantai juga merupakan punca pencemaran perairan di negara kita. Tindakan pihak pengusaha kilang mengalir dan mendamparkan sisa-sisa kilang sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal telah mencemarkan perairan negara. Malah, bahan efluen dari kilang-kilang juga mengandungi toksik dan bakteria berbahaya. Peningkatan bahan buangan sisa perkilangan turut meningkatkan kehadiran bakteria E-coli, selain menyebabkan nilai pH air menjadi berasid. Keadaan ini amat ketara di sekitar Pelabuhan Klang, Pasir Gudang dan Seberang Prai. Selain sisa perkilangan, sisa pertanian dan sampah sarap domestik serta pusat perniagaan juga turut mengakibatkan pencemaran perairan di negara kita. Pencemaran perairan yang kian berleluasa meninggalkan implikasi serius bukan sahaja kepada perairan, malah kepada manusia dan kehidupan yang lain. Kehadiran sisa minyak dan gris menutup permukaan air laut, akibatnya sinaran matahari tidak dapat menembusi permukaan laut dan keadaan ini menyebabkan kadar oksigen berkurangan. Lantas, pertumbuhan dan pembiakan plankton dan hidupan akuatik terjejas. Ancaman terhadap kesuburan plankton akan membantutkan rantaian makanan dalam perairan sehingga menjejaskan habitat dan populasi hidupan laut. Kepupusan hidupan akuatik turut memberikan kesan buruk kepada manusia yang sebahagian besar bergantung kepada sumber protein yang diperoleh daripada hidupan akuatik. Malah, pencemaran perairan turut menyebabkan manusia berhadapan risiko alahan dan penyakit kerana makan hidupan laut yang tercemar. Pencemaran perairan turut mengancam kepelbagaian biologi marin. Kehadiran pelbagai sisa, sampah bertoksik dan berasid dapat membunuh hidupan marin. Sisa pertanian seperti racun serangga perosak yang mengandungi dikloro-difenil-triklovoetana atau DDT amat berbahaya kepada hidupan marin. Pembiakan hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam serta organisma marin yang lain terjejas dan musnah. Kehadiran sisa minyak dan gris pula menyebabkan kehidupan marin terperangkap di permukaan atau kawasan pantai lalu mati. Keadaan ini juga mengancam pembiakan dan tumbesaran biologi marin yang unik seperti penyu, dugong dan singa laut. Kemusnahan dan kepupusan hidupan marin bukan sahaja menjejaskan ekosistem laut, malah turut memberikan tamparan hebat kepada ekosistem dunia. Kesimpulannya, pencemaran perairan merupakan fenomena yang serius dan memerlukan perhatian masyarakat global. Kegagalan masyarakat sejagat mengawal pencemaran perairan dapat mencetuskan implikasi ekonomi dan politik. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 9 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 11 Contoh 3 CARTA ALIR Berdasarkan maklumat dalam rajah di bawah, jelaskan kepentingan pendidikan dan latihan formal dalam menentukan fenomena kejadian kemiskinan dalam kalangan masyarakat. PENDIDIKAN DAN FENOMENA KEMISKINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT Taraf pendidikan dan latihan formal rendah KEMISKINAN Saiz keluarga besar dan sesak Pengangguran tinggi Pekerjaan Saiz keluarga seimbang dan selesa Aktiviti ekonomi tidak cekap Produktiviti rendah Produktiviti/ pulangan tinggi Kepekaan/ kesedaran/idea/ kaedah bernas Aktiviti ekonomi cekap/moden Pendapatan tinggi Taraf pendidikan dan latihan formal tinggi CONTOH JAWAPAN Rajah menunjukkan perkaitan antara faktor pendidikan dengan masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat kita. Secara universal, pendidikan menjadi faktor kemajuan dan pemodenan sesuatu bangsa dan negara. Apabila tidak ada pendidikan dan latihan formal dalam sesuatu masyarakat, taraf kepekaan dan kesedaran masyarakat menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan jahil tentang pelbagai perkara, terutamanya tentang pengurusan keluarga. Golongan ini lazimnya tidak risau memikirkan masa depan keluarga kerana terlalu percaya kepada takdir. Akibatnya, saiz keluarga menjadi besar dengan bilangan anak yang ramai. Justeru, pendapatan keluarga tidak mencukupi untuk menyara kehidupan seharian. Ahli keluarga juga menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan lalu kadar pengangguran menjadi tinggi. Keadaan ini memburukkan lagi masalah kewangan keluarga lalu kadar kemiskinan menjadi semakin tinggi. Taraf pendidikan dan latihan formal yang rendah turut menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi tidak produktif. Masyarakat yang tidak berpendidikan ini, rata-rata menyerah nasib kepada takdir lalu mencari nafkah berasaskan persekitaran mereka. Lazimnya, golongan ini terlibat dalam aktiviti ekonomi kecil-kecilan dan bersifat ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’ N&L STPM P.Am S3(B1).indd 10 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 11 sahaja. Malah, golongan ini juga tidak begitu peka akan cara dan kaedah menjalankan aktiviti, umpamanya aktiviti pertanian secara efisien. Sebaliknya, mereka bergantung kepada kaedah bertani secara tradisional. Akibatnya, produktiviti masyarakat ini menjadi rendah dan hasil rezeki menjadi amat kecil lalu menyebabkan kemiskinan yang berterusan. Sebaliknya, apabila masyarakat ini memperoleh pendidikan dan latihan formal melalui program membasmi kemiskinan oleh pihak kerajaan, nasib kehidupan mereka mengalami perubahan yang amat ketara. Pendidikan memberikan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat. Mereka menjadi lebih arif dan lahir kesedaran untuk mengubah nasib hidup mereka. Malah, mereka kini lebih mahir dalam soal pengurusan keluarga sama ada dari segi membuat perancangan keluarga mahupun tentang cara-cara mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi insan yang cemerlang. Justeru, anak-anak mereka menjadi tenaga kerja yang berpeluang mendapat pekerjaan berpendapatan tinggi. Saiz keluarga yang lebih kecil dengan pendapatan isi rumah yang lebih tinggi membolehkan masyarakat ini berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan. Peningkatan taraf pendidikan dan latihan formal berkaitan dengan aktiviti ekonomi membolehkan golongan ini melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Kesedaran tentang idea dan kaedah menjalankan aktiviti secara lebih efektif membantu mereka memperoleh hasil yang lebih tinggi. Malah, mereka kini turut memiliki ilmu menggunakan alat-alat dan teknologi moden dalam kegiatan ekonomi seharian. Umpamanya, tahap pendidikan tinggi membantu mereka menerapkan kaedah pertanian berasaskan bioteknologi serta melibatkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Lantas, mereka bukan sahaja memperoleh produktiviti yang tinggi, malah mampu mencari rezeki tambahan dan sampingan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Situasi ini dapat mengurangkan masalah kemiskinan dalam masyarakat tersebut. Kesimpulannya, terbukti bahawa faktor pendidikan berupaya mengubah nasib masyarakat miskin dalam negara kita di samping menjana taraf hidup yang lebih tinggi. Pendidikan menjadikan masyarakat lebih maju, makmur dan berdaya saing. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 11 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 13 Contoh 4 GRAF Berdasarkan maklumat dalam graf di bawah, banding dan huraikan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih di rantau Asia bagi tahun 2012 dan tahun 2013, dan jelaskan usaha-usaha kerajaan bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak FDI ke Malaysia. 6.0 0 2012 2013 Tahun Jepun Skala: 1 cm = AS$ 3 bilion Petunjuk: 12.0 18.0 24.0 30.0 36.0 42.0 Jumlah pelaburan (AS$ bilion) [2012 – Jumlah FDI dunia AS$ 1770.9 bilion] 24.4 40.4 16.9 7.3 8.5 9.3 8.0 11.9 34.6 16.8 1.4 5.9 4.9 4.5 [2013 – Jumlah FDI dunia AS$ 1114.2 bilion] ASIA: KEMASUKAN PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) BAGI TAHUN 2012 DAN TAHUN 2013 India Singapura Malaysia Thailand Indonesia Vietnam (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2014) CONTOH JAWAPAN Graf menunjukkan perangkaan tentang kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih di rantau Asia bagi tahun 2012 dan tahun 2013. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 12 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 13 Jumlah kemasukan FDI dunia mahupun peringkat negara terpilih lebih tinggi pada tahun 2012 berbanding dengan tahun 2013. Pada tahun 2012, jumlah kemasukan FDI dunia ialah sebanyak AS$1 770.9 bilion. Berbanding dengan tahun 2013, amaun ini merupakan lebihan sebanyak AS$656.7 bilion. Perangkaan ini menunjukkan kecenderungan melabur dalam kalangan para pelabur dari seluruh dunia telah merosot menjelang tahun 2013. Kemerosotan nilai kemasukan FDI turut dilihat hampir di semua negara dunia, terutamanya negara-negara di rantau Asia. Sementara itu, perbandingan kemasukan FDI antara negara terpilih, pada kedua-dua tahun tersebut, negara India menerima jumlah FDI terbanyak, manakala Malaysia menjadi negara yang menerima kemasukan FDI yang paling sedikit. Pada tahun 2013, India menerima sebanyak AS$34.6 bilion atau 3.1% daripada jumlah FDI dunia yang berjumlah AS$1 114.2 bilion. Pada masa yang sama, Malaysia hanya menerima AS$1.4 bilion atau 0.12% dan kurang AS$33.2 bilion berbanding dengan India. Keadaan kemasukan FDI ke negara kita menjadi lebih buruk kerana peratusan FDI juga berkurangan daripada 0.4% kepada 0.12% antara tahun 2012 hingga tahun 2013. Justeru, Malaysia perlu memikirkan cara dan kaedah yang wajar bagi menggalakkan kemasukan nilai FDI yang lebih besar ke negara kita. Antara usaha yang wajar dilaksanakan ialah meliberalisasikan dasar pelaburan di Malaysia. Pada masa yang lalu, pelabur asing kurang berminat melabur di Malaysia kerana pelbagai kekangan berikutan dasar-dasar ekonomi dan peraturan pelaburan yang tidak memihak kepada pelabur asing. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu menilai semula peraturan dan prasyarat serta mengurangkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi dan pasaran negara. Dasar campur tangan kerajaan dalam menentukan pengagihan permit, lesen dan agihan modal saham dalam sektor syarikat perlu dikurangkan atau dimansuhkan sama sekali. Perubahan-perubahan ini pasti akan meningkatkan daya tarikan pelabur asing ke negara kita. Di samping itu, kerajaan Malaysia perlu juga meningkatkan kestabilan politik serta keharmonian masyarakat pada masa kini. Akhir-akhir ini, perkembangan politik negara kita sedikit sebanyak telah menjejaskan imej negara kita di persada dunia. Malah, pertelingkahan dan amalan memburukburukkan pemimpin telah meningkatkan kebimbangan dalam kalangan pelabur asing. Justeru, pihak pemerintah perlu mencari jalan bagi menyelesaikan pertelingkahan politik dan mengembalikan kestabilan kerajaan. Kerajaan juga perlu menarik semula keyakinan dan kerjasama sepenuhnya daripada rakyat Malaysia agar keadaan negara kita kembali tenteram dan mampu meningkatkan keyakinan pelabur asing. Keperluan pelaburan terutamanya FDI dalam pembangunan sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia tidak dapat dinafikan. Sekiranya para pelabur terus menjauhkan diri daripada negara kita, sudah tentu usaha dan hasrat kita untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 akan terbantut. N&L STPM P.Am S3(B1).indd 13 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 PB 1 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan kes penyakit AIDS mengikut punca dan benua yang terlibat pada tahun 2013. Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah penyakit AIDS dalam kalangan masyarakat. DUNIA: BILANGAN KES PENYAKIT AIDS MENGIKUT PUNCA DAN BENUA YANG TERLIBAT PADA TAHUN 2013 Punca Bilangan (kes) Peratusan (%) Hubungan seks rambang 3 350 415 71.0 Perkongsian jarum suntikan 613 456 13.0 Pemindahan darah 424 700 9.0 Faktor genetik 330 323 7.0 Jumlah 4 718 894 100.0 Benua Bilangan (kes) Peratusan (%) Amerika Syarikat 1 681 660 35.6 Afrika 1 422 120 30.1 Eropah 631 151 13.4 Amerika Utara (kecuali Amerika Syarikat) 536 775 11.4 Asia 447 188 9.5 Jumlah 4 718 894 100.0 (Disesuaikan daripada Asiaweek, Mac) Soalan Alih Bentuk Komunikasi Jawab semua soalan. Latihan Pengukuhan N&L STPM P.Am S3(B1).indd 14 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 15 2 Berdasarkan maklumat dalam carta alir di bawah, huraikan bagaimana matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dapat dicapai dalam bidang tenaga seperti yang digambarkan dalam carta berkenaan. Objektif: • Mengurangkan kadar penggunaan tenaga/meningkatkan pembangunan negara • Membantu pertumbuhan industri hijau • Meningkatkan keupayaan inovasi • Pembangunan mapan/pemuliharaan alam • Pelepasan gas karbon dioksida (CO2 ) berkurangan • Pembangunan mapan • Dasar jimat tenaga • Pembangunan mesra • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Firma/organisasi/ korporat Ketidakbergantungan tenaga • Mencari sumber tenaga alternatif • Terokai sumber yang boleh diperbaharui • Sumber daripada bahan kitar semula • Penggunaan bahan api fosil dikurangkan • Sumber bumi dipelihara Isi rumah Pengurusan tenaga • Berhemah dan mengelakkan pembaziran • Alat efisien tenaga • Amalan hijau Alam sekitar Sosial Ekonomi Dasar Teknologi Hijau Negara Tenaga N&L STPM P.Am S3(B1).indd 15 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 3 Berdasarkan maklumat dalam gambar rajah di bawah, huraikan peranan hutan di kawasan tadahan dalam kitaran air semula jadi serta implikasi pemusnahan hutan di kawasan berkenaan. (Disesuaikan daripada Dewan Kosmik) Akar pokok menyimpan air Hujan Pemeluwapan Kualiti air terjejas Lautan Aliran sungai Transpirasi Sejatan Air larian permukaan Penyusupan Muka air tanah Larian air tanah Risiko banjir PERANAN HUTAN DI KAWASAN TADAHAN Sumber air bawah tanah berkurangan N&L STPM P.Am S3(B1).indd 16 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 4 Berdasarkan maklumat dalam graf di bawah, bandingkan peratusan penggunaan Internet mengikut kumpulan umur di negara-negara terpilih pada tahun 2013. Jelaskan kepentingan penggunaan Internet kepada golongan remaja. 15–24 tahun 25–34 tahun 35–44 tahun (Disesuaikan daripada Franz’s Wehlog, Score, 2014) DUNIA: PERATUSAN PENGGUNAAN INTERNET MENGIKUT KUMPULAN UMUR DI NEGARA-NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2013 Negara 20 40 60 80 100 China India Malaysia Jepun Korea Selatan Australia Taiwan Hong Kong Singapura New Zealand Peratusan penggunaan Internet (%) 45–54 tahun 55 tahun ke atas 0 Skala: 1 cm = 10% Petunjuk N&L STPM P.Am S3(B1).indd 17 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 PB 5 Berdasarkan maklumat dalam carta di bawah, bandingkan pola kehadiran pelancong asing mengikut negara asal pada tahun 2012 dan tahun 2013. Pada pandangan anda, bagaimanakah industri pelancongan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi di negara kita? Jumlah: 16 430 000 orang MALAYSIA: POLA KEHADIRAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL PADA TAHUN 2012 DAN TAHUN 2013 Tahun 2012 90.1% 90.3% 1.5% 2.5% 4.9% 0.4% 0.4% 1.7% 2.1% 3.8% 0.8% 1.6% Jumlah: 23 650 000 orang (Disesuaikan daripada Laporan Petunjuk Ekonomi, EPU, 2014) Tahun 2013 Nisbah jejari = 1 : 1.15 Petunjuk Asia Amerika Syarikat Oceania Eropah Afrika Lain-lain N&L STPM P.Am S3(B1).indd 18 22/06/2023 11:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 19 2.1 Pengenalan 1 Penulis buku International Politics: A Framework for Analysis, Chamil Wariya (1989) menyatakan dasar luar negara merupakan satu alat atau instrumen yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara lain sama ada dekat atau jauh. 2 Melalui pelaksanaan dasar luar, sesebuah negara membenarkan negaranya atau negara lain untuk mengadakan perhubungan secara dua hala. 3 Malaysia sangat aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Negaranegara Komanwel dan sebagainya. 2.2 Matlamat Dasar Luar Negara 1 Chamil Wariya juga menyatakan bahawa terdapat tiga jangka masa dalam pengamalan dasar luar, iaitu: (a) Jangka masa pendek – menjaga nilai asas nasional sesebuah negara (b) Jangka masa pertengahan – bagi tujuan ekonomi, memelihara kebajikan dan sosial di peringkat antarabangsa (c) Jangka masa panjang – supaya ideologi yang diamalkan dalam negara diterima secara menyeluruh oleh seluruh dunia Rajah 2.1 Matlamat dasar luar negara Menjamin keselamatan nasional sesebuah negara Penerimaan ideologi secara menyeluruh Menjaga nilai asas nasional sesebuah negara Memelihara kebajikan dan sosial Mewujudkan dunia yang lebih sejahtera Kebebasan politik Kepentingan ekonomi Mengekalkan keutuhan wilayah Matlamat Dasar Luar Negara NOTA Ekspres i-THINK Peta Buih BAB 2 Hubungan Diplomatik N&L STPM P.Am S3(B2).indd 19 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 21 2 Prinsip dasar luar Malaysia ialah menyelesaikan sebarang masalah menerusi rundingan. Malaysia juga mengamalkan perkara-perkara seperti berikut: (a) Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalin hubungan diplomatik dengan mana-mana negara. (b) Memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan dan menolak sekeras-kerasnya perdebatan dan paksaan. (c) Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. (d) Menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan. 2.3 Faktor Penentu Dasar Luar Faktor penentu dasar luar adalah seperti berikut: i-THINK Peta Dakap Faktor Penentu Dasar Luar Faktor dalaman Faktor luaran Faktor kepimpinan Faktor sejarah dan budaya Negara mengadakan hubungan luar untuk tujuan geostrategik dan mengamalkan dasar berkecuali. Negara mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain berdasarkan piagam PBB. Pemimpin yang mempunyai pemikiran terbuka dan mahu mengadakan hubungan luar bagi pembangunan negara dari segi ekonomi, teknologi dan sosial. Negara mengadakan hubungan luar dengan pedagang dari luar seperti India, China, Arab dan beberapa dengan lain di Asia sehingga negara ini dijajah. Rajah 2.2 Faktor penentu dasar luar Faktor Dalaman Jadual 2.1 Faktor dalaman Faktor Huraian Sejarah • Malaysia telah mengalami pengalaman pahit apabila dijajah pada suatu masa dahulu. • Pengalaman tersebut telah membantu negara untuk merangka pelbagai jenis perhubungan dengan negara luar. • Malaysia mengamalkan sikap antikomunis. • Pada mulanya, Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan negara komunis seperti Rusia dan China. Pada tahun 1970-an, negara kita menjalin hubungan dengan negaranegara tersebut. • Malaysia juga turut menjalin hubungan dengan Britain untuk mendapatkan nasihat tentang pentadbiran pada peringkat awal kemerdekaan negara. N&L STPM P.Am S3(B2).indd 20 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 21 Faktor Huraian Geopolitik dan geostrategik • Kedudukan geografi telah menentukan dasar luar negara. • Kedudukan yang sesuai dan strategik di negara kita telah menarik kuasa asing untuk berdagang dan menjalin hubungan persahabatan. • Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik seperti Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. • Negara kita juga merupakan sebuah pulau yang terlindung dari tiupan angin monsun Barat Daya dan angin monsun Timur Laut. • Malaysia dilihat sebagai kawasan yang sangat sesuai sebagai tempat persinggahan pedagang dan peniaga yang merantau. Ekonomi • Meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Amerika Syarikat, Britain dan negaranegara Eropah. • Negara kita kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan getah. • Selepas tahun 1990-an, minyak telah menjadi bahan mentah penting dalam pembangunan negara. • Menggalakkan pelabur untuk melabur dalam negara. • Mengadakan perdagangan bebas dan pasaran negara. Kepimpinan • Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan konsep kerajaan demokrasi berparlimen. • Dasar negara mengadakan hubungan luar negara adalah untuk meningkatkan kemajuan negara. • Pemimpin berwawasan untuk mengeratkan persahabatan dengan negara luar bermula dari era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Penduduk dan saiz negara • Penduduk pelbagai kaum di Malaysia telah menggalakkan hubungan luar negara dengan mudah. • Hubungan dengan negara China, India dan Indonesia dapat dijalin bagi mendapatkan lebih banyak tenaga kerja. • Negara kita juga mengadakan hubungan dengan kebanyakan negara Islam kerana majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam. • Saiz negara yang kecil akan mengurangkan keupayaan pertahanan negara. Oleh itu, hubungan baik antara negara di peringkat antarabangsa dapat membantu negara kita. Dasar berkecuali • Malaysia mengadakan hubungan dengan kebanyakan negara luar, tetapi Malaysia tidak memihak mana-mana blok (Amerika Syarikat atau Rusia). • Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dengan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain. • Malaysia juga mengadakan hubungan persahabatan dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Bekas jajahan British • Malaysia telah menganggotai Negara-negara Komanwel bagi meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara yang pernah dijajah oleh British. • Malaysia juga mengadakan dan mengekalkan hubungan dengan negara bekas jajahan Britain dari aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Faktor Luaran Jadual 2.2 Faktor luaran Faktor Huraian Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu • Malaysia menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana PBB merupakan badan yang dapat membantu dan memberikan perlindungan kepada negara miskin dan memerlukan. • PBB bertindak menjaga keamanan dunia, melindungi hak manusia dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa. • Melalui PBB, Malaysia dapat menyuarakan pendapat, membuat bantahan dan memberikan bantuan secara kolektif terhadap keadilan dan keamanan negara dunia. N&L STPM P.Am S3(B2).indd 21 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 23 Faktor Huraian Negara Islam • Malaysia melibatkan diri dalam hubungan diplomatik sesama negara Islam dan membincangkan isu berkaitan dengan agama Islam. • Malaysia merancang pembangunan umat Islam secara global. • Malaysia juga menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8). i-THINK Peta Bulatan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Hubungan Malaysia dengan Negara-negara Luar melalui Pertubuhan Antarabangsa Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) Internet Surat khabar Guru Televisyen Negara-negara Komanwel Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) Kumpulan 15 (G-15) Kerjasama Selatan-Selatan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) Rajah 2.3 Hubungan Malaysia dengan negara-negara luar melalui pertubuhan antarabangsa Faktor Kepimpinan 1 Terdapat beberapa era kepimpinan yang menjalin hubungan antara Malaysia dengan negara luar. 2 Era kepimpinan yang dimaksudkan ialah: (a) Era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (b) Era kepimpinan Tun Abdul Razak bin Hussein (c) Era kepimpinan Tun Hussein Onn (d) Era kepimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (e) Era kepimpinan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (f) Era kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Faktor Sejarah dan Budaya 1 Bekas tanah jajahan British Malaysia menganggotai Komanwel dan menyokong setiap usaha dan meneruskan hubungan dengan Britain. N&L STPM P.Am S3(B2).indd 22 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 23 2 Perpaduan Islam Malaysia menjalin hubungan dengan negara-negara Islam melalui penyertaannya dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan projek-projek yang dijalankan di bawah Bank Pembangunan Islam. 2.4 Perkembangan Dasar Luar Jadual 2.3 Perkembangan dasar luar menerusi era kepimpinan Era kepimpinan Huraian Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (31 Ogos 1957 – 22 September 1970) Corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berbentuk pro-Barat dan antikomunis. Politik • Pada tahun 1960-an, negara kita mengalami ancaman komunis. • Pada ketika itu, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat pada awal kemerdekaan dan menentang komunis. • Tanah Melayu mendapatkan bantuan Britain dari segi ketenteraan dengan mengadakan Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA). • Pada tahun 1963, negara Malaysia terbentuk. • Malaysia cuba mengatasi masalah konfrontasi dengan Indonesia dan masalah tuntutan Filipina ke atas Sabah. • Selepas penubuhan Malaysia, Singapura yang sebelum ini menganggotai Malaysia telah dipisahkan daripada Malaysia pada tahun 1965. • Malaysia memberikan sokongan kepada Amerika Syarikat untuk menyerang komunis yang cuba meluaskan kuasa di Vietnam Selatan. • Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan Republik Rakyat China yang mahu membentuk kerajaan komunis. • Malaysia terlibat dalam penubuhan ASA (1961), Deklarasi Bangkok dan penubuhan ASEAN (1967). • Malaysia telah mengadakan perjanjian dengan Thailand tentang sempadan negara. Sosial • Malaysia dapat mengurangkan détente dan meningkatkan sosial negara melalui hubungan luar negara. • Malaysia mengamalkan dasar berkecuali atas nasihat Tun Dr. Ismail. • Pada 13 Mei 1969, Malaysia menghadapi masalah perkauman yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Ekonomi • Malaysia mengadakan perdagangan bebas dengan negara-negara luar seperti Jerman, Britain dan Amerika Syarikat. • Malaysia juga melibatkan diri dalam perdagangan Afro-Asia. Tun Abdul Razak bin Hussein (22 September 1970 – 14 Januari 1976) • Malaysia telah mengisytiharkan dasar berkecuali, iaitu mengadakan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi selepas menghadiri Persidangan Negara Berkecuali di Lusaka, Zambia. • Tun Abdul Razak menentang ideologi komunis di dalam negara. Namun begitu, Malaysia telah mengadakan hubungan dengan negara komunis seperti Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur (sebelum Jerman Timur dan Barat bercantum menjadi sebuah negara). • Beliau telah mencadangkan bahawa China tidak harus diambil sebagai negara anggota dalam PBB pada tahun 1971. • Walau bagaimanapun, pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah melawat negara China untuk mengukuhkan hubungan diplomatik. • Tun Abdul Razak juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara Timur Tengah, Amerika Latin dan Asia Pasifik. • Beliau turut berusaha menjadikan ASEAN sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. N&L STPM P.Am S3(B2).indd 23 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 Era kepimpinan Huraian Tun Hussein Onn (15 Januari 1976 – 16 Julai 1981) • Tun Hussein Onn telah mengadakan hubungan antarabangsa dengan negara-negara Islam. • Beliau juga mewujudkan hubungan erat dengan negara China. • Tun Hussein Onn telah menghadiri persidangan ASEAN di Bali pada tahun 1976 dan di Kuala Lumpur pada tahun 1977. • Tun Hussein Onn mengeratkan perhubungan dengan negara-negara ASEAN selepas kejatuhan Saigon (kini dikenali sebagai Ho Chi Minh) pada tahun 1975. • Beliau juga menggalakkan pengunduran pengkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara. • Beliau turut menentang serangan Vietnam ke atas Kemboja. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (16 Julai 1981 – 30 Oktober 2003 & 10 Mei 2018 – 24 Februari 2020) Tun Dr. Mahathir memberikan keutamaan kepada hubungan luar secara berperingkat-peringkat dengan negara: • ASEAN dan menganggotai Five Power Defence Arrangements (FPDA) bersama-sama Singapura, Britain, Australia dan New Zealand. • Negara-negara Islam • Negara-negara Berkecuali • Negara-negara Komanwel • Hubungan berorientasikan ekonomi seperti Dasar Pandang ke Timur. Antara evolusi dasar Tun Dr. Mahathir ialah: • Dasar Pandang ke Timur bagi mengurangkan pergantungan kepada negara Barat dan mencontohi Korea dan Jepun serta meningkatkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). • Isu Antartika (warisan sejagat) yang menginginkan kesamarataan hak setiap negara. • Berusaha menyatukan negara-negara Islam melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). • Meningkatkan Pelaburan Imbas Kembali. • Penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC). • Mengetuai Kumpulan 15 (G-15). • Menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak Kerjasama Ekonomi AsiaPasifik (APEC). • Isu alam sekitar. • Mempertahankan hak negara-negara sedang membangun. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (31 Oktober 2003 – 3 April 2009) • Tun Abdullah meneruskan hubungan antarabangsa dengan negaranegara Islam. • Beliau menentang penindasan yang dilakukan ke atas kaum Palestin. • Tun Abdullah juga meningkatkan hubungan negara kita dengan Singapura. • Tun Abdullah mengeratkan hubungan dengan negara China dan India dari segi perdagangan dan teknologi. • Beliau turut memperjuangkan keadilan penindasan agama melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). N&L STPM P.Am S3(B2).indd 24 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 Era kepimpinan Huraian YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak (3 April 2009 – 9 Mei 2018) YAB Dato’ Sri Mohd. Najib menekankan pelaksanaan dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik. Antara evolusi dasar YAB Dato’ Sri Mohd. Najib ialah: • Mengutamakan konsep 1 Malaysia. • Mengadakan diplomasi dua hala bersama-sama rakan perdagangan dalam bidang ekonomi seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya. • Menekankan kerjasama serantau terutamanya dalam ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. • Mewujudkan perhubungan berterusan dengan Singapura. • Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam. • Memastikan ekonomi negara kekal mantap. • Meningkatkan hubungan persahabatan antara negara-negara ASEAN dan negara Eropah melalui Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) dan Amerika Syarikat melalui Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). • Memperjuangkan keadilan penindasan agama melalui OIC terhadap rakyat Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Syria. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin (1 Mac 2020 – 20 Ogos 2021) • Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada 29 Februari 2020. • Beliau merupakan Perdana Menteri pertama yang mempunyai kedua-dua Parlimen dan DUN pada masa yang sama. • Pernah menjawat jawatan sebagai: – Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor – Menteri Besar Johor Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob (21 Ogos 2021 hingga 23 November 2022) • Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan. • Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. • Beliau telah memperkenalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan prinsip Rukun Negara. • Konsep ‘Keluarga Malaysia’ mempunyai tiga teras utama, iaitu: – Keterangkuman (inclusivity) – Kebersamaan (common ground) – Kesyukuran (contentment) Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (24 November 2022 hingga kini) • Memperkenalkan menu Rahmah. Inisiatif ini diusahakan agar masyarakat dalam kumpulan B40 boleh mendapatkan makanan pada harga RM5.00. • Memperkenalkan slogan terbaharu kepimpinannya, iaitu Malaysia Madani. • Ini merupakan langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama: – M (Kemampanan) – D (Daya Cipta) – N (Keyakinan) – A (Kesejahteraan) – A (Hormat) – I (Ihsan) • Memberikan perhatian khusus kepada Sabah dan Sarawak dengan mengumumkan geran tahunan khas sebanyak RM300 juta untuk Sarawak dan RM260 juta untuk Sabah. • Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau tidak menerima gaji. • Beliau turut mengumumkan pemotongan gaji anggota kabinet sebanyak 20 peratus sehingga keadaan ekonomi pulih. N&L STPM P.Am S3(B2).indd 25 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 PB 2.5 Lima Jangka Masa Dasar Luar Malaysia Dasar luar Malaysia telah melalui lima jangka masa, iaitu: Jangka Masa Pertama (1957 – 1963) 1 Dasar pro-Barat dan antikomunis yang ketara. 2 Menentang dasar aparteid di Afrika Selatan. 3 Menjalankan dasar pergantungan kepada negara Barat. 4 Menggalakkan pelaburan asing secara besar-besaran. 5 Mengamalkan dasar perdagangan asing secara meluas. 6 Mendapat bantuan ketenteraan dan penempatan tentera dari negara Barat. 7 Melibatkan pengeluaran modal kerajaan yang tinggi dalam aktiviti ekonomi negara menggunakan bantuan teknikal dari Barat. Jangka Masa Kedua (1964 – 1969) 1 Berlaku konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia. 2 Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Filipina menjadi renggang kerana tuntutan Filipina ke atas Sabah. 3 Meneruskan dasar antikomunis dan pro-Barat. 4 Melanjutkan kerjasama perdagangan dengan negara Barat dan membuat perjanjian antarabangsa bagi bijih timah. 5 Menamatkan konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia dan memulakan sikap berkecuali. 6 Penubuhan ASEAN dan sikap kerjasama serantau. Jangka Masa Ketiga (1970 – 1979) 1 Berpegang teguh kepada konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). 2 Mengamalkan dasar berkecuali. 3 Menamatkan dasar antikomunis dan menjalin hubungan diplomatik dengan blok komunis seperti Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China dan Jerman Timur. Namun begitu, Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara komunis. 4 Menggalakkan pelaburan asing dalam bidang-bidang terpilih seperti perindustrian dan pengeluaran. 5 Mewujudkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. 6 Mendesak dan meminta susunan baru ekonomi dunia. Jangka Masa Keempat (1980-an) 1 Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur. 2 Mengurangkan pergantungan yang tinggi kepada negara Barat dan cuba berdikari dalam beberapa bidang utama. 3 Meneruskan dasar berkecuali. 4 Meneruskan usaha menentang dasar aparteid. 5 Berjuang untuk mewujudkan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). 6 Mencari penyelesaian bagi masalah di Kemboja. Jangka Masa Kelima (1990 – 2000-an) 1 Memainkan peranan yang aktif dalam Kumpulan 15 (G-15). 2 Menyesuaikan dasar luar Malaysia dengan trend globalisasi dunia dan deregulated world. 3 Menyambut baik dasar penggunaan Euro Dollar. 4 Melanjutkan dasar-dasar berikut: (a) Dasar Pandang ke Timur (b) Penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) (c) Komitmen ASEAN N&L STPM P.Am S3(B2).indd 26 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 27 Rajah 2.4 Kepentingan hubungan dua hala 1 • Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik seperti Lautan Hindi dan Lautan Pasifik • Malaysia merupakan sebuah pulau yang terlindung dari tiupan angin monsun Barat Daya atau angin monsun Timur Laut Pernyataan di atas merujuk faktor dalaman A sejarah B kepimpinan C penduduk dan saiz negara D geopolitik dan geostrategik 2 Yang manakah faktor sejarah dalam menentukan dasar luar negara kita? I Malaysia mengamalkan sikap antikomunis II Malaysia mengalami pengalaman pahit apabila dijajah III Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen IV Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan tidak campur tangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Bahagian A Soalan Aneka Pilihan Jawab semua soalan. i-THINK Peta Buih Menentukan strategi dan menyelesaikan masalah tuntutan bertindih Memajukan ekonomi negara Kepentingan Hubungan Dua Hala Mengeratkan hubungan antara negara antarabangsa Mengekalkan kedaulatan dan menjamin keselamatan negara Mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa Menggalakkan perkongsian teknologi Latihan Pengukuhan (d) Menyokong Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (e) Kerjasama dua hala (f) Kerjasama pelbagai hala (g) Kerjasama Selatan-Selatan 5 Menuntut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membawa perubahan dalam dasar kewangan. 6 Menuntut spekulator-spekulator mata wang antarabangsa supaya menghentikan penyalahgunaan sistem kewangan antarabangsa. 7 Malaysia memberikan perhatian kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang secara tradisinya memperjuangkan order dunia yang adil dan saksama. Penyusunan semula Majlis Keselamatan PBB adalah sangat diharapkan. STPM KLON N&L STPM P.Am S3(B2).indd 27 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 PB 3 • Menggalakkan pelabur untuk melabur dalam negara • Mengadakan perdagangan bebas dan pasaran negara Pernyataan di atas merujuk faktor penentu dasar luar dari segi A faktor luaran B faktor dalaman C faktor kepimpinan D faktor sejarah dan budaya 4 Yang manakah yang benar tentang faktor penduduk dan saiz negara dalam menentukan dasar luar di Malaysia? I Memastikan negara mendapat keuntungan ekonomi II Mengadakan hubungan persahabatan dengan semua negara III Menjalin hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara Islam IV Negara yang bersaiz kecil akan mengurangkan keupayaan pertahanan negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 • Merancang pembangunan umat Islam secara global • Malaysia menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) Pernyataan di atas merujuk faktor luaran berkaitan dengan A negara Islam B dasar berkecuali C negara bekas jajahan British D piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 6 Terdapat beberapa era kepimpinan yang menjalin hubungan dengan negara luar Berapakah bilangan pemimpin yang berjaya melaksanakan dasar luar negara Malaysia? A Tiga C Lima B Empat D Enam 7 • Malaysia telah terlibat dalam penubuhan ASA (1961) • Deklarasi Bangkok dan penubuhan ASEAN (1967) Pernyataan di atas dilaksanakan semasa era kepimpinan A Tun Hussein Onn B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad C Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj D Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 8 Dasar Pandang ke Timur untuk mencontohi negara Korea dan Jepun bagi meningkatkan mutu kerja Pernyataan di atas merujuk dasar luar negara yang dilaksanakan semasa era kepimpinan A Tun Hussein Onn B Tun Abdul Razak bin Hussein C Tun Dr. Mahathir bin Mohamad D YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak 9 Yang manakah evolusi dasar yang dilaksanakan semasa era kepimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad? A Memperjuangkan isu Antartika B Mengamalkan dasar negara berkecuali C Menggalakkan pengunduran pangkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara D Mewujudkan Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dengan China 10 Yang manakah tidak benar tentang era kepimpinan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi? I Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Timur Tengah II Menentang penindasan yang dilakukan ke atas kaum Palestin III Berusaha meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan Singapura IV Pemimpin pertama yang menjalin hubungan dengan negara-negara Islam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV STPM KLON N&L STPM P.Am S3(B2).indd 28 22/06/2023 11:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 129 BAB 1 Latihan Pengukuhan Soalan Alih Bentuk Komunikasi Soalan 1 Pendahuluan • Jadual menunjukkan bilangan kes penyakit AIDS mengikut punca dan benua yang terlibat pada tahun 2013. • Penyakit AIDS semakin menular dan merupakan penyakit yang paling berbahaya pada masa ini. • Sehingga bulan Disember 2013, sejumlah 4 718 894 kes penyakit AIDS telah dikenal pasti di lima benua utama di seluruh dunia. • Benua Amerika Syarikat mencatatkan angka tertinggi, iaitu sebanyak 1 681 660 kes. • Benua yang mencatatkan bilangan kes penyakit AIDS yang kedua tertinggi ialah benua Afrika sebanyak 1 422 120 kes. Isi-isi Penting Idea 1: Benua Afrika dilanda oleh masalah penyakit AIDS yang serius • Amalan hubungan seks rambang yang tidak terkawal dalam kalangan penduduknya. • Daripada 3 350 415 kes AIDS yang dijangkiti melalui amalan hubungan seks rambang, 1 101 351 kes dilaporkan di benua Afrika. • Selain hubungan seks rambang, penyakit AIDS juga berpunca daripada perkongsian jarum suntikan oleh penagih dadah, pemindahan darah dan faktor genetik. Idea 2: Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan yang dicemari virus HIV juga menjadi punca penyakit ini merebak dengan cepat • Bilangan kes penyakit AIDS yang berpunca daripada perkongsian jarum suntikan ialah 613 456 kes. • Kes demikian banyak berlaku di Amerika Syarikat, iaitu 588 581 kes atau 35% daripada jumlah kes AIDS yang dilaporkan di Amerika Syarikat. Idea 3: Pemeriksaan dan penyaringan darah untuk tujuan pemindahan darah yang tidak mematuhi peraturan • Menjadi punca penyakit AIDS merebak dengan mudah, terutamanya di negara mundur dan negara membangun. • Daripada 424 700 kes penyakit AIDS yang berpunca daripada pemindahan darah, hampir separuh dilaporkan berlaku di benua Asia. Idea 4: Ibu-ibu mengandung yang merupakan penghidap penyakit AIDS atau pembawa virus HIV juga akan menyebabkan bayi dalam kandungan mereka dijangkiti • Walaupun bilangan kes penyakit AIDS yang berpunca daripada faktor genetik hanya 7% daripada jumlah kes AIDS yang dilaporkan, namun lebih ramai kanak-kanak dan golongan muda akan menderita akibat penyakit ini sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera. Idea 5: Benua yang mencatatkan bilangan kes penyakit AIDS yang ketiga terbanyak ialah benua Eropah • Sebanyak 631 151 kes. • Angka ini ialah 94 376 kes lebih banyak berbanding dengan bilangan kes yang dilaporkan di benua Amerika Utara (kecuali Amerika Syarikat). • Kebanyakan kes penyakit AIDS yang dilaporkan di benua Amerika Utara berpunca daripada amalan hubungan seks rambang. Penutup Bilangan kes penyakit AIDS selebihnya yang dilaporkan berlaku di benua Asia. Walaupun benua Asia mencatatkan bilangan kes penyakit AIDS yang paling sedikit berbanding dengan benua-benua lain, tetapi fenomena ini cukup membimbangkan kerana ubat bagi penyakit ini masih belum ditemui. Selagi ubat belum ditemui, pakar perubatan seluruh dunia semakin bimbang bahawa penyakit ini lambat-laun akan melenyapkan tamadun manusia. (Kombinasi idea: 4+0) Soalan 2 Pendahuluan Carta alir menunjukkan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) serta pengurusan dan penggunaan tenaga secara cekap bagi mencapai matlamatnya. Isi-isi Penting Idea 1: Langkah mengurangkan pemanasan global • Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pembentukan Dasar Teknologi Hijau Negara Jawapan N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 129 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
130 131 (DTHN) sebagai langkah untuk mengurangkan fenomena pemanasan global yang terhasil daripada pertambahan gas-gas rumah hijau. Idea 2: Objektif teras DTHN ialah mengurangkan kadar penggunaan tenaga dan meningkatkan pembangunan negara • Tanpa menjejaskan pembangunan ekonomi, membantu pertumbuhan industri hijau dan meningkatkan keupayaan negara bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau serta menjamin pembangunan mapan dengan memulihara alam sekitar. • Kerajaan turut mengenal pasti empat tonggak utama bagi merealisasikan matlamat dasar tersebut, iaitu tenaga, sosial, alam sekitar dan ekonomi. • Antara tonggak berkenaan, tenaga dilihat sebagai titik tolak yang asas bagi menjamin alam sekitar yang bersih dan selamat. Idea 3: Pembangunan dan pengurusan tenaga yang cekap dapat mengurangkan ancaman tersebut • Antara usaha yang wajar dilakukan bagi mencapai hasrat ini ialah mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber tenaga konvensional, iaitu bahan fosil. • Lebih 90% daripada tenaga dunia dipercayai dihasilkan daripada bahan fosil, iaitu minyak dan arang batu. • Manusia seharusnya mencari sumber tenaga alternatif yang tidak berasaskan bahan fosil. • Setiap pihak harus mempertingkatkan usaha dalam menerokai sumber tenaga yang dapat diperbaharui seperti solar, angin dan ombak. • Sumber tenaga yang dapat diperbaharui tidak melepaskan bahan pencemar, terutamanya gas karbon dioksida. • Usaha perlu ditingkatkan bagi menjana tenaga daripada bahan atau sisa buangan pertanian dan penternakan yang bukan sahaja lebih mesra alam, malah dapat membantu memulihara pencemaran sisa berkenaan. Idea 4: Program dan amalan pengurusan tenaga secara sistematik dan menyeluruh perlu dilakukan dalam sektor isi rumah dan sektor organisasi • Dalam konteks isi rumah, pengguna perlu bersikap berhemah dan menghindari pembaziran tenaga. • Pengguna perlu menghayati amalan teknologi hijau seperti menggunakan peralatan yang efisien tenaga, iaitu lampu, peti sejuk, alat penyaman udara dan komputer yang cekap tenaga. • Pihak organisasi, iaitu firma, badan komersial dan industri perlu mengamalkan sikap berhemat apabila menggunakan sumber tenaga di samping mengurangkan penggunaan bahan fosil seperti minyak petrol, gas asli dan arang batu. • Pihak firma, organisasi atau unit korporat yang bertanggungjawab perlu melabur dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk mengenal pasti usaha dan kaedah pengeluaran yang efisien tenaga. • Pihak pengusaha bangunan pula perlu mencari idea dan reka bentuk bangunan yang mesra alam dan kurang menggunakan tenaga. Idea 5: Tindakan-tindakan ketidakbergantungan kepada tenaga fosil serta sistem pengurusan tenaga yang efektif dapat mengurangkan permintaan tenaga, terutamanya tenaga asas bahan fosil • Ketidakbergantungan kepada penjanaan kuasa menggunakan bahan fosil seperti minyak petrol dan arang batu pasti dapat mengurangkan permintaan bagi bahan fosil. • Aktiviti melombong atau cari gali bahan fosil akan berkurangan dan ini pasti dapat membantu memelihara sumber dan khazanah alam sekitar. • Pengeluaran dan pelepasan bahan-bahan pencemar, terutamanya gas-gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida, gas karbon monoksida dan plumbum ke atmosfera dapat dikurangkan. • Alam sekitar menjadi lebih bersih dan aktiviti manusia pula menjadi mesra alam. • Objektif dan hasrat DTHN dapat direalisasikan. Penutup • Pelancaran DTHN seharusnya disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan mereka perlu bersungguh-sungguh mengamalkan prinsip dan intipati dasar berkenaan. • Kerjasama pihak swasta dan rakyat menjadi prasyarat kejayaan dasar berkenaan. (Kombinasi idea: 4+0) Soalan 3 Pendahuluan Gambar rajah menunjukkan kitaran air semula jadi di kawasan tadahan. Hutan di kawasan tadahan amat penting dalam proses kitar air semula jadi. Isi-isi Penting A Peranan hutan Idea 1: Hutan berperanan dalam menentukan kadar, arah dan proses edaran hidrologi • Hutan di kawasan tadahan membekalkan lebih 90% daripada air minuman. • Silara pokok hutan yang berlapis-lapis berupaya menyerap lebih 60% air hujan. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 130 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
130 131 • Akar-akar pokok berfungsi sebagai span. • Proses ini turut membantu mengembalikan sebahagian air melalui proses sejat peluhan. • Proses ini juga penting dalam kejadian hujan setempat. Idea 2: Hutan berperanan dalam proses penyusupan air hujan di kawasan tadahan serta menjamin kualiti air permukaan • Hutan tebal di kawasan tadahan meningkatkan kadar penyusupan air lalu mengawal larian air permukaan yang menjadi punca hakisan tanah dan banjir. • Hutan yang mempunyai silara yang bertingkattingkat bertindak sebagai penapis semula jadi. • Keadaan ini membolehkan air bawah tanah sentiasa bersih dan berkualiti serta selamat diminum. • Air dari sumber ini juga dapat digunakan tanpa rawatan yang serius. • Penduduk di pinggir hutan dan orang Asli bergantung kepada sumber air ini bagi meneruskan kehidupan mereka. B Implikasi pemusnahan hutan Idea 3: Menjejaskan kitar air semula jadi dan mengubah pola hujan setempat • Hal ini berlaku apabila pokok yang menyerap serta menyimpan air ditebang sehingga menyebabkan proses sejat peluhan kurang atau tidak berlaku. • Apabila pola dan taburan hujan setempat terjejas, kitar air dan sumber serta bekalan air terbantut. • Hakikat ini amat ketara berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang yang menyebabkan warga kota berdepan dengan krisis air minuman. • Turut memburukkan keadaan semasa musim kemarau dan kekeringan bumi. • Aktiviti pembersihan hutan juga mencemarkan sumber air permukaan dan mata air sehingga sumber air semula jadi memerlukan rawatan yang rapi dan mendalam agar selamat dan selesa digunakan. Idea 4: Meningkatkan risiko banjir • Kekurangan taburan pokok, terutamanya di kawasan tanah tinggi atau bukit menyebabkan kadar penyusupan air berkurangan. • Proses penyerapan air hujan oleh akar-akar pokok juga tidak berlaku. • Larian permukaan berlaku dengan banyak. • Paras air sungai meningkat dengan cepat dan tidak dapat menampung air hujan. • Fenomena air larian permukaan yang banyak dan berterusan juga meningkatkan risiko hakisan dan tanah runtuh. • Senario ini begitu ketara dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang pada awal tahun 2009. • Kejadian ini bukan sahaja mengancam permukaan tanah semula jadi, malah menjejaskan keadaan ekologi di kawasan berkenaan. Penutup Ternyata, hutan menjadi khazanah anugerah Tuhan yang sewajarnya dihargai dan dipelihara. Sikap alpa manusia terhadap khazanah semula jadi ini akan mengundang lebih banyak bencana. (Kombinasi idea: 2+2) Soalan 4 Pendahuluan Graf bar menunjukkan peratusan penggunaan Internet mengikut kumpulan umur di negara-negara terpilih pada tahun 2013. Isi-isi Penting Idea 1: Kumpulan umur 15 – 24 tahun • India mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang paling tinggi, iaitu 41%. • New Zealand, Australia dan Korea Selatan pula mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang sederhana, iaitu 22%. • Negara yang mempunyai peratusan penggunaan Internet yang paling rendah ialah Jepun dengan 18%. Idea 2: Kumpulan umur 25 – 34 tahun • India masih mengekalkan peratusan penggunaan Internet yang paling tinggi, iaitu 36%. • Singapura mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang sederhana, iaitu 25%. • Negara yang mempunyai peratusan penggunaan Internet yang paling rendah ialah Australia dengan 20%. Idea 3: Kumpulan umur 35 – 44 tahun • Singapura mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang paling tinggi, iaitu 27%. • Australia mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang sederhana, iaitu 21%. • Negara yang mempunyai peratusan penggunaan Internet yang paling rendah ialah India dengan 15%. Idea 4: Kumpulan umur 45 – 54 tahun • Hong Kong mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang paling tinggi, iaitu 20%. • Negara yang mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang sederhana ialah New Zealand dengan 16%. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 131 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
132 133 • India pula mempunyai peratusan penggunaan Internet yang paling rendah, iaitu 7%. Idea 5: Kumpulan umur 55 tahun ke atas • Lebih daripada sebuah negara yang mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang paling tinggi, iaitu Jepun, Australia dan New Zealand dengan 19%. • Negara yang mencatatkan peratusan penggunaan Internet yang sederhana ialah Taiwan, Hong Kong dan Singapura dengan 9%. • India pula mempunyai peratusan penggunaan Internet yang paling rendah, iaitu 1% sahaja. Idea 6: Golongan remaja menggunakan Internet untuk pelbagai tujuan • Salah satu tujuan utama penggunaan Internet adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu bidang atau perkara bagi menambah pengetahuan, menyempurnakan sesuatu tugasan atau projek sekolah dan mengulang kaji pelajaran. • Remaja menggunakan Internet sebagai sumber hiburan seperti menonton filem, mendengar lagu dan berkenal-kenalan atau berhubung dengan rakan-rakan melalui laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. • Ada juga remaja yang turut menceburi bidang perniagaan dengan menjual sesuatu produk dalam talian bagi menambahkan wang saku. Penutup Masyarakat tanpa mengira peringkat umur harus menggunakan Internet dengan cara yang betul dan beretika bagi mengelakkan penyebaran unsurunsur negatif. Kecanggihan teknologi Internet perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya supaya ilmu yang berguna dapat dikongsi demi kemajuan bangsa, agama dan negara. (Kombinasi idea: 4+0) Soalan 5 Pendahuluan Carta pai menunjukkan kehadiran pelancong asing ke Malaysia mengikut negara asal pada tahun 2012 dan 2013. Isi-isi Penting A Pola perubahan Idea 1: Jumlah pelancong yang tiba di Malaysia pada tahun 2013 jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun 2012 • Pada tahun 2013, seramai 23 650 000 pelancong asing mengunjungi negara kita. • Jumlah ini merupakan pertambahan sebanyak 7 220 000 orang berbanding dengan tahun 2012, yang berjumlah 16 430 000 orang. Idea 2: Pada tahun 2013, kumpulan pelancong asing yang paling banyak melawat Malaysia ialah orang Asia, manakala kumpulan paling kecil ialah orang Afrika • Bilangan pelancong dari Asia berjumlah 21 360 000 orang atau 90.3%. • Bilangan pelancong dari Afrika pula seramai 94 600 orang atau 0.4% sahaja daripada jumlah pelancong pada tahun 2013, iaitu 23 650 000 orang. • Hal ini menunjukkan pelancong Asia yang melawat ke Malaysia lebih ramai, iaitu 21 265 400 orang berbanding dari negara Afrika. B Kemajuan industri pelancongan Idea 3: Memberikan sumbangan yang besar kepada negara kita • Industri pelancongan dapat menjana pendapatan negara. • Menjadi saluran kemasukan tukaran wang asing yang penting selepas eksport petroleum dan barangan kilang. • Menjana berbilion mata wang asing ke dalam negara. • Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan negara, malah dapat mengukuhkan kedudukan nilai ringgit serta kedudukan kewangan negara kita. • Malaysia turut menikmati pendapatan melalui cukai perkhidmatan, cukai jualan dan cukai lapangan terbang. • Pertumbuhan aktiviti membeli-belah, restoran dan hotel dalam negara turut meningkatkan pendapatan negara kita. Idea 4: Mendorong pertumbuhan guna tenaga dalam negara • Pelbagai perkhidmatan seperti perhotelan, perhubungan dan pengangkutan serta industri kraf tangan dan makanan pesat berkembang berikutan kemasukan pelancong asing ke Malaysia. • Kemajuan perkhidmatan dan industri tersebut mencetuskan keperluan guna tenaga yang tinggi dalam kalangan anak-anak muda kawasan setempat. • Hal ini sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan muda-mudi. • Industri pelancongan turut membuka skop kerjaya baharu dan profesional dalam sektor perhotelan. • Perkembangan pesat dalam industri kraf tangan, makanan dan asas tani turut menambah peluang N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 132 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
132 133 pekerjaan kepada penduduk desa dan meningkatkan taraf hidup mereka. Penutup Keseluruhannya, industri pelancongan menjadi suatu cabang ekonomi yang penting dan kian kukuh peranannya dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, usaha menarik pelancong asing harus dipergiat agar industri ini terus berkembang pesat. (Kombinasi idea: 2+2) BAB 2 Latihan Pengukuhan Soalan Aneka Pilihan 1 D 2 A 3 B 4 D 5 A 6 D 7 C 8 C 9 A 10 B BAB 3 Latihan Pengukuhan Soalan Aneka Pilihan 1 C 2 D 3 B 4 A 5 D 6 A 7 B 8 D 9 C 10 A 11 C 12 D 13 B 14 A 15 D BAB 4 Soalan Aneka Pilihan Latihan Pengukuhan 4.2 1 C 2 B 3 A 4 D 5 D 6 A 7 B 8 C 9 A 10 C Latihan Pengukuhan 4.3 1 C 2 B 3 D 4 A 5 C 6 B 7 B 8 A 9 D 10 A Latihan Pengukuhan 4.4 1 A 2 A 3 D 4 A 5 C 6 B 7 B 8 D 9 D 10 C Latihan Pengukuhan 4.5 1 A 2 B 3 C 4 D 5 C 6 B 7 C 8 A 9 D 10 C BAB 5 Latihan Pengukuhan Soalan Esei Soalan 1 Pendahuluan Pengisytiharan deklarasi merupakan satu usaha untuk mencapai sesuatu tujuan negara serantau. Deklarasi menjadi penanda aras untuk masyarakat bertindak mengikut keperluan dan kepentingan berasaskan isu yang sedang berlaku. Walau apa pun deklarasi yang dilaksanakan adalah diharapkan dapat membawa kebaikan kepada Malaysia. Isi-isi Penting Idea 1: Deklarasi Bangkok • Pengisytiharan Deklarasi Bangkok membawa kepada penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). • Mewujudkan kerjasama dalam aspek ekonomi, politik dan sosial serta budaya. • Menjalin hubungan persefahaman serantau. • Menjadikan kawasan Asia Tenggara sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). • Membawa banyak manfaat kepada negara Malaysia. Idea 2: Deklarasi Putrajaya • Dibincangkan dalam mesyuarat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). • Mempunyai pelbagai perancangan dan matlamat sosial dan ekonomi yang membantu Malaysia. • Memperkasakan wanita negara serantau dan Malaysia dalam pembangunan ekonomi. • Mewujudkan dialog antara budaya dan tamadun termasuk Barat dan organisasi antarabangsa serta serantau untuk meningkatkan kesedaran tentang kesederhanaan, persefahaman dan penerimaan. • Mewujudkan kumpulan penyelidik untuk mengemukakan pendidikan dalam menyumbang ke arah keamanan, persefahaman dan pembangunan ekonomi. • Mengambil kira koordinasi interaksi yang lebih fokus, bertukar-tukar pandangan dan idea di antara cendekiawan Islam, usahawan, ahli perniagaan dan penggubal dasar dalam isu penting berhubung umat Islam. • Membolehkan Malaysia mewujudkan program kerjasama antara negara anggota OIC dalam bidang pembangunan ICT melalui perkongsian bijak antara kerajaan dengan swasta. Idea 3: Deklarasi Kuala Lumpur • Malaysia mahukan negara dunia hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera. • Deklarasi ini menggalakkan keamanan dunia menerusi dialog dan diplomasi antara negara serta mengelak penggunaan kekerasan dalam penyelesaian konflik. • Komitmen untuk berusaha bersungguh-sungguh menggalakkan demokrasi dalam sistem urus tadbir antarabangsa dengan meningkatkan penyertaan negara membangun dalam proses membuat keputusan antarabangsa. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 133 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
134 135 Idea 4: Deklarasi Hanoi • Merangka pembangunan bersama antara Malaysia dengan negara Asia Pasifik. • Deklarasi ini mendorong perdagangan bebas, meningkatkan kerjasama keamanan dan menentang perbuatan pengganas. • Seperti yang dikehendaki oleh Malaysia, perhubungan dinamik dan harmoni masyarakat diutamakan untuk meningkatkan keamanan masyarakat serantau. • Malaysia menyambut baik kajian terhadap upaya pemulihan perdagangan global. • Deklarasi ini menegaskan perlunya langkahlangkah untuk melindungi sistem kewangan dan perniagaan. • Deklarasi ini juga memberikan perhatian kepada pesakit yang menghadapi penyakit pandemik. • Memerlukan kerjasama dalam mencegah dan menghalang penyebaran penyakit AIDS serta kesediaan untuk menghadapi situasi darurat. Idea 5: Deklarasi Kazan • Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC ke20, negara-negara anggota ekonomi menekankan perpaduan dan kemakmuran serantau dengan mengisytiharkan Deklarasi Kazan. • Pelan hala tuju ekonomi untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pengedarannya dalam persekitaran perdagangan bebas. • Memastikan petani yang mengeluarkan makanan mendapat keuntungan seimbang daripada pengeluaran mereka. • Menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menambah keluaran makanan. • Mengedarkan makanan dengan cekap. • Menambah pengurangan pembaziran dan menyediakan tempat penyimpanan dan logistik yang lebih baik. Idea 6: Deklarasi Langkawi • Keadaan alam sekitar yang membimbangkan dan kian merosot menyebabkan deklarasi ini diisytiharkan. • Malaysia tidak dapat memperjuangkan penjagaan alam sekitar secara bersendirian. • Deklarasi ini menggalakkan negara-negara ASEAN dan persekitaran menjaga kebersihan alam semula jadi. • Mengehadkan kegiatan pembalakan dan pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu. • Keprihatinan dan kerjasama semua anggota masyarakat perlu supaya alam sekitar sentiasa bersih dan terjamin. Penutup Peranan masyarakat dunia melalui deklarasi amat penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteran rakyat. Hak wanita, pembangunan ekonomi dan alam sekitar merupakan isu yang ditumpukan oleh bukan sahaja Malaysia tetapi juga negara antarabangsa. (Kombinasi jawapan: 5+0) Soalan 2 Pendahuluan Pengekalan keamanan memerlukan kerjasama daripada semua anggota masyarakat dunia. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga mahukan keamanan dipelihara supaya masyarakat hidup dengan gembira. Malaysia memainkan peranan besar dalam mempromosikan keamanan dunia. Isi-isi Penting Idea 1: Menekankan kerjasama • Malaysia sentiasa meminta negara-negara Islam supaya bekerjasama antara satu dengan lain sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. • Negara Islam dianggap sebagai sahabat yang perlu mempunyai persefahaman. • Merangka dasar-dasar yang sesuai dengan negara Islam untuk diikuti oleh semua negara Islam yang mahukan keamanan. Idea 2: Mengurangkan kekuasaan tentera • Malaysia melalui perjumpaan D8 dan OIC mengharapkan negara Islam tidak menekankan kepada kuasa ketenteraan. • Kebanyakan negara Islam menguatkan tentera masing-masing dan cuba menunjukkan kekuasaan tersebut kepada negara Islam yang lain. • Hal ini berlaku apabila Iraq menyerang Kuwait dan Iran untuk perebutan wilayah. Idea 3: Kompromi • Masalah dalaman negara Islam boleh diselesaikan dengan cara kompromi. • Terdapat negara Islam bergantung kepada kuasa Barat untuk mendapatkan idea untuk mengatasi masalah. • Sering membeli senjata dari negara Barat dan memulakan persengketaan. • Keadaan ini berlaku apabila pihak pembangkang tidak setuju dengan pentadbiran kerajaan. • Malaysia dalam Persidangan Antarabangsa Ketiga Dialog Barat-Islam mahukan pihak pembangkang dan kerajaan negara Islam menyelesaikan masalah dalaman mereka secara kompromi. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 134 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
134 135 Idea 4: Menjadi orang tengah • Pergaduhan dan persengketaan antara negara di Asia Tengah telah merugikan negara Islam yang berada di kawasan persekitaran. • Malaysia selalu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah tersebut. • Dalam persidangan menteri luar negara, Malaysia mengharapkan Jordan, Arab Saudi, Palestin, Iraq dan Iran. • Platform rundingan ini membolehkan negara Islam membincangkan sesuatu masalah dengan cara diplomatik. Idea 5: Persahabatan ekonomi • Keamanan negara dapat dipelihara apabila terdapat hubungan ekonomi yang erat. • Malaysia dalam mesyuarat OIC pada tahun 2011 dan tahun 2012 telah mencadangkan agar negara Islam menggunakan perdagangan minyak dan makanan halal sebagai hab perhubungan antarabangsa negara Islam. • Malaysia telah mendorong negara Islam untuk meningkatkan ekonomi kerana kekayaan sumber semula jadi mereka yang banyak. • Persengketaan dan pergaduhan sesama negara Islam merugikan masyarakat Islam. Penutup Hasrat Malaysia untuk menjaga keamanan antara negara-negara Islam memerlukan komitmen yang tinggi. Malaysia sering kali menyuarakan cadangan agar negara-negara Islam bekerjasama dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik dan diplomasi. (Kombinasi jawapan: 5+0) Soalan 3 Pendahuluan Malaysia bersama-sama negara Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) berusaha untuk mengekalkan keamanan negara dunia. Justeru, Malaysia telah menghantar tentera pengaman bersama-sama negara lain untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan. Isi-isi Penting Idea 1: Tentera pengaman (idea wajib) • Malaysia menabur bakti kepada keamanan dunia melalui bantuan tentera di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). • Walaupun tindakan penghantaran tersebut membahayakan nyawa anggota dan pasukan tentera Malaysia, namun demi keamanan serantau anggota tentera dihantar secara berperingkat-peringkat ke beberapa tempat untuk menimba pengetahuan dan menjaga keamanan. • Malaysia telah menghantar pasukan tentera untuk menjayakan operasi pengamanan PBB ke Congo, Angola, Kampuchea, Iran dan Iraq, Namibia, Somalia dan Bosnia-Herzegovina. • Khidmat bantuan tentera Malaysia diiktiraf oleh negara dunia dan memandang Malaysia sebagai sebuah negara kecil yang sanggup membantu PBB mengekalkan keamanan dunia. Idea 2: Dasar aparteid • Malaysia menganggap setiap manusia di dunia ini mempunyai hak untuk hidup bebas dan tidak boleh ditindas atau dihina. • Diskriminasi kaum di Afrika Selatan mendapat penentangan banyak negara dunia di mana orang berkulit hitam dihina dan dipandang rendah. • Mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan dan bantuan perubatan. • Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak bersama-sama negara dunia yang lain telah menggesa PBB untuk mengambil tindakan tegas terhadap Afrika Selatan. • Usaha bersama negara ini telah berjaya menamatkan dasar aparteid. Idea 3: Menghantar pegawai perubatan • Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam mengatasi masalah penyakit dan bencana alam dengan menyertai Majlis Ekonomi dan Sosial dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). • Malaysia mengambil langkah bersama negara dunia di bawah panji PBB untuk mencegah penyakit denggi, SARS dan malaria. • Kerajaan Malaysia menghantar ramai pegawai perubatan dan bekalan ubat-ubatan ke Nigeria untuk mencegah penyakit denggi. • Malaysia juga memberikan bantuan kewangan kepada mangsa tsunami di Bangladesh. Idea 4: Membantu pelarian • Kerajaan Malaysia juga menyahut permintaan PBB untuk membantu pelarian dari Myanmar, Thailand dan Filipina. • Malaysia secara terbuka menentang penindasan dan pembunuhan kejam. • Perubahan sistem politik di negara tersebut menyebabkan ramai penduduk hilang tempat tinggal, kebuluran dan berpenyakit. • Ramai penduduk yang tidak tahan dengan penindasan pemerintahan junta menyebabkan mereka melarikan diri. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 135 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
136 137 • Kini, di Malaysia dianggarkan terdapat lebih kurang 5 000 hingga 10 000 pelarian Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi BangsaBangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang tinggal di Malaysia. Idea 5: Masalah keganasan • Perbuatan menyerang, mengebom bangunan dan membunuh orang awam merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan pengganas. • Serangan ke atas bangunan perniagaan di Amerika Syarikat dan pengeboman keretapi awam Subway di England menyebabkan ramai orang awam terbunuh. • Begitu juga keganasan rejim Israel ke atas penduduk Palestin. • Malaysia bersama-sama negara Asia Tengah telah meminta PBB agar menggunakan kuasa veto ke atas rejim Israel untuk menghentikan keganasan tersebut. Idea 6: Ancaman nuklear • Malaysia juga menyetujui manifesto negara dunia dan Majlis Keselamatan PBB tentang penggunaan ujian nuklear di beberapa buah negara. • Ujian nuklear yang dilakukan di India, Pakistan, Rusia dan Korea Utara membimbangkan negara dunia. • Malaysia juga membantah bersama-sama negara PBB terhadap negara-negara tersebut daripada mengendalikan ujian nuklear. • Tindakan Malaysia tersebut telah mendorong negara penguji nuklear untuk menangguhkan ujian nuklear. Penutup Pada amnya, Malaysia mengukuhkan dasar luar negaranya dengan membantu masyarakat dunia di bawah panji PBB. Tindakan Malaysia telah memberikan satu persepsi bahawa Malaysia merupakan negara yang menginginkan keamanan. (Kombinasi jawapan: 1+4) Soalan 4 Pendahuluan Dalam mesyuarat PBB sesi ke-38, Malaysia telah menggesa Setiausaha Agung PBB untuk membuat satu kajian yang menyeluruh tentang isu Antartika termasuk perjanjian Antartica Treaty System. Malaysia mempunyai rasional untuk menyuarakan cadangan supaya Antartika dijadikan sebagai “Warisan Bersama Dunia untuk Faedah Bersama”. Isi-isi Penting Idea 1: Tidak adil • Perjanjian Antartica Treaty System dibuat oleh 16 buah negara sahaja. • Merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana membuat perjanjian tanpa pengetahuan dan persetujuan anggota PBB yang lain. • Bertentangan dengan matlamat asal perjanjian di mana Antartika sepatutnya diuruskan oleh satu rejim antarabangsa untuk faedah manusia seluruhnya. • Malaysia berpendapat bahawa hak, aspirasi serta pandangan negara anggota PBB yang lain juga patut diberi pertimbangan dalam rejim antarabangsa Antartika. Idea 2: Hasil bumi Antartika hak bersama • Antartika kaya dengan pelbagai hasil bumi, maka hasil tersebut perlu dikongsi dengan semua negara anggota. • Malaysia berpendapat bahawa hasil bumi Antartika tidak wajar dinikmat oleh beberapa buah negara kaya sahaja. • Konvensyen Undang-Undang Laut BangsaBangsa Bersatu dan cadangan mendirikan satu Jawatankuasa Antarabangsa Sea-Bed (International Sea-Bed Authority) merupakan satu cara negara Barat cuba menguasai hasil bumi Antartika. • Malaysia bersama-sama negara anggota PBB yang lain membantah perjanjian tersebut kerana hasil bumi seperti platinum, nikel, minyak, gas dan kobalt. Idea 3: Tempat penyelidikan • Malaysia mendapati kawasan Antartika merupakan kawasan sesuai untuk menjalankan kajian tentang unggas dan alam sekitar. • Negara anggota PBB perlu bebas membuat kajian tanpa dihalang oleh negara maju. • Mempunyai hak bersama untuk membuat penyelidikan tentang flora dan fauna. • Membolehkan pengkaji tempatan membuat analisis tentang ekosistem secara langsung. • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Idea 4: Alam sekitar • Kawasan Antartika mempengaruhi alam sekitar global. • Ikan dan hidupan akuatik amat penting di kawasan Antartika untuk sektor perikanan. • Cuaca yang panas menyebabkan pencairan di kawasan kutub. • Paras air laut meningkat apabila suhu menjadi tinggi disebabkan penipisan ozon. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 136 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
136 137 • Malaysia mementingkan pembangunan alam sekitar global. • Pembabitan Malaysia dalam isu Antartika membolehkan Malaysia membantu bersama negara maju untuk mengurangkan masalah pemanasan global. Idea 5: Persahabatan • Sekiranya Malaysia berjuang bersama-sama negara lain dalam mengekalkan warisan bersama, Malaysia dapat memajukan ekonomi negara. • Perhubungan dengan negara antarabangsa akan memberikan pengalaman dan kemahiran kepada Malaysia untuk menjadi lebih maju. • Mendapat kerjasama dengan negara kuasa besar dan mengeratkan persahabatan. Penutup Perjuangan Malaysia untuk menjadikan Antartika sebagai “Warisan Bersama untuk Faedah Bersama” mendapat sokongan daripada negara ASEAN. Malaysia menganggap Antartika sebagai khazanah yang perlu dijaga dengan baik demi kesejahteraan masyarakat dunia. (Kombinasi jawapan: 5+0) Soalan 5 Pendahuluan Hak wanita sering diperkatakan dalam mesyuarat antarabangsa agar hak mereka tidak terabai. Wanita juga perlu diberi penghormatan bersama dengan kaum lelaki. Terdapat beberapa punca pengabaian hak wanita. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak wanita sehingga ke peringkat antarabangsa. Isi-isi Penting Punca Idea 1: Tidak ada undang-undang yang berkesan • Hak golongan wanita terabai di kebanyakan negara dunia disebabkan oleh kelemahan undang-undang yang sedia ada. • Wanita yang teraniaya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. • Wanita teraniaya hidup dalam keadaan ketakutan. • Wanita dipaksa berkahwin pada usia yang muda untuk melangsaikan hutang keluarga seperti di India dan Pakistan. • Tidak ada undang-undang berkesan untuk menghukum golongan lelaki yang mendera wanita. • Menyebabkan hak golongan wanita terabai kerana tidak ada perlindungan. Idea 2: Tidak ada hak bersama memiliki harta • Wanita di sesetengah negara dianggap sebagai gender kelas kedua. • Mereka tidak diberi peluang untuk memiliki harta dan pendidikan. • Terpaksa hidup merana kerana ibu bapa tidak memberikan wang yang mencukupi untuk makan dan minum. • Di Afrika, wanita yang kematian suami diasingkan daripada masyarakat dan terpaksa hidup menderita untuk mencari sesuap makanan. Idea 3: Keganasan gender • Ramai wanita diculik dan dipaksa menjadi buruh kasar atau pemberi khidmat seks. • Mereka dipukul dan didera tanpa mempedulikan hak mereka. • Tidak memberikan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. • Wanita yang menyuarakan pendapat ditangkap, dipukul dan diperkosa. • Di Mesir, Jordan dan Afrika ramai wanita takut untuk menyuarakan pendapat mereka kerana dikhuatiri dibunuh atau diseksa dengan kejam. Usaha Idea 4: Melaksanakan deklarasi • Malaysia sentiasa prihatin akan isu wanita dan sentiasa mengemukakan masalah wanita dalam forum antarabangsa. • Membentuk deklarasi seperti Deklarasi Putrajaya untuk memperjuangkan hak wanita. • Wanita seharusnya diberi peluang untuk memiliki pendidikan dan peluang pekerjaan. • Dalam NAM, Malaysia memperjuangkan hak wanita di negara Asia Tengah dan India serta Pakistan. Idea 5: Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) • Malaysia menggunakan platform PBB untuk menyuarakan masalah yang dihadapi wanita. • Dalam Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang ke-4, Malaysia berjaya menggesa negara serantau untuk meningkatkan jentera kebangsaan untuk kemajuan wanita dan meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat keputusan. • Malaysia juga mempertahankan serta melindungi hak-hak wanita dari sudut kesihatan, pendidikan serta kesejahteraan sosial. • Malaysia juga bersama-sama negara dunia mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan yang berunsurkan diskriminasi terhadap gender. Idea 6: Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat • Pada tahun 2001, kerajaan Malaysia telah N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 137 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
138 139 menubuhkan kementerian ini dengan diberikan mandat untuk mengendalikan isu-isu berkaitan dengan wanita. • Berusaha mengangkat martabat wanita di Malaysia. • Perlembagaan Malaysia telah digubal semula pada bulan Ogos 2001 yang melarang sebarang bentuk diskriminasi yang berasaskan gender dalam manamana undang-undang. • Golongan wanita diberi peluang pekerjaan, pendidikan malah memegang jawatan tinggi dalam bidang yang dikuasai oleh lelaki seperti pegawai imigresen, polis trafik dan pegawai tentera. Penutup Wanita juga perlu dihormati. Hak mereka perlu dijaga dan golongan wanita tidak harus didiskriminasikan oleh sesetengah negara dunia. (Kombinasi jawapan: 2+3 atau 3+2) Soalan 6 Pendahuluan Pergolakan politik yang berlaku di luar negara sangat membimbangkan negara dunia. Ramai kanak-kanak menjadi tentera muda selepas kematian ibu bapa mereka dalam sesuatu pergolakan. Keadaan ini menjejaskan masa depan kanak-kanak terbabit. Isi-isi Penting Sebab kanak-kanak menjadi tentera muda Idea 1: Keinginan untuk membalas dendam • Kanak-kanak di negara bergolak tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti sesetengah negara kerana kematian ibu bapa. • Semangat berkobar-kobar untuk menentang musuh yang telah membunuh ibu bapa mereka. • Mereka telah terdedah dengan cara hidup yang kasar dan bahaya. • Kanak-kanak Afghanistan, misalnya sanggup berperang menggunakan senjata api semata-mata untuk membalas dendam dan menuntut bela. Idea 2: Kekurangan tenaga muda • Ramai belia yang melibatkan diri dalam tentera militan terbunuh. • Keadaan ini menyebabkan tidak ada tenaga tentera untuk menentang musuh. • Merekrut kanak-kanak dengan mengajar cara untuk berperang. • Merupakan anggota pelapis untuk berjuang menyelamatkan negara dan bangsa. • Di Palestin, ramai kanak-kanak telah menjadi tentera muda untuk berjuang menentang musuh. Cara mengatasi Idea 3: Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus memainkan peranan penting untuk menamatkan serangan dan peperangan. • Mengisytiharkan genjatan senjata dan mengekalkan keharmonian dunia. • Bekerjasama dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi mengatasi salah faham yang wujud sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa. • Memberikan bantuan kewangan, pendidikan dan makanan kepada kanak-kanak yang terlibat dalam pergolakan politik. Idea 4: Pemimpin perlu berkompromi • Pemimpin negara yang bergolak perlu mencapai kata sepakat untuk menamatkan peperangan. • Tidak harus saling menuduh tentang masalah yang wujud demi kesejahteraan negara. • Pemimpin yang bijaksana akan meleraikan sebarang tuntutan dengan segera agar semua penduduk, terutamanya kanak-kanak dapat hidup dengan gembira. • Kanak-kanak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pendidikan dan menghindari diri daripada terlibat dalam peperangan. Idea 5: Bantuan negara serantau • Negara serantau tempat tragedi harus memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk hidup sejahtera. • Mereka seharusnya dijadikan anak angkat untuk memberikan peluang pendidikan dan tempat tinggal yang selesa. • Mendedahkan mereka kepada suasana hidup yang harmoni. • Menganggap mereka sebagai anggota keluarga. • Misalnya, OIC dan D8 memberikan pertolongan anak angkat kepada kanak-kanak mangsa peperangan agar tidak menjadi tentera. Penutup Kanak-kanak di negara yang mengalami pergolakan politik perlu dibantu oleh negara maju supaya mereka tidak menjadi mangsa peperangan. Dengan adanya pantauan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kanak-kanak di negara bergolak dapat dielak daripada menjadi tentera muda. (Kombinasi jawapan: 5+0) Soalan 7 Pendahuluan Sistem pendidikan negara di rantau Asia, Afrika dan Eropah merupakan sistem yang menjadi perhatian N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 138 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
138 139 seluruh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah menggunakan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai satu cara kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem pendidikan negara di samping kerjasama negara ASEAN. Isi-isi Penting Idea 1: Persefahaman psikologi • Tonggak Pendidikan UNESCO dapat dijadikan sebagai penghubung masyarakat. • Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk pelajar memahami struktur pengajaran. • Guru memahami bentuk pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar berdasarkan kemampuan pelajar dalam sesuatu kelas. • Persefahaman psikologi dalam pendidikan membolehkan guru memahami kehendak pelajar. Idea 2: Menguasai ilmu • Tonggak Pendidikan UNESCO menjana pembelajaran untuk menguasai ilmu. • Pelajar mempelajari ilmu bukan sahaja melalui pembelajaran di sekolah, tetapi juga melibatkan ibu bapa untuk membantu pelajar menguasai ilmu. • Mempelajari persekitaran melalui guru mata pelajaran. • Dapat mengembangkan tumpuan guru kepada banyak kemahiran dan ingatan. Idea 3: Menguasai kemahiran • Sistem Tonggak Pendidikan UNESCO membantu pelajar supaya bersedia ke arah dunia pekerjaan. • Kemahiran yang dipelajari digunakan secara praktikal bukan sekadar teori sahaja. • Meningkatkan kompetensi peribadi untuk menyediakan diri menghadapi alam pekerjaan. • Mengatasi masalah pengangguran dan pergantungan kepada pekerja asing. • Mampu membuat keputusan inovatif. Idea 4: Membantu melahirkan insan berguna • Selaras dengan Falsafah Pendidikan Nasional dan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang menumpukan kepada pembentukan insan. • Meliputi pendidikan secara menyeluruh supaya pelajar akan menjadi lebih kritis, kreatif, matang dalam pemikiran dan berpengetahuan luas. • Mampu membuat keputusan yang positif dalam menghadapi sesuatu cabaran. Idea 5: Harmoni dan bekerjasama • Sistem Tonggak Pendidikan UNESCO juga menggalakkan seseorang pelajar memahami agama dan budaya masyarakat lain. • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai bangsa, maka pengetahuan dan pemahaman tentang agama, budaya dan bahasa lain adalah penting. • Menggalakkan guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan. • Asas perpaduan dan kerjasama antara kaum dapat diwujudkan. Penutup Tonggak Pendidikan UNESCO memberikan pelbagai faedah kepada pendidikan Malaysia. Perpaduan dan kerjasama yang ditekankan dalam pendidikan negara menjadikan sistem pendidikan UNESCO sebagai program penambahbaikan kepada beberapa kelemahan yang wujud dalam pendidikan negara. (Kombinasi jawapan: 5+0) Soalan 8 Pendahuluan Setiap Perdana Menteri Malaysia mempunyai objektif dan perancangan masing-masing dalam membangunkan negara dan mengadakan hubungan dengan negara luar. Setiap pemimpin mempunyai visi dan misi yang positif dalam mengamalkan dasar luar negara. Isi-isi Penting Idea 1: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj • Mengamalkan dasar pro-Barat pada awal kemerdekaan dan menentang komunis. • Tanah Melayu mendapatkan bantuan Britain dari segi ketenteraan dengan mengadakan Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA). • Membentuk Malaysia dan bekerjasama dengan PBB. • Mengatasi masalah konfrontasi antara Indonesia dengan Malaysia. • Terlibat dalam penubuhan ASA (1961), Deklarasi Bangkok dan penubuhan ASEAN. • Mengadakan perdagangan bebas dengan Jerman, Britain dan Amerika Syarikat. Idea 2: Tun Abdul Razak bin Hussein • Mengisytiharkan dasar berkecuali, iaitu mengadakan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi selepas menghadiri Persidangan Negara Berkecuali di Lusaka, Zambia. • Berpegang kepada dasar berkecuali dan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). • Menentang ideologi komunis. • Melawat negara China untuk mengukuhkan hubungan diplomatik. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 139 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
140 141 Idea 3: Tun Hussein Onn • Mengadakan hubungan antarabangsa dengan negara-negara Islam. • Mengadakan hubungan erat dengan negara China. • Memainkan peranan penting dalam ASEAN. • Menggalakkan pengunduran Amerika Syarikat dari Vietnam dan Kemboja. Idea 4: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad • Mengadakan hubungan luar dengan Jepun, negaranegara Islam, Komanwel dan negara-negara berkecuali. • Mencontohi Jepun untuk melaksanakan Dasar Pandang ke Timur. • Membincangkan perubahan dalam isu Antartika. • Menggesa negara dunia tentang isu alam sekitar dalam Dialog Antarabangsa Langkawi. • Berusaha menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC). • Mengetuai Kumpulan 15 (G15) untuk perpaduan dan kerjasama ekonomi. Idea 5: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi • Mengadakan hubungan dengan negara-negara Islam. • Menentang penindasan yang dilakukan ke atas kaum Palestin. • Meningkatkan hubungan dengan Singapura. • Mengeratkan hubungan dengan China dan India dari segi perdagangan dan teknologi. • Memperjuangkan keadilan penindasan agama melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Penutup Kelima-lima Perdana Menteri Malaysia telah memainkan peranan penting dalam aspek dasar luar negara. Usaha mereka membawa banyak faedah kepada negara dan penduduk negara Malaysia. (Kombinasi jawapan: 5+0) Kertas Model STPM (Kertas 3) Bahagian A 1 B 2 B 3 D 4 D 5 D 6 B 7 A 8 C 9 A 10 A 11 A 12 D 13 B 14 A 15 A Bahagian B Soalan 16 Pendahuluan Saban tahun, jumlah pelajar bukan warganegara semakin ramai melanjutkan pelajaran ke universiti di Malaysia sama ada di universiti awam atau universiti swasta. Perkembangan ini mendatangkan pelbagai kesan kepada ekonomi negara. Isi-isi Penting A Analisis Pola Banding Idea 1: Jumlah keseluruhan (Kemasukan pelajar lebih tinggi berbanding keluaran pelajar) • Kemasukan = 12 393 orang • Keluaran = 9 643 orang • Perbezaan = 2 750 orang Idea 2: Jumlah keseluruhan mengikut taraf (Semua universiti menunjukkan kemasukan lebih tinggi berbanding keluaran pelajar atau senaraikan semua nama universiti dan pilih salah satu untuk huraian) IPTS bertaraf universiti • Kemasukan = 7 775 orang • Keluaran = 6 776 orang • Perbezaan = 999 orang IPTS bertaraf universiti (cawangan luar negara) • Kemasukan = 1 572 orang • Keluaran = 1 044 orang • Perbezaan = 528 orang IPTS bertaraf kolej universiti • Kemasukan = 619 orang • Keluaran = 601 orang • Perbezaan = 18 orang IPTS bertaraf kolej • Kemasukan = 2 427 orang • Keluaran = 1 204 orang • Perbezaan = 1 223 orang Idea 3: Jumlah mengikut taraf IPTS Kemasukan (Pola Banding Dalam/Menegak) Paling tinggi • IPTS bertaraf universiti • 7 775 orang • Peratus daripada jumlah keseluruhan = 62.74% • Jumlah keseluruhan = 12 393 orang Paling rendah • IPTS bertaraf kolej universiti • 619 orang • Peratus daripada jumlah keseluruhan = 5.00% • Jumlah keseluruhan = 12 393 orang Idea 4: Jumlah mengikut taraf IPTS Keluaran (Pola Banding Dalam/Menegak) Paling tinggi • IPTS bertaraf universiti • 6 776 orang • Peratus daripada jumlah keseluruhan = 70.40% • Jumlah keseluruhan = 9 625 orang Paling rendah • IPTS bertaraf kolej universiti • 601 orang N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 140 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
140 141 • Peratus daripada jumlah keseluruhan = 6.24% • Jumlah keseluruhan = 9 625 orang B Kepentingan kemasukan pelajar bukan warganegara kepada sistem pendidikan negara Idea 5: Meningkatkan kualiti pengajaran • Kualiti tenaga pengajar akan ditambah baik bagi menarik pelajar bukan warganegara untuk melanjutkan pelajaran. • Silibus juga akan disemak dari semasa ke semasa agar bersesuaian dengan kehendak pasaran. Idea 6: Penyediaan fasiliti lebih moden dan lengkap • Kemudahan seperti penginapan, dewan kuliah dan kemudahan lain di kolej akan ditambah baik untuk keselesaan pelajar. • Penyelenggaraan juga akan dijalankan secara berkala. Idea 7: Persaingan sihat antara pelajar • Persaingan sihat antara pelajar tempatan dan pelajar bukan warganegara akan meningkatkan pencapaian pelajar. • Pelajar tempatan juga dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan pelajar bukan warganegara. • Peluang untuk mempelajari budaya masyarakat lain. Idea 8: Pengiktirafan antarabangsa • IPTS tempatan akan mendapat pengiktirafan badan antarabangsa berdasarkan pencapaian pelajar. • Meningkatkan imej sistem pendidikan negara di mata dunia. Penutup Kemasukan pelajar bukan warganegara bagi melanjutkan pelajaran di IPTS tempatan telah mendapatkan pelbagai kesan kepada negara. (Kombinasi jawapan: Mana-mana 2+2 isi/idea) Nota: Idea bahagian B boleh diterima walaupun calon tidak menjawab idea bahagian A; maksimum 2 idea. Soalan 17 Pendahuluan Carta menghuraikan keluaran tanaman bagi rempahratus di Malaysia pada tahun 2019 dan tahun 2020. A Analisis Pola Banding Idea 1: Jumlah keseluruhan menurun • Tahun 2019 = 4 042 hektar • Tahun 2020 = 3 749 hektar • Perubahan = 293 hektar • Peratus perubahan = 7.25% Idea 2: Peratus menurun, keluasan menurun (Kelantan, Melaka, Pahang) Kelantan • Peratus – Tahun 2019 mencatatkan 12.47% sebelum menurun kepada 11.60%. • Keluasan – Tahun 2019 mencatatkan 504 hektar, sebelum menurun kepada 435 hektar, iaitu penurunan sebanyak 69 hektar atau 13.69%. Melaka • Peratus – Tahun 2019 mencatatkan 3.32% sebelum menurun kepada 3.12%. • Keluasan – Tahun 2019 mencatatkan 134 hektar sebelum menurun kepada 117 hektar, iaitu penurunan sebanyak 17 hektar atau 12.69%. Pahang • Peratus – Tahun 2019 mencatatkan 33.74% sebelum menurun kepada 32.68%. • Keluasan – Tahun 2019 mencatatkan 1 364 hektar sebelum menurun kepada 1 225 hektar, iaitu penurunan sebanyak 139 hektar atau 10.19%. Idea 3: Peratus meningkat, keluasan menurun (Johor, Kedah, Negeri Sembilan) Johor • Peratus – Tahun 2019 mencatatkan 27.04% sebelum meningkat kepada 27.90%. • Keluasan – Tahun 2019 mencatatkan 1 093 hektar sebelum menurun kepada 1 046 hektar, iaitu penurunan sebanyak 47 hektar atau 4.30%. Kedah • Peratus – Tahun 2019 mencatatkan 13.26% sebelum meningkat kepada 14.08%. • Keluasan – Tahun 2019 mencatatkan 536 hektar sebelum menurun kepada 528 hektar, iaitu penurunan sebanyak 8 hektar atau 1.49%. Negeri Sembilan • Peratus – Tahun 2019 mencatatkan 10.17% sebelum meningkat kepada 10.62%. • Keluasan – Tahun 2019 mencatatkan 411 hektar sebelum menurun kepada 398 hektar, iaitu penurunan sebanyak 13 hektar atau 3.16%. Idea 4: Paling tinggi (Pahang) Tahun 2019 • Keluasan bertanam 1 364 hektar atau 33.75% daripada jumlah keseluruhan 4 042 hektar. Tahun 2020 • Keluasan bertanam 1 225 hektar atau 32.68% daripada jumlah keseluruhan 3 749 hektar. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 141 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
142 143 Idea 5: Paling rendah (Melaka) Tahun 2019 • Keluasan bertanam 134 hektar atau 3.32% daripada jumlah keseluruhan 4 042 hektar. Tahun 2020 • Keluasan bertanam 117 hektar atau 3.12% daripada jumlah keseluruhan 3 749 hektar. B Faktor yang mempengaruhi pengeluaran tanaman rempah-ratus Idea 6: Dasar kerajaan • Tiada suatu dasar khusus yang digubal oleh kerajaan berkaitan dengan tanaman rempah-ratus. • Pelaksanaan dasar pertanian sedia ada tidak memberikan fokus kepada tanaman rempah-ratus. Idea 7: Penggunaan teknologi • Teknologi masih kurang digunakan dalam sektor pertanian. • Skala tanaman juga lebih rendah kerana penggunaan teknologi yang minimum. Idea 8: Harga pasaran dunia • Harga rempah-ratus di pasaran dunia tidak stabil. • Harga yang rendah tidak mampu mengembalikan modal yang telah dikeluarkan. Idea 9: Tenaga buruh • Penduduk tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor pertanian. • Petani terpaksa menggajikan tenaga buruh dari luar negara untuk membantu mereka menguruskan ladang sedia ada sekali gus memberikan kesan kepada kos keseluruhan. Idea 10: Cuaca • Cuaca yang tidak boleh dijangka akan mempengaruhi proses pembesaran tanaman herba. Idea 11: Penyelidikan dan pembangunan • Kurangnya penyelidikan dan pembangunan akan menyebabkan tiada inovasi dalam proses penanaman tanaman herba. • Hasil tanaman tidak dapat ditingkatkan. (Kombinasi jawapan: Mana-mana 2+2 isi/idea) Bahagian C Soalan 18 Pendahuluan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) ialah kawasan yang berada di luar dan bersebelahan dengan laut wilayah negara tertentu, dan tidak melebihi 200 batu nautika (370 kilometer) dari garis pantai negara sendiri. Isi-is Penting A Kepentingan pelaksanaan Zon Ekonomi Eksklusif Idea 1: Sempadan perairan yang jelas • Sempadan perairan negara dapat ditentukan dengan jelas antara negara terlibat. • Masalah pencerobohan wilayah negara dapat diatasi dengan lebih berkesan. Idea 2: Pengawalan keselamatan • Rondaan sempadan perairan negara dapat dijalankan dengan lebih berkesan. • Jenayah rentas sempadan dapat dikawal dengan baik. Idea 3: Penerokaan sumber asli • Penerokaan sumber seperti sumber petroleum dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh negara terlibat. Idea 4: Aktiviti penyelidikan marin • Penyelidikan berkaitan dengan bidang marin dapat dilaksanakan dengan adanya kepelbagai sumber. • Usaha penyelidikan dapat digiatkan melalui kerjasama antara negara. Idea 5: Merancakkan aktiviti perikanan • Nelayan dapat menangkap ikan dengan skala perairan yang lebih besar. • Menawarkan kepelbagaian sumber marin. • Menambah sumber pendapatan nelayan dan negara. Idea 6: Meluaskan wilayah penerbangan • Wilayah penerbangan sesebuah negara lebih meluas. • Memberikan pelbagai manfaat dari aspek ekonomi, sosial, dan keselamatan. B Masalah pelaksanaan Zon Ekonomi Eksklusif Idea 7: Perebutan wilayah • Isu tuntutan bertindih wilayah menyebabkan beberapa isu tuntutan telah difailkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa seperti isu Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura. • Keadaan ini mengeruhkan hubungan antara negara. • Pelbagai tindakan provokasi akan dilaksanakan. Idea 8: Pencerobohan wilayah • Banyak kes pencerobohan nelayan asing berlaku akibat kekeliruan wilayah perairan negara yang bertindih. • Jenayah rentas sempadan mudah berlaku. Idea 9: Pengeksploitasian sumber • Sumber marin akan dieksploitasi dengan semaksimum mungkin yang akan menjejaskan ekosistem marin. N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 142 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
142 143 • Pencemaran rentas sempadan mudah berlaku. Idea 10: Penguasaan ekonomi • Negara yang mempunyai kelebihan dari aspek modal dan teknologi akan menggunakan kesempatan untuk mendapatkan keuntungan. • Perkongsian teknologi dan pelbagai kemahiran diberikan kepada negara yang tidak mempunyai kepakaran untuk mengeksploitasi sumber yang ada. • Keuntungan akan diperoleh negara penyumbang teknologi dan kepakaran melebihi keuntungan yang dinikmati negara asal. Penutup Kesimpulannya, matlamat pelaksanaan ZEE dilihat mempunyai pelbagai kepentingan dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang timbul perlu diatasi segera agar manfaat pelaksanaan ZEE dalam dinikmati secara bersama. (Kombinasi jawapan: 2+2) Soalan 19 Pendahuluan Hasil menjadi tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa, Malaysia telah menerima banyak manfaat. Contoh kejohanan sukan antarabangsa yang diadakan ialah Kejohanan Hoki Dunia Remaja, Bola Sepak Piala Dunia Remaja, Sukan Komanwel dan Sukan SEA. Isi-is Penting A Faktor isu tuntutan budaya sering berlaku Idea 1: Sejarah • Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah yang saling berkait rapat. • Latar belakang penduduk kedua-dua buah negara berasal daripada masyarakat yang sama sekali gus mewarisi budaya tradisi kaum masing-masing. • Amalan budaya ini telah diperturunkan daripada generasi kepada generasi seterusnya. • Isu pembentukan Malaysia telah menyebabkan timbul perasaan tidak senang antara kedua-dua buah negara. • Semangat ‘Ganyang Malaysia’ masih dirasai oleh sebilangan rakyat Indonesia. • Oleh yang demikian, sebarang isu yang timbul antara Malaysia dan Indonesia akan diperbesar sehingga mencetuskan kemarahan rakyat. Idea 2: Migrasi penduduk • Jumlah migrasi rakyat Indonesia ke Malaysia agak tinggi sejak merdeka sehingga kini. • Mereka membawa amalan budaya masyarakat asal mereka dan diamalkan di Malaysia. Idea 3: Budaya yang sama • Masyarakat Malaysia dan Indonesia mengamalkan budaya yang hampir sama. • Terdapat beberapa kes tuntutan budaya berpunca daripada salah faham antara negara akibat persamaan budaya. Idea 4: Peranan media • Media kedua-dua buah negara sering menyampaikan berita yang tidak sahih sehingga menimbulkan perasaan kurang senang antara rakyat kedua-dua buah negara. B Pendekatan Malaysia dalam menyelesaikan isu Idea 5: Rundingan • Kedua-dua belah pihak berjumpa untuk berbincang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku. • Rundingan biasanya melibatkan menteri bertanggungjawab berkaitan dengan keseniaan dan kebudayaan kedua-dua buah negara. Idea 6: Kunjungan pemimpin negara • Perdana Menteri Malaysia biasanya akan membuat kunjungan hormat kepada kepimpinan negara Indonesia bagi menyelesaikan isu berkaitan. • Melalui pertemuan tersebut, Perdana Menteri akan menyatakan pendirian Malaysia berkaitan dengan isu tuntutan budaya. Idea 7: Menghantar nota melalui duta Malaysia • Malaysia juga menggunakan peranan Duta Malaysia ke negara tersebut untuk mendapatkan penjelasan. • Nota tunjuk sebab akan diberikan kepada negara Indonesia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan dengan sesuatu isu. Idea 8: Penyelesaian melalui badan antarabangsa • Beberapa tuntutan berkaitan dengan budaya oleh Malaysia dan Indonesia telah mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). • Pengiktirafan yang diberikan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan ketegangan hubungan antara negara. Penutup Isu tuntutan budaya antara negara akan terus kekal berlaku seandainya kedua-dua pihak tidak memainkan peranan bagi memastikan isu ini tidak N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 143 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
144 PB menjadi duri dalam daging dalam hubungan antara kedua-dua negara. (Kombinasi jawapan: Faktor isu tuntutan budaya sering berlaku + 2 (Pendekatan Malaysia dalam menyelesaikan isu) Soalan 20 Pendahuluan Pencemaran perairan negara semakin meruncing. Punca-punca pencemaran ini perlu dikenal pasti supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil bagi menangani masalah ini. Isi-is Penting A Punca pencemaran Idea 1: Aktiviti pengangkutan air • Melibatkan kapal dagang dan tangki, terutama di Selat Melaka yang merupakan laluan kapal tersibuk di rantau ini. • Kes pelanggaran kapal tangki sering berlaku. • Terdedah kepada risiko tumpahan minyak. • Sebagai contoh, kes Nagasaki Spirit melibatkan tumpahan minyak 13 000 tan. Idea 2: Aktiviti cari gali minyak • Terdapat 165 pelantar minyak pelbagai syarikat di seluruh dunia yang menjalankan aktiviti cari gali minyak dan pengeluaran minyak dan gas. • Tumpahan minyak mencemarkan pantai di sekitar Laut China Selatan. Idea 3: Aktiviti perindustrian • Kilang dibina berhampiran dengan pantai. • Membuang sisa toksik ke dalam laut bagi menjimatkan kos operasi. • Sebagai contoh Pusat Perindustrian di Pasir Gudang dan Bayan Lepas. Idea 4: Aktiviti sektor pertanian • Aktiviti pertanian berhampiran kawasan pantai. • Banyak menggunakan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga perosak. • Bahan tersebut digunakan tidak mengikut spesifikasi dan secara berlebihan. • Bahan bertoksik ini akan meresap ke dalam tanah, terlarut dalam air dan dihanyutkan ke laut. Idea 5: Aktiviti penambakan laut • Aktiviti penambakan laut bagi meluaskan kawasan pantai oleh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan juga negara jiran menyebabkan pencemaran air laut di negara kita. • Laut yang ditambak dengan pasir dan juga tanah menyebabkan air laut menjadi kotor dan berlakunya pemendapan. • Hidupan akuatik terjejas akibat pencemaran laut. B Langkah-langkah mengatasi Idea 6: Meningkatkan kerjasama antara negara • Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand berkongsi perairan negara. • Saling bekerjasama bagi kepentingan bersama melalui ASEAN bagi menyalurkan pandangan berkenaan isu Selat Melaka. • Rancangan Kontigensi Mengawal Tumpahan minyak telah dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mengawasi tumpahan minyak di perairan negara. Idea 7: Memperkasakan penguatkuasaan undangundang • Mereka yang bersalah dikenakan tindakan undangundang. • Akta Zon Ekonomi Eksklusif dikuatkuasakan dan dilaksanakan. • Penguatkuasa laut seperti polis marin dan APMM menjalankan tugas dengan amanah. • Hukuman denda, penjara dan rotan mandatori dilaksanakan. Idea 8: Mewujudkan skim pemisahan lalu lintas • Mengawal keselamatan lalu lintas di Selat Melaka. • Mengurangkan dan mengelakkan kemalangan kapal di kawasan Selat Melaka. Idea 9: Menubuhkan badan khas East Asia Respons Limited • Syarikat-syarikat minyak seperti ESSO, Petronas, Caltex, Mobil dan Shell menubuhkan badan khas yang tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja, tetapi juga meliputi kawasan Asia Pasifik. • Antara peranannya ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain. Penutup Masalah pencemaran ini jika tidak dibendung dari awal mungkin akan memberikan impak yang kronik kepada pelbagai pihak. Oleh itu, kerjasama yang tuntas daripada pelbagai negara perlu bagi mengatasi masalah ini dengan lebih efektif. (Kombinasi jawapan: 3 punca pencemaran + 2 usaha bagi mengatasi masalah perairan tercemar) N&L STPM P.Am S3(Jaw).indd 144 22/06/2023 11:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.