TERHAD© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 KM 1–1 TERHADNamaNo. Kad PengenalanKelasARAHAN:1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu.2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan.3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini.Untuk Kegunaan PemeriksaNama Pemeriksa:Bahagian Soalan Markah PenuhMarkah DiperolehA 1–15 15B1 22 23 44 25 106 10C 1 15Jumlah 601 jam 30 minitBAHASA MELAYU (02/1)TINGKATAN2UAUjian Akhir SSesi AkademikA KERTAS MODEL1JSU UASA 101_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 1 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–2 TERHADSoalan 1 – 2Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.1 Sebagai ketua kumpulan, berharap projek ini akan lakukan dengan bersungguh-sungguh.A saya ... kita C saya ... kalian B kita … kamu D hamba ... kamuKonteks Morfologi – Kata Ganti Nama Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Kosa Kata Aras R2 Rumah pusaka peninggalan nenek dipenuhi dengan sarang kerana sudah lama kami tidak menjenguk rumah tersebut.A jejari C lelabahB rerama D jejentikKonteks Morfologi – Kata Ganda Separa Tunggal Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Kosa Kata Aras RSoalan 3 – 4Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.3 I Novel yang dibaca oleh kakak sangat tebal.II Hutan Belum di Perak merupakan kawasan hutan yang tebal.III Tilam berjenama yang dijual oleh kedai itu betul-betul tebal dan berkualiti.IV Daging yang tebal itu sukar dikunyah oleh nenek. A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahajaKonteks Morfologi – Kata Adjektif Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras S4 I Puan Zaleha terpaksa menyewa sebuah rumah yang agak sempit bersama-sama dua orang anaknya setelah kematian suaminya.II Zubir terpaksa membeli baju Melayu yang baharu kerana baju Melayunya yang dibelipada tahun lepas sudah sempit. III Walaupun usianya dikira masih mentah, fikirannya tidak sempit kerana sentiasa memberikan idea yang bernas pada setiap kali perbincangan.IV Wahida kebasahan di dalam hujan lebat itu kerana payung yang digunakannya itu agak sempit.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahajaKonteks Morfologi – Kata Adjektif Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras SArahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.Bahagian A[15 markah]Aras kesukaran 5 (R) : 3 (S) : 2 (T)Jumlah markah Bahagian A, B dan C 60 markah01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 2 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–3[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHADSoalan 5 – 6Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.5 Kereta Perodua Axia merah itu dipandu oleh saya.A saya panduB dipandu saya C memandu sayaD dipandu oleh sayaKonteks Morfologi – Kesalahan Frasa Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras R6 Fariz menghadiahkan seuntai kalung mutiara kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-3 mereka.A menghadiah isterinya seuntai kalung mutiaraB menghadiahi seuntai kalung mutiara kepada isterinyaC menghadiahkan isterinya seuntai kalung mutiaraD menghadiahkan seuntai kalung mutiara kepada isterinyaKonteks Morfologi – Kesalahan Frasa Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras RSoalan 7 – 8Pilih ayat-ayat yang betul.7 I Berbagai jenis lauk-pauk yang sedap ada dijual di restoran itu.II Aduh, malangnya nasib anak yatim piatu itu!III Raju makan sebungkus nasi lemak sebagai alas perut sebelum pergi ke sekolah.IV Jason ialah murid yang paling kacak di dalam kelasnya.A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahajaKonteks Sintaksis – Jenis Ayat Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras T8 I Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman 10 tahun penjara akibat kesalahan mengedar dadah jenis heroin.II Pelakon terkenal dari Korea itu datang ke Malaysia untuk melancong.III Para murid-murid beratur di kantin semasa membeli makanan.IV Segerombolan doktor berusaha menyelamatkan pesakitnya di dalam wad kecemasan.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahajaKonteks Sintaksis – Jenis Ayat Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras T01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 3 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–4 TERHADSoalan 9Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Pisang goreng ada di bawah tudung saji di atas meja.A Di bawah tudung saji di atas meja, ada pisang goreng.B Pisang goreng ada di atas tudung saji di bawah meja.C Pisang goreng di bawah tudung saji diletakkan di atas meja.D Di bawah tudung saji yang diletakkan di bawah meja ada pisang goreng.Konteks Sintaksis – Ayat Tunggal Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras RSoalan 10Pilih peribahasa yang paling sesuai.10 Suhaila seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran. Dia tidak suka membuang masa dengan perkara yang sia-sia.Nyatakan kata-kata hikmat yang sesuai dengan pernyataan di atas.A Masa itu emasB Kata mesti dikotaC Ilmu pelita hidupD Biar lambat asal selamatKonteks Peribahasa – Kata-kata Hikmat Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Peribahasa Aras SBaca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah.PANTUN ALAM REMAJA1 Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang.2 Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang.3 Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang.4 Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan.5 Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati, Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati.6 Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana.7 Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja.(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 4 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–5[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHAD11 Berdasarkan puisi, rangkai kata Hatiku besar bukan kepalang membawa maksudA berasa tidak sabar.B hati berasa berdebar-debar.C hati menjadi tidak keruan.D perasaan yang sangat gembira.Konteks Pemahaman Prosa/Puisi – Maksud Rangkai Kata Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Mentafsir Maklumat Aras T12 Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua besar hati.Apakah kata hikmat yang sesuai bagi pernyataan di atas?A Bersatu teguh, bercerai robohB Hidup ini suatu perlumbaanC Biar lambat asal selamatD Kata itu kotaKonteks Pemahaman Prosa/Puisi – Peribahasa Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Mentafsir Maklumat Aras S13 Apakah nilai yang terdapat dalam rangkap kelima pantun di atas?A Nilai baik hatiB Nilai kasih sayangC Nilai kebijaksanaanD Nilai tolong-menolongKonteks Pemahaman Prosa/Puisi – Pemahaman KOMSAS Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Memahami Maklumat Aras S14 Apakah maksud celana berdasarkan puisi di sebelah?A TopiB BajuC SeluarD Alat permainanKonteks Pemahaman Prosa/Puisi – Pemahaman Berdasarkan Petikan Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Memahami Maklumat Aras R15 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang puisi?A Anak-anak cemas menunggu ibu pulang dari tempat kerja.B Anak-anak sangat gembira kerana ibu bapa pulang membawa buah tangan.C Ibu bapa berasa susah hati kerana meninggalkan anak-anak di rumah.D Ibu bapa yang baru pulang dari tempat kerja berasa penat kerana melayan kerenah anak.Konteks Pemahaman Prosa/Puisi – Pemahaman Keseluruhan Petikan Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Menganalisis Maklumat Aras R01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 5 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–6 TERHADBahagian B[30 markah]1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan.Pencegahan Wabak Coronavirus (COVID-19)Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan daripada individu yang mengalami gejala deman, batuk dan bersin.Pakai pelitup muka dan hidung jika menkunjungi tempat yang sesak.(i)(ii)Konteks Kesalahan Ejaan Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Kosa Kata Aras R [2 markah]2 Dalam petikan di bawah, terdapat dua kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.Gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas boleh timbul akibat daripada tekanan secara fizikal, sosial dan persekitaran. Ia terjadi apabila seseorang itumengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Kesihatan mental boleh menyebabkan keadaan fizikal dan emosi seorang itu terjejas.(i) (ii) Konteks Kesalahan Bahasa Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras R [2 markah]3 Cerakinkan ayat tunggal di bawah kepada subjek dan predikat.(i) Ibu sedang mengemop lantai di dapur.(ii) Jam tangan baharu kakak saya sangat mahal. Konteks Sintaksis – Ayat Tunggal Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa – Tatabahasa Aras S [4 markah] 01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 6 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–7[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHAD4 Lihat bahan di bawah dengan teliti.Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata hikmat yang sesuai. (i) (ii) Konteks Peribahasa – Kata-kata Hikmat Konstruk Pengetahuan sistem Bahasa - Peribahasa Aras T [2 markah]Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Bahan 1Beliau seterusnya menyeru agar penggunaan bahasa Melayu yang bermutu digunakan seluas-luasnya. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu perlu sentiasa wujud dalam bentuk bestari dari semua segi. Bahasa Melayu juga perlu digunakan dalam pelbagai bidang, iaitu pendidikan, perniagaan dan bidang-bidang lain.Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong turut menyambut baik kemudahan untuk mendapatkan maklumat dan panduan tentang bahasa Melayu. Bagi beliau, perkhidmatan seperti Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amat bermanfaat untuk pengguna bahasa. Kemudahan ini sepatutnya mendorong masyarakat Malaysia agar menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya.(Dipetik dan diubah suai daripada “Dirgahayu Bahasaku”, Buku Teks Bahasa Melayu, hal. 94 Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 7 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–8 TERHADBahan 2Bahasa Jiwa BangsaGunakanlah bahasa kebangsaan kitaMarilah amalkan ramai-ramaiBahasalah menyatukan kita semuaYakinlah bahasa jiwa bangsaMarilah mari rakyat semuaBuktikan taat setia dengan satu bahasaMaju bangsa dan maju negaraMegahkan bahasa kitaBahasa jiwa bangsa.Lagu/Lirik: Dol Ramli5 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, bagaimanakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa Melayu?Konteks Pemahaman Petikan Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Memahami Maklumat Aras R [3 markah](b) Apakah persoalan yang terdapat dalam setiap bahan tersebut? Konteks Pemahaman Petikan – Pemahaman KOMSAS (Persoalan) Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Memahami Maklumat Aras R [3 markah](c) Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam pelbagai bidang.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untukmemartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita? Konteks Pemahaman Petikan – Pemahaman KBKK/KBAT Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Menganalisis Maklumat Aras T [4 markah]01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 8 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–9[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHAD6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.(i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi(ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani(iii) Meniti Impian, karya Osman Ayob(iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha PaikonPersoalan ialah sesuatu hal yang hendak diperkatakan dalam sesebuah cerita dan mempunyai kaitan dengan tema.Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda kaji, kemukakan tiga contoh persoalan lain berserta contoh peristiwa yang bersesuaian dengan apa yang dipelajari.NOVEL PERSOALANJalan ke Puncak Persoalan semangat setia kawanDarah Titik di Semantan Persoalan pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakatMeniti Impian Persoalan konflik percintaan dalam kalangan remajaJejak MONPUS Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 9 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–10 TERHADKonteks Novel Konstruk Kemahiran Membaca dan Memahami – Menganalisis Maklumat Aras S [10 markah]01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 10 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–11[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHADBahagian C[15 markah]Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang manfaat-manfaat belajar di universiti awam. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.Pendidikan tinggi ialah pendidikan selepas tamat sekolah menengah atas. Pada peringkat ini, pelajar akan berhempas-pulas menuntut ilmu untuk memperoleh diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan pada peringkat ini terdiri daripada universiti awam dan universiti swasta. Kedua-dua jenis universiti ini menyediakan peluang pendidikan yang sama, iaitu dapat menjamin masa hadapan.Seseorang yang belajar pada peringkat pengajian tinggi akan lebih banyak belajar untuk berdikari. Ilmu pada peringkat ini bukan hanya diperoleh dengan mendengar kuliah daripada tenaga pengajar semata-mata, tetapi juga melalui pembacaan pelbagai jenis bahan dan kajian bagi menambahkan pengetahuan. Melalui kaedah pengajian seperti ini, pelajar akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi gelombang kehidupan pada masa akan datang.Selain itu, pelajar juga akan bertambah matang kerana perlu menempuh pelbagai cabaran semasa menyiapkan kajian mereka. Tambahan pula, pelbagai kemahiran insaniah dapat dikuasai oleh mereka untuk menjadi pelajar yang berketerampilan dan serba boleh. Seterusnya, kemahiran insaniah yang diamalkan ini akan menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Secara tidak langsung, mereka terdidik untuk mengamalkan nilai-nilai yang baik. Segala kemahiran yang dipelajari dan diamalkan ini amat berguna apabila mereka berada dalam kancah pekerjaan nanti. 01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 11 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–12 TERHADKonteks Konstruk Aras Memindahkan Maklumat – Rumusan R/S/T (Berdasarkan Penilaian Profesional)Pemindahan Maklumat – Menyusun Maklumat [15 markah]01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 12 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–13[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHADNamaNo. Kad PengenalanKelasARAHAN:1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu.2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan.3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini.Untuk Kegunaan PemeriksaNama Pemeriksa:Bahagian Soalan Markah Penuh Markah DiperolehA 1 10B 1 30Jumlah 401 jamBAHASA MELAYU (02/2)TINGKATAN2UAUjian Akhir SSesi AkademikA KERTAS MODEL101_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 13 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–14 TERHADBahagian A[10 markah]Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan serta satu soalan daripada Bahagian B.Kebaikan MelancongMenjana ekonomi negaraMerehatkan fikiran dantubuh badanMenambahkan ilmu pengetahuanMengeratkan hubunganKonteks Karangan Pendek Konstruk Kemahiran Menulis – Aplikasi Aras R/S/T (Berdasarkan Penilaian Profesional) [10 markah]Aras kesukaran5 (R) : 3 (S) : 2 (T)Berdasarkan Penilaian ProfesionalJumlah markah Bahagian A dan B 40 markah01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 14 6/5/25 5:24 PM
TERHADKM 1–15[Lihat halaman sebelah© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 TERHADBahagian B[30 markah]Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalanyang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. GAYA HIDUP SIHAT1 Anggota tubuh badan yang sihat merupakan salah satu anugerah yang tidak ternilai buat manusia. Bagi sesetengah orang pula, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Oleh itu, nikmat kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian manusia.Jelaskan langkah-langkah penjagaan kesihatan yang perlu diamalkan oleh masyarakat pada zaman kini.2 Baru-baru ini, sahabat baik anda telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Selepas satu minggu, sahabat anda dibenarkan pulang ke rumah. Sebagai rakan baik, tulis sepucuk surat kepada sahabat anda itu untuk bertanyakan khabar dan memberikan nasihat kepadanya tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.3 Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Jika kita tidak menjaga amalan pemakanan dalam kehidupan seharian, tubuh badan kita akan mudah diserang penyakit.Tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan kita.01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 15 6/5/25 5:24 PM
TERHAD02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 KM 1–16 TERHADKonteks Karangan Respons Terbuka Konstruk Kemahiran Menulis – Aplikasi, Nilai dan Estetik Aras R/S/T (Berdasarkan Penilaian Profesional) [30 markah]01_KM_UASA_BM_Ting_2_KM1_3rd.indd 16 6/5/25 5:24 PM