BIT ILMU BAKTI SD
1 Sistem Bahasa Praktis MuLus Kata Nama Kata Nama Am 1 Kata nama am digunakan bagi menyebut nama secara am sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa. 2 Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali di awal ayat. 3 Contoh: Kata Nama Am Contoh Manusia ibu, ayah, nenek, adik, polis, doktor, bomba, guru Haiwan gajah, kucing, kambing, unta, arnab, kuda Tumbuh-tumbuhan rumput, lalang, betik, pisang, cili, jambu Tempat masjid, sekolah, klinik, stesen minyak, rumah Benda jam tangan, majalah, kereta, komputer, telefon MuLus Tip A Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul. kereta api hotel pelancong ibu bapa surat khabar padang 1 Negara kita dikunjungi oleh dari luar negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia. 2 Mereka bermalam di sebuah yang terdapat di pekan itu. 3 Kanak-kanak itu bermain-main di kolam sambil diawasi oleh mereka. 4 Fitri pulang ke kampung halamannya dengan menaiki . 5 Gotong-royong untuk membersihkan sekolah akan diadakan pada hari Ahad ini. 6 Encik Zakaria sedang membaca di anjung rumahnya. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 1 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 B Garis kata nama am tunggal dan kata nama am majmuk yang terdapat dalam ayat di bawah. 1 Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Lokman singgah sebentar di stesen minyak. 2 Kakak membeli seutas jam tangan yang berjenama Rolex. 3 Posmen memasukkan sepucuk surat ke dalam peti surat itu. 4 Safiyah menolong Cikgu Ramona menyusun buku di bilik guru. 5 Abang mencuci kasut sukan kesayangannya seminggu sekali. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas digunakan bagi menyebut nama secara khusus sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa. 2 Huruf pertama kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar. 3 Contoh kata nama khas: Kata Nama Khas Contoh Manusia Abdullah, Siti, Doktor Hanafi, Cikgu Amira, Encik Lim Haiwan Sang Bedal, Si Tompok, Pak Belang, Si Putih Tempat Masjid Negara, Tasik Perdana, Hospital Kuala Lumpur Benda Adidas, Bata, Honda Civic, Pilot Judul buku Majalah Impiana, Kamus Dewan, Pelari Muda MuLus Tip A Garis kata nama khas tunggal dan kata nama khas majmuk yang terdapat dalam ayat di bawah. 1 Kakak saya sangat gembira kerana baru sahaja membeli kereta Perodua Ativa. 2 Capaian Internet di kawasan kampung sangat perlahan. 3 Hospital Taiping merupakan antara bangunan bersejarah di negeri Perak. 4 Si Manja ialah kucing kesayangan bapa saya. 5 Mereka akan pulang bercuti ke kampung halaman pada hari Ahad ini. B Padankan ayat di bawah dengan jawapan yang betul. Doktor Lim 1 Adik membaca buku cerita yang berjudul “ dengan Kura-kura”. 2 Mereka sedang berkelah di . Sang Kancil Pantai Morib 3 sedang merawat pesakitnya di hospital. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 2 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Kata Adjektif 1 Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. 2 Kata adjektif digunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. 3 Jenis-jenis kata adjektif: Jenis Contoh Jenis Contoh Warna kuning, hijau, biru Ukuran nipis, tebal, pendek Bentuk bujur, lurus, bulat Jarak jauh, hampir, dekat Waktu cepat, lama, baru Cara lambat, kerap, selalu Perasaan sayang, kecewa, rindu Pancaindera wangi, manis, pahit MuLus Tip A Lengkapkan teka silang kata di bawah dengan jawapan yang betul. 1 S Y 4 G 6 S 5 B 2 B G K 3 B J R A Melintang: 1 Haikal sangat akan kucingnya. 2 Tiang elektrik itu kerana dilanggar oleh sebuah kereta. 3 Puan Suria meletakkan pinggan itu di atas meja makan. Menegak: 4 Adik berasa kerana cuti persekolahan sudah tiba. 5 Baju abang yang berwarna itu telah koyak. 6 Adam berdiri apabila guru memanggil namanya. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 3 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 B Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah. 1 Palang basikal Lokman bengkok kerana terlanggar tiang rumahnya. 2 Adira berasa kecewa kerana tidak dapat menjawab semua soalan kuiz itu. 3 Bas ekspres dari Johor Bahru itu baru tiba di Terminal Bas Shah Alam. 4 Kereta baharu Encik Farhan berwarna hitam. 5 Adik kena marah kerana menonton televisyen sehingga lewat malam. Kata Tugas Kata tugas terbahagi kepada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Kata Tanya 1 Kata tanya berfungsi untuk menanyakan sesuatu. 2 Contoh kata tanya ialah apa, siapa, mana, mengapa dan bagaimana. Kata Seru 1 Kata seru digunakan untuk menyampaikan perasaan marah, sakit, hairan, geram, kagum atau terperanjat. 2 Contoh kata seru ialah ah, oh, eh, wah, cis, nah, aduh dan amboi. Kata Perintah 1 Kata perintah hadir di hadapan ayat perintah. 2 Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Kata Pembenar 1 Kata pembenar berfungsi untuk menyokong kebenaran sesuatu. 2 Contoh kata pembenar ialah ya, betul, benar dan sungguh. Kata Pangkal Ayat 1 Kata pangkal ayat berfungsi untuk memulakan sesuatu ayat. 2 Contoh kata pangkal ayat ialah maka, syahadan, alkisah dan hatta. MuLus Tip A Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul. oh siapakah ya sungguh Haziq : (1) yang datang ke rumah awak semalam? Adam : (2) , mereka ialah keluarga ibu saya yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Jadi, mereka singgah bermalam di rumah saya. Haziq : Ramai (3) ahli keluarga ibu awak. Tentu suasananya meriah. Adam : (4) , meriah sekali. Lagipun sudah lama kami tidak bertemu. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 4 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 B Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Perkataan yang berhuruf tebal ialah kata tugas. 1 Maka pulanglah sultan ke istana setelah menjelajah seluruh negeri. 2 Jangan bermain air banjir kerana berbahaya. 3 Sungguh cantik pasangan pengantin di atas pelamin itu. 4 Wah, besar sungguh rumah awak! 5 “Bagaimanakah cara hendak pergi ke Muzium Negara?” tanya pelancong itu. C Tulis ayat di atas pada gambar yang betul. 1 2 3 4 5 MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 5 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Kata Kerja Tak Transitif 1 Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek. 2 Contoh kata kerja tak transitif ialah makan, senyum, menangis, terjatuh, termenung, bersalaman dan tidur. MuLus Tip A Padankan ayat di bawah dengan jawapan yang betul. termenung 1 Hakimi hanya apabila Cikgu Fuad bertanya tentang bapanya yang sudah meninggal dunia. membisu 2 Air sungai yang deras itu telah menghanyutkan sebatang pokok. mengalir 3 Rizal semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. tertidur 4 Danial dengan suara yang kuat supaya dapat didengari oleh kawan-kawannya. bercakap 5 Dua orang sahabat itu saling sebelum bas ekspres bertolak ke Kuala Lumpur. bersalaman 6 Adeel apabila memikirkan kos yang diperlukan untuk menyambung pelajarannya nanti. B Bina ayat dengan menggunakan kata kerja tak transitif yang diberi. 1 Melompat 2 Berlari 3 Bersenam 4 Menyanyi 5 Menangis MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 6 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Kata Ganda Kata ganda ialah kata dasar yang diulang dua kali. Kata ganda terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganda penuh, kata ganda berimbuhan dan kata ganda majmuk. Kata ganda penuh 1 Kata ganda penuh ialah kata ganda yang kata dasarnya digandakan sepenuhnya dan menggunakan tanda sempang. 2 Contohnya ialah rumah-rumah, adik-adik, kucing-kucing dan buku-buku. Kata ganda berimbuhan 1 Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada pada awal kata, akhir kata atau selepas tanda sempang. 2 Contohnya ialah berbaik-baik, terang-terangan dan tumbuh-tumbuhan. Kata ganda majmuk 1 Kata ganda majmuk ialah penggandaan pada unsur pertama sahaja. 2 Contohnya ialah guru-guru besar, anak-anak yatim dan orang-orang tua. MuLus Tip A Kenal pasti kata ganda yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian, tulis. Ayat Kata Ganda 1 Kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya. 2 Yan Tze tergesa-gesa pulang ke rumah kerana perutnya sakit. 3 Kejadian langgar lari itu berlaku secara terang-terangan di hadapan orang ramai. 4 Farish menyiapkan kerja rumahnya awal-awal lagi kerana dia hendak pergi bermain. 5 Orang-orang tua di rumah kebajikan itu diziarahi oleh rombongan murid sekolah. B Nyatakan sama ada betul atau salah bagi penggunaan kata ganda dalam ayat-ayat di bawah. Ayat Betul/Salah 1 Izuddin berjalan deras-deras kerana terlewat datang ke sekolah hari ini. 2 Sebelum meninggalkan kampung halaman, Ridzuan memeluk ibunya erat-erat. 3 Hana dan Hani berkejar-kejaran di taman permainan. 4 Maisarah tersipu-sipu malu apabila diusik oleh kawan-kawannya. 5 Majlis tari-tarian itu berakhir pada pukul 11:00 malam. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 7 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Awalan Kata Nama dan Akhiran Kata Nama Awalan Kata Nama 1 Awalan kata nama ialah kata nama yang menerima imbuhan awalan. 2 Contoh imbuhan awalan ialah pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, ke-, juru-, maha- dan pro-. 3 Contoh: Awalan Contoh perkataan Awalan Contoh perkataan pe- peniaga, pelaut juru- juruwang, juruterbang pem- pemburu maha- maharaja, mahasiswa pen- penjual, pendaki ke- ketua, kekasih Akhiran Kata Nama 1 Akhiran kata nama ialah kata nama yang menerima imbuhan akhiran. 2 Contoh imbuhan akhiran ialah -an, -wan, -man, -wati, -in, -at dan -ah. 3 Contoh: Akhiran Contoh perkataan Akhiran Contoh perkataan -an tulisan, mainan -ah ustazah -wan angkasawan, usahawan -wati seniwati, olahragawati MuLus Tip A Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. makanan bungkusan lautan juruterbang pemuda 1 Hazim bercita-cita hendak menjadi pesawat tentera. 2 Adam asyik memerhatikan sebuah kapal besar yang sedang belayar ke tengah . 3 Seorang yang baik hati telah membantu orang buta itu melintas jalan. 4 Hazlin berasa kecewa kerana barang yang dibelinya secara dalam talian telah rosak. 5 Puan Rohaya menghidangkan yang berkhasiat kepada keluarganya. B Garis imbuhan awalan kata nama dan imbuhan akhiran kata nama yang terdapat dalam ayat-ayat ini. 1 Barang-barang keperluan itu disumbangkan oleh seorang yang dermawan. 2 Farid telah dipilih sebagai ketua kelas oleh Cikgu Syakila. 3 Adik melompat kegembiraan kerana bapa membelikannya mainan baharu. 4 Jurujual kereta itu memberikan penerangan tentang model kereta baharu itu. 5 Penonton perlawanan akhir bola sepak itu mula memasuki stadium pada pukul 6:00 petang. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 8 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Frasa Nama 1 Frasa nama terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang tergolong dalam kata nama. 2 Contoh frasa nama ialah bapa, juruterbang pesawat tentera, penjual bunga, dua orang murid, Encik Vijay dan Cikgu Amira. MuLus Tip A Garis frasa nama yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. 1 Harimau bintang itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa. 2 Ibu Firdaus sedang menyediakan rendang ayam di dapur. 3 Kakak akan pulang ke kampung pada minggu hadapan. 4 Juruterbang itu menerbangkan pesawat dengan berhati-hati. 5 Pihak polis telah berjaya memberkas penjenayah itu. 6 Barang-barang purba itu akan dihantar ke muzium. 7 Bapa angkat Sufian ialah seorang ahli perniagaan. 8 Telefon bimbit Aizat terjatuh ke dalam longkang. 9 Farish dan Ziyad gemar memancing pada hujung minggu. 10 Sepuluh buah rumah di situ terbakar awal subuh tadi. B Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. bola sepak pemandu lori pokok rambutan tudung saji baju kemeja 1 Abang kelihatan segak apabila memakai . 2 Kakak menggunakan untuk menutup makanan di atas meja. 3 Adik dan kawan-kawannya sedang bermain di padang. 4 Bapa Rajesh bekerja sebagai . 5 Zahida meletakkan basikal baharunya di bawah . MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 9 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Pola Ayat Inti 1 Ayat inti ialah ayat yang terdiri daripada satu objek dan satu predikat sahaja. 2 Terdapat empat pola ayat inti, iaitu: 1 Frasa Nama + Frasa Nama Contoh: Bapa saya nelayan. 3 Frasa Nama + Frasa Adjektif Contoh: Rumah Ali besar. 2 Frasa Nama + Frasa Kerja Contoh: Murid itu sedang berlari. 4 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Contoh: Rumah saya di Johor. MuLus Tip A Nyatakan pola ayat inti bagi setiap ayat di bawah. 1 Kisah penculikan itu menggemparkan seluruh negara. Pola ayat inti: 2 Pasangan pengantin itu sungguh cantik. Pola ayat inti: 3 Puan Suraya ke luar negara minggu hadapan. Pola ayat inti: 4 Encik Adam ialah pensyarah terkenal dalam bidang kewangan. Pola ayat inti: B Padankan pola ayat inti di bawah. 1 Asyraf ke pasar setiap pagi. 2 Rakan-rakan sekelas saya anak bongsu Encik Fitri dan Puan Shila. 3 Peserta acara sukan itu menyertai perkhemahan di Kem Kijang. 4 Lembu itu sangat cergas. 5 Puan Aminah meragut rumput di tengah padang. MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 10 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Analisis Kesalahan dalam Ayat A Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis ayat yang betul. 1 Anak gadis Mak Cik Intan sungguh cantik dan berbudi bicara. 2 Penduduk di kampung itu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 3 Erina berasa sedih kerana kawan baiknya akan berpindah di sekolah baharu. 4 Burung belatuk merupakan spesies haiwan yang semakin tenggelam. 5 Aduh, sedapnya buah durian ini! B Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keunikkan Malaysia terletak kepada kepelbagaian kaum yang tinggal di dalam suasana harmoni. Budaya dan kaum yang berbagai ini menjadikan negara ini meriah dengan pelbagai sambutan perayaan sepanjang tahun. Malah, Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai pelbagai menu-menu tradisi yang paling enak sekali. Malaysia juga mempunyai banyak tarikan lain. Di antaranya ialah keindahan landskap dan senibina seperti rumah kayu, bangunan pencakar langit-langit dan juga kawasan percutian di kawasan pergunungan, pantai dan hutan paya bakau. Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan 1 adalah 6 pelbagai menumenu 2 keunikkan 7 paling enak sekali 3 kepada 8 di antaranya 4 di dalam 9 senibina 5 berbagai 10 langit-langit MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 11 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Ujian Pengukuhan Bahagian A Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Pokok kelapa yang itu membimbangkan ayah kerana terlalu hampir dengan rumah. A senget B bengkok C bongkok D condong 2 Adam sakit perut kerana termakan makanan yang telah . A basi B busuk C hangit D tengik Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Akal pokok itu telah menjalar ke luar pasu. II Adiknya yang kurang akal itu telah berjalan kaki seorang diri ke kedai runcit. III Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijak supaya tidak menimbulkan pergaduhan. IV Sang Kancil sedang mencari akal untuk menyeberangi sungai yang dalam itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Roxine berkulit cerah berbanding adikberadiknya yang berkulit agak gelap. II Masa depan mereka sekeluarga agak cerah selepas bapanya mendapat pekerjaan yang baharu. III Suasana agak cerah selepas polis datang menyuraikan sekumpulan pemuda yang bergaduh. IV Mendung sudah cerah selepas hujan semalaman. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Buah durian itu sedang dikumpulkan oleh mereka untuk dihantar kepada peraih. A mereka kumpul B mereka kumpulkan C mereka mengumpulkan D dikumpulkan oleh mereka 6 Firdaus ialah murid yang paling terpandai sekali di dalam kelasnya. A paling pandai B terpandai sekali C paling terpandai D paling terpandai sekali MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 12 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Adeel berasal daripada Negeri Sembilan. II Ridzuan tidak tahu bagaimana hendak pergi kepada rumah kawan baharunya. III Semua peserta kursus akan dibawa ke tapak perkhemahan dengan sebuah bas. IV Encik Fuad tidak dapat menerima berita tentang kemalangan ngeri yang menimpa sahabatnya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Murid yang nakal itu dikenakan tindakan disiplin oleh Cikgu Azhar. II Murni menggunakan dua biji telur untuk membuat kek. III Rumah-rumah di kawasan itu cantikcantik belaka. IV Mesyuarat itu diakhiri dengan perbincangan lain-lain hal. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Berita kematian adik Zayn Rayyan mendapat liputan meluas daripada semua media sosial di negara ini. A Semua media sosial di negara ini menyiarkan berita tentang adik Zayn Rayyan. B Liputan luas diberikan oleh semua media sosial di negara ini mengenai kematian adik Zayn Rayyan. C Semua media sosial mendapat liputan untuk menyiarkan berita kematian adik Zayn Rayyan di negara ini. D Adik Zayn Rayyan mendapat liputan meluas daripada media sosial di seluruh negara. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Fariz meraba-raba dinding apabila lampu di dalam biliknya terpadam dan dia tidak dapat melihat apa-apa pun. 10 Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Gebu macam kapas B Cerah macam siang C Gelap macam malam D Gagah macam gergasi Bahagian B 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 13 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Antara faktor-faktor Yanzi tidak dapat hadir ke sekolah adalah kerana neneknya meninggal dunia. (ii) Selain daripada menjual nasi lemak, Mak Imah juga menjual kuih-muih. 3 Tentukan subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. (i) Kakak memetik bunga di taman untuk dijadikan hiasan. Subjek: Predikat: (ii) Penyanyi terkenal itu ialah sahabat saya. Subjek: Predikat: 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai. (i) (ii) MULUS BM Tkt 1-(1)Sistem Bahasa.indd 14 02/04/2024 1:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Pemahaman Petikan Praktis MuLus Aktiviti 1 Isi tempat kosong dengan maksud pantun berdasarkan “Pantun Dua Kerat (Nasihat)”. Seseorang yang malas berusaha tidak akan berjaya. Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Orang yang malas akan selalu rugi. Tingkah laku seseorang berkait rapat dengan sifatnya. Kita hendaklah bekerjasama dalam semua aktiviti. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. 1 Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. 2 Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. 3 Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. 4 Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. 5 MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 15 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Aktiviti 2 Berdasarkan “Syair Pohon Buluh”, padankan rangkap syair dengan maksudnya. Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Hubungan yang terjalin erat sesama anggota masyarakat menjadikan negara terus aman dan makmur. 1 Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Masyarakat diumpamakan sepohon buluh yang perlu hidup secara bermuafakat dan saling menghormati antara satu sama lain. 2 Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Masyarakat yang berbilang kaum mempunyai semangat patriotik agar kehidupan mereka aman dan sejahtera. 3 Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dan pangkat demi kehidupan yang harmoni. 4 Aktiviti 3 Isi tempat kosong dengan pengajaran yang sesuai berdasarkan sajak “Kita Umpama Sehelai Daun”. Kita hendaklah berbuat kebaikan ketika hidup agar sentiasa diingati walaupun sudah meninggal dunia. Kita janganlah angkuh akan kelebihan diri yang bersifat sementara dan akan lenyap apabila tibanya ajal. Kita hendaklah menghulurkan sumbangan dan bakti terhadap insan yang tidak berdaya. Kita hendaklah bekerjasama dan saling membantu agar insan lain dapat hidup dengan gembira. 1 Rangkap 1 MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 16 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 2 Rangkap 2 3 Rangkap 3 4 Rangkap 4 Aktiviti 4 Lengkapkan jadual berdasarkan sajak “Kuingin Berterima Kasih”. Memberikan rezeki kepada petani Memadamkan api kemarahan Berkorban untuk keamanan negara Memberikan rezeki kepada nelayan Menyebarkan keharuman dan menimbulkan keinsafan Sebab-sebab penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada: Hujan (1) Ikan (3) Tanah (2) Bunga (5) Pejuang (4) MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 17 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Aktiviti 5 Lengkapkan baris sajak “Aku”. pasir kerang angin pantai ombak langit Aku Tidak ada manusia lain di (1) ini kecuali diriku. Kususur (2) panjang sambil kubayangkan aku ini Adam. Hari inilah aku tercipta dan pertama kali melihat laut, (3) dan pohon. Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi (4) itu. Tidak terasa olehku sentuhan (5) ini bertiup di mana-mana. Bahkan aku tidak tahu kulit (6) dan ru pernah wujud di sini. Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada. ROSLI K. MATARI Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti 6 Pilih pasangan baris yang betul berdasarkan sajak “Kunci Bahasa”. 1 Bahasa bermaruah tidak lokek pada ummah. tidak berbilur bahasa di lidah. 2 Bahasa berbuah tidak kering bahasa diperah. tidak habis berbahasa bermadah. 3 Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah. tidak habis berbahasa bermadah. MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 18 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 4 Bahasa berwasilah tidak luput bahasa bertingkah. tidak putus jambatan ukhuwah. 5 Bahasa berbudi sudah tidak lokek pada ummah. tidak berbilur bahasa di lidah. 6 Bahasa begitu indah bahasa berwasilah. tidak habis berbahasa bermadah. Aktiviti 7 A Tandakan (✓) atau (✗) pada pernyataan berdasarkan petikan prosa tradisional “Asal Padi” di bawah. Jawab orang yang empunya padi itu, “Dari segala macam makanan yang ada di bumi, tidaklah ada yang lebih enak dan lebih besar faedahnya daripada tanaman yang engkau sangka emas ini.” Maka berkatalah anak yatim piatu itu kepada penduduk kayangan itu, “Jikalau tuan tidak keberatan, perkenankanlah saya mengambilnya barang sedikit. Saya hendak menanamnya pula di bawah sana di bumi tempat asal saya.” Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “Nyahlah kamu dari sini! Kami sekali-kali tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke bumi. Kamu hanya boleh makan makanan itu di kayangan ini. Jikalau kamu hendak memakannya di sini, maka kami tidak keberatan. Akan tetapi jikalau kamu hendak membawanya ke bumi tempat asal kamu, maka kami tidak akan memperkenankannya.” (Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Nasi ialah makanan penduduk di kayangan. 2 Tanaman yang berwarna kuning itu ialah emas. 3 Makanan itu enak dan besar faedahnya. 4 Empunya padi membenarkan padi itu dibawa ke bumi. 5 Anak yatim ingin menanam tanaman ajaib itu di bumi. MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 19 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 B Padankan nilai dengan contoh yang sesuai berdasarkan petikan prosa tradisional “Asal Padi”. Nilai kebijaksanaan Empunya padi tidak membenarkan sesiapa pun membawa padi keluar dari kayangan. 1 Nilai keberanian Si Bongsu menyembunyikan padi di tumit kakinya yang luka. 2 Nilai ketegasan Si Bongsu berjaya membawa padi keluar dari kayangan dengan menggunakan pelbagai helah. 3 Aktiviti 8 A Nomborkan perenggan di bawah supaya menjadi sinopsis lengkap cerpen “Oren”. 1 Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah. Ayah menceritakan mimpinya kepada anggota keluarga di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah dan matanya mulai berkaca. 2 Ayah bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian semua anggota keluarganya. Ayah telah terlanggar ibu Oren sehingga mati. Jadi, ayah telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah. 3 Kemudian, ayah membawa Kelabu pulang ke rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian anggota keluarga ayah. Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri. B Padankan pernyataan dengan watak yang sesuai berdasarkan cerpen “Oren”. 1 Bekerja di pejabat. Oren 2 Kucing yang manja dan pandai menarik perhatian. Ayah 3 Kucing kesayangan ayah sekeluarga. Kelabu MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 20 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 Aktiviti 9 Padankan jawapan yang betul berdasarkan petikan cerpen “Hadiah”. Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu. Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan Hari Guru semakin hampir. Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah. Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa malu, takut diejek oleh Hamidah nanti. “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal. Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah. (Dipetik daripada cerpen “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) Apakah cadangan hadiah yang hendak dibeli oleh Azizah? Saya akan menghadiahi guru saya sesuatu yang saya hasilkan sendiri dan boleh digunakan oleh guru saya. 1 Apakah perkara-perkara yang merisaukan Azizah? Cadangan hadiah yang hendak dibeli oleh Azizah ialah sapu tangan dan majalah. 2 Mengapakah wang tabung Azizah tidak bertambah? Azizah memikirkan hadiah yang akan dibeli dan sambutan Hari Guru yang kian hampir. 3 Di manakah abang Azizah belajar? Wang tabung Azizah tidak bertambah kerana dia selalu menggunakan wang tabungnya untuk pelbagai belanja. 4 Jika kamu ialah Azizah, apakah hadiah yang akan kamu berikan kepada guru kamu sempena Hari Guru? Mengapa? Abang Azizah belajar di Universiti Teknologi Mara. 5 MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 21 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Aktiviti 10 A Isi tempat kosong dengan watak yang sesuai berdasarkan petikan cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin” di bawah. “Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” Pada riak wajah Sim Pau terlukis perasaan yang amat menggembirakan hatinya. Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya. “Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras membantah. Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan. Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah. “Dia anak kita,” Sim Pau membalas. “Dia bukan anak aku.” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersamasama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya. (Dipetik daripada cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Ingin pulang pada Tahun Baharu Cina. Gembira kerana anaknya hendak pulang menyambut Tahun Baharu Cina. 2 3 Tidak mengaku bahawa Lim Meng anaknya. B Padankan contoh dengan persoalan yang sesuai berdasarkan cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”. Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku terhadap Lim Foong. 1 Keinsafan seorang bapa Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya. Keberanian menyuarakan pendapat 2 Sim Pau berasa sangat gembira apabila anaknya, Lim Meng akan pulang pada Tahun Baharu Cina. Kepercayaan terhadap perkara khurafat 3 Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mengetahui perkara sebenar daripada Sim Pau. Perasaan gembira seorang ibu menyambut kepulangan anaknya 4 MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 22 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 Aktiviti 11 Tandakan (✓) atau (✗) pada pernyataan yang diberikan berdasarkan petikan drama “Hadiah” di bawah. Datuk Penghulu: Pak Mail, saya perkenalkan, ini Encik Musa, pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Pak Mail: Apa khabar, Encik Musa? Sila duduk. Encik Musa: Khabar baik. Terima kasih. ARAHAN: (Setelah mereka duduk, FAUZIAH masuk ke dalam.) Datuk Penghulu: Begini, Pak Mail. Encik Musa datang sini kerana ada tugas. Pak Mail: Oh, begitu! Apa halnya, Encik Musa? Encik Musa: Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya. Pak Mail: Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama. (Dipetik daripada drama “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Fauziah ada bersama-sama dalam perbualan tersebut. 2 Datuk Penghulu membawa Pak Mail ke rumah Encik Musa. 3 Encik Musa ialah pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. 4 Sarjan Akhbar meninggal dunia semasa pertempuran di sempadan. 5 Fauziah mempunyai dua orang anak. 6 Fauziah mendapat penghargaan kerana mempertahankan negara. 7 Hayati ialah anak Fauziah dan Sarjan Akhbar. 8 Pak Mail risau akan persekolahan Hayati. 9 Hayati tidak mahu tinggal di asrama. 10 Keluarga Pak Mail menghadapi masalah setelah kematian Sarjan Akhbar. MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 23 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Aktiviti 12 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. BAHAN 1 Pantun Dua Kerat (Nasihat) Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. MOHD YUSOF MD NOR dan ABD RAHMAN KAEH Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia. BAHAN 2 Pantun Nasihat Jikalau tuan mengangkat peti, Tolong masukkan segala barang; Jikalau anak-anak bersatu hati, Kerja yang susah menjadi senang. Pergi ke sawah membawa peti, Peti berisi setangkai padi; Jadilah anak yang rendah hati, Pasti mengerti balas budi. Baju dicuci harus dibilas, Saat dijemur, diinjak unggas; Jadi murid tak boleh malas, Harus kerjakan semua tugas. Hari malam gelap-gelita, Pasang lilin jalan ke taman; Sopan santun budaya kita, Jadi kebanggaan zaman berzaman. Dipetik dan diubah suai daripada “30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu”, https://ecentral.my/ 1 Pilih nasihat yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2. Tandakan (✓) atau (✗). Orang yang malas berusaha akan selalu rugi. Kita akan berada dalam kegelapan jika sentiasa berselimut. Sesuatu pekerjaan akan menjadi mudah sekiranya kita bersatu hati. Amalan bersopan santun menjadi kebanggaan kita sejak dahulu. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2 Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 2. bersatu hati keberanian merendah diri kasih sayang Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 2 ialah nilai dan nilai . MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 24 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 3 Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadi murid yang baik. Pada pendapat anda, apakah caracara tersebut? KBAT menyiapkan kerja rumah tepat pada masanya melakukan sesuatu hanya apabila diarahkan menolong guru mengangkat barang belajar dengan bersungguh-sungguh memberikan hadiah kepada guru apabila diminta Cara-cara untuk menjadi murid yang baik ialah, kita hendaklah . Selain itu, kita hendaklah . Akhir sekali, kita haruslah . Aktiviti 13 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Kunci Bahasa Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah. Bahasa berbuah tidak kering bahasa diperah. Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah. Bahasa berwasilah tidak putus jambatan ukhuwah. Bahasa berbudi sudah tidak lokek pada ummah. Bahasa begitu indah tidak habis berbahasa bermadah. ABDUL HADI YUSOF Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia. BAHAN 2 Bahasa digunakan untuk dua tujuan utama, iaitu berkomunikasi dan memahami ilmu. Mengikut pendapat pakar bahasa, sesuatu ilmu lebih mudah difahami jika diajar dan dipelajari dengan menggunakan bahasa ibunda ataupun “lingua franca”. Bahasa ialah sesuatu yang dekat dengan budaya. Di negara kita Malaysia, majoriti rakyatnya berbangsa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sejak kecil. Bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan lainlain di Malaysia wajib mempelajari dan menguasai bahasa Melayu kerana bahasa ini ialah bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan. Rata-rata, majoriti bangsa lain selain Melayu dapat memahami bahasa Melayu kerana inilah bahasa yang telah digunakan sebagai alat perpaduan semenjak kita merdeka dahulu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Memartabatkan Bahasa Melayu”, Oleh Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor, https://dribnusina.blogspot.com/) MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 25 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan fungsi bahasa Melayu dalam masyarakat. Gunakan perkataan yang bergaris sebagai panduan. Fungsi bahasa Melayu dalam masyarakat adalah sebagai , dan . Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2 Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. kesyukuran kesopanan baik hati perpaduan Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1 ialah nilai dan nilai . 3 Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak memartabatkan bahasa Melayu? KBAT premis perniagaan bahasa rojak institusi pendidikan urusan rasmi papan tanda Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sekiranya masyarakat tidak menggunakan . Selain itu, bahasa Melayu harus digunakan dalam semua terutamanya di pejabat kerajaan. Di samping itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan secara betul pada . Aktiviti 14 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 “Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” Pada riak wajah Sim Pau terlukis perasaan yang amat menggembirakan hatinya. Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya. “Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras membantah. Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan. Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah. “Dia anak kita,” Sim Pau membalas. “Dia bukan anak aku." Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersamasama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. (Dipetik daripada cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 26 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 BAHAN 2 Ketika ini seluruh umat Islam sedang bergembira dapat meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Peluang bercuti bersempena dengan Aidilfitri ini juga pastinya tidak dilepaskan untuk bertandang ke rumah jiran, sanak saudara dan rakan. Amalan kunjung-mengunjungi itu amat digalakkan bagi mengeratkan kembali hubungan ukhuwah dan ikatan persaudaraan. Mungkin ketika ini ada sebahagian daripada kita yang sudah mula bekerja. Walaupun masa bercuti agak singkat namun peluang pulang ke kampung pastinya dapat mengubat kerinduan terhadap keluarga tercinta. Ada sebahagian lagi yang kurang berminat untuk pulang ke kampung. Ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang tidak pulang ke kampung ketika sambutan Aidilfitri, sebaliknya membawa keluarga bercuti ke luar negara. Mengimbau kenangan menyambut lebaran di kampung, suasana sebenarnya lebih meriah dan penuh kemesraan. Kanak-kanak ialah insan paling gembira menyambut hari raya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Hayati Erti Sebenar Raya”, oleh Fadly Samsudin, https://www.hmetro.com.my/) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perkara yang akan dilakukan semasa menyambut perayaan. Gunakan frasa yang bergaris sebagai panduan. Perkara-perkara yang akan dilakukan semasa menyambut perayaan ialah . Selain itu, kita dapat . Seterusnya, kita juga boleh . Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2 Nyatakan dua kebaikan amalan kunjung-mengunjungi semasa menyambut perayaan yang terdapat dalam Bahan 2. mengisi masa lapang sebelum mula bekerja mengubat kerinduan terhadap keluarga tercinta mengeratkan kembali hubungan ukhuwah dan ikatan persaudaraan menambahkan kemesraan dan kegembiraan Dua kebaikan amalan kunjung-mengunjungi semasa menyambut perayaan ialah dapat . Selain itu, amalan ini juga dapat . 3 Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda semasa perayaan? KBAT menghidangkan juadah yang lazat untuk tetamu menyediakan tempat duduk yang selesa untuk tetamu melayan tetamu dengan sopan dan mesra membiarkan sahaja tetamu melawat sekeliling rumah MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 27 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Pada pendapat saya, perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung ke rumah semasa perayaan ialah . Selain itu, kita hendaklah . Akhir sekali, kita mestilah . Aktiviti 15 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku Kelabu. Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh. Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah ini? Tetapi tabiat Oren memang begitu sejak dia menghuni ramah ini. Segala tindakannya agak pasif berbanding dengan perilaku Kelabu. (Dipetik daripada cerpen “Oren”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 2 Kucing mula menunjukkan rasa cemburu apabila tuan mereka mula melebihkan perhatian terhadap objek, orang atau haiwan lain selain mereka. Mungkin kedatangan ahli baharu seperti bayi dalam ahli keluarga atau haiwan kesayangan baru lahir lain. Faktor lain yang mencetus ke arah cemburu kucing juga ialah apabila kita fokus kepada telefon bimbit, permainan video mahupun hobi kita. Mengubah rutin harian seperti jadual makan kucing anda juga menyebabkan kucing mula berubah tingkah laku. Ada kalanya ruang yang terhad, tempat tidur dan juga barang-barang si bulus boleh mendorong hal ini jika kucing mula rasa terancam dengan haiwan peliharaan lain. Layanlah Si Bulus anda seperti anak sendiri kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga. Si Bulus yang cemburu mula mencari perhatian dengan menjadi lebih agresif seperti mencakar dan menggigit. Jangan dipandang enteng hal ini kerana Si Bulus akan mula merosakkan, mengunyah dan mencakar perabot termasuklah langsir kesayangan di rumah dan tidak lupa juga menjatuhkan barang berkaca ke lantai. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kucing Pun Boleh Cemburu Tau!” https://www.mstar.com.my/) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tanda-tanda kucing mempunyai sifat “cemburu”. Gunakan isi yang bergaris sebagai panduan. Tanda-tanda kucing mempunyai sifat “cemburu” ialah kucing hanya apabila melihat tuannya. Selain itu, kucing-kucing itu . Seterusnya, kucing mula mencari perhatian dengan . Akhir sekali, kucing akan . MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 28 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2 Berikan faktor-faktor kucing “cemburu” yang terdapat dalam Bahan 2. melebihkan perhatian terhadap haiwan lain kucing tidak cukup tidur ahli baru lahir terlalu fokus kepada telefon bimbit, permainan video mahupun hobi mengubah rutin harian Faktor-faktor kucing cemburu ialah apabila tuan mereka . Selain itu, kucing cemburu dengan kedatangan . Seterusnya, kucing juga cemburu sekiranya kita . Akhir sekali, kucing cemburu apabila kita mereka, contohnya jadual makan. 3 Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menunjukkan rasa kasih sayang kepada haiwan peliharaan kita? KBAT klinik tempat tinggal menyakiti bermain Pada pendapat saya, cara menunjukkan rasa kasih sayang kepada haiwan peliharaan kita adalah dengan menyediakan yang selesa. Selain itu, kita perlu membawa haiwan peliharaan ke sekiranya tidak sihat. Di samping itu, kita haruslah melayan dan menemaninya . Akhir sekali, kita jangan sekali-kali atau mencederakannya. Aktiviti 16 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. BAHAN 1 Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak yatim piatu itu belum dapat mencari nafkahnya sendiri kerana mereka masih terlalu kecil. Segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tuanya habis diambil oleh orang-orang jahat, sehingga kedua-dua orang anak yatim piatu itu melarat hidupnya. Hanya sebuah kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri oleh ayahnya sahaja yang masih tinggal dan tidak dapat dicuri atau diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka satu-satunya yang tinggal itulah yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Anak yang sulung sudah agak besar, akan tetapi sayang sekali anak itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan keduadua tumitnya berlubang. (Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pelajaran Malaysia) MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 29 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 BAHAN 2 Walaupun pada masa ini anakanda berada jauh di rantau, namun anakanda dapat merasakan suasana sedih yang menyelubungi keluarga kita semenjak pemergian ayahanda yang dikasihi. Bondaku, hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana yang bonda maklum, dengan menjelangnya bulan Jun ini telah tiga bulan ayahanda meninggalkan kita. Selain rasa sedih yang mendalam yang menyelubungi keluarga kita, pemergian ayahanda telah menggugat persekolahan anakanda juga. Dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres sepenuhnya. Anakanda masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung buat sementara waktu. Sekiranya anakanda terus berada di asrama ini, tentulah masalah kita akan bertambah. (Dipetik daripada drama “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Apakah masalah yang dihadapi oleh watak-watak dalam Bahan 1 dan Bahan 2? orang jahat sejak tiga bulan yang lalu masih bersekolah kedua-dua orang tuanya ketika mereka masih kecil Dalam Bahan 1, watak telah kehilangan . Semua harta peninggalan orang tua mereka telah diambil oleh . Dalam Bahan 2 pula, watak telah kehilangan bapanya . Keadaan ini menggugat persekolahannya kerana dia . 2 Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam Bahan 2. masyarakat kampung yang hilang tempat bergantung akibat kematian ketua keluarga masyarakat yang insaf akan kesilapan yang pernah dilakukan masyarakat murid sekolah yang menghadapi masalah kewangan Dua latar masyarakat yang terdapat dalam Bahan 2 ialah dan . 3 Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai sahabat yang baru kehilangan ibu atau bapanya? KBAT menenangkan perasaannya menemaninya membantu Langkah yang akan saya lakukan sekiranya sahabat saya kehilangan ibu atau bapanya adalah dengan yang masih bersedih. Selain itu, saya akan sekiranya dia memerlukan pertolongan. Di samping itu, saya akan sentiasa supaya dia tidak berasa kesunyian. MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 30 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 Ujian Pengukuhan Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kuingin Berterima Kasih Sesekali kuingin berterima kasih kepadamu hujan bagai tetamu jiwa pun menjadi dingin api amarah pun terpadam. Sesekali kuingin menyemai budi kepadamu tanah yang hidup kerana perutmu setia menghamilkan rezeki buat petani. Sesekali kuingin berbisik kepadamu ikan-ikan yang riang liar di belantara samudera kerana sudi membebaskan cerita nelayan tua di pondoknya. Sesekali kuingin kalungkan kagum kepadamu pejuang negara kerana tanganmu pernah berdarah darah kesetiaan seorang warga kepada watan tercintanya. Sesekali kuingin pula menjadi bunga menebarkan keharuman di taman-taman keresahan hidup menyerahkan keinsafan kepada keangkuhan perang. Alangkah indahnya dunia andai semua merenung kekosongan hidup ini. IHSAN NOORZALI Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 Berdasarkan sajak di atas, kepada siapakah penyajak ingin berterima kasih? A Petani, hutan dan nelayan B Hujan, alam, ikan dan pokok C Hujan, ikan, petani dan bunga D Hujan, tanah, ikan, pejuang negara dan bunga Sesekali kuingin pula menjadi bunga menebarkan keharuman 2 Berdasarkan baris sajak di atas, apakah perbandingan semacam yang sesuai? A Wangi macam bunga B Cantik bagai bidadari C Bebas macam burung D Angkuh macam merak 3 Mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada hujan? A Sumber rezekinya B Menjadi tetamunya C Meredakan kemarahannya D Mengisi kekosongan hidupnya 4 Nilai yang terdapat dalam sajak ini ialah A keadilan. B keikhlasan. C perpaduan. D berterima kasih. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sajak? A Ikan ialah tetamu nelayan B Bunga-bunga menyerikan taman C Turunnya hujan menyejukkan petani D Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 31 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 Bahagian B Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Syair Pohon Buluh Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. MOHD YUSOF MD NOR dan ABD RAHMAN KAEH (Penyelenggara) Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia. BAHAN 2 Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik ialah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh tanpa mengira pangkat. Berikutan itu, penting bagi semua rakyat untuk terus memperjuangkan usaha membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kita perlu mengekalkan semangat perpaduan dan patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan keganasan. Rakyat Malaysia perlu menjadi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang dapat membantu memupuk semangat muhibah serta saling menghormati. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menyatukan Malaysia berdasarkan nilai murni yang diajar oleh semua agama dan kaum. Perpaduan sebenarnya hadiah tidak ternilai, perlu dipelihara dan dihargai oleh semua rakyat berbilang kaum seperti Malaysia demi membangunkan negara. Semangat muhibah terhasil apabila rakyat yang berasal dari etnik dan agama yang berbeza saling menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum. Di Malaysia, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Hal ini menjadi sumber penting integrasi kaum selama bertahun-tahun dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia tempat yang harmoni untuk hidup, belajar, bekerja dan bermain. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan Kaum di Malaysia Perlu Terus Utuh”, Berita Harian, 9 September 2019) MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 32 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tanggungjawab rakyat Malaysia. 2 Nyatakan dua persoalan yang sama daripada kedua-dua bahan. 3 Pada pendapat anda, apakah peranan pemimpin bagi mengekalkan perpaduan? KBAT MULUS BM Tkt 1-(2)Pemahaman.indd 33 02/04/2024 1:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 Novel Praktis MuLus Novel Sejambak Bakti Aktiviti 1 Lengkapkan sinopsis novel di bawah. kursus menghalau kunci kedai koperasi memukul sebatan johan siasatan Novel Sejambak Bakti mengisahkan sekumpulan murid dan guru di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan yang berusaha memajukan (1) sekolah mereka. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah, Razali telah dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah. Munir berasa cemburu dengan pelantikan tersebut. Sejak itu, dia sering ponteng tugasan di koperasi bersama-sama rakan karibnya, Silvam dan Leong. Munir juga berasa cemburu dengan kemesraan Razali dan Ramlah, iaitu murid perempuan yang disukai olehnya. Silvam dan Leong pula menyukai Saridevi dan Swee Lan. Mereka berdendam lalu (2) Razali. Akibatnya, mereka telah dirotan oleh pengetua. Rasa cemburu Munir terhadap Razali bertambah apabila Razali terpilih untuk menghadiri (3) koperasi di Petaling Jaya. Mereka telah bersepakat untuk menyertai pertandingan koperasi terbaik yang dianjurkan oleh ANGKASA. Namun, dua minggu sebelum pertandingan tersebut berlangsung, kedai koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan (4) . Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Hal ini demikian kerana, tiada tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali yang memiliki (5) kedai koperasi tersebut. Munir dan Leong memberitahu tentang kejadian itu kepada Pak Zakaria, iaitu ayah tiri Razali. Pak Zakaria berasa marah dan malu lalu (6) Razali keluar dari rumah tetapi dihalang oleh ibu Razali, Mak Sopiah. Tidak lama selepas itu, koperasi sekolah diceroboh untuk kali kedua. Setelah diperiksa, Munir didapati memiliki sekeping wang kertas RM10.00 yang bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali (7) di hadapan perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Selepas kejadian itu, Munir meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan. Koperasi sekolah mereka pula telah diumumkan sebagai (8) dalam pertandingan koperasi terbaik. Pada masa yang sama, Razali dipertemukan dengan bapa kandungnya, Pak Ramli. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 34 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
35 Aktiviti 2 Padankan latar masyarakat dengan contoh peristiwa yang betul. Masyarakat yang rajin Razali sabar menghadapi kerenah Munir, Leong dan Silvam yang tidak berputus asa untuk menjatuhkannya. 1 Masyarakat warga pendidik Razali dan rakan-rakannya rajin menguruskan koperasi sekolah, menternak ayam telur dan mewujudkan bilik bacaan. 2 Masyarakat yang iri hati Cikgu Zulkifli selaku guru koperasi, Cikgu Muniam selaku guru kaunseling dan Cikgu Syamsudin selaku pengetua. 3 Masyarakat yang sabar Munir, Leong dan Silvam iri hati akan Razali yang dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah. 4 Aktiviti 3 Pilih persoalan yang betul bagi contoh peristiwa yang diberikan. Persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anak Persoalan semangat bekerjasama antara satu sama lain Persoalan perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal Persoalan seorang yang pemaaf 1 Razali telah memaafkan Munir walaupun dia telah memfitnah Razali menceroboh koperasi. Razali juga sudi membantu Munir dalam pelajaran semasa dia digantung sekolah selama seminggu. 2 Mak Sopiah melarang Razali keluar dari rumah setelah dihalau oleh bapa tirinya, Pak Zakaria. Mak Sopiah sanggup bersama-sama dengan Razali sekiranya anaknya itu keluar dari rumah. 3 Pengetua, guru-guru dan murid-murid telah bekerjasama memajukan koperasi Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan sehingga memenangi pertandingan anjuran ANGKASA. 4 Munir yang menceroboh dan mencuri duit koperasi sekolah berjaya ditangkap dan telah digantung sekolah dan dirotan di hadapan perhimpunan. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 35 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 Aktiviti 4 Lengkapkan jadual dengan watak yang betul. Munir Swee Lan Razali Pak Zakaria Mak Sopiah Pernyataan Watak 1 Penolong Setiausaha Koperasi. 2 Iri hati dan menyimpan dendam terhadap Razali. 3 Ibu Razali, isteri Pak Zakaria dan bekas isteri Pak Ramli. 4 Suami Mak Sopiah dan bapa tiri Razali. 5 Kawan baik Ramlah dan Saridevi. Aktiviti 5 Pilih nilai yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Nilai keikhlasan Nilai tanggungjawab Nilai tolongmenolong Nilai kasih sayang Nilai bekerjasama 1 Ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. 2 Ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan bekerjasama membersihkan reban ayam dan mengemas bilik bacaan untuk menyertai pertandingan koperasi. 3 Mak Sopiah sayang akan anak tunggalnya, Razali. Dia mengambil berat akan pelajaran dan perasaan Razali. Dia juga sanggup keluar dari rumah bersama-sama anaknya sekiranya suaminya menghalau Razali dari rumah. 4 Razali membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi yang menghadapi masalah dalam pelajaran. 5 Razali ikhlas mengajar Munir ketika dia digantung sekolah selama seminggu kerana peperiksaan SPM tidak lama lagi. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 36 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
37 Novel Pelari Muda Aktiviti 1 Lengkapkan sinopsis novel di bawah. pusat sukan sombong pulang atlet berlatih pingat emas tahniah renggang Novel Pelari Muda mengisahkan Kamarul, iaitu murid tingkatan 5 dan juga seorang (1) . Dia telah mengharumkan nama negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kejayaan tersebut telah menjadikan Kamarul (2) dan ego. Dia mula menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Sikap Kamarul yang sombong dan menjauhi rakan-rakannya ditegur oleh kawan baiknya, Saridah. Teguran itu membuatkan Kamarul terasa hati lalu menyebabkan hubungan mereka menjadi (3) . Kamarul juga tidak berdisiplin semasa menjalani latihan. Kamarul tidak menghormati jurulatihnya. Teguran jurulatihnya, Encik Kadir dijawab dengan kasar. Kamarul enggan menjalani latihan di (4) dan bertindak mahu berlatih sendiri. Jurulatihnya berasa kecewa dengan sikap Kamarul. Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang daripada latihan Kamarul telah terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Di hospital, dia diziarahi oleh Encik Kadir, Saridah dan rakan-rakannya. Kamarul mula sedar akan kesilapannya. Dia memohon maaf daripada jurulatihnya dan berjanji akan (5) dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai Sukan SEA di Bangkok. Kamarul dan rakan-rakannya berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di sana. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu dengan De Wega, iaitu atlet terkenal dari Filipina. De Wega memberi nasihat dan semangat kepada Kamarul agar terus berjaya dalam sukan. Akhirnya, Kamarul telah meraih (6) dalam acara lari 100 meter dan lari 400 meter. Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir. Encik Kadir juga menyatakan hasratnya untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat (7) ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara. Sebaik-baik sahaja tiba di lapangan terbang, Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan (8) daripada ibu bapa dan rakan-rakannya. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 37 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 Aktiviti 2 Padankan latar masyarakat dengan contoh peristiwa yang betul. Masyarakat atlet yang aktif dalam bidang sukan Juriah menasihati Saridah agar melupakan Kamarul sebaliknya menumpukan perhatian pada pelajaran. 1 Masyarakat jurulatih yang berusaha gigih dalam bidang sukan Kamarul dan Sures gigih berlatih untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum mewakili negara di Sukan SEA. 2 Masyarakat yang sedar akan kesilapan yang dilakukan Encik Kadir bekerja keras bagi memastikan atlet di bawah bimbingannya mencapai kejayaan yang cemerlang. 3 Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan Kamarul mulai sedar akan kesilapannya lalu memohon maaf daripada jurulatihnya dan berjanji akan berlatih dengan gigih. 4 Aktiviti 3 Pilih persoalan yang betul bagi contoh peristiwa yang diberikan. Persoalan kasih sayang seorang sahabat Persoalan kegigihan yang membawa kejayaan Persoalan sikap saling memberi semangat dalam pasukan Persoalan sikap angkuh seseorang setelah mencapai kejayaan 1 Encik Kadir gigih melatih Kamarul dan rakan-rakannya sebelum mereka menyertai Sukan SEA di Bangkok. Kesungguhan Kamarul berlatih juga telah membuahkan kejayaan. 2 Setelah memenangi kejohanan di Sukan SEA Brunei, Kamarul mula bersikap sombong dan angkuh. Dia tidak mahu lagi berlatih di pusat sukan di bawah bimbingan jurulatihnya, Encik Kadir. 3 Sebagai rakan sepasukan, Sures sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Kamarul agar bersikap positif dan yakin boleh berjaya. 4 Juriah ialah sahabat karib Saridah. Dia selalu berada di sisi sahabatnya itu untuk memberi nasihat dan semangat. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 38 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
39 Aktiviti 4 Lengkapkan jadual dengan watak yang betul. Saridah Sures Kamarul Encik Kadir Juriah Pernyataan Watak 1 Pelari pecut negara. 2 Berkawan rapat dengan Kamarul. 3 Jurulatih pasukan olahraga. 4 Sahabat baik Saridah. 5 Rakan sepasukan Kamarul. Aktiviti 5 Pilih nilai yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Nilai hormatmenghormati Nilai kesabaran Nilai patriotisme Nilai kasih sayang Nilai keinsafan 1 Saridah sangat menyayangi sahabatnya, Juriah. Dia menganggap Juriah seperti kakaknya sendiri. Dia menceritakan semua masalahnya kepada Juriah. 2 Encik Kadir bersabar menghadapi sikap Kamarul yang sombong, angkuh dan degil. Kamarul membalas kata-kata nasihat Encik Kadir dengan kasar. 3 Encik Kadir dan rakan-rakannya datang melawat ketika Kamarul dirawat di hospital. Kamarul berasa insaf akan kesalahannya dan memohon maaf daripada Encik Kadir. 4 Saridah sangat menghormati Mak Jah ketika datang ke rumahnya untuk menyampaikan surat kepada Kamarul. 5 Kamarul menganggap kemenangannya memperoleh pingat emas di Sukan SEA Bangkok bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk negara yang tercinta. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 39 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 Novel Destinasi Impian Aktiviti 1 Lengkapkan sinopsis novel di bawah. mengayuh berenang menonton pergaduhan angkuh cabaran ekspedisi lemas Novel Destinasi Impian mengisahkan Firdaus, Johari dan Azlina yang melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib untuk menyahut (1) datuk mereka. Menurut datuk mereka, generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Sepanjang perjalanan, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mereka terutamanya daripada Firdaus yang sentiasa merungut dan menganggap perjalanan berbasikal ke Morib itu ialah kerja gila. Firdaus juga menyalahkan Johari yang kononnya menjadi punca dia tidak dapat (2) wayang dan menyambut hari lahir Mazlinda bersama dengan rakan-rakannya. Azlina berasa kurang senang lalu mencabar Firdaus sehingga berlakunya (3) . Firdaus tidak membantu ketika Azlina terjatuh daripada basikal. Dia menganggap itu ialah balasan atas sikap Azlina yang selalu menyindirnya. Perbuatan Firdaus ditegur oleh Johari. Firdaus terlalu marah dengan teguran itu lalu (4) basikal selaju yang boleh untuk menjauhkan jarak antara mereka. Walau bagaimanapun, Johari sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, Firdaus sampai dahulu di Pantai Morib Baru. Firdaus disambut oleh rakan-rakannya yang telah sampai terlebih dahulu. Firdaus dipuji oleh mereka kerana berjaya dalam (5) berbasikal itu. Dia berbohong dengan mengatakan bahawa perjalanannya lambat kerana adiknya yang banyak berehat sepanjang perjalanan. Firdaus juga telah membohongi Mazlinda bahawa dia pandai berenang. Namun begitu, rakan-rakannya yang mengetahui bahawa Firdaus berbohong telah merancang sesuatu. Keesokan harinya, Johari dan Azlina bertolak pulang ke Klang tanpa Firdaus. Firdaus tidak mahu menyertai mereka kerana ingin bersama dengan rakan-rakannya. Mereka mandi-manda di pantai. Mazlinda berpura-pura lemas untuk melihat sama ada Firdaus boleh (6) atau tidak. Firdaus dicabar oleh rakan-rakannya untuk menyelamatkan Mazlinda. Akhirnya, Firdaus hampir (7) dan diselamatkan oleh Mazlinda. Apabila sedar daripada pengsan, dia berada di hospital ditemani oleh Johari dan Azlina. Dia berasa malu kerana telah berbohong dan bersikap (8) . Johari menasihatinya supaya berani menghadapi cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama dengan rakan-rakannya yang lain, Firdaus berasa malu. Apabila mengingati nasihat Johari, Firdaus memberanikan diri untuk memandang rakan-rakannya. MULUS BM Tkt 1-(3)Novel.indd 40 02/04/2024 1:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.