The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2020-12-02 00:26:57

Lembaran PBD BM Thn 5

Lembaran PBD BM Thn 5

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.

Kandungan

Jadual Rekod Pentaksiran Bilik DarjahPENERBIT ILMU LK1 – LK8
Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR (Semakan)BAKTI SDN. BHD. LK9 – LK16
LK17 – LK25
Tema 1: Kemasyarakatan LK26 – LK34
Unit 1: Jiran Tetangga LK35 – LK43
Unit 2: Prihatinnya Kita LK44 – LK51
Unit 3: Masyarakat Berilmu LK52 – LK59
LK60 – LK65
Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan LK66 – LK72
Unit 4: Saya Sihat
Unit 5: Persekitaran Bersih Hidup Ceria
Unit 6: Pilih Gaya Hidup Sihat

Tema 3: Keselamatan
Unit 7: Waspada Selalu
Unit 8: Hargai Diri
Unit 9: Patuh dan Selamat

Tema 4: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Unit 10: Semarakkan Budaya Kita
Unit 11: Indah Seni Sepanjang Zaman
Unit 12: Adat Dijunjung Budaya Disanjung

Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Unit 13: Jadikan Inspirasi
Unit 14: Demi Tanah Airku
Unit 15: Aku Anak Watan

Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi
Unit 16: Kehebatan Sains
Unit 17: Teknologi dalam Kehidupan
Unit 18: Inovasi untuk Kita

Tema 7: Pertanian dan Penternakan
Unit 19: Kreatifnya Petani Kita
Unit 20: Ayuh Bertani
Unit 21: Ternakan Jana Pendapatan

Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Unit 22: Menjana Ekonomi
Unit 23: Usahawan Kita
Unit 24: Pengurusan Perbelanjaan

Tema 9: Integriti
Unit 25: Tanggungjawab Digalas
Unit 26: Ibarat Pedang
Unit 27: Seribu Impian

Jadual Rekod Pentaksiran Bilik Darjah
Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR (Semakan)

Sekolah: Kelas:
Nama:

Kemahiran / Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Lembaran Tahap
Aspek Kerja Penguasaan

(TP)

PENERBIT ILMUTEMA 1: KEMASYARAKATAN
BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 Jiran Tetangga (Buku Teks: Halaman 2 – 6)

Mendengar 1.1 Mendengar dan memberikan respons 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut 1
dan Bertutur semasa berkomunikasi dalam situasi sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi 2
formal dan tidak formal. tidak formal. 3
4
Seni 2.1 Asas membaca dan memahami. 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan 5
Bahasa Asas menulis sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 6

Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama 7
golongan kata mengikut konteks. mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am 8

Unit 2 Prihatinnya Kita (Buku Teks: Halaman 7 - 12) 9
10
Membaca 2.2 Membaca, memahami, dan menaakul 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada 11
bahan multimedia. multimedia untuk membuat gambaran.
12
Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.2.1 Membina dan menulis ayat, dan perenggan 13
yang bermakna. daripada bahan multimedia. 14

Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama 15
golongan kata mengikut konteks. mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am 16
(ii) kata nama khas

Unit 3 Masyarakat Berilmu (Buku Teks: Halaman 13 - 20)

Mendengar 1.1 Mendengar dan memberikan respons 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons
dan Bertutur semasa berkomunikasi dalam situasi terhadap soalan secara kritis.
formal dan tidak formal.

Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama
golongan kata mengikut konteks. mengikut konteks tidak formal; (iii) kata ganti
nama

TEMA 2: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Unit 4 Saya Sihat (Buku Teks: Halaman 22 - 28)

Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks
sastera dan bukan sastera. karya sastera, dan karya bukan sastera.

Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan
yang bermakna. soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan
kreatif.

Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama
golongan kata mengikut konteks. mengikut konteks tidak formal; (iv) penjodoh
bilangan

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja
mengikut konteks; (i) kata kerja aktif – transitif
dan tak transitif

Unit 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria (Buku Teks: Halaman 29 - 34)

Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya 2.3.2 Membaca karya sastera, dan karya bukan
sastera dan bukan sastera. sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai.

Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan
yang bermakna. soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan
kreatif.

Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja
golongan kata mengikut konteks mengikut konteks;
(i) kata kerja aktif – transitif dan tak transitif

Unit 6 Pilih Gaya Hidup Sihat (Buku Teks: Halaman 35 - 42)

Membaca 2.3 Asas membaca dan memahami 2.3.2 Membaca karya sastera, dan karya bukan
sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai.

Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja
golongan kata mengikut konteks. mengikut konteks; (ii) kata kerja pasif

Lembaran Kerja
1

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 1: Jiran Tetangga

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur

Lafazkan dialog dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

PENERBIT ILMU 福
BAKTI SDN. BHD.
Aryana : Iklan perpaduan di televisyen ini sungguh menarik.

Saleha : Iklan apakah yang kamu tonton itu?

Aryana : Saya sedang menonton iklan tentang perpaduan sempena Hari Kebangsaan
negara kita tidak lama lagi.

Saleha : Apakah yang ditunjukkan dalam iklan itu?

Aryana : Iklan ini menunjukkan seorang jiran membantu jirannya yang baru berpindah
mengangkat barang-barang dari lori. Mereka juga bertukar buah tangan seperti

(1) kuih dan buah-buahan . Penduduk-penduduk di situ, walaupun berlainan

agama, mereka saling berkunjung ketika (2) menyambut perayaan .

Saleha : Itu merupakan ciri-ciri perpaduan dalam kehidupan berjiran. Dengan kata lain,

kita perlu mengamalkan (3) semangat kejiranan . Barulah hidup
kita aman dan harmoni.

Aryana : Ya, benar. Kita perlu membina hubungan yang baik dengan jiran tetangga.

Misalnya dengan mengamalkan sikap (4) seperti aur dengan tebing .

Saleha : Jika kita bekerjasama, kerja yang susah menjadi mudah. Kata peribahasa,

(5) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing . Janganlah

pula kita bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Aryana : Saya setuju. Sikap mementingkan diri hendaklah kita jauhi.

SP 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal.

TP Sangat Terhad Memuaskan Baik Sangat Cemerlang
Terhad Baik

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
2

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 1: Jiran Tetangga

Kemahiran: Membaca

Baca petikan dengan intonasi yang sesuai. Kemudian, jawab soalan berikut.

“Selamat datang tuan, puan ke majlis Hari Keluarga anjuran Persatuan Penduduk Seri
Indah,” ucap pengerusi persatuan penduduk, Encik Bakri.

“Wah, meriahnya suasana di sini! Adakah semua penduduk hadir ke majlis ini?”
tanya Encik Gopal kepada Encik Haikal.

“Ya. Setiap tahun Encik Bakri dan ahli jawatankuasa persatuan penduduk akan
mengadakan Hari Keluarga. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Aktiviti-aktiviti seperti
sukaneka, pertandingan gubahan bunga dapat memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk terutama kanak-kanak.

“Betul, Encik Haikal. Selain itu, kita dapat mengenali semua jiran yang ada di sini.
Dengan ini kita dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga. Suasana harmoni
dapat diwujudkan,” kata Encik Gopal sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Tiba-tiba kedengaran pengumuman di corong pembesar suara. “Semua ahli, sila
daftarkan diri anda di khemah urus setia.”

“Mari kita ke sana. Pihak urus setia telah membuat pengumuman supaya semua
ahli mendaftarkan diri,” ajak Encik Haikal.

Mereka pun berjalan menuju ke khemah yang terletak di tepi padang.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD. Persatuan Penduduk Seri Indah
1 Pihak yang menganjurkan Hari Keluarga ialah .

2 Mengapakah Hari Keluarga perlu diadakan pada setiap tahun?

Hari keluarga perlu diadakan pada setiap tahun supaya dapat memupuk semangat kejiranan / mengeratkan
hubungan / mengenali jiran.

3 Apakah aktiviti yang dijalankan semasa Hari Keluarga?

Aktiviti yang dijalankan semasa Hari Keluarga ialah sukaneka dan pertandingan gubahan bunga.


4 Sekiranya kamu pengerusi persatuan penduduk, bagaimanakah kamu memeriahkan
sambutan Hari Keluarga ini?

Saya akan membuat iklan dan menampalkan di setiap kawasan perumahan, mempromosikan hadiah istimewa

kepada penduduk yang terawal hadir. (terima jawapan yang sesuai)

SP 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

TP Sangat Terhad Memuaskan Baik Sangat Cemerlang
Terhad Baik

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
3

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 1: Jiran Tetangga

Aspek: Tatabahasa

Bina ayat berdasarkan kata nama am dan gambar di bawah.

1
basikal
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Danish dan Rajiv menaiki basikal bersama-sama pergi ke sekolah.

2 sayur
3
4 Pak Umar memberikan sayur yang ditanamnya kepada
Puan Maimun.


kuih

Puan Suri menghidangkan kuih karipap dan air oren kepada jiran
yang bertandang ke rumahnya.


jiran

Mereka membantu mengangkat barang-barang jiran yang baru
berpindah ke situ.

SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am.
Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
4

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 2: Prihatinnya Kita

Kemahiran: Membaca

Baca petikan. Kemudian, lengkapkan peta pokok di bawah.

Hasil kerjasama yang baik antara ketuaPENERBIT ILMU
kampung Bukit Rimau Persatuan GuntingBAKTI SDN. BHD.
Rambut Malaysia telah memberi manfaat
kepada seluruh penduduk di Bukit Rimau.
Mereka boleh mendapatkan perkhidmatan
gunting rambut secara percuma.

Seramai tiga orang tukang gunting akan
menjalankan perkhidmatan percuma ini di
dewan orang ramai. Perkhidmatan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30
tengah hari pada hari Ahad. Tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga pukul 4.30
petang menjelang pembukaan sesi persekolahan yang baharu.
Usaha sama ini dapat meringankan beban masyarakat setempat yang
berpendapatan rendah. Selain itu, kanak-kanak dan remaja boleh belajar
menggunting rambut. Dengan ini, mereka dapat menggunakan masa lapang pada
hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah.

Penduduk kampung Bukit Rimau juga tidak ketinggalan menyediakan makanan
dan minuman kepada tukang gunting rambut sepanjang perkhidmatan mereka.

Kerjasama antara mereka ini ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Perkhidmatan Gunting Rambut Percuma

Masa beroperasi Tujuan Penganjur

Hujung minggu Meringankan beban penduduk Ketua kampung dan Persatuan
susah / pendapatan rendah; Gunting Rambut Malaysia
Masa beroperasi: 8.30 pagi hingga Mengisi masa lapang Remaja dan
kanak-kanak
12.30 tengah hari;

Menjelang pembukaan sesi
persekolahan baharu:

8.30 pagi hingga 4.30 petang



SP 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran.

TP Sangat Terhad Memuaskan Baik Sangat Cemerlang
Terhad Baik

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
5

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 2: Prihatinnya Kita

Kemahiran: Menulis

Tulis ayat dan perenggan berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan.

1

PENERBIT ILMU Petugas – menolong datuk dan nenek
BAKTI SDN. BHD. – mengangkat bagasi – troli

Petugas menolong datuk dan nenek mengangkat bagasi yang berat untuk diletakkan di atas troli beg.

2
Menolak troli – balai berlepas

Keadaan di lapangan terbang itu sangat ramai orang. Petugas itu menolak troli bagasi menuju ke balai berlepas.


3
Membawa – mengikut laluan travelator –

memudahkan – Orang Kelainan Upaya – kerusi roda

Petugas itu menolak troli beg mengikut laluan travelator. Laluan ini sesuai untuk Orang Kelainan Upaya yang
menggunakan kerusi roda.

4

Memasukkan beg – laluan khas

Ketika sampai di kawasan menunggu, petugas itu mengangkat beg datuk dan nenek masuk ke dalam kereta. Saya
lihat ada laluan khas untuk Orang Kelainan Upaya.
SP 3.2.1 Membina dan menulis ayat, dan perenggan daripada bahan multimedia.

TP Sangat Terhad Memuaskan Baik Sangat Cemerlang
Terhad Baik

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
6

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 2: Prihatinnya Kita

Aspek: Tatabahasa

Bina ayat menggunakan kata nama am dan kata nama khas yang diberikan.

1

Encik Kamal memberikan bantuan kepada golongan
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD. orang susah di kawasan kampung.

Encik Kamal
2
Adik telah memberikan kad ucapan kepada guru
kelasnya sempena Hari Guru.

adik
3
Keluarga Amin telah menderma darah di Hospital
Hospital Besar Melaka Besar Melaka untuk mengisi tabung darah sempena
4 Kempen Derma Darah.


Semua guru menyambut hari lahir murid-murid
pada setiap bulan.

guru

SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am, (ii) kata nama khas

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
7

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 3: Masyarakat Berilmu

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur

Teliti gambar di bawah. Kemudian, baca dialog dan berikan respons yang sesuai.

Bolehkah saya pinjam
buku ini?
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD. (1) Boleh .

Kamu harus

mengisi borang

pinjaman ini.

Baiklah. Mengapakah (2) Borang pinjaman adalah
kamu menyediakan
borang pinjaman? untuk memastikan buku
di perpustakaan mini
saya tidak hilang.

Oh, begitu! Adakah (3) Ya, ayah saya membeli buku-
buku-buku ini dibeli
oleh ayah kamu? buku ini semasa kami berkunjung
ke Pesta Buku Antarabangsa di
Kuala Lumpur. Ada juga yang
saya beli menggunakan duit
simpanan saya.

4 Wajarkah setiap rumah menyediakan perpustakaan mini? Mengapa?
• Wajar kerana keluarga kita boleh membaca buku dengan tenang pada waktu lapang.

• Tidak wajar kerana kos menyediakan perpustakaan mini sangat mahal.

SP 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis.

TP Sangat Terhad Memuaskan Baik Sangat Cemerlang
Terhad Baik

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4

Lembaran Kerja
8

Nama: Kelas: Tarikh:

Tema 1: Kemasyarakatan Unit 3: Masyarakat Berilmu

A Pilih kata ganti nama yang sesuai. Aspek: Tatabahasa

kalian dia awak situ ini saya mereka itu
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
“Rayyan, khusyuknya. (1) Awak sedang membaca apa?” tanya Simon.

“Oh, (2) saya sedang membaca e-buku!”

“Wah, seronoknya!” kata Simon.

Rayyan mempelawa Rajiv masuk ke dalam rumah. (3) Dia mengajak

Simon masuk ke bilik bacaannya.

“Rayyan, bolehkah saya duduk di (4) situ ?” tanya Simon sambil

menunjukkan ke arah meja di tengah ruang bacaan itu.

“Boleh. Silakan, Simon,” kata Rayyan.

Simon duduk lalu membaca e-buku menggunakan komputer riba di atas meja itu.

“ (5) Ini hadiah daripada ibu saya kerana saya mendapat lima bintang

dalam program Nilam tahun lepas,” kata Rayyan.

B Bulatkan jawapan yang betul.

1 Hanim dan Junaidah selalu pergi ke perpustakaan desa. suka membaca

buku di kerana pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di situ.

A Dia …. Itu

B Saya … situ

C Kalian … ini

D Mereka … sana

2 “ boleh menjejak maklumat dengan melayari Internet,” kata Kamal kepada

rakan-rakannya.

A Kita

B Awak

C Kamu

D Hamba

SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal; (iii) kata ganti nama

Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 4


Click to View FlipBook Version
Previous Book
[PDF] The School of Natural Healing: The Reference Volume on Natural Herbs for the Teacher, Student or Herbal Practitioner Full
Next Book
Ebook Online My First Yoga ABC For Android