The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2021-02-22 02:12:18

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.

Kandungan

Unit Pengenalan 1 4.4 Panduan Menjawab Item

1 Morfologi 77

1.1 Info Asas Kertas 1 1 Praktis SPM 80
1.2 Panduan Karangan Bahagian A
1 4.5 Perincian Item: Sintaksis 83
dan Bahagian B 2
1.3 Petua Bijak Mengarang Cemerlang 4 Praktis SPM 98
1.4 Info Asas Kertas 2
4.6 Penyuntingan (Kesalahan Bahasa) 100

Praktis SPM 108

4.7 Perincian Item: Bahasa Melayu

Unit Kombinasi Kepelbagaian Standard 112

2 Bahan Rangsangan 5 Praktis SPM 113

2.1 Info Asas Karangan Kombinasi 4.8 Perincian Item: Peribahasa 115

Praktis SPM 117
Kepelbagaian Bahan Rangsangan 5PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Unit
2.2 Pembentukan Karangan 6 Pemahaman 119
5
2.3 Skema Pemarkahan Karangan
5.1 Pengenalan 119
Kombinasi Kepelbagaian Bahan
5.2 Petikan Umum 119
Rangsangan, SPM Mulai Tahun 2021 6
5.3 Panduan Menjawab Petikan
2.4 Panduan Menjawab Karangan
Umum 119
Bahagian A 7
Praktis SPM 122
2.5 Jom Menulis Karangan Kombinasi
5.4 Petikan Sastera 126
Kepelbagaian Bahan Rangsangan 8
5.5 Panduan Menjawab Petikan
Praktis SPM 19
Sastera 127

Unit Karangan Respons Praktis SPM 130

3 Terbuka 25 5.6 Novel 135

3.1 Info Asas Karangan Respons Praktis SPM 162

Terbuka 25 Unit Rumusan 165

3.2 Pembentukan Karangan 26 6

3.3 Panduan Menjawab Karangan 6.1 Elemen Penyoalan 165

Bahagian B 26 6.2 Panduan Menulis Isi 165

3.4 Skop/Domain Karangan 28 6.3 Bentuk Rumusan dan

3.5 Panduan Karangan Cemerlang 28 Pemarkahan 165

3.6 Skema Pemarkahan Tentatif 32 6.4 Panduan Menjawab 166

3.7 Petua Bijak Mengarang Cemerlang 34 Praktis SPM 172

3.8 Contoh Menulis Soalan Karangan

Umum 35 Unit Ujian Bertutur dan

3.9 Contoh Model Karangan 7 Ujian Mendengar 180

Berdasarkan Domain/Bidang 38 7.1 Info Asas 180
7.2 Ujian Bertutur 180
Praktis SPM 62 7.3 Contoh Ujian Bertutur 181
7.4 Ujian Mendengar 185
Unit Sistem dan Aplikasi Bahasa 66 7.5 Contoh Ujian Mendengar 186

4

4.1 Info Asas Sistem dan Aplikasi

Bahasa 66 Kertas Model SPM 193
Jawapan 212
4.2 Bentuk Pengujian Item 66

4.3 Perincian Item: Morfologi 66

Unit

2 Kombinasi Kepelbagaian
Bahan Rangsangan

2.1 Info Asas Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan
Rangsangan

1 Karangan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan mula diperkenalkan pada
tahun 2021 dalam kertas 1, Bahagian A peperiksaan SPM.

2 Pendekatan untuk bahagian ini boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Kertas 1103/1 UNIT 2
Markah 30 markah
Masa 30 minit
Jumlah Perkataan 150 hingga 200 patah perkataan (jika lebih, hanya 20 patah kata)
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Peringatan

JANGAN mengarang melebihi masa tentatif kerana dikhuatiri Karangan Bahagian
B tidak sempat dihabisi atau mengarang ala kadar. Sekiranya kurang daripada 150
patah perkataan, dikhuatiri markah yang sepatutnya cemerlang akan turun satu tahap

markah.

3 Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan calon wajib
menjawabnya.

4 Calon diberikan lebih daripada dua bahan rangsangan dalam bentuk peta
minda, grafik, gambar, gambar rajah, petikan teks, petikan sajak, iklan dan
sebagainya.

5 Terdapat dua bentuk soalan untuk bahagian ini, iaitu berfokus khusus dan
berformat seperti surat kiriman, e-mel dan resume.

Peringatan

• Calon MESTI ambil atau bina isi karangan daripada semua bahan yang diberi.

Berkemungkinan markah akan turun tahap sekiranya calon tidak menyentuh satu

bahan rangsangan yang diberi.

• Jika ada tiga bahan rangsangan, ada 2 perhatian FOKUS kehendak soalan:

(i) Berkemungkinan ketiga-tiga bahan itu – FOKUSNYA SAMA

( ii) Mungkin juga ketiga-tiga bahan itu BERLAINAN FOKUS tapi tema sama

seperti dalam soalan.

5

2.2 Pembentukan Karangan

1 Calon hendaklah merancang perenggan dengan berhati-hati.
2 Isi atau fakta yang diberikan hendaklah jelas dan menjawab soalan yang

dikemukakan.
3 Jangan lupa masukkan ungkapan menarik seperti peribahasa, pantun, cogan

kata, petikan ucapan, frasa menarik, kata-kata hikmat dan lain-lain.
4 Sebaik-baiknya, karangan bahagian ini ada lima perenggan seperti berikut:

• Perenggan 1: Pendahuluan Calon lemah,
• Perenggan 2: Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 1 sederhana,
• Perenggan 3: Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 2 cemerlang
• Perenggan 4: Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 3 Sentuh 3 bahan
• Perenggan 5: Penutup rangsangan yang

diberi

5 Kira dan catat jumlah perkataan pada akhir karangan anda. (sebelah kanan)
UNIT 2

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
2.3 Skema Pemarkahan Karangan Kombinasi Kepelbagaian
Bahan Rangsangan, SPM Mulai Tahun 2021

KRITERIA PENSKORAN TENTATIF

Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang • Karangan menepati tema SEMUA bahan rangsangan.
Kepujian 26 – 30 • Idea relevan dengan tema SEMUA bahan rangsangan dan
Memuaskan (28 – 30)
(26 – 27) dihuraikan dengan jelas dan matang.
• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
20 – 25
(23 – 25) tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem
(20 – 22) Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan
tepat.
15 – 19 • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
(17 – 19) bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
(15 – 16) • Karangan menepati tema SEMUA bahan rangsangan.
• Idea relevan dengan tema SEMUA bahan rangsangan dan
dihuraikan dengan jelas.
• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan
Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata yang luas.
• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi.
• Karangan masih menepati tema KURANG 1 bahan
rangsangan.
• Idea masih relevan dengan tema KURANG 1 bahan
rangsangan. Huraian idea masih jelas.
• Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan
masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
• Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih
bervariasi.

6

UNIT 2 (iv) Anda boleh menggunakan ayat persoalan berkaitan tema soalan.
• Bina ayat penegasan kehendak soalan.
PENERBIT ILMU • Pemanis karangan: sila guna penanda wacana.
BAKTI SDN. BHD.
(b) Isi-isi (Perenggan 2, 3, 4 – ambil dari 3 bahan rangsangan)
• Ayat isi/ayat idea: dicatat pada awal ayat setiap perenggan baharu.
• Ayat huraian isi: penjelasan terhadap isi dengan jelas – idea itu
dihuraikan secara perluasan ilmu dan berfokus dengan isi.
• Ayat contoh: nyatakan contoh dalam ayat lengkap atau gramatis, iaitu
ada subjek dan predikat. Contoh mesti jelas, iaitu sesuai dengan isi yang
diberi.
• Ayat peribahasa: catatkan peribahasa yang sesuai dalam huraian dan
sesuai dengan isi. Guna ayat penuh peribahasa.
Contoh 1: Semangat menabung hendaklah disemai oleh ibu bapa
terhadap anak-anak sejak kecil seperti peribahasa melentur buluh,
biarlah waktu rebung. (cara menulis ayat peribahasa yang betul)
Contoh 2: Semangat menabung hendaklah disemai oleh ibu bapa
terhadap anak-anak sejak kecil. Bak peribahasa melentur buluh,
biarlah waktu rebung. (cara menulis ayat peribahasa yang salah) ... Ayat
Tergantung (AT)
• Ayat penegasan isi: Menegaskan semula isi yang diberi tadi.
Contoh 1: Tuntasnya, anak-anak akan terbiasa menabung apabila ibu
bapa menyemaikan sikap menabung sejak mereka kecil.
Contoh 2: Jelaslah bahawa peranan ibu bapa mendidik anak-anak
menabung sejak kecil dapat menyemai semangat menabung dalam
kalangan remaja masa ini.

(c) Penutup/Kesimpulan
• Beri pandangan/pendapat anda terhadap tema/kehendak soalan.
• Beri beberapa cadangan anda terhadap tema/isu soalan.
• Beri harapan anda terhadap tema/isu/kehendak soalan.
• Selitkan ayat peribahasa.

2.5 Jom Menulis Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan
Rangsangan

Model 1
Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan perpaduan.
Huraikan pendapat anda perihal amalan perpaduan.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat untuk membina peradaban dan
mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, yang bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan
rasa hormat-menghormati.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Harmonikan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum",
Enizahura Abdul Aziz, BH Online, 31 Januari 2020)

8

Kepada orang hendaklah hormat UNIT 2
Hendak menegur hendaklah cermat
Bersatu padu itu matlamat
Jangan dinyala dendam kesumat.

Semua tak boleh mementingkan diri
Berjuang untuk kaum sendiri
Sejarah lama harus susuri
Insaf hakikat sedarlah diri.

Karya: Ghazali Lateh
Syair Pilihan: PERPADUAN

Blog Puisi
PENERBIT ILMU
Analisis Kehendak Soalan BAKTI SDN. BHD.

Isu/Tema Perpaduan

Kehendak soalan/ Ada 1 fokus pada setiap bahan rangsangan – Cara Memupuk
Fokus Perpaduan

Kerangka Karangan
Pendahuluan

• Perpaduan ialah kunci utama kestabilan politik
• Rakyat Malaysia berstatus majmuk mesti hidup bersatu padu
• Mengorak langkah menyepadukan persefahaman

Idea Utama
Isi bahan 1: Bertunjangkan persefahaman, bertolak ansur dan rasa hormat-
menghormati
• persefahaman ini dapat dikukuhkan menerusi rencaman program
• pembudayaan tersebut mampu mengintimkan hubungan masyarakat majmuk
Isi bahan 2: Kita seharusnya insaf akan hakikat kisah silam
• rakyat majmuk tidak boleh hidup dengan dendam kesumat antara kaum
• saling menghormati dengan tidak menyentuh isu sensitif antara kaum
• tidak menyentuh isu sensitif antara kaum – kuasa tular
• perpaduan rakyat majmuk dapat dieratkan

9

UNIT 2Isi bahan 3: Rakyat majmuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam
kehidupan
PENERBIT ILMU• tidak boleh mementingkan bangsanya sendiri dari segi kebahasaan
BAKTI SDN. BHD.• seharusnya berpijak di bumi nyata, iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit

dijunjung.
• hendaklah mementingkan komunikasi dalam bahasa Melayu
• rakyat pelbagai kaum memahami pertuturan antara mereka

Penutup
• Perpaduan dapat diwujudkan menerusi kerjasama dan keprihatinan rakyat
• Kita tidak boleh menjadi api dalam sekam
• Kelak kita juga yang merana akibat sudah terhantuk baru tengadah

Karangan Penuh

Perpaduan adalah kunci utama kestabilan politik, pembangunan dan kemajuan
ekonomi negara. Jika tiada perpaduan maka negara akan binasa. Justeru,
rakyat Malaysia berstatus majmuk mesti hidup bersatu padu bagi memastikan
kelangsungan hidup yang harmoni. Sesuatu kejayaan tidak akan datang bergolek
sekiranya rakyat majmuk tidak mengorak langkah menyepadukan persefahaman
untuk mencipta dan mempererat perpaduan.

Langkah mapan membentuk perpaduan rakyat ialah rakyat majmuk
haruslah bertunjangkan persefahaman, bertolak ansur, dan rasa hormat-
menghormati dalam kehidupan bak peribahasa terendam sama basah, terampai
sama kering. Persefahaman ini dapat dikukuhkan menerusi rencaman program
seperti, gotong-royong dan kunjung-mengunjung bagai bagai aur dengan tebing.
Tuntasnya, pembudayaan tersebut mampu mengintimkan hubungan masyarakat
majmuk.

Sejarah hitam Malaysia, iaitu tregedi 13 Mei membuatkan kita seharusnya
insaf akan hakikat kisah silam bahawa perlunya perpaduan seperti peribahasa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, kita tidak boleh hidup
dengan dendam kesumat antara kaum. Kita hendaklah saling menghormati
dengan tidak menyentuh isu sensitif antara kaum seperti isu bahasa, agama dan
budaya hidup. Memandangkan dunia globalisasi memperlihat kuasa ‘tular’ maka
sebarang pandangan berbau negatif sesuatu kaum harus dihindari. Tegasnya,
perpaduan rakyat majmuk dapat dieratkan.

Perpaduan akan semakin terserlah apabila rakyat majmuk menggunakan
bahasa kebangsaan dalam kehidupan. Rakyat majmuk tidak boleh
mementingkan bangsanya sendiri dari segi kebahasaan kerana akan mengundang
perasaan salah sangka bangsa. Rakyat bukan Melayu seharusnya berpijak di bumi
nyata, iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Justeru kita hendaklah
mementingkan komunikasi dalam bahasa Melayu agar sesuai dengan peribahasa
bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan). Impaknya, rakyat pelbagai kaum
memahami pertuturan antara mereka dan tidak timbul perasaan buruk sangka
umpama api dalam sekam yang boleh meruntuhkan perpaduan.

10

Unit

3 Karangan Respons Terbuka

3.1 Info Asas Karangan Respons Terbuka

1 Soalan karangan respons terbuka dikemukakan dalam Kertas 1, Bahagian B
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

2 Pendekatan untuk bahagian ini boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Kertas 1103/1 UNIT 3
PENERBIT ILMU
Markah BAKTI SDN. BHD.70 markah

Masa 1 jam 30 minit

Jumlah Jumlah perkataan 350 hingga 500 patah perkataan
Perkataan

Peringatan

• Disarankan calon menulis karangan hingga mencecah 500 patah perkataan untuk
mendapatkan tahap cemerlang.

• Awas! Jangan mengarang melebihi masa tentatif – khuatir Karangan Bahagian A
tidak sempat dihabisi atau mengarang ala kadar. (Ada calon mengarang Karangan
Bahagian B dahulu, kemudian karangan Bahagian A)

• Sekiranya karangan calon kurang daripada 350 patah perkataan, dikhuatiri markah

yang sepatutnya cemerlang akan turun tahap markah.

3 Karangan Bahagian B terdiri daripada empat item soalan, iaitu:
(a) soalan 1 – Domain Awam;
(b) soalan 2 – Domain Peribadi;
(c) soalan 3 – Domain Pendidikan;
(d) soalan 4 – Domain Kerjaya.

Peringatan

Tidak semestinya keempat-empat domain diuji dalam SPM. Berkemungkinan ada dua

atau tiga domain sahaja yang diuji dalam SPM.

25

3.2 Pembentukan Karangan

1 Afdalnya atau sebaik-baiknya ada enam perenggan untuk menghasilkan sebuah
karangan.

2 Walau bagaimanapun, tujuh perenggan dibolehkan untuk menambah jumlah
patah perkataan oleh murid berminda sederhana untuk mencukupi 350 patah

perkataan.
3 Perenggan-perenggan tersebut adalah seperti berikut.

Perenggan 1 Pendahuluan

Perenggan 2 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 1 Murid cemerlang
Perenggan 3 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 2 tiga isi sudah
Perenggan 4 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 3 memadai

UNIT 3

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Perenggan 5 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 4

Perenggan 6 Penutup

4 Kira dan catat jumlah perkataan pada akhir karangan anda. (sebelah kanan)

Peringatan

• Murid cemerlang: isi – boleh mengambil 3 atau 4; huraian – meluas – awas jumlah
perkataan cuma boleh lebih sebanyak 20 patah kata, iaitu antara 350–520 patah kata.

• Murid sederhana dan lemah: isi – boleh ambil 4 atau 5; huraian – sederhana untuk
kecukupan jumlah perkataan, iaitu antara 350 hingga 500 patah kata.



3.3 Panduan Menjawab Karangan Bahagian B

1 Para calon mesti membaca dan menghayati atau menganalisis kehendak
soalan
(a) Baca keempat-empat soalan dengan teliti terlebih dahulu. Jangan terus
membuat karangan tanpa menghayati kehendak soalan.
(b) Setelah itu, pilih satu soalan yang anda betul-betul faham dan hayati
kehendak soalan pilihan anda.
(c) Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikir format soalan yang anda pilih
agar tidak tersilap atau tersasar.

2 Mencatat kerangka karangan (Setelah membaca dan menghayati atau menganalisis
kehendak soalan)
(a) Tujuan membuat kerangka karangan: memudahkan calon mengarang dengan
lancar di samping menyusun isi secara kronologi (susunan keutamaan isi )
serta mengelakkan karangan calon daripada terpesong.
(b) Peruntukkan masa antara 6 minit hingga 10 minit untuk mencatat kerangka
karangan.

26

Pengisian dan Pengembangan Penutup
1 Beri pandangan/pendapat anda terhadap tema/kehendak soalan.
2 Beri beberapa cadangan anda terhadap tema/isu soalan.
3 Beri harapan anda terhadap tema/isu/kehendak soalan.
4 Selitkan ayat peribahasa.
(Sesuai menggunakan petua: TeHCUP/TeHsecakeCUP)

3.8 Contoh Menulis Soalan Karangan Umum

Soalan (Domain Peribadi)

Memandangkan situasi ekonomi negara dan dunia tidak menentu maka sudah UNIT 3
pasti ekonomi sesebuah keluarga turut terjejas. Suatu pendekatan harus diambil
oleh sesebuah keluarga untuk menangani kemelut tersebut.

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Petikan di atas menyatakan bahawa situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu
menyebabkan ekonomi sesebuah keluarga turut terjejas.

Pada pandangan anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak?

Panjang karangan anda adalah antara 350 sehingga 500 patah perkataan.

Jom Mengarang

1 Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikir format soalan yang anda pilih

agar tidak tersilap atau tersasar.
Isu soalan:
• situasi ekonomi negara dan dunia tidak menentu.
• ekonomi keluarga turut terjejas.
Kehendak soalan: • peranan ibu bapa memupuk budaya amalan menabung
dalam kalangan anak-anak.
Format soalan: • perbincangan

2 Mencatat kerangka pendahuluan
Pendahuluan (rujuk Pembentukan/Penulisan Karangan)

• Era Globalisasi, dunia semakin maju dan kos hidup meningkat
• Kini, situasi ekonomi dunia tidak menentu – banyak negara terjejas tahap

ekonomi
• Ekonomi keluarga turut terjejas
• Konsep penjimatan seperti peribahasa berjimat cermat amalan kita mesti

diamalkan di samping tabungan keluarga amat penting
• Persoalannya, siapakah yang berperanan dominan dalam usaha menggalakkan

anak-anak mengamalkan budaya menabung?
• Tuntasnya, ibu bapa semestinya menggalas peranan dominan menggalakkan

anak-anak mengamalkan budaya menabung

3 Mencatat kerangka isi

(a) Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak (Te)
• anak-anak memerhati dan mencontohi perihal kehidupan ibu bapa (H se)

35

UNIT 3 • ibu bapa mengamalkan kehidupan berjimat cermat dan menabung (H ca)
• anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai ikon kehidupan
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.yang positif (H ke)
• anak-anak akan mengikut jejak kehidupan positif ibu bapa – membeli

hanya yang perlu dan berjimat cermat (C)
• bapa borek anak rintik, peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya

(U)
• ibu bapa mesti mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. (P)
(b) Menerap budaya menabung sejak di bangku sekolah rendah (Te)
• Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan

nasihat ibu bapa (H se)
• mudah berakar umbi dalam hati anak-anak – peribahasa melentur buluh

biarlah waktu rebung (U)
• mengatur cara anak menabung lebihan wang sekolah (H ca)
• ibu bapa menyediakan atau membelikan tabung yang menarik corak

atau bentuknya – menarik minat anak menabung (H ca)
• anak-anak akan terbiasa menabung wang lebihan (C)
• semangat menabung sejak di bangku sekolah rendah mendorong

mereka menyimpan wang keperluan semasa kecemasan dan masa depan
walaupun telah dewasa (P)
(c) Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap
(Te)
• Elakkan membazir dalam kehidupan (H se) – membazir itu amalan
syaitan (U)
• tidak membeli makanan berlebihan (H ca)
• menasihati anak-anak menyimpan wang lebihan ke dalam tabung
di rumah (H ke)
• pengurusan wang yang cekap membolehkan anak-anak menabung wang
lebihan (P)
(d) Membuka akaun bank untuk anak-anak (Te)
• anak-anak akan lebih bersemangat menabung walaupun wangnya sedikit
(H se) – bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain (U)
• membawa anak-anak ke kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
dan juga bukan kerajaan (NGO) (H ca) Antara kempen yang boleh
dianjurkan ialah kempen menabung – aktiviti pembukaan buku
simpanan seperti ‘Kelab Taha’ oleh Tabung Haji (C)
• anak-anak akan menabung wang mereka terutamanya apabila mendapat
wang raya pada musim perayaan (H ke)
• anak-anak akan terbiasa menabung apabila mereka dewasa – terbit pula
sikap perbelanjaan berhemah (H ke) – alah bisa tegal biasa (U)
• pembukaan akaun bank untuk anak-anak mejadi pendorong mereka
menyimpan wang dan tidak membazir (P)
4 Mencatat kerangka penutup
• kegawatan ekonomi tidak dapat dielakkan
• peranan ibu bapa amatlah efektif membudayakan amalan menabung dalam
kalangan anak-anak

36

PENERBIT ILMU• amalan menabung dapat melatih anak-anak berbelanja secara berhemah, UNIT 3
BAKTI SDN. BHD.tidak membazir

• harapan – ibu bapa bersungguh-sungguh membudayakan amalan menabung
dalam keluarga bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang

• tidak seperti melepaskan batuk di tangga

Contoh Karangan Lengkap

Dunia menuju ke era globalisasi. Ini bermakna banyak negara berjuang merebut
status negara maju. Semakin maju dunia bermakna sesebuah negara turut
bertambah maju. Sinonim dengan era globalisasi, sudah pasti kos hidup sesebuah
negara semakin meningkat. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya
berjimat cermat seperti peribahasa berjimat cermat amalan kita mesti diamalkan,
iaitu membuat penabungan. Persoalannya, siapakah yang berperanan dominan
dalam usaha menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya menabung?
Tuntasnya, ibu bapa semestinya menggalas peranan dominan menggalakkan
anak-anak mengamalkan budaya menabung.

Peranan dominan ibu bapa adalah menjadi suri teladan kepada anak-
anak. Hal ini demikian kerana anak-anak memerhati dan mencontohi perihal
kehidupan ibu bapa seharian. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan
teladan yang positif kepada anak-anak seperti mengamalkan kehidupan
berjimat-cermat dan suka menabung. Justeru, anak-anak akan menjadikan ibu
bapa mereka sebagai ikon dalam kehidupan yang positif sejak kecil sehinggalah
mereka dewasa. Perilaku ibu bapa yang positif akan diteladani oleh anak-anak
seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Peranan ibu bapa tidaklah setakat itu sahaja malah ibu bapa mesti
menerapkan budaya menabung terhadap anak-anak sejak di bangku sekolah
rendah. Hal ini demikian kerana, sewaktu kecil mereka sangat mematuhi kata-
kata atau nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa boleh juga mengatur cara anak-
anak menabung wang lebihan sekolah pada setiap hari. Impaknya, segala nasihat
akan mudah berakar umbi dalam sanubari anak-anak seperti peribahasa melentur
buluh biarlah waktu rebung. Anak-anak akan lebih bersemangat apabila ibu bapa
membelikan tabung yang menarik bentuknya. Tuntasnya, penerapan budaya
menabung dalam kehidupan anak-anak sejak kecil amat efektif dan akan terbiasa
menabung apabila mereka dewasa.

Selanjutnya, ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang
dengan cekap. Hal ini demikian kerana anak-anak lazimnya akan boros dalam
kehidupan mereka seperti membeli rokok, tambah nilai telefon bimbit, dan alat
solekan. Akibatnya, ibu bapa terpaksa memperuntukkan wang yang banyak
untuk perbelanjaan anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya mendidik
anak-anak melakukan perbelanjaan berhemah. Ibu bapa seharusnya menunjuk
ajar dan menasihati secara kerap agar membeli sesuatu barang yang diperlukan
sahaja. Impaknya, sikap berjimat-cermat dapat dipupuk dalam kalangan anak-
anak. Secara tersiratnya, anak-anak akan sedar kepentingan berjimat cermat dan
seterusnya menyimpan atau menabung wang lebihan walaupun sedikit seperti
peribahasa berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.

37

UNIT 3 Praktis SPM

PENERBIT ILMUTulis karangan yang panjanganya antara 350 sehingga 500 patah perkataan.
BAKTI SDN. BHD.
Praktis 1
Soalan 1: DOMAIN AWAM

Lazimnya dalam buli, satu pihak akan berasa menang dan satu pihak lagi tertekan
kerana tidak mampu mengelak atau mempertahankan diri. Mereka yang menjadi
mangsa akan berasa seolah-olah terperangkap dengan suasana dicipta pembuli.
“Persoalannya kenapa remaja dan kanak-kanak cenderung membuli? Inilah yang
perlu menjadi fokus dalam mengawal, sekali gus menyelesaikan isu buli,” kata
Pakar Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad.

(oleh Intan Mas Ayu Shahimi
[email protected])

Teks ucapan di atas memperlihatkan betapa seriusnya gejala buli dalam kalangan
remaja khasnya pelajar.
Tulis teks syarahan berkaitan punca gejala buli dan cara menyelesaikannya.

Soalan 2: DOMAIN PERIBADI

Kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak harus diukur dari aspek akademik
semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi
kecemerlangan dari aspek sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti,
keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani kerana secara tidak langsung
elemen ini banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Gaya Hidup Pelajar Cemerlang
dalam Persekitaran Kampus”, Baharin Mesir, Jamaludin Mohd Yatim,
Azmahani Abd Aziz, Mohd Hidayat Jamal, dan Muzaffar Zainal Abideen,

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai, Johor. [email protected])

Teks di atas berkaitan kecemerlangan seseorang murid. Fokus utama ialah
kecemerlangan dalam akademik malah merangkumi kecemerlangan dari aspek
sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga
ketangkasan jasmani.
Huraikan cara anda mencapai kecemerlangan diri dalam aspek yang dinyatakan
di atas.

62

Unit

4 Sistem dan Aplikasi Bahasa

4.1 Info Asas Sistem dan Aplikasi Bahasa

1 Terkandung dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2).
2 Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 35 markah (Peruntukan markah

bagi setiap item adalah fleksibel).
3 Masa menjawab bahagian ini dicadangkan 30 minit (tertakluk kepada

perubahan).

4.2 Bentuk Pengujian Item
UNIT 4
Item
PENERBIT ILMUMorfologi
BAKTI SDN. BHD.Sintaksis
Pengujian
Penyuntingan Bina ayat
Bahasa Melayu Pola Ayat / Ayat Aktif / Ayat Pasif / Ayat Songsang / Ayat Tanya (Bina
Standard Soalan / Ayat Tanya) / Subjek-Predikat / Jenis Ayat / Ayat Majmuk /
Peribahasa (Teks) Ayat Selapis
Kesalahan bahasa
Petikan bahasa Melayu Klasik ditulis semula dalam bahasa Melayu
Standard
• Berikan peribahasa lain yang hampir sama dengan peribahasa

yang diberi
• Cari peribahasa dan beri maksud
• Cari peribahasa dan bina ayat sendiri (lain daripada dalam teks)
• Nyatakan peribahasa menurut konteks situasi yang diberi
• Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

4.3 Perincian Item: Morfologi

Bentuk Pengujian
1 Calon dikehendaki membina ayat.
2 Petikan diubah suai daripada mana-mana sumber.
3 Calon dikehendaki menyenaraikan jenis kata dan bina ayat setiap kata yang

dipilih.
4 Bilangan kata adalah fleksibel (tidak tentu).
5 Peruntukan markah juga fleksibel (tidak tentu).

66

UNIT 4CONTOH 1

PENERBIT ILMUSOALAN 1: MORFOLOGI
BAKTI SDN. BHD.Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
adjektif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda yang hendak
berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu
akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Menurut bondanya,
‘saya’ masih belum mantap berbahasa ibunda dan mantap jati dirinya. Selain
itu, bondanya menyatakan bahawa warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi
seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Hal ini terjadi kerana penjajah telah
berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah
tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Justeru, bonda
menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus
dihormati dan disegani.

(Dipetik dan diubah suai daripada
“Cerpen Munsyi” oleh Husna Nazri)

Jawapan: (Rujuk – Petua Menjawab nombor 4)
Calon menyenaraikan dua kata kerja.
(i) berhijrah (berpindah)
(ii) memelihara (menjaga, membela, merawat, menternak, melindungi)
Calon membina ayat daripada kata kerja tersebut.
(i) Saya telah berhijrah ke Kedah mengikut ayah.
(ii) Kita mestilah memelihara alam sekitar.
Calon menyenaraikan dua kata adjektif.
(i) bimbang (berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau

takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, khuatir, risau)
(ii) cinta (perasaan kasih sayang)
Calon membina ayat daripada kata adjektif tersebut.
(i) Ibu berasa bimbang akan keselamatan anaknya yang sedang melintas jalan.
(ii) Ahmad Mutawakkil cinta akan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.

78

UNIT 4Panduan Menjawab Item Sintaksis
Bentuk Soalan
PENERBIT ILMU 1 Teks petikan akan diberi. Teks boleh dipetik dan diubah suai daripada
BAKTI SDN. BHD.
sebarang artikel ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya,
eBook Portal, Majalah Kerjaya, Majalah Kepenggunaan dan lain-lain.
2 Bentuk pengujian ialah Subjek – Predikat/Pola Ayat/Ayat Aktif/Ayat Pasif/
Ayat Songsang/Ayat Tanya (Bina Soalan)/Jenis Ayat/Ayat Selapis/Ayat Majmuk.
3 Lihat, baca dan fahamkan ayat atau frasa yang bergaris atau ayat atau frasa
yang berhuruf condong dalam teks.
4 Ada bentuk soalan yang anda pilih ayat dalam teks dan jawab ikut kehendak
soalan (subjek – predikat) tanpa mengubah maksud asalnya.
Peruntukan Markah
1 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 6 markah.
2 Satu jawapan (bentuk ayat) diperuntukkan 2 markah. (3 ayat × 2m = 6 markah)
3 Ada juga satu jawapan (bentuk ayat) diperuntukkan 1 markah.
(6 ayat × 1 m = 6 markah)
Petua Menjawab
1 Baca arahan dan fahamkan kehendak soalan.
2 Kemudian baca teks.
3 Jika tiada garisan atau huruf condong pada frasa atau ayat maka hendaklah
anda menggaris atau buat kurungan mengikut kehendak soalan.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Dalam lingkungan sekolah dalam talian, siswa dapat mengalami interaksi
sosial yang efektif dengan teman sebaya mereka. Ini adalah fakta bahawa
interaksi sosial sangat penting bagi siswa. Penting bagi siswa untuk bekerja pada
keterampilan kehidupan yang vital yang kemungkinan akan membantu mereka
melakukannya dengan baik pada masa depan. Kontrol adalah perbezaan utama
di sini. Siswa biasanya memiliki kontrol jauh lebih besar dengan siapa mereka
berinteraksi dan membentuk ikatan dengan temannya. Sekolah dalam talian
menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa. Siswa sekolah
dalam talian dapat memanfaatkan kesempatan sosialisasi ini untuk bersosialisasi
secara efektif.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Tip Pembelajaran”, Julai 2020)

Jawapan: (rujuk Pendepanan Seluruh Predikat – Seluruh predikat dibawa ke
depan mendahului subjek: bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan
ayat songsang)

96

Unit

5 Pemahaman

5.1 Pengenalan Markah UNIT 5
12 markah
Item 13 markah
Petikan Umum 10 markah
Petikan Sastera

Novel
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
5.2 Petikan Umum

1 Calon diberikan petikan bahan daripada mana-mana sumber seperti majalah,
surat khabar, Internet dan sebagainya.

2 Dua bahan yang mempunyai tema yang sama akan diberikan. Petikan bahan
yang diberikan adalah berbentuk bebas.

3 Elemen penyoalan adalah seperti berikut:
• Ada 4 soalan:
(i) Beri maksud rangkai kata (sama ada bahan 1 atau bahan 2) rujuk

petikan 1 atau petikan 2 = 2 markah
(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan isi

dalam petikan 1 dan petikan 2 = 3 markah
(iii) Beri pendapat: Soalan KBAT fikir sendiri = 3 markah
(iv) Ayat situasi – penyelesaian masalah fikir sendiri = 4 markah
4 Jumlah markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 12 markah.

5.3 Panduan Menjawab Petikan Umum

1 Baca arahan dan fahamkan arahan tersebut.
2 Baca petikan Bahan 1 dan Bahan 2 – fahamkan isu.
3 Baca soalan dan analisis kehendak soalan.
4 Jawab dalam ayat yang penuh dan gramatis.

Model 1
Contoh Item: Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberi dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

119

Bahan 1

Sekalipun pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah sosial
berada pada tahap yang terkawal, untuk melalui masa depan yang masih panjang
sudah tentu merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia menjadi suatu
tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkap dengan
gejala ini. Masalah ini timbul boleh jadi berpunca daripada sikap golongan dewasa
yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan
anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumah tangga.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Gejala sosial dalam Komuniti:
Satu Sorotan Penyelesaian dari Perspektif Wahyu”,

oleh Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith,
Universiti Malaya)

Bahan 2

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai-bagai gejala
sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali, baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh
kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka
kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada
segenap lapisan masyarakat. Ini jelas menggambarkan kegiatan mereka tidak
dipantau oleh ibu bapa masing-masing.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Gejala Sosial”,
oleh Cikgu Adda dan Cikgu Ummi,
[email protected])
UNIT 5
[2 markah]
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
(i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud pewaris negara.

Jawapan
Maksud pewaris negara ialah bakal pemimpin/bakal pemimpin tanah air.

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca gejala sosial dalam kalangan

murid dan remaja. [3 markah]

Jawapan
Punca gejala sosial dalam kalangan murid dan remaja ialah sikap golongan

dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian

melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumah

tangga. Selain itu, kegiatan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa masing-

masing.

120

PENERBIT ILMUUnit UNIT 6
BAKTI SDN. BHD.
6 Rumusan

6.1 Elemen Penyoalan

Ada dua bahan atau sumber berbeza bentuk:
(a) petikan dan gambar bertulisan, iklan kempen atau iklan aktiviti;
(b) tema teks petikan dan gambar atau iklan adalah sama.
(i) calon mesti menjawab dengan mengambil isi di dalam teks petikan dan

gambar atau iklan.
(ii) jika calon hanya mengambil isi di teks petikan maka markah akan kurang.

6.2 Panduan Menulis Isi

1 Mesti ada lapan isi, iaitu termasuk isi daripada Bahan 1 (teks) dan Bahan 2
(grafik).

2 Sekiranya dalam teks ada lebih daripada lima isi maka calon boleh ambil lebih
daripada lima isi. Namun demikian, isi dalam Bahan 2 mesti diambil untuk
menjadikan kesemua isi sebanyak 8. Begitu juga sebaliknya.

Contoh 1: 5 isi dalam bahan 1 (teks) dan 3 isi dalam bahan 2 = 8 isi
Contoh 2: 6 isi dalam bahan 1 (teks) dan 2 isi dalam bahan 2 = 8 isi

• Setiap 1 isi bersamaan 2 markah.
• Tiada isi tersirat.
3 Jumlah perkataan untuk menulis rumusan ialah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
4 Sekiranya rumusan calon terlebih 4 patah perkataan masih dibenarkan tetapi
seeloknya tidak melebihi 4 patah perkataan tersebut.

6.3 Bentuk Rumusan dan Pemarkahan

1 Tiada format yang khusus untuk menulis perenggan.
2 Sekiranya calon menulis dalam satu perenggan, markah tidak akan dipotong.
3 Walau bagaimanapun, calon dicadangkan membuat empat perenggan untuk

memudahkan pemeriksa membaca, mengesan isi daripada dua bahan dan
memberi markah.

165

Perenggan 1: Pendahuluan : 2 markah
Perenggan 2: 5 Isi (dalam bahan 1: teks) : 10 markah
Perenggan 3: 3 Isi (dalam bahan 2) : 6 markah
Perenggan 4: Kesimpulan : 2 markah

Isi Keseluruhan (I) 20 markah
MARKAH BAHASA (B), separuh daripada (I) : 10 markah

JUMLAH MARKAH : 30 markah

UNIT 66.4 Panduan Menjawab

PENERBIT ILMU 1 Baca dan faham arahan soalan.
BAKTI SDN. BHD. 2 Baca petikan teks dan hayati gambar, poster atau iklan yang diberikan.
3 Analisis kehendak soalan dari segi tema (ada 1 – teks petikan dan gambar atau

iklan) dan fokus (mungkin sama dalam teks petikan dan gambar/iklan atau
mungkin berbeza fokus).
4 Jawab dalam ayat yang penuh dan gramatis.
5 Anda boleh menggunakan penanda wacana yang mudah seperti selain itu,
di samping itu, seterusnya, selanjutnya, dan lain-lain.
6 Jika terlebih jumlah perkataan maka potong penanda wacana dan besarkan
huruf selepasnya.
B
Contoh: Selain itu, berekreasi mampu mengelakkan remaja daripada terjebak
dalam aktiviti berunsur negatif yang akan merosakkan masa depan mereka.

CONTOH 1

Baca petikan dan teliti peta minda yang disertakan di bawah. Kemudian, buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang terus
menghambat negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan
pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung
untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib
baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah
pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174 355
orang, iaitu seramai 40 356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala
35 832 orang (20.6 peratus) merupakan pemegang diploma.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap
majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak
mempunyai pengalaman bekerja. Sesetengah majikan melihat pengalaman lebih
penting berbanding dengan taraf pendidikan. Majikan sanggup menawarkan
kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang berpendidikan tinggi kepada
orang yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah.

166

Kertas 1 (1103/1)

Bahagian A [30 markah] 40 minit

Maklumat di bawah berkaitan dengan jasa guru.
Huraikan pendapat anda perihal cara mengenang jasa guru.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Tarikh keramat 16 Mei pada setiap tahun, kita akan merayakan sambutan KERTAS MODEL
hari guru bermula di peringkat sekolah hinggalah kebangsaan. Sambutan ini
adalah untuk meraikan para guru yang telah berkorban jiwa dan raga untuk
anak didik yang dikasihi. Malah, pengorbanan guru tidak boleh diganti dengan
wang ringgit dan kemewahan duniawi.

Kesungguhan para guru di Malaysia tidak boleh dipertikaikan. Buktinya,
walaupun pelbagai kekangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dilaksanakan, setakat 17 April 2020 mendapati Malaysia mendahului
51 buah negara lain termasuk negara-negara maju yang turut tersenarai dalam
carian popular frasa Google Classroom tertinggi di dalam tempoh sejak sebulan
lalu. Platform ini digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran digital ketika
tempoh PKP.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Menghayati

Nilai di Sebalik Tema Hari Guru 2020“, www.sinarharian.com.my)


193

KERTAS MODELUjian Bertutur (1103/3) (Naskhah Pentaksir)
Bahagian A
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Taksiran Individu
[40 markah]

[Masa: 3 hingga 5 minit]
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Pencemaran Alam Sekitar

204

Ujian Mendengar (1103/4)

Imbas kod QR untuk mendengar
ulasan cerpen.

Untuk tujuan pembelajaran

PETIKAN PERTAMA (Teks diperdengarkan menerusi sistem audio)
Dengar petikan ulasan cerpen ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.
Petikan ulasan cerpen akan dibaca sekali lagi.
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

KERTAS MODELPetikan yang sama diperdengarkan Imbas kod QR untuk
(Petikan Ulasan Cerpen) mendengar ulasan
PENERBIT ILMU cerpen.
BAKTI SDN. BHD.Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak
jawapan. Untuk tujuan pembelajaran

SOALAN PETIKAN PERTAMA

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan ulasan cerpen yang diperdengarkan.

1 Apakah yang diperjuangkan oleh Hakim? [1 markah]



2 Siapakah Azam? [2 markah]



3 Apakah kesudahan tuntutan Hakim terhadap tanah datuknya? [2 markah]



4 Nilai murni yang dimilik oleh Hakim ialah [2 markah]



Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 5.

5 Berikut merupakan perwatakan Hakim, kecuali [1 markah]
A seorang yang gigih.
B seorang yang bijak.
C seorang yang berdikari.
D seorang yang kuat berusaha.

208


Click to View FlipBook Version
Previous Book
WALI KUCING 1
Next Book
Chemistry