The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-02-28 22:43:19

1QA_BM_AnyflipWM

1QA_BM_AnyflipWM

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kandungan Unit 1 Karangan Respons Terhad 1 Unit 2 Karangan Respons Terbuka 13 Domain Awam 14 Domain Peribadi 25 Domain Pendidikan 35 Domain Kerjaya 45 Unit 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 56 Morfologi 56 Sintaksis 65 Penyuntingan 73 Bahasa Melayu Standard 84 Peribahasa 90 Unit 5 Rumusan 141 Unit 6 Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar 157 Unit 4 Pemahaman 95 Petikan Umum 95 Sastera 108 Novel 123 Kertas Model SPM 185 Jawapan 197 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Karangan Respons Terhad 1 UNIT 1 Kertas 1 Bahagian A (30 Markah) Soalan 1 Maklumat di bawah berkaitan dengan tingkah laku baik yang menjadi sebahagian daripada budaya kita. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang pemupukan tingkah laku yang baik. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. S.P: 3.5.1 KBAT Mencipta Info Asas Karangan 1 Dikenali sebagai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. 2 Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan wajib dijawab oleh calon. 3 Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 30 markah. 4 Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit. 5 Kepanjangan karangan adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 6 Bahan rangsangan yang mungkin dikemukakan ialah petikan akhbar, gambar ilustrasi, foto, petikan umum, catatan, e-mel, dialog dan sebagainya. Langkah pertama haruslah bermula dari rumah hinggalah sekolah untuk kembali menyuburkan budi bahasa dalam jiwa masyarakat Malaysia. Langkah yang paling berkesan ialah pihak kerajaan perlulah menjalankan kempenkempen yang berkaitan dengan amalan berbudi bahasa. Sumber: Internet PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Unit 1 Kerangka Jawapan Pendahuluan (Tema/Kehendak Soalan) • Maksud tingkah laku yang baik • Pelbagai langkah pemupukan tingkah laku yang baik Isi-isi Penting (Isi 1/ Isi 2/ Isi 3) Isi 1: • Pihak kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa – menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan murni – “Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni” yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) – meningkatkan nilai tingkah laku yang baik dalam kalangan masyarakat Isi 2: • Pihak ibu bapa memberikan pendidikan tentang tingkah laku baik – anak-anak diumpama sebagai sehelai kain putih – ibu bapa bertanggungjawab untuk mewarnakan jiwa mereka dengan nilai-nilai budi bahasa Isi 3: • Pihak sekolah menekankan amalan tingkah laku baik – masa murid banyak dihabiskan di sekolah – pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa dengan lebih baik – dipupuk melalui Pendidikan Moral yang dapat meningkatkan sikap sopan santun dan budi bahasa Penutup (Cadangan/Harapan) • Semua pihak berganding bahu mencapai hasrat negara cemerlang, gemilang dan terbilang dengan tingkah laku masyarakat yang baik 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. Tema: Tingkah laku yang baik 2 Format karangan ialah pendapat. 3 Fokus: Langkah pemupukan tingkah laku baik • Isi 1: Kempen Budi Bahasa yang dijalankan • Isi 2: Peranan ibu bapa dalam sesebuah keluarga • Isi 3: Peranan pihak sekolah 4 Setiap fokus bahan wajib dihuraikan dalam karangan. 5 Fokus bahan boleh dihuraikan dalam bahagian pendahuluan, isi ataupun penutup. Tip Peperiksaan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Unit 1 Soalan 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan wabak penyakit. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang cara-cara mencegah wabak penyakit. Panjangnya pendapat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. S.P: 3.5.1 KBAT Mencipta Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu berkata, OPPI merupakan aktiviti utama di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 untuk memastikan masyarakat peka dan bertanggungjawab menghentikan penularan denggi. Beliau berkata, operasi bersepadu itu turut melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975. “Kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan jika terdapat pembiakan jentik-jentik di premis kediaman. Jika gagal membayar kompaun boleh didenda di mahkamah maksimum RM10 000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. (Sumber: Sinar Harian, 29 Disember 2020) Tan Sri Dr. Noor Hisham turut mencadangkan mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza supaya berehat di rumah dan tidak berada di tempat tumpuan awam, makan angin, atau bertemu dengan orang lain. Jika perlu mengadakan pertemuan, mereka dinasihati agar memakai pelitup muka. (Sumber: Berita Harian, 14 Januari 2020) 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. Tema: Wabak Penyakit 2 Format karangan ialah memberi pendapat. 3 Fokus: Cara-cara mencegah wabak penyakit 4 Cara mencegah wabak penyakit yang terdapat dalam setiap bahan wajib digunakan. • Cara dalam bahan 1: Kerjasama pihak berkuasa (PBT dan polis) – menguatkuasakan undang-undang Tip Peperiksaan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Unit 1 Kerangka Jawapan Pendahuluan (Tema/Kehendak Soalan) • Keadaan yang berlaku pada masa ini • Pelbagai langkah pencegahan wabak penyakit perlu dilaksanakan Isi-isi Penting (Cara 1/ Cara 2/ Cara 3) Cara 1 • Kerjasama pihak berkuasa – pihak polis – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – rondaan – kawasan perumahan – memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes terhapus – kompaun dikenakan kepada mereka yang tidak memastikan tempat tinggal mereka sentiasa bersih Cara 2 • Orang awam digalakkan berehat di rumah sekiranya bergejala – mengelakkan wabak penyakit disebarkan ke dalam komuniti – mempunyai gejala influenza seperti batuk, selesema dan demam – tidak keluar dari rumah – menjalani kuarantin atas usaha sendiri Cara 3 • Pemakaian pelitup muka di tempat awam – mengelakkan diri kita terkena jangkitan melalui saluran pernafasan – membeli-belah di pasar raya – ruang tertutup dengan pendingin hawa – perlu memakai pelitup muka pada setiap masa Penutup (Cadangan/Harapan) • Semua pihak berganding bahu mencegah wabak penyakit • Berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Soalan 3 Maklumat di bawah berkaitan dengan kempen membeli barangan buatan Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis rencana tentang kempen membeli barangan buatan Malaysia. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. S.P: 3.5.1 KBAT Mencipta • Cara dalam bahan 2: Berehat di rumah sekiranya bergejala • Cara dalam bahan 3: Memakai pelitup muka 5 Setiap fokus bahan wajib dihuraikan dalam karangan. 6 Fokus bahan boleh dihuraikan dalam bahagian pendahuluan, isi ataupun penutup. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Unit 1 OBJEKTIF KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA (KBBM) 20___ @mykpdnhep Pupuk semangat patriotisme pengguna Malaysia 01 Rangsang pertumbuhan ekonomi domestik 02 Hebatkan keluaran produk tempatan 03 Promosi kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia 04 Pasaran luas kepada pengusaha tempatan 05 Galak pengusaha tempatan hasilkan produk setanding luar negara 06 “Pilih, beli dan pakai barang MALAYSIA KITA!” EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 21 - 22 JULAI 20__ DEWAN 4 DAN 5 PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR Pelbagai aktiviti menarik disediakan: • Jualan dan pameran • Demonstrasi produk • Lelongan amal • Pertunjukan fesyen • Hadiah pengunjung bertuah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) akan terus ditambah baik sejajar dengan keperluan untuk merancakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata ini termasuklah menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar untuk menyokong kempen itu dan menjadi platform dalam mengetengahkan produk PKS. Sumber: Internet PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Unit 1 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. Tema: Kempen membeli barangan Malaysia 2 Format karangan ialah rencana. 3 Fokus setiap bahan dalam bahan rangsangan wajib ditemukan. • Isi 1: Objektif Beli Barangan Malaysia • Isi 2: Aktiviti yang dijalankan bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia • Isi 3: Langkah penambahbaikan kempen 4 Setiap fokus bahan wajib dihuraikan dalam karangan. 5 Fokus bahan boleh dihuraikan dalam bahagian pendahuluan, isi ataupun penutup. Tip Peperiksaan Kerangka Jawapan Pendahuluan (Pengenalan) • Kempen Membeli Barangan Malaysia – mempromosikan pembelian barangan tempatan Isi-isi Penting (Isi 1 - Objektif Kempen) • Dapat melahirkan semangat patriotik • Pertumbuhan ekonomi domestik akan terangsang • Memperbesar pasaran barangan tempatan • Meningkatkan daya saing diri (Isi 2 - Aktiviti yang dijalankan) • Meningkatkan keberkesanan kempen • Pelbagai aktiviti dirancang • Jualan dan pameran barangan • Demonstrasi produk dan pertunjukan fesyen • Hadiah pengunjung bertuah (Isi 3 - Langkah Penambahbaikan) • Jalinan kolaboratif antara sektor kerajaan dengan syarikat-syarikat swasta Penutup • Semua pihak berganding bahu mencapai hasrat negara • Maju industri tempatan, majulah negara kita Soalan 4 Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. S.P: 3.5.2 KBAT Mencipta PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Unit 1 √ Gaji Pokok RM1200 - RM1800 √ Elaun Tapak Projek √ Token Laporan Tapak √ Elaun Memandu √ Caruman KWSP √ Caruman PERKESO dan SIP √ Tuntutan Perubatan √ Kad Perubatan √ Majlis / Acara Tahunan Syarikat JAWATAN KOSONG JARINGAN UKUR BINA SDN. BHD. 1 Juruteknik Elektrik • Dua kekososngan • Minimum SPM / Sijil Kemahiran • Ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama satu tahun atau lebih 2 Juruteknik Pendingin Hawa • Dua kekososngan • Minimum SPM / Sijil Kemahiran • Ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama satu tahun atau lebih 3 Juruteknik Pendingin Hawa • Satu kekososngan • Minimum Sijil / Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik / yang berkaitan • Ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama satu tahun atau lebih LOKASI: BANDAR PINGGIRAN, SUBANG, SEKSYEN U5, SHAH ALAM Sekiranya berminat, boleh hantarkan RESUME ke alamat e-mel: [email protected] atau hubungi 03-7842 XXX / 011-3767 XXXX • Penyunting Video (i) Minimum diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (ii) Mempunyai pengalaman minimum dua tahun dalam bidang yang berkaitan; (iii) Mahir menggunakan Premier Pro, After Effect, Photoshop, Nuke dan Illustrator. • Penolong Pegawai Undang-undang (i) Minimum Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (ii) Lulus peperiksaan akhir Peguam; (iii) Fasih berbahasa Inggeris. Calon-calon boleh menghantar permohonan melalui e-mel ke [email protected] Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nur Irene / Puan Dayana di talian 06-2519 XXX / 012 - 358 XXXX JAWATAN KOSONG!!! MOHON SEKARANG! • Wartawan Sambilan (i) Minimum Diploma atau Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (ii) Baik dari segi penulisan dan komunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Media Sosial) (i) Minimun sijil atau diploma atau Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (ii) Mempunyai pengalaman minimum dua tahun dalam bidang berkaitan; (iii) Mahir menggunakan media sosial. • Pembantu Pemasaran dan Pengiklanan (Digital) (i) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (ii) Mempunyai pengalaman minimum dua tahun dalam bidang berkaitan; (iii) Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik. PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN SAMBILAN TEMU DUGA TERBUKA PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN Hubungi: Encik Wan Azlan - 04-3971 XXX KELAYAKAN • Berkelulusan SPM dan wajib lulus Bahasa Melayu dan Matematik/Perdagangan/ Prinsip Akaun • Berumur 18 - 30 tahun • Berperwatakan menarik atau ceria • Sanggup bekerja syif SILA BAWA BERSAMA DOKUMEN BERIKUT: • Satu keping gambar terbaharu berukuran pasport • Sijil SPM, Sijil berhenti sekolah (ASAL/ SALINAN) • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Unit 1 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. 2 Format karangan ialah resume. 3 Fokus setiap bahan dalam bahan rangsangan wajib ditemukan. • Fokus 1: Tuntutan pekerjaan • Fokus 2: Tetapkan pilihan kerjaya 4 Setiap fokus bahan wajib dihuraikan dalam karangan. 5 Fokus bahan boleh dihuraikan dalam bahagian pendahuluan, isi ataupun penutup. Tip Peperiksaan Kerangka Jawapan • Maklumat Diri Secara Terperinci: (Menulis nama, alamat, nombor telefon untuk dihubungi, nombor kad pengenalan) • Jawatan yang Dipohon: (Menyatakan jawatan yang ingin dipohon berdasarkan iklan) • Objektif: (Menyatakan objektif berdasarkan jawatan yang dipohon) • Pendidikan: (Menyatakan maklumat pendidikan secara terperinci) • Kerja Kursus yang Berkaitan: (Menyatakan maklumat kerja kursus yang pernah anda sertai yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon) • Kejayaan dan Pencapaian: (Menyatakan maklumat pencapaian anda berkaitan dengan jawatan yang dipohon) • Kekuatan: (Menyatakan kelebihan anda berkaitan jawatan yang dipohon) • Lokasi: (Bersedia ditugaskan ke mana-mana berdasarkan kesesuaian) • Tarikh Bermula: (Dengan serta-merta) • Sasaran Gaji: (Menyatakan jumlah gaji yang diminta dengan pernyataan boleh dirunding) • Rujukan: Kepilkan yang berkenaan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Unit 1 1 Murid mesti mengenal pasti tema soalan yang terdapat dalam arahan soalan. 2 Format karangan ialah pendapat. 3 Fokus setiap bahan dalam bahan rangsangan wajib digunakan. • Fokus 1: Kerajaan wajar mempergiatkan program antarabangsa dalam pelbagai bidang • Fokus 2: Belia diberi peluang untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara • Fokus 3: Antara peranan belia dalam memajukan negara adalah menguasai ilmu pengetahuan, mempelbagaikan kemahiran diri dan keterbukaan dalam kehidupan 4 Setiap fokus bahan wajib dihuraikan dalam karangan. 5 Fokus bahan boleh dihuraikan dalam bahagian pendahuluan, isi ataupun penutup. Tip Peperiksaan PERANAN BELIA DALAM MEMAJUKAN NEGARA Menguasai ilmu pengetahuan Mempelbagaikan kemahiran diri Keterbukaan dalam kehidupan Soalan 5 Maklumat di bawah berkaitan dengan agenda pembangunan belia. Huraikan pendapat anda tentang pemerkasaan peranan belia di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. S.P: 3.5.1 KBAT Mencipta Kerajaan wajar mempergiatkan program antarabangsa dalam pelbagai bidang sebagai agenda dan dasar transformasi pembangunan belia bersepadu. Belia perlu diberikan peluang untuk tumbuh dan berkembang dalam bidang yang menjadi kegemaran mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Belia Malaysia Menggapai Dunia”, Dewan Siswa, Bil.8/2019 Di Austria, pada 2013, Sebastian Kurz terpilih menjadi anggota parlimen. Pada usianya yang baru 27 tahun, Kurz memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri Austria. Dalam dunia politik Austria, beliau tercatat sebagai menteri termuda. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepemimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara”, Dewan Siswa, Bil.4/2019 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Unit 1 Soalan 6 Maklumat di bawah berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. S.P: 3.5.1 KBAT Mencipta Kerangka Jawapan Pendahuluan (Tema/Kehendak Soalan) • Pemerkasaan peranan belia di Malaysia • Belia merupakan permata negara yang perlu digilap supaya terus menyerlah sinarnya. Semua pihak perlu memberi sokongan moral, kewangan, semangat atau motivasi agar mereka dapat mempertajam bakat, kemahiran dan ilmu pengetahuan Isi-isi Penting (Fokus 1/ Fokus 2/ Fokus 3) Fokus 1: • Pihak kerajaan perlu mempergiat program antarabangsa dalam pelbagai bidang sebagai agenda dan dasar transformasi pembangunan belia bersepadu – belia perlu diberi peluang untuk menceburi bidang yang diminati – amsalnya, pendidikan, perfileman, perniagaan, keusahawanan dan kesukarelawanan Fokus 2: • Belia harus diberi peluang untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara – persepsi lapuk yang menyatakan bahawa belia kurang berpengalaman dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran negara perlu dikikis – buktinya, Sebastian Kurz muncul sebagai menteri termuda dalam dunia politik Austria Fokus 3: • Belia perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan sebagai nilai tambah kepada diri mereka – penting agar mereka kekal berdaya saing dan kompeten terutamanya apabila berada dalam pasaran kerja kelak – institusi pendidikan berperanan penting dalam menawarkan pelatih yang bermutu untuk mengasah bakat dan kemahiran generasi muda kita Penutup (Cadangan/Harapan) • Semua pihak berganding bahu mencapai hasrat negara – belia yang bakal menentukan arah ke mana negara dibawa pada masa hadapan • Jangan jadikan langit sebagai sempadan, sebaliknya jadikan langit sebagai impian – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 Unit 1 Secara umumnya, proses kitar semula terbahagi kepada tiga elemen utama yang lebih popular dengan sebutan ‘3R’. Amalan ini penting untuk menjaga kebersihan, mengelakkan pembaziran dan mengurangkan penggunaan sumber tenaga demi kebaikan bersama. Dipetik dan diubah suai daripada, “Kitar Semula Amalan Mulia”, Dewan Siswa, Julai 2016 Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Sumber: Internet Amalan Kitar Semula Mengekalkan keseimbangan ekosistem Mengurangkan pencemaran alam sekitar Mengelakkan kepupusan sumber 1 Murid mesti mengenal pasti tema yang terdapat dalam arahan soalan. 2 Format karangan ialah pendapat. 3 Fokus setiap bahan dalam bahan rangsangan wajib digunakan. • Fokus 1: Konsep 3R dalam amalan kitar semula • Fokus 2: Antara langkah untuk memupuk amalan kitar semula adalah melalui pendidikan • Fokus 3: Kepentingan amalan kitar semula adalah mengekalkan keseimbangan ekosistem, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengelakkan kepupusan sumber 4 Setiap fokus bahan wajib dihuraikan dalam karangan. 5 Fokus bahan boleh dihuraikan dalam bahagian pendahuluan, isi ataupun penutup. Tip Peperiksaan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Unit 1 Kerangka Jawapan Pendahuluan (Tema/Kehendak Soalan) • Isu alam sekitar perlu diberikan perhatian oleh semua pihak • Khazanah alam perlu dijaga dan dilindungi agar tidak memberi kesan terhadap kehidupan manusia di bumi ini – berlakunya bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi merupakan kesan daripada kerakusan terhadap alam sekitar Isi-isi Penting (Fokus 1/ Fokus 2/ Fokus 3) Fokus 1: • Proses kitar semula perlu diberikan pendedahan kepada setiap warga masyarakat. Konsep 3R, iaitu Reuse, Recycle dan Reduce menjadi panduan induk dalam mendidik warga masyarakat mempraktikkan amalan mulia ini Fokus 2: • Langkah yang boleh diambil untuk memupuk amalan kitar semula adalah melalui pendidikan dan media massa. Kita perlu menerapkan nilai cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid sekolah menerusi kurikulum – media massa turut berperanan penting dalam menguar-uarkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Fokus 3: • Antara kepentingan amalan kitar semula adalah mengekalkan keseimbangan ekosistem – langkah mengurangkan aktiviti pembalakan dan perlombongan – dapat menyelamatkan ekosistem sungai, hutan dan paya bakau – dapat mengekalkan keindahan semula jadi Penutup (Cadangan/Harapan) • Kita harus mengamalkan 'fikir dahulu sebelum buang' agar kebersihan dan keindahan alam sekitar terus terpelihara • Khazanah alam tiada nilainya – jangan hanya ingin bertindak apabila nasi sudah menjadi bubur 1 Calon diingatkan tidak mengarang lebih daripada masa yang ditetapkan, iaitu 30 minit. 2 Calon MESTI menggunakan semua bahan dalam bahan rangsangan yang diberikan untuk membina isi karangan. 3 Dua perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon untuk soalan bahagian ini ialah: (a) fokus bahan adalah sama; (b) fokus adalah berlainan tetapi tema soalan adalah sama. 4 Calon perlu membaca arahan soalan dengan TELITI. Peringatan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Karangan Respons Terbuka 2 UNIT 13 Unit 2 Kertas 1 Bahagian B (70 Markah) Panduan Menjawab Karangan 1 Empat soalan dikemukakan dalam bahagian ini. Item yang digunakan untuk bahagian ini ialah: (a) Domain Awam (berurusan dengan perkhidmatan awam, badan pentadbiran, aktiviti sosial dan budaya dalam masyarakat) (b) Domain Peribadi (berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan, jiran dan masyarakat sekeliling) (c) Domain Pendidikan (berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus) (d) Domain Kerjaya (berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan persediaan menyertai kerjaya) 2 Baca keempat-empat soalan dengan teliti terlebih dahulu. Jangan terus menulis karangan tanpa menghayati kehendak keempat-empat soalan. Setelah itu, pilih satu soalan yang anda betul-betul faham dan hayati kehendak soalan pilihan anda. Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikir format soalan yang anda pilih agar tidak tersilap atau tersasar. 3 Calon digalakkan mencatat rangka karangan setelah membaca dan menghayati atau menganalisis kehendak soalan. 4 Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan bahagian ini ialah 1 jam 20 minit. 4 Ciri-ciri karangan cemerlang: Isi Cukup, ada huraian dan contoh. Bahasa Lancar dan gaya bahasa menarik, penanda wacana serta variasi ayat tepat. Pengolahan Matang, dapat menghuraikan isi dengan jelas. Pemerengganan Tepat mengikut kehendak soalan. Bilangan perkataan Lebih daripada 350 patah perkataan. Kesalahan bahasa Sangat sedikit. Peribahasa / kata-kata hikmah / slogan / cogan kata / frasa menarik Sekurang-kurangnya dua dan tepat. Penggunaan kata atau istilah menarik Perkataan yang diterima pakai. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Unit 2 Kerangka Jawapan Pendahuluan • Pencemaran alam – hangat dibicarakan – kualiti persekitaran dan kesejahteraan hidup masyarakat semakin merosot – sumber alam semakin terjejas dan sumber air semakin terancam – seolah-olah tidak ada penghujung – usaha yang konkrit untuk menangani gejala pencemaran 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Alam sekitar 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan alam sekitar terpelihara 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Usaha yang dijalankan/ kesan pencemaran alam sekitar Tip Peperiksaan Soalan 1 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.5.2 Jika dilihat, kualiti persekitaran dan kesejahteraan hidup masyarakat semakin merosot. Sumber alam semakin terjejas dan sumber air semakin terancam. Oleh itu, pemakaian akta, peraturan, dasar dan garis panduan berkaitan alam sekitar harus ditingkatkan. Sebarang pencemaran alam sekitar dilakukan sama ada sengaja atau sebaliknya, tidak harus dimaafkan. Lantas, peranan kerajaan harus serius termasuk mengadakan kempen secara konsisten dan ibu bapa harus mendidik anak-anak menghargai dan peka terhadap alam sekitar. Sumber: Berita Harian Online, 13 Mac 2020 Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Bincangkan pernyataan tersebut. Domain Awam PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Unit 2 Isi-isi Penting Langkah mengatasi pencemaran alam 1 Pemakaian akta, peraturan, dasar dan garis panduan berkaitan alam sekitar harus dipertingkat • Individu yang terbukti bersalah mencemarkan alam sekitar perlu dikenakan penalti – tidak boleh diikat jamin – bertujuan memberi pengajaran kepada ‘penjenayah alam sekitar’ dan sesiapa sahaja yang berniat merosakkan alam sekitar – dapat memberi amaran kepada masyarakat agar tidak melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan persekitaran – diharapkan dengan kaedah ini kemerosotan kualiti alam sekitar dapat dikurangkan dari semasa ke semasa 2 Pihak sekolah memainkan peranan penting • Usaha mengatasi pencemaran alam – menganjurkan pelbagai aktiviti – Kempen Sayangi Alam Sekitar, – pertandingan mengumpul bahan kitar semula, – mengadakan program gotong-royong – bertujuan untuk menyemai kesedaran secara lebih berkesan – memupuk semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan murid-murid – akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar 3 Pihak kerajaan melaksanakan kempen secara konsisten • Menyampaikan mesej kepada setiap golongan masyarakat – mengubah stigma masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar – media massa digunakan – wadah penyampaian maklumat – melalui kempen – memperbanyak kempen kitar semula – memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar 4 Peranan ibu bapa • Mendidik anak-anak menghargai dan mencintai alam sekitar sejak kecil – orang yang paling dekat dengan anak-anak – mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran – menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar – menjadi suri teladan kepada anak-anak – bapa borek anak rintik – menjadi ikutan anak-anak – ibu bapa lebih proaktif memastikan anak-anak lebih memahami kepentingan alam sekitar Penutup • Semua pihak haruslah bersinergi – mengekalkan keindahan alam sekitar – memerlukan kerjasama padu daripada pelbagai pihak - mencapai objektif kelestarian alam sekitar – generasi akan datang – menikmati keindahan dan kelestarian alam sekitar - mengecapi kehidupan yang bahagia dan sejahtera PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Unit 2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Sains dan teknologi 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Kesan positif dan kesan negatif peranti elektronik kepada manusia 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis ulasan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Maksud peranti elektronik Tip Peperiksaan Soalan 2 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 Apakah itu peranti elektronik? Secara umumnya, peranti elektronik difahami sebagai peranti teknologi, iaitu semua peralatan elektronik yang berfungsi sebagai medium penyampai maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian. Walaupun secara asasnya makna peranti elektronik ini merujuk kepada perkembangan teknologi yang mampu memberikan kesan positif kepada pengguna, namun dalam kalangan remaja, perkembangan teknologi ini menjadi ancaman jika tidak dikawal penggunaannya. Aspek kawalan dan kealpaan dalam penggunaan teknologi yang melampau telah menjadi masalah baharu kepada ibu bapa, penjaga, guru-guru dan masyarakat. Sumber: “Punca dan Kesan Ketagihan Peranti Elektronik” oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Jun 2018 Maklumat di atas menunjukkan bahawa peranti elektronik memberikan kesan positif dan kesan negatif kepada kehidupan kita pada zaman ini. Ulaskan pernyataan ini. Kerangka Jawapan Pendahuluan • Lambakan peranti elektronik dalam pasaran – memberikan pelbagai kesan kepada manusia – menjadi sebahagian daripada kehidupan rutin masyarakat moden hari ini Isi-isi Penting Kesan Positif 1 Menjana pendapatan • Perniagaan dalam talian – Facebook – memudahkan kita untuk melakukan pemasaran – menarik sasaran pelanggan – tidak memerlukan kos pemasaran – mampu memberikan peluang kepada sesiapa sahaja – ingin memulakan perniagaan yang berskala kecil – mengurangkan perbelanjaan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Unit 2 – meningkatkan pendapatan – meningkatkan taraf hidup – menghadapi keadaan ekonomi kontemporari yang tidak menentu – air juga ada pasang surutnya 2 Memudahkan urusan seharian • Pembayaran bil, transaksi wang dan kerja membuat pesanan makanan – menjadi lebih mudah – bil-bil dapat diakses di hujung jari kita – tidak perlu pergi ke sesuatu tempat dengan sendiri – menjimatkan masa – menjimatkan kos pengangkutan – tidak perlu bergegas ke sesuatu tempat atau pusat sekiranya kesuntukan masa Kesan Negatif 3 Terdedah kepada pelbagai budaya negatif • Remaja – melayari laman-laman pornografi – laman-laman yang berunsurkan keganasan – pelbagai budaya menjajah minda generasi muda – mencetuskan sifat ingin tahu – remaja masih belum cukup matang pemikirannya – tidak dapat membezakan baik buruk – melakukan tindakan yang melampaui batasan moral – menjejaskan prestasi akademik 4 Menyebabkan ketagihan • Sanggup bersengkang mata untuk mengakses permainan dalam talian sehingga lewat malam – tidak bertenaga – tidak bersemangat – keesokan harinya – tidak mampu untuk melakukan kerja – tidak dapat membuat ulang kaji pelajaran – menyebabkan produktiviti menjadi rendah – tidak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya Penutup • Kesimpulan – ibu bapa – mengawasi penggunaan peranti elektronik – generasi muda tidak ketagih – tidak hanyut dibawa arus modenisasi – masa depan remaja dan negara terjamin Soalan 3 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 Malaysia mempunyai begitu banyak destinasi percutian menarik yang boleh diterokai. Sesetengah destinasi pelancongan ini juga bertaraf dunia dan sering menjadi lokasi percutian pelancong asing. Mengapakah perlu menghabiskan wang dan masa ke luar negara sedangkan banyak tempat di Malaysia yang masih belum lagi dilawati? Jika ada yang tidak berkemampuan untuk melancong di negeri lain, mungkin anda boleh mula melawati kawasan tumpuan pelancong yang berdekatan dengan anda. Pendek kata, anda tetap boleh mendapat faedah melancong tanpa pergi ke negara lain. Sumber: Internet PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Unit 2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Pelancongan dalam negara 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Cadangan destinasi pelancongan tempatan 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis surat tidak rasmi 4 Fokus bahan/soalan ditemukan. • Pengenalan destinasi percutian yang sesuai dalam negara untuk sesebuah keluarga 5 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Faedah melancong dalam negara Tip Peperiksaan Petikan di atas menerangkan bahawa Malaysia berupaya menawarkan tarikan percutian kepada pelancong domestik mahupun luar negara. Rakan anda bercadang untuk bercuti dengan keluarganya lalu meminta pandangan anda. Utus surat kepadanya untuk mencadangkan destinasi percutian yang sesuai bagi rakan anda dan keluarganya. Tulis surat tersebut selengkapnya. Kerangka Jawapan Pendahuluan • Alamat pengirim dan tarikh • Bertanya khabar – doakan rakan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera – belum lagi berpeluang untuk menjejaki Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara – mencadangkan saudari dan keluarga tersayang – meninjau keunikan Pulau Pinang – antara destinasi popular untuk bercuti – George Town sebagai salah satu bandar pilihan dan pelancongan bagi tahun 2016 Isi-isi Penting (cadangan) 1 Mengunjungi Pantai Batu Feringgi • Ciri-ciri Batu Feringgi yang terletak di Pulau Pinang – pemandangan menarik di tepi pantai – hotel-hotel dalam lingkungan tiga bintang hingga lima bintang – aktiviti laut boleh dijalankan oleh rakan dan keluarga – keriangan anak-anak muda yang menunggang kuda ataupun bermandi-manda di tepi pantai – membeli-belah – pasar malam yang terletak di sekitar kawasan hotel ini 2 Mengunjungi ibu negeri Pulau Pinang • Jangan terlepas peluang untuk melawat George Town yang telah dilakari sejarah yang cukup membanggakan – tokong Cina, masjid lama, bangunan milik baba peranakan hinggalah Dewan Undangan Negeri yang pernah dibina oleh British PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Unit 2 menjadikan seni bina di George Town menarik dan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri – Warisan Sejarah UNESCO (UNESCO World Heritage) – melalui beca yang ada – dengan berjalan-jalan di George Town, dapat menjenguk seni jalanan yang ada termasuklah mural yang dihasilkan artis Lithuania, Ernest Zacharevic 3 Menikmati makanan popular masyarakat Pulau Pinang • Turut dikenali syurga makanan – antara juadah yang mesti dijamu kepada saudari – makanan ala-Barat mahupun ala-Melayu yang terhidang membuka selera pengunjung yang bercuti di sini – makanan dapat dijamu di setiap warung kopi – kuetiau goreng yang merupakan makanan jalanan terkemuka di sini – air tangan orang di sini tidak pernah mengecewakan Penutup • Tidak akan kecewa memilih – sebagai destinasi percutian seterusnya – tulus ikhlas mengharapkan percutian rakan dan keluarga meninggalkan memori yang paling manis – semoga bertemu lagi di lain lembaran • Tanda tangan Soalan 4 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 Siri penjajahan di bumi Tanah Melayu selama lebih 500 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun meninggalkan banyak monumen bersejarah yang akhirnya menjadi tarikan pelancongan. Keunikan binaan bangunan asli Melayu dan berunsurkan kolonial ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat setempat malahan turut menggamit kunjungan pelancong luar ke kota-kota warisan berkenaan. Sumber: Sinar Harian, 10 Februari, 2020 Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia mempunyai monumen bersejarah akibat penjajahan kuasa asing. Jelaskan warisan bangunan atau monumen bersejarah yang dapat ditemukan dan kepentingannya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Unit 2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Warisan Negara 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Kepentingan warisan bangunan atau monumen bersejarah 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis pendapat 4 Fokus bahan/soalan ditemukan. • Warisan bangunan atau monumen bersejarah yang dapat ditemukan dan kepentingannya 5 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Kesan peninggalan penjajahan kuasa barat Tip Peperiksaan Kerangka Jawapan Pendahuluan • Malaysia kaya dengan peninggalan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya – tersimpan pelbagai cerita sejarah dan pelbagai warna yang cukup menarik – contohnya, Bangunan Stadthuys di Melaka, Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur – tersergam kukuh dan ada pula yang menunggu saat-saat keruntuhannya – perlu dipulihkan Isi-isi Penting Monumen Bersejarah 1 Kubu Cornwallis • Di pusat bandar George Town – tapak warisan UNESCO – Kota Cornwallis – di Padang Kota Lama – tapak penempatan pertama orang British di Tanah Melayu – dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light – pelan lantai berbentuk bintang - sepucuk meriam yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib 2 Tokong Kek Lok Si • Kuil Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara – daya tarikan utama – patung Dewi Kuan Yin yang besar – menggabungkan bentuk oktagon Cina di tingkat bawah, reka bentuk berunsur Thai pada bahagian tengah dan mercu berbentuk mahkota yang berunsur Burma – mencerminkan kedua-dua pengaruh agama Buddha Mahayana dan Theravada Kepentingan 3 Memberi manfaat dari sudut pelancongan • Dapat menarik pelancong melawat ke tempat tersebut – bangunan bersejarah merupakan salah satu tarikan kepada pelancong selain bangunan moden – keunikan reka bentuk menjadi tarikan kepada pelancong – dapat menarik pelancong dari seluruh negara – menjana sumber ekonomi negara PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Unit 2 4 Dapat memberikan iktibar • Pengajaran daripada kesilapan nenek moyang – keharmonian negara dapat tercapai – George Santayana pernah berkata, “sesiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya” – selalu memberi ilham dan inspirasi kepada generasi muda kita – mengelakkan diri daripada terjerat ke dalam tipu daya kuasa asing – kejahilan terhadap asal usul – mudah menderhaka dan tidak mempunyai jati diri Penutup • “Semua sejarah merupakan lukisan daripada beberapa catatan dan memiliki ketelusan yang tinggi,” begitulah kata Emerson yang memberikan iktibar kepada kita – kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan – kerjasama daripada semua pihak – memelihara dan memulihara bangunan warisan – signifikan dan nilai yang sangat berharga Soalan 5 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Alam sekitar 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Langkah-langkah menangani masalah bencana alam 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Definisi alam sekitar • Isu pencemaran alam sekitar Tip Peperiksaan Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan manusia tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar kini semakin tercemar kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran, termasuklah pembuangan sampah di sungai, penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik. Dipetik daripada “Memelihara Alam Sekitar”, Dewan Siswa, Disember 2016 Petikan di atas menerangkan isu pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan pada masa ini. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya bencana alam. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Unit 2 Kerangka Jawapan Pendahuluan • Rakyat kurang peka terhadap penjagaan alam sekitar – isu alam sekitar semakin membimbangkan – kegiatan manusia yang merosakkan habitat flora dan fauna – meneroka dan membangunkan kawasan dengan sewenang-wenangnya – berlakunya bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan tanah runtuh – mengambil langkah yang komprehensif dan efektif untuk menangani masalah bencana alam Isi-isi Penting 1 Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar • Menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar – menghargai dan menyayangi alam sekitar – generasi pelapis mempunyai tanggungjawab untuk memelihara keindahan alam semula jadi daripada kebobrokan akibat perbuatan manusia 2 Memantau aktiviti pembangunan secara tegas dan teliti • Mengetatkan peraturan dan undang-undang – memastikan tidak berlakunya penyelewengan – membolehkan golongan pemaju tidak bertindak melampaui batasannya – penerokaan dan penebangan hutan yang menjejaskan sistem ekologi – mengenakan tindakan undang-undang terhadap pesalah 3 Membuat perancangan yang rapi dan terperinci • Sebelum memulakan suatu projek pembangunan di kawasan perhutanan – merangka pelan pembinaan sistem perparitan dan saliran yang sistematik dan terancang – mengelakkan daripada berlakunya kejadian banjir kilat – boleh menggugat keselamatan awam – merosakkan harta benda – contohnya bencana banjir di Selangor pada penghujung tahun 2021 yang memusnahkan banyak harta benda dan meragut nyawa 4 Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) • Bekerjasama dengan pihak kerajaan – menjalankan kempen kesedaran alam sekitar – mengingatkan masyarakat betapa susah kehidupan sekiranya berlaku bencana alam – pihak NGO perlu turun padang bagi membantu pihak kerajaan dalam menerapkan kesedaran kepada masyarakat – bersama-sama membendung kerosakan terhadap alam sekitar Penutup • Masyarakat tidak harus memandang enteng terhadap isu penjagaan alam sekitar – agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar harus didukung bersama-sama – seluruh warga Malaysia – setiap individu mempunyai peranan dan obligasi yang signifikan dalam melindungi khazanah alam – agar tidak ditimpa malapetaka yang membinasakan – jangan bersikap sudah terhantuk, baru tengadah – menjaga keharmonian hidup dan kemakmuran negara PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Unit 2 Soalan 6 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Kesihatan 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Kesihatan berkait rapat dengan penjagaan diri dan emosi • Pengambilan makanan harian menunjukkan tahap kesihatan seseorang pada masa hadapan Tip Peperiksaan Kesihatan merupakan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan. Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat dengan proses gaya hidup seperti penjagaan diri dan emosi. Dipetik daripada “Ubah Gaya Hidup Lebih Sihat”, sinarharian.com.my, 21 Februari 2020 Petikan di atas menegaskan bahawa amalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan hidup kita. Pendidikan keluarga juga penting dalam memupuk amalan gaya hidup sihat. Huraikan peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Unit 2 Kerangka Jawapan Pendahuluan • Gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang berkualiti – pemakanan seimbang – aktiviti senaman secara berkala – gaya hidup sihat penting – mengurangkan risiko menghidapi penyakit – obesiti dan sakit jantung – kesihatan juga berkait rapat dengan penjagaan diri dan emosi – pendidikan keluarga memainkan peranan yang signifikan – ibu bapa harus mengambil tindakan proaktif untuk mendidik anakanak Isi-isi Penting 1 Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat • Sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak – kurangkan makanan ringan yang mengandungi bahan pengawet yang memudaratkan kesihatan – nasihat perlu diberikan kepada anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran – memupuk tabiat pemakanan yang baik dalam diri anak-anak – pengambilan makanan harian menunjukkan tahap kesihatan seseorang pada masa depan 2 Melakukan aktiviti senaman secara berkala • Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah di taman rekreasi yang berdekatan – aktiviti sukan boleh menyihatkan tubuh badan – badan cergas, minda cerdas – berpeluh – mengeluarkan toksik dari tubuh badan – meningkatkan kesihatan diri dari segi mental dan fizikal – aktiviti senaman juga boleh diadakan bersama-sama – mengeratkan hubungan kekeluargaan – sambil menyelam minum air 3 Menjaga kebersihan diri • Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anakanak – kebersihan diri perlu diutamakan – menghindarkan diri daripada jangkitan penyakit yang berbahaya – kuman dan bakteria perlu dibasmi – amalan penjagaan kebersihan diri perlu dipatuhi – kerap mencuci tangan dengan sabun – anakanak perlu diajar supaya mendisiplinkan diri – amalan mulia yang wajib dipraktikkan Penutup • Ibu bapa tidak wajar mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak – amalan gaya hidup sihat – pihak lain seperti sekolah dan kerajaan turut mempunyai peranan masingmasing – membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat – kesedaran awam terhadap hal ini perlu ditingkatkan – gaya hidup sihat mampu menjamin kesejahteraan hidup – membentuk masyarakat yang sihat dan ceria PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Unit 2 Soalan 1 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Permainan tradisional 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Faktor-faktor permainan tradisional semakin dilupai oleh generasi muda 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis rencana 4 Fokus bahan/soalan ditemukan. • Permainan tradisional semakin dipinggirkan 5 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Memberikan contoh permainan tradisional • Kebaikan permainan tradisional • Faktor-faktor permainan tradisional semakin dilupai oleh generasi muda Tip Peperiksaan Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, tarik upih dan konda kondi diamalkan masyarakat dahulu sebagai pengisi masa lapang. Sayangnya permainan tradisional yang menunjukkan kebudayaan sesuatu tempat itu mula sedikit demi sedikit terpinggir apabila kebanyakan daripada permainan berkenaan kurang diketahui golongan muda. Malah, permainan tradisional semakin dilupakan kerana perkembangan pesat teknologi gajet dan penambahan aplikasi permainan secara maya. Sumber: MyMetro, 31 Julai 2019 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa permainan tradisional warisan masyarakat Melayu semakin dipinggir oleh generasi muda dewasa ini. Sesetengah daripada mereka langsung tidak mengetahui kewujudan permainan tradisional ini yang pernah popular sedikit masa dahulu. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana tentang faktorfaktor permainan tradisional yang semakin dilupai oleh generasi muda. Domain Peribadi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Unit 2 Kerangka Jawapan Pendahuluan • Menulis tajuk rencana dan nama penulis – permainan tradisional – permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan yang kekal turun-temurun – sesuatu yang menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat – sebagai mengisi masa lapang – contoh permainan tradisional – seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, ketingting, tarik upih, konda kondi dan lain-lain. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden - terdapat banyak faktor yang menyebabkan permainan tradisional ini semakin dilupai Isi-isi Penting 1 Permainan tradisional semakin pupus • Sikap generasi muda itu sendiri – gemar bermain permainan moden yang lebih relevan dengan perkembangan pesat teknologi gajet dan penambahan aplikasi permainan secara maya – kecanggihan permainan komputer, permainan video, permainan robot melekakan generasi muda pada masa kini – menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja - sikap dan pandangan mereka yang beranggapan permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan hanya layak berada di muzium-muzium – kegilaan terhadap permainan moden – permainan tradisional semakin dipinggirkan 2 Anak-anak kurang terdedah kepada permainan tradisional • Kegagalan ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada permainan tradisional sejak kecil turut mengakibatkan permainan ini semakin lenyap ditelan peredaran zaman – ramai generasi muda, khususnya yang tinggal di bandar tidak pernah mendengar nama-nama permainan tradisional – ibu bapa mereka lebih suka membeli permainan moden seperti pistol, anak patung, kereta mainan dan sebagainya – anakanak tidak didedahkan dengan keistimewaan permainan tradisional oleh ibu bapa – gagal mengenali budaya warisan – tak kenal, maka tak cinta 3 Kurang komitmen daripada pihak yang bertanggungjawab • Pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan seni permainan tradisional sebagai khazanah budaya dan bangsa negara – tidak didedahkan dengan jenis-jenis permainan tradisional dan memahami kepentingan mengekalkan permainan tradisional – penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini sepatutnya boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat – sikap acuh tak acuh pihak-pihak bertanggungjawab dalam mengembalikan kegemilangan permainan tradisional – bagai melepaskan batuk di tangga – permainan ini semakin terus dilupakan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Unit 2 Soalan 2 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Sukan 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Faedah aktiviti sukan kepada anda sebagai seorang murid (dalam karangan, kata ganti nama diri pertama ‘saya’ perlu digunakan) 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Tujuan Dasar Satu Murid Satu Sukan Tip Peperiksaan Dasar Satu Murid Satu Sukan bertujuan untuk memastikan pelibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah agar dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat, memastikan pelibatan semua murid dan melahirkan bakat-bakat sukan dari akar umbi dalam kalangan murid-murid di sekolah. Sumber: Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011 Maklumat di atas menekankan kepentingan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Huraikan faedah-faedah aktiviti sukan kepada anda sebagai seorang murid. 4 Kurang penganjuran kempen permainan tradisional oleh pihak kerajaan • Menerusi media massa – hangat-hangat tahi ayam – menyebabkan permainan tradisional semakin lesu di bumi sendiri – kurang mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional – peringatan yang hendak disampaikan kepada orang ramai tentang permainan tradisional yang semakin dipinggirkan Penutup • Permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai – rakyat Malaysia terutamanya generasi muda haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional – terus berkekalan – bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Unit 2 Kerangka Jawapan Pendahuluan • Sukan untuk semua – mengingatkan kita bahawa sukan merupakan wahana untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara – aktiviti sukan diwajibkan penyertaannya pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah – pihak kerajaan sedar bahawa aktiviti sukan merupakan salah satu aspek utama dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang Isi-isi Penting 1 Melatih diri menjadi seorang murid yang berdisiplin • Murid mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi – akan gagal mencapai kemenangan – tidak dapat mengikut peraturan – melatih diri saya – mengawal diri – menepati masa – rajin berlatih – tidak melakukan perkara negatif – merokok – membantu membentuk sahsiah yang positif – disiplin asas kejayaan – platform untuk memastikan diri saya bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan – menjadi seorang pekerja yang cemerlang 2 Membentuk fizikal badan yang sihat • Badan cergas otak cerdas – memerlukan stamina dan daya ketahanan otot – latihan – menguatkan otot dan tulang – mengeluarkan peluh – mengeluarkan toksin – meningkatkan kecergasan badan untuk memberikan respons – antibodi akan terhasil secara automatik – mampu melawan segala penyakit 3 Mengisi masa lapang saya • Masa itu emas – melatih saya untuk mengagihkan masa dengan terancang – mengelakkan diri saya terlibat dalam aktiviti negatif seperti melepak bersama-sama dengan rakan dan menghadap skrin telefon pintar sepanjang hari – fokus terhadap aktiviti yang bermanfaat untuk perkembangan diri Penutup • Aktiviti sukan sepatutnya ditekankan oleh semua pihak – bidang ini mampu mendatangkan pelbagai maslahat – peranan kerajaan – memartabatkan bidang sukan – melalui pelbagai kerjasama dengan pihak tertentu – tanpa generasi muda yang sihat – negara tidak akan utuh PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Unit 2 Soalan 3 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.5.2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Remaja 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Cabaran dihadapi remaja – Pengaruh yang dihadapi dikesan dalam petikan 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Aplikasi telefon bimbit, permainan dalam talian, penggunaan laman sosial, ejen carian di Internet, pengaruh rakan, komik, majalah, filem dan sebagainya. Tip Peperiksaan Kata Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM, merangkap Pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Harlina Halizah Siraj, amat menyedihkan apabila ada segelintir ibu bapa yang mendabik dada, berbangga kononnya anak mereka seorang yang baik, terpelihara daripada pornografi dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Sedangkan realiti menunjukkan sebaliknya. Aplikasi telefon bimbit, permainan dalam talian, penggunaan laman sosial, ejen carian di Internet, pengaruh rakan, komik, majalah, filem, waima drama televisyen, semuanya mendedahkan anak kepada unsur pornografi. Adegan berpelukan dan bercium di saluran televisyen mudah mengundang rasa ingin tahu anak. Sumber: Metro Harian, 26 Oktober 2018 Petikan artikel di atas menjelaskan fenomena yang kerap dihadapi oleh remaja disebabkan pengaruh yang pelbagai. Bincangkan cabaran remaja untuk membina sahsiah yang mulia. Kerangka Jawapan Pendahuluan • Kelunturan sahsiah yang baik dalam diri remaja – menyaksikan kerapuhan budi baik remaja – segelintir remaja kini yang bertindak seperti samseng telah terjebak dalam gejala sosial yang amat meruncing – lumba haram, vandalisme dan ponteng sekolah disebabkan ingin menunjukkan kelelakian mereka – cabaran yang akan merosakkan zaman remaja PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Unit 2 Soalan 4 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.5.2 “Kajian mendedahkan kanak-kanak menggunakan Internet untuk tempoh satu hingga empat jam setiap hari. Mereka juga berdepan tiga ancaman siber, iaitu buli siber, pengaruh media sosial dan jenayah siber. Justeru, ketagihan Internet kanak-kanak di negara ini tidak boleh dipandang remeh kerana ketagihan boleh mendominasi kehidupan mereka, merosakkan pergaulan sosial, menggugat fikiran, pembelajaran serta mengganggu emosi. Ketagihan Internet berisiko menjejaskan hubungan kekeluargaan dan mengurangkan penyertaan kanak-kanak ini dalam bidang sukan dan rekreasi.” Dipetik daripada ucapan Datin Seri Rosmah Mansor, Berita Harian Online, 22 Oktober 2017 Isi-isi Penting 1 Penularan hedonisme dalam kalangan remaja • Mementingkan keseronokan dan kenikmatan sebagai pegangan hidup – kian rapuh semangat jati diri dan pegangan agama di negara kita – ingin mencapai kebebasan mutlak dan ingin melakukan aktiviti mengikut hawa nafsu – bak kata pepatah, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa – contohnya, sikap inkuiri yang menebal – terjatuh dalam lubuk gejala sosial yang tiada hadnya seperti penagihan dadah, meragut, merokok 2 Ledakan media sosial • Cabaran dalam kalangan remaja – meningkatkan sahsiah sendiri – penggunaan media sosial – telah menyalahgunakan media sosial dalam kehidupan mereka – semakin menular – peminat pornografi – akan mengindoktrinasikan unsur subversif, tindakan-tindakan impulsif dan nilai-nilai negatif – ingin mencuba mana-mana adegan yang disoroti 3 Kekurangan nilai agama dalam diri remaja • Remaja kini suka memberontak – menentang ajaran agama – bertindak mengikut hawa nafsu mereka – kes pembuangan bayi dan kes rogol setiap tahun semakin bertambah – institusi yang kurang menekankan ajaran agama – mempunyai jati diri yang lemah serta fikiran yang mudah dipengaruhi oleh anasiranasir luar Penutup • Remaja haruslah berpegang kepada ajaran agama masingmasing – mampu mengharungi skrip rintangan supaya tidak mudah berputus asa – semua remaja menguatkan azam dalam meningkatkan sahsiah sendiri dan wawasan – melahirkan remaja yang berakhlak mulia – tinggi dapat direalisasikan dan bukanlah halusinasi – Semua institusi keluarga mestilah menguatkan azam dan membulatkan kecekalan dalam usaha PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Unit 2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Penyalahgunaan Internet Kanak-kanak 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Kesan penyalahgunaan Internet dalam diri kanak-kanak 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Kesan ketagihan Internet Tip Peperiksaan Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, masalah penyalahgunaan Internet terhadap murid-murid membawa pelbagai kesan negatif. Jelaskan kesan-kesan tersebut. Kerangka Jawapan Pendahuluan • Banyak informasi terkini diperoleh – melalui hujung jari kita – kanak-kanak serba tahu – gajet mahupun Internet – namun, gejala penyalahgunaan Internet kanak-kanak semakin parah – membimbangkan segenap lapisan masyarakat kita – kewujudan Internet telah menjadi keperluan setiap individu pada zaman yang dilanda arus globalisasi yang berlandaskan kecanggihan – juga mengundang kegusaran Isi-isi Penting 1 Melunturkan jati diri murid-murid • Kanak-kanak – pelbagai jenis aplikasi Internet – menunjuknunjuk sehingga menggugat fikiran mereka – Facebook, Twitter atau Instagram untuk mengupas isi – berkongsi maklumat yang pelbagai dengan rakan mereka. – melahirkan sikap materialistik anak-anak – melunturkan jati diri mereka – memboroskan wang untuk menjadi tarikan setiap rakan – sesetengah kanak-kanak yang menggunakan bahasa kesat – hilang pertimbangan 2 Murid-murid akan mengalami ketagihan Internet • Akibat ketagihan – prestasi akademik mereka merosot – sudah tidak hirau – sanggup tidak tidur semata-mata melayari Internet – mengalami insomnia kerana ketagihan menggunakan Internet – menjadi pasif dan malas untuk ke sekolah kerana mengantuk akibat leka dengan permainan video dan sebagainya – kesannya – tidak dapat memberikan tumpuan – di dalam kelas – keputusan peperiksaan merosot – mereka akan menyesal PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Unit 2 Soalan 5 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.5.2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Komunikasi 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Ciri-ciri komunikasi yang berkesan 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Definisi komunikasi • Kepentingan berkomunikasi Tip Peperiksaan Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. Melalui komunikasi, kita dapat memahami diri kita dan orang lain. Sebagai usaha untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri, kita mesti berkomunikasi. Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan boleh membantu orang lain. Dipetik daripada “Komunikasi yang Berkesan”, abangjoe18.blogspot.com, 7 Disember 2012 Petikan di atas menyatakan kepentingan berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Huraikan ciri-ciri komunikasi yang berkesan. 3 Pengaruh atau unsur pornografi dari Barat ke dalam kehidupan masyarakat • Unsur pornografi mudah didapati – unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar dan video mudah diakses – pengguna laman sosial tersebut – laman sosial seperti Facebook dan MySpace diakses oleh seluruh penduduk di dunia – budaya Barat seperti Black Metal, Punk, Gothic dan Skin Head akan menular dalam pemikiran kanak-kanak di Malaysia Penutup • Internet – media massa berteknologi – mendatangkan keburukan sekiranya disalahgunakan – Ibu bapa boleh menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa untuk memantau anak-anak – sekiranya menggunakan Internet, sebaik-baiknya, masyarakat kita dapat berfikir secara saintifik dan berminda kelas pertama – kita sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah sebaliknya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Unit 2 Kerangka Jawapan Pendahuluan • Komunikasi penting dalam kehidupan seharian manusia – berkomunikasi dengan menggunakan bahasa – bahasa sebagai wahana komunikasi yang afdal – penyampaian maklumat dan meluahkan perasaan – etika berkomunikasi yang betul harus diamalkan – menjaga perhubungan yang erat dan akrab antara satu dengan yang lain – pelbagai ciri komunikasi yang berkesan perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian Isi-isi Penting 1 Menghormati pendapat yang dikemukakan oleh orang lain semasa berkomunikasi • Bersikap terbuka – menerima perbezaan pandangan dan kepercayaan dengan senyuman – tidak buruk sangka – saling menghormati antara satu dengan yang lain serta saling bertukar pandangan – mengelakkan perselisihan faham 2 Menjadi seorang pendengar yang baik • Mendengar luahan perasaan daripada sahabat karib – berkongsi suka dan duka – memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka yang mendepani dugaan hidup – sentiasa fokus semasa mendengar – meningkatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita – menjadi seorang yang boleh dipercayai dan diyakini oleh sahabat 3 Bertutur dengan sopan santun • Bijak memilih penggunaan perkataan yang sesuai – tidak menguris hati orang lain – elakkan daripada menggunakan istilah yang berunsur sindiran atau sinis – tidak menggunakan bahasa kasar – menjejaskan imej diri – penting untuk menjalin hubungan yang mesra antara satu dengan yang lain – pertuturan secara berhemah mencerminkan keperibadian seseorang yang unggul Penutup • Setiap individu perlu mengamalkan kaedah berkomunikasi yang berkesan – mendatangkan seribu satu kemaslahatan – mengelakkan ketegangan dalam perbualan seharian – mewujudkan suasana yang harmoni – pendidikan sejak kecil lagi juga penting – melentur buluh biarlah waktu rebungnya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Unit 2 Soalan 6 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.5.2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Patriotisme 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Cara-cara untuk menunjukkan rasa cinta akan negara 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai tanda cinta akan negara Tip Peperiksaan Sejarah menunjukkan bahawa perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai sudah pasti dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan warganya. Negara yang mengamalkan perpaduan ternyata mampu mencapai kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jayanya. Dipetik daripada “Perpaduan Kaum: Sekolah Sebagai Agen Penyatuan”, Dewan Siswa, Bil. 8/2017 Petikan di atas menyatakan bahawa perpaduan merupakan elemen penting dalam menjamin kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Bukan itu sahaja, semangat patriotik dalam kalangan rakyat turut memainkan peranan yang penting untuk memastikan negara dapat terus kekal aman dan harmoni. Sebagai seorang warganegara Malaysia, huraikan cara-cara untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. Kerangka Jawapan Pendahuluan • Semangat patriotik – elemen penting untuk menentukan maju atau mundur sesebuah negara – warganegara yang menghargai dan mencintai negara – bertungkus lumus menyumbang kepada negara – mempertahankan kedaulatan negara – memelihara keamanan dan kemakmuran negara – bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Unit 2 Isi-isi Penting 1 Bersatu padu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia • Aset negara yang amat penting – tulang belakang kepada kemajuan negara – amalan rumah terbuka – mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh 2 Berusaha untuk mengharumkan nama negara • Pelibatan diri dalam acara bertaraf dunia – menjadi kebanggaan negara – pencapaian dalam bidang sukan – Datuk Lee Chong Wei – menjadi idola dalam kalangan warga Malaysia – mengharumkan nama negara di persada dunia – berusaha untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada negara 3 Menyokong produk tempatan • Meningkatkan pendapatan negara – memajukan ekonomi setempat – bersaing dengan produk import – memberi keutamaan kepada produk keluaran tempatan – semasa melakukan pembelian barangan keperluan harian – menjana pendapatan negara – memberi sokongan terhadap kereta nasional Penutup • Menyemai semangat cinta akan tanah air – mempraktikkan nilai patriotisme dalam kehidupan seharian – mempertahankan kemakmuran negara – ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – berganding bahu untuk memacu pembangunan negara – rakyat harus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara kita Soalan 1 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.5.2 Usaha memartabatkan karya sastera hanya sia-sia selagi masyarakat terutama murid-murid di sekolah tidak mengiktiraf bidang itu sebagai pasak yang membangunkan negara dan jiwa bangsa. Karya sastera sememangnya kurang mendapat tempat di hati masyarakat berbanding naskhah popular, sekali gus menjadikan gerakan memperkasa karya sastera di negara ini masih ada kelompongan. Sumber: BH Online, 8 Ogos 2019 Petikan di atas menyatakan bahawa masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda kini kurang minat dalam pembacaan karya sastera. Domain Pendidikan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Unit 2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Membaca karya sastera 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Punca-punca murid kurang minat membaca karya sastera/langkahlangkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk menarik minat murid-murid membaca karya sastera 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis syarahan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Sikap murid terhadap karya sastera. • Kedudukan karya sastera di mata dunia. • Punca murid kurang membaca karya sastera. • Langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk menarik minat murid-murid membaca karya sastera. Tip Peperiksaan Kerangka Jawapan Pendahuluan • Kata alu-aluan – tajuk syarahan – karya sastera ialah hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu – karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri – namun karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden – tidak tahu menghayati keindahan karya sastera – apakah punca-punca yang menyebabkan murid tidak menghargai khazanah kesusasteraan tanah air dan langkah-langkah yang berkesan daripada ibu bapa untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan murid-murid? Isi-isi Penting 1 Murid kurang meminati karya sastera • Kelemahan murid dalam minat dan perasaan fobia terhadap sastera telah menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan skor markah dan prestasi sastera – sebagai contoh, murid tidak meminati bahasa klasik – sukar memahami atau menghayati isi kandungan cerita klasik – menimbulkan masalah-masalah susulan seperti murid kurang memberi perhatian sewaktu pengajaran dan pemudahcaraan, pasif, tidak membuat kerja rumah dan tiada insentif untuk meningkatkan prestasi diri Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menyertai pertandingan syarahan sempena minggu bahasa. Tajuk syarahan yang telah anda pilih ialah “Puncapunca Murid Kurang Minat Membaca Karya Sastera dan Langkah-langkah yang Perlu Diambil oleh Ibu Bapa untuk Menarik Minat Murid-murid Membaca Karya Sastera.” Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Unit 2 2 Kesan perkembangan teknologi terkini • Dalam zaman ledakan maklumat ini, murid-murid terdedah kepada lambakan informasi dan hiburan – terlalu leka dalam pelbagai permainan siber dan komputer – sudah jarang berjinakjinak dengan teks antologi KOMSAS seperti antologi cerpen, sajak dan novel – perkembangan teknologi penyebab minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan muridmurid semakin berkurangan 3 Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anakanak membaca karya sastera • Pembacaan karya sastera harus dipupuk oleh anak-anak sejak kecil lagi – melentur buluh biarlah waktu rebungnya – ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kemaslahatan membaca karya sastera agar mereka akan memilih buku yang bermanfaat dan membawa kebaikan serta menambah ilmu pengetahuan mereka 4 Mendedahkan anak-anak kepada karya sastera • Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh membelikan karya sastera untuk dibaca oleh anak-anak – menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah – menyelam sambil minum air – sebagai tamsilan – ibu bapa boleh menghadiahkan novel kepada anak-anak mengikut usia mereka – minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka Penutup • Karya sastera merupakan aset yang tidak ternilai sebagai pasak yang membangunkan negara dan jiwa bangsa – murid harus ditaburkan benih minat dalam sanubari mereka – minat untuk membaca karya sastera – merupakan warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita - ucapan terima kasih Soalan 2 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. S.P: 3.4.5 PUTATAN: Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di sini, antara lapan koperasi sekolah yang berjaya mencatatkan perolehan melebihi RM1 juta. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sebelum ini sebanyak 50 koperasi dikenal pasti berpotensi mendapat perolehan melebihi RM1 juta melalui aktiviti perniagaan masing-masing menjelang 2020. Katanya, hasil audit akaun yang dilakukan terhadap koperasi SMK Tansau mendapati perolehan jualan mereka melebihi sasaran, iaitu RM1.2 juta. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/623077/ koperasi-smk-tansau-catat-perolehan-lebih-rm1-juta PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Unit 2 1 Tema soalan mesti dikenal pasti. • Koperasi Sekolah 2 Kehendak soalan mesti dikenal pasti. • Manfaat-manfaat koperasi sekolah kepada murid 3 Format karangan/Jenis karangan mesti dikenal pasti. • Karangan jenis perbincangan 4 Isi kandungan stimulus boleh dirujuk dan diguna pakai dalam karangan. • Maklumat tentang koperasi sesebuah sekolah yang mendapat keuntungan Tip Peperiksaan Kerangka Jawapan Pendahuluan • Koperasi – entiti perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah – harus diusahakan dengan baik – mendatangkan kebaikan Isi-isi Penting 1 Memudahkan murid mendapatkan barang keperluan • Buku, alat tulis, pakaian sekolah – dapat diperoleh dengan mudah – harga berpatutan – tidak mahal berbanding kedai di luar sekolah – mengurangkan beban kewangan ibu bapa 2 Mengasah kemahiran murid • Terlibat dalam aktiviti jualan – kemahiran berkomunikasi – kemahiran menarik kedatangan pelanggan – mempelajari sesuatu di luar bilik darjah – melahirkan murid yang berpotensi 3 Mengeratkan Kerjasama antara murid dengan guru • Bekerjasama mengurus koperasi secara sistematik – menganjurkan aktiviti – Hari Koperasi Sekolah – cikgu memberi panduan kepada murid – murid melakukan secara praktikal – hubungan terjalin 4 Memupuk semangat berniaga dan semangat keusahawanan • Berpeluang mempelajari cara berniaga – secara sukarela – membantu di koperasi sekolah – mendorong mereka membentuk perniagaan sendiri – minat bertambah Penutup • Mendatangkan pelbagai kebaikan – murid yang berimej dilahirkan – perlu diurus dengan baik – tidak wajar diabaikan Terdapat beberapa tujuan koperasi sekolah ditubuhkan dan tertakluk kepada Akta Koperasi. Tujuan utama adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman aktiviti koperasi dalam kalangan para murid supaya mereka akan menjadi bakal koperator dewasa yang berkebolehan dalam aktiviti berkoperasi. Huraikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat koperasi sekolah kepada murid. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kertas Model SPM 185 Kertas Model SPM Kertas 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sebagai seorang setiausaha PIBG, tulis sepucuk surat kepada pihak ibu bapa untuk memaklumkan butiran program dan tujuan program dilaksanakan. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. GOTONG-ROYONG PERDANA ANJURAN PIBG SMK SULTAN IDRIS 1 Ogos 20__ 8:00 Pagi • Dewan PIBG SMK Sultan Idris • Semua dijemput hadir • Muafakat membawa berkat PERTANDINGAN LANDSKAP TERBAIK PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


186 Kertas Model SPM Bahagian B [70 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 KUALA LUMPUR: Enhance Track Sdn. Bhd. dan NanoMalaysia Bhd. akan mengkomersialkan pengecas tanpa wayar nanoteknologi pertama Malaysia, Malaysia Energy Transmission Technology (METT), dengan sasaran jualan bernilai RM1.9 bilion dalam tempoh lima tahun. Pengecas tanpa wayar adalah inovasi berimpak tinggi yang mampu meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan teknologi hijau pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sumber: Berita Harian Online, 29 September 2020 Petikan di atas menunjukkan negara kita telah berkembang pesat dalam dunia teknologi dan inovasi seiring dengan negara kuasa-kuasa besar. Kemajuan teknologi ini memberikan kebaikan dalam bidang pendidikan, pertanian dan pengangkutan. Bincangkan pernyataan tersebut. 2 MENURUT kajian, 76 peratus atau 18 juta rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas boleh diklasifikasikan sebagai sasaran pembaca buku yang berdaya beli. Sebaliknya 22 peratus (5.5 juta) pada kumpulan usia sama, menyatakan langsung tidak berminat dengan buku dan bahan bacaan. Angka 5.5 juta ini ialah purata responden yang dikaji dan menyatakan jawapan: “tidak membeli walaupun sebuah buku sepanjang tahun 2018”. Sumber: Astroawani.com, 3 Julai 2020 Petikan berita berikut menggambarkan kadar minat membaca rakyat di negara ini. Data dalam petikan menunjukkan angka yang cukup besar kumpulan yang tidak berminat dengan buku dan bahan bacaan. Sebagai Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), anda diminta menyediakan teks pidato tentang “Peranan Keluarga Membentuk Generasi Membaca”. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


187 Kertas Model SPM 3 KUALA LUMPUR: Seramai 945 golongan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun diisytihar bankrap sepanjang tempoh Januari hingga Julai lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangundang), Datuk Shabudin Yahaya. Menurutnya, mengikut rekod di Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) terdapat lebih 100 kes kebankrapan yang direkodkan membabitkan mereka yang berumur 31 hingga 35 tahun. Sumber: BH Online, 10 September 2020 Masalah muflis dalam kalangan belia semakin membimbangkan. Keratan akhbar berikut menunjukkan kadar bilangan yang mencecah ratusan orang dalam tempoh kurang setahun. Ini salah satu punca pengurusan kewangan yang lemah. Huraikan cara-cara mengatasi masalah pengurusan kewangan yang lemah. 4 Integriti ditakrifkan sebagai tahap konsistensi antara nilai moral yang dipegang seseorang individu dengan cerminan tingkah laku (perkataan atau perbuatan) yang ditunjukkannya. Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan walaupun di kala lampu merah menyala dan tiada sesiapa di situ kecuali diri anda sendiri pada pukul 2:00 pagi. Takrif integriti memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai-nilai etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun tidak. Justeru, untuk menjadi manusia yang berintegriti memerlukan seseorang individu itu menjadi manusia yang bermoral dan beretika dalam semua aspek kehidupan pada setiap masa. Sumber: Kemas.com.my Penyataan di atas menunjukkan definisi integriti dalam perlakuan individu. Dalam urus tadbir, majikan sangat menitikberatkan nilai integriti dalam alam pekerjaan. Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam membentuk integriti dalam kalangan masyarakat. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


188 Kertas Model SPM Kertas 2 Soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan. BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda penuh dan dua kata ganda berima. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda penuh dan kata ganda berima tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Keunikan seni bina Kellie’s Castle yang berunsurkan kolonial ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat setempat malahan turut menggamit pelancongpelancong luar ke kota warisan berkenaan. Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah ini ialah bangunan bersejarah yang dibina oleh peladang getah, William Kellie Smith yang bertungkus lumus membinanya pada tahun 1910. Beliau telah membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membina rumah. Namun, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan serta-merta kerana Kellie meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1926. Desas-desus mengatakan istana ini memiliki banyak ruang rahsia termasuklah terowong-terowong bawah tanah. Dipetik dan diubah suai daripada “Jom Terokai Monumen Bersejarah di Negara Kita”, Berita Harian, 10 Februari 2020 [6 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat yang bersusunan songsang dan tukarkan kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Perkembangan mutakhir memperlihatkan tahap kecelikan penggunaan Internet di negara kita amat memberangsangkan. Berupaya menampung keperluan setiap pelajar, pembelajaran secara dalam talian. Kaedah pembelajaran ini sangat fleksibel dan sesuai untuk semua orang. Menyebabkan perubahan yang luar biasa dalam capaian maklumat, perbincangan dan pembahagian tugasan revolusi digital ini. Tidak seperti pengajaran di bilik darjah, membolehkan pelajar mengakses kandungan secara berkala pembelajaran dalam talian. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengubah Kaedah Pembelajaran”, Dewan Masyarakat, Bil. 6 / 2019 [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


189 Kertas Model SPM 3 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahankesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Sejak lebih 50 tahun lalu, bahasa Melayu telah ditabalkan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi selepas tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Pekara 152. Perlembagaan Persekutuan tersebut memperuntuk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa lain dibenarkan untuk digunakan dalam situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran. Oleh kerana itu, mengikut Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan. Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan semasa berhubungkan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Dipetik dan diubah suai daripada “Martabat Bahasa Melayu dalam Sektor Swasta”, Dewan Bahasa, Bil 1/2020 [5 markah] Petikan 2 Menyingkap kembali zaman persekolahan ketika Rukun Negara diperkenalkan. Keharmonian bertemu dan bermain dengan rakan amat sungguh mengasyikkan. Apatah lagi, berkawan tanpa mengenal kaum. Semua bagai diatur tanpa ada prasangka. Semua itu dilalui penuh harmoni dengan masing-masing akur betapa perlu kita saling hormat-menghormati kepelbagaian agama, bangsa serta budaya. Kebelakangan ini kenyataan demi kenyataan dan keluhan berbau perkauman yang sensetif semakin berani dicetuskan, sama ada dari ahli politik mahupun rakyat biasa. Falsafah, prinsip dan keperluan kepada Rukun Negara semakin diketepikan. Apakah sosial media penyebabnya? Dipetik dan diubah suai daripada “Falsafah Rukun Negara Bukan Sekadar Dihayati”, Berita Harian, Julai 2020 [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


190 Kertas Model SPM 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat tersebut. Airil : Wah, banyaknya barang yang kamu sediakan! Fateh : Melancong ke luar negara bukan satu perkara yang mudah. Kita perlu menyediakan ilmu pengetahuan, kompas, peta dan ubat-ubatan. Airil : Saya setuju dengan pendapat kamu. Selain itu, kita juga perlu rajin bertanya jika berada di sana. Kita tidak boleh berlagak tahu. Saya khuatir kita tersesat jalan. Fateh : Seperkara lagi, semasa berada di sana, kita perlu menjaga tingkah laku kita. Tidak semua orang tahu budaya kita. Kita perlu membiasakan diri kita dengan budaya mereka di sana. Airil : Baiklah. Saya mahu pulang. Saya juga ingin menyediakan pakaian dan bekalan yang mencukupi. [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


191 Kertas Model SPM BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalansoalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 "Persediaan dari segi mental, fizikal dan kemahiran sangat penting bagi memastikan tunggangan jet ski dilakukan secara sempurna supaya tidak membahayakan diri sendiri ataupun pelumba lain. "Tidak dinafikan saya dengar banyak cerita daripada pelumba mengatakan ada yang patah tulang rusuk, patah tangan dan kaki akibat tidak dapat melihat ketika arus ombak kuat. Malah ramai juga yang tercampak daripada jet ski yang ditunggang ketika perlumbaan. "Jadi setiap kali menyertai sebarang pertandingan saya akan pastikan fizikal dan mental sudah bersedia. Malah saya juga sangat menitikberatkan kelengkapan wajib yang perlu dipakai supaya tidak terdedah dengan sebarang kecederaan serius ," katanya. Dipetik dan diubah suai daripada "Fikry Kecut Perut Main Jet Ski", hmetro.com.my, 17 September 2019 Bahan 2 Bagi kru program berkenaan, Ainnurnizam Ashan Abdul Shukor, cabaran buat peserta mahupun kru keselamatan apabila mereka perlu bergelut dengan arus lebih deras disebabkan hujan lebat malam sebelum acara berlangsung. “Lebih 70 peserta membabitkan 35 bot arus deras serta 30 kayak perlu berhadapan pengalaman terbalik serta berlanggar batu kerana gred kesukaran berubah atas faktor hujan lebat semalamnya. “Selain peserta, penyelamat bertugas terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan peserta bot terbalik mahupun kayak hanyut. Namun, itu membuatkan hubungan antara peserta bertambah erat kerana saling bekerjasama sepanjang jambori berlangsung,” katanya. Dipetik dan diubah suai daripada “Menakluk Jeram Batu”, Hmetro, 27 September 2015 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Jawapan 197 Jawapan Karangan Respons Terhad Pendahuluan • Format penulisan surat kiriman rasmi - alamat penerima, pengirim, tarikh dan perkara surat tersebut ditulis • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan program gotongroyong Isi-isi penting 1 Pihak Sekolah telah menyertai pertandingan landskap terbaik anjuran majlis perbandaran - Pertandingan melibatkan penyertaan semua warga sekolah untuk menjayakannya 2 Gotong-royong diadakan pada 1 Ogos 20__ pada pukul 8:00 pagi - berkumpul di dewan PIBG SMK Sultan Idris. Ibu bapa dipelawa hadir dan meluangkan masa untuk menjayakan gotong-royong 3 Pihak PIBG menekankan aktiviti yang akan dilaksanakan – Program ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim – meringankan beban sekolah Penutup • Semua pihak hendaklah berganding bahu • Kerjasama semua pihak bertepatan dengan pepatah muafakat membawa berkat Karangan Respons Terbuka Soalan 1 Pendahuluan • Malaysia kini seiring dengan negara kuasa-kuasa besar – duduk sama rendah berdiri sama tinggi, Revolusi Kertas Model SPM Kertas 1 Bahagian A Bahagian B kereta Proton Saga suatu ketika dahulu hingga pengeluaran Proton X50 yang serba canggih – menunjukkan kehebatan dan perubahan dalam teknologi dalam negara Malaysia – teknologi memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat dan ekonomi negara – berita yang dikeluarkan baru-baru ini juga menunjukkan Malaysia Energy Transmission Technology (METT) telah setanding syarikat luar negara yang memperkenalkan teknologi pengecas tanpa wayar. Banyak manfaat teknologi yang akan memberi impak kepada bidang pendidikan, pertanian dan pengangkutan Isi-isi penting 1 Kebaikan teknologi dalam bidang pendidikan memudahkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) - bidang pendidikan sangat terkesan – sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda seluruh negara akibat wabak COVID 19 - pendidikan tidak boleh menyerah kalah – menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan proses pendidikan yang berkesan – tidak ketinggalan – menggunakan pembelajaran dalam talian – DELIMa, Telegram, Webinar, Youtube dan whatsApp dan panggilan telefon – banyak cabang teknologi dalam membantu memudahkan pembelajaran murid - pembelajaran mengurangkan jangkitan wabak kerana murid dan guru beroperasi dalam rumah - ibu bapa akan berasa selamat dan kurang rasa kebimbangan terhadap penyebaran wabak jika pengajaran secara bersemuka – jelas teknologi dalam pendidikan memberikan manfaat kepada semua warga dalam mencari ilmu pengetahuan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


198 Jawapan 2 Bidang pertanian juga menerima tempias perubahan teknologi – semakin memudahkan dari penyelidikan, pengurusan dan proses – pertanian dahulunya hanya menggunakan kudrat empat kerat – teknologi kini menjadikan lebih pantas dan jimat tenaga – penyelidikan dalam pentanian memberikan impak besar dalam mencari benih dan hasil yang berkualiti – mengurangkan kos pembaziran hasil yang tidak berkualiti. MARDI bertanggungjawab melakukan penyelidikan dan pembangunan – padi, getah dan cara tanaman yang berkesan - penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian - penemuan baru bahan pestisid yang lebih berkesan untuk melawan serangga perosak dan lain-lain - penciptaan dan penggunaan teknologi moden menjimatkan kos buruh yang secara efektif membantu pihak perindustrian pertanian mengurangkan kos, secara tidak langsung juga mengurangkan kos pembelian di pasaran tempatan 3 Pengangkutan menjadi salah satu kemudahan yang terpenting dalam kehidupan kini - sekecil-kecil pengangkutan hingga sebesarbesar pengangkutan memberikan kebaikan kepada semua masyarakat - Sebelum merdeka, perahu menjadi pengangkutan utama dalam menghubungkan antara daerah dengan negeri – kapal terbang sudah menjadi pilihan utama ke destinasi yang jauh – Pembangunan transit aliran ringan (LRT), MRT dan Monorel membantu mempercepat proses pergerakan menunjukkan bandar pintar apabila dimanfaatkan sepenuhnya kepada penduduk di negara ini - sistem pengangkutan awam terbabit diselang-selikan dengan aplikasi perkongsian kenderaan seperti Grab - misalnya, dari titik A ke titik B, pengguna boleh memanfaatkan kedua-dua jenis pengangkutan ini tanpa perlu membawa kenderaan masing-masing ke tempat kerja - tidak lagi perlu membawa wang ringgit dalam jumlah yang banyak kerana pembayaran semuanya dilakukan secara online - menggunakan kad debit, kredit berasaskan Paywave atau e-dompet, sistem pembayaran terbabit menjadi salah satu keperluan dalam pengangkutan pintar. Penutup • Penggunaan TMK adalah amat vital dalam kalangan pelajar kontemporari ini - sudah pasti negara kita tidak dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah setanding dengan negara-negara maju di seluruh dunia - sinergi daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan - ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan teknologi kepada anak-anak mereka dan mendidik mereka dengan elemen fasih digital agar dapat memanfaatkan penggunaan TMK dengan cara yang betul dan berhemah - bagi menyediakan mereka sebagai individu yang dapat memacu pembangunan negara selari dalam usaha mewujudkan Malaysia sebagai negara industri menjelang era Revolusi Perindustrian yang ke-4 ini Soalan 2 Format: Pidato Pendahuluan • Kata alu-aluan • Pembudayaan tabiat membaca dalam kehidupan seseorang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, bukan merupakan satu tugas yang mudah - Setiap orang secara fitrahnya akan terdorong untuk membaca sesuatu pernyataan yang dilihat tidak kira dalam bentuk media elektronik ataupun media cetak - membaca, seseorang itu dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menambahkan pengetahuan am tentang dunia dan kehidupan dan seterusnya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version