The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7569-61-1
Price: WM: RM19.50 EM: RM20.50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-07-18 04:04:14

N&L Mikro S1_Anyflip

ISBN: 978-629-7569-61-1
Price: WM: RM19.50 EM: RM20.50

48 49 44 Jadual di bawah menunjukkan harga barang A, kuantiti diminta barang A dan kuantiti diminta barang B. Barang A Barang B Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti diminta (unit) 20.00 900 800 50.00 500 600 Apabila harga barang A naik daripada RM20.00 kepada RM50.00, nilai keanjalan permintaan silang ialah A –0.53 C –0.30 B –0.38 D –0.17 45 Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) suatu barang. Fungsi penawaran barang tersebut ialah Qs = 40 + 6P, dengan Qs ialah kuantiti ditawarkan dan P ialah harga. Harga (RM) Kuantiti (unit) 0 S S Q0 Q1 90 60 W V Berapakah nilai keanjalan penawaran apabila berlaku pergerakan dari titik V ke W? A 0.10 B 0.90 C 0.93 D 1.10 46 Berikut ialah fungsi permintaan (Qd ) bagi suatu barang: Qd = 20 – 5P dengan P ialah harga (RM) dan Qd = kuantiti diminta (unit). Pada P = RM2.00, keluk permintaan barang tersebut adalah A beranjal. B tak anjal. C anjal uniti. D anjal infiniti. 47 Jangkaan penurunan harga emas pada masa hadapan di pasaran akan menyebabkan A keluk permintaan emas beralih ke kiri. B keluk permintaan emas beralih ke kanan. C keluk permintaan emas tidak berubah. D keluk penawaran emas beralih ke kanan. 48 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta bagi barang X dan barang Y dengan tingkat harga barang X di pasaran. Harga barang X (RM) Kuantiti diminta barang X (unit) Kuantiti diminta barang Y (unit) 1.00 150 50 2.00 125 75 Berdasarkan jadual di atas, apakah hubungan antara kedua-dua barang tersebut? A Barang pengganti B Barang penggenap C Barang tidak berkaitan D Barang bukan pengganti 49 Yang berikut ialah kesan pelaksanaan dasar harga minimum, kecuali A wujud lebihan permintaan dalam pasaran. B Wujud lebihan penawaran dalam pasaran. C kuantiti yang ditawar meningkat. D Kuantiti yang diminta menurun. 50 Yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga suatu barang? A Kepentingan sesuatu barang B Kewujudan barang penggenap C Ketagihan terhadap sesuatu barang D Peratus pendapatan yang dibelanjakan 51 Yang manakah akan menyebabkan peralihan ke kanan keluk permintaan pasaran ikan? A Kejatuhan harga minyak untuk kegunaan bot nelayan B Pendapatan pengguna meningkat C Harga daging menurun D Harga ikan menurun STPM KLON STPM KLON STPM KLON Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 49 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 51 52 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta bagi barang Z di pasaran. Harga (RM) 1.00 2.00 3.00 Kuantiti diminta (unit) 90 80 70 Persamaan permintaan bagi barang Z ialah A Qd = 120 – 20P B Qd = 110 – 20P C Qd = 70 – 10P D Qd = 100 – 10P 53 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) bagi kelapa sawit. Harga 0 Kuantiti S0 S0 S1 S1 Peralihan keluk penawaran dari S0 S0 ke S1 S1 berlaku apabila A harga kelapa sawit di pasaran menurun. B permintaan terhadap kelapa sawit meningkat. C kerajaan mengenakan cukai kepada penanam kelapa sawit. D kerajaan memberikan subsidi kepada penanam kelapa sawit. 54 Yang manakah faktor yang menyebabkan penawaran menjadi beranjal? A Mobiliti input yang rendah B Bilangan firma yang sedikit di pasaran C Bilangan input pengganti yang banyak D Bekalan input sukar diperoleh 55 Berikut ialah persamaan permintaan (Qd) dan persamaan penawaran (Qs) bagi suatu barang. Qd = 120 – 5P Qs = 40 + 5P Dengan P ialah harga (RM). Dasar pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM2.00 per unit keluaran akan menyebabkan A harga menurun sebanyak RM1.00. B harga menurun sebanyak RM7.00. C kuantiti meningkat sebanyak 80 unit. D kuantiti meningkat sebanyak 85 unit. 56 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar bagi barang Z di pasaran. Harga (RM) 1.00 2.00 3.00 Kuantiti ditawar (unit) 45 60 75 Persamaan penawaran bagi barang Z ialah A Qs = 30 + 3P B Qs = 30 + 15P C Qs = 45 + 15P D Qs = 60 + 3P 57 Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barang menurun apabila pendapatan pengguna meningkat, maka barang tersebut ialah barang A biasa. C mewah. B mesti. D bawahan. 58 Yang manakah tidak benar tentang dasar harga maksimum? I Penetapan harga lebih rendah daripada harga pasaran II Penetapan harga lebih tinggi daripada harga pasaran III Mewujudkan lebihan permintaan IV Mewujudkan lebihan penawaran A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 50 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 51 Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 (a) Dengan menggunakan rajah, jelaskan perbezaan antara perubahan kuantiti ditawarkan dengan perubahan penawaran. [4] (b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi perubahan penawaran. [6] 2 Huraikan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila (a) peningkatan permintaan lebih besar daripada peningkatan penawaran. [5] (b) pengurangan permintaan sama dengan peningkatan penawaran. [5] 3 (a) Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi kopi dan teh. Harga kopi Kuantiti kopi 0 P0 P1 Q0 Q1 D0 D0 Harga teh Kuantiti teh 0 P0 Q3 Q2 D0 D1 D1 D0 Berdasarkan rajah tersebut, jelaskan hubungan antara kopi dengan teh jika harga asal kopi ialah 0P0 . [6] (b) Mengapakah minuman teh dianggap mempunyai keanjalan permintaan lebih daripada satu? [4] 4 Dengan menggunakan rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keseimbangan pasaran kereta tempatan apabila (a) kerajaan mengurangkan cukai ke atas pengeluar. [5] (b) cukai import kereta dinaikkan. [5] 5 Barang M dan barang N merupakan pengganti. Dengan menggunakan rajah, jelaskan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan barang N jika penawaran barang M meningkat. [10] 6 (a) Terangkan perbezaan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2] (b) Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan terhadap keluk permintaan apabila (i) harga barang penggenap naik. (ii) pengguna menerima kenaikan pendapatan. [8] 7 (a) Terangkan maksud (i) lebihan penawaran. (ii) lebihan permintaan. [2] (b) Bagaimanakah keseimbangan pasaran dapat dicapai apabila wujud lebihan permintaan atau lebihan penawaran? [8] STPM KLON STPM KLON Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 51 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 53 8 Bincangkan kemungkinan kesan daripada tindakan kerajaan melaksanakan dasar harga minimum terhadap (a) harga dan kuantiti yang dijual di pasaran. [4] (b) lebihan pengguna. [3] (c) perbelanjaan kerajaan. [3] 9 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan (i) lebihan pengguna? (ii) lebihan pengeluar? [2] (b) Apakah kesan terhadap lebihan pengguna sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar? [8] 10 (a) Jelaskan sebab petroleum mempunyai nilai keanjalan penawaran kurang daripada satu berbanding dengan roti yang mempunyai nilai keanjalan penawaran melebihi satu. [4] (b) Bagaimanakah sesuatu barang dikelaskan sebagai barang pengganti atau barang penggenap? [6] 11 (a) Takrifkan keanjalan penawaran. [2] (b) Apakah empat faktor utama yang mempengaruhi keanjalan penawaran? [8] 12 Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana sebuah firma dapat meningkatkan jumlah hasil dalam keadaan permintaan pasaran adalah (a) beranjal. [5] (b) tak anjal. [5] 13 Andaikan bahawa keluk permintaan tak anjal manakala keluk penawaran anjal uniti. Dengan menggunakan rajah, terangkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar akibat kenaikan cukai jualan. [10] 14 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan faedah subsidi? [2] (b) Huraikan faedah subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar dalam keadaan permintaan beranjal manakala penawaran tak anjal. [8] 15 Kejatuhan pendapatan pengguna dan kejatuhan harga besi menyebabkan peralihan keluk permintaan lebih besar berbanding dengan peralihan keluk penawaran dalam pasaran kereta tempatan. Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan perubahan kedua-dua keluk tersebut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan dalam pasaran kereta tempatan. [10] 16 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga? [2] (b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan perbezaan antara permintaan anjal dengan permintaan tak anjal. [8] STPM KLON STPM KLON STPM KLON Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 52 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 53 Bahagian C Soalan Kuantitatif Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan. 1 Persamaan di bawah menunjukkan persamaan permintaan masing-masing bagi pengguna A, B dan C. PX = 200 – 10QX PX = 350 – 5QX PX = 300 – 10QX dengan PX = harga barang X (RM), dan QX = kuantiti diminta barang X (unit). (a) Hitung kuantiti diminta di pasaran jika tingkat harga pasaran ialah RM50.00. [2] (b) Sekiranya harga pasaran meningkat sebanyak 40%, hitung kuantiti diminta di pasaran yang baharu. [2] (c) Hitung keanjalan permintaan harga barang X berdasarkan jawapan dalam (a) dan (b). [2] (d) Berapakah tingkat harga pasaran sekiranya kuantiti diminta di pasaran ialah 60 unit? [2] (e) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan pasaran barang X. [2] 2 Persamaan penawaran dan permintaan pasaran bagi suatu barang adalah seperti berikut: Qs = 100 + 25P Qd = 200 – 25P dengan P = harga (RM) dan Q = kuantiti (unit). (a) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. [3] (b) Jika kerajaan menjalankan dasar harga minimum pada RM3.00, (i) berapakah kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada tingkat harga tersebut? [2] (ii) apakah kesan dasar itu terhadap pasaran barang tersebut? [2] (c) Apakah tindakan kerajaan selanjutnya untuk mengekalkan tingkat harga tersebut? [1] (d) Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan untuk mengekalkan tingkat harga tersebut? [2] 3 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga. Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit) 2.00 60 0 4.00 50 20 6.00 40 40 8.00 30 60 10.00 20 80 12.00 10 100 (a) Pada kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [3] (b) Berdasarkan rajah dalam (a), tunjuk dan tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. [2] (c) Andaikan cukai jualan sebanyak RM3.00 dikenakan bagi setiap unit output terhadap pengeluar. (i) Berdasarkan rajah dalam (a), tentukan dan nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu. [2] (ii) Hitung beban cukai pengguna dan pengeluar masing-masing. [2] (iii) Berapakah jumlah hasil yang diperoleh kerajaan? [1] Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 53 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 55 4 Persamaan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang adalah seperti berikut: Q = 200 – 20P Q = 100 + 20P dengan P = harga (RM) dan Q = kuantiti (unit). (a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2] (b) Jika subsidi sebanyak RM2.00 per unit diberikan oleh kerajaan, (i) bentukkan persamaan penawaran yang baharu. [1] (ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu selepas pemberian subsidi. [2] (c) Hitung faedah subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar masing-masing. [3] (d) Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan? [2] 5 Berikut adalah persamaan penawaran dan permintaan bagi sesuatu barang. P = 10 + 2Q P = 40 – 3Q dengan P = harga (RM) dan Q = kuantiti (kg). (a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2] (b) Hitung lebihan pengguna pada tingkat keseimbangan. [1] (c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM5.00 per kilogram, (i) berapakah harga dan kuantiti keseimbangan baharu? [2] (ii) hitung perubahan lebihan pengguna dan jelaskan makna bagi nilai yang diperoleh.[2] (d) Lukis keluk permintaan dan keluk penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan dengan menggunakan kertas graf. [3] 6 Berikut adalah persamaan penawaran dan permintaan bagi barang X. P = 50 + 3Q P = 200 – 2Q dengan, Q = Kuantiti barang X ('000 kg) P = Harga barang X (RM) (a) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [2] (b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.00 per kg, (i) berikan persamaan penawaran yang baharu. [1] (ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan baharu. [2] (iii) hitung jumlah perbelanjaan kerajaan. [1] (iv) nyatakan kesan dasar tersebut terhadap pasaran barang X. [1] (c) Lukis keluk penawaran barang X sebelum dan selepas subsidi diberikan dengan menggunakan kertas graf. [3] 7 Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti ditawarkan dan kuantiti diminta bagi suatu barang. Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (unit) Kuantiti diminta (unit) 1.00 5 13 2.00 6 12 3.00 7 11 4.00 8 10 5.00 9 9 Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 54 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 55 (a) Hitung (i) keanjalan penawaran [3] (ii) keanjalan permintaan harga [3] apabila harga naik daripada RM4.00 kepada RM5.00. (b) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga. [2] (c) Terangkan kesan terhadap jumlah hasil apabila harga pasaran meningkat. [1] (d) Apakah hubungan antara jumlah hasil dengan keanjalan permintaan harga? [1] 8 (a) Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga barang X dengan kuantiti diminta barang X, Y dan Z. Harga barang X (RM) Kuantiti diminta (unit) Barang X Barang Y Barang Z 1.00 10 15 8 2.00 6 12 8 (i) Hitung keanjalan permintaan harga bagi barang X apabila harganya turun. Tafsirkan nilai keanjalan tersebut. [2] (ii) Hitung keanjalan permintaan silang barang X dengan barang Y dan barang Z apabila harga barang X naik. Nyatakan hubungan antara barang X dengan barang Y dan barang Z masing-masing. [3] (b) Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat pendapatan dengan kuantiti diminta barang J, K dan L. Pendapatan (RM) Kuantiti diminta (unit) Barang J Barang K Barang L 1 000.00 100 100 100 1 200.00 150 75 100 (i) Jika pendapatan bertambah, hitung keanjalan permintaan pendapatan terhadap barang J, K dan L. [3] (ii) Berdasarkan jawapan dalam (b)(i), nyatakan jenis barang J, K dan L masing-masing. [2] 9 Andaikan sebuah firma menjual keluaran Z di dua pasaran yang berbeza, iaitu pasaran V dan pasaran W. Harga (RM) Kuantiti (unit) 0 25.00 50.00 6580 150 DV DV DW DW DVDV = Keluk permintaan di pasaran V DWDW = Keluk permintaan di pasaran W Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 55 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 PB (a) Hitung keanjalan permintaan harga bagi keluaran Z di pasaran V dan W jika harga menurun daripada RM50.00 kepada RM25.00. [4] (b) Berapakah perbezaan jumlah hasil yang diperoleh di setiap pasaran? [4] (c) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh firma bagi meningkatkan jumlah hasil di keduadua pasaran? [2] 10 Fungsi penawaran bagi firma X, firma Y dan firma Z masing-masing adalah seperti berikut: P = 40 + 20Q P = 10 + 10Q P = 60 + 20Q dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti ditawarkan (unit). (a) Hitung kuantiti ditawarkan di pasaran pada harga RM100.00 dan RM150.00. [3] (b) Hitung keanjalan penawaran (i) firma Y (ii) pasaran apabila harga naik daripada RM100.00 kepada RM150.00. [4] (c) Tafsirkan nilai keanjalan penawaran firma Y. [1] (d) Berdasarkan jawapan dalam (b), apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang keanjalan penawaran? [2] 11 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga. Harga (RM) Kuantiti ditawar (RM) 10 120 15 150 20 180 25 210 30 240 (a) Terbitkan persamaan penawaran terhadap barang tersebut. [2] (b) Jika persamaan permintaan barang tersebut ialah Qd = 120 – 4P dengan Qd = kuantiti diminta (unit) P = harga (RM) (i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2] (ii) hitung lebihan pengguna. [2] (c) Jika penawaran bertambah sebanyak 40 unit pada setiap tingkat harga, (i) terbitkan persamaan penawaran yang baharu. [1] (ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu. [2] (iii) terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [1] Nota & Lat STPM(Mikro)B2.indd 56 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 57 3.1 Pengenalan 1 Tujuan firma atau pengeluar menjalankan proses pengeluaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan. 2 Cara-cara firma memaksimumkan keuntungan ialah: (a) memaksimumkan keluaran/output (Teori Pengeluaran). (b) meminimumkan kos pengeluaran (Teori Kos Pengeluaran). 3.2 Istilah Pengeluaran Istilah Maksud Firma/pengeluar Sebarang individu atau organisasi yang terlibat dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Industri Sekumpulan firma yang terlibat dalam pengeluaran barang yang sama. Loji Sebarang alat fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran barang. Contohnya, jentera dan kilang. Input/faktor Sebarang bahan yang diperlukan dan digunakan dalam proses pengeluaran barang. Dibezakan kepada: Input tetap Input berubah Jenis input yang tidak perlu ditambah apabila output bertambah. Contoh: jentera dan kilang. Jenis input yang perlu ditambah apabila output bertambah. Contoh: buruh dan bahan mentah. Jangka masa Ditentukan oleh jenis input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Dibezakan kepada: Jangka masa pendek Jangka masa panjang Proses pengeluaran yang melibatkan input tetap dan input berubah. Contoh: modal sebagai input tetap dan buruh sebagai input berubah. Proses pengeluaran yang melibatkan input berubah sahaja. Contoh: modal dan buruh. Fungsi pengeluaran Persamaan atau rajah yang menunjukkan hubungan antara input dengan output. Contoh: Q = f(K, L), dengan Q ialah output, K ialah input modal dan L ialah input buruh. 3.3 Konsep Keluaran Konsep Singkatan Maksud Formula Jumlah keluaran (Jumlah keluaran fizikal) TP atau TPP Jumlah output yang dihasilkan oleh sejumlah input berubah. – NOTA Ekspres BAB 3 Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 57 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 59 Konsep Singkatan Maksud Formula Keluaran purata (Keluaran fizikal purata) AP atau APP Jumlah output yang dihasilkan oleh seunit input berubah. AP = TP L Keluaran sut (Keluaran fizikal sut) MP atau MPP Perubahan jumlah keluaran akibat tambahan seunit input berubah. MP = ∆TP ∆L 3.4 Teori Pengeluaran Jangka Pendek Andaian 1 Terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan input berubah. 2 Tingkat teknologi tetap. 3 Semua input berubah adalah homogen. Hubungan antara TP, AP dan MP Kaedah Jadual Input tetap (unit) Input berubah – buruh (orang) Jumlah keluaran (unit) Keluaran purata (unit) Keluaran sut (unit) 1 0 0 – – 1 1 10 10 1 = 10 10 – 0 1 – 0 = 10 1 2 30 30 2 = 15 30 – 10 2 – 1 = 20 1 3 (L0 ) 60 20 30 1 4 88 22 28 1 5 105 21 17 1 6 114 19 9 1 7 119 17 5 1 8 (L2 ) 119 14.88 0 1 9 115 12.78 –4 Kaedah Rajah Rajah Huraian Keluaran Input berubah L0 L1 L2 MP AP TP 0 TP dan MP AP dan MP Input (L) TP (unit) MP (unit) Input (L) AP (unit) MP (unit) 0–L0 ↑ ↑ 0–L1 ↑ MP > AP L0 –L2 ↑ ↓ L1 Maksimum MP = AP L2 Maksimum 0 >L1 ↓ MP < AP >L2 ↓ Negatif Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 58 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 59 Hukum Pulangan Berkurangan 1 Semakin banyak input berubah ditambah kepada satu input tetap, jumlah keluaran bertambah dengan kadar yang meningkat pada mulanya sebab sedikit input berubah digabung dengan input tetap. 2 Apabila input berubah terus-menerus ditambah kepada input tetap, jumlah keluaran kemudian akan bertambah dengan kadar menurun sebab semakin banyak input berubah digabung dengan input tetap. 3 Hukum pulangan berkurangan bermula pada input berubah 0L0 , apabila MP adalah maksimum. 4 Jumlah keluaran akan mencapai tingkat maksimum apabila gabungan atau kombinasi input tetap dengan input berubah paling cekap. 5 Namun, selepas satu tingkat input tertentu, jumlah keluaran akan berkurangan sebab terlalu banyak input berubah digabung dengan input tetap, iaitu kombinasi input menjadi tidak cekap. Keadaan ini disebabkan input tetap mempunyai keupayaan yang terhad. Perkaitan antara Hukum Pulangan Berkurangan dengan TP, AP dan MP Input berubah TP AP MP Huraian 0–L0 ↑ ↑ ↑ Hukum pulangan bertambah L0 –L2 ↑ ↑ dan ↓ ↓ Hukum pulangan berkurangan L2 Maksimum ↓ ↓ Kombinasi input paling cekap >L2 ↓ ↓ Negatif Hukum pulangan negatif Kesimpulan • Hukum pulangan berkurangan bermaksud jumlah keluaran bertambah pada kadar menurun bagi setiap tambahan satu unit input berubah. • Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila keluaran sut (MP) menurun dan bernilai positif. • Seorang pengeluar yang rasional akan memilih tingkat input antara L0 –L2 apabila hukum pulangan berkurangan bertindak sebab: (a) jumlah keluaran mencapai tingkat maksimum. (b) kombinasi input paling cekap. 3.5 Teori Kos Pengeluaran Maksud Kos Pengeluaran Segala perbelanjaan yang ditanggung oleh firma terhadap input atau faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran barang. Jenis-jenis Kos Kos pengeluaran boleh dibezakan kepada: (a) kos eksplisit dan kos implisit. (b) kos jangka pendek dan kos jangka panjang. Jadual 3.1 Konsep kos pengeluaran Jenis kos Maksud Contoh Kos eksplisit (kos nampak) Perbelanjaan sebenar yang ditanggung oleh firma terhadap input (bukan milik firma) yang digunakan dalam proses pengeluaran. • Upah buruh • Sewa kilang • Kos bahan mentah Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 59 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 61 Jenis kos Maksud Contoh Kos implisit (kos tak nampak) • Perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh firma terhadap input milik firma. • Nilai alternatif yang dilepaskan dalam proses pengeluaran. • Upah yang sepatutnya dibayar kepada ahli keluarga • Sewa yang sepatutnya dibayar kepada kilang sendiri Kos jangka pendek Perbelanjaan terhadap input tetap dan input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran jangka pendek. • Kos tetap • Kos berubah Kos jangka panjang Perbelanjaan terhadap semua input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran jangka panjang. • Kos purata • Kos sut Contoh Pengeluar Z membelanjakan RM1 000.00 untuk mengeluarkan sesuatu barang seperti berikut: Upah buruh = RM800.00 Sewa kilang = RM200.00 Maklumat tambahan lain Jumlah hasil = RM2 000.00 Pulangan daripada RM1 000.00 jika digunakan untuk tujuan lain = RM300.00 Pendapatan yang diperoleh jika pengeluar Z bekerja untuk orang lain = RM500.00 Maka, kos eksplisit dan kos implisit dapat dihitung seperti berikut: Kos eksplisit (RM) Kos implisit (RM) 800 + 200 = 1 000.00 300 + 500 = 800.00 Dari segi ekonomi: Jumlah kos = Kos eksplisit + Kos implisit = 1 000 + 800 = RM1 800.00 Dari segi perakaunan: Jumlah kos = Kos eksplisit sahaja = RM1 000.00 Untung ekonomi Untung perakaunan Jumlah hasil – Jumlah kos = Jumlah hasil – (Kos eksplisit + Kos implisit) = 2 000 – 1 800 = RM200.00 Jumlah hasil – Jumlah kos = Jumlah hasil – Kos eksplisit = 2 000 – 1 000 = RM1 000.00 Kesimpulan (a) Untung ekonomi mengambil kira kos implisit. (b) Untung ekonomi lebih rendah daripada untung perakaunan disebabkan kos implisit. 3.6 Kos Pengeluaran Jangka Pendek Jenis-jenis Kos Jenis kos Maksud Formula/singkatan Jumlah kos tetap Bayaran terhadap input tetap yang digunakan dalam proses pengeluaran barang. Jumlah kos yang ditanggung pada tingkat output sifar. Contoh: sewa kilang. TFC Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 60 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 61 Jenis kos Maksud Formula/singkatan Jumlah kos berubah Bayaran terhadap input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran barang. Contoh: upah buruh. TVC Jumlah kos jangka pendek Jumlah bayaran terhadap input tetap dan input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran barang. TC = TFC + TVC Kos tetap purata Jumlah kos tetap bagi seunit output. AFC = TFC Q Kos berubah purata Jumlah kos berubah bagi seunit output. AVC = TVC Q Kos total purata (kos purata) Jumlah kos bagi seunit output. AC = TC Q AC = TFC + TVC Q AC = AFC + AVC Kos sut Perubahan jumlah kos bagi tambahan seunit output. MC = ∆TC ∆Q Perkaitan antara Teori Pengeluaran Jangka Pendek dengan Kos Pengeluaran Jangka Pendek Input tetap (unit) Buruh (orang) Jumlah keluaran (unit) Jumlah kos tetap (RM) Jumlah kos berubah (RM) Jumlah kos (RM) Kos tetap purata (RM) Kos berubah purata (RM) Kos purata (RM) Hukum pulangan berkurangan 1 0 0 100 0 100 + 0 = 100 – – – 1 1 10 100 50 150 100 10 = 10 50 10 = 5 10 + 5 = 15 1 2 30 100 100 200 3.33 3.33 6.66 1 3 60 100 150 250 1.67 2.50 4.17 1 4 88 100 200 300 1.14 2.27 3.41 1 5 105 100 250 350 0.95 2.38 3.33 1 6 114 100 300 400 0.88 2.63 3.51 1 7 119 100 350 450 0.84 2.94 3.78 1 8 119 100 400 500 0.84 3.36 4.20 Kos seunit input tetap = RM100.00 Kos seunit input berubah = RM50.00 Jelas bahawa AVC dan AC meningkat disebabkan hukum pulangan berkurangan mulai atau selepas 4 orang buruh. Hubungan antara Konsep Kos Pengeluaran Jangka Pendek Kaedah Jadual Output (unit) Jumlah kos tetap (RM) Jumlah kos berubah (RM) Jumlah kos (RM) Kos tetap purata (RM) Kos berubah purata (RM) Kos purata (RM) Kos sut (RM) 0 100 0 100 + 0 = 100 – – – – 1 100 90 190 100 1 = 100 90 1 = 90 100 + 90 = 190 190 – 100 1 – 0 = 90 2 100 170 270 50 85 135 80 3 100 240 340 33.33 80 113.33 70 4 100 300 400 25 75 100 60 Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 61 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 63 Output (unit) Jumlah kos tetap (RM) Jumlah kos berubah (RM) Jumlah kos (RM) Kos tetap purata (RM) Kos berubah purata (RM) Kos purata (RM) Kos sut (RM) 5 100 370 470 20 74 94 70 6 100 450 550 16.67 75 91.67 80 7 100 540 640 14.29 77.14 91.43 90 8 100 650 750 12.50 81.25 93.75 110 9 100 780 880 11.11 86.67 97.78 130 10 100 930 1 030 10 93 103 150 Kaedah Rajah Jenis kos Rajah Huraian Jumlah kos tetap (TFC) Kos 0 Output C0 TFC Keluk TFC berbentuk garisan mendatar. Nilainya tetap (0C0 ) pada setiap tingkat output. Pada output sifar, wujud TFC sebanyak 0C0 . Jumlah kos berubah (TVC) Kos 0 Output TVC Keluk TVC mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Nilainya meningkat apabila output meningkat. Pada output sifar, TVC = 0. Jumlah kos (TC) C0 Kos 0 Output TC Keluk TC mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Nilainya meningkat apabila output meningkat. Pada output sifar, TC = TFC = 0C0 . Kos tetap purata (AFC) Kos 0 Output AFC Keluk AFC berbentuk hiperbola. Nilainya menurun apabila output meningkat. Kos berubah purata (AVC) Kos 0 Output AVC Keluk AVC berbentuk ‘U’, iaitu mula-mula menurun dan kemudian meningkat apabila output meningkat. Disebabkan hukum pulangan berkurangan. Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 62 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 63 Jenis kos Rajah Huraian Kos purata (AC) 0 Kos Output AC Keluk AC diperoleh dengan menggabungkan AFC dan AVC. Keluk AC juga berbentuk ‘U’, iaitu mulamula menurun dan kemudian meningkat. Hubungan antara TFC, TVC dan TC Rajah Huraian C0 Kos 0 Output TC TVC TFC • Keluk TC lebih tinggi daripada TFC dan TVC. • Keluk TC selari dengan keluk TVC sebab jarak antara TC dengan TVC mewakili nilai TFC yang tetap. • Pada output sifar, TC = TFC, iaitu 0C0 . Hubungan antara AFC, AVC dan AC Rajah Huraian Q0 Q1 Kos 0 Output AFC AVC AC • Keluk AC lebih tinggi daripada keluk AFC dan AVC. • Keluk AC mencapai titik minimum pada tingkat output yang lebih tinggi (0Q1 ) berbanding dengan keluk AVC (0Q0 ). • Jarak antara AC dengan AVC semakin rapat sebab jarak ini mewakili nilai AFC yang menurun. Hubungan antara AVC, AC dan MC Rajah Huraian Q0 Q1 Kos 0 Output MC AVC AC • Apabila keluk AVC dan AC menurun, keluk MC lebih rendah daripada AVC dan AC. • Apabila keluk AVC dan AC meningkat, keluk MC lebih tinggi daripada AVC dan AC. • Keluk MC bersilang dengan titik minimum keluk AVC dan AC pada 0Q0 dan 0Q1 masing-masing. Kesimpulan (a) TC = TFC pada tingkat output sifar. (b) Keluk AVC mencapai titik minimum lebih cepat daripada keluk AC. (c) Keluk AVC mencapai titik minimum pada tingkat output yang lebih rendah berbanding dengan keluk AC. (d) Keluk MC mesti bersilang dengan titik minimum keluk AVC dan AC masing-masing. Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 63 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 65 3.7 Kos Pengeluaran Jangka Panjang 1 Dalam jangka panjang, semua input merupakan input berubah. Maka, jumlah kos pengeluaran adalah sama dengan jumlah kos berubah, iaitu TC = TVC. 2 Terdapat dua jenis kos jangka panjang, iaitu: (a) kos purata jangka panjang (LAC). (b) kos sut jangka panjang (LMC). Terbitan Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LAC) 1 Dalam jangka panjang, semua input merupakan input berubah termasuk saiz loji. 2 Firma yang ingin menambah output akan menambah saiz loji untuk meminimumkan kos dalam jangka panjang. 3 Saiz loji diwakili oleh keluk kos purata jangka pendek (SAC) sebab dalam jangka pendek, kos purata diwakili oleh satu input tetap, iaitu satu saiz loji. Kos 0 Output Q1 C4 C2 C1 C3 C5 Q2 Q3 Q4 Q0 a b c e SAC1 SAC2 SAC3 SAC0 SAC4 LAC d Rajah 3.1 Terbitan keluk kos purata jangka panjang (LAC) daripada keluk-keluk kos purata jangka pendek (SAC) 4 Andaikan firma menggunakan saiz loji asal SAC1 untuk mengeluarkan output sebanyak 0Q1 . Kos purata ialah 0C1 yang ditunjukkan oleh titik a. 5 Apabila firma ingin menambah output kepada 0Q2 , firma masih menggunakan saiz loji SAC1 untuk meminimumkan kos. Kos purata menurun daripada 0C1 kepada 0C2 yang ditunjukkan oleh titik b. 6 Seterusnya, firma ingin menambah output kepada 0Q3 . Maka, firma akan menambah saiz loji SAC2 untuk mengurangkan kos purata kepada 0C3 seperti ditunjukkan oleh titik c. 7 Jika firma masih menggunakan saiz loji SAC1 untuk mengeluarkan output 0Q3 , kos purata akan meningkat kepada 0C4 seperti ditunjukkan oleh titik d. 8 Pada tingkat output 0Q4 , firma boleh menambah saiz loji SAC3 dan mengurangkan kos purata kepada 0C5 seperti ditunjukkan oleh titik e. Peringatan Output 0Q1 0Q2 0Q3 0Q4 Saiz loji SAC1 SAC1 SAC2 SAC3 Kos purata jangka panjang (LAC) 0C1 0C2 0C3 0C5 Titik a b c e Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 64 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 65 9 Keluk kos purata jangka panjang (LAC) diperoleh dengan menyambung titik-titik a, b, c dan e. Keluk LAC menyampul atau tangen kepada keluk-keluk SAC dan dinamakan keluk sampul. 10 Walau bagaimanapun, selepas satu tingkat output tertentu, iaitu 0Q0 , kos purata akan meningkat walaupun firma terus menambah saiz loji seperti SAC4 . 11 Kos purata jangka panjang mencapai tingkat minimum pada output 0Q0 dengan saiz loji SAC0 . 12 Oleh itu, keluk kos purata jangka panjang juga berbentuk ‘U’, iaitu mula-mula menurun dan kemudian meningkat apabila output bertambah. 13 Keluk kos purata jangka panjang sebenarnya merupakan satu keluk licin sebab terdapat pelbagai saiz loji. 14 Bentuk ‘U’ yang luas menyebabkan keluk LAC dinamakan keluk kuali. 15 Jelas bahawa setiap titik di sepanjang keluk kos purata jangka panjang menunjukkan tingkat kos purata yang boleh diminimumkan pada pelbagai tingkat output dengan menggunakan saiz loji yang sesuai. 16 Keluk LAC merupakan keluk perancangan sebab firma boleh merancang dan memilih saiz loji yang sesuai untuk meminimumkan kos berdasarkan tingkat output. Hubungan antara Kos Purata Jangka Pendek dengan Kos Purata Jangka Panjang (SAC dan LAC) Rajah Huraian Q1 Q0 Q2 Kos 0 Output SAC1 SAC0 SAC2 LAC • Apabila keluk LAC menurun, keluk LAC menyentuh bahagian keluk SAC yang menurun. Contoh: output 0Q1 . • Apabila keluk LAC mencapai titik minimum, keluk LAC menyentuh bahagian keluk SAC yang minimum. Contoh: output 0Q0 . • Apabila keluk LAC meningkat, keluk LAC menyentuh bahagian keluk SAC yang meningkat. Contoh: output 0Q2 . 3.8 Ekonomi Bidangan dan Tak Ekonomi Bidangan Menjelaskan bentuk keluk kos purata jangka panjang yang berbentuk ‘U’ dan perubahan keluk kos purata jangka panjang. Jadual 3.2 Maksud ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan Ekonomi bidangan Tak ekonomi bidangan Faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang menurun kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri dan perkembangan industri secara keseluruhan. Masalah atau keburukan yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang meningkat kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri dan perkembangan industri secara keseluruhan. Terdiri daripada: (a) ekonomi dalaman. (b) ekonomi luaran. Terdiri daripada: (a) tak ekonomi dalaman. (b) tak ekonomi luaran. Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 65 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 67 Ekonomi Bidangan Perkara Ekonomi dalaman Ekonomi luaran Maksud Faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang berkurangan kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri. Faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang berkurangan kesan perkembangan dalam industri secara keseluruhan. Kesan kepada keluk LAC Menyebabkan bahagian keluk LAC yang menurun apabila output bertambah. Kos 0 Output C1 C2 Q1 Q2 LAC Menyebabkan peralihan seluruh keluk LAC ke bawah. Kos 0 Output C0 C1 Q0 LAC1 LAC0 Faktor penyebab/faktor mempengaruhi (a) Ekonomi pengkhususan (b) Ekonomi teknikal (c) Ekonomi pengurusan (d) Ekonomi pemasaran (e) Ekonomi kewangan (f) Ekonomi penyelidikan dan pembangunan (a) Ekonomi penempatan dan pemusatan (b) Ekonomi buruh mahir (c) Ekonomi infrastruktur (d) Ekonomi teknologi maklumat (e) Ekonomi bekalan input (f) Ekonomi integrasi Tak Ekonomi Bidangan (Disekonomi Bidangan) Perkara Tak ekonomi dalaman Tak ekonomi luaran Maksud Masalah yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang bertambah kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri. Masalah yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang bertambah kesan perkembangan dalam industri secara keseluruhan. Kesan kepada keluk LAC Menyebabkan bahagian keluk LAC yang meningkat apabila output bertambah. Kos 0 Output C2 C1 Q1 Q2 LAC Menyebabkan peralihan seluruh keluk LAC ke atas. Kos 0 Output C1 C0 Q0 LAC0 LAC1 Faktor penyebab/faktor mempengaruhi (a) Tak ekonomi pengkhususan (b) Tak ekonomi teknikal (c) Tak ekonomi pengurusan (a) Kekurangan faktor pengeluaran (b) Kos sosial Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 66 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 67 Faktor yang Mempengaruhi Ekonomi Dalaman Faktor penyebab Huraian Ekonomi pengkhususan Dengan pertambahan output, firma menjalankan pengeluaran besar-besaran yang membolehkan pengkhususan kerja dijalankan. Maka, kemahiran atau kecekapan buruh akan meningkat dan seterusnya, meningkatkan produktiviti buruh. Oleh itu, kos purata berkurangan dari segi kos buruh kesan daripada pengkhususan. Ekonomi teknikal Dengan menjalankan pengeluaran secara besar-besaran, firma mampu menggunakan jentera yang berteknologi tinggi dan canggih serta menggunakan jentera tersebut dengan kapasiti yang optimum. Proses pengeluaran dipercepat dan kos purata turut berkurangan dari segi kos penggunaan mesin. Ekonomi pengurusan Firma yang menjalankan pengeluaran secara besar-besaran mampu menggaji pekerja pengurusan yang lebih cekap dan berpengalaman supaya operasi pengeluaran berjalan dengan lancar. Melalui pihak pengurusan yang cekap, perhubungan antara majikan dengan pekerja dapat dieratkan dan produktiviti pekerja akan meningkat. Kelancaran operasi pengeluaran serta komunikasi yang baik antara majikan dengan pekerja akan menambah kecekapan firma dan mengurangkan kos. Ekonomi pemasaran Dari segi input, firma yang menjalankan pengeluaran secara besar-besaran akan membeli input seperti bahan mentah secara pukal. Maka, firma akan memperoleh diskaun perniagaan yang lebih tinggi dan mengurangkan kos bahan mentah. Dari segi output, firma akan giat menjalankan promosi jualan seperti pengiklanan untuk meningkatkan jualannya. Dengan pertambahan output, kos purata yang ditanggung bagi pengiklanan dapat dikurangkan. Ekonomi kewangan Firma yang menjalankan pengeluaran secara besar-besaran mudah memperoleh pinjaman bank serta pada kadar bunga yang lebih rendah. Keadaan ini berlaku kerana institusi kewangan yakin firma besar menanggung risiko kegagalan atau kerugian yang lebih rendah berbanding dengan firma kecil. Oleh itu, kos pinjaman yang lebih rendah akan mengurangkan kos purata firma. Ekonomi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Firma besar mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti barang dan mencipta teknik pengeluaran baharu yang lebih cekap. Usaha penyelidikan ini akan mengurangkan kos purata firma dalam jangka panjang. Faktor yang Mempengaruhi Ekonomi Luaran Faktor penyebab Huraian Ekonomi penempatan dan pemusatan Penempatan pelbagai firma dalam satu kawasan yang sama membolehkan firma yang berkaitan memperoleh bekalan faktor dengan mudah dan pada kos yang lebih rendah. Maka, kos purata menurun. Ekonomi buruh mahir Dalam kawasan perindustrian, firma mudah memperoleh bekalan tenaga buruh yang mahir dan berpengalaman. Maka, firma dapat menjimatkan kos latihan buruh dan kos purata menurun. Ekonomi infrastruktur Dalam kawasan perindustrian, terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan seperti sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik. Kemudahan ini dapat membantu menjimatkan masa dan kos menjalankan perniagaan. Maka, firma dapat mengurangkan kos pengeluaran. Ekonomi teknologi maklumat Kemajuan teknologi maklumat yang berlaku dalam sesebuah kawasan perindustrian dapat memudahkan perhubungan antara firma dan meningkatkan produktiviti firma. Maka, kos pengeluaran menurun. Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 67 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


68 PB Faktor penyebab Huraian Ekonomi bekalan input Dalam kawasan perindustrian, firma boleh mendapatkan bekalan input dengan mudah dan pada harga yang lebih rendah daripada firma lain yang berdekatan. Maka, kos purata menurun. Ekonomi integrasi Firma-firma yang mengeluarkan barang berkaitan boleh bergabung atau bekerjasama dari aspek kepakaran dan kewangan. Daya saing firma meningkat dan kecekapan firma turut meningkat. Maka, kos purata menurun. Faktor yang Mempengaruhi Tak Ekonomi Dalaman Faktor penyebab Huraian Tak ekonomi pengkhususan Pengkhususan yang keterlaluan akan menimbulkan kesan negatif, iaitu buruh cepat bosan kerana melakukan kerja yang sama secara berulang-ulang. Oleh itu, selepas satu tingkat output tertentu, pengkhususan kerja akan menjejaskan produktiviti buruh dan meningkatkan kos purata firma. Tak ekonomi teknikal Jika pengeluaran besar-besaran terus dijalankan sehingga jentera digunakan melebihi kapasiti optimumnya, keusangan dan kerosakan jentera mudah berlaku. Kos penyelenggaraan dan kos pembaikan jentera akan meningkatkan kos purata firma. Tak ekonomi pengurusan Perkembangan firma akan menyulitkan kawalan pengurusan serta menyebabkan perhubungan antara majikan dengan pekerja semakin renggang. Komunikasi dalam firma yang merosot akan menjejaskan produktiviti buruh dan meningkatkan kos pengeluaran. Faktor yang Mempengaruhi Tak Ekonomi Luaran Faktor penyebab Huraian Kekurangan faktor pengeluaran Persaingan antara firma untuk memperoleh faktor pengeluaran seperti buruh yang mahir akan bertambah sengit dengan perkembangan industri secara keseluruhan. Maka, kadar upah yang ditawarkan oleh firma kepada buruh mahir akan meningkat dan seterusnya, meningkatkan kos pengeluaran firma. Kos sosial Perkembangan industri akan menghasilkan lebih banyak pencemaran seperti pencemaran udara dan air. Kos pembersihan semula alam sekitar akan meningkatkan kos pengeluaran firma. Perkembangan di dalam sebuah kawasan perindustrian kesan pemusatan firma juga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Jadi, firma terpaksa menanggung kos pengangkutan yang lebih tinggi. Perbandingan antara Ekonomi dan Tak Ekonomi Dalaman dengan Ekonomi dan Tak Ekonomi Luaran Ekonomi dan tak ekonomi dalaman Ekonomi dan tak ekonomi luaran Ekonomi dalaman ialah faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata menurun kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri. Contohnya, ekonomi pengkhususan dan ekonomi teknikal. Ekonomi luaran ialah faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata menurun kesan perkembangan industri secara keseluruhan. Contohnya, ekonomi penempatan dan pemusatan, ekonomi buruh mahir dan ekonomi teknologi maklumat. Tak ekonomi dalaman ialah masalah yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata meningkat kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri. Contohnya, tak ekonomi pengkhususan dan tak ekonomi teknikal. Tak ekonomi luaran ialah masalah yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata meningkat kesan perkembangan industri secara keseluruhan. Contohnya, kekurangan faktor pengeluaran dan kos sosial. Ekonomi dalaman dan tak ekonomi dalaman menjelaskan bentuk keluk kos purata jangka panjang. Ekonomi luaran dan tak ekonomi luaran menjelaskan perubahan keluk kos purata jangka panjang. Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 68 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 69 Ekonomi dan tak ekonomi dalaman Ekonomi dan tak ekonomi luaran Bahagian keluk LAC yang menurun disebabkan ekonomi dalaman. Bahagian keluk LAC yang meningkat disebabkan tak ekonomi dalaman. Peralihan seluruh keluk LAC ke bawah disebabkan ekonomi luaran. Peralihan seluruh keluk LAC ke atas disebabkan tak ekonomi luaran. Q0 LAC Kos 0 Output Ekonomi dalaman Tak ekonomi dalaman Q0 LAC2 LAC0 LAC1 Kos 0 Output Ekonomi luaran Tak ekonomi luaran Ekonomi dalaman dan tak ekonomi dalaman melibatkan pergerakan di sepanjang keluk kos purata jangka panjang yang sama. Ekonomi luaran dan tak ekonomi luaran melibatkan peralihan seluruh keluk kos purata jangka panjang. 1 Dalam jangka pendek, output dapat ditingkatkan dengan A menambah bilangan loji yang digunakan. B meningkatkan penggunaan loji yang ada. C menggunakan teknik pengeluaran yang terkini. D menggunakan sebuah loji yang lebih besar saiznya. 2 Pertambahan satu unit buruh menyebabkan kos meningkat sebanyak RM10.00 dan output meningkat sebanyak 20 unit. Kos sut output tersebut ialah A RM0.50 B RM2.00 C RM10.00 D RM20.00 3 Rajah di bawah menunjukkan TFC ialah keluk jumlah kos tetap dan TVC ialah keluk jumlah kos berubah. Kos 0 Output Q TVC TFC E Kos purata bagi mengeluarkan output 0Q ialah A 0Q EQ C 2(EQ) 0Q B EQ 0Q D (0Q)(EQ) 0Q Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. Latihan Pengukuhan Bahagian A Soalan Aneka Pilihan Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 69 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 71 4 Diberikan satu teknik pengeluaran tertentu, satu input tetap dan satu input berubah yang homogen, hukum pulangan berkurangan menyatakan A apabila input berubah ditambah terusmenerus kepada input tetap, keluaran sut akhirnya akan berkurang. B apabila input berubah digabungkan dengan input tetap, pulangan kepada input tetap akhirnya akan berkurang. C apabila input-input tetap dan berubah digabungkan dalam nisbah yang berlainan, keluaran sut akan berkurang. D apabila input-input tetap dan berubah digabungkan, jumlah keluaran pada mulanya akan meningkat tetapi kemudian akan berkurang. 5 Pada peringkat awal pengeluaran, kos purata jangka panjang berkurang apabila output meningkat. Keadaan ini disebabkan oleh A ekonomi bidangan. B tak ekonomi bidangan. C hukum pulangan bertambah. D hukum pulangan berkurangan. 6 Rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran purata bagi sebuah firma. Keluaran 0 Input berubah AP X W Y Z Keluaran purata lebih tinggi daripada keluaran sut pada titik A W C Y B X D Z 7 Yang manakah penyataan yang benar apabila tingkat output berada pada tingkat kos purata minimum? A Kos sut bersamaan kos purata B Kos sut bersamaan kos berubah purata C Kos berubah purata bersamaan kos tetap D Kos berubah purata juga mencapai tingkat minimum 8 Jadual di bawah menunjukkan kos berubah purata pada pelbagai tingkat output bagi sebuah firma. Output (unit) Kos berubah purata (RM) 5 5.00 6 6.00 7 7.00 8 8.00 9 9.00 Jika kos tetap firma ialah RM56.00, kos sut bagi mengeluarkan 7 unit output ialah A RM57.00 C RM13.00 B RM14.00 D RM1.00 9 Pada fungsi pengeluaran dengan satu input berubah, keluaran sut adalah sama dengan keluaran purata apabila A jumlah keluaran maksimum. B keluaran purata maksimum. C keluaran sut maksimum. D keluaran purata sifar. 10 Rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos sebuah firma. Kos (RM) 0 Output (unit) MC 7.50 4.50 2.00 10 AC AVC Kos tetap pada tingkat output 10 unit ialah A RM30.00 C RM60.00 B RM50.00 D RM90.00 11 Firma akan mengalami tak ekonomi luaran apabila A mesin dan peralatan mengalami kerosakan. B berlaku kesesakan lalu lintas dan pencemaran. C ahli pengurusan dan pentadbiran sukar dikoordinasikan. D pusat perindustrian dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur. Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 70 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 71 12 Yang manakah penyataan yang tidak benar mengenai kos sut? A Apabila keluk kos purata berada di bawah keluk kos sut, kos purata sedang meningkat B Apabila keluk kos sut bersilang dengan keluk kos purata, kos purata adalah minimum C Apabila keluk kos sut berada di bawah keluk kos purata, kos purata sedang menurun D Apabila keluk kos sut meningkat, kos purata juga meningkat 13 Berapakah tingkat output sebuah firma jika kos purata ialah RM500.00, kos berubah purata ialah RM450.00 dan jumlah kos tetap ialah RM2 000.00? A 50 unit C 30 unit B 40 unit D 20 unit 14 Jarak antara keluk kos purata (AC) dengan keluk kos berubah purata (AVC) semakin dekat apabila output meningkat disebabkan A kos sut semakin tinggi. B kos purata semakin kecil. C operasi firma semakin cekap. D kos tetap purata semakin rendah. 15 Yang manakah penyataan yang benar tentang hukum pulangan berkurangan? A Semua input adalah tetap B Semua input digunakan dalam nisbah yang sama C Pulangan bertambah kurang berlaku dalam jangka pendek D Pulangan bertambah kurang berlaku dalam jangka panjang 16 Rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran purata (AP) dan keluk keluaran sut (MP). Keluaran 0 Input berubah L1 L3 L2 L4 AP MP Hukum pulangan berkurangan bermula dari input berubah A 0L1 B 0L2 C 0L3 D 0L4 17 Jika kos sut melebihi kos berubah purata semasa output sedang meningkat, ini bermakna A kos berubah purata sedang meningkat. B kos berubah purata sedang menurun. C kos purata sedang meningkat. D kos purata sedang menurun. 18 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan jumlah kos sebuah firma. Output (unit) Jumlah kos (RM) 0 10.00 1 19.00 2 27.00 3 34.00 4 40.00 Kos tetap purata dan kos berubah purata pada tingkat output yang keempat ialah Kos tetap purata (RM) Kos berubah purata (RM) A 10.00 2.50 B 2.50 2.50 C 2.50 3.50 D 2.50 7.50 19 Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mewujudkan ekonomi dalaman? A Firma dapat menjalankan pengkhususan buruh B Firma dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan C Firma dapat membeli bahan mentah dengan harga murah D Firma dapat memperoleh bekalan buruh mahir dari firma berhampiran Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 71 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


72 73 20 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai pilihan penggunaan input berubah dalam kegiatan pengeluaran pertanian. Kuantiti input Keadaan keluaran P Keluaran sut maksimum dan melebihi keluaran purata Q Keluaran purata maksimum dan sama dengan keluaran sut R Keluaran purata melebihi keluaran sut dan keluaran sut sifar S Keluaran purata melebihi keluaran sut yang negatif Pengeluar yang rasional akan menggunakan kuantiti input A antara Q dengan R. B antara P dengan Q. C antara R dengan S. D melebihi S. 21 Diberi fungsi jumlah kos ialah TC = 50 + 10Q, dengan Q ialah keluaran (unit). Kos purata pada tingkat output 5 unit ialah A RM10.00 C RM20.00 B RM12.00 D RM30.00 22 Kos eksplisit merujuk kepada A kos tetap yang ditanggung dalam proses pengeluaran. B kos yang tidak ketara apabila firma beroperasi. C kos lepas memperoleh tambahan satu unit input. D kos perbelanjaan memperoleh input. 23 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran sut sebuah firma. Kuantiti buruh (unit) Keluaran sut (unit) 1 2 3 4 5 6 7 25 35 30 20 10 0 –10 Tingkat keluaran yang maksimum ialah A 35 unit C 120 unit B 110 unit D 230 unit 24 Sebuah firma yang didirikan di sebuah kawasan perindustrian akan mengalami A kecekapan ekonomi. B ekonomi bidangan luaran. C ekonomi bidangan dalaman. D kos eksplisit dan kos implisit. 25 Jika output sesuatu barang meningkat, kos tetap purata akan A menurun dan kemudian meningkat. B sentiasa meningkat. C sentiasa menurun. D sentiasa malar. 26 Antara berikut, yang manakah bukan kos tetap? A Sewa kilang B Kos bahan mentah C Bunga atas pinjaman D Gaji kakitangan pentadbiran 27 Keluk kos sut akan bersilang dengan keluk kos purata apabila A kos sut minimum. B kos purata menurun. C kos purata minimum. D kos purata meningkat. 28 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input berubah dengan jumlah keluaran sebuah firma dalam jangka pendek. Input berubah (unit) Jumlah keluaran (unit) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 0 14 34 58 78 94 104 110 100 Hukum pulangan berkurangan bermula pada tingkat input berubah sebanyak A 3 unit B 4 unit C 7 unit D 8 unit Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 72 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


72 73 29 Rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos tetap (TFC) dan kos berubah (TVC). Kos (RM) 0 Output (unit) 10 TVC TFC 840 260 Pada tingkat output 10 unit, kos purata ialah A RM26.00 B RM84.00 C RM110.00 D RM150.00 30 Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC). Kos 0 Output LAC1 LAC0 Peralihan keluk dari LAC0 ke LAC1 disebabkan A tak ekonomi pengkhususan. B kemudahan infrastruktur. C ekonomi pengurusan. D kesesakan lalu lintas. 31 Jadual di bawah menunjukkan butiran kos pengeluaran yang ditanggung oleh sebuah firma. Butiran RM Upah buruh 1 000 Kos bahan mentah 500 Sewa kilang milik sendiri 2 000 Kos implisit dan kos eksplisit masing-masing ialah A RM500 dan RM1 000. B RM1 000 dan RM2 000. C RM2 000 dan RM1 500. D RM2 000 dan RM500. 32 Apabila keluaran purata kurang daripada keluaran sut, keadaan ini menunjukkan bahawa A keluaran sut bernilai sifar. B keluaran sut sedang meningkat. C keluaran purata sedang menurun. D keluaran purata sedang meningkat. 33 Persamaan jumlah kos (TC) dalam unit RM bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut: TC = 420 + 60Q di mana Q = kuantiti (unit) Kos purata bagi 3 unit keluaran ialah A RM60 C RM420 B RM200 D RM600 34 Yang manakah input tetap dalam jangka pendek bagi firma baju? A Kain C Buruh B Kilang D Bekalan air STPM KLON STPM KLON Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 73 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


74 75 Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan hukum pulangan berkurangan. Apakah andaian-andaian hukum tersebut? [10] 2 Bezakan antara (a) jangka masa pendek dengan jangka masa panjang. [3] (b) kos eksplisit dengan kos implisit. [3] (c) ekonomi bidangan dengan tak ekonomi bidangan. [4] 3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran purata? [2] (b) Dengan menggunakan rajah, huraikan hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut. [8] 4 (a) Jelaskan maksud keluaran sut. [2] (b) Dengan menggunakan rajah, terangkan hubungan antara jumlah keluaran dengan keluaran sut dalam teori pengeluaran jangka pendek. [8] 5 Huraikan maksud kos purata dan kos sut dan jelaskan hubungan antara kedua-duanya. [10] 6 (a) Takrifkan untung perakaunan dan untung ekonomi. [2] (b) Terangkan perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi dengan menggunakan contoh berangka. [8] 7 (a) Bezakan antara ekonomi bidangan dalaman dengan tak ekonomi bidangan dalaman. [4] (b) Huraikan tiga faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan dalaman. [6] 8 Dengan menggunakan rajah yang sesuai, huraikan kesan ekonomi dalaman dan tak ekonomi dalaman terhadap keluk kos purata jangka panjang berbanding dengan kesan ekonomi luaran dan tak ekonomi luaran. [10] 9 (a) Mengapakah sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek berbanding dengan jangka masa panjang? [6] (b) Huraikan dua faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan luaran dalam jangka panjang. [4] 10 (a) Dengan memberi contoh yang sesuai, terangkan maksud kos tetap dan kos berubah. [4] (b) Apakah kesan pertambahan output terhadap (i) kos tetap purata? [2] (ii) kos berubah purata? [2] (iii) kos purata jangka pendek? [2] 11 (a) Terangkan perbezaan antara kos eksplisit dan kos implisit. [4] (b) Berbantukan contoh berangka, huraikan keadaan sebuah firma yang mengalami untung ekonomi yang negatif walaupun menikmati untung perakaunan yang positif. [6] Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 74 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


74 75 Bahagian C Soalan Kuantitatif Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan. 1 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input berubah dengan jumlah keluaran. Input berubah (unit) Jumlah keluaran (unit) 0 0 1 6 2 14 3 24 4 32 5 37 6 41 7 44 8 46 9 46 10 45 (a) Hitung keluaran purata dan keluaran sut. [4] (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis rajah yang menunjukkan keluaran purata dan keluaran sut. [3] (c) Jelaskan hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut. [3] 2 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara buruh dengan jumlah keluaran. Buruh (orang) Jumlah keluaran (unit) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 0 10 30 60 100 135 165 180 180 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran sut? [1] (b) Hitung keluaran sut pada setiap tingkat buruh. [2] (c) Berapakah bilangan buruh apabila hukum pulangan berkurangan mula bertindak? [2] (d) Jika kos input buruh ialah sifar, tentukan (i) jumlah keluaran yang akan dihasilkan. [1] (ii) jumlah buruh yang akan digunakan. [2] (iii) keluaran purata pada 3 orang buruh. [2] Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 75 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


76 77 3 Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut: C = 500 + 15Q dengan, C = Jumlah kos (RM) Q = Kuantiti keluaran (unit) Pada keluaran 100 unit dan harga keluaran RM16.00 seunit, (a) Berapakah kos tetap, kos berubah dan jumlah kos? [3] (b) Berapakah keuntungan firma ini? [2] (c) adakah firma ini masih boleh meneruskan operasinya? Mengapa? [2] (d) berapa peratuskah harga barang tersebut perlu dinaikkan supaya firma mendapat pulang modal? [3] 4 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan jumlah kos. Output (unit) Jumlah kos (RM) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 20 40 45 48 56 68 83 100 120 (a) Hitung (i) kos berubah purata [2] (ii) kos purata [2] (iii) kos sut [2] pada setiap tingkat output. (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis rajah yang menunjukkan keluk-keluk kos berubah purata, kos purata dan kos sut. [4] 5 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan kos bagi firma A dan firma B, dengan QA dan QB masing-masing ialah kuantiti output firma A dan firma B. Output (unit) Jumlah kos (RM) Kos tetap purata (RM) Kos purata (RM) QA 300.00 2.50 3.00 QB 400.00 3.00 5.00 (a) Hitung output QA dan QB. [2] (b) Berapakah jumlah kos berubah bagi mengeluarkan output QA dan QB? [2] (c) Hitung (i) jumlah kos tetap [2] (ii) jumlah keuntungan [2] firma A dan firma B jika jumlah hasil setiap firma ialah RM600.00. (d) Nyatakan dua perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah. [2] Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 76 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


76 77 6 Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut: TC = 50 + 2Q2 dengan TC = jumlah kos pengeluaran (RM) Q = jumlah output (unit) (a) Hitung jumlah kos tetap firma tersebut. [1] (b) Pada tingkat keluaran 25 unit, hitung (i) jumlah kos. [2] (ii) kos purata. [2] (iii) jumlah kos berubah. [2] (c) Hitung kos sut firma tersebut jika output meningkat daripada 25 unit kepada 30 unit.[3] 7 Setelah tamat belajar di universiti, Nadia ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat perkapalan dengan pendapatan tahunan sebanyak RM48 000 setahun. Tetapi, Nadia menolak tawaran tersebut kerana ingin berniaga sendiri. Dia membuka perniagaan pakaian dengan berbekalkan modal sebanyak RM100 000 daripada simpanan bank keluarga yang dibayar bunga pada kadar bunga 5% setahun. Nadia juga tidak perlu menyewa premis perniagaan kerana mempunyai premis sendiri yang sebelumnya disewakan dengan nilai RM20 000 setahun. Berikut ialah jumlah hasil dan kos-kos lain yang ditanggung dalam tempoh setahun: Butiran Nilai (RM) Jumlah hasil 200 000 Upah pembantu 40 000 Kos bahan mentah 50 000 Berdasarkan kenyataan ini, hitung (a) kos lepas menukar kerjaya sebagai peniaga. [2] (b) jumlah kos eksplisit. [2] (c) jumlah kos implisit. [2] (d) untung perakaunan. [2] (e) untung ekonomi. [2] Nota & Lat STPM(Mikro)B3.indd 77 18/05/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 133 (Masa: Dua jam) BAHAGIAN A [20 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 1 Rumah kediaman yang digunakan sebagai restoran ialah A barang perantaraan. B barang pengguna. C barang modal. D barang awam. 2 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi. 500 0 400 600 Gandum (tan metrik) Jagung (tan metrik) Peningkatan pengeluaran jagung sebanyak 200 tan metrik disebabkan oleh A kejatuhan harga jagung. B peningkatan faktor pengeluaran. C kejatuhan pendapatan isi rumah. D kemajuan teknologi pengeluaran jagung. 3 Sekiranya nilai pekali keanjalan permintaan adalah negatif, ini bermakna kedua-dua barang tersebut ialah A barang mewah. B barang bawahan. C barang pengganti. D barang penggenap. 4 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta bagi barang X di pasaran. Harga (RM) 1.00 2.00 3.00 Kuantiti diminta (unit) 300 240 180 Persamaam permintaan barang X ialah A Qa = 300 – 60P C Qa = 180 – 30P B Qa = 360 – 60P D 180 = 180 – 3P KERTAS MODEL STPM (944/1) Kertas 1 Nota & Lat STPM(Mikro)KM.indd 133 18/05/2023 9:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


134 135 5 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi barang X. 0 Harga Kuantiti D0 D1 D0 D1 Yang manakah akan menyebabkan peralihan keluk D0 D0 ke D1 D1 ? A Harga barang X di pasaran meningkat B Teknologi pengeluaran barang X merosot C Bilangan pengeluar bagi barang X menurun D Cita rasa pengguna terhadap barang X merosot 6 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan bagi sesuatu barang pada pelbagai harga. Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit) 2.00 175 60 3.00 150 80 4.00 125 100 5.00 100 120 Kesan daripada peningkatan pendapatan pengguna dan pengurangan kos pengeluaran permintaan barang tersebut meningkat sebanyak 20% manakala penawaran meningkat sebanyak 50%. Berapakah harga keseimbangan yang baharu? A RM2.00 B RM3.00 C RM4.00 D RM5.00 7 Jangkaan kenaikan harga rumah kediaman di pasaran pada masa hadapan akan menyebabkan A keluk permintaan rumah kediaman beralih ke kiri. B keluk penawaran rumah kediaman beralih ke kiri. C keluk permintaan rumah kediaman beralih ke kanan. D keluk permintaan dan penawaran rumah kediaman tidak berubah. 8 Dalam sektor utama, penawaran keluaran adalah tak anjal disebabkan A hasil mudah diperoleh dalam jangka masa pendek. B jangka masa pengeluaran yang diperlukan adalah panjang. C kos pengeluaran yang rendah berbanding dengan sektor lain. D keluaran sektor utama adalah sangat penting kepada masyarakat. Nota & Lat STPM(Mikro)KM.indd 134 18/05/2023 9:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


134 135 9 Faedah subsidi yang dinikmati oleh pengeluar kurang daripada faedah subsidi pengguna apabila A permintaan beranjal. B penawaran beranjal. C permintaan anjal sempurna. D penawaran tak anjal sempurna. 10 Jika nilai keanjalan permintaan silang ialah –1.25, dua jenis barang tersebut ialah A kasut dan buku B petrol dan kereta C majalah dan buku D marjerin dan mentega 11 Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan kuantiti buruh bagi sebuah firma. Buruh (orang) Keluaran (kg) 1 40 2 100 3 165 4 210 5 250 Nilai keluaran sut apabila keluaran purata mencapai tingkat maksimum ialah A 50 kg B 55 kg C 60 kg D 65 kg 12 Berikut merupakan pernyataan yang berkaitan dengan ekonomi bidangan dalaman, kecuali A lokasi firma yang strategik. B pengurusan firma yang semakin cekap. C penggunaan teknologi terkini dalam proses pengeluaran. D penyelidikan dan pembangunan dijalankan oleh firma untuk meningkatkan kualiti output. 13 Firma yang ingin memaksimumkan untung akan memaksimumkan perbezaan antara A hasil sut dan kos sut. B kos purata dan kos sut. C hasil sut dan hasil purata. D hasil purata dan kos purata. 14 Dalam jangka pendek, sebuah firma pasaran persaingan sempurna akan menambah keluaran apabila A hasil sut melebih kos sut. B hasil sut sama dengan kos sut. C hasil sut kurang daripada kos sut. D hasil purata kurang daripada kos purata. Nota & Lat STPM(Mikro)KM.indd 135 18/05/2023 9:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


136 137 15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil purata (AR), hasil sut (MR), kos purata (AC) dan kos sut (MC) sebuah firma. 0 Hasil, kos (RM) Keluaran (unit) MC 40 60 9070 50 AC AR = MR Jika firma memperoleh untung sebanyak RM350.00 pada tingkat keseimbangan, kos purata firma tersebut ialah A RM27.00 B RM41.25 C RM45.00 D RM50.00 16 Dalam pasaran persaingan tak sempurna, keluk permintaan yang menurun dari kiri ke kanan bagi sesebuah firma menunjukkan A firma ialah penentu harga. B firma ialah penerima harga. C keluaran firma adalah homogen. D firma bebas masuk dan keluar dari pasaran. 17 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran bagi sebuah firma monopoli. Keluaran (unit) Jumlah kos (RM) 1 9 2 15 3 21 4 27 5 33 Jika harga seunit keluaran ialah RM7.00, firma akan memperoleh untung normal pada output tingkat keluaran A 2 unit B 3 unit C 4 unit D 5 unit 18 Keadaan berikut wujud apabila firma-firma dalam pasaran persaingan sempurna bergabung untuk menjadi sebuah firma monopoli, kecuali A tingkat keluaran menurun. B harga keluaran meningkat. C lebihan pengguna meningkat. D peruntukan sumber kurang cekap. Nota & Lat STPM(Mikro)KM.indd 136 18/05/2023 9:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


136 137 19 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran. Kuantiti buruh (orang) Jumlah keluaran (unit) 1 22 2 29 3 34 4 38 5 41 Jika harga keluaran ialah RM20.00 per unit dan upah buruh ialah RM100.00 seorang, kuantiti buruh yang akan memaksimumkan untung ialah A 2 orang B 3 orang C 4 orang D 5 orang 20 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi sumber tanah. 0 Sewa Kuantiti tanah W S L D S E D Kawasan 0SEL mewakili A sewa kuasi. B sewa ekonomi. C lebihan pengguna. D perolehan pindahan. Nota & Lat STPM(Mikro)KM.indd 137 18/05/2023 9:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 141 BAB 1 Bahagian A 1 C 2 C 3 D 4 C 5 B 6 B 7 B 8 A 9 C 10 A 11 B 12 C 13 A 14 C 15 C 16 C 17 D 18 A 19 D 20 C 21 B 22 C 23 B Jalan penghitungan: 23 Kos lepas menambah pengeluaran daripada 4 unit kepada 9 unit barang Y= 3 – 1 = 2 unit barang X Bahagian B 1 (a) (i) Barang percuma ialah barang yang tidak mempunyai harga sebab tidak melibatkan kos pengeluaran manakala barang ekonomi ialah barang yang mempunyai harga sebab melibatkan kos pengeluaran. (ii) Barang awam melibatkan prinsip tiada pengecualian, iaitu faedah barang tersebut dinikmati oleh semua golongan sama ada membayar atau tidak membayar. Barang persendirian melibatkan prinsip pengecualian, iaitu faedah barang tersebut dinikmati oleh golongan yang mampu membayar sahaja. Golongan yang tidak membayar dikecualikan daripada menikmati faedah barang tersebut. (b) Tiga perbezaan antara buruh dengan usahawan ialah: Peranan Buruh merupakan sumber tenaga kerja kepada proses pengeluaran dan tidak berupaya membuat sebarang keputusan. Usahawan menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang lain, iaitu tanah, buruh dan modal bagi mengeluarkan sesuatu barang dan berupaya membuat keputusan mengenai proses pengeluaran. Inovasi Buruh menjalankan tugas mengikut arahan dan tidak menyumbang kepada inovasi atau reka cipta baharu. Usahawan melibatkan diri dalam kegiatan inovasi seperti membaiki teknik pengeluaran dan meningkatkan mutu keluaran. Tanggungan risiko Buruh tidak menanggung sebarang risiko kerana dia akan menerima upah walaupun firma mengalami kerugian. Usahawan menanggung risiko yang tidak boleh diinsuranskan, contohnya kerugian perniagaan akibat perubahan cita rasa pengguna. 2 (a) Keluk kemungkinan pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan had maksimum bagi kombinasi dua barang yang dapat dikeluarkan apabila guna tenaga penuh tercapai pada tingkat teknologi tertentu. (b) Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran ditentukan oleh jenis kos lepas. (i) Kos lepas meningkat Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) Kos lepas seunit barang X (unit barang Y) A 0 10 – B 1 9 10 – 9 = 1 C 2 7 2 D 3 4 3 E 4 0 4 Kos lepas seunit barang X semakin meningkat sebab jumlah barang Y yang dilepaskan semakin banyak. Barang Y (unit) Barang X (unit) A B C D E 10 8 6 4 2 0 1 2 3 4 Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung atau melengkung keluar. Jawapan Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 141 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


142 143 (ii) Kos lepas malar Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) Kos lepas seunit barang X (unit barang Y) A 0 10 – B 1 8 10 – 8 = 2 C 2 6 2 D 3 4 2 E 4 2 2 F 5 0 2 Kos lepas seunit barang X malar sebab jumlah barang Y yang dilepaskan adalah sama. Barang Y (unit) Barang X (unit) A B C D E F 10 8 6 4 2 0 1 2 3 4 5 Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk garisan lurus yang mencerun ke bawah. 3 (a) Barang perkilangan Barang pertanian Y1 Y0 X0 X1 0 Keluk kemungkinan pengeluaran yang asal ialah X0 Y0 . Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan secara tidak selari, iaitu dari X0 Y0 ke X1 Y1 . Pertambahan barang pertanian daripada 0X0 kepada 0X1 lebih kecil daripada pertambahan barang perkilangan daripada 0Y0 kepada 0Y1 (X0 X1  Y0 Y1 ). (b) Barang perkilangan Barang pertanian Y1 Y0 X0 X1 0 Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan secara selari, iaitu dari X0 Y0 ke X1 Y1 . Pertambahan barang pertanian daripada 0X0 kepada 0X1 adalah sama dengan pertambahan barang perkilangan daripada 0Y0 kepada 0Y1 (X0 X1 sama dengan Y0 Y1 ). (c) Y0 Barang perkilangan Barang pertanian X0 Y1 0 Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan secara tidak selari, iaitu dari X0 Y0 ke X0 Y1 . Barang pertanian tidak bertambah, iaitu tetap pada 0X0 manakala barang perkilangan bertambah daripada 0Y0 kepada 0Y1 . 4 (a) Kos lepas mengukur jumlah sesuatu barang yang dilepaskan apabila menambah seunit barang lain. (b) Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) A B C D E 0 1 2 3 4 10 9 7 4 0 Apabila pengguna beralih dari kombinasi A ke B, kos lepasnya ialah 1 unit barang Y untuk mendapat tambahan seunit barang X. Kombinasi A ke B = 10 – 9 = 1 unit barang Y Kombinasi B ke C = 9 – 7 = 2 unit barang Y Kombinasi C ke D = 7 – 4 = 3 unit barang Y Kombinasi D ke E = 4 – 0 = 4 unit barang Y Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 142 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


142 143 Berdasarkan jadual di atas, tambahan seunit barang X menyebabkan pengurangan barang Y dengan jumlah yang meningkat. Jadi, kos lepas meningkat. 5 (a) (i) Titik S, Q dan R terletak di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk cembung. Jadi, apabila menambah seunit barang X, jumlah barang Y yang dilepaskan akan meningkat, iaitu pengurangan barang Y semakin tinggi. Oleh itu, kos lepas meningkat. (ii) Titik P terletak di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Kombinasi ini menunjukkan ekonomi menghadapi masalah pengangguran, iaitu sumber ekonomi belum digunakan sepenuhnya. Jadi, apabila menambah seunit barang X dari titik P ke titik R, tiada barang Y yang dilepaskan tetapi jumlah barang Y turut meningkat. Oleh itu, kos lepas sifar atau tiada kos lepas. (b) Titik T yang terletak di luar keluk kemungkinan pengeluaran boleh dicapai apabila: Kuantiti sumber ekonomi bertambah Pertambahan kuantiti sumber ekonomi membolehkan sebuah negara mengeluarkan lebih banyak barang. Kualiti sumber ekonomi bertambah Pertambahan kualiti sumber ekonomi akan menyebabkan pertambahan dalam pengeluaran barang. Buruh yang lebih cekap dapat menyumbang kepada pertambahan pengeluaran barang. 6 (a) Masalah asas ekonomi wujud disebabkan: (i) sumber ekonomi adalah terhad. (ii) kehendak manusia adalah tidak terhad. (b) Masalah asas ekonomi terdiri daripada: Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan Oleh sebab sumber ekonomi adalah terhad, pilihan harus dibuat tentang jenis barang yang harus dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pengguna. Jenis barang yang dikeluarkan ditentukan oleh permintaan manakala jumlah barang, iaitu berapa banyak dikeluarkan bergantung kepada penawaran. Bagaimana barang dikeluarkan Teknik pengeluaran yang cekap harus dipilih untuk meminimumkan kos pengeluaran. Jika buruh lebih murah berbanding dengan modal, teknik pengeluaran intensif buruh harus digunakan untuk meminimumkan kos pengeluaran dan sumber digunakan dengan cekap. Untuk siapa barang dikeluarkan Corak agihan barang kepada masyarakat yang dipengaruhi oleh corak agihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat. Biasanya golongan berpendapatan tinggi menikmati lebih banyak barang disebabkan kemampuan membayar yang lebih tinggi. 7 Perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi terancang ialah: Pemilikan faktor Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, faktor atau sumber ekonomi dimiliki oleh individu. Dalam sistem ekonomi terancang, faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak kerajaan. Pembuat keputusan Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, sebarang keputusan mengenai masalah asas ekonomi dibuat oleh individu atau pihak swasta. Dalam sistem ekonomi terancang, keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan. Matlamat pengeluaran Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, matlamat pengeluaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Dalam sistem ekonomi terancang, matlamat pengeluaran adalah untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Penentuan harga Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga barang ditentukan oleh mekanisme pasaran, iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Dalam sistem ekonomi terancang, harga barang ditentukan oleh pihak kerajaan. 8 Tiga sebab campur tangan kerajaan diperlukan dalam sistem ekonomi pasaran bebas ialah: Menstabilkan ekonomi Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud ketidakstabilan ekonomi seperti inflasi dan kemelesetan ekonomi. Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengatasi masalah ekonomi melalui dasar kewangan dan dasar fiskal. Mengagihkan pendapatan Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud masalah agihan pendapatan yang tidak adil. Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengagihkan pendapatan dengan lebih adil melalui sistem pencukaian dan subsidi. Maka, jurang kekayaan antara golongan miskin dengan golongan kaya dapat dirapatkan. Mengeluarkan barang awam Barang awam disediakan oleh pihak kerajaan berdasarkan prinsip tiada pengecualian, iaitu tiada seorang pun dikecualikan daripada menikmati faedah barang tersebut. Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengeluarkan lebih banyak Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 143 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


144 145 barang awam supaya kebajikan masyarakat dimaksimumkan. 9 Cara sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan Jenis barang, iaitu apa yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga. Kuasa besar atau permintaan pengguna menjadi petunjuk kepada pengeluar mengenai jenis barang yang hendak dikeluarkan. Jumlah barang yang dikeluarkan, iaitu penawaran barang ditentukan oleh kos pengeluaran. Bagaimana barang dikeluarkan Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, teknik pengeluaran ditentukan oleh pengeluar berdasarkan penggunaan sumber secara cekap. Matlamat pengeluar ialah meminimumkan kos pengeluaran dengan menggunakan sumber yang lebih murah dan menghasilkan keluaran yang banyak. Untuk siapa barang dikeluarkan Sistem ekonomi pasaran bebas menentukan cara agihan barang berdasarkan kuasa beli pengguna, iaitu tingkat pendapatan pengguna. Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak barang yang dapat dimiliki dan dinikmati oleh golongan tersebut disebabkan kemampuan membayar yang lebih tinggi. 10 (a) Kos lepas mengukur jumlah sesuatu barang yang dilepaskan atau dikurangkan apabila menambah seunit barang lain. Berdasarkan jadual, dari kombinasi P ke Q, 1 unit barang Y dilepaskan untuk menambah seunit barang X. Kombinasi Kos lepas seunit barang X P – Q 12 – 11 = 1 unit barang Y R 11 – 9 = 2 unit barang Y S 9 – 5 = 4 unit barang Y T 5 – 0 = 5 unit barang Y Kos lepas meningkat, iaitu pengurangan barang Y semakin meningkat apabila menambah seunit barang X. (b) Kecekapan pengeluaran dicapai apabila sumber ekonomi digunakan dengan cekap, iaitu guna tenaga penuh tercapai. Kombinasi pengeluaran yang cekap terletak di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran. Contohnya, kombinasi 2 unit barang X dan 9 unit barang Y (kombinasi R) dan 3 unit barang X dan 5 unit barang Y (kombinasi S). (c) Walaupun semua sumber ekonomi digunakan dengan sepenuhnya, jumlah barang yang dihasilkan masih kurang daripada jumlah barang yang dikehendaki oleh masyarakat. Jadi, kombinasi P, Q, R, S dan T yang maksimum boleh dicapai dengan sumber ekonomi yang sedia ada masih tidak mencukupi, iaitu kombinasi yang diingini melebihi kombinasikombinasi tersebut. Contohnya, 2 unit barang X dan 20 unit barang Y. 11 (a) Bagi pengguna, konsep kekurangan berkaitan dengan pendapatan pengguna yang terhad. Contoh: Pengguna mempunyai pendapatan RM50 yang terhad untuk membeli kesemua barang yang dikehendaki. Bagi pengeluar, konsep kekurangan berkaitan dengan sumber ekonomi yang terhad. Contoh: Seorang pengeluar mempunyai sebidang tanah yang terhad untuk menjalankan proses pengeluaran. (b) Bagi pengguna, konsep pilihan berkaitan dengan membuat pilihan untuk membeli barang yang memaksimumkan kepuasannya. Contoh: Pengguna memilih untuk membeli sehelai baju atau sepasang kasut. Bagi pengeluar, konsep pilihan berkaitan dengan membuat pilihan untuk mengeluarkan jenis barang atau teknik pengeluaran yang memaksimumkan untung. Contoh: Pengeluar memilih untuk mengeluarkan padi atau jagung. (c) Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang dilepaskan apabila pilihan terbaik dibuat oleh pengguna dan pengeluar. Contoh: Pengguna memilih membeli baju, kos lepasnya ialah kasut. Pengeluar memilih mengeluarkan padi, kos lepasnya ialah jagung. Bahagian C 1 (a) (i) (ii) Kombinasi Kos lepas untuk mengeluarkan seunit barang X (unit barang Y) seunit barang Y (unit barang X) A – 2 – 0 20 – 19 = 2 1 = 2 B 20 – 19 2 – 0 = 1 2 = 0.5 4 – 2 19 – 16 = 2 3 = 0.67 Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 144 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


144 145 C 19 – 16 4 – 2 = 3 2 = 1.5 6 – 4 16 – 10 = 2 6 = 0.33 D 6 2 = 3 8 – 6 10 – 0 = 2 10 = 0.2 E 10 2 = 5 – (b) (i) Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung atau melengkung keluar sebab kos lepas meningkat. (ii) Negara ini mempunyai faktor pengeluaran yang tidak homogen, iaitu kecekapan faktor berbeza. (c) Negara ini mengalami masalah pengangguran. Negara ini dapat mengeluarkan 4 unit barang X dan 16 unit barang Y pada tingkat guna tenaga penuh. Jadi, masalah pengangguran berlaku sebab faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya, iaitu wujud pembaziran dan ketidakcekapan. (d) Tidak; wujud sumber ekonomi atau faktor pengeluaran yang terhad. Negara ini hanya dapat mengeluarkan 2 unit barang X dan 19 unit barang Y pada tingkat guna tenaga penuh. 2 (a) 30 25 20 15 10 5 0 1 2 3 4 5 6 Barang Y (unit) Barang X (unit) A B C D E F G 25.2 A B C D E F (b) (i) Kos lepas unit ketiga barang X = 18 – 15 = 3 unit barang Y (ii) Kos lepas 6 unit barang Y = 6 – 5 = 1 unit barang X (c) Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) A' 0 1.2  21 = 25.2 B' 1 24 C' 2 21.6 D' 3 18 E' 4 13.2 F' 5 7.2 G' 6 0 (i) Rujuk graf pada (a). (ii) Kos lepas baharu bagi unit ketiga barang X = 21.6 – 18 = 3.6 unit barang Y (d) Empat andaian apabila melukis keluk kemungkinan pengeluaran ialah: – hanya dua barang dikeluarkan. – sumber ekonomi terhad. – tingkat teknologi tetap. – guna tenaga penuh dicapai. 3 (a) (i) Hanya dua jenis barang dikeluarkan. (ii) Sumber ekonomi adalah terhad atau tetap. (b) (i) Kombinasi Kos lepas bagi seunit barang X(unit barang Y) A – B 40 – 36 2 – 0 = 4 2 = 2 C 3 D 4 E 5 F 6 (ii) Kos lepas meningkat, iaitu pengurangan barang Y semakin tinggi apabila menambah seunit barang X. (c) (i) 2 unit barang X dan 32 unit barang Y (ii) 3 unit barang X dan 36 unit barang Y (d) Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) A 0 40 × 1.5 = 60 B 2 54 C 4 45 D 6 33 E 8 18 F 10 0 Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 145 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


146 147 BAB 2 Bahagian A 1 D 2 C 3 B 4 A 5 C 6 D 7 A 8 B 9 B 10 D 11 D 12 C 13 D 14 A 15 D 16 D 17 A 18 B 19 C 20 A 21 C 22 A 23 D 24 B 25 B 26 B 27 D 28 C 29 C 30 B 31 C 32 B 33 C 34 C 35 B 36 D 37 B 38 C 39 C 40 A 41 A 42 C 43 C 44 D 45 B 46 C 47 A 48 A 49 A 50 B 51 B 52 D 53 D 54 C 55 A 56 B 57 D 58 D Jalan penghitungan: 3 Qd = a – bP b = 10 – 4 4 – 1 = 6 3 = 2 Apabila P = RM1.00, Qd = 10 unit. Maka, 10 = a – 2(1) 10 = a – 2 a = 10 + 2 = 12 Oleh itu, fungsi permintaan ialah Qd = 12 – 2P. 4 Qd = 100 – 25(2) = 100 – 50 = 50 unit Qs = 50 + 25(2) = 50 + 50 = 100 unit Wujud lebihan penawaran sebanyak (100 – 50) = 50 unit. 5 Qs = a + bP b = 100 – 80 4 – 2 = 20 2 = 10 Maka, Qs = a + 10P 80 = a + 10(2) 80 = a + 20 80 – 20 = a a = 60 Jadi, fungsi penawaran ialah Qs = 60 + 10P. 10 Qd = a – bP b = 1 000 – 800 20 – 10 = 200 10 = 20 Maka, Qd = a – 20P 1 000 = a – 20(10) 1 000 = a – 200 1 000 + 200 = a a = 1 200 Jadi, Qd = 1 200 – 20P. Keseimbangan dicapai apabila, Qs = Qd 80 + 15P = 1 200 – 20P 15P + 20P = 1 200 – 80 35P = 1 120 P = 1 120 35 = RM32.00 12 Sebelum cukai: Qs = Qd 20 + 2P = 40 – 3P 2P + 3P = 40 – 20 5P = 20 P = 20 5 = RM4.00 Selepas cukai: Qst = 20 + 2(P – 2) = 20 + 2P – 4 Qst = 16 + 2P Keseimbangan baharu dicapai apabila, Qst = Qd 16 + 2P = 40 – 3P 2P + 3P = 40 – 16 5P = 24 P = 24 5 = RM4.80 Maka, harga naik dari RM4.00 ke RM4.80, iaitu sebanyak RM0.80. 14 Apabila P = 0, Qd = 20 – 0.5(0) = 20 unit Apabila P = 18, Qd = 20 – 0.5(18) = 20 – 9 = 11 unit Apabila Qd = 0, 20 – 0.5P = 0 0.5P = 20 P = 20 0.5 = RM40 Harga (RM) 0 Kuantiti (unit) D D 18 40 11 20 Lebihan pengguna Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 146 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


146 147 Maka, lebihan pengguna = 1 2  11  (40 – 18) = 1 2  11  22 = RM121.00 19 Harga (RM) Kuantiti diminta pasaran (unit) Harga (RM) Kuantiti ditawarkan pasaran (unit) 2.00 12 + 12 = 24 8.00 15 + 15 = 30 3.00 17 7.00 24 4.00 11 6.00 19 5.00 6 5.00 15 6.00 2 4.00 11 Pada harga RM4.00, Qs = Qd = 11 unit. 22 Harga (RM) 0 Kuantiti (unit) 10 6 12 Lebihan pengeluar S S Lebihan pengeluar = 1 2  12  (10 – 6) = 1 2  12  4 = RM24.00 25 Harga (RM) Penawaran (kg) Permintaan baharu (kg) 10.00 600 1 200  0.7 = 840 20.00 700 700 30.00 800 630 40.00 900 420 50.00 1 000 280 Harga keseimbangan baharu ialah RM20.00 kerana Qs = Qd . 27 Set Keanjalan permintaan harga Barang M Barang N A 100 –100 = –1 0.1 –0.1 = –1 B –1 –1 C –2 –2 D –2 –0.5 Bagi set D, nilai keanjalan barang M lebih tinggi (lebih beranjal) berbanding dengan barang N. 29 Y0 = ? Q0 = 80 kg Y1 = RM4 000.00 Q1 = 90 kg Ey = 0.5 (90 – 80) 80  Y0 (4 000 – Y0 ) = 0.5 10 80  Y0 4 000 – Y0 = 0.5 Y0 4 000 – Y0 = 0.5  8 Y0 4 000 – Y0 = 4 Y0 = 4(4 000 – Y0 ) Y0 = 16 000 – 4Y0 Y0 + 4Y0 = 16 000 5Y0 = 16 000 Y0 = 16 000 5 = RM3 200.00 33 P0 = RM1.50 Q0 = 25 unit P1 = RM1.00 Q1 = 10 unit Es = 10 – 25 25  1.50 1.00 – 1.50 = –15 25  1.50 –0.5 = –3 5  (–3) = 1.8 34 Ey = %∆Qd %∆Y %∆Y = 6 000 – 5 000 5 000  100 = 20% Maka, Ey = 60% 20% = 3 Ey > 1 menunjukkan barang Z ialah barang mewah. 39 %∆ harga M = (1.00 – 2.00) 2.00  100 = –50% %∆ permintaan N = +40% Maka, Ec = +40% –50% = –0.8 44 P0 barang A = RM20.00 P1 barang A = RM50.00 Q0 barang B = 800 unit Q1 barang B = 600 unit Ec = 600 – 800 800  20 50 – 20 = –200 800  20 30 = –1 4  2 3 = –0.17 Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 147 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


148 149 45 Qs = 40 + 6P Pada titik V, apabila P = RM60, Q0 = 40 + 6(60) = 40 + 360 = 400 unit Pada titik W, apabila P = RM90,Q1 = 40 + 6(90) = 40 + 540 = 580 unit Maka, Es = 580 – 400 400  60 90 – 60 = 180 400  60 30 = 9 20  2 = 18 20 = 0.90 46 Apabila P = 0, Qd = 20 – 5(0) = 20 unit Apabila Qd = 0, 0 = 20 – 5P 5P = 20 P = 20 5 = RM4.00 Apabila P = RM2.00, Qd = 20 – 5(2) = 20 – 10 = 10 unit Harga (RM) Kuantiti (unit) 0 D D 2 4 10 20 Maka, P = RM2.00 ialah titik tengah. Berdasarkan keanjalan titik, EP = 1 (anjal uniti) kerana jarak atas sama dengan jarak bawah. 52 Persamaan permintaan, Qd = a – bP di mana b = ∆Qd ∆P = 10 1 = 10 \ Qd = a – 10P Apabila P = RM.00, Qd = 90 90 = a – 10(1) 90 = a – 10 90 + 10 = a a = 100 Maka, Qd= 100 – 10P 55 Keseimbangan asal, Qs = Qd 40 + 5P = 120 – 5P 5P + 5P = 120 – 40 10P = 80 P0 = 80 10 = RM8.00 Q0 = 40 + 5(8) = 40 + 40 = 80 unit Akibat subsidi, Qsb = 40 + 5(P + 2) = 40 + 5P + 10 Qsb = 50 + 5P Keseimbangan baharu, Qsb = Qd 50 + 5P = 120 – 5P 5P + 5P = 120 – 50 10P = 70 P1 = 70 10 = RM7.00 Q1 = 50 + 5(7) = 50 + 35 = 85 unit Jadi, harga menurun daripada RM8.00 ke RM7.00, iaitu menurun sebanyak RM1.00. Kuantiti meningkat daripada 80 unit ke 85 unit, iaitu meningkat sebanyak 5 unit. 56 Persamaan penawaran, Qs = a + bP di mana b = ∆Q ∆P = 15 1 = 15 Qs = a + 15P Apabila P = RM1.00, Qs = 45 unit 45 = a + 15(1) 45 = a + 15 45 – 15 = a a = 30 Jadi, Qs = 30 + 15P Bahagian B 1 (a) Harga 0 Kuantiti Q2 P1 P0 P2 Q0 Q1 S S Perubahan kuantiti ditawarkan Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 148 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


148 149 Harga 0 Kuantiti Q2 P0 Q0 Q1 S1 S1 S0 S0 S2 S2 Perubahan penawaran Perubahan kuantiti ditawarkan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama. Perubahan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri. (b) Tiga faktor yang mempengaruhi perubahan penawaran ialah: Perubahan harga input Apabila harga input naik, kos pengeluaran akan bertambah dan penawaran berkurangan. Sebaliknya, apabila harga input turun, kos pengeluaran akan berkurang dan penawaran bertambah. Dasar kerajaan Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, kos pengeluaran yang meningkat menyebabkan penawaran berkurangan. Sebaliknya, jika kerajaan memberi subsidi, kos pengeluaran berkurang dan penawaran bertambah. Kemajuan teknologi Kemajuan teknologi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran. Maka, kos pengeluaran berkurang dan penawaran bertambah. 2 (a) Harga 0 Kuantiti P1 P0 Q0 Q1 S1 S1 S0 S0 D1 D1 D0 D0 e1 e0 Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S0 S0 = D0 D0 pada harga 0P0 dan kuantiti 0Q0 . Peningkatan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0 D0 ke D1 D1 . Peningkatan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan dari S0 S0 ke S1 S1 . Peralihan keluk DD lebih besar daripada peralihan keluk SS. Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila S1 S1 = D1 D1 pada harga 0P1 dan kuantiti 0Q1 . Jadi, harga naik dari 0P0 ke 0P1 dan kuantiti meningkat daripada 0Q0 kepada 0Q1 . (b) Harga 0 Kuantiti P0 P1 Q0 S1 S1 S0 S0 D1 D1 D0 D0 e1 e0 Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S0 S0 = D0 D0 pada harga 0P0 dan kuantiti 0Q0 . Pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0 D0 ke D1 D1 . Peningkatan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan dari S0 S0 ke S1 S1 . Peralihan keluk DD adalah sama besar dengan peralihan keluk SS. Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila S1 S1 = D1 D1 pada harga 0P1 dan kuantiti 0Q0 . Jadi, harga turun dari 0P0 ke 0P1 dan kuantiti tetap pada 0Q0 . 3 (a) Pada harga kopi asal 0P0 , kuantiti kopi diminta ialah 0Q0 dan permintaan teh ialah 0Q2 . Apabila harga kopi turun dari 0P0 ke 0P1 , kuantiti kopi diminta meningkat daripada 0Q0 kepada 0Q1 . Maka, permintaan teh akan berkurangan. Keluk permintaan teh beralih ke kiri dari D0 D0 ke D1 D1 . Kuantiti teh menurun daripada 0Q2 kepada 0Q3 pada harga tetap 0P0 . Jadi, wujud hubungan positif atau terus antara harga kopi dengan permintaan teh. Apabila harga kopi turun, permintaan teh berkurangan kerana kopi dan teh merupakan barang pengganti. (b) Minuman teh mempunyai keanjalan permintaan lebih daripada satu, iaitu permintaan teh beranjal. Kadar perubahan kuantiti diminta melebihi kadar perubahan harga, iaitu apabila harga teh naik, kuantiti teh diminta akan menurun dengan kadar yang tinggi. Keadaan ini disebabkan minuman teh mudah digantikan dengan minuman lain, iaitu wujud banyak pengganti. Nota & Lat STPM(Mikro)jwp.indd 149 18/05/2023 9:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version