The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota & Latihan STPM Sem 2 - Geografi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-06-22 02:07:05

Nota & Latihan STPM Sem 3 - Geografi

Nota & Latihan STPM Sem 2 - Geografi

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB iii Skim Pentaksiran STPM Geografi iv Jadual Analisis Soalan STPM Geografi Semester 3 (2018 – 2022) vi Ulasan Soalan STPM Geografi Semester 3 (2021 – 2022) vii Bahagian A Alam Sekitar Fizikal BAB 1 Ekologi dan Ekosistem 1 BAB Kaitan Sistem Ekologi dengan Manusia 2 27 BAB 3 Saling Kebergantungan Sistem 41 Bahagian B Alam Sekitar Manusia BAB Impak Aktiviti Manusia terhadap Alam Sekitar 4 58 BAB Pengurusan Alam Sekitar 5 78 BAB Kerja Kursus (Kajian Luar) 6 93 BAB Contoh Laporan Kerja Kursus (942/4) 7 98 Kertas Model STPM 125 Jawapan 127 Kandungan N&L Geografi(Kand).indd 3 22/06/2023 11:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 1 1.1 Konsep Ekologi dan Ekosistem 1 Ekologi bermaksud satu cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup (organisma) dengan persekitarannya. 2 Ekosistem bermaksud satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain serta persekitarannya yang melibatkan komponen biotik dan abiotik. 3 Komponen-komponen asas unsur biotik ialah komponen hidupan yang melibatkan pengeluar, pengguna dan pengurai seperti pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan serta unsur-unsur abiotik ialah komponen bukan hidupan seperti tenaga suria, udara, tanih, mineral dan air. Pancaran suria KOMPONEN ABIOTIK Nutrien KOMPONEN BIOTIK Pengguna - Hervivor - Karnivor - Omnivor Tenaga haba dibebaskan dalam setiap tahap Pengurai - Kulat - Bakteria Pengeluar (Tumbuhan) n s r Kitara - Ga - Ai - Mineral Rajah 1.1 Komponen biotik dan abiotik 4 Benda hidup yang bergerak seperti haiwan memerlukan habitat yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membentuk koloni masing-masing. 5 Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa konsep yang merujuk biotik dan abiotik, antaranya ialah: (a) Habitat (i) Merujuk tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis organisma hidup untuk meneruskan kehidupannya dalam sesebuah ekosistem. (ii) Contohnya, habitat di kawasan paya dan habitat di kawasan tanah tinggi. (b) Spesies (i) Merujuk flora (tumbuhan) dan fauna (haiwan) yang mempunyai ciri rupa bentuk dan kaedah pembiakan yang sama. (ii) Contohnya, spesies burung. NOTA Ekspres BAB Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal 1 Ekologi dan Ekosistem N&L Geografi (B1).indd 1 22/06/2023 10:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 3 (c) Populasi (i) Saiz populasi merujuk sekumpulan organisma hidup daripada spesies yang sejenis dan hidup serta membiak di kawasan yang sama. Juga memiliki hubungan yang ringkas, iaitu hubungan sesama spesies sahaja. (ii) Contohnya, populasi singa. (d) Komuniti (i) Saiz komuniti merujuk pelbagai jenis populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersamasama dan saling berinteraksi serta mempengaruhi antara satu sama lain. Komuniti memiliki hubungan yang kompleks, iaitu hubungan antara spesies. (ii) Contohnya, populasi kuda belang, populasi rusa dan populasi kerbau yang hidup bersama-sama lalu membentuk satu komuniti. Foto 1.1 Kuda belang, gazel, oryx dan hidupan liar yang lain membentuk satu komuniti di Safari, Afrika (e) Koloni (i) Merujuk organisma hidup yang hidup secara berkumpulan dan saling berkerjasama antara satu sama lain dalam mencari makanan, membina kawasan perlindungan dan mempertahankan keselamatan bagi kelangsungan hidup kumpulan tersebut. (ii) Contohnya, koloni semut, anai-anai dan lebah. Foto 1.2 Koloni lebah Komponen Asas Ekosistem 1 Komponen biotik merujuk organisma yang hidup, antaranya ialah: (a) Pengeluar (tumbuh-tumbuhan) (b) Pengguna (primer, sekunder dan tertier) (c) Pengurai (bakteria dan kulat) 2 Komponen abiotik merujuk benda bukan hidup, antaranya ialah: (a) Air (b) Gas (c) Udara (d) Tanah (e) Mineral (f) Cahaya matahari Foto 1.3 Matahari merupakan pembekal utama tenaga kepada bumi Fungsi Ekosistem 1 Secara umumnya fungsi ekosistem merujuk proses ekologi, iaitu apabila berlaku interaksi antara komponen-komponen dalam ekosistem seperti air, tanih, atmosfera dan biotik dalam menjalankan proses fotosintesis, proses pereputan haiwan dan tumbuhtumbuhan serta proses aliran tenaga. 2 Oleh itu, fungsi ekosistem berkaitan dengan huraian bagaimana terjadinya proses berikut: (a) Proses aliran tenaga (b) Proses kitar nutrien Proses Aliran Tenaga Aliran tenaga dalam ekosistem melibatkan aliran sehala pemindahan tenaga dari matahari ke komponen biotik dan abiotik di permukaan bumi. Cara Tenaga Dialirkan Melalui Siratan Makanan dalam Satu Ekosistem 1 Peranan bahangan suria terhadap tumbuhtumbuhan dan haiwan amat penting. Rajah 1.2 menunjukkan aliran tenaga dalam satu ekosistem daratan. N&L Geografi (B1).indd 2 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 3 Pengguna Ketiga (Karnivor) Pengguna Kedua (Karnivor) Pengguna Pertama (Herbivor) Pengeluar (Tumbuhan hijau) Aliran tenaga dalam sistem Matahari (Punca tenaga) Kehilangan tenaga dari sistem Rajah 1.2 Aliran tenaga dalam satu ekosistem 2 Matahari ialah punca atau pembekal tenaga utama dalam sistem bumi. Cara tumbuhan membuat makanannya di dalam sesebuah ekosistem dan membentuk aliran tenaga seperti berikut: (a) Tumbuhan (pengeluar) atau dikenali sebagai komponen autotrof akan mendapatkan tenaga haba daripada matahari secara langsung untuk menjalankan proses fotosintesis. Tumbuhan menyerap karbon dioksida dari persekitaran untuk memproses makanan sendiri menjadi glokus serta menghasilkan oksigen. Tenaga kimia yang dihasilkan seperti karbohidrat, protein dan asid tumbuhan disimpan di dalam tumbuhan. Tenaga kimia tersebut digunakan untuk tumbesaran tumbuhtumbuhan itu sendiri. (b) Pengguna pertama (herbivor) seperti arnab atau lembu memakan tumbuhan hijau untuk mendapatkan tenaga kimia yang disimpan di dalam tumbuhan. Hanya 10 peratus sahaja tenaga kimia di dalam tumbuhan dipindahkan kepada pengguna pertama seperti arnab berkenaan. Tenaga yang diperoleh daripada tumbuhan hijau digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak. Tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna pertama juga akan dibebaskan melalui respirasi. (c) Pengguna sekunder (karnivor) seperti ular akan memakan pengguna pertama dan 10 peratus tenaga kimia akan dipindahkan dari pengguna pertama kepada pengguna kedua untuk membolehkan pengguna kedua bergerak, membesar dan membiak. (d) Akhirnya pengguna kedua dimakan oleh pengguna ketiga (karnivor/omnivor) seperti helang dan 10 peratus tenaga dipindahkan dari pengguna kedua kepada pengguna ketiga untuk bergerak, membesar dan membiak. (e) Apabila pengeluar, pengguna pertama, sekunder dan tertier mati, elemen-elemen tersebut direputkan dan diuraikan oleh organisma pengurai seperti kulat dan bakteria. Aktiviti penguraian oleh pengurai akan menghasilkan dan membekalkan nitrit, nitrat dan ammonia kepada tumbuh-tumbuhan sebagai nutrien. Fungsi Autotrof (Tumbuh-tumbuhan) dalam Ekosistem 1 Tumbuh-tumbuhan atau pengeluar akan mengikat tenaga cahaya yang diperoleh daripada matahari dalam proses fotosintesis. 2 Tumbuhan juga membina bahan makanan yang kompleks atau membuat makanannya sendiri seperti karbohidrat, vitamin dan zat besi. N&L Geografi (B1).indd 3 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 5 3 Tenaga yang terdapat dalam tumbuhtumbuhan dipindahkan kepada pengguna yang memakan tumbuhan tersebut. 4 Tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigen dan dibebaskan ke atmosfera semasa proses fotosintesis. 5 Tumbuh-tumbuhan juga bertindak menyederhanakan suhu persekitaran kerana tumbuhan-tumbuhan meningkatkan kelembapan udara persekitaran hasil daripada proses sejat peluhan. 6 Tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida di udara untuk menjalankan proses fotosintesis dan ini dapat mengurangkan kadar pencemaran udara. 7 Tumbuh-tumbuhan dapat mengatur kitaran air atau kitaran hidrologi melalui sejat peluhan dan seterusnya dapat menghasilkan kerpasan. 8 Tumbuh-tumbuhan membekal nutrien kepada tanih melalui pereputan tumbuhan atau melalui akar tumbuh-tumbuhan yang dapat mengikat nitrogen di dalam tanah. Proses Kitar Nutrien 1 Konsep kitar nutrien dalam ekosistem merujuk pelbagai sirkit aliran unsur dan bahan yang berterusan serta diperbaharui melalui biosfera yang menggabungkan komponen abiotik dan biotik melalui tiga fasa dalam satu edaran yang lengkap. 2 Kitar karbon, kitar oksigen, kitar nitrogen, kitar fosforus, kitar hidrologi dan lain-lain, iaitu bahan-bahan yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem akan berkait bersamasama dengan kitaran makanan. Unsur-unsur tersebut boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya akan kembali ke tempat asal. 3 Proses kitar nutrien melibatkan tiga fasa, iaitu: (a) Proses dalam udara atau atmosfera. (b) Proses dalam tumbuhan dan haiwan atau biosfera. (c) Proses dalam tanah atau litosfera. Jenis Ekosistem Ekosistem Daratan 1 Ekosistem daratan seperti ekosistem hutan tanah pamah dan ekosistem hutan tanah tinggi yang melibatkan interaksi antara komponen biotik dan abiotik. 2 Contohnya, pengeluar, pengguna, pengurai, cahaya matahari, udara dan tanih yang membentuk sesebuah ekosistem daratan. Hutan Tanah Pamah (Hutan Hujan Tropika) 1 Hutan hujan Tropika adalah malar hijau, berdaun lebar, berakar banir dan berkayu keras. Spesies tumbuhan juga terdiri daripada liana, epifit, saprofit dan paku pakis. 2 Hutan tanah pamah (hutan hujan Tropika) padat dan bercampur aduk serta tumbuh dengan ketinggian yang berbeza-beza serta kelihatan berlapis-lapis. 3 Berdasarkan Rajah 1.3, lapisan hutan hujan Tropika terbahagi kepada empat lapisan yang berbeza, iaitu lapisan emergen/renjong, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan lantai hutan. Renjong (Emergen) Kanopi (Silara) Lapisan tengah Lantai hutan 50 40 30 20 10 0 Meter Rajah 1.3 Empat lapisan hutan hujan Tropika N&L Geografi (B1).indd 4 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 5 4 Lapisan utama hutan hujan Tropika, iaitu: (a) Lapisan emergen/renjong (i) Lapisan emergen/renjong merupakan lapisan tertinggi di dalam susun lapis hutan hujan Tropika. (ii) Tumbuhan yang terdapat di lapisan emergen boleh mencapai ketinggian sehingga 66 meter dari lantai hutan. Ukur lilit batang pokok boleh mencapai sehingga lima meter. (iii) Lapisan ini menerima bahangan matahari yang paling banyak. (iv) Haiwan yang boleh dilihat di kawasan ini seperti helang, monyet, kelawar dan rama-rama. (b) Lapisan kanopi (i) Lapisan kanopi terletak di bawah lapisan emergen dan merupakan lapisan utama hutan. (ii) Lapisan ini boleh mencecah ketinggian antara 20 meter hingga 30 meter dari lantai hutan. (iii) Lapisan ini menjadi tempat hidupan, 90 peratus hidupan liar hutan hujan Tropika. Oleh itu, banyak hidupan liar boleh dilihat di lapisan ini kerana terdapat banyak makanan. (c) Lapisan tengah (i) Lapisan yang terletak di bawah lapisan kanopi ialah lapisan tengah. Hanya sedikit cahaya matahari yang sampai ke lapisan ini, iaitu sekitar 2 peratus hingga 15 peratus sahaja. (ii) Lapisan ini merupakan kawasan yang agak gelap. Tumbuhan mesti tumbuh lebih tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari yang terhad di lapisan tengah. (iii) Hidupan liar yang hidup di kawasan ini seperti katak pokok mata merah, harimau kumbang dan serangga. (d) Lantai hutan (i) Lapisan paling bawah hutan hujan Tropika ialah lantai hutan. Lapisan ini menerima hanya kira-kira dua peratus cahaya matahari dan merupakan kawasan paling gelap. (ii) Terdapat sedikit sahaja tumbuhtumbuhan yang tumbuh dan dapat menyesuaikan diri dengan cahaya matahari yang sedikit. (iii) Tumbuhan yang mati dan jatuh di lantai hutan akan direputkan bakteria dan kulat dengan cepat kerana kurangnya cahaya matahari. (iv) Spesies hidupan liar yang terdapat di lapisan lantai hutan antaranya ialah pelanduk, harimau, ayam hutan, gajah dan sebagainya. Hutan Tanah Tinggi 1 Ekosistem hutan tanah tinggi merujuk hutan yang terdapat di ketinggian melebihi 1 200 meter dari aras laut. 2 Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan ekosistem hutan tanah tinggi berbeza-beza mengikut altitud atau ketinggian dari aras laut yang dipengaruhi suhu, angin, kelembapan dan kadar penerimaan cahaya matahari. (a) Hutan montane bawah (i) Berada di ketinggian 1 200 meter hingga 1 800 meter. Ketinggian pokok antara 15 hingga 32 meter. (ii) Spesies pokok yang terdapat di lapisan ini antaranya ialah pokok oak, laurel dan tumbuhan epifit seperti paku langsuyar dan orkid. (b) Hutan montane atas (i) Berada di ketinggian 1 800 meter hingga 2 900 meter. Ketinggian pokok antara 1.5 meter hingga 18 meter kerana suhu yang rendah dan angin kencang. (ii) Spesies pokok yang terdapat di kawasan ini antaranya ialah pokok periuk kera, rafflesia dan pokok daun tirus seperti pokok pain dan sprus. Lantai hutan yang lembap ditumbuhi lumut. (c) Tumbuhan hampir alpain (i) Berada di ketinggian 2 900 meter hingga 3 500 meter. (ii) Terdiri daripada spesies pokok kerdil seperti pokok renek konifer serta tumbuhan rumput jenis red sanicle dan Bornean eyebright. (d) Tumbuhan alpain (i) Berada di ketinggian melebihi 3 500 meter. Kawasan ini jarang terdapat tumbuh-tumbuhan. (ii) Spesies tumbuhan yang tumbuh di kawasan ini antaranya ialah semak samun renek seperti rhododendron, orkid dan rumput. N&L Geografi (B1).indd 5 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 7 Ketinggian (meter) 3 500 2 900 1 800 1 200 0 Hutan montane bawah Hutan montane atas Hutan hujan Tropika Tumbuhan hampir alpain Tumbuhan alpain Rajah 1.4 Hutan tanah tinggi berbeza-beza mengikut ketinggian Foto 1.4 Lumut dan tumbuhan renek yang terdapat di Banjaran Crocker, Sabah Ekosistem Tanah Tinggi Kepentingan Suhu Tanah Tinggi terhadap Sektor Ekonomi 1 Pertanian tanah tinggi. Suhu yang sejuk atau sederhana sejuk sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti tanaman kubis, strawberi, teh dan beras bario. 2 Aktiviti pelancongan. Suhu yang sejuk menarik perhatian para pelancongan untuk menikmati udara yang nyaman lagi sejuk yang berbeza dengan udara di kawasan tanah rendah. 3 Aktiviti penternakan. Suhu yang sejuk sesuai untuk penternakan lembu susu seperti lembu Friesian yang diternak di Kundasang. Kesan Alam Sekitar Fizikal Akibat Kemusnahan Ekosistem Hutan Tanah Tinggi 1 Berlaku peningkatan air larian permukaan. Ketiadaan hutan akan meningkatkan hakisan permukaan dan alur apabila berlaku hujan lebat. Akhirnya akan berlaku pencemaran air serta gangguan terhadap kawasan tadahan air. 2 Kemusnahan habitat. Hutan yang ditebang secara meluas akan menyebabkan berlaku kepupusan spesies flora dan fauna. Ketiadaan habitat yang sesuai menyebabkan haiwan akan mati atau berpindah ke tempat lain untuk mencari habitat yang lebih sesuai untuk hidup. 3 Kejadian tanah runtuh. Ketiadaan hutan tanah tinggi menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana tiada akar tumbuhtumbuhan untuk mencengkam struktur tanah. Akhirnya akan menyebabkan berlaku kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh apabila berlaku hujan lebat. 4 Kemerosotan kesuburan tanih. Permukaan tanah yang gondol memudahkan lapisan atas tanah dihakis dan diangkut oleh aliran air larian permukaan semasa hujan lebat dari atas bukit ke bawah bukit. Lama-kelamaan akan menyebabkan berlaku kemerosotan kesuburan tanah terutama di bahagian atas permukaan tanah. 5 Berlaku peningkatan suhu setempat. Ketiadaan hutan dan tumbuh-tumbuhan menyebabkan suhu persekitaran meningkat. Tumbuhan hijau berfungsi untuk menyederhanakan suhu setempat melalui sejat peluhan tumbuhan yang akan menghasilkan banyak wap-wap air di samping menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis. N&L Geografi (B1).indd 6 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 7 Cabaran untuk Mengekalkan Ekosistem Tanah Tinggi 1 Terdapatnya pembalakan tidak terkawal. Pembalakan tidak terkawal ini berlaku disebabkan harga kayu keras yang tinggi di pasaran dunia dan mendapat permintaan kayu keras yang tinggi. Harga yang mahal ini memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusaha kayu balak. Oleh itu, berlaku pembalakan haram yang memusnahkan kawasan hutan. 2 Pembukaan atau perluasan kawasan pertanian. Peningkatan permintaan tanaman hawa sederhana sebagai sumber makanan menyebabkan banyak hutan di tanah tinggi dimusnahkan untuk dijadikan kawasan pertanian. 3 Adanya pembangunan fizikal. Hutan akan diteroka bagi pembangunan dan pembinaan hotel, jalan raya serta empangan. Permintaan yang tinggi daripada sektor pelancongan menyebabkan hutan dinyah untuk dibangunkan dengan pelbagai kemudahan pelancongan untuk keselesaan para pelancong. 4 Penguatkuasaan yang lemah. Ianya berlaku kerana kekurangan pegawai seperti renjer hutan dan kawasan hutan yang terlalu luas menyebabkan kesukaran untuk memantau kawasan hutan secara berkesan dalam mengekang aktiviti pembalakan haram. 5 Peningkatan penduduk. Peningkatan penduduk yang tinggal di kawasan tanah tinggi menyebabkan petempatan dan pembandaran meningkat. Oleh itu, hutan akan ditebang untuk memenuhi keperluan dan permintaan penduduk yang semakin bertambah. 6 Kesedaran dan tindakan masyarakat yang lemah. Masyarakat masih lagi kurang prihatin terhadap kepentingan mengekalkan alam sekitar. Oleh itu, masyarakat lambat bertindak apabila mengetahui terdapatnya pencerobohan hutan yang berlaku di persekitaran mereka. Ekosistem Akuatik 1 Ekosistem akuatik merujuk ekosistem tasik dan ekosistem paya bakau yang melibatkan medium air. 2 Komponen abiotik dan biotik terdiri daripada pengeluar, pengguna, pengurai, cahaya matahari, udara, air dan tanih yang sentiasa berinteraksi membentuk ekosistem akuatik. 3 Interaksi antara komponen berkenaan dipengaruhi kedalaman perairan seterusnya melibatkan juga kadar penerimaan cahaya matahari. Ekosistem Tasik 1 Ekosistem sesebuah tasik terbahagi kepada beberapa zon hidupan. Setiap zon hidupan mempunyai peringkat yang berbeza. 2 Zon hidupan tasik, iaitu: (a) Zon litorial (i) Zon litorial merupakan bahagian tebing tasik yang sentiasa basah. Spesies tumbuhan yang terdapat di zon ini antaranya ialah lembayung, teratai dan keladi. (ii) Zon ini juga menjadi habitat bagi spesies katak, ular, burung, cacing dan mikroorganisma. Foto 1.5 Burung, teratai dan keladi menjadikan zon litorial sebagai habitat (b) Zon limme (i) Zon limme merupakan bahagian permukaan tasik yang sering mendapat cahaya matahari. (ii) Zon ini menjadi habitat bagi tumbuhan yang membuat makanan sendiri seperti lumut, alga dan plankton. (c) Zon profundal (i) Zon ini berada lebih dalam atau hampir dengan dasar tasik serta tidak menerima cahaya matahari. (ii) Zon ini dihuni organisma heterotrof seperti ikan, belut dan kura-kura. N&L Geografi (B1).indd 7 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 9 Tumbuhan terapung Tumbuhan berkayu Matahari Pengguna Zon limme Tumbuhan tenggelam Pengurai bakteria dan kulat Fitoplankton dan zooplankton Zon litorial zon profundal Rajah 1.5 Ekosistem tasik Ekosistem Paya Bakau 1 Terdapat tiga zon utama yang mempengaruhi kepelbagaian spesies tumbuhan di dalam hutan paya, iaitu: (a) Zon pertama (i) Merupakan zon yang paling hampir dengan laut. (ii) Zon ini ditumbuhi pokok perepat dan bakau api-api. (b) Zon kedua Zon ini ditumbuhi pokok bakau api-api, bakau tumbuh lurus dan bakau kurap. (c) Zon ketiga (i) Zon ini merupakan zon pedalaman yang tidak dipengaruhi air pasang surut air laut. (ii) Spesies tumbuhan yang tumbuh di zon ini antaranya ialah nipah dan nibung. 2 Hutan paya bakau dikenali juga sebagai hutan paya air masin. Hutan ini tumbuh di kawasan pinggir pantai yang mengalami pasang surut air laut, terlindung dari ombak dan angin kencang serta pantai yang berlumpur. 3 Ekosistem akuatik hutan paya bakau terdiri daripada plankton, tumbuhan air, ikan belacak, memerang, udang dan ular bakau. 4 Ekosistem daratan hutan bakau terdiri daripada pokok api-api, berus dan perepat. Hidupan liar pula antaranya ialah kelawar, burung upeh, kera dan sebagainya. Kepentingan Ekosistem Paya Bakau kepada Manusia 1 Sebagai sumber protein atau makanan. Kepelbagaian hidupan akuatik seperti ikan, ketam dan udang mampu membekalkan sumber protein untuk dijadikan sebagai makanan keperluan harian manusia. 2 Sumber pelancongan. Kawasan paya khususnya paya bakau boleh dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan bagi menyaksikan kepelbagaian hidupan flora dan fauna seperti pokok kayu bakau, kunangkunang, pelbagai jenis ikan dan serangga. 3 Sumber ubat-ubatan. Terdapat tumbuhtumbuhan paya bakau yang digunakan untuk ubat-ubatan tradisional kepada manusia, khususnya penduduk-penduduk di luar bandar. 4 Sumber ekonomi. Pokok kayu bakau dijadikan sebagai sumber ekonomi penduduk tempatan seperti dalam industri pembuatan kayu arang dan industri pembinaan bangunan. N&L Geografi (B1).indd 8 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 9 Kesan Penggunaan Sumber Paya Bakau secara Berlebihan terhadap Ekosistem 1 Kemusnahan kepelbagaian biodiversiti. Penebangan pokok kayu bakau secara berlebihan akan menyebabkan hidupan akuatik mati kerana habitat atau tempat tinggal mereka telah dimusnahkan. 2 Gangguan terhadap kitaran hidrologi. Pokok-pokok kayu bakau yang ditebang akan menyebabkan kitaran hidrologi terganggu kerana proses sejat peluhan tumbuhan tidak dapat dijalankan. Oleh itu, proses sejat peluhan yang kurang berlaku menyebabkan hujan yang turun berkurangan. 3 Gangguan terhadap rantaian makanan. Ketiadaan tumbuh-tumbuhan paya bakau menyebabkan sumber makanan kepada hidupan akuatik dan haiwan lain juga akan berkurangan. Kekurangan sumber makanan kepada hidupan paya bakau ini, akhirnya akan mengganggu rantaian dan siratan makanan ekosistem paya bakau. 4 Keseimbangan ekosistem paya bakau terganggu. Pengambilan sumber daripada paya bakau secara berlebihan akan mengganggu keseimbangan ekosistem paya bakau itu sendiri. Kehilangan biosfera dalam ekosistem paya bakau akan mengganggu sistem-sistem fizikal yang lain seperti sistem atmosfera, litosfera dan hidrosfera. Kaedah Pemuliharaan Ekosistem Paya Bakau 1 Pembiakan semula fauna. Haiwan paya bakau yang telah mati atau pupus perlulah dibiak semula melalui usaha-usaha pemuliharaan yang sistematik. Pembiakan semula haiwan hutan paya bakau akan dapat mengembalikan semula ekosistem sesebuah paya bakau. 2 Penanaman semula pokok-pokok bakau. Pokok bakau yang telah ditebang perlulah ditanam semula dengan anak-anak pokok kayu bakau yang sesuai. Kaedah ini boleh menjamin kelestarian pokok bakau di sesebuah kawasan. 3 Langkah kestrukturan. Langkah ini boleh diambil dengan membina benteng atau sangkar pemecah ombak bagi menghalang dan mengurangkan kadar hakisan pinggir pantai yang akhirnya boleh mengganggu keseimbangan ekosistem paya bakau. Faktor Iklim yang Mempengaruhi Sesebuah Ekosistem Faktor Suhu 1 Suhu mempengaruhi jenis flora atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesebuah kawasan. Tumbuh-tumbuhan memerlukan suhu yang mencukupi dalam proses tumbesaran dan pembiakannya. 2 Suhu akan mempengaruhi jenis fauna atau haiwan yang terdapat di sesebuah kawasan. Suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk akan mengehadkan jenis haiwan yang boleh hidup dengan keadaan suhu yang ekstrem. 3 Suhu akan mempengaruhi tingkah laku fauna bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, buaya akan berada di tebing-tebing sungai semasa hari panas dan jika musim panas berpanjangan buaya akan berada di dalam lubang tanah bagi mengurangkan bahang haba. Sebaliknya, ada haiwan seperti gajah, badak dan kerbau akan berendam di kawasan berair seperti lopak berlumpur dan sungai untuk menyejukkan badan ketika musim panas. Terdapat juga haiwan yang membiak mengikut musim-musim tertentu. Foto 1.6 Gajah menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi pada musim kemarau di lopak berlumpur 4 Suhu juga mempengaruhi tindak balas flora dalam proses tumbesaran dan pembiakan tumbuh-tumbuhan untuk membolehkan tumbuhan terus hidup. Misalnya, musim berbunga dan berbuah mengikut waktu tertentu kerana dipengaruhi suhu yang sesuai berbanding pada masa yang lain. N&L Geografi (B1).indd 9 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 11 Faktor Hujan 1 Hujan mempengaruhi jenis flora atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesebuah kawasan untuk terus hidup, membiak dan membesar. 2 Hujan yang banyak dan mencukupi membolehkan kepelbagaian flora hidup dengan subur. 3 Air yang mencukupi membolehkan fauna terus berada di habitatnya tanpa perlu berpindah ke tempat lain. 4 Hujan juga mempengaruhi tingkah laku fauna dan tindak balas haiwan terhadap keperluan air bagi meneruskan kelangsungan hidup. 5 Hujan mempengaruhi tindak balas flora dalam proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan untuk membolehkan tumbuhan terus hidup dengan subur. 1.2 Rantaian dan Siratan Makanan Konsep Rantaian Makanan dan Siratan Makanan 1 Rantaian makanan merujuk pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala. Juga merupakan hubungan satu organisma yang saling berkaitan apabila setiap organisma merupakan makanan bagi organisma yang berikutan dalam rantaian makanan. 2 Siratan makanan bermaksud aliran pemindahan tenaga dalam beberapa rantaian makanan yang berbeza dari satu organisma ke satu organisma yang lain atau daripada pengeluar kepada pengguna. Proses Rantaian Makanan dan Siratan Makanan Proses Rantaian Makanan 1 Peringkat asas (pengeluar) (a) Matahari merupakan sumber tenaga kepada semua hidupan. Matahari membekalkan tenaga kepada tumbuhan hijau bagi menjalankan proses fotosintesis, iaitu tumbuh-tumbuhan (pengeluar) untuk menukarkan tenaga haba matahari yang diterimanya kepada tenaga kimia. (b) Contohnya, rumput atau daun hijau mendapat tenaga suria (daripada matahari) untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. (c) Tenaga suria tersebut akan ditukarkan kepada tenaga kimia dan disimpan di dalam daun, akar, bunga dan buah. (d) Sebanyak 90 peratus daripada tenaga kimia itu akan disimpan oleh tumbuhan dan 10 peratus lagi akan mengalir ke pengguna primer apabila pengguna primer memakan tumbuhan berkenaan. 2 Peringkat primer (pengguna pertama) (a) Tenaga kimia daripada pengeluar berpindah ke pengguna primer seperti ulat apabila ulat memakan pengeluar di samping menjadikan pengeluar sebagai habitatnya. (b) Tenaga kimia daripada tumbuhan akan berpindah ke pengguna primer dan disimpan di dalam tisu badannya. Sebanyak 90 peratus daripada tenaga ini akan digunakan untuk proses metabolisme, membesar, membiak dan bergerak. (c) Manakala 10 peratus lagi akan dialirkan ke pengguna sekunder apabila pengguna sekunder memakan pengguna primer. Foto 1.7 Pengeluar juga berfungsi sebagai habitat terhadap pengguna pertama 3 Peringkat sekunder (pengguna kedua) (a) Tenaga kimia daripada pengguna primer akan berpindah ke pengguna sekunder seperti burung pipit apabila burung pipit memakan ulat (pengguna primer). (b) Tenaga kimia daripada ulat akan disimpan di dalam tisu badan pengguna sekunder. Sejumlah 90 peratus N&L Geografi (B1).indd 10 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 11 daripada tenaga ini akan digunakan oleh pengguna sekunder untuk proses metabolisme, membesar, membiak dan bergerak. (c) Manakala 10 peratus lagi akan dialirkan ke pengguna tertier apabila pengguna tertier memakan pengguna sekunder. 4 Peringkat tertier (pengguna ketiga) (a) Tenaga kimia daripada pengguna sekunder akan berpindah ke pengguna tertier seperti ular apabila pengguna ini memakan burung pipit (pengguna sekunder). Tenaga kimia yang diperoleh daripada burung pipit disimpan di dalam tisu badan ular. (b) Sebanyak 90 peratus daripada tenaga ini akan digunakan oleh pengguna tertier untuk proses metabolisme, membesar, membiak dan bergerak. (c) Manakala 10 peratus lagi akan dialirkan ke pengguna seterusnya atau ke pengurai seperti cacing, bakteria dan kulat apabila pengguna tertier mati. 5 Pereput dan pengurai (a) Akhirnya semua tenaga kimia akan kembali ke tanah dalam bentuk nutrien tanah apabila setiap peringkat pengguna yang mati dan pengeluar mati dan mereput. (b) Pengeluar dan pelbagai pengguna yang mati ini akan diuraikan oleh cacing tanah, bakteria, cendawan dan kulat lalu membekalkan nitrat, nitrit dan ammonia kepada tumbuhan sebagai nutrien. (c) Nutrien itu pula akan digunakan kembali oleh pengeluar untuk tumbuh dan membesar bagi menjamin rantaian makanan ekosistem sentiasa berterusan. Matahari (Sumber tenaga) Pengeluar (Tumbuhan) • Tumbuhan hijau • Rumput Pengguna Primer (Pertama) • Ulat Pengguna Sekunder (Kedua) • Burung Pipit Pengguna Tertier (Ketiga) • Ular Pereput dan Pengurai • Cacing • Bakteria • Kulat • Cendawan 1 4 2 3 5 Rajah 1.6 Proses dalam rantaian makanan dan siratan makanan Proses Aliran Tenaga dalam Rantaian Makanan Akuatik (Tasik dan Paya Bakau) 1 Matahari merupakan sumber tenaga kepada semua hidupan. Pancaran cahaya matahari membekalkan tenaga kepada tumbuhtumbuhan hijau bagi membolehkan proses fotosintesis dijalankan. 2 Pengeluar seperti tumbuh-tumbuhan dan alga. Tumbuhan hijau akan menggunakan tenaga daripada matahari untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. 3 Pengguna pertama seperti zooplankton akan memakan alga untuk mendapatkan tenaga. Tenaga yang diperoleh digunakan untuk membesar, membiak dan bergerak. N&L Geografi (B1).indd 11 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 13 Pengguna kedua (Ikan kecil) Matahari (Sumber tenaga) Pengguna ketiga (Kura-kura) Sedimen Zooplankton Pengeluar (Alga / Fitoplankton) Pengurai (Bakteria dan kulat) Pengguna pertama (Zooplankton) Pengeluar (Tumbuh-tumbuhan) Rajah 1.7 Proses aliran tenaga dalam rantaian makanan akuatik Foto 1.8 Tumbuh-tumbuhan hijau di ekosistem tasik memerlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis Proses Siratan Makanan 1 Siratan makanan dalam ekosistem akuatik dapat diterangkan menggunakan Rajah 1.8(a) yang melibatkan pelbagai sirkit rantaian makanan, iaitu daripada pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder, pengguna tertier dan pengguna keempat (kuaterner). 2 Oleh itu, proses siratan makanan melibatkan beberapa proses rantaian makanan yang melibatkan pengeluar dan pengguna yang sama tetapi di dalam aliran sirkit yang berbeza. 3 Rajah 1.8(b) menunjukkan contoh beberapa rantaian makanan yang boleh membentuk satu siratan makanan dalam ekosistem akuatik. 4 Pengguna sekunder seperti ikan kecil akan memakan zooplankton selain alga dan tumbuh-tumbuhan. Tenaga yang terdapat pada zooplankton akan dipindahkan kepada ikan kecil untuk bergerak, membesar dan membiak. 5 Pengguna tertier seperti kura-kura akan memakan ikan kecil. Seterusnya tenaga yang terdapat pada ikan kecil akan dipindahkan kepada kura-kura yang digunakan oleh kura-kura untuk bergerak, membesar dan membiak. N&L Geografi (B1).indd 12 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 13 Burung Helang (Pengguna ketiga atau keempat) Burung kecil (Pengguna kedua) Zooplankton (Pengguna primer) Ikan kecil (Pengguna kedua) Alga (Pengeluar) Ular (Pengguna ketiga) Bakteria (Pengurai) Burung Bangau (Pengguna kedua atau ketiga) Itik (Pengguna kedua) Fitoplankton (Pengeluar) Belalang (Pengguna primer) Rumput (Pengeluar) Ikan besar Siput (Pengguna ketiga) (Pengguna primer) Rajah 1.8(a) Sirkit siratan makanan ekosistem akuatik Sirkit 1: Pengeluar Belalang Katak Pengurai Helang Ular Sirkit 2: Pengeluar Belalang Ikan kecil Pengurai Ular Burung Sirkit 3: Pengeluar Ikan kecil Ikan besar Pengurai Ular Burung Rajah 1.8(b) Sirkit siratan makanan ekosistem akuatik 4 Secara umumnya, pengeluar memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis dan menghasilkan makanannya sendiri dalam bentuk tenaga kimia. 5 Tenaga kimia dalam tumbuhan akan beralih kepada pengguna sehingga ke pengurai dan kembali semula kepada tumbuhan dalam bentuk nutrien dalam tanah. Cara Rantaian Makanan Diganggu 1 Penggunaan racun serangga. Penggunaan racun serangga dalam sektor pertanian boleh membunuh haiwan tertentu dan ini akhirnya menyebabkan spesies serangga atau haiwan tersebut akan mati dan pupus. Kepupusan serangga menyebabkan pengguna primer dan sekunder tidak mendapat makanan N&L Geografi (B1).indd 13 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 15 yang secukupnya dan akhirnya berlaku kematian dan perpindahan haiwan ke tempat lain. Oleh itu, rantaian makanan di kawasan tersebut telah terganggu. 2 Penyahhutanan. Penyahhutanan berlaku disebabkan oleh kebakaran hutan, pembersihan hutan dan pembalakan. Penyahhutanan akan memusnahkan banyak spesies flora yang merupakan habitat fauna. Keadaan ini menyebabkan fauna atau haiwan berpindah ke tempat lain untuk mencari habitat baharu yang lebih sesuai. Foto 1.9 Kebakaran hutan memusnahkan ekosistem menyebabkan haiwan liar berpindah ke habitat baharu 3 Perubahan cuaca atau iklim. Kadar sejatan yang melebihi kerpasan menjadikan cuaca panas dan udara yang kering. Keadaan ini mengakibatkan tanih kehilangan sumber air dalam tanih kerana sejatan berlaku dengan cepat dan seterusnya berlaku kemarau. Kemarau yang teruk akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan layu dan mati. Kemarau mengakibatkan sungai, paya dan tasik akan kekeringan. Fenomena ini seterusnya akan mengganggu rantaian makanan di dalam ekosistem daratan dan ekosistem akuatik di kawasan berkenaan. Foto 1.10 Cuaca melampau menjejaskan ekosistem daratan dan ekosistem akuatik 4 Aktiviti memburu dan memungut sumber hutan. Aktiviti memburu binatang serta pengambilan hasil hutan secara berleluasa mengancam spesies haiwan dan tumbuhan. Contoh hasil hutan antaranya ialah getah pokok gaharu, rotan dan cengal. Spesies haiwan liar yang sering diburu antaranya ialah harimau, seladang dan burung. Kegiatan yang berleluasa ini menyebabkan spesies tersebut diancam kepupusan dan seterusnya mengganggu rantaian makanan kerana bilangan pengeluar (tumbuhan), haiwan pemangsa dan mangsa menjadi tidak seimbang di dalam ekosistem di kawasan berkenaan. 5 Serangan wabak penyakit. Serangan wabak penyakit seperti wabak SARS (selsema burung) yang disebar oleh unggas dan virus Nipah yang dibawa oleh kelawar. Wabak penyakit ini akan disebarkan dalam kalangan spesies yang sama dan kepada spesies haiwan yang lain. Keadaan ini menyebabkan banyak haiwan akan mati dan seterusnya akan mengganggu rantaian makanan dalam sesebuah ekosistem. 6 Bencana alam seperti gempa bumi, pergerakan jisim dan tsunami. Bencana alam yang berlaku akan memusnahkan flora dan fauna di sesebuah kawasan secara besar-besaran. Keadaan ini mengganggu rantaian makanan dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan semula bagi membentuk ekosistem stabil seperti yang asal. 7 Pembinaan empangan. Pembinaan empangan untuk aktiviti jana kuasa hidroelektrik atau kegunaan takungan air domestik akan menyebabkan beribu-ribu hektar hutan ditenggelami air. Keadaan ini akan memusnahkan sama sekali keseluruhan habitat haiwan dan seterusnya mengganggu dan memusnahkan rantaian makanan ekosistem daratan lalu membentuk ekosistem yang baharu, iaitu ekosistem akuatik. Kesan Gangguan Rantaian Makanan terhadap Manusia 1 Kekurangan sumber makanan. Kemusnahan ekosistem daratan dan ekosistem akuatik akan menyebabkan manusia mengalami kekurangan sumber makanan. Akhirnya berlaku kebuluran di N&L Geografi (B1).indd 14 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 15 sesetengah negara seperti di benua Afrika yang kerap mengalami kemarau yang melampau sehingga menyebabkan tumbuhtumbuhan dan haiwan yang menjadi sumber makanan musnah atau mati. 2 Kepupusan spesies yang menjejaskan sumber ekonomi. Kemusnahan ekosistem daratan dan ekosistem akuatik menyebabkan pelbagai spesies flora dan fauna turut mati. Keadaan ini menyebabkan sesebuah negara akan mengalami kekurangan sumber ekonomi. Contohnya, sumber ekonomi hasil perhutanan sesebuah negara turut terjejas akibat aktiviti pembalakan tanpa kawalan yang memusnahkan spesies kayu berharga seperti jati, cengal dan meranti. Begitu juga sumber ekonomi hasil daripada kegiatan perikanan akan terjejas akibat kemusnahan hutan paya bakau kerana ekosistem paya bakau penting sebagai habitat ketam, ikan, kerang, udang, pepahat dan sebagainya. 3 Kemerosotan kesuburan tanih. Kemusnahan ekosistem daratan seperti penyahhutanan akan memudahkan berlaku hakisan tanah dengan giat apabila hujan lebat. Hakisan larian air permukaan yang berlaku dengan giat membawa bersama nutrien akhirnya akan menyebabkan kemerosotan kesuburan tanih dan akhirnya tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup dengan subur. Foto 1.11 Penyahhutanan memusnahkan habitat flora dan fauna Konsep Aras Trofik dan Piramid Tenaga 1 Aras trofik bermaksud aras makanan dalam rantaian makanan sesebuah ekosistem secara berurutan, iaitu daripada pengeluar kepada pengguna primer, pengguna primer kepada pengguna sekunder, pengguna sekunder kepada pengguna tertier dan seterusnya. 2 Aras trofik dapat digambarkan melalui piramid tenaga yang dibahagikan kepada empat aras trofik, iaitu bahagian tapak yang lebar hingga ke bahagian puncak yang semakin tirus. 3 Bermula dari bahagian bawah, iaitu: (a) Pengeluar sebagai aras trofik yang pertama. (b) Pengguna primer di aras trofik yang kedua. (c) Pengguna sekunder di aras trofik yang ketiga. (d) Pengguna tertier di aras trofik yang keempat. Proses Pemindahan Tenaga dan Kehilangan Tenaga dalam Aras Trofik 1 Pemindahan tenaga berlaku apabila terjadinya proses makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem yang melibatkan pengeluar kepada pengguna primer, seterusnya pengguna primer dimakan oleh pengguna sekunder dan pengguna sekunder dimakan oleh pengguna tertier. 2 Kehilangan tenaga berlaku dalam proses perpeluhan pengguna melalui pergerakan, tumbesaran dan pembiakan. Selain itu, kehilangan tenaga juga berlaku apabila pengguna melakukan proses perkumuhan seperti pembuangan air kencing dan najis. 3 Sebilangan pengeluar yang besar diperlukan untuk menampung sebilangan pengguna yang kecil. Pengguna memerlukan lebih banyak tenaga yang diperoleh daripada pengeluar. 4 Tenaga akan dipindahkan dari peringkat aras trofik pertama hingga ke peringkat aras trofik keempat. Hanya 10 peratus sahaja tenaga kimia yang akan dipindahkan bagi setiap aras trofik dan 90 peratus lagi akan hilang melalui proses pernafasan dan respirasi serta proses mengekalkan haba tubuh badan yang digunakan oleh pengguna untuk tumbesaran, bergerak dan membiak. 5 Proses aliran tenaga ini dapat ditunjukkan oleh piramid tenaga di dalam rajah 1.9. N&L Geografi (B1).indd 15 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 17 4. Aras trofik keempat 3. Aras trofik ketiga 2. Aras trofik kedua 1. Aras trofik pertama Pengguna tertier (Burung helang) Pengguna sekunder (Katak, ular dan burung kecil) Pengguna primer (Belalang, ulat dan tikus) Pengeluar (Tumbuh-tumbuhan hijau) Aliran Tenaga Rajah 1.9 Piramid tenaga Persaingan Antara Spesies dan Sesama Spesies 1 Spesies merujuk flora dan fauna yang mempunyai ciri pembiakan yang sama. Persaingan antara dan sesama spesies bermaksud kemampuan spesies yang berbeza atau yang sama bersaing untuk mendapatkan sumber makanan seperti cahaya matahari, air, udara, nutrien dan ruang dalam sesebuah ekosistem daratan mahupun ekosistem akuatik. 2 Di setiap aras trofik akan berlaku persaingan sesama dan antara spesies untuk mendapatkan tenaga bagi membolehkan pengeluar mahupun pengguna terus membesar, bergerak dan membiak. Tumbuh-tumbuhan pula akan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari dalam proses tumbesaran dan pembiakan. 3 Pengguna herbivor seperti lembu, rusa dan kerbau akan bersaing untuk mendapatkan tumbuh-tumbuhan sementara pengguna karnivor seperti harimau, ular dan burung helang akan bersaing untuk mendapatkan pengguna yang lebih kecil sebagai mangsa untuk memperoleh tenaga bagi tujuan bergerak, membesar dan membiak. Oleh itu, spesies haiwan yang kuat dan dominan akan memperoleh tenaga yang lebih banyak dan mencukupi di dalam sesuatu ekosistem. 4 Gangguan terhadap proses pemindahan tenaga boleh menyebabkan kepupusan spesies apabila berlakunya kepupusan spesies pada trofik aras bawah yang akan menyebabkan berlaku kekurangan makanan pada aras trofik di atasnya. Contohnya, kemusnahan pengeluar akan menyebabkan pengguna primer kekurangan bekalan makanan. 5 Persaingan antara spesies dalam mendapatkan sumber makanan yang sama akan menyebabkan spesies yang lemah mengalami kekurangan makanan dan seterusnya spesies yang lemah akan pupus akibat kekurangan makanan. Foto1.12 Spesies yang kuat mudah mendapatkan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup 6 Bagi tujuan persaingan, terdapat sesetengah tumbuhan yang hidup bersama dalam satu habitat. Persaingan ini juga disebut simbiosis, iaitu perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma atau spesies yang berbeza. N&L Geografi (B1).indd 16 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 17 1.3 Kitar Nutrien dalam Ekosistem Kitar Nutrien 1 Kitar nutrien merujuk kitaran bahan kimia dalam sesebuah ekosistem, iaitu biotik dan abiotik yang berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam membentuk edaran yang lengkap. 2 Jenis kitar nutrien melibatkan kitar karbon, kitar oksigen dan kitar nitrogen. Kitar Karbon 1 Kitar karbon merujuk pergerakan karbon antara benda hidup (biotik) dengan persekitarannya (abiotik) secara berterusan yang melibatkan tiga fasa, iaitu: (a) Fasa atmosfera Fasa atmosfera karbon memasuki atmosfera sebagai karbon dioksida melalui respirasi (pernafasan) haiwan dan manusia serta melalui proses pembakaran bahan api fosil, pembakaran hutan dan sebagainya. (b) Fasa biosfera (i) Pada fasa biosfera karbon dioksida (CO2 ) diserap oleh tumbuhan (pengeluar) untuk menghasilkan tenaga kimia seperti karbohidrat melalui proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen (O2 ) ke atmosfera. (ii) Haiwan akan memakan tumbuhtumbuhan. Oleh itu, sebatian karbon akan dialirkan sepanjang rantaian makanan. Kebanyakan karbon dihasilkan oleh haiwan dalam bentuk karbon dioksida melalui pernafasan, iaitu melalui proses respirasi. Foto 1.13 Haiwan mendapat sumber sebatian karbon daripada tumbuhan (c) Fasa litosfera (i) Pada fasa litosfera organisma hidup yang telah mati seperti haiwan dan tumbuhan akan diurai di dalam tanah oleh bakteria dan kulat. (ii) Semasa proses penguraian, karbon yang terdapat pada badan haiwan dan tumbuhan kemudiannya akan dikembalikan semula ke atmosfera sebagai karbon dioksida. (iii) Haiwan dan tumbuhan yang tidak dapat diurai mungkin akan tersedia sebagai bahan api fosil untuk pembakaran. Kesalingan Komensalisme Parasitisme Jenis-jenis Simbiosis • Kedua-dua organisma/spesies mendapat faedah • Perkongsian yang menunjukkan satu organisma/spesies mendapat faedah tanpa merugikan organisma/ spesies yang satu lagi • Hanya satu organisma/ spesies mendapat faedah manakala organisma/ spesies lain mendapat kerugian i-THINK Peta Pokok N&L Geografi (B1).indd 17 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 19 Fotosintesis Matahari Organisma pengurai Asap industri dan kenderaan Fotosintesis Bahan organik dan najis haiwan Respirasi haiwan CO2 Respirasi akar Laut Rajah 1.10 Kitar karbon Aktiviti Manusia yang Mengganggu Kitar Karbon 1 Aktiviti perindustrian yang menggunakan arang batu, petroleum dan gas asli akan menghasilkan banyak karbon dioksida dan menyebabkan udara tercemar dengan kandungan gas beracun serta karbon dioksida yang banyak. 2 Aktiviti penyahhutanan bagi tujuan aktiviti petempatan, pembinaan infrastruktur, pembalakan dan pertanian akan menambahkan kuantiti karbon dioksida di udara kerana tiada tumbuh-tumbuhan untuk menyerap lebihan karbon dioksida di atmosfera. 3 Aktiviti pengangkutan yang menggunakan kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas dan motosikal akan mengeluarkan banyak karbon dioksida dan karbon monoksida di udara. 4 Aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pertanian seperti pembakaran jerami padi, pembakaran ladang tebu di musim penuaian serta pembakaran sampah sarap di kawasan pelupusan sampah akan menghasilkan banyak gas karbon dioksida. 5 Aktiviti penghutanan semula pula akan mengurangkan karbon dioksida di udara kerana tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis. Kitar Oksigen 1 Kitar oksigen merupakan kitaran pergerakan oksigen dalam atmosfera yang ditukar kepada karbon dioksida antara benda hidup melalui respirasi dan fotosintesis dengan persekitarannya secara berterusan melalui tiga bahagian utama bumi, iaitu di fasa atmosfera, fasa biosfera dan fasa litosfera. 2 Kitar oksigen dalam ekosistem wujud dalam tiga fasa, iaitu: (a) Fasa atmosfera (i) Pada fasa atmosfera, oksigen dihasilkan melalui proses photolisis. Proses ini terjadi apabila tenaga matahari memecahkan bahagian oksigen kepada molekul untuk menghasilkan oksigen-oksigen bebas. Photolisis merupakan kitaran bagi pembentukan lapisan ozon. (ii) Molekul oksigen (O2 ) dipecahkan menjadi atom oksigen oleh radiasi ultraungu matahari. Oksigenoksigen bebas yang terbentuk akan bercantum dengan molekul oksigen (O2 ) untuk membentuk lapisan ozon (O3 ). (iii) Atmosfera meliputi kawasan liputan gas di atas permukaan bumi, iaitu merupakan kawasan simpanan oksigen bebas yang banyak. Atmosfera sebenarnya N&L Geografi (B1).indd 18 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 19 menghasilkan oksigen yang paling sedikit, iaitu 0.35 peratus daripada jumlah oksigen bumi. Pembekal oksigen yang terbesar ialah lapisan kerak bumi (litosfera). (b) Fasa biosfera (i) Pada fasa biosfera kitaran utama oksigen melalui respirasi dan fotosintesis. Respirasi berlaku apabila haiwan dan manusia bernafas menyedut oksigen untuk digunakan bagi tujuan proses metabolisme dan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. (ii) Fotosintesis pula merupakan proses yang menggunakan karbon dioksida untuk menghasilkan tenaga kimia oleh tumbuhan dan membebaskan oksigen (O2 ) ke atmosfera. (c) Fasa litosfera (i) Pada fasa litosfera kebanyakan oksigen berada di dalam sebatian mineral seperti silika dan oksida. Kawasan yang paling banyak menghasilkan oksigen ialah litosfera. (ii) Proses pembentukan oksigen adalah secara automatik apabila sebatian tersebut bersentuh dengan oksigen seperti yang berlaku dalam proses pengaratan besi. (iii) Sebahagian oksigen juga dibebaskan melalui tindak balas luluhawa kimia. Oksigen yang bertindak terhadap mineral akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia, iaitu proses ini akan menghasilkan oksigen-oksigen bebas. (iv) Situasi berkenaan merupakan proses kitar oksigen yang utama dan memainkan peranan yang penting dalam melindung dan mengekalkan kelangsungan kehidupan di muka bumi ini. Tumbuhan menghasilkan oksigen Haiwan mengambil oksigen Tumbuhan mengambil karbon dioksida Haiwan membebaskan karbon dioksida Haiwan mencerna molekul gula (tenaga) Tumbuhan mengunakan karbon untuk menghasilkan molekul gula (tenaga) Rajah 1.11 Kitar oksigen Aktiviti Manusia yang Boleh Mengganggu Kitar Oksigen 1 Aktiviti penyahhutanan bagi tujuan pertanian, pembinaan infrastruktur, pembalakan dan petempatan akan meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera kerana kekurangan proses fotosintesis yang dapat dijalankan oleh tumbuh-tumbuhan. 2 Aktiviti pengangkutan antaranya aktiviti perkapalan yang membuang enap cemar seperti minyak enjin ke dalam air akan mengurangkan ketersampaian cahaya matahari sampai ke dalam air. Keadaan ini akan mengurangkan kadar oksigen di dalam air kerana tumbuhan di dalam air tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. N&L Geografi (B1).indd 19 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 21 3 Aktiviti penternakan dan perhotelan yang membuang sisa kumbahan ke dalam air akan menyebabkan air tercemar dengan bakteria e-Coli yang menyebabkan kandungan oksigen di dalam air berkurangan dan seterusnya menyebabkan kadar biochemical oxygen demand (BOD) air sungai meningkat. 4 Aktiviti perindustrian yang membuang sisa toksik ke dalam air akan mengurangkan kadar oksigen di dalam air dan menyebabkan kadar BOD meningkat. Foto 1.14 Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai boleh mengubah kualiti air sungai Kepentingan Oksigen kepada Ekosistem Daratan dan Akuatik 1 Proses pernafasan. Oksigen membolehkan hidupan di daratan dan akuatik bernafas dan terus hidup. 2 Proses pereputan. Oksigen diperlukan oleh bakteria pengurai dan kulat untuk proses pereputan haiwan dan tumbuhan yang mati bagi menghasilkan nutrien. Foto 1.15 Tumbuh-tumbuhan yang mati akan diurai oleh bakteria, kulat dan cendawan Kaitan Kitar Oksigen dan Kitar Karbon 1 Kitar oksigen amat berkait rapat dengan kitar karbon dan dikatakan bermula dari tempat yang sama melalui proses fotosintesis oleh tumbuhan yang akan membebaskan oksigen ke dalam udara. 2 Oksigen yang dibebaskan akan digunakan melalui pernafasan organisma hidup bersama-sama karbon dan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. 3 Karbon dioksida kemudiannya digunakan semula dalam proses fotosintesis untuk membebaskan oksigen semula ke udara. 4 Karbon dioksida juga datang dari sumber lain seperti melalui penguraian hidupan yang mati dan pembakaran bahan api fosil yang turut digunakan dalam proses fotosintesis bagi menghasilkan oksigen. Kitar oksigen dapat diringkaskan seperti berikut: (a) Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk membolehkan pernafasan haiwan dan manusia. (b) Proses pernafasan manusia dan haiwan pula akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. (c) Karbon dioksida yang dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen, lalu dibebaskan ke atmosfera. (d) Proses ini akan sentiasa berterusan dan berkitaran lalu membentuk satu kitaran karbon dan oksigen. Kitar Nitrogen 1 Kitar nitrogen merujuk proses pertukaran nitrogen dalam pelbagai bentuk unsur kimia yang boleh terjadi melalui proses biologi dan proses fizikal di dalam sesebuah ekosistem secara berterusan untuk mencapai keseimbangan. 2 Kitar nitrogen dalam ekosistem melalui tiga fasa, iaitu: (a) Fasa atmosfera (udara) (i) Nitrogen yang wujud di atmosfera merupakan gas nadir yang tidak boleh digunakan secara langsung atau secara terus oleh kebanyakan organisma. (ii) Nitrogen di dalam atmosfera kebanyakannya pula datang dari pancaran kilat. N&L Geografi (B1).indd 20 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 21 Amonia (NH4+) Bakteria nitrosomonas Bakteria pengikat nitrogen dalam tanah Nitrogen dalam atmosfera (N2) Tumbuhan Bakteria Nitrit (No2) Bakteria pengikat nitrogen pada akar Nitrat (NO3-) Pengurai (Bakteria dan kulat) Bakteria nitrobaktor Rajah 1.12 Kitar nitrogen (c) Fasa litosfera (dalam tanah) (i) Organisma yang mati akan mereput dan diurai secara aerobik (menggunakan oksigen) dan anaerobik (tanpa oksigen). (ii) Oleh itu, akan berlaku pemecahan protein sel yang mati di dalam sisa organisma kepada bentuk ammonia dan nitrat. (iii) Bakteria nitrosomonas menukar ammonia kepada nitrit manakala bakteria nitrobaktor menukar nitrit kepada nitrat. (iv) Nitrogen dalam tanah yang diperlukan oleh ekosistem datangnya daripada bakteria dan kulat pengikat nitrogen. (v) Sementara itu, baja nitrat yang digunakan di kawasan pertanian diserap ke dalam tanah dan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk proses tumbesaran. Aktiviti Manusia (Pertanian) yang Boleh Mengganggu Proses Kitar Nitrogen 1 Aktiviti pertanian yang menggunakan sebatian baja kimia seperti ammonia, nitrat dan nitrit di kawasan pertanian akan menambahkan kandungan sebatian baja kimia ini ke dalam tanah. 2 Aktiviti pembakaran hutan untuk pertanian pindah serta pembakaran sisa jerami padi dan daun tebu semasa penuaian akan meningkatkan kandungan nitrogen oksida ke atmosfera. 3 Aktiviti pengkomposan merupakan proses menghasilkan tanah kompos melalui tindakan mikroorganisma yang akan menukar gas ammonia kepada sebatian ammonia dan nitrat. Aktiviti ini akan menambah kandungan ammonia dan nitrat dalam tanah. 4 Penanaman pokok kekacang di kawasan pertanian akan menambahkan bilangan nitrogen di dalam tanah melalui tindakan bakteria pengikat nitrogen pada akar pokok kekacang. (b) Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/ haiwan) (i) Tumbuhan akan mendapatkan nitrogen melalui akar tumbuhan dalam bentuk ammonia atau nitrat yang akan ditukarkan kepada molekul organik seperti asid ammonia dan protein. (ii) Sementara itu, bagi tumbuhtumbuhan kekacang akan memperoleh nitrogen melalui aktiviti bakteria pengikat nitrogen pada akar tumbuhan. Selain itu, bahan kumuhan haiwan atau manusia pula akan menghasilkan gas ammonia. N&L Geografi (B1).indd 21 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 PB 5 Aktiviti pengairan untuk pertanian juga akan mengurangkan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepentingan Kitar Nutrien dalam Ekosistem Daratan dan Akuatik 1 Kitar nutrien amat penting untuk keseimbangan sesuatu ekosistem alam sekitar kerana proses ini melibatkan interaksi dan kebergantungan antara satu sama lain komponen-komponen biotik dan abiotik secara seimbang. 2 Keseimbangan yang berlaku di dalam aliran tenaga sesebuah ekosistem juga berlaku di dalam kitar nutrien yang akhirnya akan mencapai tahap keseimbangan untuk menjadikan sesebuah ekosistem itu stabil. 3 Kepentingan kitaran nutrien dalam ekosistem daratan dan akuatik dapat dilihat dari segi kepentingan kitar nitrogen, kitar oksigen dan kitar karbon. 4 Kitar nitrogen (a) Nitrogen penting kepada tumbuhtumbuhan kerana nitrogen akan memberikan warna ‘hijau’ kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil. Kitar nitrogen juga membantu dalam pembentukan asid amino (protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan. (b) Tumbuh-tumbuhan akan mendapat nitrogen melalui akar tumbuhan dalam bentuk baja ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik. Foto 1.16 Tumbuh-tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar (c) Baja nitrat penting kepada tumbuhan kerana nitrat diserap oleh akar tumbuhan untuk proses tumbesaran. (d) Fasa nitrogen dalam tanah melibatkan organisma mati yang mengalami proses pereputan dan seterusnya menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. (e) Nitrat dalam tanah juga datang daripada bakteria pengikat nitrogen yang akan menghasilkan baja nitrat dan kemudian baja ini akan diserap oleh tumbuhan hijau untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan. 5 Kitar oksigen (a) Oksigen yang terdapat dalam atmosfera amat penting untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. (b) Oksigen terhasil melalui proses fotosintesis oleh tumbuhan. Manusia dan haiwan bernafas dengan mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida. (c) Persamaan bagi proses fotosintesis adalah seperti yang berikut: 6CO2 + 12H2 O Cahaya Klorofil C6 H12O6 + 602 + 6H2 O Glukosa (d) Karbon dioksida juga terhasil melalui proses pereputan haiwan dan tumbuhan serta proses pembakaran. (e) Oleh itu, oksigen penting kepada ekosistem daratan dan akuatik untuk membolehkan haiwan bernafas dan meneruskan kelangsungan hidup. 6 Kitar karbon (a) Kitar karbon dalam atmosfera membentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil, proses pereputan haiwan dan tumbuhan yang telah mati serta melalui pernafasan haiwan dan manusia. (b) Kepentingan gas karbon dioksida digunakan tumbuh-tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis. Tumbuh-tumbuhan akan melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri semasa proses tumbesaran. (c) Secara tidak langsung kitar karbon dapat mengurangkan kadar karbon dioksida di atmosfera dan seterusnya dapat mengurangkan kadar pencemaran udara. N&L Geografi (B1).indd 22 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 23 1 Apakah maksud konsep ekologi dan konsep ekosistem? Konsep Ekologi Konsep Ekosistem 2 Nyatakan komponen asas ekosistem berserta maksud dan contohnya. Komponen Asas Ekosistem Contoh: • • • Contoh: • • • Latihan Stimulasi N&L Geografi (B1).indd 23 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 25 3 Senaraikan konsep biotik di dalam ekosistem. Konsep Biotik di dalam Ekosistem 4 Bagaimanakah tenaga dialirkan melalui siratan makanan? KBAT (a) (b) (d) (c) (e) N&L Geografi (B1).indd 24 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 25 5 Nyatakan enam fungsi autotrof (tumbuh-tumbuhan) di dalam ekosistem. Fungsi Autotrof (Tumbuh-tumbuhan) di dalam Ekosistem 6 Apakah konsep kitar nutrien? Konsep Kitar Nutrien N&L Geografi (B1).indd 25 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 PB Soalan Struktur 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar oksigen? [2] (b) Terangkan dua kepentingan oksigen kepada ekosistem. [4] (i) (ii) (c) Huraikan dua aktiviti manusia yang boleh mengganggu kitar oksigen. KBAT [4] (i) (ii) 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik? [2] (b) Terangkan proses pemindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam aras trofik. [4] (c) Bincangkan dua kepentingan kitar nutrien dalam keseimbangan ekosistem daratan. KBAT [4] (i) (ii) Latihan Pengukuhan N&L Geografi (B1).indd 26 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 27 Kepentingan Sistem Ekologi kepada Manusia 2.1 Kepentingan Ekosistem Daratan (Hutan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi) 1 Aktiviti pembalakan. Hutan semula jadi menyediakan kayu balak kepada aktiviti pembalakan seperti kayu keras dan kayu lembut. Sektor perhutanan juga menjadi sumber pendapatan kepada negara melalui hasil eksport kayu balak. Foto 2.1 Kayu balak dieksport dalam bentuk kayu gergaji dan papan lapis 2 Sumber hasil hutan. Aktiviti mengutip hasil hutan juga dijalankan oleh sesetengah penduduk untuk keperluan makanan dan juga untuk dijual seperti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan hutan. Contohnya, rotan dipungut untuk industri membuat perabot. 3 Sumber perubatan. Sesetengah pokok hutan digunakan untuk tujuan perubatan khususnya dalam perubatan tradisional yang menggunakan bahagian-bahagian pokok tertentu seperti buah, batang, daun, kulit dan akar untuk dibuat ubat. Contohnya, pokok tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek, ubi jaga, hempedu bumi dan sebagainya. 4 Kepelbagaian biologi. Hutan menyimpan pelbagai khazanah alam khususnya kepelbagaian hidupan flora dan fauna. Contoh tumbuh-tumbuhan liar ialah pokok rafflesia, orkid liar, pokok periuk kera serta haiwan liar antaranya ialah harimau, gajah, beruang, seladang dan sebagainya yang hidup dengan baik di habitat asalnya. 5 Membekalkan oksigen. Tumbuhtumbuhan hutan membekalkan oksigen kepada atmosfera untuk digunakan haiwan dan manusia semasa proses fotosintesis tumbuhan. Kandungan wap air dan oksigen di dalam atmosfera juga dapat menyederhanakan suhu di samping mengekalkan kelembapan udara sekeliling. 6 Kawasan tadahan air. Hutan merupakan kawasan tadahan air semula jadi yang membekalkan air bersih kepada haiwan, tumbuhan dan manusia. Di samping itu hutan juga dapat menyederhanakan suhu persekitaran kerana tumbuhan akan mengeluarkan wap air semasa proses sejat peluhan. 7 Aktiviti memburu. Hutan membekalkan sumber protein kepada sesetengah penduduk kerana hutan merupakan habitat utama haiwan liar. Hutan dijadikan kawasan perburuan untuk mendapatkan sumber protein kepada penduduk seperti rusa, ayam hutan, landak, kancil dan sebagainya terutama kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman yang bergantung hidup terhadap hutan. 8 Pelancongan dan rekreasi. Ekosistem hutan semula jadi menjadi kawasan ekopelancongan dan rekreasi. Antaranya, hutan simpan dan taman negara yang mengekalkan keaslian hutan serta terdapat kepelbagaian spesies flora dan fauna. Contohnya, Hutan Simpan Royal Belum di Perak, Taman Negeri Endau-Rompin di Pahang, Taman Negara Mulu di Sarawak dan sebagainya. NOTA Ekspres BAB Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal 2 Kaitan Sistem Ekologi dengan Manusia N&L Geografi (B2).indd 27 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 29 Foto 2.2 Suasana damai di Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang sesuai untuk ekopelancongan 9 Mengawal hakisan tanah dan tanah runtuh. Hutan dapat mengurangkan kadar hakisan tanah melalui akar tumbuhtumbuhan yang dapat mengurangkan kadar larian air permukaan sewaktu hujan lebat. Akar tumbuhan juga dapat menguatkan struktur tanah melalui cengkaman akar, seterusnya mengurangkan kadar hakisan tanah dan mengelakkan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan tanah tinggi. 10 Pertanian pindah. Aktiviti ini dijalankan oleh masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman. Aktiviti pertanian pindah dijalankan dengan menggunakan kaedah tebang dan bakar untuk mendapatkan kesuburan tanah melalui abu bahan pembakaran. Setelah kesuburan tanah hilang, hutan akan ditebang untuk aktiviti pertanian di kawasan baharu. 11 Penyerap karbon dioksida. Tumbuhtumbuhan menyerap karbon dioksida yang berlebihan di atmosfera semasa proses fotosintesis. Keadaan ini dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di atmosfera. 12 Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hutan boleh dijadikan tempat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan. Contohnya, kajian yang dijalankan untuk menghasilkan produk ubat-ubatan baharu dan sebagainya dengan menggunakan kemajuan sains dan teknologi. Kepentingan Ekosistem Akuatik (Tasik dan Laut/Marin) 1 Sumber perikanan. Ekosistem akuatik seperti sungai, tasik dan laut merupakan kawasan sumber hasil perikanan untuk membekalkan sumber protein kepada penduduk. Kawasan laut membekalkan pelbagai jenis hidupan marin sama ada haiwan mahupun tumbuhan seperti ikan, udang, ketam, tiram, rumpai air, batu karang dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai hasil marin yang banyak dan berterusan. 2 Sumber perubatan. Hidupan akuatik juga dijadikan sebagai sumber perubatan dan produk kecantikan seperti belut, ikan haruan, gamat dan rumpai laut. 3 Aktiviti akuakultur. Kawasan tasik dan laut dijadikan kawasan aktiviti akuakultur seperti aktiviti penternakan ikan udang dan tiram di dalam sangkar. Foto 2.3 Kegiatan akuakultur dijalankan di teluk atau lagun 4 Kepelbagaian biologi. Ekosistem akuatik menghasilkan kepelbagaian biologi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam habitat air yang tersendiri. Contohnya, katak, ular, biawak, pokok teratai, lumut dan sebagainya merupakan penghuni ekosistem tasik. 5 Pelancongan dan rekreasi. Ekosistem akuatik seperti kawasan laut dan tasik dijadikan kawasan pelancongan dan rekreasi. Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dijalankan di kawasan ini seperti aktiviti menyelam di kawasan taman-taman laut dan berperahu mengelilingi tasik serta memancing. Kepentingan Ekosistem Hutan Bakau 1 Habitat haiwan. Hutan bakau merupakan habitat hidupan akuatik seperti ikan, udang, kerang, ketam, siput dan sebagainya. Akar jangkang dan ceracak pokok bakau memerangkap daun yang gugur serta lumpur menyebabkan kawasan tersebut kaya dengan makanan dan nutrien untuk keperluan hidupan liar berkenaan. Hidupan N&L Geografi (B2).indd 28 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 29 darat yang menjadikan kawasan paya bakau sebagai habitat pula terdiri daripada serangga, burung, reptilia dan haiwan primat seperti monyet dan kera. Haiwan primat menjadikan pucuk dan buah pokok bakau sebagai makanan. 2 Membekalkan oksigen. Tumbuh-tumbuhan hutan bakau mengeluarkan gas oksigen ke atmosfera semasa proses fotosintesis. Gas oksigen digunakan haiwan dan manusia semasa proses pernafasan. 3 Mengawal hakisan dan memerangkap enapan. Akar tumbuh-tumbuhan hutan bakau yang mempunyai akar ceracak mampu mengawal hakisan ombak di samping dapat memerangkap bahan enapan dan hakisan di pinggir pantai. Akar pokok bakau juga mampu memperlahankan kadar hempasan ombak ke pantai. 4 Menghalang angin kencang. Pokok bakau yang padat mampu menghalang tiupan angin kencang yang datang dari arah laut. Oleh itu, kelajuan angin yang datang dari arah laut dapat diperlahankan sebelum sampai ke daratan. 5 Bekalan sumber kayu kepada penduduk yang menjadikan hutan bakau sebagai sumber pendapatan mereka. Contohnya, kayu bakau sesuai dijadikan kayu cerucuk kerana bersifat keras dan tahan lama. Kayu bakau juga sesuai dijadikan kayu arang. 6 Tempat persinggahan atau pembiakan burung yang bermigrasi. Contohnya, kawasan hutan bakau Kuala Gula di Perak sering dijadikan tempat persinggahan bagi burung yang melakukan migrasi dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan dan sebaliknya semasa berlaku perubahan musim panas dan musim sejuk. 7 Hutan bakau berperanan sebagai tempat ekopelancongan dan rekreasi. Hutan bakau kini dijadikan sebagai produk ekopelancongan kerana keindahan alam semula jadi seperti menikmati pemandangan fauna pada waktu senja dan melihat spesies yang terdapat di kawasan tersebut. Antara spesies yang menjadi tarikan pelancong ialah monyet Proboscis yang terdapat di hutan paya bakau di Sungai Kinabatangan, Sabah. 8 Hutan bakau sebagai tempat penyelidikan. Hutan bakau juga dijadikan kawasan penyelidikan untuk bidang perubatan dan biodiversiti. Kajian terhadap biodiversiti paya bakau bertujuan mengenal pasti spesies hidupan dan tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut sebagai langkah pemeliharaan dan pemuliharaan. 2.2 Gangguan Ekosistem 1 Gangguan ekosistem boleh disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu faktor fizikal dan faktor manusia. 2 Faktor fizikal disebabkan fenomena alam semula jadi yang sukar diramal dan dijangka oleh manusia bila fenomena tersebut akan berlaku. 3 Faktor manusia merujuk aktivitiaktiviti ekonomi manusia yang boleh menyebabkan ekosistem terganggu. Faktor manusia boleh dijangka dan mempunyai langkah tersendiri untuk mengurangkan dan mengatasinya. Gangguan Persekitaran Fizikal terhadap Ekosistem 1 Gangguan persekitaran fizikal ekosistem merujuk gangguan semula jadi yang disebabkan oleh fenomena alam atau bencana alam. 2 Gangguan persekitaran fizikal tersebut menyebabkan kemusnahan alam sekitar seperti: (a) Banjir besar ketika hujan monsun dan taufan. Banjir besar menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air untuk beberapa hari dan ada antaranya dihanyutkan arus deras yang menyebabkan haiwan mati dan kawasan tumbuh-tumbuhan semula jadi musnah. (b) Kejadian gempa bumi. Gempa bumi menyebabkan banyak kawasan musnah akibat rekahan yang menghasilkan lubang permukaan tanah. Banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi musnah apabila berlaku gempa bumi di samping berlaku perubahan kepada landskap permukaan bumi. (c) Kejadian tsunami. Kejadian tsunami atau ombak besar berlaku akibat gempa bumi di dasar laut. Tsunami menyebabkan banjir besar dan meluas sehingga mengubah landskap pinggir pantai serta memusnahkan kawasan hutan di kawasan sekitarnya. N&L Geografi (B2).indd 29 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 31 (d) Pergerakan jisim. Pergerakan jisim secara besar-besaran seperti aliran lumpur dan tanah runtuh. Aliran lumpur dan tanah runtuh akan memusnahkan kawasan hutan dan permukaan bumi khususnya di kawasan lereng dan cerun bukit. (e) Letusan gunung berapi. Kejadian letusan gunung berapi menghasilkan debu dan aliran lava. Debu menutupi permukaan daun tumbuhan dan menghalang proses fotosintesis, respirasi dan sejat peluhan. Debu yang tebal di ruang atmosfera juga menghalang cahaya matahari masuk ke permukaan bumi untuk tumbuh-tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Selain itu gunung berapi yang panas pula akan membakar kawasan hutan. (f) Kebakaran hutan secara semula jadi. Fenomena El Nino menyebabkan cuaca panas dan kering yang ekstrem. Keadaan ini memudahkan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi secara meluas sehingga memusnahkan ekosistem hutan di sesebuah kawasan. Gangguan Aktiviti Manusia terhadap Ekosistem Aktiviti Manusia yang Mengganggu Ekosistem Daratan 1 Aktiviti pertanian boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem hutan (a) Kepupusan kepelbagaian biologi flora dan fauna apabila hutan ditebang dan dibersihkan untuk pembukaan tanah pertanian ladang. (b) Keadaan ini menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi fauna dan akhirnya menyebabkan haiwan berpindah ke tempat lain dan seterusnya mengganggu rantaian makanan ekosistem di kawasan tersebut. 2 Aktiviti perindustrian akan menyebabkan berlakunya pencemaran tanih (a) Keadaan ini berlaku akibat larut resap bahan industri seperti sisa toksik yang dibuang di tapak pelupusan industri. Tanih akan menjadi berasid, tidak subur dan berbahaya kepada tumbuhan daratan, haiwan dan manusia. (b) Di samping itu, pencemaran udara daripada asap perindustrian boleh menyebabkan berlakunya hujan asid yang boleh merosakkan tumbuhtumbuhan. 3 Aktiviti perlombongan akan menyebabkan kerosakan ekosistem hutan (a) Kepelbagaian spesies flora dan fauna akan musnah semasa kerja pengeluaran sumber galian kerana habitat haiwan turut terjejas dan seterusnya merosakkan rantaian makanan di dalam ekosistem berkenaan. (b) Contohnya, aktiviti perlombongan bijih timah, bauksit dan emas memerlukan kawasan hutan ditebang dan dibersihkan. Penyahhutanan tersebut mengakibatkan habitat haiwan liar terancam. 4 Aktiviti pelancongan menyebabkan gangguan terhadap ekosistem hutan (a) Akan berlaku kehilangan biodiversiti hutan apabila hutan ditebang untuk dibangunkan dengan fasiliti pelancongan berkelas antarabangsa. (b) Kemusnahan flora akan mengganggu habitat fauna atau haiwan dan seterusnya rantaian makanan juga akan terganggu kerana ada antara spesies haiwan akan berpindah ke tempat lain bagi mendapatkan habitat baharu yang lebih sesuai dan selamat. 5 Aktiviti pengangkutan (a) Gas-gas pencemar yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi. (b) Gas tersebut akan bergabung dengan wap-wap air di ruang udara dan akan menjadi tepu bersamanya lalu turun sebagai hujan asid. Hujan asid akan merosakkan tumbuh-tumbuhan dan akhirnya mengganggu ekosistem daratan. 6 Aktiviti penternakan Aktiviti penternakan lembu, kambing dan biri-biri secara besar-besaran boleh menyebabkan ragutan tumbuh-tumbuhan berlebihan dan ini boleh mengganggu ekosistem daratan sesebuah kawasan. Aktiviti Manusia yang Mengganggu Ekosistem Akuatik 1 Aktiviti perindustrian (a) Kilang memproses kelapa sawit, getah dan kilang petrokimia (pembuatan bahan pencuci dan cat) yang tidak N&L Geografi (B2).indd 30 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 31 bertanggungjawab yang cenderung menyalirkan sisa toksiknya ke dalam sungai, tasik, kolam dan paya. (b) Tindakan ini menyebabkan kualiti air merosot melalui peningkatan BOD, perubahan warna, bau, serta nilai kealkalian dan keasidan (pH) turut meningkat. (c) Ada antara kilang industri yang membuang bahan kimia seperti fosforus, merkuri, sodium, plumbum dan nitrat ke dalam sungai dan tasik yang boleh memusnahkan keseimbangan ekosistem akuatik. (d) Misalnya, peningkatan kandungan fosforus yang terdapat di dalam sistem air menyebabkan rumpai air akan tumbuh dengan cepat dan banyak berbanding pertumbuhan yang berlaku secara semula jadi. Oleh itu, ekosistem akuatik berkenaan menjadi tidak seimbang. (e) Asap kilang akan membentuk hujan asid apabila air hujan bercampur dengan gas pencemar udara seperti karbon dioksida dan karbon monoksida. Hujan asid menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik apabila hujan asid memasuki tasik dan sungai. Hidupan akuatik seperti mikroorganisma, ikan, udang, labi-labi dan lain-lain akan mati. Foto 2.4 Hujan asid terbentuk apabila gas pencemar udara dari kegiatan perindustrian bercampur dengan air hujan 2 Pembuangan sisa kumbahan (a) Pembuangan sisa kumbahan dari kediaman domestik, chalet, resort dan hotel yang disalirkan terus ke dalam sungai, tasik, kolam dan paya akan mencemarkan air. Kualiti air tercemar dengan bakteria e-Coli menyebabkan air berbau busuk dan paras BOD meningkat. (b) Keadaan tersebut akan menjejaskan rantaian makanan bagi ekosistem akuatik kerana ikan, udang dan tumbuhan air akan mati. 3 Aktiviti pertanian (a) Penggunaan racun serangga dan baja kimia yang mengandungi sebatian sulfur, fosfat dan racun DDT akan dilarutresapkan dan dialirkan ke dalam sungai, tasik, kolam dan paya. (b) Bahan kimia berkenaan akan meningkatkan kadar keasidan (pH) air yang boleh mematikan hidupan akuatik. 4 Aktiviti penternakan (a) Penternakan lembu, kambing, itik, ayam dan khinzir berhampiran kolam, tasik dan sungai meningkatkan berlakunya penyaliran najis ternakan ke tempat berkenaan. (b) Najis dari ladang ternakan yang dialirkan terus ke sungai, tasik dan kolam akan meningkatkan kandungan bakteria e-Coli, mematikan hidupan akuatik seperti mikroorganisma, ikan serta tumbuhan air dan menyebabkan juga pencemaran bau. 5 Pembuangan sisa domestik (a) Pembuangan sisa domestik dilakukan oleh penduduk, pengusaha restoran dan bengkel atau IKS yang tidak bertanggungjawab yang membuang sisa makanan, bahan plastik, polisterin, serpihan kayu dan sebagainya ke dalam sungai, tasik dan paya. (b) Sisa domestik tersebut ada antaranya mengandungi toksik manakala bahan buangan kimia organik mengandungi halogen atau sulfur yang berupaya melarutkan bahan lain seperti tetrakloraetilena, freons, trikloroetilena, kloroetana dan kloroform. Bahan ini menyebabkan kualiti air tercemar dan beracun. (c) Sisa domestik juga terdiri daripada sisa pepejal (solid waste). Contohnya, barang buangan seperti perabot, tayar buruk, bahan buangan sisa perlombongan, sisa pengorekan dan pecahan bangunan. Bahan-bahan ini menyekat aliran sistem perparitan atau sungai dan turut mengganggu ekosistem tasik dan kolam. N&L Geografi (B2).indd 31 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 33 (d) Gangguan dan pencemaran tersebut akan menjejaskan rantaian makanan bagi ekosistem akuatik kerana ikan, udang, tumbuhan air dan sebagainya akan terancam. 6 Aktiviti pengangkutan (a) Tumpahan minyak dan pembuangan sisa minyak yang terdiri daripada minyak enjin, minyak gerudi dan minyak hidraulik dari bengkel membaiki kenderaan seperti kereta, lori, motosikal serta kapal tangki dan feri di pelabuhan. Foto 2.5 Sisa minyak yang tidak diurus dengan sempurna boleh menjejaskan ekosistem akuatik (b) Permukaan air akan diselaputi lapisan dan ketulan minyak. Lapisan minyak di permukaan air akan menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran plankton dan zooplankton. Foto 2.6 Air laut yang tercemar mengancam hidupan laut termasuk spesies penyu 7 Aktiviti penebusgunaan tasik, sungai, kolam dan paya (a) Sungai, tasik, kolam dan paya ditebus guna dengan melakukan timbusan dan timbunan tanah untuk dijadikan tapak bina petempatan, jaringan jalan raya, ruang perniagaan, tapak industri dan lain-lain. (b) Aktiviti penebusgunaan tanah akan memusnahkan habitat, rantaian makanan dan keseluruhan spesies ekosistem akuatik di kawasan berkenaan. Aktiviti Manusia yang Mengganggu Ekosistem Paya Bakau 1 Pembalakan pokok bakau di kawasan hutan paya bakau untuk dijadikan cerucuk dan kayu arang. Sifat kayu bakau yang keras dan tahan air masin sesuai dijadikan cerucuk manakala kayu arang yang diperbuat daripada pokok bakau adalah sangat berkualiti. Penebangan pokok bakau tanpa kawalan akan mengancam habitat hidupan liar di kawasan tersebut. 2 Aktiviti akuakultur yang menyebabkan pokok bakau ditebang untuk dijadikan kawasan kolam dan sangkar ikan. 3 Pembuangan sisa kilang atau enap cemar oleh kapal memusnahkan pokok bakau akibat air yang telah tercemar dan berminyak. 4 Penebangan pokok bakau perlu dilakukan apabila aktiviti pembinaan seperti jeti pendaratan ikan, hotel dan resort yang dijalankan secara besar-besaran. Penebangan ini akan memusnahkan ekosistem hutan bakau di kawasan berkenaan. Ekosistem Buatan Manusia Kesan Pembinaan Empangan terhadap Alam Sekitar Fizikal 1 Ekosistem buatan manusia merujuk pembentukan ekosistem semula jadi yang telah diubah suai oleh manusia seperti ekosistem tasik buatan, ekosistem kawasan pertanian dan ekosistem kawasan penghutanan semula. 2 Kesan positif pembinaan empangan: (a) Pengekalan sumber air dan dapat mengawal pergerakan air bagi mengelakkan berlakunya banjir. (b) Mengurangkan jumlah bahan sedimen yang dimendapkan di dalam sungai. (c) Sejatan akan lebih tinggi, kelembapan bandingan juga tinggi dan seterusnya hujan yang turun akan lebih kerap. (d) Menambahkan jumlah spesies fauna terutamanya hidupan akuatik dan haiwan daratan mendapat kuantiti air yang cukup. N&L Geografi (B2).indd 32 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 33 (e) Mengawal hakisan tanah di bahagian hilir sungai. Keadaan ini disebabkan kadar halaju aliran air dapat dikurangkan. 3 Kesan negatif pembinaan empangan: (a) Kemusnahan flora dan fauna kerana penenggelaman kawasan hutan yang luas. (b) Kemusnahan habitat fauna menyebabkan haiwan mati atau terpaksa berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai dan selamat. (c) Mengganggu rejim sungai yang menyebabkan aliran sungai semula jadi terganggu. (d) Pertambahan sedimen seperti kelodak dan lumpur di dalam empangan. 4 Kesan pembinaan empangan/tasik buatan terhadap unsur cuaca: (a) Kadar kelembapan udara persekitaran meningkat. Kejadian sejatan air tasik yang tinggi menghasilkan wap-wap air yang banyak dan keadaan ini menambahkan kadar kelembapan udara persekitaran. (b) Kadar kerpasan meningkat. Sejatan air yang banyak berlaku di kawasan tasik buatan akan membentuk awan yang banyak apabila wap air terpeluwap. Apabila awan menjadi tepu dengan kandungan titisan air, kandungan air di dalam awan akan turun sebagai kerpasan (air hujan). (c) Litupan awan lebih banyak. Litupan awan terbentuk lebih banyak di kawasan tasik buatan apabila berlaku sejatan dengan giat. Keadaan ini membolehkan proses pembentukan awan berlaku dengan lebih banyak di kawasan tasik buatan tersebut. Kesan Pembangunan Kawasan Pertanian terhadap Alam Sekitar Fizikal Kesan Positif 1 Menyederhanakan suhu kawasan setempat apabila kadar kelembapan udara meningkat. 2 Mengurangkan gas pencemar seperti karbon dioksida melalui proses fotosintesis kerana gas oksigen turut dibebaskan oleh tumbuhan. 3 Sejat peluhan berlaku dengan lebih kerap dan seterusnya turut mempengaruhi kadar kekerapan dan kelebatan hujan. 4 Kewujudan spesies flora dan fauna yang baharu. Spesies flora dan fauna tersebut mampu mengadaptasi dengan habitat di kawasan pertanian. 5 Tumbuhan dapat mengawal hakisan tanah melalui cegatan silara daripada air hujan dengan lebih berkesan. Manakala kewujudan akar tumbuhan dapat mengurangkan halaju aliran air permukaan. Kesan Negatif 1 Berlaku kemusnahan habitat flora dan fauna semula jadi kerana kawasan hutan semula jadi terpaksa ditebang untuk dijadikan kawasan pertanian. 2 Kawasan tadahan air bersih semula jadi terganggu dan berkurangan apabila hutan ditebang. 3 Berlaku pemanasan setempat apabila kadar kelembapan udara berkurangan kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan hutan semula jadi. Kesan Penghutanan Semula terhadap Alam Sekitar Fizikal Kesan Positif 1 Peningkatan sumber air bersih dan kawasan tadahan air semula jadi. Hutan umpama “span” yang menyerap air ke dalam tanah yang membekalkan sumber air tanih. 2 Mengurangkan kadar hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh kerana terdapatnya banyak tumbuh-tumbuhan hutan. 3 Kadar sejat peluhan akan lebih tinggi, kelembapan bandingan juga tinggi dan seterusnya kekerapan hujan yang turun juga akan meningkat. 4 Bilangan spesies flora dan fauna bertambah dengan pembentukan semula ekosistem hutan semula jadi. Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Ekosistem (Hutan dan Akuatik) 2.3 Langkah Pemeliharaan 1 Langkah pemeliharaan merujuk aktiviti menjaga dan memelihara hutan dan akuatik daripada diganggu, dicemari dan dimusnahkan oleh aktiviti ekonomi manusia. N&L Geografi (B2).indd 33 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 35 2 Oleh itu, persekitaran asal semula jadi akan dijaga dan dikekalkan. Antara langkahlangkah pemeliharaan adalah seperti berikut: (a) Langkah perundangan dengan melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Enakmen Perhutanan Negeri pula diwujudkan untuk melindungi hutan sebagai perlindungan hidupan liar yang dikenali sebagai Rizab Hidupan Liar. (b) Mewartakan hutan simpan dan tamantaman maritim. Di Malaysia, pengurusan kepelbagaian biologi hutan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Berdasarkan enakmen negeri dan perundangan negara, kawasan hutan diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negara dan taman negeri. Kawasan yang diwartakan sebagai taman-taman negara dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan yang tidak boleh diteroka untuk pembalakan dan pertanian serta sebarang aktiviti yang merosakkan kepelbagaian biodiversiti di dalam taman negara tersebut. Jadual 2.1 Taman Negara, Taman Negeri, Hutan Simpan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) mengikut negeri di Malaysia Negeri Taman Negara, Taman Negeri, Hutan Simpan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Selangor • PKHL Sungai Dusun – cipan dan landak raya • Hutan Simpan Taman Templer Terengganu • PKHL Sungai Ketiar – gajah • PKHL Temanggul – tuntung • PKHL Rantau Abang – penyu • Pulau Redang (taman laut) Sabah • Taman Negara Kinabalu • Taman Negara Banjaran Cocker • Taman Laut Tunku Abdul Rahman • PKHL Hutan Simpan Kabli, Sepilok – orang utan Pahang • Taman Negeri Endau-Rompin • PKHL Jenderak Selatan – seladang • PKHL Hutan Simpan Kuala Gandah – gajah Perak • PKHL Sungkai – rusa • PKHL Kuala Gula – burung • PKHL Bota Kanan (Sungai Perak) – tuntung Sarawak • PKHL Lanjak-Entimau – orang utan • Taman Negara Talang-Satang – penyu • Taman Negara Niah – burung layang-layang • Taman Negara Bako – monyet Proboscis Pulau Pinang • Taman Negara Johor • PKHL Bangas – kijang • PKHL Jemaluang – burung kuang Kedah • PKHL Bukit Pinang – tuntung Kelantan • PKHL Gua Musang – seladang dan rusa Perlis • PKHL Sungai Batu Pahat – napuh, kijang dan pelanduk Pahang, Terengganu dan Kelantan • Taman Negara N&L Geografi (B2).indd 34 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 35 (c) Mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai melalui media massa, risalah dan sebagainya akan kepentingan penjagaan dan pengekalan hutan atau taman-taman laut. (d) Meningkatkan kesedaran masyarakat melalui pendidikan sama ada secara formal dan tidak formal akan kepentingan memelihara hutan hujan Tropika, hutan bakau dan taman laut daripada diganggu dan dimusnahkan ekosistem semula jadinya. (e) Melakukan rawatan silvikultur terhadap pokok hutan yang mengalami penyakit pada bahagian kulit dan batang. Dahan dan batang pokok berpenyakit ditebang agar tidak menjangkiti pokok yang lain. Langkah Pemuliharaan 1 Langkah pemuliharaan merujuk aktiviti memulih dan memperbaiki ekosistem hutan hujan Tropika setelah diganggu dan dicemari oleh aktiviti ekonomi manusia. 2 Langkah-langkah pemuliharaan hutan berkaitan dengan: (a) Menanam semula hutan yang telah ditebang. Hutan yang telah ditebang perlulah ditanam dengan anak pokok yang baharu, cepat membesar dan matang serta berkualiti. Antara spesies pokok yang ditanam ialah pokok akasia, batai, merbau dan pokok bakau. (b) Melakukan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk mengenal pasti spesies baharu pokok hutan yang cepat membesar dan matang serta tahan serangan penyakit. Misalnya, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain institut pengajian tinggi awam telah menubuhkan beberapa tempat pemuliharaan ex-situ yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan tumbuhan liar. Tempat tersebut antaranya ialah: (i) Taman Botani Kepong (ii) Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam (iii) Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya (iv) Pusat Penyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak (v) Pusat Orkid dan Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom, Sabah Foto 2.7 FRIM giat melakukan penyelidikan perhutanan (c) Melakukan penebangan secara terpilih terhadap hutan hujan Tropika. Hanya pokok yang cukup matang sahaja yang dibenarkan ditebang sementara pokok hutan yang masih kecil dibiarkan hidup. (d) Pendidikan secara formal dan tidak formal. Kempen kesedaran kepentingan penjagaan ekosistem diterapkan dalam sistem pendidikan secara formal di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Contohnya, mata pelajaran Geografi yang menekankan aspek alam sekitar, terutama kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem. (e) Melalui kempen secara berterusan kepada masyarakat melalui media massa bercetak dan elektronik dalam mengurus dan memperbaiki kerosakan yang telah berlaku terhadap ekosistem hutan hujan Tropika. Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Bakau 1 Penanaman semula pokok bakau. Hutan bakau yang telah ditebang perlu ditanam semula dengan anak-anak pokok bakau yang baharu. 2 Mewujudkan hutan simpan paya bakau. Hutan bakau perlu diwartakan sebagai hutan simpan yang tidak boleh diceroboh dan perlu dikekalkan keasliannya. Malaysia telah menjadi sebahagian anggota Konvensyen RAMSAR, oleh itu beberapa kawasan telah disenaraikan sebagai Tapak RAMSAR bertujuan untuk memulihara kawasan yang mempunyai kepentingan dari segi ekologi dan kepelbagaian biologi tanah lembap. N&L Geografi (B2).indd 35 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 PB Foto 2.8 Hutan paya laut Matang, Perak 3 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang ketat seperti denda yang berat, hukuman penjara dan lain-lain di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada individu yang memusnahkan dan menceroboh kawasan hutan bakau. 4 Kempen kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya hutan bakau dijaga dan dipulihara dengan baik untuk mengawal keseimbangan alam dan kawasan pantai. Foto 2.9 Kempen yang dijalankan bagi kesedaran masyarakat Langkah Semula Jadi Mengekalkan Ekosistem Paya Bakau di Malaysia 1 Tanam semula pokok bakau. Pokok paya bakau yang telah mati dan musnah perlulah ditanam semula dengan anak-anak pokok bakau yang baharu bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem di hutan paya bakau. Foto 2.10 Penanaman semula hutan paya bakau 2 Mewartakan hutan paya bakau sebagai hutan simpan dan taman-taman negara paya bakau. 3 Melakukan pengayaan spesies bakau. Ianya boleh dilakukan dengan pembiakan kepelbagaian spesies flora dan fauna paya bakau. 4 Melakukan pemuliharaan kendiri atau melalui rawatan silvikultur. Pokok bakau yang telah musnah dan mati dibiarkan pulih dengan sendiri sehingga membentuk hutan paya bakau yang baharu. Sementara itu, pokok bakau yang berpenyakit akan dirawat melalui kaedah rawatan silvikultur. Foto 2.11 Rawatan silvikultur 5 Mewujudkan zon penampan. Hutan paya bakau dijadikan zon penampan di antara kawasan pembangunan aktiviti manusia dengan kawasan laut yang mengalami tindakan hakisan ombak. N&L Geografi (B2).indd 36 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 37 1 Senaraikan kepentingan ekosistem akuatik kepada manusia. i-THINK Peta Buih Kepentingan Ekosistem Akuatik kepada Manusia 2 Nyatakan lima kepentingan ekosistem hutan bakau. Kepentingan Ekosistem Hutan Bakau Latihan Stimulasi N&L Geografi (B2).indd 37 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 39 3 Kenal pasti dua faktor gangguan ekosistem. Faktor Gangguan Ekosistem 4 Nyatakan enam aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem daratan. Aktiviti Manusia yang Mengganggu Ekosistem Daratan N&L Geografi (B2).indd 38 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 39 5 Berikan empat aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem paya bakau. Aktiviti Manusia yang Mengganggu Ekosistem Paya Bakau 6 Jelaskan empat kesan negatif pembinaan empangan terhadap alam sekitar fizikal. Kesan Negatif Pembinaan Empangan terhadap Alam Sekitar Fizikal N&L Geografi (B2).indd 39 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 PB Soalan Struktur 1 (a) Jelaskan bagaimana faktor semula jadi telah menyebabkan gangguan ekosistem? KBAT [4] (i) (ii) (b) Huraikan tiga kepentingan ekosistem hutan tanah pamah. [6] (i) (ii) (iii) 2 (a) Terangkan maksud ekosistem buatan manusia. [2] (b) Jelaskan empat aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem akuatik. [8] (i) (ii) (iii) (iv) Latihan Pengukuhan N&L Geografi (B2).indd 40 22/06/2023 10:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 127 BAB 1 Latihan Stimulasi 1 Konsep ekologi dan ekosistem. • Ekologi bermaksud satu kajian tentang saling kaitan yang erat antara benda hidup dengan persekitarannya. • Ekosistem bermaksud satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain di dalam persekitarannya. 2 Komponen asas ekosistem berserta maksud dan contohnya. • Komponen biotik – merujuk organisma yang hidup. Contoh: Pengeluar (tumbuh-tumbuhan), Pengguna (primer, sekunder, tertier), Pengurai (bakteria, kulat). • Komponen abiotik – merujuk benda bukan hidup. Contoh: Cahaya matahari, gas, udara, tanah, mineral dan air. 3 Konsep-konsep biotik di dalam ekosistem. • Konsep habitat • Konsep spesies • Konsep populasi • Konsep komuniti • Konsep koloni 4 Tenaga dialirkan melalui siratan makanan. • Matahari • Pengeluar • Pengguna primer • Pengguna sekunder • Pengguna tertier 5 Fungsi autotrof (tumbuh-tumbuhan) di dalam ekosistem. • Menyerap karbon dioksida di udara. • Menyederhanakan suhu persekitaran. • Membekalkan tenaga kepada pengguna. • Mengatur kitaran air atau kitaran hidrologi. • Menghasilkan oksigen dalam proses fotosintesis. • Mengikat tenaga cahaya yang diperoleh daripada matahari dalam proses fotosintesis. 6 Konsep kitar nutrien. Kitar nutrien merujuk pelbagai sirkit aliran unsur dan bahan yang berterusan dan diperbaharui melalui biosfera yang menggabungkan komponen abiotik dan biotik dalam satu edaran yang lengkap. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Maksud kitar oksigen. Kitar oksigen – kitaran pergerakan oksigen dalam atmosfera yang ditukar kepada karbon dioksida antara benda hidup melalui proses respirasi dan fotosintesis dengan persekitarannya secara berterusan yang melalui tiga bahagian utama bumi, iaitu di fasa atmosfera, fasa biofera dan fasa litosfera. (b) Kepentingan oksigen kepada ekosistem. (i) Membolehkan berlaku proses pernafasan manusia dan haiwan. (ii) Membolehkan proses pereputan tumbuhan dan haiwan yang mati. (c) Aktiviti manusia yang boleh mengganggu kitar oksigen. (i) Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan kandungan oksigen di atmosfera. (ii) Aktiviti pengangkutan seperti perkapalan yang membuang enap cemar yang terdiri daripada minyak kotor ke dalam air. (iii) Aktiviti penternakan dan perhotelan yang membuang sisa kumbahan ke dalam air. (iv) Aktiviti perindustrian yang membuang sisa toksik di dalam air menyebabkan kadar BOD meningkat. (Pilih mana-mana dua jawapan) 2 (a) Maksud aras trofik. Aras trofik ialah aras makanan dalam rantaian makanan sesebuah ekosistem secara berurutan, iaitu daripada pengeluar kepada pengguna primer kepada pengguna sekunder dan seterusnya kepada pengguna tertier. (b) Proses pemindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam aras trofik. (i) Proses pemindahan tenaga berlaku apabila terjadinya proses makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem yang melibatkan pengeluar kepada pengguna primer, seterusnya pengguna primer dimakan oleh pengguna sekunder dan pengguna sekunder dimakan oleh pengguna tertier. (ii) Proses kehilangan tenaga berlaku dalam proses perpeluhan pengguna, iaitu melalui pergerakan, tumbesaran dan pembiakan. Selain itu, kehilangan tenaga juga berlaku apabila pengguna melakukan proses perkumuhan seperti membuang urin dan pembuangan najis. (c) Kepentingan kitar nutrien dalam keseimbangan ekosistem daratan. (i) Kitar nitrogen. Tumbuh-tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar tumbuhan dalam bentuk baja ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik. Nitrat ini akan diserap oleh akar tumbuhan untuk proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan. (ii) Kitar oksigen. Oksigen yang terdapat dalam atmosfera amat penting untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Jawapan N&L Geografi (jwp).indd 127 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 129 (iii) Kitar karbon. Kepentingan gas karbon dioksida ini ialah ianya akan digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis. (Pilih mana-mana dua jawapan) BAB 2 Latihan Stimulasi 1 Kepentingan ekosistem akuatik kepada manusia. • Sumber perubatan • Aktiviti akuakultur • Sumber perikanan • Kepelbagaian biologi • Hasil marin yang pelbagai • Pelancongan dan rekreasi 2 Kepentingan ekosistem hutan bakau. • Membekalkan oksigen ke atmosfera • Habitat hidupan akuatik • Pelancongan dan rekreasi • Mengawal hakisan pantai • Aktiviti pembalakan kayu bakau • Pusat penyelidikan hutan bakau • Tempat persinggahan dan pembiakan burung yang bermigrasi • Menghalang angin kencang 3 Faktor gangguan ekosistem. • Gangguan daripada faktor fizikal/semula jadi. • Gangguan daripada faktor aktiviti manusia. 4 Aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem daratan. • Aktiviti penternakan • Aktiviti pertanian • Aktiviti pelancongan • Aktiviti perindustrian • Aktiviti pengangkutan • Aktiviti perlombongan 5 Aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem paya bakau. • Aktiviti akuakultur • Aktiviti pembinaan • Pembalakan pokok bakau • Pembuangan sisa toksik daripada kilang 6 Kesan negatif pembinaan empangan terhadap alam sekitar fizikal. • Kemusnahan kawasan hutan • Pertambahan sedimen • Mengganggu rejim sungai • Kemusnahan flora dan fauna Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Faktor semula jadi yang menyebabkan gangguan ekosistem. (i) Banjir besar (ii) Kejadian gempa bumi (iii) Kejadian tsunami (iv) Pergerakan jisim (v) Letusan gunung berapi (vi) Kebakaran hutan secara semula jadi (Pilih mana-mana dua jawapan) (b) Kepentingan ekosistem hutan tanah pamah. (i) Aktiviti pembalakan (ii) Sumber hasil hutan (iii) Membekalkan oksigen (iv) Kawasan tadahan air (v) Pelancongan dan rekreasi (vi) Mengawal hakisan tanah (Pilih mana-mana tiga jawapan) 2 (a) Maksud ekosistem buatan manusia. Ekosistem buatan manusia merujuk pembentukan ekosistem semula jadi yang telah diubah suai oleh manusia seperti ekosistem tasik buatan, ekosistem kawasan pertanian dan ekosistem kawasan penghutanan semula. (b) Aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem akuatik. (i) Aktiviti pertanian (ii) Aktiviti penternakan (iii) Aktiviti perindustrian (iv) Aktiviti pengangkutan (v) Aktiviti penebusgunaan tanah (vi) Aktiviti pelancongan dan domestik (Pilih mana-mana empat jawapan) BAB 3 Latihan Stimulasi 1 Empat komponen alam sekitar fizikal/sistem fizikal. • Atmosfera • Biosfera/ekologi • Hidrosfera/hidrologi • Litosfera/geomorfologi 2 Kesan gangguan semula jadi terhadap sistem geomorfologi. • Kejadian gempa bumi mengganggu sistem ekologi. • Kejadian letusan gunung berapi mengganggu sistem atmosfera. 3 Impak perubahan sistem fizikal terhadap manusia. • Kejadian letusan gunung berapi terutama gunung berapi yang mengeluarkan debu gunung berapi yang banyak akan mengganggu sistem atmosfera melalui pencemaran udara. Pencemaran udara menyebabkan kesihatan manusia terganggu seperti masalah sistem pernafasan dan radang paru-paru yang boleh menyebabkan manusia jatuh sakit. • Kejadian gempa bumi di daratan dan lautan boleh menyebabkan banyak haiwan dan tumbuhan akan mati. Kejadian gempa bumi di daratan dan kejadian tsunami yang teruk menyebabkan banyak nyawa terkorban dan cedera serta kerosakan dan kemusnahan harta benda. • Kejadian banjir besar akan menyebabkan berlaku kemusnahan terhadap ekosistem daratan dan akuatik akibat air yang berlebihan. Banjir besar menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. N&L Geografi (jwp).indd 128 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 129 • Kejadian kemarau pula akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan kekurangan air serta menyebabkan tumbuhan layu dan akhirnya mati. Manusia akan menghadapi masalah kekurangan sumber makanan dan sumber air bersih untuk kegunaan harian. 4 Kesan positif interaksi sistem fizikal dengan sistem gunaan manusia. • Dapat melakukan proses pembenihan awan. • Dapat meneroka sumber alam yang sedia ada. • Dapat mengekalkan ekosistem hutan untuk kepentingan manusia. 5 Kesan kemusnahan hutan terhadap sistem hidrologi. • Kadar sejatan menjadi tinggi. • Kadar pintasan air hujan rendah. • Kadar sejat peluhan tumbuhan akan berkurangan. 6 Kesan negatif kitaran hidrologi yang terganggu akibat aktiviti manusia. • Bekalan air bersih kepada penduduk berkurangan. • Aktiviti pelancongan terganggu terutama aktiviti sukan air. • Aktiviti pertanian terganggu apabila tumbuhan menjadi layu. • Aktiviti perikanan terganggu kerana kuantiti air berkurangan. • Aktiviti perindustrian terganggu terutama industri yang memerlukan banyak air. • Aktiviti penternakan haiwan terganggu akibat kekurangan tumbuhan hijau untuk diragut/ dimakan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Sistem fizikal yang terdapat dalam sistem bumi. (i) Atmosfera (ii) Hidrosfera (iii) Litosfera (iv) Biosfera (Pilih mana-mana dua jawapan) (b) Kesan gangguan sistem fizikal terhadap sistem fizikal yang lain. (i) Kesan gangguan sistem geomorfologi. • Kejadian letusan gunung berapi mengganggu sistem atmosfera. • Kejadian gempa bumi mengganggu sistem ekologi. (ii) Kesan gangguan sistem hidrologi. • Kejadian kemarau mengganggu sistem ekologi. • Kejadian banjir monsun mengganggu sistem biosfera. (iii) Kesan gangguan sistem atmosfera. • Kesan pemanasan global mengganggu sistem ekologi. • Pemanasan rumah hijau akan mencairkan glasier dan mengganggu sistem geomorfologi. (iv) Kesan gangguan sistem ekologi. • Kebakaran hutan mengganggu sistem atmosfera. • Aktiviti penyahhutanan akan mengganggu sistem atmosfera. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Impak perubahan yang berlaku kepada sistem fizikal terhadap manusia. (i) Letusan gunung berapi menyebabkan kesihatan manusia terganggu kerana letusan gunung berapi mengeluarkan debu, asap dan jelaga. (ii) Kejadian gempa bumi menyebabkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa. (iii) Kejadian banjir besar memusnahkan harta benda dan manusia terkorban. (iv) Kejadian kemarau menyebabkan kekurangan sumber makanan dan air bersih. (v) Pemanasan global menyebabkan suhu persekitaran panas dan kejadian jerebu yang mengganggu aktiviti harian manusia. (vi) Pemanasan global menyebabkan pencairan glasier dan kenaikan aras air laut yang boleh menenggelamkan kawasan rendah. (Pilih mana-mana dua jawapan) 2 (a) Konsep pemuliharaan. Usaha-usaha memperbaiki dan mengembalikan sesuatu keadaan alam semula jadi yang telah terganggu atau rosak kepada keadaan semula jadinya. (b) Langkah perundangan pengurusan alam sekitar. (i) Laporan Impak Alam Sekitar (EIA). (ii) Denda, kompaun, hukuman, penjara dan sita. (iii) Mewujudkan hutan simpan dan taman negara. (iv) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. (v) Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) (c) Langkah kestrukturan untuk mengatasi kejadian pergerakan jisim. (i) Membina gabion (ii) Membina tembok (iii) Membina benteng (iv) Menyimen kawasan cerun (v) Membina sistem saliran seperti parit dan longkang (Pilih mana-mana dua jawapan) BAB 4 Latihan Stimulasi 1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar fizikal. N&L Geografi (jwp).indd 129 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


130 131 • Kemerosotan kualiti alam sekitar • Kemerosotan dan kepupusan sumber 2 Isu-isu yang berkaitan dengan kemerosotan kualiti alam sekitar. • Pencemaran air • Pencemaran udara • Pencemaran sampah sarap • Pencemaran bunyi dan bau • Peningkatan suhu setempat • Banjir kilat dan banjir lumpur • Hakisan tanah dan tanah runtuh (Pilih mana-mana lima jawapan) 3 Aktiviti manusia yang menyebabkan kemerosotan alam sekitar. • Aktiviti pertanian • Aktiviti perikanan • Aktiviti pembinaan • Aktiviti perindustrian • Aktiviti pengangkutan • Aktiviti perlombongan • Aktiviti pembalakan hutan (Pilih mana-mana enam jawapan) 4 Punca pertambahan gas rumah hijau. • Kegiatan perindustrian menyebabkan pencemaran udara yang berpunca daripada gasgas yang dibebaskan seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida. • Kejadian kebakaran hutan sama ada semula jadi atau disebabkan oleh kecuaian dan kegiatan manusia. • Pembakaran bahan api fosil seperti minyak petroleum dan minyak diesel oleh kenderaan bermotor. • Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) seperti alat penyaman udara, aerosol, peti sejuk dan sebagainya akan meningkatkan suhu dunia melalui penipisan lapisan ozon. • Pembakaran secara terbuka oleh sektor pertanian, pelupusan sampah dan sebagainya akan membebaskan asap pencemar. • Penyahhutanan melalui aktiviti pembalakan secara meluas menyebabkan kandungan oksigen berkurang dan menambahkan gas karbon dioksida. 5 Fenomena yang berlaku akibat pemanasan global. • Menggalakkan proses penggurunan. Suhu yang meningkat akan menggalakkan proses luluhawa fizikal. Struktur tanah akan menjadi longgar dan peroi lalu meningkatkan lagi hakisan layangan angin. • Menyebabkan kejadian kemarau. Pemanasan global akan mengganggu kestabilan kitar hidrologi. Kadar sejatan yang terlalu tinggi menyebabkan kemarau. • Litupan ais dan glasier akan mencair. Apabila suhu menjadi panas haba boleh mencairkan litupan ais benua di kawasan kutub dan pergunungan. 6 Kesan kemerosotan dan kepupusan sumber terhadap alam sekitar fizikal. • Berlaku kerosakan ekosistem. • Kemusnahan kawasan tadahan air. • Penghijrahan spesies fauna disebabkan kemusnahan habitat. • Pelbagai spesies flora dan fauna diancam kepupusan. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Kesan aktiviti perindustrian yang menjejaskan alam sekitar fizikal. • Berlaku pencemaran udara dan jerebu. Berlaku akibat pelepasan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya. • Berlaku pencemaran air. Pelepasan sisa toksik atau bahan enap cemar oleh industri pembuatan ke dalam sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, kolam, paya dan laut. • Berlaku kejadian pemanasan setempat. Kewujudan bahan pencemar udara di atmosfera akan memerangkap bahangan bumi. • Berlaku pencemaran bunyi dan bau. Bunyi bising datangnya dari generator kilang yang beroperasi mengeluarkan getaran antara (60 hingga 70 dBA) terutama industri berat seperti besi dan keluli. • Berlaku pencemaran tanih. Pelupusan sisa toksik yang berbahaya oleh kilang-kilang secara haram menyebabkan tanah berasid. • Menjejaskan kesihatan manusia. Menyebabkan batuk, asma dan sakit kerongkong. (Pilih mana-mana satu jawapan) (b) Kesan aktiviti pengangkutan dan perhubungan yang menjejaskan alam sekitar fizikal. (i) Pencemaran bunyi. Berpunca daripada bunyi bising dari enjin kenderaan seperti bas, kereta, lori, motosikal dan sebagainya. (ii) Pemanasan setempat. Peningkatkan suhu sekitar di kawasan bandar akan berlaku akibat haba yang dikeluarkan oleh enjin kenderaan dan asap-asap pencemar yang memerangkap haba dari cahaya matahari. (iii) Pencemaran udara dan jerebu. Pembebasan asap oleh kenderaan akan membebaskan karbon monoksida dan plumbum akan meningkatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan seterusnya cenderung terjadinya masalah jerebu. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Kesan pemanasan global terhadap alam sekitar manusia. (i) Menyebabkan penyakit. Peningkatan suhu akan menjejaskan kesihatan manusia. Pelbagai jenis penyakit mudah merebak. N&L Geografi (jwp).indd 130 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


130 131 (ii) Gangguan terhadap aktiviti ekonomi manusia seperti pertanian, perindustrian, perniagaan, penternakan dan sebagainya akan terganggu apabila berlakunya pemanasan global yang boleh menyebabkan berlakunya kemarau. (iii) Aktiviti domestik terjejas. Pemanasan global boleh menyebabkan kejadian kemarau dan ini akan menyebabkan bekalan air bersih terjejas. (iv) Kerosakan harta benda. Apabila suhu menjadi panas, haba boleh mencairkan litupan ais benua terutama di kawasan kutub dan pergunungan. Berlakunya banjir laut di kawasan tanah rendah menyebabkan kawasan pertanian, petempatan dan kemudahan infrastruktur akan tenggelam dan musnah. (Pilih mana-mana dua jawapan) 2 (a) Maksud impak sosial perubahan alam sekitar fizikal. Impak sosial adalah merujuk kesan negatif dan kesan positif yang dialami oleh manusia akibat perubahan yang berlaku ke atas alam sekitar fizikal. (b) Impak negatif terhadap pembangunan alam sekitar fizikal kepada manusia. (i) Berlaku masalah kesihatan. Pencemaran udara dan jerebu memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan yang paling besar akibat pencemaran udara dan jerebu ialah ke atas sistem pernafasan. (ii) Berlaku masalah keselamatan penduduk. Kesan jerebu juga akan mengurangkan jarak penglihatan. Risiko kemalangan seperti perlanggaran kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. (iii) Kerosakan dan kemusnahan harta benda. Kejadian banjir kilat dan pergerakan jisim seperti tanah runtuh boleh menyebabkan berlaku kerosakan dan kemusnahan harta benda akibat dibanjiri air dan rumah yang ditimbus dengan tanah runtuh. (iv) Mengganggu aktiviti ekonomi manusia. Kejadian tanah runtuh akan menyebabkan jalan raya tertimbus. Keadaan ini akan menghalang kelancaran sistem pengangkutan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. (v) Mengganggu aktiviti sosial. Aktiviti manusia seperti perindustrian dan pengangkutan menyebabkan pencemaran udara dan kejadian jerebu. Aktiviti sosaial penduduk seperti bersukan, riadah dan rekreasi terpaksa dihentikan. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Impak positif terhadap pembangunan alam sekitar fizikal kepada manusia. (i) Pembinaan empangan. Pembinaan empangan atau tasik buatan manusia akan mewujudkan ekosistem akuatik yang baharu yang dapat menjadikan kawasan persekitaran mengalami kelembapan bandingan yang tinggi dan membolehkan kerpasan lebih kerap berlaku kerana terdapatnya badan air yang luas. Kuantiti air yang banyak dan mencukupi membolehkan aktiviti harian manusia dan aktiviti ekonomi akan berjalan lancar. (ii) Penanaman semula hutan. Hutan hujan Tropika dan hutan paya bakau yang ditanam semula akan dapat membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis dan seterusnya dapat mengurangkan kadar pencemaran udara terutamanya karbon dioksida. Keadaan ini akan membolehkan kesihatan manusia lebih baik kerana mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. (iii) Aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian yang menanam pertanian kekal seperti kelapa sawit dan getah dapat mengurangkan kadar pemanasan setempat dalam jangka masa panjang kerana ianya akan membolehkan kadar kelembapan persekitaran meningkat dan proses fotosintesis dapat dijalankan. Keadaan berkenaan akan memberi keselesaan kepada kesihatan manusia kerana tumbuhan dapat menghasilkan oksigen yang mencukupi kepada manusia dan suhu persekitaran yang lebih nyaman. (iv) Aktiviti perikanan dan penternakan. Penangkapan dan penternakan ikan serta penternakan lembu, kambing dan sebagainya akan dapat menampung keperluan protein kepada tubuh badan manusia. Keadaan tersebut membolehkan manusia dapat mengamalkan cara pengambilan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan. (Pilih mana-mana dua jawapan) BAB 5 Latihan Stimulasi 1 Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan. • Pemeliharaan sumber alam bermakna usahausaha untuk menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam yang belum diteroka dan dirosak supaya kewujudannya berterusan. • Pemuliharaan sumber alam pula bererti usahausaha untuk melestarikan bekalan sumber alam melalui usaha-usaha pulihara atau baik pulih sumber-sumber yang telah diteroka dan tercemar setelah digunakan oleh manusia. N&L Geografi (jwp).indd 131 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 133 2 Langkah perundangan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. • Laporan Impak Alam Sekitar (EIA). • Denda, kompaun, hukuman, penjara dan sita. • Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. • Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan. (Pilih mana-mana tiga jawapan) 3 Langkah mengawal hakisan tanah. • Membina tembok, gabion dan saluran air. • Membina teres dan teres mengikut kontur. • Menanam tanaman tutup bumi dan tumbuhan hijau. 4 Langkah pengurusan untuk mengawal pencemaran udara. • Mengawal penggunaan CFC. • Menghijaukan kawasan sekitar. • Mengawal penggunaan kenderaan. • Mengelakkan pembakaran terbuka. • Menempatkan industri mengikut zon. (Pilih mana-mana empat jawapan) 5 Langkah dalam memelihara dan memulihara kualiti sumber air daripada pencemaran. • Mengawal aktiviti pembangunan. • Merawat semula air yang tercemar. • Mengawal selia aktiviti pengangkutan air. • Pemantauan yang lebih kerap oleh pihak yang bertanggungjawab. Latihan Pengukuhan Soalan Struktur 1 (a) Maksud pembangunan lestari. Pembangunan berterusan (lestari) bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi yang akan datang. (b) Prinsip yang terdapat dalam pembangunan berterusan. (i) Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi. (ii) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup. (iii) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber. (iv) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. (v) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko. (vi) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan. (vii) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa. (viii) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Kerjasama berkaitan alam sekitar yang telah dilaksanakan oleh Malaysia. (i) Kerjasama mengatasi masalah tumpahan minyak di Selat Melaka. Malaysia, Singapura dan Indonesia bekerjasama membersihkan tumpahan minyak yang berlaku di Selat Melaka yang menyebabkan pencemaran air laut. (ii) Kerjasama membantu mangsa tsunami di Indonesia. Malaysia menghantar bantuan perubatan dan penyelamat untuk mencari mangsa tsunami di Acheh, Indonesia. (iii) Kerjasama membantu memadamkan kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia. (iv) Kerjasama membantu mangsa tsunami dan gempa bumi di Jepun. Malaysia menghantar pasukan penyelamat untuk mencari mangsa yang tertimbus tanah dan bangunan runtuh akibat gempa bumi dan tsunami. (v) Kerjasama membantu mangsa ribut siklon di negara Asia Tenggara. Malaysia menghantar pasukan penyelamat dan perubatan ke Filipina untuk membantu mangsa ribut taufan. (Pilih mana-mana dua jawapan) 2 (a) Konsep pemuliharaan. Pemuliharaan bererti usaha-usaha pulihara atau baik pulih sumber-sumber yang telah diteroka setelah digunakan oleh manusia dan yang telah mengalami pencemaran agar kembali kepada keadaan asal. (b) Langkah perundangan pengurusan alam sekitar. (i) Denda, kompaun dan penjara. (ii) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. (iii) Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). (iv) Pemantauan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Langkah pemuliharaan hutan. (i) Menjalankan program penghutanan semula (projek perladangan hutan) selepas pokok-pokok balak ditebang. (ii) Pembalakan secara penebangan terpilih dan bukannya tebang bersih. Hanya pokok balak yang sudah matang sahaja boleh ditebang manakala pokok balak yang masih kecil akan dibiarkan hidup sehingga matang dan sesuai untuk ditebang. (iii) Amalan rawatan silvikultur perlu dilakukan bagi pokok balak yang mengalami masalah atau berpenyakit akan diberi rawatan penyembuhan. (iv) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap usaha hasil hutan, R&D untuk beralih kepada N&L Geografi (jwp).indd 132 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 133 sumber-sumber pengganti agar tidak terlalu bergantung kepada sumber kayu seperti penggunaan simen, fiber, besi, aluminium dan sebagainya khususnya dalam sektor pembinaan (Pilih mana-mana dua jawapan) Kertas Model STPM Bahagian A 1 (a) Rantaian makanan berlaku dalam sebuah ekosistem tasik. Pengeluar mendapatkan cahaya matahari untuk menghasilkan makanannya sendiri. Pengeluar akan dimakan oleh pengguna primer seperti ikan kecil untuk mendapatkan tenaga. Ikan kecil akan dimakan oleh pengguna sekunder/ tertier untuk mendapatkan tenaga. (b) Kepentingan ekosistem tasik kepada alam sekitar manusia. (i) Aktiviti pelancongan/rekreasi (ii) Aktiviti perikanan/penternakan ikan (iii) Sumber bekalan air bersih (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Bagaimana aktiviti pertanian boleh menggangu keseimbangan ekosistem sebuah tasik. Penggunaan baja kimia dan racun serangga untuk pertanian menyebabkan berlaku larut resap bila berlakunya hujan lalu mengalir ke sungai. Air sungai akan tercemar dan menyebabkan hidupan akuatik mati dan akhirnya mengganggu keseimbangan ekosistem sesebuah tasik. 2 (a) Maksud saling kebergantungan antara sistem fizikal. Merujuk kepentingan sistem fizikal berinteraksi dalam membentuk keseimbangan sistem bumi yang kompleks. (b) “Letusan gunung berapi boleh menjejaskan keseimbangan sistem ekologi dan sistem atmosfera”. Huraikan. (i) Sistem ekologi – lava gunung berapi akan memusnahkan flora dan fauna. (ii) Sistem atmosfera – debu dan asap gunung berapi akan menyebabkan pencemaran udara dan kejadian jerebu. (c) Kesan positif hasil daripada letusan gunung berapi kepada aktiviti manusia setempat. (i) Lava bes sesuai untuk pertanian (ii) Kawah gunung berapi sesuai untuk aktiviti pelancongan (iii) Tasik krater sesuai untuk aktiviti pelancongan/perikanan (iv) Batuan sulfur/belerang sesuai untuk perlombongan (Pilih mana-mana dua jawapan) Bahagian B 3 (a) Aktiviti ekonomi di kawasan tanah tinggi di Malaysia. (i) Pertanian (ii) Pelancongan (iii) Perindustrian (iv) Perniagaan/gerai (Pilih mana-mana dua jawapan) (b) Kesan positif pembangunan tanah tinggi terhadap ekonomi Malaysia. (i) Pendapatan negara (ii) Peluang pekerjaan (iii) Kesan pengganda – hiliran dan huluan (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Kesan negatif pembangunan tanah tinggi terhadap persekitaran manusia. (i) Tanah runtuh – manusia terkorban dan kemusnahan harta benda. (ii) Masalah sosial – budaya kuning/kurang elok oleh pelancong asing. (iii) Kekurangan air bersih – kawasan tadahan air diteroka. (iv) Banjir lumpur – kemusnahan harta benda dan nyawa terkorban. (Pilih mana-mana dua jawapan) 4 (a) Maksud mineral sumber tenaga Sumber mineral dari dalam tanah/perut bumi yang dapat menghasilkan tenaga untuk menggerakkan jentera/kenderaan/mesin seperti arang batu, gas asli dan petroleum. (b) Sumbangan industri perlombongan sumber tenaga terhadap kemajuan sosioekonomi sesebuah kawasan desa di Malaysia. (i) Pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, air, elektrik dan telekomunikasi. (ii) Pembangunan kemudahan sosial seperti balai polis, pejabat pos, klinik, sekolah dan sebagainya. (iii) Peluang pekerjaan kepada penduduk desa. (iv) Kesan pengganda ialah perkembangan industri hiliran. (v) Mewujudkan bandar baharu. (Pilih mana-mana dua jawapan) (c) Langkah bukan perundangan yang boleh dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara sumber mineral tenaga. (i) Penggunaan tenaga alternatif seperti tenaga solar, hidroelektrik, biomas, angin dan lain-lain. (ii) Pendidikan secara formal melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat. (iii) Kempen berkongsi kenderaan menggunakan kenderaan awam. (iv) Menggunakan kenderaan mesra alam seperti basikal. (Pilih mana-mana dua jawapan) N&L Geografi (jwp).indd 133 22/06/2023 10:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version